February 2019 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: February 2019
BAGAIMANA INGIN MEMULAKAN BISNES TANPA MODAL

BAGAIMANA INGIN MEMULAKAN BISNES TANPA MODAL


Assalamualaikum.  Apa khabar? Moga kalian dilindungi Allah dan dimurahkan rezeki. Mulakan hidup dengan penuh rasa syukur atas nikmat dan rahmat yang tak terkira.

Che kak nak menulis tentang biz tapi rasa tak layak sebab ramai yang lebih berjaya dan mendapat income puluh ribu. Cuma Che kak sekadar nak kongsi sedikit pengalaman. 

Klien che kak kebanyakannya ibu tunggal dan isteri yang tidak bekerja. Masih produktif. Cuma tak nampak peluang dan ruang yang ada untuk tambah pendapatan sendiri.   

Che kak pun tak pandai nak bisnes. Takde bakat langsung. Nasihatkan klien tu memang pandai sangat. Pandai sangat kalau bab nasihat orang. Hahaha.. Cuba kalau buat sendiri. Pergh. Angkat bendera putih. Tapi Che kak selalu follow orang yang dah berjaya. Kutip ilmu, tips-tips, pengalaman dan kisah hidup mereka. Moga terinspirasi bagi memudahkan che kak membantu klien che kak.

Che kak selalu nasihatkan klien cuba berniaga yang tidak menggunakan modal atau modal yang minimum sahaja.  Jangan fikir asal bisnes je mesti nak modal besar. Jangan sesekali buat pinjaman kalau tak mampu nak bayar hutang. Jangan sesekali pinjam dengan Ah Long. Che kak along hanya nak tolong. Jaga aliran tunai bisnes. Kalau dapat untung hasil jual sebatang pen pun tetap kena rekod.

Cari nilai positif dalam diri. Kemahiran apa yang ada. Apa sahaja kemahiran diri boleh dijadikan peluang bisnes.  Contoh pandai masak cekodok bawang je. Haaaa, itu pun boleh dijadikan biz. Modal pun kecil je. Buat cekodok bawang dengan sedap dan kreatif, packaging cantik dan tumpang letak untuk dijual kat kedai-kedai kopi, kafe atau kantin. 

Tak pandai juga?? Cuba bisnes kaedah dropship. Maksudnya dapat komisen atas jualan produk orang. Kena rajin promote. Macam-macam produk dropship yang boleh dijual.  Kosmetik, kain tudung, pakaian, makanan dan macam-macam lagi la. Contoh macam che kak jual susu kambing organik dan kurma.



Selepas tu kena buat dan rajin usaha dari segi marketing dan promosi. Bukannya seminggu sekali posting produk, lepas tu senyap. Lepas tu nak salahkan Tuhan tak bagi rezeki. Kena cek diri sendiri juga apa salah dan dosa kita pada orang lain yang menyebabkan rezeki susah nak dekat dengan kita. Orang lain dapat sale ribu riban. Kita satu sale pun takde. Why!

Cari seorang idola biz supaya apabila kita rasa down, cepat-cepat kita rasa terinspirasi balik.. Baca kisah-kisah idola kita bagaimana dia boleh bangkit semula apabila jatuh tergolek-golek. Jangan cepat putus asa.

Untuk permulaan biz, jangan fikirkan untung sangat. Jangan tamak. Untung seringgit pun dah syukur. Yang penting cari keseronokan dan rasa sayang dengan biz dulu. Semuanya kena bermula dengan minat bisnes dan produk terlebih dahulu.

Pastikan produk yang kita jual sesuai dengan kita. Contoh kau jual produk untuk putihkan kulit walhal kita sendiri gelap hangus dipanah mentari. Atau jual kosmetik nak suruh orang cantik tapi kita sendiri muka kusam. Atau jual ubat kurus kalau engkau sendiri gemuk. Faham tak? Atau jual susu kambing tapi tak pernah rasa dan minum susu kambing. Macamana nak bagitahu kastemer rasa susu kambing dan kebaikan minum susu kambing.

KURMA PREMIUM

KURMA PREMIUM

MIKKAE HEALTHY SNACKS

😍1 Pek kurma mariami 250 g (RM15.00) tak termasuk pos.

😍1 pek kurma ajwa 250 g (RM30.00) tak termasuk pos.

😍13 pek kurma mariami PERCUMA 1 pek mariami & FREEPOS (RM195.00)

😍5 pek kurma ajwa PERCUMA 1pek kurma ajwa & FREE POS (RM150.00)

😍 Combo Mikkae Healthy Snack (RM49.00) & FREE POS
     👉1 pack Kurma Mariami 250g
     👉1 pack Kurma Ajwa 250g
     👉1 pack Roasted pistachio 115g

😍 Roasted Pistachios. 3pack size 115g x 3
     Harga special RM39.00 (normal price RM60.00) &
     FREE POS

Boleh hubungi wasap 0133703161


REVIEW BUAH KURMA PREMIUM

REVIEW BUAH KURMA PREMIUM

Che kak paling tak suka makan buah kurma walaupun makanan sunnah.

Manis meleting leting. Bulan puasa, ambil juga le sebiji letak kat bucu pinggan nasi. Konon nak ambil syarat pahala sunnah.

Sudahnya, minum air , terus makan nasi. Sudah makan nasi, letak kurma balik kat dalam bekas kurma.

Kalau paksa makan pun, gigit hujung je sekali gigit.

Tak pernah beli kurma. Setiap tahun, dapat kurma free pemberian daripada YB. Bertahun-tahun la duk simpan dalam peti ais.

Sehinggalah che kak tersuka dengan kotak pink kurma nuraisya. Comel je. Eh sedap pula kurma nuraisya. Tapi tak tahu kurma jenis apa.

Pernah juga dapat sumbangan kurma dari DAWD tahun lepas. Pun sedap yark amat. Rasanya kurma sumbangan beliau paling sedap che kak makan.

Rupanya banyak jenis buah kurma.




Sehingga lah che kak dapat free gift kurma dari Mommy Noah. Kurma mariami.

Ya Allah, sedapnya.  Tak manis melenting pun. Manis fresh yang sedap dimakan.

Kulit pun takde la berkeruping. Tanpa sedar, sekejap je habis kurma 1 peket, 250 g. Sekali hadap makan. Macam makan kudap kudapan. Padahal che kak tak suka makan buah kurma.

Rendam dengan air panas, lepas tu lenyek je dengan sudu, kemudian campur susu kambing. Pergh cenggini angkat ibu jari. Sedap yark amat.

Kadang-kadang che kak wat MOCHA MIKKAE KURMA. Bestttt tauuu..

Kurma mariami


Ada satu lagi jenis kurma ajwa. Atau kurma nabi. Sedap weiii. Kurma yang mommy jual ni memang kurma yang berkualiti premium dari Madinah.

Tak sangka rupanya ada kurma yang diproses rendam air gula. Patut la manis meleting. Apa pekdah la gi rendam kurma dengan air gula.

Sementara stok masih ada, jom la order kurma wat stok untuk puasa dan ganti puasa. Che kak suka makan kurma keluaran Mommy Noah sebab sedap sangat.

😍1 Pek kurma mariami 250 g (RM15.00) tak termasuk pos.

😍1 pek kurma ajwa 250 g (RM30.00) tak termasuk pos.

😍13 pek kurma mariami PERCUMA 1 pek mariami & FREEPOS (RM195.00)

😍5 pek kurma ajwa PERCUMA 1pek kurma ajwa & FREE POS (RM150.00)

#kurmapremiumdarimadinah


BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBANTU OKU JANA PENDAPATAN

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBANTU OKU JANA PENDAPATAN

Pengalaman selama 4 tahun sebagai Penyelaras Unit OKU amat berharga dalam kerjaya che kak. Antara peranan dan tanggungjawab yang perlu diberi perhatian ialah menyelaras PDK. 

PDK adalah pusat pemulihan  untuk warga OKU yang diuruskan oleh pihak komuniti setempat dengan menggunakan geran JKM. Kebanyakan pelatih adalah OKU kategori Masalah Pembelajaran. Ada juga OKU kategori lain. Takde syarat khusus untuk pelatih OKU masuk PDK. Ada pelbagai tahap keupayaan mereka. Pemulihan setiap pelatih OKU juga berbeza mengikut tahap keupayaan mereka. 

Che kak tabik spring pada penyelia dan petugas PDK. Walaupun berjawatan sukarela secara kontrak, namun mereka seperti pendidik di sekolah pendidikan khas. Sijil mereka hanyalah sekeping hati yang sabar dan ikhlas dalam melayani anak-anak OKU.

Apa tugas che kak sebagai Penyelaras? Takde apa-apa yang che kak buat. Hanya tahu tegur, marah, tegas, garang pada penyelia dan petugas. Che kak sayang dan kasih pada mereka. Sebab itu che kak garang. Che kak tak kisah kalau mereka tak suka dan benci pada che kak. 

Che kak nak simpan kenangan che kak bersama PDK dalam tulisan kali ini. 

Satu kejayaan moral bagi kami apabila ada OKU berjaya menjana pendapatan sendiri. Tidak kira sama ada kerja bermajikan atau kerja sendiri. Bukan mudah untuk latih mereka dalam pekerjaan. Sekiranya mereka mampu membuat kerja, mereka akan bekerja lebih baik daripada orang normal. PERCAYALAH!

Antara salah satu program yang sempat che kak buat bersama ialah melaksanakan projek EEP. Tercabar juga rasanya nak laksanakan projek tersebut. Ilmu takde. Pengalaman pun takde. Apa yang ada ialah semangat dan kerjasama. 

Pada awalnya, kami dapat bajet untuk buat projek jahitan. Tapi tak berjaya. Bukan tak berjaya tapi tak dilaksanakan. Pelatih OKU tiada yang mampu nak menjahit walaupun dah diajar. Che kak sebagai orang normal pun tak pandai nak menjahit.

Sayang juga bajet yang kami dapat kalau tak digunakan dengan sebaik mungkin. Che kak tak nak bajet tersebut jadi projek gajah putih. Tetapi che kak tak berani nak guna bajet untuk buat projek lain. 

Ibarat orang bagi duit suruh beli nasi kerabu, tapi engko bantai beli nasi lemak. Che kak pantang orang tak beramanah. 

Okey berbalik kepada projek EEP tadi. 

Apabila dapat khidmat nasihat dari pegawai atasan, kami buat kertas kerja untuk mohon tukar skop projek. Tujuannya adalah untuk menghalalkan bajet sedia ada. Ibarat kau minta izin nak beli nasi lemak. Tak nak beli nasi kerabu.

Nak buat kertas kerja pun tercabar juga. Tiada sebarang pengalaman. Alhamdulillah siap juga kerta kerja dan diluluskan oleh JKM Putrajaya. Buat sehabis baik kertas kerja. Biar kita rasa puas hati dan orang yang membaca juga rasa puas hati. Kertas kerja pun che kak tengok contoh daripada PDK negeri lain juga. PDK yang berjaya dengan projek EEP. Bukan tiru tetapi tiruvasi. Hehe.

Maka, bermulalah warga PDK termasuk pelatih OKU melaksanakan projek masing-masing. Ada yang buat tanaman cendawan tiram, frozen food dan perkhidmatan dobi. 

Walaupun modal free, tapi che kak tak nak modal disia-siakan. Jangan ambil mudah dengan modal free yang orang bagi kat kita. Manfaatkan sebaik-baiknya. Beramanahlah. Tak berjaya takpe tapi usahalah dengan sebaik mungkin.

Semasa che kak tinggalkan unit OKU, projek EEP tu baru nampak anak pokok. Sekarang ni che kak tak sempat lagi nak tanya khabar dari dekat. Hanya mampu doa dari jauh. Semoga projek berjaya demi anak-anak OKU PDK. Tujuan utama supaya dapat tambah pendapatan mereka tanpa keluar dari komuniti mereka.

Salam sayang dari che kak.
KE MANA HALA TUJU GRADUAN UNIVERSITI SELEPAS TAMAT PENGAJIAN

KE MANA HALA TUJU GRADUAN UNIVERSITI SELEPAS TAMAT PENGAJIAN

GRADUAN KERJA MAKAN GAJI VS KERJA SENDIRI

Apabila che kak dapat tahu anak-anak klien che kak dah berjaya tamatkan pelajaran  di universiti, che kak tumpang gembira.

Che kak hanya bagi kata-kata semangat ingat dan balas jasa mak ayah. Pengorbanan mak ayah takkan terbalas.

Tetapi yang menjadi isunya peluang pekerjaan yang terhad terutama sektor kerajaan. Mentaliti graduan kebanyakannya nak kerja kerajaan. Nak kerja yang ada gaji tetap setiap bulan. Termasuklah che kak. Rezeki che kak selepas grad 2 tahun dapat kerja kerajaan.

Kebanyakan ibubapa pun nak anak-anak kerja 'makan gaji'.  

Kenapa che kak kata macam tu? Sebab apabila che kak temubual dengan ibubapa tentang maklumat anak-anak mesti akan jawab "kijo uduh2 jah, takdok sore pun kijo make gaji dengan kerajae". 

Adus adus sayang. Hina ke kerja selain daripada kerja sektor kerajaan? Tak bagus ke kerja kilang? Tiada masa depankah apabila berniaga sendiri? Graduan menjadi petani dan usahawan berjaya, tidak banggakah?l

Che kak tersentak. Lamunanku tersentak, Lalu ku mendongakkkk.. Eh ternyanyi pulak.

Apa yang che kak tersentak? Che kak pernah dengar dari mulut seorang ibu, apabila si anak bagitahu ada seseorang melamarnya nak jadi isteri. 

Si ibu jawab, keluarga dia tak sesuai sebab takde sorang pun belajar universiti. Ni kisah dulu-dulu. Saja putarkan balik cerita ni. 

Che kak sedang mencari seorang anak muda terutama anak klien che kak. Anak muda lulusan universiti tetapi berjaya dalam bidang perniagaan. Bermula dari zero akhirnya jadi hero.

Che kak nak buat satu program untuk klien che kak yang berpotensi dalam bisnes. Tapi tak nak la upah mahal. Bajet ciput je.

Tajuk program "Kemiskinan bukan untuk diwarisi".

Baru berangan je ni. 
Ahad ni la bincang dengan boss. Boss che kak kaya dengan idea. Hehe..
BAGAIMANA CARA UNTUK TAMBAH PENDAPATAN

BAGAIMANA CARA UNTUK TAMBAH PENDAPATAN

POKET KOSONG KE? 
JANGAN FIKIR MASALAH, TAPI CARI JALAN SELESAI MASALAH

Ramai isteri yang memohon bantuan atas sebab pendapatan suami yang tidak menentu. Tidak salah memohon bantuan. Bahkan akan diberikan bantuan sekiranya layak mengikut syarat agensi.

Namun sampai bila bantuan kebajikan dapat membantu meringankan bebanan? Bilangan anak akan berpotensi bertambah sekiranya si ibu masih muda dan produktif untuk hamil. Maka bertambahlah kos perbelanjaan anak-anak. 

Tapi che kak tak suka kalau masyarakat kaitkan dengan bilangan anak merupakan faktor utama kemiskinan. Sebab pengalaman che kak dengan masyarakat, pasangan yang mempunyai anak seorang dua pun ramai juga tidak mampu nak sara anak. 

Apabila che kak tanya apakah usaha-usaha yang telah dilakukan untuk tambah pendapatan keluarga, selalunya che kak dapat jawapan "takdok duk wat gapo. Duk sajo jah, jago anok".

Ada juga yang membantu suami dengan menjual kuih muih, ambil upah menjahit dan bekerja di kedai makan. 

Ada juga isteri memohon sebab suami tak kerja, terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah, suami sakit. Takpe. Kami akan fikirkan jalan penyelesaian berdasarkan sumber-sumber yang ada.

Che kak tak berhajat nak cerita tentang dasar bantuan. Kalau cerita dan nak debat bab bantuan memang tak akan habis. 

Apa yang che kak nak tulis ni, carilah peluang dan ruang untuk tambah pendapatan dengan berniaga. Beniaga depan rumah je pun boleh. Tak perlu nak ke luar negeri.

Takde modal? Apabila sebut berniaga, mesti terbayangkan modal yang besar. Helloooo, nak wat bisnes import eksport ke yang nak guna modal besar sangat tu.

Wahai adik kakak abang makcik sekalian. Che kak nak tanya.

Pandai masak nasi dan gulai ayam atau gulai ikan? Atau pandai masak nasi lemak?

Kat Kelantan ni, sarapan paling popular dan laris ialah nasi gulai ayam dan gulai ikan aya (ikan tongkol).

Cubalah masak untuk seekor ayam dulu dan jual pada waktu pagi yang mulia. Ramai budak sekolah, pekerja, surirumah pun akan beli nasi untuk sarapan.

Nak jual biarlah harga berpatutan. Harga standard nasi berlauk pagi ialah RM2.50 hingga RM3.00. Kalau jual RM6.00 jangan salahkan Tuhan tak bagi rezeki kat hangpa. 

Nasi kerabu pun che kak tengok ramai je yang jual RM3.00 sebungkus. 

Menu ni antara contoh. Banyak lagi makanan yang boleh dijadikan perniagaan.

Apaaa.. Tak nak jual sebab ramai dah jual? Che kak lagi suka kalau ramai yang jual. Sebab apabila ada persaingan, pelanggan ada pilihan nak beli yang mana lebih sedap dan harga munasabah. 

Apabila ada persaingan, barulah peniaga akan fikirkan strategi untuk melariskan jualannya. Tapi jangan sesekali guna cara kotor hokeyyy.. Sihir-sihir ni tak mau. Dosa besar!

Takde tempat nak jual? Kenapa? Dah habis tanah kat muka bumi ni ke sampai dah tak ada tempat nak jual. 

Ada je che kak tengok peniaga buat delivery. Buat permulaan, pergi la edar pamplet dan sample makanan. Jangan la duk tercongok tunggu orang datang nak order. Korang bukannya artis. Artis pun pandai jual nasi lemak untuk tambah pendapatan. Hangpa orang biasa-biasa je nak maluuuu apee...

Lagi  duk fikir itu masalah, ini masalah, sampai bila masalah tak akan selesai.

Malu kena letak ke tepi. Duk malu-malu duit masuk dalam poket, bro?

Kalau ada duit modal, jangan sesekali terguna untuk beli benda lain. Kalau dah terguna, tak dapat den nak nolong. 

Lain hari, che kak tulis bisnes lain pula. Bisnes yang tak perlu modal besar. Tapi bukan MLM deh. Yang ni che kak tak pandai. 

Paling penting sekali, setkan MINDA anda dahulu. Penuhkan minda adik kakak abang sekalian dengan mencari ruang dan peluang. Jangan tahu mengeluh aje. Fikir nak penuhkan poket untuk sara hidup. 

Kalau nak buat bisnes untuk kaya dan nak gi melancong, itu kena tanya orang lain.










AKU HANYA RAKYAT MARHAIN

AKU HANYA RAKYAT MARHAIN

Apabila che kak nak bersuara tentang politik dan kepimpinan menteri memang che kak takut. Bukan takut kena terajang sampai ke Sabah. Tapi che kak takut hati che kak yang macam tisu. Mudah koyak.

Kena jentik sedikit, dah moyok macam mati laki. Sape yang rapat dengan che kak, tahu la macam mana lembutnya tisu hati che kak.

Tapi che kak nak tulis juga. Rasa terbuku je kalau tak tulis. Apa yang che kak nak tulis ni hanyalah pandangan peribadi sahaja sebagai rakyat marhain.

Che kak adalah penjawat awam yang sentiasa berpegang kepada motto SAYA YANG MENURUT PERINTAH (SYMP) dan kini tukar Saya Yang Menjalankan Amanah (SYMA).  

Che kak cuba sedaya upaya melaksanakan dasar-dasar kerajaan walaupun berlainan prinsip. 

Che kak juga rakyat biasa yang meniti kehidupan seharian.  Pergi kerja dan balik kerja. Balik kerja fikir hal rumahtangga pula. Asal anak-anak tak lapar dan cukup keperluan mereka sebagai anak dan pelajar sekolah. 

Sementara menunggu nyawa dijemput Allah ke negara kekal abadi yang kita tak dapat bayangkan dengan akal fikiran. Walaupun dalam Al Quran dah cerita macamana rupa azab kubur, hari kiamat, hari pembalasan, syurga dan neraka.

Sementara nyawa masih ada, che kak sedang berusaha menjalankan kewajipan sebagai hamba Allah. Nak mati dalam redha Allah. Jawatan che kak banyak. Jawatan sebagai hamba Allah, umat Muhammad, isteri kepada Arman, ibu kepada 7A, kakak sulung, ibubapa, keluarga, pekerja, jiran, kawan dan macam-macam lagi la jawatan yang kita ada atas muka bumi ni.

Che kak bukan ahli atau ada sebarang jawatan mana-mana parti politik. Hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi sahaja. Che kak pangkah calon yang mana, hanya Allah saje yang tahu.  Pilihan calon che kak dah tentu yang bekerja untuk rakyat, agama dan negara. Kenapa? Ini kerana YB terpilih adalah dari rakyat untuk rakyat. 

Kenapa sebelum menjadi wakil rakyat, boleh je ahli politik menjadi seorang pendengar yang baik. Konon bajet nak tolong selesai masalah rakyat. 

Tetapi setelah berjaya menjadi wakil rakyat dan menteri, tiba-tiba aje telinga menjadi tersumbat. Tak dengar apa masalah rakyat dan paling mengecewakan tiada usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat. 

Rakus menggunakan kuasa untuk kepentingan politik masing-masing. Apakah tujuan kalian menjadi YB sebenarnya?

Rakyat bertungkus lumus belajar untuk masa depan iaitu untuk mendapat jaminan pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan. Dapat kerja hasil usaha sendiri. Yang mana pakai kabel, che kak tak nak komen sebab che kak tak pernah jumpa dan tak pernah tahu mana-mana individu yang dikatakan guna kabel. 

Tapi sekarang ni senang aje nak tuduh seseorang. Tuduh je dulu, lepas tu yang kena tuduh, pandai-pandai la cari bukti untuk membuktikan diri tidak bersalah.

Islam ajar kalau nak tuduh seseorang pastikan ada bukti dan saksi. Takde bukti dan saksi, tak boleh tuduh sebarangan. Ada hukuman khusus untuk saksi dan tuduhan palsu. 

Isu kemiskinan adalah isu globalisasi. Tak boleh dihapuskan walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk banteras kemiskinan. Che kak percaya, tiada mana-mana negara yang kesemua rakyatnya kaya raya. 

Ada rakyat yang produktif dan tidak produktif. Rakyat yang produktif pula ada yang boleh berdikari dengan usaha sendiri. Ada yang perlu dibantu dengan pelbagai cara seperti khidmat nasihat dan modal. Bukan semua rakyat pandai berniaga. 

Antara rakyat yang tidak produktif seperti warga emas dan pesakit yang tidak mampu bekerja lagi. Perlu bergantung sepenuhnya kepada bantuan.

Sebagai orang yang berkuasa, gunakanlah kuasa sebaik-baiknya untuk menyediakan apa sahaja keperluan rakyat. Ciptalah dasar- dasar yang sesuai untuk rakyat. Lihatlah masalah dan apa keperluan rakyat. 

Keperluan rakyat mudah je. Rakyat nak ada sumber pendapatan tetap, sumber infrastruktur yang selesa, ada tempat tinggal yang selesa, ada duit untuk beli barang keperluan harian. Tak mewah pun takpe asal keperluan asas tersedia dengan baik.

Che kak percaya, naiknya parti politik PH menjadi kerajaan persekutuan adalah kerana rakyat kecewa dengan kerajaan Najib dan isterinya. Nak balas dendam pada DSN dan isterinya. Bukan kerana rakyat suka dengan parti PH.

Ambillah ikhtibar dari kejatuhan sebuah kerajaan dari parti keramat. Inikan pula kita dari parti yang baru di beri mandat. Tambatlah hati rakyat. Pasti rakyat akan sayang yang teramat.

Apabila menjadi sebuah kerajaan, adalah ibarat seorang lelaki yang ingin membina keluarga. Wajiblah ianya menyediakan segala keperluan mengikut acuan kewangan tanpa mengorbankan isteri dan anaknya.

Contoh si suami takde duit nak beli beras. Wajarkah ia beritahu wahai isteri dan anak, tak perlulah beli beras sebab takde duit. Siap minta dengan isteri sumbangan duit. Tetapi tak beli juga beras. Apabila isteri tanya mana beras? Duit untuk beli beras, ke mana perginya? Persoalan yang tidak terjawab.

Hiasan sahaja. Tiada kena mengena dengan entry

KURMA MARIAMI, AJWA PREMIUM DAN PISTACHIOS

KURMA MARIAMI, AJWA PREMIUM DAN PISTACHIOS

Berita baik buat peminat kurma mariami dan ajwa. Kurma premium. Kacang cerdik pun best.

Jom grab wat bekal ganti puasa dan puasa nanti.

Kurma mariami 250 g RM15.00
Kurma ajwa 250 g RM30.00
Kacang pistachios 3 pek × 115g Rm39.00

Yang ni tak termasuk pos.

Jom beli set best buy.

Kurma mariami buy 10 free 1 RM150.00 free pos
Kurma ajwa buy 5 free 1 RM150.00 free pos

Combo mikkae healthy snack (kurma ajwa, kurma mariami, pistachios)
RM49.00 free pos.




PERLUKAH KOLEKSI BAJU YANG BANYAK?

PERLUKAH KOLEKSI BAJU YANG BANYAK?


Pagi ni che kak termenung depan almari. Tengok baju. Baju che kak tak banyak. Tak cukup nak pusing pakai untuk 1 bulan. Duk ulang pakai baju yang sama je. Baju yang kecil che kak dah bagi kat pelajar tingkatan 6. Boleh diorang pakai masa pergi kelas. Lagipun baju che kak masih elok dan baru lagi. Ada dekat 4 kotak kertas A4 la juga.

Che kak bilang baju kurung yang che kak beli dengan duit sendiri. Ada 3 pasang je. Itupun baju raya tahun lepas dan 2 tahun lepas. Sepasang lagi che kak beli untuk pakai masa ambil sijil APC dengan mantan Menteri PWKM. Itupun ada sepasang yang che kak jarang sangat pakai. Menyesal buat baju kurung moden kain lipat selisih. Susah nak bersila. Che kak suka bersila walaupun duduk atas kerusi.

Banyak baju tajaan je. Baju ‘boria’ set pejabat je. Kitorang selalu juga berpakat beli baju yang sama. Kalau ada program pejabat, boleh pakai sama. Baju batik sepasang untuk pakai majlis dan program rasmi.

Banyak juga baju suami yang belikan. Itupun dah tak boleh nak pakai lagi sebab dah kecik. Tapi che kak simpan sebagai kenangan. Ada la juga baju yang che kak jarang pakai sebab malas nak iron.

Bukan kedekut nak beli sendiri. Tapi che kak jenis rambang mata. Orang lain rambang mata akan terbeli banyak pasang. Tapi che kak pula tak terbeli langsung.

Kenapa tak simpan baju lama untuk dijadikan ‘semangat’ nak kurus balik? Dah simpan tapi tak kurus-kurus juga. Che kak bukan jenis suka simpan benda yang tak pakai.

16 tahun 2 bulan kerja makan gaji, hanya 3 pasang je baju che kak beli sendiri?

Kain tudung pun tak banyak. Sehelai kain tudung boleh matching dengan banyak pasang baju. Tak sampai 10 helai pun. Dulu che kak pakai kain tudung macam budak sekolah arab. Tapi sejak mengandung Awaatif, che kak jadi malas tahap gaban nak iron kain tudung. Jadi, che kak beli yang tak perlu iron.

Kenapa tiba-tiba cerita bab baju ni? Takde apa la. Saje nak bagitau che kak suka ulang pakai baju yang sama sebab che kak malas nak iron. Suka pakai baju yang tak perlu nak iron.





KENAPA WAJIB BAGI NAFKAH WALAUPUN TELAH BERCERAI

KENAPA WAJIB BAGI NAFKAH WALAUPUN TELAH BERCERAI


Apabila che kak melihat wajah anak-anak klien JKM, sayu je rasa hati. Simpati pada nasib mereka. Mereka bukan anak yatim. Masih mempunyai bapa. Walaupun ikatan suami isteri terputus dan terdapat gelaran bekas isteri dan bekas suami, namun tiada gelaran bekas bapa dan bekas anak. Maksudnya, hubungan anak dan bapa tidak akan terputus sampai bila-bila.

Apabila bercerai, jarang benar che kak dengar si bapa memberi nafkah kepada anak-anak. Terkontang kanting si ibu mencari rezeki untuk menyara anak-anak. Amat malang bagi si ibu sebelum bercerai hanya bergantung sepenuhnya kepada suami.

Persoalan jodoh hanya Allah saja yang tahu. Namun sebagai bapa, tanggungjawab terhadap anak tidak terhenti walaupun selepas bercerai. Tetap wajib memberi nafkah kepada anak-anak walaupun tinggal bersama dengan bekas isteri.

Hati che kak rasa pilu melihat si anak yang berusia 12 tahun yang akan menghadapi peperiksaan UPSR nanti, telah bersusah payah mencari rezeki di sekitar tempat pembuangan sampah bersama ibunya. Dah biasa sangat tak bawa duit saku ke sekolah. Dah biasa sangat menahan lapar sebab kehabisan makanan kat rumah termasuk beras.

Apabila che kak bertanyakan sama ada ayah ada bagi duit belanja dan katanya tak bagi duit belanja.

Tergamak si bapa melihat anak-anaknya bersekolah dengan tidak sempurna. Tiada baju sekolah baru, tiada buku, tiada duit saku. Bagaimana si anak nak belajar dengan sempurna sedangkan keperluan asas seperi makan minum pun tidak terjaga dengan baik.



 gambar ehsan google http://aceh.tribunnews.com


Baik si bapa yang kaya atau yang miskin, susah nak tengok si bapa memberi nafkah tanpa culas. Tak usah kalian berbangga dengan kelelakian anda, kalau kedekut nak beri nafkah anak.

Walaupun mahkamah boleh memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah anaknya jika enggan atau cuai, namun bekas isteri bukan tidak mahu membuat tuntutan nafkah tetapi malas nak buang masa dan duit untuk buat tuntutan.

Wahai kaum bapa, tahukah anda apa maksud NAFKAH? Adakah anda rasa rugi beri nafkah?  Adakah anda rasa jatuh msikin kalau bagi nafkah?

NAFKAH bermaksud keperluan asas manusia untuk hidup atau dikenali sebagai sara hidup. Tujuannya untuk meneruskan kehidupan. Keperluan asas iaitu makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan (ubat), keselamatan perlindungan dan kebajikan. Bil-bil utiliti pun termasuk dalam senarai nafkah.

Kenapa tanggungjawab memberi nafkah terletak pada bahu lelaki? Suami mempunyai tanggungjawab menanggung nafkah isteri, manakala sebagai bapa pula menanggung nafkah anak. Sekurang-kurangnya sehingga anak lelaki mencapai umur baligh atau 18 tahun dan anak perempuan sehingga berkahwin menurut mazhab Syafie dan Maliki.

Apabila anak lelaki berusia melebihi 18 tahun, sihat dan berupaya menyara diri sendiri, barulah tidak menjadi tanggungan ke atas si bapa. Tetapi sebaik-baiknya saralah anak sampai mereka dah habis belajar universiti.

Bertambah beban pada masa yang sama si ibu terpaksa menjaga anak OKU. Mana nak fikir cari duit lagi, mana nak fikir jaga anak-anak lagi, mengurus anak OKU lagi. Sekurang-kurangnya dengan adanya nafkah dari bekas suami, ringan beban si  ibu.

Apabila si bapa dah tua dan tidak mampu untuk bekerja lagi, baru terhegeh-hegeh nak cari dan mengaku anak. Apabila si anak tidak mahu membantu akibat ‘kecil hati’ dengan kelakuan si bapa, pandai pula kata anak derhaka. Walhal si bapa yang terlebih dahulu ‘derhaka’ kepada anak.

Pandai buat anak, tapi buat-buat tak pandai nak bagi nafkah anak. Bekas isteri tak sempat nak kaya pun dengan duit nafkah anak tu kalau bagi pun. Katanya JKM kan ada.... 



40 TAHUN

40 TAHUN

Alhamdulillah, esok kena renew lesen memandu. Post sini dulu sebelum g pejabat pos pagi esok.

Genap usia 40 tahun. Syukur dengan nikmat Allah sepanjang hidup atas muka bumi Allah ni. Tak terhitung rezeki dari Allah. Nikmat mana lagi yang nak didustai.




Teringat perbualan dengan rakan sekerja. Katanya che kak untung dan bertuah pada usia 40 tahun, banyak nikmat yang che kak dah dapat. Antara senarainya,

Allah bagi suami yang tahu menjalankan tanggungjawabnya.

Allah bagi anak yang sihat seramai 7 orang walaupun buku pink bertanda stiker merah sebab history pembedahan jantung masa darjah 5 (tahun 1990).

Allah bagi kerja tetap sebagai kakitangan JKM. Dapat gaji setiap bulan. Sambil jual susu kambing pada waktu lapang. Melalui kerja ni che kak rasa insaf dan sentiasa bersyukur.

Allah bagi jejak kaki ke bumi Mekah dan Madinah melalui rezeki asnaf. Tumpang rezeki orang. Tak termimpi dapat pergi ke Mekah secepat ini sebab buku tabung haji tak penuh-penuh pun. 😁

Ada kawan yang sentiasa support che kak ketika che kak down. Nampak macam takde orang nak kawan dengan che kak. Tapi masa che kak memerlukan pertolongan, Allah tetap hadirkan insan yang bernama kawan.

Ada adik beradik yang tak pernah nak berhutang dengan che kak pun satu rahmat. 😆

Ada ma yang sentiasa doakan kejayaan anak-anaknya. Ada ayah yang hebat walaupun jodoh dengan ma tak panjang.

Ada mak dan ayah mertua, adik ipar dan biras yang baik.

Ish dah lah tu. Kata nak remind untuk renew lesen memandu je.





KENAPA KITA DILARANG MENIPU?

KENAPA KITA DILARANG MENIPU?

SERONOK KE MENIPU?

Masa zaman sekolah dulu, che kak selalu dengar cerita budak yang selalu menipu orang kampung dengan mengatakan harimau makan kambing dia.

Apabila orang kampung datang nak tolong, dia gelakkan orang kampung. Kononnya padan muka kena tipu.

Banyak kali dia tipu. Orang kampung dah nasihatkan dia jangan tipu. Dia tak ambil peduli nasihat tersebut. Lagi seronok ada la.

Sehinggalah pada suatu hari, harimau betul-betul datang memunculkan dirinya. Budak tu menjerit minta tolong.

Agak-agak, orang kampung datang tolong tak?

Akhirnya, harimau kenyang makan kambing dia.

Walaupun hanya cerita rakyat, tapi ianya berkesan untuk dijadikan tauladan dan sempadan untuk che kak meniti kehidupan seharian.

Tak baik menipu. Apabila orang hilang kepercayaan, tulang kita hancur dalam kubur pun orang akan ingat sampai bila-bila kita ni kaki penipu.

Ini baru cerita budak. Sepanjang zaman cerita ni dikenang. Kalau menteri asyik nak tipu, tak tau la che kak nak tulis apa.

KENAPA PERLU MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

KENAPA PERLU MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

Menutup aurat dengan sempurna bukan bermakna wanita itu suci tanpa dosa, bukan bermakna ahli syurga.


Gambar ehsan google


Tapi atas dasar mengikut perintah Allah. Allah yang suruh.

Konsep menutup aurat bukan tertakluk kepada pemakaian kain tudung sahaja. Bukan sekadar membungkus kepala sahaja.

Menutup aurat dengan sempurna, memang susah. Nak istiqamah perkara baik memang susah. Kena kuat semangat. Hati kena kental. Kena letak Allah kat 'depan' kita.

Dosa membuka aurat, bukan sahaja kita yang tanggung. Bapa dan suami juga akan terkena tempiasnya.

Walau apa pun che kak tertarik dengan kata- kata Mufti Pahang.

 “Jika kita bertemu dengannya, jangan marah atau mempersoalkan tindakannya (membuka tudung) sebaliknya, katakanlah Allah sayang kepada orang yang tutup aurat,”
KENAPA KITA PERLU HORMAT KEPADA IBUBAPA MERTUA

KENAPA KITA PERLU HORMAT KEPADA IBUBAPA MERTUA

Apabila sebut perkataan mak mertua, kebanyakannya bagaikan ada renjatan elektrik. Sayang ke tak sayang ke, kita sebagai menantu kena sabar dan redha. Kita kena simpan dalam minda kita, dia adalah ibubapa suami kita yang perlu kita hormat.

Kalau kita sayangkan suami kita, berterima kasih la kepada ibubapanya kerana menjaga jodoh kita dengan baik. Ibarat mereka tanam, jaga, baja dan siram pokok, dan hasilnya kita yang dapat  manfaat.

Che kak bukanlah menantu yang baik dan tak pandai pun nak ambil hati mertua. 

Apa yang akan che kak lakukan kalau mak mertua datang ke rumah?

Mak mertua che kak suka masak. Cucu-cucunya suka request makanan. Che kak akan setia berada di dapur  walaupun tak tolong masak. Tukang tolong tunjuk kat mana garam, kat mana belacan, kat mana asam jawa, kat mana ubi kentang, kat mana senduk. Sampai la mak mertua siap masak. 

Che kak akan makan apa yang mak mertua masak. Sedap tak sedap lain cerita. Yang penting dia suka tengok kalau anak cucu makan apa yang dia masak.

Kalau mak mertua lepak kat ruang tamu, che kak pun sama lepak juga walaupun che kak tak pandai nak berbual-bual dengan mertua. Tukang dengar aje sambil kunyah keropok goreng. 

Apabila mak mertua dah tidur, baru che kak masuk tidur. 

Jangan la sesekali kita biarkan dia. Orang tua mudah kecil hati kalau nampak macam kita tak suka dia datang rumah kita.

Simpan la sikit rasa tak suka tu. Lagipun bukannya lama dia datang ke rumah kita. Raikanlah dia seketika.

Kalau mertua tak sayang kat kita pun, redha je la. Cinta dan kasih sayang tak boleh dipaksa.
HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com