December 2019 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: December 2019
APAKAH PERANAN JKM DAN TANGGUNGJAWAB MANGSA BENCANA BANJIR

APAKAH PERANAN JKM DAN TANGGUNGJAWAB MANGSA BENCANA BANJIR


Bulan Disember adalah bulan cuti dibekukan 😂😂.

Cuti dibekukan kerana persediaan untuk menghadapi bencana banjir. Apabila PKOB dibuka, maka sepantas kilat kami warga JKM kena bertugas bersama agensi dan pasukan penyelamat.

Jom la kita tahu serba sedikit apakah  peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam pengurusan bencana sepertimana Arahan MKN No. 20.



1. Menyedia dan menyelenggarakan pusat-pusat pemindahan mangsa bencana. 



2. Menyediakan dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan asas kepada mangsa bencana.




3. Menjalankan pendaftaran mangsa bencana bagi maksud pemulihan. 



4. Memberi bimbingan, nasihat/kaunseling kepada mangsa bencana.



Selain itu, JKM juga berperanan menggerak sukarelawan bagi membantu JKM. 



Kaunselor  juga akan merancang dan melaksanakan aktiviti untuk mangsa bencana.





Walaupun JKM sentiasa bersiap siaga menghadapi bencana banjir, namun mangsa perlu juga bersiap sedia terutama mangsa yang dah biasa hadapi banjir.

Tanggungjawab mangsa bencana banjir:

1. Pastikan dokumen pengenalan diri sendiri dan ahli keluarga di bawa bersama. 



2. Tutup suis dan cabut plag peralatan elektik. Utamakan keselamatan.



3. Dengar arahan pasukan penyelamat. Kalau diarahkan berpindah, kena pindah juga. Walaupun kita dah biasa hadapi banjir, namun kita tak dapat jangkakan apa jua musibah. 



4. Daftar di pusat pemindahan sementara (PPS). Sekiranya kita tak bercadang nak bermalam di PPS dan lebih selesa berada di rumah saudara atau hotel, tak perlu nak paksa staf JKM daftar nama kita sebagai mangsa banjir di PPS.



Tujuan JKM daftar mangsa di PPS adalah untuk mendapatkan statistik bagi menyediakan makan minum dan keperluan asas seperti tikar, khemah dan lain-lain. 




Jangan sesekali mind set nak daftar sebagai mangsa berpindah di PPS sebab nak dapatkan duit ehsan. 

5. Apabila berada di PPS, jaga kebersihan dan keselamatan ahli keluarga. Jangan buang sampah seperti pampers dan tuala wanita ke dalam tandas. Sila buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. 



6. Sila makan ikut waktu dan tempat yang disediakan. Bersyukur dengan makanan yang disediakan. Berterima kasih kepada tukang masak dan petugas kerana ada di kalangan mereka membantu secara sukarela. 



7. Jangan rosakkan dan mencuri harta yang ada di PPS. 

8. Sekiranya berkeperluan untuk keluar dari PPS atas sebab nak pergi kerja, klinik atau kedai, sila maklum kepada petugas. 



9. Jangan pulang ke rumah selagi tidak dibenarkan pulang. 

10. Sekiranya ada masalah atau pertanyaan, sila maklum kepada petugas. 


SALAHKAH HIBURAN

SALAHKAH HIBURAN

"Kak Za, saya minta maaf sebab pasang lagu".

Aloh lah. Jangan la gitu dik. Malu che kak. Jangan la menilai dan anggap che kak bagaikan wanita solehah terakhir atas muka bumi ni.

Che kak manusia biasa yang juga sukakan hiburan. Che kak juga suka dengar dan nyanyi lagu sorang-sorang walaupun suara sumbang yak amat. Che kak layan juga lagu rock dan rap hip hop. Pasang radio kuat2 dalam kereta, haaa layan la sorang2. Lepas tu, kalau ambulan lalu, haaa faham la sendiri.

Hiburan tak salah, dik. Kita kena tahu apa yang boleh dan tidak boleh. Kalau layan hiburan sampai dah tertinggal solat atau melewatkan solat, itu yang salah. Salah mandatori lagi. 

Minat kat artis, jangan sampai hilang malu seorang wanita. Contohnya sampai berpeluk2 dan menjerit2 histeria apabila tengok artis kesukaan kita. Jangan la sampai terlompat2 bagaikan kera kena sambal belacan. Cukup je setakat kita minat lagu2 dan keperibadian artis yang boleh dijadikan contoh dan tauladan. 

Apabila mak dan ayah panggil kita, kenalah menyahut panggilan mak dan ayah dengan sopan. Janganlah tak dilayan atau marah sebab kononnya ganggu kita tengah feeling layan K-Pop.

Apabila kita nak pergi tengok artis kita menyanyi, jangan la berdua-duaan dengan lelaki yang akan menyebabkan nafsu tercas. 

Apabila kita takde duit nak beli tiket konsert atau CD, jangan la dipaksa mak ayah bagi duit walhal kita tahu mak ayah bukan orang kaya.  Jangan sesekali ye dik menganiayai mak dan ayah.

Siang malam duk jamming. Jiran2 kita yang ada anak kecil, orang tua, orang sakit, orang penat baru balik kerja, sakit hati dengar kita melalak bagaikan nak pecah rumah. Kalau dah berbakat, pergi la kat mana2 studio. Kau jamming la sepuas-puasnya.




ABANG AIMAN DAN PT3 2019

ABANG AIMAN DAN PT3 2019

Alhamdulillah, Abang Aiman telah buktikan bahawa tetap boleh cemerlang dalam peperiksaaan PT3 walaupun hanya bersekolah agama arab biasa sahaja. 

Semoga kejayaan ini menjadi contoh kepada adik2. Teringat masa Abang Aiman frust giler sebab umi dan abi tak bagi abang Aiman belajar sekolah sains Pengkalan Chepa. Dia punya frust dan kecil hati sampai cakap menyesal dapat 5A UPSR. (Itupun abe Aulia' yang report kat umi😂😂). Pujuk juga suh belajar sekolah arab kat rumah je.

Walaupun frust, namun akhirnya Abang Aiman berjaya mencipta keseronokkan dan kejayaan demi kejayaan kat sekolah arab kampung je. Peluang tetap ada untukmu. 

Terima kasih abang Aiman kerana laksanakan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar. Terima kasih kepada guru2 Sek Men Agama Taqaddumil Ilmi atas sokongan, dorongan dan ilmu yang dicurahkan. 

Umi dan abi nak tengok abang Aiman dan anak2 yang lain membesar depan mata, kerana masa kita bersama hanya sekejap sahaja. Cukuplah selama 4 tahun umi terlepas menyaksikan saat2 Abang Aiman dan Abang Ahyad membesar depan mata umi. 

 #PT32019


              
HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com