March 2020 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: March 2020
JANGAN IRI HATI PADA GOLONGAN B40 DAN M40 DALAM PAKEJ PRIHATIN

JANGAN IRI HATI PADA GOLONGAN B40 DAN M40 DALAM PAKEJ PRIHATIN

Jangan la kita dengki dengan kumpulan B40 dan M40. Walaupun kumpulan B40 dan M40 bakal mendapat manfaat bantuan yang diumumkan PM semalam, namun mereka bukannya boleh jadi kaya raya taraf jutawan.

Bantuan tersebut mampu memberi nafas lega sementara mereka hilang pendapatan dalam tempoh PKP ni.

Golongan T20 sepatutnya bersyukur kerana mereka dah biasa hidup senang dan selesa. Selama ini mereka boleh bermewah dengan barang2 berjenama dan makan makanan yang sedap. Boleh melancong baik dalam negeri mahupun luar negeri.

Kalau ada rezeki yang PM umumkan, alhamdulillah. Kalau tak tersenarai sebagai penerima, janganlah disimpan perasaan tak puas hati.

Tak nak bantu meringankan beban golongan B40, duk diam2. Jangan dibising tuntut hak seolah2 dalam bank engkorang dah zero RM.

Cek diri sendiri.  Duit korang ke mana perginya selama ini. Cek bawah garaj korang. Kereta apa korang pakai. Cek juga la beg dan pinggan mangkuk korang jenama apa.

Lepas cek korang punya harta, pergi la tengok dapur golongan B40. Adakah pinggan mahal atau pinggan percuma sabun Daia?

l
STAY AT HOME SEMASA PKP

STAY AT HOME SEMASA PKP

Orang yang nak berpolitik dan mempolitikkan isu covid19, biarkan je la. Dah memang kerja diorang. Memang bidang tugas diorang.  Tak best la kan hidup tanpa mempolitikkan semua isu walaupun melibatkan nyawa.

Apa yang kita boleh buat, abaikan mereka. Tak payah layan dan memberi respon walaupun rasa geram dan nak marah.  Block aje la mereka dalam alam maya.

Fokus sahaja kepada peranan dan tanggungjawab masing2. Tugas kita sebagai rakyat #stayathome.


gambar google


Buat la apa sahaja aktiviti dalam rumah. Kalau diorang post dalam fb, ig, segala aktiviti dalam rumah, biarkan aje lah. 

Tak payah la kita nak komen, alaa nak menunjuk2 la, tak jaga hati perasaan orang la. Dah wall diorang. Asalkan diorang dah laksanakan tanggungjawab #stayathome.

Kalau terputus sumber bekalan makanan akibat tiada wang belanja, rujuk la kepada YB kawasan masing2. Che kak percaya, YB2 akan membantu rakyatnya yang susah.

Kepada ahli dermawan yang bermurah hati nak memberi sumbangan, pastikan dapatkan khidmat nasihat seperti polis atau DO kawasan masing2 bagaimana nak menyampaikan sumbangan.


TANGGUNGJAWAB SIAPAKAH BANTU IBU YANG SAKIT TERLANTAR

TANGGUNGJAWAB SIAPAKAH BANTU IBU YANG SAKIT TERLANTAR

Ada seorang pemuda yang memohon bantuan. Mohon bantuan kerana ibunya sakit terlantar. 

Pemuda itu sanggup berhenti kerja  kerana tiada sesiapa yang sanggup menjaga ibunya. Pulang dengan tawakkal dengan harapan ada kerja kat kampung.

Dia ada 7 beradik. Hanya 2 orang sahaja yang membantu memberi sumbangan walaupun sedikit. 2 orang adik beradiknya berpendapatan rendah. Tapi atas rasa belas, sanggup korbankan sedikit duit gaji.

4 orang lagi tak membantu langsung. Apabila tengok pada pekerjaan, che kak tahu mereka sebenarnya boleh membantu si adik dan ibu tadi.

Takde rasa belaskah pada ibu yang sakit terlantar? Takde rasa kasihankah pada si adik yang sanggup berhenti kerja demi jaga ibunya.

Luakkah gaji kalau beri sedikit pada ibu dan adiknya?

Tak usahlah pertikaikan apakah sumbangan kerajaan dalam membantu mereka. Tapi cek la diri sendiri. Apakah sumbangan kalian terhadap adik beradik dan ibu.

Bersyukurlah yang kalian ni ada gaji tetap. Bantulah ahli keluarga terutama mak ayah yang tiada sumber pendapatan. Kalau mak ayah dah ada pendapatan, lain cerita pula. 

Tak luak rezeki kalau beri sedikit pada ibubapa. Bahkan Allah akan tambah rezeki yang tak disangka2.

Tanya la mak ayah, mak ada duit ke nak beli beras tu? Mak ada ke duit nak beli ikan? Mak ada ke duit nak beli pampers orang tua?

Kadang kala tak perlu tanya. Masukkan aje la duit sebab kalian tahu mak ayah memang takde duit. Diorang segan nak minta duit dengan kalian.

Bayar kete mahal2 boleh je. Nak kasi RM50 kat mak yang sakit terlantar tu, rasa sayang sangat. Takut cepat abes duit.



CUKUPKAH DENGAN IBADAH TANPA ILMU

CUKUPKAH DENGAN IBADAH TANPA ILMU

Teringat pula cerita ahli ibadah yang mati kekufuran. Walhal hampir keseluruhan hidupnya dia beribadah. 

Walaupun dia tahu arak itu haram, tapi dia minum juga konon nak kasi power kemanisan dalam ibadah.

Beribadah tanpa ilmu. Ilmu mengatakan bahawa arak itu membawa memudharatan yang sangat nyata. 

Dah dilarang jangan minum arak, nak diminum juga.

Mencegah diri daripada kemudharatan juga adalah jihad setiap individu. 

Begitu juga dengan situasi masa kini. Covid19 sangat membawa mudharat bukan sahaja pada diri.  Malahan dunia kini sangat tenat dengan virus ini.

Kat rumah pun boleh beribadah. Solat sepertiga malam, solat jemaah dengan anak2 dan isteri. Baca quran bersama ahli keluarga. Ajar anak2 dengan ilmu.

Bersihkan rumah bersama2. Bercinta dengan suami isteri. 

Manakala bagi agama lain, mungkin ada cara untuk beribadah di rumah mengikut agama masing2.

Berjihad la lawan covid19 ni aga kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Jangan kerana kita yang selfish konon atas nama "jangan takut covid19 berbanding takut pada Allah".

Jangan kerana kita, ada yang hidupnya bekerja gaji hari tak dapat keluar mencari rezeki.

Jangan kerana kita, ada para pekerja tak dapat berjumpa keluarga kerana bertugas merawat pesakit covid19.

Jangan kerana kita, ada yang menjadi yatim dan balu kerana bapa dan suaminya mati kerana jangkit covid19.

Jangan kerana kita, ada jenazah yang dikebumikan tanpa ahli keluarga dapat tatap wajahnya kerana jenazahnya terbungkus dengan plastik khas.

#covid19
#stayathome
#18-31.3.2020





KENAPA SUAMI LARI ATAU KAHWIN LAIN?

KENAPA SUAMI LARI ATAU KAHWIN LAIN?

Che kak tak faham kenapa kita selalu dimomokkan kalau tak jaga alat sulit @ vagina @ miss v @ miss b dengan produk2  pasti suami akan lari atau kahwin lain. 

Seandainya suami uols kahwin lain, ianya tidak menjadi kesalahan kerana berbalik kepada konsep jodoh. Jodoh di tangan Tuhan.

Namun jangan sesekali dimomokkan kerana tak jaga miss v dengan produk. Adakah serendah itu martabat seorang isteri. 

Isteri tetap kena jaga penampilan diri, kebersihan dan sedap mata memandang.

Namun apa yang mengelirukan ialah kenapa ada kalangan selebriti yang sangat cantik jelita rupawan namun jodohnya tidak kekal. 

Che kak tak faham juga kenapa masih ada suami yang setia menjaga isteri yang sakit. 

Daripada kita merendahkan martabat isteri seolah2 hanya tempat melampiaskan nafsu, lebih baik kita didik suami dengan ilmu dan peranan suami yang sebenar.

Janganlah sampai terhapus 9 akal suami hanya kerana 1 nafsu. Isteri, janganlah kerana 9 nafsu terhapus 1 akal isteri.

Suami komen isterinya tidak menarik, tidak cantik, tidak umph dan banyak lagi la kekurangan isteri.

Macam beli kereta, tahu bawa je. Tak jaga maintenance, tak tambah aksesori, tak basuh sampai takde rupa kereta dah. 

Jaga kereta lama dengan baik, dan kalau teringin nak beli kereta baru dan ada duit, ok je kan.  

Kereta lama ni banyak jasanya walaupun kereta baru lagi cantik. Kereta baru lama2 akan bertukar status juga jadi kereta lama. 

Warga suami cuba cek apakah usaha2 kalian untuk bantu isteri cantik bagaikan bidadari dunia.

Berapa pasang dah kalian beli baju baru, seluar dan baju dalam baru? Nak tengok isteri seksi, berapa helai kalian beli baju seksi?

Berapa RM kalian bagi kepada isteri, khas untuk alat solek yang dijamin kualiti?

Berapa RM sebulan kalian peruntukan untuk isteri pergi spa dan mengurut kasi betul urat belikat yang dah putus sejuta enam?

Berapa kali kalian bawa gi jalan2 atau keluar dinner bertemankan lampu kalimantang banyak kaler?

Berapa botol kalian beli supplement  untuk kesihatan isteri?

Berapa kali tolong isteri basuh, jemur dan lipat kain?

Berapa kali tolong isteri masak, kemas, basuh pinggan dalam sink?

Berapa kali bergurau senda dengan isteri untuk ambil hati? 

Buat isteri, sekiranya suami dah buat semua seperti di atas, layan la suami dengan tip top. Itu pun nak kena ajar juga ke?
KONSEP REZEKI

KONSEP REZEKI

Throwback kisah lama. Antara kes yang pernah che kak handle. Seorang isteri datang memohon bantuan segera untuk membeli barang dapur. Katanya tiada duit satu sen pun untuk beli barang makanan.

Suami keluar berdakwah tanpa tinggalkan duit belanja pada isteri dan anak-anak yang masih kecil. 

Kenapa tak tinggal duit belanja? Menurut isteri, suami kata rezeki dari Allah. Tawakkal pada Allah. Allah akan bagi juga rezeki nanti.

Ye la kannnn. Ulat dalam batu pun boleh hidupkan. Apatah lagi manusia. Tak yah usaha cari rezeki pun tetap hidup juga. 

gambar ehsan google
gambar ihsan google


Che kak rasa nak bagi kaki je. Flying kick ala-ala John Rambo melawan musuhnya. Lepas tu lepaskan tembakan mesin gun bertalu-talu sampai habis peluru.  Diselang seli dengan tendangan padu maut Jet Li. (hanya khayalan semata-mata). 

gambar ihsan google


Konsep yang salah. Nak keluar berdakwah ke, nak melancong ke, nak keluar cari rezeki dalam tempoh yang lama ke, pastikan cukup keperluan makan minum dan belanja anak dan isteri. 

Sekurang-kurangnya biar la cukup beras dan budu atau kicap. Takde lauk pun takpe. Boleh juga makan nasi berkuahkan kicap. Asalkan dapat alas perut. Beli telur sepapan pun dah ok. 

Kasihan pada isteri. Nak keluar bekerja, suami tak izinkan. 

Tak guna keluar segala dalil ayat hadis quran bagai kalau nafkah pada anak-anak dan isteri ke lautan hindi. Bicara agama hebat kalah mufti. 

Kadang kala che kak menyampah sekiranya che kak tahu dia adalah suami merangkap ketua keluarga yang tidak bekerja tapi menyeksa isteri yang terpaksa berhempas pulas mencari rezeki.

Bertambah menyampah, lepak kat kedai kopi berdegar-degar cakap politik. Tapi hampeh, poket kosong, bini yang kasi duit kopi o suami.

Lagi sakit hati tengok duit isteri dihabiskan untuk beli pil kuda. Baik belikan anak patung little pony.

Lagi sakit hati, isteri cakap tawar hati pada suami, tapi masih nak juga dukung biawak hidup. Penangan baca KRT, pagi-pagi dah sakit hati. 








APA ITU KECANTIKAN SEMULAJADI

APA ITU KECANTIKAN SEMULAJADI

Zaman kanak2 dulu, che kak hanya boleh pakai gincu setahun sekali je. Time raya je. Dapat pakai tu, memang mulut muncung je sebab jaga2 takut tertanggal dari bibir. 

Nak makan kuih raya pun rasa sayang. Kalau dah hilang, tahun depan pula la dapat genyeh gincu. Ayah memang tegas tak kasi pakai gincu. 

Dah masuk alam remaja, dengan sendirinya segan nak pakai. 

Dah kahwin dapat pula suami yang 'mengharamkan' pakai kat luar rumah. Kadang2 segan juga time bibir rasa kering dan pucat. Pelembap je la jadi penyelamat di kala bibir rasa kering. 

Pada hari akad nikah, che kak pakai gincu kaler merah gittew. Ketika suami yang dah selamat akad nikah di masjid nak masuk bilik pengantin sebab nak serah mas kahwin dan cincin, eh eh dia tegur kita pulak. Merohnyoooo. 

Apalagi, che kak cepat2 la sapu balik. Malu yak amat. Hahaha. Nasib baik gincu free. Gincu mak tiri che kak punye. Kalau berbayar pada mak andam, hangus duit macam tu je.

Walaupun begitu, che kak tetap ada 2 , 3 batang gincu Mary Kay. 💄💄Pakai time nak melawa depan suami. Nak kasi nampak kelainan la sikit sekali sekala. Biar dia tahu bini dia pun cantik juga kalau pakai mekap.



Tapi suami kata, dia lebih suka tengok wajah natural che kak. Hmmmm. Bangun dari tidur adalah wajah paling natural. Hahaha. 

Che kak ada juga la bagitau kat suami, walaupun perempuan mekap tebal cantik  tahap bidadari macamana sekalipun, jangan sesekali puji depan che kak. 

Kalau che kak pakai mekap, nanti orang terkejut tengok che kak. 😆😆 (cam pelakon opera nanti sebab tak pandai pakai mekap).

#statuslayanboring
#statustengahgantungkuali
#statusibunakupsemangat
#statustiadakenamengenadengangosipartis




BIARKAN PRODUK FOREVER LIVING BERBICARA SENDIRI

BIARKAN PRODUK FOREVER LIVING BERBICARA SENDIRI

Setiap hari ada je posting pasal produk aloe vera duk lalu lalang kat fb che kak.

Che kak pula tak jemu baca apa yang best sangat tentang produk aloe vera.  Setakat baca je la. 

Tapi takde la pula nak pm ejen Forever nak beli produk,  walaupun produk nampak macam best je. Produk head to toe kata orang. Ada produk untuk penjagaan diri, makanan kesihatan, vitamin dan macam-macam lagi la ada. 


Pada suatu hari, mami noah ada bagi sample ubat gigi dan lotion dalam kotak susu kambing mikkae. Che kak memang suka kalau dapat free gift. 

Gosok gigi dengan sample ubat gigi forever. Wahhh bestnya. Terasa licin dan segar lain macam. Ini baru la ubat gigiii. 😆😆

Lotion pun che kak suka. Try sapu kat muka. Tak rasa berminyak pun. 

Che kak order ubat gigi, sabun avocado dan deodorant. Daftar ahli dapat la sebotol aloe vera gel. 


Sabun avocado tu che kak potong kecil-kecil dan bagi kat anak-anak sorang satu. Maklum la 4 orang anak remaja che kak request pencuci muka. Tapi che kak blur tak tahu nak beli pencuci muka jenama apa. 

Banyak masalah negara yang che kak nak fikir daripada fikir skincare apa yang sesuai untuk korang.

Haaa korang pakai la sabun avocado tu. Sabun yang sesuai untuk muka dan badan. Baunya sangat lembut. 

Che kak memang suka kalau sabun yang sesuai untuk pakai kat badan dan muka.  Senangkan hidup. Malas nak sakitkan kepala duk mikir.



Gosok gigi, dah. Mandi dan cuci muka dengan sabun avocado pun dah. Lepas mandi, nak la sapu deodorant. Che kak memang cerewet bab deodorant. Sakit hati je kalau pakai deodorant tapi ketiak tetap bau masam. 

Setakat ni deodorant homemade d'freshpicks je yang serasi dengan ketiak che kak. Kadang kala beli deodorant vaseline serum. 

Tertarik dengan depa duk share aloe ever-shield deodorant stick. Nak try la juga.

Tu dioooo. Besar yak amat deodorant. Patut la depa kata besar, 6 bulan baru habis. Memang besar. Nak sapu ketiak pun senang. Sekali harung je sapu ketiak. 🙊


Balik kerja, try bau ketiak. Eh tak masyam la ketiak kiter. Wahhh memang best. Mahal? Berbaloi beli sebab besar dan ketiak tak bau masyam. 

Harga memang mampu milik. 

Ni che kak duk intai-intai madu gurun. Nanti ada order banyak-banyak che kak nak beli madu gurun. Cam best je madu depa. 


Suami ada juga tanya bila nak bagi madu? Nak cari madu untuk ditelan pun che kak cerewet giler. Inikan pula madu untuk kongsi cinta suami. 😝😝
KENAPA TIDAK WAJAR BERGADUH KERANA POLITIK?

KENAPA TIDAK WAJAR BERGADUH KERANA POLITIK?

Walau sesiapa sahaja yang menjadi PM atau pemimpin kerajaan, kita sebagai penjawat awam dan rakyat kena teruskan hidup dan laksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.

Kita tetap kena bangun pagi dan bekerja demi kelangsungan hidup.

Takde pekdah kita bercakaran hanya kerana taksub pada parti politik masing-masing. Kalau kena tangkap, takde orang nak tolong jaga periuk nasi rumah kita.

Diari tetap sama walaupun tukar kerajaan. Tetap tertulis 'Kerajaan Malaysia' tanpa ada sebarang logo parti.



HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com