January 2024 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: January 2024
PEMERGIAN CHE (NENEK SUAMI)

PEMERGIAN CHE (NENEK SUAMI)

Sebelum subuh semalam ( 7.1.2024),  kami dikejutkan dengan berita kematian che (nenek suami).   Arwah che umur 86 tahun dan perginya sebab sakit tua.


Baik anak, cucu, cicit semuanya panggil dengan panggilan che. Bff che pun panggil gitu juga. 


Rezeki che juga dikebumikan di sebelah kubur suami yang dah 14 tahun menemui Pencipta semasa usia hampir 90 tahun. (Kalau tak silap). Kami panggil abah. Che kak sempat kenal 6 tahun sahaja. 


Sepanjang che kak jadi cucu menantu, tak pernah che kak tengok arwah sakit. Demam biasa tu adalah sekali sekala.


Che seorang peramah. Memang tak kekok langsung apabila berbual-bual dengan arwah. Arwah suka pakai bedak sejuk dan celak mata.


Sebulan dua  yang lalu che tak sihat, anak-anak arwah jaga. Suka je tengok anak-anak che pakat-pakat jaga. 


Walaupun ada anak yang bekerja, tapi tetap sama-sama jaga dan tak lepas tangan pada surirumah sepenuh masa.


Rezeki che kak juga dapat belajar dan membantu urus jenazah. Kali pertama che kak tengok secara depan mata.


Kali pertama juga bau kapur barus buat mandian. Kali pertama juga tengok daun bidara. Kalau takde daun bidara kawasan rumah kita, mana nak dapat daun tu ya?


Semahal dan secantik mana pun pakaian kita semasa hidup, akhirnya kain putih juga yang membalut tubuh kita.


Semahal dan sewangi mana pun sabun mandian kita beli di watson, akhirnya air kapur barus juga yang akan menjadi jirusan terakhir di tubuh kita.


Sebanyak mana pun duit kita, akan ditinggalkan juga kepada ahli keluarga. Tapi duit tetap perlu untuk pengurusan jenazah seperti upah gali kubur, sewa van, kain kapan dan sumbangan untuk solat jenazah. Che kak pun tak faham juga kenapa solat jenazah perlu juga kita bagi duit. Kalau takde duit pada masa tu, macamana?


Semoga arwah che dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Terima kasih che sebab buatkan che kak rasa bahagia jadi cucu walaupun che kak hanya cucu menantu. Bahagialah che di sana.

APAKAH SOP LIPAT KAIN?

APAKAH SOP LIPAT KAIN?

 Tengah syok layan perasaan, abang Afnan bagitau "umi, kain baju umi dale rago banyok dooh doh tu."


Alaaa abang Nan gak eh. Tu maksud dia nak suruh umi lipat kain baju la tu. Umi nyo tengah malas yak amat tahap beku.



Dahulu punya cerita semasa anak-anak masih kecil, setiap hari lipat kain baju walaupun jemu. 


Penat dan stress hadap SOP sendiri kena kosongkan raga kain sebelum beradu. 


Apabila anak-anak dah besar masing-masing kena lipat baju sendiri sebelum umi bersuara singa tersedak budu. 


Sekarang ni, lupakan aje lah SOP itu. Kalau rajin kita lipat sambil layan rambo heroku dari dulu. Kalau malas biarkan aje dia bertapa dalam bakul yang dibeli untuk sorang satu. 


Kalau tuan puan nak datang bagitaulah dulu. Supaya ada masa nak lipat dan simpan dalam almari dulu. Kalau tak sempat kita simpan dalam bilik dan kunci pintu.

KENAPA KITA KENA HARGAI KELUARGA KITA?

KENAPA KITA KENA HARGAI KELUARGA KITA?

Tadi layan citer Hello Ghost. Banyak pengajaran citer ni dan tak seram walaupun citer hantu. Sekadar jelmaan roh tanpa solekan seram. Dia cakap sorang-sorang memang orang akan cop gila.


Hargailah masa-masa kita bersama keluarga. Dia baru sedar hantu-hantu yang bersama dengannya adalah keluarganya iaitu mak, ayah, nenek dan budak itu adalah abangnya. 



Banyak kali dah dia nak bunuh diri tapi asyik gagal. Pelik juga kenapa susah nau nak mati dan macam tak logik juga.


Rupanya  keluarganya berusaha untuk selamatkan nyawanya. Hargailah nyawa selagi ada dalam jasad kita.


Keluarganya meninggal sebab kemalangan jalan raya. Hanya dia yang terselamat tapi dia tak ingat apa yang berlaku sehinggalah dia dewasa. 


Dia selalu ikut maknya ke pasar dan masak jelly herba kering apa ntah namanya. Melalui jelly tu lah dia teringat balik memori semasa kecilnya sebelum kemalangan jalan raya.

BAHAGIA WALAUPUN SEKETIKA

BAHAGIA WALAUPUN SEKETIKA

Kebahagiaan seorang ibu walaupun seketika cuma.



DEMI REZEKI ATAU AMANAH?

DEMI REZEKI ATAU AMANAH?

Baru-baru ini, ada runner pos wasap maklum lewat sikit hantar barang pos ke rumah che kak sebab berhenti solat maghrib dulu. 


Allahu, che kak pula rasa seriau sebab pada masa tu hujan lebat yak amat. 


Dah la hujan lebat, gelap, jalan rumah pun susah nak jumpa kalau tak biasa.  Che kak maklum hantar esok je la.  Akhirnya dia akur dan berjanji akan hantar keesokkannya.


Che kak rasa macam tak berbaloi dengan kos pos RM4.90 terpaksa redah juga bahaya.


Lagipun barang yang che kak order tu tak penting pun sampai kena hantar segera.


Che kak tahu dia berusaha untuk tunaikan amanah dan tanggungjawabnya. Namun kita sebagai pengguna perkhidmatannya, boleh je atas budi bicara kita.


Cubalah kita letak diri kita sendiri, sanggup ke pergi beli makanan sendiri dalam hujan lebat untuk jimat upah RM50?

PUJANGGA NASI KERABU

PUJANGGA NASI KERABU

Kelapa goreng dan isi ikan disatukan

Lada hitam dan bawang ditumbuk bersama manisan

Serai dan bawang besar dihiris-hiriskan

Digaul sebati secukup rasa tekak nak makan


Bawang dan lada kering diblenderkan

Tumis bersama serai yang dititik titikkan

Sudah pecah minyak letak la santan

Wangikan dengan daun limau purut disiat siatkan

Diperasakan dengan garam gula budu asam keping dan sedikit manisan


Bawang dan cili padi dihancurkan

Ikut sukalah nak tumbuk atau diblenderkan

Tumis dengan serai sampai naik bau yang mengasyikkan

Daun limau purut dan air perahan limau jangan dilupakan

Bau tumis budu sungguh mengasyikkan


Warna asli bunga telang sungguh menawan

Serai dan daun limau purut sebagai hiasan

Semua jenis beras pun boleh asal halal dimakan

Nasi kerabu biru sedap dimakan waktu sarapan

Letak aksesori lauk pauk, sambal dan ulam ulaman




TIADA LAPTOP TAK PRODUKTIF BUAT KERJA?

TIADA LAPTOP TAK PRODUKTIF BUAT KERJA?

Beberapa hari yang lepas, che kak teman suami beli laptop. Sekadar teman sahaja. Tak ambil port pun suami pilih laptop jenis apa. Tak reti nak buat pilihan. 


Lagipun pada masa itu, che kak tengah bergayut dengan member bincang masalah negarašŸ¤£.


Selama 21 tahun kerja, sebiji laptop pun tak pernah beli. Takde keperluan lagi setakat ni. Masih boleh buat kerja melalui telefon sahaja kalau berada di luar kawasan pejabat.


Dulu sistem ebantuan hanya boleh diaksess secara intranet. Sekarang  di mana-mana sahaja pun boleh asalkan ada internet.


Kadang kala che kak lebih suka taip laporan aduan pelanggan atau laporan sosial rujukan kes guna telefon sahaja. Kalau taip kat komputer, rasa macam blank je takde idea.


Lagipun di pejabat che kak dah ada komputer. Buat kerja masa kerja. Dah balik rumah, memang che kak malas nak hadap kerja. Kalau kena buat kerja juga, che kak lebih rela pi opis walaupun hari cuti. Kalau duk kat rumah memang auto malasšŸ„“.



Che kak tulis content untuk blog atau fb pun che kak taip kat telefon bele-bele senggeng sambil-sambil tunggu tok laki kelik sejid.


Bele bele rehat kito taip. Kaba kaba telefon jatuh atas muko atau celoh katil pah bawah katilšŸ¤£.

APAKAH AZAM TAHUN BARU 2024?

APAKAH AZAM TAHUN BARU 2024?

Alhamdulillah sentiasa bersyukur dengan rezeki dan ujian sepanjang tahun 2023. Kunci rasa bahagia ialah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.


Setiap ujian dan kejadian pasti ada hikmah yang Allah takkan jadikannya sia-sia.


Bersangka baik dengan Allah itulah petua untuk hati tenang dan redha.


Masuk tahun baru, pastilah bertambah usia. Remaja, dewasa bahkan warga tua.

 

Azam setiap tahun pastilah ada. Renew azam yang sama je macam biasa.


Nak kurus tapi makan tak hengat dunia. Orang kata rezeki jangan ditolak dan hargailah orang masak untuk kita. 


Amal ibadah pun masih ke lautan yang dalam lagi bergelora. Tak tahu la nak bawa bekal apa nanti bila jasad dah bersatu dengan tanah dan badan tiada lagi nyawa.


Dah tahu ilmu agama kurang, kena rajin belajar dengan alim ulama' dan jangan bermusuh dengan mereka. Bukan senang nak menjadi penyambung lidah nabi di zaman penuh pancaroba.


Pejam celik pejam celik anak-anak dah jadi remaja. Dah semakin hilang manja dengan kita. Semoga anak-anak dilindungi Allah di mana jua berada. 


Semoga Allah memberi rezeki yang halal dan berkat kerana ianya akan menjadi darah daging dan dijauhkan dari api neraka.


Semoga kebaikan membuat amal ibadah, bersedekah, mengaji quran dilakukan seikhlas hati kerana kita hambaNya. 


Jangan bersangka buruk kepada Allah kenapa tak bagi kita kaya walaupun dah rajin solat tahajjud dan dhuha sepanjang masa. Kita buat semua itu sebab kita rasa bersyukur dengan kurniaanNya. Bukan kerana terpengaruh tips dari jutawan segera.


Semoga tahun ini, ukhuwah bersama manusia lebih terjaga tanpa bersengketa. Penat nak jaga hati orang sehingga diri sendiri rasa macam nak gila.


Walaupun kita tahu sangat berdosa fitnah, mengumpat dan mengadu domba. Tapi itulah penyedap rasa berbicara sesama kita yang sekepala. šŸ„“šŸ˜…


Sikit sikit nak viral aib orang ingatlah kita punya aib lagi malu tak terkata. 


Sekian ucapan pembuka tahun 2024.




HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com