June 2021 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: June 2021
CARA DEFROST AYAM DAN DAGING

CARA DEFROST AYAM DAN DAGING

 "Pagi ini nak masak ayam lah. Kita keluarkan ayam dari peti ais. Biarkan dia cair dari pagi. Nanti pukul 12 boleh lah masak."


Mungkin ada yang meletakkan daging/ ayam beku di singki pada waktu pagi... dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk daging beku cair dan boleh dimasak. 


Kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Daging dan ayam mentah , jika dibiar lama diluar adalah syurga buat kuman dan bakteria. Untuk keselamatan, letakkan daging beku di ruangan peti sejuk (bukan beku) seharian atau gunakan fungsi defrost ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum ia boleh dimasak.

#sharing dari page Public Health Malaysia





WAJARKAH ISTERI DIPERSALAHKAN KERANA TIDAK MELAYANI SUAMI SEPERTI PELACUR?

WAJARKAH ISTERI DIPERSALAHKAN KERANA TIDAK MELAYANI SUAMI SEPERTI PELACUR?

 Dok eh, bakpo yang wat status supo hino ko set bini. Duk kato bini keno laye tok laki supo pxxxxxr. Pah duk kato bini busuk, mase, geleber, huduh, tok mekap dan macam-macam lagi la.


Hmmmm siye ko bini dio buleh tok laki lagu tu.



Che kak tok sir komen cumo nok tanyo jah.


1. Lagu mano layane pxxxxxr tu. Pernah ado pengalame ko?


2. Bakpo artis jelita comel lote mekap sokmo pun buleh bercerai jugok? 


3. Bakpo maso bini duk dengan ibu bapa comel molek jah. Kulit licin terik molek, mantap. Demo   gi masuk mine wat bini molek-molek ado. Doh bakpo yang duk dengan demo jadi huduh busuk mase geleber tu?


4. Bakpo ado bini yang jatuh sakit tok gerok geri, molek-molek ado jah tok laki dio saye po tu lo yo jah?


5. Pastu soale terakhir, berapa ribu demo wi ko bini untuk dio jago tubuh luar dan dalam?


6. Eh ado lagi soale terakhir. Last-last. Doh beli jus awet muda tinggi antioksidan ko bini doh ko?


#chekakforever

BAPA MERTUA KU

BAPA MERTUA KU

 Ni gambar bapa mertua che kak.

Cucu-cucu panggil abi tok.

Anak-anak beliau  panggil papa.

Che kak? Sampai sekarang rasa keras lidah nak  sebut papa. 😁 Lebih suka panggil abi tok je. 


Seorang bapa mertua paling baik. Alhamdulillah rezeki dapat seorang bapa mertua yang baik walaupun che kak ni menantu hantu🀣



Teringat le  kisah suatu hari. 

Abi tok suruh cucunya yang bernama abang Aulia' buatkan  segelas air milo. 


Lepas ucapkan terima kasih, sempat pesan. Nanti abi tok dah tua, Aulia' buat air macam ni ye. 


Eh tiba-tiba mak mertua kata, "kaba etek  kito tu tuo doh. Umur  nok dekat 70  doh".πŸ˜‚


Maka termenung la si abi tok. Tak rasa tua la sebab setiap hari masih gagah buat kerja-kerja walaupun dah lama bersara sebagai  kakitangan pejabat pertanian. 


Che kak teringat sampai sekarang ni. Pada suatu hari che kak menangis teruk juga la sebab teruk kena kutuk dengan seseorang. Puncanya che kak tak hulurkan tangan untuk bersalaman dengan orang kaya. 


Padam muka sekarang ni langsung tak leh nak salam sebab COVID-19. 


Perasan kaya ni nak gi mana kalau setakat tumpang langit Allah. 😁


Tapi Abi tok pujuk che kak dengan lemah lembutnya. Tapi tulah kita duk nangis, mana nak dengar dah beliau pujuk mujuk ni. πŸ˜‚


Banyak lagi la kalau nak citer betapa istimewanya bapa mertua che kak ni. 


Dengan gaji seorang penjawat awam tu la beliau berjaya membesarkan anak-anaknya hingga ada yang sampai Phd. 


Tak reti nak royak sayang kat dia. πŸ’–πŸ’–


#chekakforever

BAGAIMANA CARA UNTUK ATASI ANXIETY

BAGAIMANA CARA UNTUK ATASI ANXIETY

 Wah, malam ni ahli grup pakat sharing pengalaman anxiety.



Masing-masing ada perubahan selepas konsisten amal aloe vera gel. Lepas tu add on absorbent c, arctic sea, royal jelly, pomesteen, bee propolis. 



So, che kak cuba related dengan pengalaman sendiri. 


Che kak tak sure la ada anxiety ke tak sebab tak pernah jumpa doktor.


Cuma pernah berhadapan dengan klien-klien yang memang di diagnosis anxiety, eh tiber che kak rasa macam sama je. 


Paling ketara, bermula tahun 2018. Bayangkan sebelum ni kawan-kawan che kak kata bawa kereta macam pelesitπŸ˜‚. Kadang-kadang rasa nak sumpah-sumpah kat pakcik yang bawa kete sambil makan angin depan kita. πŸ™„


Kisahnya, masa tu che kak nak gi Machang ada kursus. Tengah syok bawa kete, tiber timbul rasa takut nak brek dan terbayang kete berpusing-pusing macam dalam movie The Fast & The Furios. Kaki che kak tibe rasa macam berat tak leh nak tekan brek dan tekan minyak. 


Bawa 30 km/j je. Nak tekan minyak kasi laju sikit memang tak mampu. 


Berdebar tu rasa macam nak pecah dada, rasa sesak nafas, pening nak muntah, gelap mata, mengigil tu macam terjumpa hantu siam. Eh macam-macam lagi la perasaan tak selesa. 


Masa nak balik rumah, che kak terpaksa tekan butang lampu emergency sebab tak mau kena makan sumpah kat pemandu belakang. 


Kadang-kadang berhenti dulu kasi diorang pergi dulu. Line clear baru che kak gerak balik. 


Sampai satu tahap tu, che kak terpaksa berhenti kat tengah hutan kiri kanan. Tak mampu dah nak gerak. 


Walaupun laluan gi keje setiap hari selama bertahun-tahun, tapi masih berterusan. Pelik sangat. Boleh dikatakan dalam seminggu, hanya satu hari je che kak boleh bawa 50 km/j. Hari lain, memang sodakollahul azim. 


Nak pi supermarket jarak 5km je dari rumah pun buat che kak berpeluh takut tahap gaban. 


So, berlarutan la selama bertahun-tahun. 


Masa PKP tahun lepas, jalan sangat lenang. Nak pecut macam pelumba kete taraf dunia pun boleh. Tapi, che kak tetap trauma. Maka merayap juga la atas jalan raya. πŸ˜‚ Rugi weiiii tak leh pecut walhal ada peluang. 🀣🀣


Suatu hari, masa che kak jumpa doktor homopati, doktor kata anxiety la tu. Doc ada bagi ubat. Katanya makan masa betul-betul tak leh kontrol perasaan. 


Sejak menjak ni, che kak hepi sangat tekan minyak kete tanpa rasa berdebar. Tanpa rasa takut kete berpusing-pusing. 


Tekan minyak dengan hepi je bila jalan line clear. 


So, bila tengok poster ni, baru che kak perasan. Betul la kita kena jaga kesihatan usus. Baru satu badan sihat termasuk otak. Leaky gut affects the whole body. 



Che kak konsisten minum aloe vera gel. Pernah buat aloe8. Kadang campur madu. Sekarang ni che kak konsisten minum pomesteen dan royal jelly. 


Yang lain-lain tu ambil sekali sekala je macam arctic sea, bee propolis, nectar. 


Fokus nyahtoksin untuk tambah baik kesihatan usus. 


Royal jelly tu, che kak terbaca khasiatnya sangat membantu sape-sape ada anxiety, depression dan masalah emosi lain. 


Dah masuk botol kedua che kak kemam royal jelly. Tu pun time ingat nak makan. 😁


Che kak nak ikhtiar sebelum lebih mudharat. Alhamdulillah, che kak rasa dah lebih baik daripada dulu walaupun masih tak 100% hilang anxiety. 


Itu baru citer bab kete. 🀣Belum lagi masuk citer 'makcik asam keping' yang pernah viral. Dengar nama dia pun Ya Allah, menggigil. Puncanya laporan sosial makcik ni tersebar di medsoc. 



Che kak tak maafkan sape yang sebar tanpa rela che kak. Sepatutnya kena beramanah la. πŸ˜’


Gais, che kak bukan la nak overclaim. Tapi bila baca sharing kastemer, rupanya produk forever sangat membantu. Walhal kastemer family magika bukannya semua buat bisnes pun. 


#chekakforever 

#familymagika 



CLOTH DIAPERS

CLOTH DIAPERS

 Tadi saje la duk sembang2, tiber teringat cloth diapers yang duk simpan bertahun dah.


Masa zaman Aqilah dan Afnan, che kak giler beli cloth diapers ni haaa.


Lawa2 wei kaler dan corak dia.


Ni pun banyak dah juai balik.


Basuh sat, nanti senang nak sedekah kat sape2. Kita bagi yang elok2 macam kita nak pakai kat anak kita.



#chekakforever

JANGAN ROSAKKAN LAGU ORANG

JANGAN ROSAKKAN LAGU ORANG

 Awaatif suka nyanyi lagu Ya Jamalu. Kadang2 terikut juga dia nyanyi. Enjoy je ngan apa yang dia suka. 


Tapi kan main dia cakap "umi, tak sedap la umi nyanyi. Bukan macam tu nyanyi. Tak sama langsung."



Amboi, kan main hang komen umi mengalahkan David Foster.🀣


Hang masa baby dulu, umi nyanyi lagu Isabella, kadang2 Fantasia Bulan Madu, lena je hang tido. Tak dak pun hang nak komen umi nyanyi tak sedap. 




BAGAIMANA NAK JAGA PERIUK MASING-MASING

BAGAIMANA NAK JAGA PERIUK MASING-MASING

 Che kak nak citer satu kisah. Tak tau la nak bagi tajuk ape ni. πŸ˜‚


Lepas abes belajar kat UPM, che kak gi keje kat kilang jauh dari kampung che kak.


Sempat 3 bulan je keje. Saje je cari pengalaman hidup. 


Dapat gaji rm1300 masa tu. Sangat besar nilainya. Rasa macam orang kaya gittew.


Dapat gaji, che kak beli barang dapur, barang keperluan peribadi, dan pandai2 la nak hidup kan, untuk makan sebulan.


Ada housemate che kak, dapat gaji je terus gi bandar, sopim sakan. Setiap kali dapat gaji beli tepon baru. 


Lepas tu, bermulalah episod hidup dia 'berpuasa tak berbuka'. 


Mula la wat muka moyok, muka kesian, muka sedih sebab lapar. Nak beli makanan, duit takde. 


Bayangkan nak hidup 29 hari lagi sementara dapat gaji lain pula. 


Rasa nak bagi flying kick je. πŸ˜‚


Che kak tegur juga, lain kali pandai2 la urus duit tu. Jangan boros, jangan membazir. Beli barang dapur, beli makanan wat stok. 


Telefon tu, tak payah la beli sampai tiap2 bulan. 


Che kak sendiri pun tak beli telefon. Nak call seseorang pun che kak guna public phone je. πŸ˜‚


Tapi tu la, walaupun che kak selalu tegur dia, tapi tak sampai hati nak tengok dia mati kebulur depan che kak. 


So, setiap kali che kak masak, che kak ajak juga la dia makan. Tu pun selalu je komplen che kak masak tak sedap. Masin la, apa la. πŸ˜‚


Gitu le gais. Mungkin gaji kita tak sama. Mungkin lagi sikit atau lagi banyak dari che kak. 


Ibarat kita nak masak, tengok periuk kita besar mana. 



Jangan sampai kita nak guna 'periuk' orang mentang2 'periuk' sendiri tak muat nak masak. 


Sekali sekala guna 'periuk' orang takpe la. Kalau selalu sangat, naya la, kan. 


Lepas tu tengok le 'periuk' kita tu berkilat atau tak? 


Kalau 'periuk' che kak berkilat bukan bermaksud malas masak. Tapi che kak suami isteri rajin sental. 


Kalau 'periuk' korang tak berkilat, tak yah la duk mengeluh, lepas tu wat status minta simpati nak beli 'periuk' baru. 


😁😁


#chekakforever

KENAPA PILIH FOREVER LIVING SEBAGAI BISNES DAN JANA INCOME

KENAPA PILIH FOREVER LIVING SEBAGAI BISNES DAN JANA INCOME

 Kenapa che kak pilih Forever Living sebagai bisnes?


Che kak nak citer pengalaman bagaimana terjebak dengan biz. 


Che kak zero dengan minat dan pengalaman biz. 


Kononnya nak bersara awal dan ada rezeki lepas pencen, boleh gi merantau keliling dunia. πŸ˜‚ Bab berangan, memang free je kan. 🀣


Sehinggalah che kak terdetik di hati, eh aku nak buat bisnes juga la. Nak bersara sebelum usia warga emas. 


Tapi nak bersara tu, mesti kena ada back up income. Naya kalau berhenti keje takde simpanan dan back up income. 


Tapi..... 


Che kak tak pandai nak bisnes masak2. Nak masak dan jamu kat kawan2 pun berpeluh sakan. Entah sedap entah tidak. 


Masak untuk anak2 kita lain la. Diorang makan je apa yang kita masak. 


Tu pun depa request 2 minggu, baru che kak masak. 🀣


Che kak tabik spring kat kawan2 yang pandai ambil peluang jadikan kemahiran masak sebagai bisnes. 


Juai sosej siam pun masyuk tau. 


Walaupun ma che kak tukang jahit kampung tapi che kak tak minat langsung nak menjahit. 


Ya ampunnn bukan che kak tak pernah cuba untuk belajar dan cuba juga tanam minat untuk menjahit. 


Pernah tau che kak bayar yuran rm300 untuk belajar asas menjahit. Tapi tak sampai satu hari, terus cabut lari. πŸ˜‚πŸ˜‚ Burn cam tu je yuran. 


Che kak tak pandai bab mekap2 ni haa. Nak tunjuk muka kat medsoc punya la malu tahap gaban. πŸ˜…


Lagipun che kak seriau tengok fonder kecantikan yang jadikan seksi dan berkata lucah serta suka maki hamun sebagai promosi. πŸ˜…


Nak juai poduk kurus, che kak suka makan. Malas nak dietπŸ˜‚. Tak kuat semangat nak diet untuk dijadikan testimoni sendiri. πŸ˜‚


Tak tahu la bakat apa yang ada nak buat bisnes ni. Minat dah ada. Hmmmm. 


Bermula tahun 2013 che kak mula berjinak2 dengan bisnes online. Itupun malu2 cam kura2 menyorok. πŸ˜‚


Apa2 bisnes yang melibatkan offline memang ya ampunnn, che kak tak reti. Kelu lidah wei.


Nampak je che kak suka berceloteh kat medsoc tapi..... 🀣🀣🀣


Lepas satu, satu che kak try juai poduk MLM dan jadi agent poduk.


Time kena renew membership tu yang malas. Rasa baru je join ahli, dah kena renew. Tak sempat balik modal yuran keahlian. 🀣


Struggle nak dapat minimum point. Kalau tak, burn bonus. Penat wei. 


Sehinggalah suatu hari, nampak mamicery duk pomote poduk forever.


Che kak beli susu kambing dengan mamicery. So, selalu la dapat sample dan gift poduk Forever.


Poduk speak itself. Mamicery tak pernah pun paksa beli. Tapi tu la, free gift poduk forever tu yang buat che kak rasa jatuh cinta. 


Tahun 2018  che kak gi umrah bersama asnaf tajaan Andalusia. Che kak berdoa, agar Allah lorongkan bisnes yang che kak serasi, suka dan boleh jadikan income che kak.


Alhamdulillah, Mac 2020 bermula daftar ahli rm90 dapat percuma aloe vera gel. Sekarang ni kalau sign up membership, dapat tebus balik baucer rm90.


Free je kan sebab dapat balik rm90. 😘



Memang jatuh cinta dengan dengan poduk Forever. Semua best. Patut la mampu bertahan dah 43 tahun kat lebih 170 negara termasuk Arab Saudi dan Brunei. 


Walaupun pandemik melanda satu dunia, tapi bisnes Forever sangat menguntungkan  berjuta2 ahlinya.


Ramai jutawan forever dah buktikan, bermula zero to hero. 


Sistem sangat telus. Bayar bonus ikut kiraan harga runcit. Takde pakai point2 pun. Untung runcit pun besar. Sehingga 48% bergantung pada rank kita. 


Nak citer keistimewaan lain yang Forever bagi, kena tulis tajuk lain. Banyak sangat nak citer ni. 😘


Kalau sape2 nak cuba buat bisnes forever dengan che kak, ladang aloe vera sebesar 3 kali ganda Singapore, che kak tadahkan. 


Try dulu, kalau tak serasi, boleh quit. Kita nak bisnes ni hepi2 je gais. Takde paksa2 sape pun. Kalau ada downline nak jadi user poduk saja dan tak nak buat bisnes pun takpe. 


#chekakforever 

#familymagika

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com