September 2021 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: September 2021
THROWBACK 30 OGOS 2021

THROWBACK 30 OGOS 2021

 Semalam layan movie perang.

Kemaruk baru dapat tengok tvπŸ˜‚ setelah berkurung lebih 2 minggu.

Alhamdulillah masih lagi diberi kesihatan yang baik. Masih lagi dapat bersama keluarga.

Sepanjang 2 minggu emosi memang koyak teruk. Tapi kuatkan juga sebab ada sokongan moral dari kel dan kawan-kawan.

Mau tak koyak, che kak ada sejarah sakit jantung.

Hari-hari tengok kat fb ada je berita  yang meninggal akibat covid19.

Tu yang che kak tak berapa nak layan mana fbπŸ˜….

Nanti che kak rajin, che kak nak tulis dan share pengalaman untuk kenangan hidup yang cukup berharga.


THROWBACK 1 SEPTEMBER 2021

THROWBACK 1 SEPTEMBER 2021

 Hari ni gi keje.

Tak sempat nak ting tong sebab banyak keje sedang menanti.

Kebetulan ada kursus online.

Hadap baucer bayaran, laporan bulanan dan rutin kerja awal bulan.

Terasa juga la badan macam tak sihat mana lagi tadi.

Selama ni tak terasa pun sejuk aircond.

Hari ni sejuk pulak rasa.

So, buka tingkap je la tadi.

Hati rasa happy berbunga-bunga dapat makan kepok dan kuih apa ntah nama. Lupa dah nama kuih tu. 

Kebetulan pun memang terasa nak makan.

So, rasa semangat sikit nak masak untuk anak-anak.

Kebetulan Abang Afnan nak makan ayam masak sambal.

Tak perlu dah nak pening-pening kepala.

Buat je apa yang anak minta.

Hargailah setiap detik bersama orang yang kita sayang dan orang sayang kita.

Selera makan tak berapa nak pulih lagi.

Makan nasi 2 , 3 suap dah tak boleh nak telan.

Jap agi nak makan madu lemon halia.

Kasi tambah tenaga sikit dan nak cairkan kahak yang duk block tekak lagi ni.

Madu banyak sebab kawan che kak bagi hadiah madu dan ubat baru ni.


THROWBACK 2 SEPTEMBER 2021

THROWBACK 2 SEPTEMBER 2021

 Singgah rumah ma hantar duit belanja yang adik kirim.

Ma bagi gulai kari kambing dan ubi keledek.πŸ˜‹πŸ˜‹ Sedapnya nanti kita buat kuih cek mek molek.

Petang semalam singgah beli baju basahan anak-anak. Dah buruk macam kain buruk baju-baju diorang.  Walaupun berkurung, baju tetap nak kena pakai.

Suami beli kuih benderam dengan kawannya. Kuihnya memang sedap. Dia bagi buah manggis dan keropok. 

Petang semalam dapat perkhabaran suami kawan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Kecuaian daripada pihak lain.

Allahu. Semoga kawan che kak tabah dan kuat hadapi ujian ni.

Cerita hari ni che kak terjatuh kat pasar lepas beli pisang goreng. 

 Selipar makan tuan. Agaknya dia tak suka che kak beli selipar baru semalam kat Zon Ria.

Staff zon ria minta tunjuk my sejahtera sama ada dah cucuk vaksin 2 dos. 

Che kak memang takde selipar yang boleh dibuat bergilir. Selagi tak putus, selagi tu la duk pakai.

Balik dari pasar, terus rasa lemah dan sakit-sakit badan. Takkan la jatuh sikit terus effect.  Apalagi, tido je jawabnya. 

Mentang-mentang la tak rasa sakit, tak makan dah ubat dan suplmnt. Haiii kena   makan balik la untuk imun dan energy booster. 🐝

Celik mata, terus cakap kat suami, "abang, lapar nasi".

Sepantas kilat zup zass siap ikan patin masak tempoyakπŸ˜‹.


#throwback

BIHUN VIRAL 12 SUDU GULA

BIHUN VIRAL 12 SUDU GULA

 Hari tu kawan opis ada belanja kfc. Apa lagi, che kak terus simpan sudu kecik kfc sambil berangan nak masak bihun viral.

Hari ni baru berkelapangan nak masak bihun viral. Tapi che kak tambah lauk ayam, telur dan sawi.

Che kak tak nak komen rasa sebab nak raikan perbezaan. Lagipun selama ni pun che kak masak campak-campak ikut suka hati che kak nak letak apa juga.

Uols try la sendiri ye. Sedap juga la.

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 11)

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 11)

 Siri 11.

Hari ni hampir 6 minggu selepas che kak dijangkiti virus corona.

Alhamdulillah che kak semakin sembuh setelah disahkan bergejala stage 2.

Namun, rupanya che kak kena hadap juga long covid.

Masa hari pertama masuk kerja lepas kuarantin tu, che kak terpaksa lawan penat fizikal dan emosi sebab masa tu sibuk dengan proses bayaran bantuan dan ada taklimat penting kat google meet.

Che kak memang tak mampu nak berbual-bual dengan rakan opis. Rasa penat sangat.

Kepala pun masih pening-pening dan bingung gitu.

Selain itu, rasa lesu dan cepat letih. Walaupun hanya menyapu sampah je, tapi penatnya,Ya Rabbi. Macam baru lepas angkat tong gas.

Walaupun rasa semangat nak buat kerja rumah, tapi tak mampu nak buat macam biasa.

Biasanya penat macamana pun, kalau dapat sopim di kedai eco, hilang tau rasa penat. Tapi kali ni, pegang bekas plastik je pun, rasa macam berat je bekas tu.

Hingus dan kahak pun masih ada walaupun on off.

Sakit-sakit  badan dan paling ketara sakit bahu dan belakang pun che kak tak tahu sama ada sebab long covid ke atau kebetulan.

Sebab masa kena covid takde pula che kak sakit badan.

Kadang-kadang rasa berdebar tanpa sebab. Dia punya tahap berdebar tu macam nampak kon polis dan masa tu la teringat lesen memandu tamat tempohπŸ˜‚.

Paling ketara takde selera makan. Tapi che kak paksa diri juga makan. Sebab tu tak kurus.πŸ˜‚ Sakit pun, makan tetap onπŸ˜‚.

Deria bau slowly dah ada. Kadang bau kadang tak. Tapi che kak tak kisah sangat asal boleh bernafas dengan baik pun dah syukur alhamdulillah.

Pendek kata, asal ada sakit-sakit je mesti nak salahkan corona.πŸ˜‚

Kawan che kak tanya, makan ke tak supplement atau ubat?

Paling utama, ambil lah vaksin sebagai ikhtiar utama lawan covid dengan izin Allah.

Haaa tu lah pasal. Makan ikut suka hati che kak je.πŸ˜‚ Rasa nak makan, che kak makan. Rasa malas nak makan, che kak takde la rasa bersalah.

Kalau rasa tak bermaya, lesu, che kak akan minum madu. Setakat ni che kak konsisten makan madu.

Kadang campur aloe vera dan pati delima manggis. Macam minum jus buah je rasa. Masam manis buah.

Ikhtiar untuk tambah tenaga dan tingkatkan imun badan untuk cepat sembuh.

Kadang-kadang che kak kunyah propolis dan telan herba HPA. Propolis mengandungi flavonoid yang tinggi.

Kahak, hingus beransur hilang. Batuk, alhamdulillah langsung takde.

Supplement sangat membantu tapi jangan anggap ianya seperti makan nasi.

Kalau terlupa makan pada waktu pagi,  jangan la kita telan vitamin berganda-ganda sebelah petang kononnya nak cover balik.

Tak pasal nanti jadi penyakit lain seperti radang hati dan buah pinggang. Overdose vitamin bahaya juga kat badan kita.

Tak perlu rasa bersalah dan takut badan tak cukup khasiat supplement.

Paling penting jaga pemakanan. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Sepotong jambu batu dah cukup cover keperluan vitamin c.

Selain itu, jaga hati perasaan sendiri. Jangan difikir sangat apa yang orang nak kata.

Elakkan baca dan follow kontroversi orang popular kat medsoc. Nanti kita juga rasa sesak nafas sakit hati, terkejut. πŸ˜‚ Lagipun kalau korang sakit bukannya diorang tahu pun.

Jangan paksa diri buat kerja melebihi keupayaan kita. Buat secara slowly. Kalau penat, rehat dulu. Kerja memang takkan habis. Kalau nyawa kita habis akan tetap ada pengganti sambung kerja kita.

Hargailah keluarga dan kawan-kawan yang sangat mengambil berat kat kita. 

Jadilah orang baik-baik sebab peluang hidup hanya sekali.

Alhamdulillah, rasa setakat ni je la dulu perkongsian che kak. Takde sambungan siri dah.πŸ˜‚

Terima kasih kerana sudi baca dan support che kak. πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°




PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 10)

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 10)

 Siri 10.

Che kak bersyukur sangat PKRC ni tak bercampur dengan lelaki. Dapatlah berehat dengan aman. Kalau tak, memang tak selesa la. 

Setiap hari hanya mampu tengok pesakit yang ramai boleh balik dan ramai juga yang masuk ke PKRC. 

Jiran sebelah pun belum boleh balik lagi walaupun dah melebihi 10 hari sebab masih ada batuk-batuk. Batuk manja gittew je pun.

Namun apabila jiran sebelah dah boleh balik keesokkannya, masa tu la che kak rasa sayu giler. Jiran kiri kanan boleh balik. Sayu, sebak, tiba-tiba rasa kosong. 

Apabila tiba giliran che kak boleh balik, seronoknya. Che kak tak sabar nak sampai kat rumah.

Sebelum keluar dari pagar PKRC, petugas RELA  akan catat nama dan no telefon  kita dalam buku log diorang.

Tapi masih kena sambung kuarantin kat rumah. Masih kena pakai mask dan asingkan diri dari ahli rumah. Lagipun che kak masih bergejala.

Maka kena tidur sorang-sorang dalam bilik. Huwaaaa. Che kak penakut tidur sorang-sorang.  Tak lena wei nak tidur.  

Padan muka suka sangat tengok citer seram.πŸ˜‚  Tidur pun kena buka lampu. 

Sebab tu che kak tak leh gaduh lama-lama dengan suami. Perang dunia macamana pun, memang che kak akan angkat bantal tidur sebelah suami juga. Penakut tapi ego tak nak kalah.😝 

Nanti che kak sambung penangan long covid pula. 




PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 9)

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 9)

 Siri 9.

Teringat perbualan dengan suami setiap kali kalau bersembang tentang kereta idaman.

Che kak pasti akan jawab entah le. Asal  boleh bergerak gi kerja, keluar masuk kampung siasat kes bantuan, singgah sopim-sopim kat eco shop, kereta tak meragam asyik rosak pun dah cukup.

Dah kena baham dengan suami, "awok ni molek bawa keto jenazah. Tak dok jiwo langsung ke keto".πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Haaa bila duk melayan jiwa kat PKRC tu, mula la duk fikir. Aku balik nanti, naik kereta jenazah ke atau balik dengan teksi?

Che kak seriau juga sebab ada pesakit yang tiba-tiba sesak nafas dan perlu di hantar ke hospital.

Maksudnya sama ada kita akan sembuh atau semakin teruk, bergantung pada tahap kesihatan kita.

Kebetulan pula viral seorang pesakit yang telah sembuh berang kat KKM sebab tak hantar pulang ke rumah.

Kesian kat driver KKM. Dah la datang jemput pesakit kat rumah siang malam.
Udah-udah ler menambah beban mereka. Mereka juga manusia biasa yang tahu penat dan perlukan rehat juga.

Che kak bercadang nak balik dengan teksi sebab tak tau nak minta tolong dengan sape.

Che kak minta tolong kawan untuk dapatkan teksi sekiranya che kak discas nanti. Tapi agak sukar juga la.

Che kak pun lupa nak tanya petugas kat situ kot-kot ada nombor teksi atau grab yang boleh dihubungi.

Walhal lambat lagi boleh discas.πŸ˜‚πŸ˜‚

Lepas tu kawan che kak tawarkan diri nak tolong hantar ke rumah. Kalau ikutkan jauh juga PKRC dengan rumah che kak.

Ya Allah, syukur sangat-sangat di saat kita buntu tak tau nak balik camne nanti, Allah mudahkan urusan hambaNya.

Rindu sangat-sangat kat suami dan anak-anak. Masa dekat selalu je bergaduh. Masa jauh mulalah rindu. 😝

Sambung lagi.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚




PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 8)

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 8)

 Siri 8.

Che kak duk perhati penghuni PKRC nampak  macam okey je. Ceria je. Macam tak sakit pun.  Masing-masing duk lepak dan berbual-bual macam takde masalah.

Che kak pula lebih suka menyendiri. Sekali sekala berbual-bual juga. Bukan sombong. Tapi lebih suka ambil peluang untuk berehat.

Lagipun orang tak kisah pun kita nak buat apa. Memang PKRC tempat khas untuk kita berehat.

Kalau che kak berbual, isu yang che kak elakkan sama sekali ialah politik dan artis. Cerita politik memang buat kita panas hati.πŸ˜‚ Hati tisu, tak layak nak sembang.

Cerita artis pula che kak tak minat sebab che kak tak suka artis masa kini. Bakat tak ke mana. Cerita putus cinta dan cerai je glemer lebih kat medsoc.

Artis yang che kak minat Amy Search, Rambo dan Jackie Chan. Ada ke makcik nak join sekali sembang pasal Rambo.πŸ˜‚

Kalau che kak berbual-bual, biasanya  macam che kak nak tembual klien yang mohon bantuan.πŸ˜‚

Tanya nama, tinggal kat mana, berapa orang anak, kerja apa? Lepas tu mati kutu dah nak tanya apa.   Nasib baik tak tanya nombor ic je.πŸ˜… Sebab tu che kak lebih suka mendengar je.

Jiran katil sebelah pun che kak kurang bercakap sebab nampak tak sihat sangat. Lepas sihat, che kak ambil peluang bertegur sapa juga.

Makcik duk luah perasaan dia risaukan anak-anak kat rumah sebab tak de telefon nak call. Anak kat rumah pun tak tahu makcik sihat ke tak.

Che kak tawarkan telefon che kak supaya makcik dapat call anaknya. Alhamdullah, gembira tak terkata apabila dapat juga bercakap dengan anaknya.

Che kak pula suka tegur baby. Kalau ada baby, biasanya che kak akan mulakan perbualan dengan tanya berapa bulan dah baby? Comelnya baby.

Ada seorang wanita, katanya dia dah kahwin 14 tahun. Baru dapat seorang anak. Itupun dia tak sangka dapat rezeki. Pada awalnya dia ingatkan kanser sebab pernah dapat kanser sebelum ni.

Ada seseorang yang tak ambil vaksin. Katanya memang sengaja tak nak vaksin. Itupun che kak hormat sahaja pandangannnya. Tak perlu la kita nak berdebat dan buka kitab dalil-dalil.

Bukan masa untuk kita berdebat dengan isu-isu yang berbeza pandangan. Mereka dah ada jawapan masing-masing. Melainkan kalau mereka minta pandangan kita, barulah kita bagitau apa yang kita tahu.

Che kak kagum juga dengan seorang kakak. Kematian suami, derita sakit saraf lagi. Tapi dia mampu senyum dan menceriakan penghuni lain.

Siapa sangka, disebalik senyuman seseorang, tersimpan cerita suka duka masing-masing.

Ada juga yang ambil peluang, promosi  bisnes sos pencicah. Seronok dengar dia bercerita seawal pagi dah masak sos pencicah dan ejen-ejen dia tak putus-putus oder. Kiranya membuka peluang orang lain untuk tambah pendapatan juga.

Haaa ada juga la makcik yang duk cerita kisahnya kena santau oleh saudara arwah suaminya. Panjang pula ceritanya sampai che kak dah naik jemu.πŸ˜…

Nasib baik ada makcik lain tegur, pergilah berehat. Semua orang penat dan perlukan rehat. Fuh, betul la tu. Che kak nak tegur, takut kata kurang ajar pula, kan.πŸ˜…




PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 7)

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 7)

Siri 7.

Soalan dari kawan che kak.  Masa che kak berada di PKRC, sape yang urus anak-anak, makan minum dan lain-lain?

Dari dulu lagi kalau che kak outstation, memang tak pernah risau anak-anak duk dengan suami.

Suami che kak memang boleh urus sendiri rumahtangga dan anak-anak walaupun anak masih baby.

Sekarang ni alhamdulillah anak-anak dah besar dan boleh sama-sama buat kerja rumah juga.

Mak-mak, ayah-ayah, anak-anak dari kecil lagi kena ajar asas kemahiran hidup. Lelaki, perempuan tetap kena ajar.

Contoh masak nasi, goreng telur, ayam, basuh, jemur dan lipat baju, kemas rumah, buang sampah, basuh pinggan mangkuk gelas sudu lepas guna.

Walaupun tak dapat keluar beli barang dapur, tapi jiran banyak membantu beli barang dapur dan makanan.

Kawan opis pun ada hantar makanan kering kat suami.

Milo dan susu tepung pun adik ipar sponsor. Abam posmen kan ada tolong hantar.

Kawan seuniversiti che kak cepat-cepat pos ubat HPA sebagai ikhtiar untuk lawan virus.

Pada mulanya che kak risau juga nak balik rumah camne sebab suami masih kuarantin.

Nak balik dengan teksi, macam takde je yang nak hantar. abes tu camne che kak balik? Nanti la che kak cerita lain kali sebab cerita kat PKRC tak habis lagi.😝




PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 6)

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 6)

 Siri 6.

Lega hari ni dah selesai sesi audit iso secara google meet. Dah beberapa hari duk bertungkus lumus settle dokumen dan fail untuk diemailkan ke juruaudit. 

Lepas tu sempat le sembang dengan jiran bilik depan.  Rehat sekejap sementara nak kena duty kaunter pula. 

Nak sambung balik la pengalaman berada di PKRC.

Sepanjang berada di sana, che kak memang down. Walhal banyak masa terluang yang sepatutnya che kak boleh buat macam-macam.

Konon nak tulis blog, nak bisnes, nak buat kerja. Tapi itu hanyalah angan-angan sahaja.

Betul-betul takde mood nak buat semua tu. Dah paksa diri, tapi corona ni memang betul-betul tutup pintu hati che kak. (Salahkan corona la pulakπŸ˜‚πŸ˜‚).

Siap left grup opis tau lepas membebel kat kawan-kawan yang tak buat kajisemulaπŸ˜‚πŸ˜‚. Nasib baik boss faham. Tempoh bertenang, kata orang. 

Gais, jangan paksa diri. Penting tau jaga diri dan jaga hati sendiri semasa proses pemulihan. Lawan covid dulu.

Haaa elok je masuk keje, ambik engkau kerja berlambak duk menantiπŸ˜‚πŸ˜‚.

Nampak macam sihat. Tapi dalam hati Allah je la yang tahu. Apa la virus tu buat dalam badan kita.  Benda tak nampak.  Kadang-kadang duk terbayang macam game pacman duk makan apa yang ada depan mata diaπŸ˜‚.

Asal buka je medsoc, ada je sharing tentang seseorang yang meninggal dunia akibat covid-19 termasuk yang masih muda. Mau che kak tak risau😭.

Che kak sangat bersyukur. Sokongan kawan-kawan dan keluarga sangat membantu pulihkan emosi che kak.

Percayalah, walaupun hanya satu ayat whatsapp bertanya khabar , ianya sangat memberi makna pada che kak. Che kak rasa eh ramai juga kawan aku.πŸ˜‚

Terima kasih uols kerana sudi bertanya khabar, doa, kirim makanan dan support che kak. 

Kebetulan pula PKRC ni duk kat daerah pejabat lama che kak. Alhamdulillah, kawan lama che kak pun sudi tolong che kak. Macam-macam pertolongan dia. Hanya Allah je la yang mampu balas jasa dia dan kawan-kawannya. Thanks Rosli Noh and friends.

Haaa tadi ada soalan dari kawan che kak.  Masa che kak berada di PKRC, sape yang urus anak-anak, makan minum dan lain-lain?

Ok nanti che kak sambung lagi. Bab kata kawan che kak, 2 minggu kuarantin, banyak siri la kena hadapπŸ˜‚.





REZEKI KITA VS REZEKI ORANG LAIN

REZEKI KITA VS REZEKI ORANG LAIN

 Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.

Crita pagi ni, kete tiba-tiba slow.

Semakin lama semakin slow walaupun dah tekan minyak. Dah la atas jambatan.πŸ˜…

Cepat-cepat bagi signal dan berhenti tempat yang elok sikit. Berhenti depan kilang bata. 

Risau juga lori duk keluar masuk kat kilang tu. 

Cam biasa la call suami dulu.

Pastu call kawan opis yang dekat dengan rumah.

Alhamdulillah kawan datang tolong teman pun takpe dah.

Sambil tunggu pomen. Pomen merangkap kawan suami. 

Hantar ke bengkel, terus gi opis dengan kawan. 

Baru lepas transfer duit bekki kete. 

Sebagaimana yang che kak pernah dengar, bayarlah upah sebelum kering peluhnya.

Sekian cerita hari ini wat kenangan.


PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 5)

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 5)

 Siri 5.

Sambung balik citer pengalaman che kak dikuarantin di PKRC.

Apa yang che kak share ni hanyalah pengalaman peribadi sahaja. Tak mewakili mana-mana individu atau jabatan.

Alhamdulillah, che kak selesa je duk kat PKRC walaupun duk ramai-ramai. Sekali sekala ada juga baca yaasin secara beramai-ramai.

So far, bagi che kak PKRC dah buat yang terbaik untuk kita. 

Ada juga la che kak dengar seseorang duk kata banyak juga kerajaan berhabis duk support PKRC. Kos makan minum, elektrik, rawatan dan lain-lain. Bagus la fikir macam tu. Sepatutnya kita kena berterima kasih je.

Apa yang che kak nak citer ni, ada la unsur-unsur geli atau jijik. Che kak minta maaf awal-awal ye.

Walaupun che kak rasa sihat, sekali sekala ada juga gejala yang membuatkan che kak tak selesa.

Antaranya air liur. Pada satu malam tu, che kak rasa air liur pekat likat macam gam. Nak telan rasa terlekat kat tekak.

Terpaksa juga la ulang alik ke tandas untuk ludah air liur. Air liur bukan biasa-biasa.  Penat juga la duk ulang alik. 

Kahak , hingus? Bukan biasa-biasa jugaπŸ˜….  Sebaiknya makan madu tanpa bancuh air. Sangat membantu untuk mencairkan kahak dan hingus yang pekat likat macam gam.πŸ˜…

Sakit tekak macam kena hiris dengan benda tajam. Che kak bagitau kat petugas dan petugas bagi ubat kumur. 

Ada satu malam tu, ya rabbi, sakit kepala macam kena toreh dengan pisau. Tak pernah rasa sakit macam tu.

Biasanya kalau kita sakit kepala, rehat atau tidur sekejap akan hilang sakit. Tapi yang ni nak tido pun tak boleh. Nak duk diam pun tak boleh.

Sudahnya, che kak call petugas. Macam ngada-ngada pula asyik call je.πŸ˜… Tapi kita memang kena bagitau kalau ada rasa sakit. 

Lepas makan panadol, baru la dapat tidur dengan selesa. 

Alhamdulillah che kak takde batuk sepanjang duk kat sana hingga ke hari ini. Kalau tak lagi la bertambah tak selesa.

Demam? Awal-awal je che kak demam. Tapi ada juga la sekali, lepas che makan tembikai, terus sejuk menggigil. 

Tak tau sebab makan buah tu ke? Atau sebab kita memang dah nak demam pun. Kebetulan semata-mata je kan.πŸ˜… Kesian, tembikai juga yang disalahkan. 

Syukur sangat-sangat la virus ni tak serang paru-paru. 

Awal-awal lagi che kak ikhtiar dengan vaksin. Sekurang-kurangnya ia tidak memudharatkan kesihatan kita dengan izin Allah.

Che kak anggap macam kita pandu kereta la. Pakai tali pinggang. Kalau dah ditakdirkan berlaku kemalangan tetap akan berlaku. Tapi sekurangnya pakai tali pinggang ni tak membuatkan kita tercampak lagi teruk. Ikhtiar untuk jaga keselamatan diri. 

Walaupun gejala kategori 2, tapi sakit paling utama nak kena kawal ialah emosi.😭 Ok sambung lagi.




PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 4)

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 4)

 Siri 4.

Sambung balik citer pengalaman che kak dikuarantin di PKRC.

Apa yang che kak share ni hanyalah pengalaman peribadi sahaja. Tak mewakili mana-mana individu atau jabatan.

Makan tido makan tido makan tido.πŸ˜‚

Che kak perasan juga, makan tengahari dan malam kebanyakannya masakan siam. PKRC kan dekat dengan Rantau Panjang. Mungkin tukang masak orang Rantau Panjang juga.

Menu petang pula roti, kadang kala sandwich dan air kotak.

Kadang kala ada yang sedekah makanan. So, memang tak lapar la kitorang. Itu belum lagi makanan sendiri.

Che kak tengok ada juga la yang oder makanan luar.

Alhamdulillah walaupun che kak hilang deria bau, tapi deria rasa tetap ada. Kalau tak, tak tau le camne nak makan tanpa rasaπŸ˜‚.

Alhamdulillah, kawan-kawan dan adik che kak pun ada hantar makanan. Dapat makan rendang dan nasi himpit, biskut, pisang, kek lapis sarawak, roti. Syok gak dapat makan roti kelapa pandan. 






Tapi takde la makan sorang-sorang. Share juga dengan jiran-jiran sebelah. 

Che kak kerap minum air masak. Ada la dalam 2, 3 botol sehari.

Selain supplement yang che kak bawa, kawan-kawan seuniversiti dulu, sponsor supplement jenama HPA. Che kak makan juga. Sangat membantu juga la.



Mandi kerap juga walaupun che kak tak tau badan berbau ke takπŸ˜‚ sebab takde deria bau.

Paling syok masuk tandas tapi takde bau tandas langsung. Pergh macam masuk tandas 5 bintang takde bau tandas. πŸ˜‚ Diorang makan petai pun tak heran dahπŸ˜…πŸ˜‚.

Tandas pun bersih. Bilangan tandas pun banyak. Kira ok la dengan bilangan penghuni.

Walaupun ramai budak kecik, alhamdulillah takde yang buang pampers merata-rata. Buang dalam tong sampah yang disediakan.

Ada juga pesakit yang rajin. Tolong cuci tandas. Jadi tandas sentiasa bersih.

Ok sambung balik nanti ye.


PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 3)

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 3)

 Siri 3.

Hari ni che kak nak sambung cerita pengalaman che kak dikuarantin di PKRC.

Apa yang che kak share ni hanyalah pengalaman peribadi sahaja. Tak mewakili mana-mana individu atau jabatan.

Setiap hari che kak mandi jam 5 pagi. Tu pun dah ramai orang tunggu giliran masuk bilik air.

Sementara tunggu solat subuh, ramai juga yang berkesempatan solat  tahajjud dan solat sunat yang lain. Ada yang baca quran.

Lepas solat, che kak akan makan madu, pati delima manggis, bee propolis dan vit c.

Lepas tu, che kak akan jemur baju kat tempat yang disediakan. Sebaiknya bawa la hanger. Jimat ruang dan orang lain pun boleh jemur baju juga.

Che kak nak jemur malam, tapi ada makcik tegur katanya tak bagus berembun. Nanti dapat penyakit kulit.

Che kak tak jadi jemur sebab menghormati teguran makcik.

Lepas jemur pakaian, kadang-kadang terlelap sekejap sementara tunggu sarapan sampai.

Menu sarapan pula berat-berat je. Nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk, nasi lemak. Kadang abes kadang tak abes sebab takde selera. Terpaksa juga makan sebab nak tenaga. 

Lepas sarapan, kakitangan kesihatan akan cek kesihatan kita. Kami beratur  dengan sabar.

Alhamdulillah, tekanan darah dan tahap oksigen normal. Sekali sekala ada la berdebar-debar. Tak tahu la sebab apa berdebar.

Ubat diberi berdasarkan simptom kita. Antaranya paracetamol, ubat selesema , ubat batuk, ubat sakit tekak.

Kalau ada masalah kesihatan yang serius seperti oksigen drop, sukar bernafas akan dihantar ke hospital dengan segera.

Che kak banyak tidur je sepanjang berada di sana. Memang takde semangat nak buat kerja, biz walaupun online je.

Ada juga la join kursus selama 2 hari. Itupun on je tapi che kak tak beri perhatian langsung. Ambil syarat kehadiran je.

Ok, nanti che kak sambung lagi ye.




PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 2)

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 2)

 Siri 2.


Hari ni che kak nak sambung cerita pengalaman che kak kena covid-19 baru-baru ini dan dikuarantin di PKRC.

Apa yang che kak share ni hanyalah pengalaman peribadi sahaja. Tak mewakili mana-mana individu atau jabatan.

Suami che kak sempat bagi minum air rebusan bunga cengkih. Sedap minum suam-suam. Tapi rasa macam kering tekak lepas minum. Hidung yang tersumbat pun dah rasa lega sikit.

Sementara menanti ambulan datang jemput, pihak PKRC call. Beberapa soalan yang perlu dijawab untuk rekod diorang.

Sebenarnya kita boleh pergi sendiri ke PKRC. Tak semestinya pergi dengan ambulan. Tapi che kak nak merasa naik ambulanπŸ˜….

Masa duk dalam ambulan, bertambah sayu di sapa angin malam sebab buka tingkap.

Bagus juga pemandu ambulan ,  masih lagi mampu menyantuni kami dengan nasihat dan doa selamat.

Sampai kat PKRC lebih kurang jam 11 malam. Lepas cek tekanan darah dan tahap oksigen, che kak pergi ke katil yang PKRC dah tetapkan. 

Jangan memandai-mandai suka hati tukar nombor katil tanpa pengetahuan PKRC. 

Lepas tu, che kak tidur je la lepas ambil selimut dan cadar yang disediakan.

Tak tukar baju, tak gosok gigi, tak cuci muka.πŸ˜‚

Malam pertama di PKRC dah tunjuk malas.πŸ˜…

Ok. Nanti che kak sambung pulak. 

Che kak lupa dah berapa hari berada di sana.




PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 1)

PENGALAMAN DIJANGKITI COVID-19 (SIRI 1)

 Siri 1.


Hari ni che kak nak cerita pengalaman che kak kena covid-19 baru-baru ini.

Apa yang che kak share ni hanyalah pengalaman peribadi sahaja. Tak mewakili mana-mana individu atau jabatan.

Kalau orang tanya mana dapat virus tu?

Sejujurnya che kak pun tak tahu dapat kat mana. Che kak hanya pergi opis dan sekali sekala singgah supermarket beli barang dapur.

Sedar-sedar je bergejala dan takde contact rapat dengan sape-sape.

Cuma che kak bersyukur sangat sebab anak-anak, suami, ahli keluarga lain dan rakan-rakan opis tak de yang berjangkit. 

Gais, pentingnya kalau kita bergejala, cepat-cepat dapatkan rawatan dan asingkan diri sehingga dapat result.

Cek di klinik kesihatan, bayar rm1 je. Kalau ada duit  boleh cek kendiri.

Pada awal gejala che kak rasa macam nak demam. Sejuk ketar menggigil bila terkena air masa nak berwuduk.

Lepas tu tak tahan menggigil-gigil, terus telan panadol. Alhamdulillah demam dah kebah. 

Keesokkannya, berbelah bagi juga nak pergi opis. Sebab tak demam dah. Cuma kepala rasa berat ,ting tong gittew.

Aghhh pergi klinik la dulu. Lebih baik aku cegah sebelum parah. Tak nak disebabkan kecuaian kita, abes semua berjangkit.

Doktor terus buat swab test dan dipakaikan gelang pink. Bermulalah kuarantin diri sehingga result keluar.

Sepanjang 3 hari menanti result keluar, antara gejala yang che kak dapat ialah hilang deria bau. Che kak perasan sebab  takde bau limau nipis.

Masa tu che kak rasa pening dan loya. Macam orang alahan ibu preggy. So, nak bau limau la untuk legakan rasa loya dan pening.

Try bau cuka, budu, belacan, bunga cengkih dan lain-lain. Sah! Memang takde bau. Terdetik di hati, aku kena covid ke?

Che kak muntah. Muntah keluar angin dan rasa pahit je. 

Tiba-tiba hidung rasa block. Takleh nak nafas dengan hidung. Tapi takde hingus.  Bukan macam selesema biasa. Nasib baik boleh nafas dengan mulut juga. Kalau tak? πŸ˜…

Memang rasa tak selesa badan.

So, che kak cuba wapkan hidung dan muka dengan air rendaman bunga cengkih.

Minum madu yang dibancuh dengan aloe vera. Kunyah bee propolis dan vit c. Ikhtiar kata orang.

Kalau dah sakit, baru nak cari ikhtiar,πŸ˜‚

3 hari kemudian, IK daripada pejabat kesihatan daerah call maklum che kak positif covid-19. 

Rasa sayu je dan che kak tak panik sebab dah jangka. 

So, beberapa soalan dan perkara yang che kak kena buat.

1. Listkan dan wasap nama dan no ic ahli keluarga yang tinggal bersama. 

2. Share location tempat tinggal.

3. Beberapa soalan berkaitan kesihatan, berat, tinggi, bilangan bilik tidur dan bilik air.

4. Hubungi rakan opis kot-kot ada yang bergejala dan kontak rapat.

Hasilnya, che kak terpaksa dikuarantin di PKRC kerana anak ramai kat rumah. Bimbang akan menjangkiti anak-anak. Tambahan pula che kak ada sejarah penyakit jantung.

Jam lebih kurang 10 malam, ambulan datang jemput. Rasa sayu giler wei bila duk dalam ambulan.

Keesokkannya anak-anak dan suami kena swab test dan dipakaikan gelang pink sebab kontak rapat. Diorang kuarantin kat rumah je sebab tak bergejala.

Barang-barang tak perlu bawa banyak. Antara yang che kak bawa:

 tuala,

 kain sembahyang, 

sejadah, 

baju lengan panjang 5 helai, 

kain batik 5 helai (sebab che kak suka pakai kain batik), 

kain tudung 5 helai (3 helai dah cukup sebenarnya), 

stokin, 

pakaian dalam,

standby modes,

ubat dan berus gigi, 

sabun avocado merangkap sabun mandi, cuci muka, syampu dan basuh bajuπŸ˜‚

Deodorant,

Krim panas

sikat rambut

Hanger

Charger henpon

Pengetip kuku


Krim-krim muka che kak tak bawa sebab takde mood nak pakai.


Ubat-ubatan

Madu

Pati delima

Bee propolis

Vit c

Botol air masak

Bunga cengkih

Bawa ic dan sedikit duit je gais.

Tak perlu bawa handbag dan barang kemas.

Apabila dah sampai di PKRC.....

Ok nanti che kak sambung balik la deh...



πŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com