April 2014 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: April 2014
Cerita tentang bengkak hempedu

Cerita tentang bengkak hempedu



Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Moga sentiasa suksess dalam menjalani kehidupan sebagai hambaNya di muka bumi ni..

gambar google

Kak Za baru balik dari temujanji Hospital Raja Perempuan Zainab 11 Kota Bharu. Bulan 2 hari tu, Kak Za kena bengkak hempedu. Terus doktor rujuk ke  hospital. Kak Za memang sedih giler. Sampai nangis-nangis. Sebab terkejut sangat. 

Macam-macam Kak Za fikir. Sempat agi Kak Za minta maaf kat suami minta halalkan segala kesalahan Kak Za.  Suami Kak Za siap wat lawak.. kenapa buang tabiat.. Nak mati dah ke? Hehe.. Siap Kak Za pesan jaga anak-anak dengan baik-baik dan cari ‘mak’ yang ‘berjurus’. Adoi.. Macam-macam Kak Za ni..




Syukur sangat-sangat tadi doktor cakap tak de apa masalah dalam hempedu. Segala organ dalam badan sihat dan normal. Tak de penyakit yang hinggap kat dalam organ dalaman. Hempedu, limpa dan hati semua doktor cek dan scan. 




BUASIR

BUASIR




Teringat kisah dua  bulan lepas..  Kak Za ada interview kes permohonan bantuan kewangan.  Masa interview, klien ni bagitau dia tak boleh duduk lama-lama.. Katanya dia sakit buasir..



Jadi, Kak Za cepat-cepat interview dan ambil maklumat peribadi untuk laporan sosial dan ekonomi.. Kesian kat dia.. Memang nampak dia terseksa sangat..

Dua  minggu lepas, dia tak datang kat ofis sebagaimana yang dijanjikan.. Kak Za call dan wife dia angkat..

Kak Za tanya kenapa tak datang kat ofis?

Kak Za betul-betul terkejut  apabila diberitahu dia telah meninggal dunia akibat buasir..

Kenapa la Kak Za terlalu fokus kepada masalah kewangan? Sedangkan Kak Za tahu kesihatan lebih penting dari wang..

Memang la ajal maut di tangan Allah.. Tapi Kak Za nak tahu juga sebab musabab tu.. Kak Za terfikir serius sangat ke orang mengidap buasir ni..  Lepas tu Kak Za google dan tanya member-member tentang penyakit ni.

Ramai sebenarnya yang menderita penyakit ni.. Tapi pesakit segan dan malu untuk dapatkan rawatan. Mana-mana penyakit pun, kalau tak dapatkan rawatan segera, pastilah akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lebih serius. Mencegah lebih baik daripada merawat.


[Buasir]

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.
(sumber daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas).



[Jenis buasir]

i)             Buasir dalaman

Buasir ni tak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi kalau meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Kalau  keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.


ii)            Buasir luaran

 

Buasir jenis ini mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.


[Penyebab utama]

  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat berat
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.


[Langkah-langkah Pencegahan]

  • Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 - 2 liter sehari
  • Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
  • Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor.




HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com