January 2021 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: January 2021
KENAPA BACK UP INCOME SANGAT PENTING WALAUPUN SUAMI SANGAT BERTANGGUNGJAWAB

KENAPA BACK UP INCOME SANGAT PENTING WALAUPUN SUAMI SANGAT BERTANGGUNGJAWAB

 Nak menitis airmata apabila melihat bayi comel yang baru beberapa hari melihat dunia.


Hadirnya dia selepas beberapa hari bapanya pergi mengadap Allah.


Ibunya kena kuat. Demi anak2 yang masih kecil.


Ibunya surirumah sepenuh masa. Namun nasib baik pandai buat kek. Dapat la ibunya tambah pendapatan sementara pencen arwah bapanya diproses.


Kisah lain pula, 


Selama berpuluh2 tahun mengabdikan diri pada suami dan anak2. 


Hanya beberapa bulan lagi suaminya nak bersara, suaminya berkahwin lain dan telah menceraikannya. 


Maka terkontang kanting la dia mencari rezeki. Ingatkan dapat makan pencen dengan suaminya. Rupanya rezeki perempuan lain. 


Kisah surirumah yang lain.


Bahagianya dia kerana suaminya sangat bertanggungjawab. Untuk apa dia cari income kerana suaminya telah sediakan segalanya. 


Hujan ribut di petang hari. Suami telah diberhentikan kerja. 


Wahai isteri sama ada surirumah atau bekerja. 


Ni antara contoh2 kisah benar yang berlaku dan banyak lagi kisah2 yang tersurat dalam fail bantuan jkm. 


Walaupun ada suami sebagai pencari nafkah utama, namun pengajaran yang che kak dapat sepanjang che kak keje bagi bantuan kat orang susah. 


Bila2 masa boleh berubah status. Jadi ibu tunggal, kematian suami, atau ditinggalkan suami dengan bercerai atau tidak. 


Boleh jadi suami terlantar sakit atau kehilangan pekerjaan. 


Sebagai wanita, kita perlu ada back up income. Bukan bermakna kita ambil alih tugas suami menyediakan nafkah. 


Anggap sebagai payung. Waktu panas pun nak payung. Waktu hujan pun nak payung. 


Nak back up income tak semestinya kena kerja keluar dari rumah. 


Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Sambil jaga anak, urus rumah tangga boleh je buat dropship. 


Apabila ada orang bagi cadangan kat kita suruh buat side income, tak perlu nak melenting "apa guna ada suami kalau tak abeskan duit dia". 


BEKERJA DARI RUMAH MASA PKP COVID-19?

BEKERJA DARI RUMAH MASA PKP COVID-19?

 Hari ni BDR. Tapi ada keje sikit. So, pergi opis. Tunjuk rajin la kononnya. Wakaka. Time malas sedunia, takde pulak nak citer. 😝


Bawa bekal nasi telur masak gulai kurma by masterchef arman rider.


Ingat nak balik. Nasib baik teringat ada temujanji kat klinik hari ni. Alang2 tunggu je la sampai pukul 2 petang.


Sekejap je tadi g klinik. Cepat je urusannya. Misi2 kat klinik kesihatan pasir puteh pun baik je.


Lepas tu singgah umah ma sekejap. Sebab nak bagi amanah orang. Sekecil2 kiriman orang pun kita kena jaga amanah.


Memang tak bersalam cium pipi la. Sebab kita sayang la tak salam tu. Tengok mak sihat pun dah bersyukur.


Tadi ma che kak habaq pasai deodorant forever. Puji abes wakkk. Deodorant paling best katanya. 


Nak abes dah tu. Setahun guna. Jimat.


Ambik anak kat taska. Hari ni tak singgah kedai beli ole2 kat anak. Kena kurangkan ke tempat ramai orang.


Makan apa yang ada la anak2. Jap agi che kak nak goreng karipap inti ikan yang beli dengan opismate.πŸ˜‹


Sambil2 kemas kedai online che kak ni. Meh ler jenguk2 kedai online che kak.


Nak jaga kesihatan che kak ada madu, aloe vera, bitamin c.


Nak jaga kulit wajah che kak ada aloe gelly, propoplis creme, sabun, scrub.


Nak jaga tiak che kak ada deodorant.


Nak jaga gigi che kak ada ubat gigi.


Nak bisnes dengan che kak pun boleh. 



#chekakforever

BASIC PERSONAL CARE FOREVER

BASIC PERSONAL CARE FOREVER

 Seronok sebenarnya guna produk dan buat bisnes forever.


Produk semuanya 'menjadi'.  Antara basic personalcare yang mesti dimiliki oleh semua. 


Bright Sparkling Aloe Vera Toothgel kaya dengan aloe vera dan bee propolis. Tanpa florida. Gigi jadi bersih, segar, licin, boleh bantu gusi dan gigi yang berdarah.  Gigi sakit pun jadi tak sakit. 


Aloe Avocado Face&Body Soap. Kaya dengan aloe vera dan mentega avocado. Bauan wangi sitrus. Boleh guna kat muka dan badan tanpa keringkan kulit. Sangat lembut dan sesuai dipakai semua jenis kulit. 


Aloe Ever-Shield Deodorant Stick sangat membantu hilangkan bau badan dan ketiak tanpa bahan kimia berbahaya. Kandungan aloe vera dan vitamin c membantu hilangkan kerak2 ketiak dan cerahkan ketiak. Baju tak jadi kotor warna kuning. Recommanded deodorant tanpa garam aluminium. Boleh hilangkan merekah di tumit kaki. Percayalah! 


3 item ni harga runcit RM104

Join membership dapat la jimat RM88.40



#chekakforever #familymagika #setbasicpersonalcare


APAKAH KESAN APABILA MINUM ALOE VERA GEL FOREVER

APAKAH KESAN APABILA MINUM ALOE VERA GEL FOREVER

 Gel daun Aloe Vera atau AVG


Apa kesannya kalau uolls minum🀩:


❤️perut rasa best kempis tak muncit

❤️inchloss efek sangat ketara


❤️mudah nak membuang

❤️badan rasa ringan


❤️kepala tak migrain

❤️perut tak sebu, gastrik terkawal


❤️badan rasa bertenaga

❤️kurang dah sakit lutut dan sakit belakang


❤️kurang nak craving bukan-bukan

❤️kulit makin moist glowing


❤️tak lesu lemau

❤️mood bertambah baik kira macam antidpression pun yer gak, helps a lot


Best sangat bila badan dah sihat

πŸ‘πŸ‘πŸ‘


Www.wasap.my/+60133703161 

#teamchekakforever

#familymagika

#aloeveragel



JANA INCOME MELALUI BISNES ONLINE

JANA INCOME MELALUI BISNES ONLINE

 Tadi sempat dengar perkongsian dari seseorang tentang bisnes online.


Ramai yang kehilangan pekerjaan, kurang pendapatan atau tunggu kerja yang sesuai dengan kelulusan.


Pekerjaan yang menguntungkan sekarang ni ialah bisnes online.


Tak pandai takpe. Boleh bermula dengan dropship. 


Macam bisnes forever, boleh bermula dengan ahli biasa (novus). 


Sign up ahli rm90 dapat balik produk rm90. Untung runcit 15%. 


Contoh jual sabun harga runcit rm26. Untung runcit rm3. 90.


Lepas tu kumpul2 oder dari kawan2 dan kastemer. 


Lepas tu boleh up rank vip. Macam stokis la lebih kurang. 

Untung runcit besar sikit 35%.


Contoh untung runcit sabun avocado rm9. 10.


Modal vip pun hanya rm1550. Sekali sahaja perlu naik rank. Tak perlu nak maintain setiap bulan. 


Nak grow bisnes mesti kena ada team. Sama2 jana income. Apabila ada team, forever akan bagi bonus 20%  setiap pembelian ahli.


Bestnya forever, dia tak letak syarat MOQ. Beli seketul deodorant je pun takpe. 


Kebanyakan che kak tengok, founder atau syarikat letak syarat minimum st0k untuk dapatkan komisen. 


Nak jual poduk kena ada minat. Ikut la nak minat jual apa. 


Che kak suka juai poduk forever sebab poduk berasaskan aloe vera dan madu. 


Ada supplement, skincare, personal care, penjagaan harian.  Poduk repeat tinggi. 


Sistem pun best. Takde pairing.  Bayaran bonus pun dibayar ikut harga runcit bukan point. Kadang2 point ni akan mengecilkan bonus. 


Syarikat forever ni dah lama ada kat 169 negara termasuk kat Arab Saudi dan Brunei. Arab Saudi sangat strict dengan sistem MLM. 


HALAL diiktiraf JAKIM. 


Duk dalam team FamilyMagika sangat ohsem. Segala material untuk bisnes disediakan oleh team. Tak sempat nak kering idea pun. Follow saje team dan leader. 


Mentor Mami Cery dan team dah buktikan income bukan geli2 dah. Team under mami dah 6000 orang gaisss dalam setahun je. 


Bukan cakap kosong ni tau. Result Family Magika memang dah terbukti. 


Ops lupa nak bagitau. Forever ada payslip. Boleh guna payslip ni. 


Meh la kita sama2 jana duit poket melalui bisnes online. 


Modalnya 'gelas kosong' je. 

Www.wasap.my/+60133703161 

#chekakforever #familymagika




RUTIN HIDUP

RUTIN HIDUP

 Rutin hari ini. Selepas solat Subuh baca Yaasin sebab rindu sangat kat tok nenek moyang. Rindu kat arwoh mok, tok chek, mok wo, tok chek awe, tok do.


Masa kecik dulu, che kak memang rapat. Balik kampung dulu lebih suka ikut arwoh mok gi derak daripada main ngan budak2πŸ˜‚.


Lepas tu lipat kain. Abang Nan rajin tolong lipat juga sebab dia je tak tido lepas Subuh.


Lepas tu sapu rumah. Ingat nak cuci toilet tapi rasa malas la pulak. Tiberr. πŸ˜‚ Semangat saje tak menghalalkan cara. 😝


Lepas tu gi pasar tani. Tak tau nak beli apa. Beli kuih benderam dengan kulat sisir je. 


Suami suruh pegang tangan dia. Ya Tuhan malu wei. Sokmo gitu. Pegang juga la. Daripada dia pegang pompuan lain baik kita pegang tangan dia. Tangan yang akan bawa kita ke syurga. 


Sorang rock sorang warok. Sorang tinggi sorang rendah. Sorang kurus sorang bulat. 😜


Alang2 dekat dengan JnT, terus pos barang Forever. Rezeki jangan ditolak. Sambil2 guna sambil juai juga. Dapat juga untung runcit. 


Lepas tu kawan lama che kak mai rumah. Sebab tu rajin lipat kain dan sapu rumah pepagi buta. 😝


Okeylah. Nak maghrib dah. Sambung pulak karang. Kang bising pulak duk hadap tepon lagi. πŸ˜‚


SENTIASA BERSYUKUR

SENTIASA BERSYUKUR

 Alhamdulillah hari ni masih lagi berkesempatan bayar hutang Allah.


Sibuk duk pikir bila orang nak bayar hutang kita. Hutang Allah dah bayar belum.


Tak yah la susah2 duk pikir bila orang nak bayar hutang. Ada rezeki, ada la.


Eh mana buleh macam tu che kak. Depa sibuk duk post dalam ig gi makan kat kedai la. Gi jalan2 la. Jalan2 pun pakai duit isi minyak juga che kak oi walaupun tak nak sopim.


Mmm betul tu. Che kak pun tak paham kata takde duit tapi gi Langkawi la, cameren hailend la. 


Wakaka.


Takpe la. Jangan rosakkan diri dan hati kita kerana orang lain, hokey. Belajar la move on. Jangan mengharap pada yang tak sudi bayar hutang kita.


Walaupun kita hanya bukak pose dengan ikan sardin dan telur dadar je, syukur lah. Ada juga rezeki. Ikan sardin dan telur mahal oooo. Ikan masin pun mahal wei. 


Syukur la masih ada keje dan dapat gaji setiap bulan.


Walaupun kita bersengkang mata gi keje cari rezeki, orang lain terkangkang tido sebab tak keje, syukur la.


Keje la apa pun asal halal dan berkat. Nak citer bab berkat pun tak abes jugak ni.


Sebab tu che kak malas nak tengok shoppe. Giler betul juai harga rendah giler dari harga ejen. Tak berkat rezeki main harga macam tu. 


Apa yang kita boleh buat, sentiasa yakin dengan rezeki Allah nak bagi kat kita. Tapi kena usaha la. Post sharing kat medsoc sekali seminggu nak suruh Allah bagi rezeki juta2🀣. 


Bab nak layan klien pun satu hal. Sakit jiwa raga dibuatnya. Buat kita ni macam hamba depa. Marah kat kita dan quiri keje kita sampai terjojol biji mata. 


Duit bantuan kerajaan bagi dah macam depa anggap duit pusaka bapak depa pula. 


Jangan la macam tu. Syukur la ada bantuan untuk ringankan beban kita. 


Kami tak minta ucapan terima kasih. Cuma kami mengharapkan biar la ada budi bahasa dalam percakapan tu. Kami pun manusia biasa ada hati perasaan juga. 


Takpe la che kak. Syukur la kita ada keje, ada income. Balik keje juai poduk forever pula nak tambah income. 


Settle hutang bank, boleh ler pencen awal. 🀣


Kadang2 sempat juga che kak bagi nasihat kat orang muda. Umur baru 20 an 30 an duk saja kat umah. 


Alasan tak keje sebab jaga anak kecik. Anak baru sorang dua. 


Usahalah. Bukan kena keje dengan syarikat baru nak dinamakan keje. Usaha tambah kemahiran juai kuih juai nasi lemak kat depan rumah atau letak kat kedai kopi. 


Juai online pun boleh. Jadi dropship poduk ke. Yang penting jangan royak duk sajo dumoh sebab takde keje dan payah anok kecik. 


Okey lah. Duk membebel pulak pagi ni😜 Konon nak pomote aloe vera gel dengan madu yang che kak minum masa sahur tadi. Terlebih pulak membebel🀣



AKIBAT DEGIL TAK IKUT PERATURAN

AKIBAT DEGIL TAK IKUT PERATURAN

 Baru2 ini che kak sempat dengar nasihat Ustaz Syed. Bukan PU buka Dai bukan IM. 


Tajuk berkaitan degil dengan peraturan.


Degilnya kita dan akibat degilnya kita tak ikut peraturan.


Contoh:


Korang nak gi bank. Parking kete tempat bukan parking. Malas sangat nak jalan dan malas nak bayar parking.


Lepas tu mula la tak tenang. Kejap2 tengok kat luar kot2 kena saman atau kunci tayar. 


Elok je nak sampai giliran, dah dapat surat saman. Kihkih. 


Terpaksa la gi parking kat tempat parking juga. 


Pastu giliran terlepas kena ambil nombor giliran lain pula. 😜


Dah la tak tenang. Kena saman. Pastu nak marah kat orang pula. Lepas tu nak lepaskan kemarahan kat anak2. Salah sape?


Apa salahnya parking tempat betul. Bayar je la parking tu. Baru berapa hengget je. Nak tunggu dalam bank pun aman je rasa. 


Tu salah satu contoh la. Banyak lagi la contoh2 masyarakat kita tak suka ikut peraturan. 


Contoh loni, tak pakai mask, tak jaga jarak. Berkumpul bersesak2. 


Suka wat balik covid-19 kasi kat mak bapak di kampung. Dah la kiter tu dari zon merah. 


Lepas kena positif mula la wat status simpati. Bukan tak bersimpati, tapi tu lah. Fikir sendiri la. 


Lepas tu nak salahkan pihak lain. Pokoknya diri sendiri.

SUAMIKU AMALKAN SUNNAH NABI

SUAMIKU AMALKAN SUNNAH NABI

 Takde insurans la mulut seorang ostak duk kata suami che kak duk dalam gua.


Eh eh eh eh ostak ni nok buleh pekdoh ni🀣


Untuk pengetahuan ostak, suami che kak duk amal sunnah nabi la. Ingat kawen 4 je ke  sunnah  nabi?


Celik mata, suami che kak sediakan breakfast dan lunch  untuk bekal anak2. Ostak ada wat gitu juga ke?


Pi hantar anak sekolah pula lepas tu. 


Balik keje settlekan basuh baju, kering baju. Aaa ostak nak tau tak sambil2 tunggu mesin basuh tu, suami che kak masak untuk diner pulak.


Che kak sampai dah lupa nak tekan butang apa kat dryer tu ha. 


Menu pulak macam engko oder kat kedai makan masakan siam. Cakap je engko nak makan apa. Ketung ketang ketung ketang kat dapur, kenyang kami anak beranak.


Siap makan, kemas dapur pula. 


Lepas maghrib settle anak2 pula. Ajar anak2 ngaji pula. 


Lepas tu dah isyak, settle lipat kain pula.


Eh eh tengok2 dah tengah malam. 


Takkan la tengah2 malam nak keluar dari gua gi umah ostak untuk lapor diri. 


Hari cuti pula beli stok lauk, ulang rutin harian. Kadang2 ada paip bocor la, lampu rosak la. Gi pula kedai hardware, balik repair sendiri. 


Lepas tu gi jenguk mak mertua tengok sihat ke tak. 


Kadang2 balik kampung tengok  mak bapak sihat ke tak. 


Anak sakit, bawa gi klinik atau spital pula. 


Cuti 2 hari pun tak sempat nak bertandang tunjuk muka kat ostak. 


Ni dah dekat nak bukak sekolah, sibuk gi beli barang2 sekolah anak pula. 


Dalam gua ni la ada seorang bapa anak 7 kiriman Tuhan untuk laksanakan sunnah nabi. 


Ostak ada tak wat macam tu? 



BAGAIMANA ALOE VERA GEL DAN PROPOLIS CREME BANTU MASALAH KULIT

BAGAIMANA ALOE VERA GEL DAN PROPOLIS CREME BANTU MASALAH KULIT

 Ramai gak customer che kak ada masalah eczema, psoriasis. 

Rata2 asbab amal AVG / Aloe Nectar & Propolis, katanya kondisi kulit bertambah baik. Syukur serasi

Yang ada masalah yang sama je faham cemana stress dan efek keyakinan diri.Kulit kemerah- merahan kering dan bersisik. Kesian nengok


Itu kisah sebelum terjumpa poduk Forever 

Lepas dah serasi, hasilnya cantik beza sangat. Keyakinan pun bertambah

Alhamdulillah hepi sangat dapat bantu selesai masalah orang.



Bagaimana AVG/ Aloe Berry & Propolis  Cream membantu?

AVG/ Aloe Berry tambahbaik kesihatan usus, saluran darah serta kuatkan imun badan. 

Banyak penyakit berpunca dari usus. 

Jadi sihatkan usus tu dulu.


Propolis tu pula untuk sapu luaran

Propolis ni air liur lebah, semulajadi sangat sangat bagus untuk kulit dan imun.Kulit lebih lembap dan lama2 nampak perubahan 



Disclaimer : Produk bukan untuk merawat penyakit.


#teammamicery #yourfavoritefbo #familymagika #chekakforeverpasirputehdanketereh

BANTU ATASI MASALAH KULIT DENGAN ALOE VERA GELLY DAN ALOE PROPOLIS CREME

BANTU ATASI MASALAH KULIT DENGAN ALOE VERA GELLY DAN ALOE PROPOLIS CREME

 


ADA MASALAH KULIT? 😌


Ramaiii sangat yang dah dapat manfaat daripada Aloe Gelly & Aloe Propolis Creme ni.


2 beradik ni saaangat best bila  digabungkan.


✅ Membantu masalah kulit akibat luka kecil, melecet, jerawat, kulit terbakar, kulit kering, kulit kaki pecah, ECZEMA, PSORIASIS, dan sunburn.


✅ Melegakan ruam panas dan ruam lampin.


✅ Memudarkan kesan parut akibat stretch mark.


✅ Melegakan kegatalan & kerengsaan akibat demam campak dan chicken pox.


✅ Bagus untuk kesihatan kulit kepala - hilangkan kelemumur, kerak kepala, kegatalan.


✅ Melegakan rasa gatal bagi kulit bermasalah alergik seperti urticaria/hives (gegata).


✅ Cepat diserap.


✅ Tidak berminyak, jadi tak mengotorkan pakaian.


✅ Dapat membantu melegakan BUASIR LUARAN dan gigitan serangga kerana ia mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-keradangan.


✅ Bagus juga digunakan sebagai pelembap dan masker pelembap.


#chekakforever

#familymagika

#jomjanaincome



JANA INCOME BERSAMA CHE KAK FOREVER

JANA INCOME BERSAMA CHE KAK FOREVER

 Ada masalah kesihatan atau masalah kewangan?


Sedang mencari produk kesihatan dan kecantikan?Nak cuba poduk forever berasaskan aloevera, poduk lebah?


atau 


Sedang mencari peluang tambah income/backup income?


bulih piyem link2 di bawah


Produk niaga yang che kak suka, che kak guna dan che kak kongsikan untuk jualan harian


😎  FOREVER LIVING PRODUCTS 

- produk kesihatan dan kecantikan luaran dalaman berasaskan aloevera - minuman aloevera utk detox,cantik,sihat,kuyus, artic sea, vitamin C, patidelima, protin, poduk lebah (madu, propolis,royaljelly, pollen), avocadosoap, deodorant, ubat gigi, lipbalm, krim ajaib, syempoo, multipurpose detergent, skincare berasaskan aloevera, 


😎  Mikkae collection- susu kambing, kurma mariami, ajwa


😎   Biz Opportunity - Forever Living Products - retail/personal bonus up to 48%, group bonus up to 33% + lain2 bonus + freetrip+ payslip + recognition + ekslusip coaching bersama team familymagika


Forever

biz plan simple easy fun profitable duplicable,

product premium quality affordable, high demand,

testimonial worldwide 169 negara

grup support awesome proven result.


Kalau yang spesis mata helang, 

mesti grab peluang besar dalam platform forever


Link che kak :

😎  my blog https://www.hasliza.biz


😎 https://haslizasayang.blogspot.com


😎  my personal fb page - Che Kak Hasliza https://www.facebook.com/chekakforever


😎my personal fb - Hasliza Ummu Aqilah

https://www.facebook.com/ummu.aqilah.5


😎  my instagram - che_kak_hasliza https://www.instagram.com/che_kak_hasliza


😎  my whatsapp www.wasap.my/60133703161




#chekakforever 

#foreverpasirputehdanketereh #teammamicery #yourfavoritefbo #yourmagicmentor

#familymagika #bizfromhome #6figureclub

#mentorkirimantuhan 

#produkkirimantuhan 

#grupsupportkirimantuhan 

#foreverlivingproducts

#42tahun169negara

#3konsep

#takdeorangtengah

#bukansistempoint

#bukansistempairing

#jaminanpulanganwang30hari

KENAPA CHE KAK SUKA DEODORANT FOREVER

KENAPA CHE KAK SUKA DEODORANT FOREVER

 

Pengalaman bertahun2 mencari deodorant yang serasi dengan che kak.

Lepas satu satu che kak beli dan try deodorant.

Sedih tau bila kita balik keje, suami kita suruh pi mandi sebab tiak busyuk, masyam.

Hilang keyakinan diri nak duk dekat dengan orang. Kot depa bau badan kita tapi segan nak bagitau kat kita.

Lepas tu try deodorant homemade, serasi sangat. Lepas tu mamicery tak buat dah.

Ayyooo mana mau cari deodorant yang best ni.

Lepas tu che kak try ler beli aloe ever-shield deodorant stick.

Besar gedabak. Setahun baru abes.

Bau pun best. Wangi yang tak menyengat lubang hidung.

Walaupun tiak berpeluh tapi tak membuatkan tiak kita lekit.

Paling penting, bebas bahan garam aluminium.

Tak membuatkan baju kita kotor kaler kuning.

Ada gak feedback yang che kak dapat tiak jadi cerah.

Uols buleh sapu kat tumit kaki yang merekah juga. Licin tumit uols nanti.

Rm43 sangat berbaloi untuk dimiliki. Nak murah meh ler sign up member.

#aloeevershielddeodorantstickforever
#chekakforeversukagunadeodorantaloevera




PENUTUP TIRAI 2020

PENUTUP TIRAI 2020

 Alhamdulillah penutup tahun 2020.


Tiada yang lebih indah sebagai ketua unit Kebajikan Produktif apabila rakan2 sekerja sentiasa bagi kerjasama siapkan penyata bayaran setiap bulan mengikut due date.


18 tahun keje, 13 tahun che kak hadap unit berkaitan bantuan walaupun nama unit tak tau berapa kali dah tukar. Unit Perkhidmatan Bantuan (PB), Unit Sosioekonomi dan Bantuan (EB), unit Kebajikan Produktif (PW @ KP).


Selebihnya setahun kat unit Kanak2  sebagai pelindung kat JKMWPKL dan 4 tahun unit OKU.


Dapat boss yang sentiasa menyokong dan menjadi tongkat che kak apabila che kak nak tumbang atau rebah.


Time keje, kita keje. Time horrey kita horrey. Time kena tegur sebagai staf kita kena hormat teguran dan pandangan ketua kita. Time kita jadi bahu, kita hulur la bahu dan telinga kita. 


Anak2 buah che kak  yang sentiasa bagi komitmen. Kena dengar juga pandangan depa. 


Rakan2 sepejabat walaupun berlainan unit tetap beri kerjasama yang terbaik. Ye la, depa pun sibuk juga dengan tugasan unit depa.


Berilah kebebasan bagaimana mereka nak handle kerja mereka selagi tak melanggar dasar jabatan, SOP dan ISO.


Kalau che kak cakap nak baucerrrrrr. Eh memang depa πŸ‘. 


Pengajaran yang che kak dapat sepanjang 18 tahun, kena kerja smart. Kalau kerja sampai ke tengah malam pun berkawan dengan bunyi2an kat bilik fail sekalipun belum tentu hasilnya produktif.


Kadang2 sama je hasilnya dengan orang yang keje balik on time. 


Nilai dan tengoklah anak2 buah atau rakan sekerja dengan melihat kelebihannya. Jangan terlalu teropong pada kekurangannya. 


Sebab itulah kena amalkan teamwork. 


Bagi che kak, cukuplah asalkan bayaran dapat dikreditkan ke akaun pada masa yang ditetapkan dan tiada kes pecah amanah pun dah satu rahmat. 



#rutinchekakforever









HANDBAG BARU

HANDBAG BARU

 Sape kenal che kak, memang tahu ler che kak ni pakai satu hand bag je selagi tak keluar isi dalam. 


Takde koleksi handbag walaupun orang cakap gaji ribu riban takleh nok beli beg sutir. 


Che kak tak kesah gi pasar tani hinggalah ke mana2 sekalipun, hand bag yang sama je la che kak pakai selagi tak keluar isi dalam.


Gi miting kat hq pun che kak tak kesah pakai hand bag yang berconteng abc oleh budak bertuah Awaatif. 


Kalau segan sangat, che kak nyorok dalam celah kain tudung labuh che kak. 


Che kak tak kesah pakai hand bag yang talinya dah 3 kali ikat dengan cable tie. 


Semalam keluar je dari kedai eco, dumm tercabut tali handbag yang memang tak leh nak sambung dah. 


Balik umah, suami perasan tali tercabut, lepas tu dia ikat dengan cable tie. 


Okey la buleh pakai lagi gi keje esok. 


Gi keje macam biasa, tak ingat dah kat handbag sebab bizi dengan persiapan untuk sedia penyata bayaran bulan Januari 2021. 


Gi keluar makan macam biasa je sebab handbag masih tersangkut di bahu dengan kemas tanpa jatuh terjunam. 


Hebatkan macgyver soft field village. 😜


Balik dari keje....... 


Umiiii, abi beli beg kat umi. 


Seumur hidup che kak, memang che kak tak pernah beli handbag. 


Kalau tak kerana Che Esah yang bagi, dah tentu teman syurga che kak tak suka tengok che kak bawa handbag buruk. 


#chekakforever




HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com