APAKAH PERBEZAAN ANTARA KERJA KEBAJIKAN DAN KERJA SOSIAL - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: APAKAH PERBEZAAN ANTARA KERJA KEBAJIKAN DAN KERJA SOSIAL

Thursday, September 26, 2019

APAKAH PERBEZAAN ANTARA KERJA KEBAJIKAN DAN KERJA SOSIAL

Hari ini che kak berkesempatan mendengar taklimat mengenai Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial.

Semoga RUU PKS berjaya diwartakan sebagaimana profesion lain yang ada akta tersendiri seperti bidang perubatan, kaunselor, farmasi, jurutera dan lain-lain. Bahkan ada beberapa negara yang dah wartakan akta kerja sosial.

Che kak bukan nak kupas mengenai RUU tersebut. Serahkan sahaja pada pakar untuk fikir dan laksanakan supaya menjadi kenyataan. Orang macam che kak tak perlu "pecah kepala" duk mikir. Banyak lagi kerja hakiki yang kena buat.

Che kak nak bagitau kerja sosial sangat berbeza dengan kerja kebajikan. 

Contoh kerja kebajikan, kita telah belikan sekampit beras, sekilo gula, teh, kopi dan minyak masak untuk  disedekahkan pada asnaf. 

Selepas sedekah, kita dah rasa lega sangat kerana dah bantu asnaf. Ops sambil selfie dan postkan dalam media sosial hashtagdonebantuorangmiskin. Lepas tu kita balik ke negeri asal kita.

Bagaimanakah yang dikatakan kerja sosial?

Kenapa tak sama dengan kerja kebajikan?



Apabila kita telah kenalpasti semua masalah dan keperluan asnaf tersebut, maka kita akan bantu dia dengan sumber-sumber yang ada. 

Kita perlu temubual asnaf sendiri, ahli keluarga, jiran dan pemimpin tempatan seperti ketua kampung bagi mendapatkan maklumat dan fakta yang sebenar. 

Jangan sesekali buat tafsiran dan pandangan berdasarkan "saya rasa" tanpa melihat sendiri.

Che kak nyatakan contoh kerja-kerja sosial yang boleh kita lakukan.

Contoh:

1. Bantu dapatkan bantuan bulanan daripada jabatan yang menawarkan bantuan bulanan seperti JKM atau jabatan agama. 

2. Sekiranya asnaf memerlukan tempat tinggal, rujuk ke agensi seperti penggawa, baitulmal, DO atau ADUN. Semak sama ada agensi ada memberi bantuan rumah, sewa rumah atau baiki rumah.

3. Contoh yang lain, che kak pernah rujuk ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk permohonan tandas semasa melawat kes bantuan di mana rumah kediaman asnaf tiada tandas yang sempurna.

4. Selain daripada melihat keperluan diri asnaf, kita kena lihat ahli keluarga yang tinggal bersama seperti suami/isteri, anak-anak, ibubapa dan lain-lain.

5. Adakah anak-anak bersekolah dengan sempurna? Bincang dengan pihak sekolah.  Sekiranya tidak bersekolah, bantu anak-anak supaya dapat bersekolah iaitu dengan rujuk ke PPD. 

6. Sekiranya mempunyai anak OKU, bantu dapatkan haknya sebagai OKU.  Contoh daftarkan kad OKU. JKM ada menawarkan perkhidmatan pusat pemulihan dalam komuniti. Sila google apa itu PDK. JKM juga ada pusat latihan untuk OKU Fizikal yang terletak di Bangi.

7. Sekiranya asnaf ada anak remaja dan dewasa yang tidak bersekolah atau bekerja, cuba dapatkan tempat di pusat latihan kemahiran seperti Giat MARA, MAIK, Institut Latihan FAMA dan pelbagai pusat latihan kemahiran. Apabila ada kemahiran, maka anak-anak remaja ini dapat menjana pendapatan dengan ilmu kemahirannya. Ataupun melalui job matching dengan Jabatan Tenaga Kerja.

8. Sekiranya asnaf atau ahli keluarga pandai dan minat berniaga, rujuk ke agensi yang menawarkan modal perniagaan percuma seperti MAIK, FAMA, pejabat pertanian dan lain-lain lagi. 

9. Walau apa jua yang kita lakukan, tetapi asnaf masih tidak mahu dan tiada keinginan untuk berubah ke arah positif, rujuk ke Kaunselor berdaftar. Kasi semangat sikit. Kaunselor ada ilmu bagaimana nak ubah minda seseorang. Mereka belajar ilmu kaunseling dan psikologi. Elakkan dengan cara dapatkan nasihat netizen dalam media sosial.

10. Sekiranya kita dapati rumah asnaf sangat kotor, tidak terurus dan dhaif atau kita ingin membina rumah secara gotong royong, maka kita boleh dapatkan kerjasama secara NBOS. Sila tanya makcik google apa itu NBOS.

Ini adalah antara contoh-contoh kerja sosial yang boleh kita lakukan  bagi memastikan kehidupan asnaf benar-benar terbela. 

Kita perlu dapatkan maklumat agensi atau badan bukan kerajaan bagi menyalurkan bantuan dan perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan asnaf.




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com