July 2022 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: July 2022
MAJLIS SAMBUTAN HIJRATUL RASUL PERINGKAT NEGERI KELANTAN 1444H

MAJLIS SAMBUTAN HIJRATUL RASUL PERINGKAT NEGERI KELANTAN 1444H

 Alhamdulillah

Kenangan yang mahal


Ya Allah teruja betul apabila anakanda Abang Aiman menerima Anugerah Pelajar Terbaik Yayasan Islam Kelantan Kategori SMU (A) Bantuan YIK sempena Majlis  Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1444H.








Tak tahu la nak tulis apa. Tulis lebih-lebih takut jatuh riak. Tapi macam biasa la kalau tak tulis, rasa tak lengkap di muka buku che kak.


Che kak hanya tumpang rezeki anakanda. Rezeki seorang ibu yang menahan sakit selama 14 jam demi melahirkan seketul Abang Aiman.





Segala usaha penat lelah Abang Aiman mengejar ilmu dan kejayaan telah Allah balas. 


Bukan sedikit usahanya untuk capai kejayaan dalam pelajaran. Banyak yang dia korbankan. Paling utama pengorbannnya ialah melepaskan peluang belajar di Sek Men Sains di Pengkalan Chepa selepas upsr tahun dulu. Hancur hati dia dulu. Tapi sebab 'anak baik' dia redha dan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dengan cemerlang.


Terharu sangat walaupun Abang Aiman hanya sekolah kampung je. Sekolah YIK yang langsung tak glemer dan bukan pilihan pelajar yang berdayasaing.


Alhamdulillah berkat jasa guru-guru Sek Men Ugama Arab Taqaddumil Ilmi , Ketereh tak putus-putus sentiasa memberi tunjuk ajar dan menyayangi Abang Aiman.


Ingatlah abang Aiman. Ini hanyalah titik permulaan. Masih jauh lagi perjalanan hidup kita. Semoga kejayaan cemerlang dunia akhirat sentiasa mengiringi abang Aiman dan adik-adik.



APA ITU SUKARELAWAN

APA ITU SUKARELAWAN

Apabila tengok gambar sebelum, semasa dan selepas konvensyen dalam gallery phone, eh eh banyak lagi tak citer ni. Sayang pula kalau tak tulis kisah dan post kat fesbuk.

Tadi che kak sempat belek fail simpan sijil-sijil kursus sambil cari surat beranak che kak.

Eh eh ada sijil lantikan sebagai Ketua Komandan Briged Kebajikan Perdana (BKP) la,🤪.

Orang lama mesti tahu apa itu BKP sebelum ditukar nama sukarelawan JKM. Hilir molek nama Ketua Komandan😆. Ketua Komandan tu lebih kurang Penyelaras Unit Komuniti la😁.

Bekerja secara sukarela sangat memerlukan seribu pengorbanan. Sama ada tenaga fizikal, kewangan, idea, kemahiran, kepimpinan dan sebagainya.

Bukan setakat kita je yang berkorban, keluarga pun terpaksa korbankan perasaan untuk lepaskan kita.

Jaga kepercayaan yang diberikan oleh pasangan kita.

Kalau tanya che kak sape idola sukarelawan, terus terbayang Cikgu Mohd Fadhli Salleh. Che kak suka follow dan baca fb beliau. Beza beliau dengan idola lain ialah dalam penulisan beliau sangat menitik beratkan "kami" bukan "saya".


Kalau kita bergerak membuat kerja sukarela secara team, jangan sesekali rasa seolah-olah "saya" je buat kerja. Kesian kat team yang sama-sama penat  lelah.



Terus ke cerita majlis penutup la😁😆. Tak sangka dapat juga bersua muka dengan Dato' Ketua Pengarah JKM yang baru semasa Majlis perasmian penutup.




Jeng jeng kemuncak konvensyen ni ada penyampaian anugerah sukarelawan cemerlang peringkat kebangsaan.

Alhamdulillah semoga anugerah untuk semua sukarelawan yang terpilih akan lebih menaikkan semangat mereka untuk terus membantu kumpulan sasar.

Tak sangka betul Cikgu Yuganu yang merupakan pesara guru dari Pasir Puteh, Kelantan diumumkan sebagai Sukarelawan Cemerlang 2022 bagi kategori lelaki.




Tergelak bila dengar Pijoe cakap cikgu dah jadi artis ni. Faham-faham je kalau dah jadi artis , dah tentu lambat bertolak balik ke Kelantan🤪.




Okeylah cukuplah dulu untuk hari ini. Panjang lagi kisah ni. Kisah perjalanan pulang dari jam 4 petang hingga 3 pagi tak tulis lagi ni.🤪

#KonvensyenSukarelawanJKM2022
#BayouLagoonParkResortMelaka


HARI TERAKHIR KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM MELAKA

HARI TERAKHIR KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM MELAKA

 Last last last dah ni kisah program di Melaka.😆 Esok kiter citer lain pula. 


Masing-masing dah tak sabar nak balik. Frust juga la sebab jadual asal untuk majlis penutup waktu tengahari tapi ditunda jam 2.30 petang. 


Kalau ikutkan rasa nak chow terus🤪 tapi kita bawa 'artis' wei. 😁 Kang pengacara majlis panggil nama sukarelawan cemerlang naik pentas, eh eh mananya?? Haaa jenuh kau nak kena buat Surat Tunjuk Sebab😅.




Lunch pun dah tak berapa nak selera sangat. 


Eh bukan bermaksud che kak tak bersyukur dengan rezeki. Che kak makan je, sedap tak sedap belakang kira. Bak kata orang, nok ko suasano jah😆. 


Nampak kolam hotel pun mampu tengok je la. Nak ambil gambar dari balkoni tingkat 3A  pun gayat giler. 🤢




Sementara menanti majlis penutup, che kak solat kat surau hotel kat tingkat 1. Check out pukul 1, tak sempat nak solat dalam bilik hotel dulu. Solat pun nak bagitau kat orang juga ke che kak oi🙄.


Haaa ni ada citer seram sikit🤪. Sebab tu citer pasal solat. Selepas solat, masuk dalam lif sorang-sorang. Ye la setakat dari tingkat 1 ke G , apa la sangat😏.


Sekali tak perasan button G, tertekan button 6, haaa ambik engkau😅. Ya Allah, perasaan tu rasa macam naik tingkat 60 weiii. Lambat giler dia nak turun ke ground floor.


Masa tu mula la terbayang hantu duk belakang la, duk tunggu kat pintu lif la, macam-macam la duk terbayang-bayang. Rasa macam nak pecah jantung.  Bila dah selamat mendarat, fuh lega. Tak mau dah tengok citer hantu  hotel lepas ni😌.


Selepas puas bergambar untuk kenang kenangan, apa lagi balik la. 



Lebih kurang pukul 6.15 petang, kitorang singgah kat Masjid Tengku Ampuan Afzan, Muadzam Shah. Masya Allah, sejuk mata memandang masjid ni. Sangat bersih dan selesa. Siap ada air kopi, coklat. Harga pun seringgit je. 





Sewajarnya semua jawatankuasa perlu menitik beratkan kebersihan dan keselesaan masjid. Kalau dalam tabung masjid banyak sumbangan, gunakanlah untuk keceriaan dan kebersihan masjid terutama tandas. Naiktaraf tandas masjid. 


Lapar la pulak. Fuyyooo rezeki beb. Ada kawan cikgu Yuganu, katanya taukey  supermarket belanja kitorang makan kfc.


Eh eh order kfc  tekan tekan kat mesin je. Laju giler staf JKM Pasir Mas tekan menu kat mesin tu haa. Nama apa dah? Lupa la pulak. Haaa fizi kot. Pandai buat lawak juga budak ni. 





Che kak order nasi🤪. Lapar nasi wakk. Nasib baik ada nasi. Kami 4 orang wanita, makan makan makan sampai licin. Makan sambil berbual tak kenyang wakkk😏. 




Tapi tu lahhh dapat yang isi. Kalau isi tak berapa suka sangat. Ku jeling-jeling paha ayam Ratna Mahsuri. Sanggup dia bagi kat che kak. Ya Allah nak cari mana kawan macam ni. Sanggup korbankan paha ayam😆.


Erk alhamdulilah semoga murah rezeki tauke belanja kitorang.


Time solat, berhenti kat rnr lupa dah nama. Ajil kot. Entah lupa la pula namanya. Masa che kak turun dari kereta, ya rabbiii nampak macam rambut kat celah pokok🤔😬. Kuat betul imaginasi si penakut.


Mata dah semakin mengantuk. Konon masih control ayu pejam mata gitu je. Haaa sudahnya, tak de dah kau nak control jelita. Apa yang terjadi waktu kitorang lena dibuai mimpi hanya driver je yang tahu🤪. 


Alhamdulillah, selamat sampai rumah. Call suami dan anak-anak tak dapat dapat. Line tak masuk langsung. Ni yang rasa macam nak hantar surat kat menteri suruh upgrade line telefon. 


Tapi tu lah, masing-masing bagitau tak leh nak cuti sebab kerja dah menanti.


Alhamdulillah seronok dapat kenal diorang semua. Semua sporting dan baik belaka. Kak Ton dan anaknya pun sangat baik dan peramah. Pejo memang sesuai jadi orang hq. 2 orang Staf Pasir Mas comel-comel orangnya. Segan pula nak tanya dah kahwin ke belum. 


Sukarelawan Pasir Puteh, Ajimin dan cikgu Yuganu, harap dapat terima che kak sebagai penyelaras baru diorang. Maklum la che kak ni penyegan sikit. Eh bukan sikit, memang banyak segannya. 😬


Oh Ratna, Kau Ratnaku 😍. Terima kasih sudi temanku.


Grup wasap konvensyen Melaka , cikgu Yuganu dah tukar nama lain. Ingatkan nak bubar je tapi macam tak boleh je😆. 


Dah abes. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca dengan sabar. 


Bila tulis untuk fesbuk kan main idea laju. Tapi bila nak buat laporan kes, eh eh tiba-tiba jadi bodoh je😬😆. 


#KonvensyenSukarelawanMelaka2022

#BayouLagoonParkResortMelaka

APA YANG PENTING KERJASAMA

APA YANG PENTING KERJASAMA

 Alhamdulillah kenyang tengahari ni makan sup keting kat kedai pohon ceri.



Paling lega sebab laporan untuk meeting keselamatan esok dah siap.


Apabila sama-sama tolong menolong cepat la siap. Sekecil-kecil pertolongan walaupun hanya sekadar tolong snap gambar mesin fotostat pun dah rasa sangat bahagia.



Apatah lagi boss dan kawan-kawan yang lain turut sama beri kerjasama yang terbaik.


🥰🥰🥰

KISAH KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM 2022 MELAKA

KISAH KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM 2022 MELAKA

 Jom sambung citer. Baru lepas telan panadol 2 biji. Korang ingat che kak ada masa nak sakit kepala😆. Ngantuk tapi tak jenero nak tido. 


Walaupun masing-masing sampai kat rumah jam 3, 4 pagi, namun masing-masing ada komitmen dengan tugas-tugas hakiki. 


Ingat seronok ke nak keluar negeri kalau tugas hakiki di opis sedang menanti lebih-lebih lagi wasap asyik berbunyi minta laporan itu ini.🙄🤪 Bikin stress pedih ulu hati😣.


Berbalik kepada program konvensyen.




Walaupun tak berapa nak hadam dengar ceramah gara-gara sakit gastrik pula, tapi sabar juga sebab kata orang "nak ke suasana jah".🤪



Che kak ada beli ubat gastrik kat 7e. Adik manis cashier bagi ubat. Sedap gak rasanya. Biasanya ubat gastrik warna putih kan. Tapi yang ni warna dan rasa macam ubat batuk. Ada rasa herba gitew. Cepat berkesan pula tu.


Eh lupa nak bagitau. Nasib baik roomate bawa minyak angin. Lega rasa. Bila dah menuju umur remaja purba, minyak angin sangat berguna. 


Che kak rasa lega sangat bila roomate che kak sudi join konvensyen. Nasib baik boss nye bagi sebab ganti penyelaras komuniti JKM KB yang tak dapat hadir.


Roomate che kak ni sama-sama coursemate che kak di UPM dulu. Sama-sama kerja JKM pula walaupun berlainan opis. Tapi tulah, jarang sangat dapat berjumpa dan berbual-bual. Setahun sekali pun payah nak jumpa. Walaupun ada teknologi komunikasi , tapi jarang benar berhubung😆🤪.



Namun begitu, che kak sangat sayang kat dia. 🥰


Malas pula nak citer pasal pengisian ceramah-ceramah sebab che kak tak fokus dan takde point nak tulis. Nasib baik cikgu Yuganu tak suruh che kak catat minit🤪. Sebab che kak dengar Cikgu Yuganu minta Fairuz catat point penting setiap sesi ceramah. Pergh hampir pengsan che kak dengar😆.


Fairuz ni salah seorang kakitangan pejabat kesihatan tapi aktif juga dengan kerja sukarelawan. Sanggup ambil cuti rehat. Alang-alang cuti rehat masih banyak, katanya.


Bila sekali sekala che kak tengok pengiring lelaki, kan main diorang nampak fokus dengar ceramah. 😁


Ni haa che kak nak citer menyesal giler layan citer hantu dan seram. Biasanya kan kalau movie seram mesti berlatar belakangkan kawasan hotel. Haaa sudahnya pukul 3.00 pagi nangis nak gi toilet. Walhal toilet depan pintu bilik je. 😅😆 Menyesal sekejap ni. 🤪.


Pahni sambung pulok. Banyak lagi nak citer ni. Ku cuba pejam mata tapi tak terdaya kerana ku masih teringat padamu.......eh termenyanyi pulak🤪. 


Tidur la dulu. Kang esok besar kecik besar kecik nak makang orang🤪.

Moral hari ini, jangan wat kerja kalau mengantuk. 😣😏


#KonvensyenSukarelawanJKM2022

#BayouLagoonParkResortMelaka

KENANGAN KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM 2022 MELAKA

KENANGAN KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM 2022 MELAKA

 Alhamdulillah home sweet home.

Sampai rumah lebih kurang 3.00 pagi. Jap agi kito gi opeh sebab keno noreh😴. Banyok getoh nok keno toreh.


Sebelum gi noreh, kito nulis untuk fesbuk dulu. 😅


Throwback lepas raya haji..


"Kak, hq suruh hantar laporan profail calon sukarelawan. Hok lelaki, negeri (JKMN) pilih cikgu Yuganu. Hok puan, negeri pilih Kak Ton dari Koto Bharu. Tapi keno hantar hari ni jugok tu."


"Haaa. Mmm okey la."🙄 Nasib baik tak sambung cuti raya.😅


Apabila dapat borang profail dalam bentuk pdf, che kak cuba convert ke word. Nasib baik sempat belajar dengan Hafiz sebelum ni.


Sekali tak boleh convert daaa. Depa bagi borang  'scan atas scan' 😅😅. Hampeh tul la.😅


Terpaksa la taip format profail semula. Sebab takkan nak hantar borang tulis dengan tangan je. Dah la tulisan macam cakar harimau.😆


Nasib baik cikgu Yuganu ada kat Pasir Puteh. Boleh la dapat maklumat dengan segera. Kalau outstation, jenuh juga nak call, nak wasap.


Alhamdulillah siap juga profail. Buat sehabis baik macam kita yang dicalonkan. 


Hari Sabtu, kami bertolak ke Melaka. Seramai 4 orang sukarelawan (2 Pasir Puteh , 2 Kota Bharu) , staf JKM En Pijoe dari JKMN Kelantan, En Fizie  dari PKMJ Pasir Mas dan Puan Ratna dari Kota Bharu.  Pilot pula dari PKMJ KB dan Pasir Mas. Seronok kenal diorang. Sporting semua. 


Sebelum konvoi meneruskan perjalanan , singgah makan laksa dan laksam kat rumah Cikgu Yuganu dulu.




Lalu ikut LPT. Macam takde penghujung. Terus teringat lagu It's along road dalam movie Rambo😆. 


Alhamdulillah sampai jam 9.00 malam di Bukit Katil, Melaka. Dah nampak katil dah ni. Sewa bilik hotel kat King' s Hotel. Alhamdulillah selesa sangat. Recommanded. Tapi tu lah bising bunyi motor duk lalu lalang waktu tahajjud. 🙄





Sebelum belayar di alam mimpi, sempat la makan kat kedai makan yang tak jauh dari hotel. Pijoe bagitau lebih kurang 300 m. Jalan kaki je la. Masa balik naik kereta😆. Sedap juga makanan dia. Tapi banyak giler. 1 pinggan mi goreng boleh makan 2 orang. Hilir molek order air sarbat teh. Walhal teh halia je😆.


Che kak makan bubur nasi.  Makan dengan sambal. Sedap gak. Terkenang memori zaman kecik dulu. Ma selalu buat nasi air makan dengan sambal ikan bilis.






Allah! Tak leh nak tido wei sebab duk ulang alik ke tandas. Che kak rasa mungkin sebab sambal tu pedas sangat. Perut terkejut kot makan pedas.


Keesokkannya lepas check out, makan sarapan dulu. Roti canai dan capati. Yummyyy. Tapi tu lah, tak berani nak makan kuah kari apatah lagi sambal nasi lemak. Takut perut sakit pula. Berebut Kak Ton dengan Cikgu Yuganu nak bayar makanan kitorang😆. 






Pukul 10.00 pagi, maka bermulah sesi program konvensyen. Dengar ceramah. Tak boleh nak tumpu weii sebab sakit perut😣.


Dipendekkan cerita, panjang pula nak cerita tentang pengisian konvensyen ni. Sesi kena tadah telinga sepanjang 2 hari kat Bayou Lagoon Park Resort.

























Sebelum perasmian penutup, sempat juga bervideo dengan Timbalan YB Menteri. Panggilan glemer Kak Lah. Alhamdulillah,  suara sukarelawan JKM didengar di peringkat atasan.  



Okey.. nanti che kak sambung balik la ye. Nak gi noreh keje hakiki dulu😅.


#KonvensyenSukarelawanJKM2022

#BayouLagoonParkResortMelaka

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com