September 2022 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: September 2022
ABANG AIMAN

ABANG AIMAN

 Masa che kak umur 18 tahun, che kak berkesempatan mendengar ceramah Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.  Sekarang ni giliran abang Aiman pula.








KARENAH BIROKRASI YANG MENYUSAHKAN

KARENAH BIROKRASI YANG MENYUSAHKAN

 Seandainya kalau tak terikat dengan prinsip-prinsip kerja sosial, mahu saja che kak blogkan kisah seorang tua yang sedang che kak uruskan sekarang ini.


(Amboi nak wat blog, minit fail pun tak siap-siap lagi ni🤪.)


Namun, biarlah ianya menjadi lipatan sejarah dalam hidup che kak. 


Cukuplah ianya menjadi ikhtibar bahawasanya kalau kita tahu peranan dan tanggungjawab kita ianya pasti seindah seperti tertulis dalam sop kerja.


Cukuplah karenah birokrasi yang perlu diperhalusi semula. 


Sejujurnya  terganggu jua emosi che kak. Syukur Ya Allah kerana dikelilingi insan dan sahabat handai yang sangat membantu dalam menguruskan kes. Satu kes je pun , berperang macam 100 kes🤦😆🤪.


Sejujurnya, che kak sanggup lagi hadap 5000 fail kajisemula bantuan kewangan daripada satu kes warga emas atau kanak-kanak yang memerlukan perlindungan. Tabik spring kat rakan sejawat yang mampu urus kes-kes luar biasa.


Tidaklah bermaksud perit atau tidak suka dengan tugas baru ini.  Ianya juga mencipta kenangan yang indah kerana ianya mengajar erti  "kesyukuran".

KONSERT DI KETEREH

KONSERT DI KETEREH

 Perghhhh wings ado kat Ketereh malam ni.  (18.9.2022)



Che kak ooo che kak, sabaq naaaa.

Hang tu pakai tudung labuh, tok laki ajk sejid kg banggol lepoh. 


Tau doh minat ko rock tapi kaba ingat etek deh, che kak oi. Lamo kei buleh pekdoh.


Lamo kei gege kat sekoloh anok, eh umi aiman gi ggalok kat konsert.😬


Layan kat radio sudoh la che kak. Hang nak pasang lagu rock kuat-kuat, layan sorang-sorang dalam kete pun biaq pi la, naaa.


Sabaq naaa. Hang duk diam-diam kat rumah layan gegar vaganza je la malam ni🤪.



BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA

BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA ADA

 Saat kita duk berkeluh kesah dengan hidup kita, 

walhal cukup makan perut kenyang, masih berpakaian, 

ada tempat tinggal, 

tidur yang lena,

ada pasangan hidup sebagai peneman,

ada zuriat penyejuk hati

 dan lengkap ahli keluarga yang baik-baik, 

maka ketahuilah...


Ada insan yang tak punya apa-apa.

Tiada harta,

Tiada rumah,

Tiada ibubapa,

Tiada adik beradik,

Tiada pasangan,

Tiada zuriat,

Tiada yang mengaku ahli keluarga,

Tiada upaya untuk bekerja untun sesuap nasi.


Bukalah mata hati,

Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Jangan mengeluh apa yang kita tiada.







WARGA EMAS PERLU DIRAI?

WARGA EMAS PERLU DIRAI?

Kisah mula-mula che kak baru masuk kerja JKM. Masa tu che kak ikut serta operasi menyelamatkan  bersama beberapa agensi kerajaan waktu tengah malam.


Pada masa tu, seorang tua yang bongkok tiga berusia 70 an sedang tidur di perhentian bas. Dia terkejut dan sangat takut seolah-olah macam kena tangkap buat salah.  


Waktu pagi berikutnya, pegawai dan beberapa orang kakitangan bawa beberapa klien ke mahkamah bawah akta orang-orang papa 1977.


Che kak tak berapa ingat dah proses selanjutnya. Cuma che kak ingat sampai sekarang di mana majistret telah tegur anak warga emas si bongkok tiga agar tidak membiarkan bapanya bersendirian lagi. 


Tidak sewajarnya bapa yang telah uzur dibiarkan bersendirian di perhentian bas kerana nak ziarah anak. 


Difahamkan warga emas terlepas bas yang terakhir. Sebab tu agaknya warga emas tidur je kat situ sambil menanti bas pagi.


Semalam, menangis dalam hati che kak apabila mendengar kisah seorang ibu yang telah dihantar oleh anak menantunya ke stesen bas pada bulan ramadhan seawal jam 5 petang. Walhal bas jam 10 malam. 


Nak kata si anak dan menantu bodoh, dahulu anaknya pelajar cemerlang.


Sayang seribu kali sayang, kecerdikan dalam peperiksaan tak mampu untuk lahirkan anak yang solehah.


Harap-harap anak kalian tidak aniaya kalian juga suatu hari nanti.




BRO DIN STATION

BRO DIN STATION

 Hari ini 23.9.2022 kan main la duk rancang nak masak nasi arab la, kek batik premium la, air soda herba la. Pagi-pagi lagi pi sopim kat econsave.


Last-last sakit kepala duk berperang dengan sink dapur. Ikan pun boleh berenang-renang dalam sink.


Air panas pun tak jalan, pam pun tak jalan, pencuci sink pun tak jalan. arghhhh. Che kak syak mesti ada biawak komondo kat celah batang paip ni.🤔


Tuan rumah pula lambat nau nak balik repair ni. 


Sudahnya, malas dah nak hadap stress dan sakit kepala maka pilihan paling mudah, makan kat kodai je la.





MAKAN NASI LEMAK AYAM GORENG DI THE STAG KETEREH

MAKAN NASI LEMAK AYAM GORENG DI THE STAG KETEREH

 Tuan rumah belum balik lagi.

Oleh sebab sakit mata tengok sink yang boleh buat bela ikan, maka jadilah alasan malas nak masak.


Anak ajak makan mee celup kat "ghetok" tali air. Tapi mak nya baru dapat gaji, alaaa jom la makan kat The Stag.


Kedai ni dekat sangat dengan rumah lebih kurang 2km. Dapat makan sekali pun tak pe dah. Ambil suasana kata orang.





Nak kata sedap, okey la juga. Che kak tak pandai nak review makanan. Selagi boleh kunyah, telan dan suap lagi, maksudnya okey la. Kiranya sedap la tu.


Airnya memang mahal la sikit, rm10. Che kak makan nasi lemak mak kau hijau dengan ayam goreng. Air kopi terpaksa bawa balik tambah gula kat rumah sebab malu nak minta gula🤪.










Awal-awal lagi bagitau nak bahagian paha ayam. Besar juga la. Tak larat nak habiskan ayam goreng. Kalau dapat isi bahagian dada ,jenuh la macam moyang duk kunyah sirih 🤪.


Order pun cepat je sampai. Tak sempat nak tunggu lama. 


Parking pun ada disediakan. Rezeki che kak dapat parking depan kedai.


Kesimpulannya, boleh la lepak makan sekali sekala kat sini. 


KISAH KUALI

KISAH KUALI

 Akhirnya dapat juga beli kuali baru setelah sekian  lama cair tahi lingo bila dengar tok ttuo duk ngepek suruh beli kuali baru. 🤪🤪 🤣🤣


Bukan tak nak beli cuma tak suka banyak barang. Selagi boleh pakai, selagi tu la tak bertukar ganti. 


Kenangan mula-mula lapor diri kerja jkm 20 tahun dulu, che kak beli sebiji kuali kecil cukuplah untuk goreng telur mata kerbau atau ikan seekor. Sebiji periuk untuk masak nasi dan sebiji periuk untuk masak berkuah. 


Sewa bilik kecil je so, cukuplah untuk kelangsungan hidup je. 


Bila anak dah ramai, upgrade kuali besar. Ada satu kuali yang suami che kak masa bujang lagi. Tak tahu la dah berapa puluh tahun. Masih setia memberi khidmat bakti. 


Takpelah kuali lama ke, kuali baru ke, kuali moden ke, asalkan anak-anak kenyang makan hasil air tangan kita.



Takpelah kuali murah ke mahal ke asalkan rezeki yang nak disuap untuk anak-anak dari sumber halal lagi berkat. Jangan sesekali bagi rezeki yang bersumberkan rasuah. Apatah lagi menipu.

REZEKI MAKAN LAKSA

REZEKI MAKAN LAKSA

 Alhamdulillah tumpang rezeki hari ini (15.9.2022)

Boleh makan laksa penang staf jkm pasir puteh.


Secara spontan la depa ni nak masak dan makan. Sambil merapatkan hubungan silaturrahim.


Depa sangat berbakat bab masak memasak ni. Campak-campak ikut suka hati tanpa sukatan😁.


Dah macam cerita p ramlee. Tambah garam gula asam keping, haaa jadi lah sesedap rasa.🤪


Kuah laksa lagi lama lagi sedap. Tapi dah tak sabar, ahhh tak kuasa nak tunggu lagi lama🤪. Sampai terlupa nak tambah otak-otak udang petis (betul ke ejaan) walhal dah beli semalam.












Kita tak tahu rezeki sape yang Allah nak bagi sebenarnya. 


Kita tak tahu mungkin di kalangan kawan opis kita takde duit nak makan. Jadi adanya makan-makan macam ni, depa kenyang. Syukur alhamdulillah.


Mungkin ini peluang Allah nak tambah pahala kita asbab sedekah kita. Sedekah duit, tenaga, resepi, layan kawan-kawan makan.


Ya Allah, semoga ada sokmo makan-makan kenyang perut suka hati🤲.

REVIEW AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

REVIEW AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA

 Che kak suka cerita perang. Semua che kak sapu tengok. Citer perang zaman dinasti ke, omputeh ke, jepun ke, korea ke semua che kak tengok. Best tak best belakang kira. 


Tapi bila Air Force The Movie: Selagi Bernyawa bakal ditayangkan, che kak membuak-buak rasa nak tengok. Citer melayu cintan cintun anak kaya jutawan projek juta-juta kahwin anak orang miskin kita letak jauh-jauh🤪.


Rasa tak boleh nak sabar nak tunggu ditayangkan kat astro😆.  Tengok kat pawagam tak sama dengan tengok kat tv. Feeling lain-lain.😆. Tengok kat umah kan ada suami yang suruh buat air la, goreng keropok la🤪. Anak suruh ajar matematik la. Tak fokus. Hangin satu badan nanti. Tak pasal jadi isteri derhaka tak bau syurga😁😆🤪.


Semalam, alang-alang nak gi melawat anakanda Abang Aiman, che kak sekeluarga singgah tengok kat KTCC Mall.  Kebetulan abang aiman ada program. So, layan movie la dulu.


Kesimpulannya, memang berbaloi laburkan duit beli tiket. Terpaksa che kak puasa sebulan tak melawat watson🤪.




Sekali sekala kita support industri perfileman tanahair kita. Bukan mudah depa nak buat filem perang macam ni. Kalau kutipan tinggi, depa lagi bersemangat nak buat filem yang bagus.


Che kak yakin mesti best dan berkualiti movie ni sebab ni imej TUDM kot. Mestilah depa dah tapis setapisnya sebelum dibenarkan membuat penggambaran.


Sebelum tu, che kak tak baca review sebab nak tengok dengan mata hati che kak sendiri tanpa dipengaruhi oleh pandangan sesiapa sahaja.


Che kak tak reti juga nak review sebab penilaian bergantung pada pandangan mata dan hati kita juga. 


Movie ni nampak realistik walaupun negara Namburi hanya ciptaan semata-mata. Nampak hidup macam suasana perang sungguh. Peralatan , jet, plot, jalan cerita, pasukan tentera dan tempat nampak real sangat.  


Banyak aksi perang. Ye la, dah nama citer perang, mesti la nak tengok aksi tembak menembak, bom, jet pesawat, askar-askar yang gagah perkasa. Ada la sikit je kisah sweet-sweet. 


Dari segi watak pun sangat sesuai walaupun  ada kalangan pelakon yang che kak tak kenal. Nasib baik depa tak letak pelakon muka jambu.😆. Askar kot. Mestilah kena pilih pelakon yang rupanya macam askar. 


Nama watak pun best. Mantis, Lejen, Rock, Hujan, Tuai, Gaban, Paco, Cyper, Spoon. Agaknya nama rahsia kot🤔.


Watak wartawan dokumentari yang ikut misi bantuan kemanusiaan tu memang che kak rasa annoying memula tu. Kiranya menjadi la dia bawa watak tu kan😁. Natrah nama watak tu. 


Dari segi penerapan nilai-nilai murni pun sangat baik. Walaupun ego dan bergaduh secara peribadi, namun apabila diamanahkan tugas mereka sanggup ketepikan ego masing-masing.  


Lagi satu, mereka bertindak berdasarkan arahan ketua. Bukannya macam kita. Suruh hantar penyata bayaran jam 10.00 pagi, pukul 5.00 petang baru terhegeh-hegeh nak hantar🤪. (Jangan marah naa gurau je).


Watak matno sebagai jurukamera pun nampak hidup. 


Cuma che kak tak faham, kenapa Paco yang ada isu psikologi tak leh kawal perasaan bersalah atas kematian anaknya, dibenarkan mengikuti misi kemanusiaan juga? 🤔


Kalau korang pernah tengok Tears Of The Sun, haaa lebih kurang macam tu laaa citernya. Sebab masa pertengahan citer ni, eh tiber terlintas "macam pernah tengok je jalan cerita ni"😆.




JOM TENGOK AIR FORCE

JOM TENGOK AIR FORCE

 Che kak rasa macam ala-ala Tears of the sun bila tengok Airforce.


Best bohhh. Meh bawa anok-anok tengok airforce.






PERCUTIAN KE TERENGGANU

PERCUTIAN KE TERENGGANU

 Eh che kak ada hutang lagi la. Cerita masa bercuti ke Terengganu baru-baru ini. Lupa betul la nak tulis.


Alang-alang nak hantar abang Aiman daftar belajar di unisza, ambil cuti la sehari dua. Sewa homestay 2 hari 2 malam.


Sebenarnya che kak dah lupa nak tulis apa ni.🤣🤣. 


Adik ipar dan mentua che kak pun turut serta ke Terengganu juga. Memang kaki jalan la adik ipar che kak sorang ni. Kami sekeluarga pun tumpang sekaki ler.


Kan main la che kak beli beras, ayam, kicap dan beberapa barang asas konon nak masak je. Haa sekali depa bawa lunch ke Hotel UiTM Dungun. Jauh tu bohhh. 


Pergh berbaloi datang sini sebab masakannya sangat sedap macam masakan kat rumah.


Biasanya masakan hotel mana sedap. Sekadar nak suasana jah kalau makan kat hotel time ada kursus sekali sekala je.


Recommanded kalau uols nak singgah makan kat hotel UiTM Dungun ni. Harga pun sangat berpatutan. Tak mahal dan tak murah. Hmmm masih terasa lagi kesedapan ikan siakap masak 3 rasa.🤤





















Lepas dah kenyang, balik ke Gong Badak semula🤣.


Sempat masak 2 kali je kat homestay tu hah. Selebihnya banyak makan kat kedai juga sebab nak ke suasana jah  orang kata.






































Alang-alang gi Terengganu, kita layan Mat Kilau. Malas la nak review Mat Kilau. Dah basi nak citer balik. Hahaha.






Ni haaa duk menitik air mata nak tengok AirForce. Meronta-ronta rasa jiwa nak tengok. Harap kerajaan negeri Kelantan dapat juga buka pawagam🤪.


Apa lagi heh nak citer🤔🤔

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com