October 2023 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: October 2023
LAFAZ NIKAH SAH?

LAFAZ NIKAH SAH?

 Belum terlambat nak ucapkan tahniah kepada pelakon  pi mai pi mai tang tu. Dulu memang tengok sokmo rancangan tv ni. 


Tak sangka pula ada pertikaian berkaitan 'sah'.


Che kak tak berniat nak ulas mengenai akad nikah berkenaan sebab dah diulas oleh pakar agama.


Walaupun kita ni kurang bab agama, tapi tidak la sejahil itu sehingga  membuat tuduhan dan fitnah yang sangat berat itu.


Sebenarnya che kak teringat majlis perkahwinan che kak je ni.


Semasa pengantin lelaki lafaz akad nikah di masjid, che kak berada di rumah.


Sampai sekarang che kak tak tahu macamana suasana akad nikah sebab video pun takde nak tengok. 


Dah la che kak ni orang jenis visual. Kena tengok dengan mata sendiri baru percaya. Haha.


Lepas akad nikah, suami pun datang rumah. Terus dia tegur "merohnyo lecu". Che kak pun cepat-cepat sapu sebab malu. Haha. Dah la tu makan sorang-sorang je kat bawah khemah tak ajak kiter. Haha.


Percaya tak percaya pun, kena yakin la dah sah jadi isteri dan bukan lagi berada di alam mimpi. 



Kadang-kadang wat gurau bewok juga dengan suami, "abang sebut nama saya ko masa akad nikoh". 


Oleh sebab che kak dah sain borang yang dihulurkan oleh tok kadi dan ada buku/ surat perakuan nikah Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 (Seksyen 24) ada nama kami berdua, wali, saksi dan jurunikah maka che kak pun kena yakin la. 


Alhamdulillah, semoga Allah panjangkan jodoh kami dan menjadi kunci ke syurga.

SABUN HOMEMADE DARI MINYAK MASAK TERPAKAI MENYELAMATKAN ALAM SEKITAR

SABUN HOMEMADE DARI MINYAK MASAK TERPAKAI MENYELAMATKAN ALAM SEKITAR

 Geram pulak tengok minyak masak. Timbang dapat 1kg. Apalagi, kita proses dia jadi sabun. 



Selamat alam sekitar longkang rumah che kak.😆


Macam-macam buleh buat dengan sabun ni. 



Setakat ni dapat maklumbalas yang positif dari kawan ofis. Alhamdulillah.


Tapi belum ada lagi keinginan untuk jual sebab tak tahu mood kerajinan tu level mana lagi😂.


Maaf la kalau che kak tak dapat bagi resepi sebab jaga amanah founder kelas online sabun homemade. 


ANAK SULUNG KUAT SEMANGAT

ANAK SULUNG KUAT SEMANGAT

 Ini anak sulung che kak. Dah besar dah. Kalau jodoh cepat bakal jadi suami orang. Kalau jodoh lambat lagi, sempat merasa lagi kita nak membebel rambut penyapu dia tu.


Walaupun dari dalam kandungan lagi terpaksa melalui cabaran, namun ianya hanyalah proses hidup yang perlu dilalui.


Dalam kandungan lagi anak sulung che kak kuat. Kami duk sorang-sorang kat KL tanpa keluarga.



Merasa juga la sebulan duk dalam wad HUSM sebab anemia sebelum bersalin. Terima kasih kepada penderma darah. Banyak pula tu. 2 beg darah saper tau duk mengalir dalam tubuh kami.


Dah bersalin, kami terpaksa melalui episod pjj. Tak merasa nak jaga baby dengan air tangan kita sendiri.


Alhamdulillah, Allah bagi juga melihat anak sulung depan mata sepanjang zaman kanak-kanak dan remaja. Sentiasa cemerlang dalam peperiksaan.  Tumpang bangga juga la dengan kejayaannya walaupun che kak takde pun tolong ajar.


Saat-saat menghadapi exam SPM, dah kena lalui ujian patah tangan. Che kak panggil tangan lima ribu.


Namun berkat sabar dan doa semua berjaya juga dapat 9A walaupun jawab paper exam dengan tangan kiri. Rezeki dari Allah jua.


Che kak bagitau, itulah kenangan manis yang perlu kita kenangkan dalam hidup kita. 


Banyak lagi la kalau nak cerita ujian-ujian hidup yang dia dah lalui.


Dah tiba masa lepaskan dia pilih jalan hidupnya sendiri. Kita hanya guide dia sahaja supaya jalan yang dia pilih itu tidak terbabas dari landasan agama.


Biarlah dia kejar cita-cita dan impian dia dahulu.


Insya Allah, che kak takkan membebankan dia selagi kami sebagai ibubapa ni hidup.


Walaupun anak sulung, wajarkah kita bebankan mereka dengan tanggungjawab untuk menyediakan semua keperluan keluarga sebagaimana kisah yang berlaku kepada artis yang viral pada masa ini?


Kita pun pernah berkecil hati dengan anak. Tapi wajarkah kita mendoakan dan tidak redha kepada anak yang telah bersusah payah dengan kita juga?


Mereka tak minta pun dilahirkan jadi anak kita. Baik dia minta dengan Allah nak jadi anak sultan terkaya di dunia.


Wajarkah  jadikan veto kita sebagai ibu,  terus jatuh hukum anak sebagai anak derhaka? Sedangkan hati mereka dah sarat dengan beban ujian.


Insya Allah berkat doa kita sebagai ibu, anak-anak kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah dan sentiasa akan kirim doa kepada kita semasa hidup dan mati.

BAGAIMANA CARA UNTUK ISTIQAMAH MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

BAGAIMANA CARA UNTUK ISTIQAMAH MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

Throwback. Masa che kak masih belajar di UPM dulu, che kak terdengar perbualan antara ibu dan anak.


Si anak bertanya kenapa semalam takpe tak pakai tudung, hari ni kena pakai tudung pulak?


Si ibu pun menjawab. Semalam kita tengok konsert hari ni kita tengok nasyid.


Terkedu bila dengar jawapan si ibu. 


Walaupun si anak belum lagi menanggung dosa pahala menutup aurat,namun jawapan si ibu akan menyebabkan si anak keliru.


Habis tu, macamana nak istiqamah menutup aurat dengan sempurna?



Che kak tak bermaksud nak mengajar atau berceramah sebab che kak bukan ustazah. Sekadar berkongsi apa yang kita tahu.


Pertama sekali, letak Allah di depan kita. Maksudnya, kita kena turut apa yang Allah perintahkan dan patuhi larangan Allah.


Tanamkan rasa takut pada azab Allah dan semaikan rasa cinta dan inginkan syurga  Allah. Cari keredhaan Allah.


Apa yang Allah suruh dan larang ni, pasti ada hikmah. 


Walaupun suami izinkan buka aurat, namun itu bukanlah alasan boleh menyelamatkan diri dari patuh hukum Allah.


Kita tutup aurat bukan sebab kita baik. Tapi kita cuba menjadi hamba Allah yang baik.


Kedua, belajar dan sentiasalah belajar untuk meningkatkan lagi rasa taqwa dan tawadduk kita pada Allah. Tak sempat nak pergi kelas-kelas agama, follow aje media sosial ustaz. Sekarang ni mudah sangat nak dengar ceramah hanya di hujung jari.


Penceramah pun, kalau nak ceramah atau membuat teguran, elakkan la mention nama artis yang buka tudung. Janganlah aibkan mereka walaupun terang-terangan depa buka tudung.


Sampaikan sahaja ilmu agama berkaitan hukum hakam agama secara umum. 


Kita pun tak payah la share gambar dan kutuk mereka. 


Buat suami, sokonglah isteri agar istiqamah berhijab. Sayang tau kecantikan isteri kita ditayang kepada lelaki lain. Biarlah kecantikan isteri, suami yang nikmati. 


Hidup di dunia ni hanya sementara sahaja. Atas dunia ni hanyalah jambatan untuk kita kutip bekalan  akhirat yang kekal abadi.


Kenapa bila ada yang meninggal dunia, baru sibuk ahli keluarga, sahabat handai melarang kita share gambar yang tidak menutup aurat?

RINDU YANG TIADA PENGHUJUNGNYA

RINDU YANG TIADA PENGHUJUNGNYA

Alhamdulillah selamat sampai kat loqstaq. Hantar biras dan anak saudara sambil melawat Abang Ahyad. 


Ya Allah, sebaknya rasa sebaik sahaja tengok rumah.  Rasa pilu sungguh. Sunyi sungguh rasa. Hari ni genap seminggu arwah meninggalkan kami semua. Orang kata rindu yang tiada penghujungnya. 


Tadi singgah beli pisang goreng dan keropok kat mana ntah. Lupa dah nama tempat tu.


Orang Kedah memang peramah sangat la. Segan pula rasanya sebab che kak ni introvert. Tapi cuba juga la sama-sama jadi peramah. 


Sempat juga la beli sebotol sos cili hasil produk keluaran kilang di  Pokok Sena. Kebetulan ada van yang bawa produk sos tu. Katanya takde lagi kat Kelantan. 



Pada awalnya depa nak bagi free je tapi che kak bayar juga sebab tu depa punya  usaha cari pendapatan. Harga 2 ringgit 2 kupang. Jap agi kita try.

KEMATIAN HUSNUL KHATIMAH

KEMATIAN HUSNUL KHATIMAH

Che kak baru je install akaun tik tok. Belum tengok lagi apa yang ada dalam tik tok. Sekadar jenguk-jenguk tik tok shop je dulu. Jenguk-jenguk pun sempat juga sambar buku 114 surah, maggi korea dan jubah sehelai.


Hari ni baru berkelapangan nak jenguk tik tok arwah abe ngoh@walid. Allahu rabbi. Semoga pahala berpanjangan buatmu atas perkongsian ilmu yang bermanfaat.



Sejujurnya kami tak pernah lagi merasa kehilangan ahli keluarga terdekat secara tiba-tiba. Arwah sebaya che kak. 


Sebab itu masa dapat khabar berita, che kak tak dapat nak teruskan kerja-kerja che kak pada masa itu. Syukur sangat ada kawan-kawan yang tolong take over .


Che kak hanya kakak ipar pun terasa sangat kehilangan arwah. Apatah lagi umi, papa, adik beradik, isteri dan anak-anak arwah. Lagi la depa terasa dan bagaikan tak percaya arwah pergi tanpa tanda-tanda sakit.


Kita selalu je dengar tentang kematian husnul khatimah. Kami sangat cemburu dengan cara kematian arwah. 


Mati itu pasti. Tapi bagaimana cara kita mati, itu bergantung kepada amalan kita di dunia.


Tiada apa yang kita bawa melainkan hanya kain kapan dan amalan-amalan yang kita kumpul semasa hidup.


Arwah abe ngoh sangat baik dengan umi dan papanya. Bahkan che kak tak pernah dengar arwah meninggikan suara walaupun dalam keadaan bergurau sekalipun.


Berbakti kepada ibubapa dengan caranya sendiri. Walaupun tanpa harta, namun uminya sangat menyayangi arwah. Tak silap che kak, setiap hari tanpa gagal, arwah pasti bertanya khabar umi dan papanya.


Saat kematiannya juga, arwah sedang membantu umi dan papanya membersihkan rumah. Setiap kali arwah balik kampung, itulah yang dilakukan.


Che kak tak pernah lihat arwah meninggikan suara kepada isterinya. Tutur katanya sangat lembut. Sementelah pula isteri arwah juga seorang yang lembut tutur bicara.


5 hari kami berada di rumah arwah di Kedah pada minggu lepas sangat manis dan indah untuk dikenang. Syukur sangat-sangat Allah bagi peluang kami menghabiskan masa bersama-sama.


Rezeki ahli keluarga dapat melihat jenazah buat kali terakhir walaupun kami tak berniat nak tangguh urusan pengkebumian jenazah. Ya Allah, putih sungguh. Jenazah juga dikebumikan pada malam Jumaat. 


Petang semalam che kak tersasul juga, "umi toksir sipe ko wat kenange". Umi terus menangis. "Kenange abe ngoh ado dale hati umi". Che kak tak tahu nak cakap apa dah. Tak reti nak pujuk. 


Banyak lagi nak cerita kebaikan arwah abe ngoh. Tapi tulah rasa macam kena tampar. Masa arwah ada, che kak tak berapa peduli pun tentang arwah. Bila takde, sibuk nak terasa kehilangannya. 


Damailah abe ngoh@walid di sana. Kami juga akan ke sana suatu hari nanti.

DAMAILAH KAMU DI SANA WAHAI WALID

DAMAILAH KAMU DI SANA WAHAI WALID

 Apabila terpandang wajah anak-anak yatim dan balu si arwah, Ya Allah rasa bersalah sangat. Banyaknya dosa che kak pada arwah walid mereka.


Baru terasa manisnya kenangan pergi ke Kedah minggu lepas. 5 hari berada bersama arwah meninggalkan seribu kenangan yang tak mungkin che kak lupakan sepanjang hayat.


Syukur sangat Allah bagi peluang untuk kami habiskan masa bersama-sama semasa di Kedah.


Ya Allah, kurniakanlah taman-taman syurga kepada arwah walid. 


Masih sukar lagi untuk terima kenyataan secepat ini walid dipanggil Allah. Semoga anak-anak, isteri, umi papa tabah terima ujian ini.




MINGGU YANG SIBUK DENGAN BERKURSUS

MINGGU YANG SIBUK DENGAN BERKURSUS

 

Hari ini (20.9.2023) berkesempatan hadir kursus berkaitan keselamatan jabatan. Hari ni juga clash dengan kursus lain yang sepatutnya kena hadir juga.

Tapi jauh nun sorang-sorang nak pergi memang idok ler. Setakat Putrajaya che kak boleh pergi lagi dengan bas. Bila kursus di negeri yang che kak tak biasa, mana la che kak tak reti nak pi sorang-sorang.

Silap haribulan che kak pula yang jadi kes terdampar dan gelandangan di negeri itu.

Bukanlah bermaksud nak demand. Tapi tulah, selagi kita boleh usaha pergi sendiri kita ikhtiar juga. Tapi bila diluar kemampuan kita, memang terpaksa tolak.

Petang tadi ada juga taklimat berkaitan dengan program hari Sabtu dan Ahad ni. Tak dapat juga nak join dengar.

Habis je kursus terus call member tanya berkaitan taklimat tadi.

Berbalik kepada kursus hari ini, belek punya belek gallery album, eh mana gambar-gambar yang che kak snap tadi.

Ada yang ni je. Haha.




KENAPA PILIH BELAJAR DI ALBUKHARY INTERNATIONAL UNIVERSITY

KENAPA PILIH BELAJAR DI ALBUKHARY INTERNATIONAL UNIVERSITY

Hari ni selamat dah Abang Ahyad jadi student Albukhary International University. 



Walaupun kita sebagai mak ni lebih suka abang Ahyad belajar di UiTM Machang, namun kita hormati pilihannya  sendiri.


Perancangan Allah sebaik-baiknya. Kita hanya mampu merancang. 


Seronok juga bila masuk kat AIU ni. Tenang je. Pandai-pandai la abang Ahyad jaga diri. 








Nanti abang Ahyad balik cuti semester, jenuh la umi dengar abang ahyad kecek Afghanistan, Afrika, dan macam-macam bahasa la.


Ambil la peluang belajar pelbagai bahasa. Tak rugi belajar.















Nanti free la che kak citer panjang lagi. Nak gi Tanjung Dawai jap.




HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com