2019 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: 2019
APAKAH PERANAN JKM DAN TANGGUNGJAWAB MANGSA BENCANA BANJIR

APAKAH PERANAN JKM DAN TANGGUNGJAWAB MANGSA BENCANA BANJIR


Bulan Disember adalah bulan cuti dibekukan 😂😂.

Cuti dibekukan kerana persediaan untuk menghadapi bencana banjir. Apabila PKOB dibuka, maka sepantas kilat kami warga JKM kena bertugas bersama agensi dan pasukan penyelamat.

Jom la kita tahu serba sedikit apakah  peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam pengurusan bencana sepertimana Arahan MKN No. 20.



1. Menyedia dan menyelenggarakan pusat-pusat pemindahan mangsa bencana. 



2. Menyediakan dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan asas kepada mangsa bencana.




3. Menjalankan pendaftaran mangsa bencana bagi maksud pemulihan. 



4. Memberi bimbingan, nasihat/kaunseling kepada mangsa bencana.



Selain itu, JKM juga berperanan menggerak sukarelawan bagi membantu JKM. 



Kaunselor  juga akan merancang dan melaksanakan aktiviti untuk mangsa bencana.





Walaupun JKM sentiasa bersiap siaga menghadapi bencana banjir, namun mangsa perlu juga bersiap sedia terutama mangsa yang dah biasa hadapi banjir.

Tanggungjawab mangsa bencana banjir:

1. Pastikan dokumen pengenalan diri sendiri dan ahli keluarga di bawa bersama. 



2. Tutup suis dan cabut plag peralatan elektik. Utamakan keselamatan.



3. Dengar arahan pasukan penyelamat. Kalau diarahkan berpindah, kena pindah juga. Walaupun kita dah biasa hadapi banjir, namun kita tak dapat jangkakan apa jua musibah. 



4. Daftar di pusat pemindahan sementara (PPS). Sekiranya kita tak bercadang nak bermalam di PPS dan lebih selesa berada di rumah saudara atau hotel, tak perlu nak paksa staf JKM daftar nama kita sebagai mangsa banjir di PPS.



Tujuan JKM daftar mangsa di PPS adalah untuk mendapatkan statistik bagi menyediakan makan minum dan keperluan asas seperti tikar, khemah dan lain-lain. 




Jangan sesekali mind set nak daftar sebagai mangsa berpindah di PPS sebab nak dapatkan duit ehsan. 

5. Apabila berada di PPS, jaga kebersihan dan keselamatan ahli keluarga. Jangan buang sampah seperti pampers dan tuala wanita ke dalam tandas. Sila buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. 



6. Sila makan ikut waktu dan tempat yang disediakan. Bersyukur dengan makanan yang disediakan. Berterima kasih kepada tukang masak dan petugas kerana ada di kalangan mereka membantu secara sukarela. 



7. Jangan rosakkan dan mencuri harta yang ada di PPS. 

8. Sekiranya berkeperluan untuk keluar dari PPS atas sebab nak pergi kerja, klinik atau kedai, sila maklum kepada petugas. 



9. Jangan pulang ke rumah selagi tidak dibenarkan pulang. 

10. Sekiranya ada masalah atau pertanyaan, sila maklum kepada petugas. 


SALAHKAH HIBURAN

SALAHKAH HIBURAN

"Kak Za, saya minta maaf sebab pasang lagu".

Aloh lah. Jangan la gitu dik. Malu che kak. Jangan la menilai dan anggap che kak bagaikan wanita solehah terakhir atas muka bumi ni.

Che kak manusia biasa yang juga sukakan hiburan. Che kak juga suka dengar dan nyanyi lagu sorang-sorang walaupun suara sumbang yak amat. Che kak layan juga lagu rock dan rap hip hop. Pasang radio kuat2 dalam kereta, haaa layan la sorang2. Lepas tu, kalau ambulan lalu, haaa faham la sendiri.

Hiburan tak salah, dik. Kita kena tahu apa yang boleh dan tidak boleh. Kalau layan hiburan sampai dah tertinggal solat atau melewatkan solat, itu yang salah. Salah mandatori lagi. 

Minat kat artis, jangan sampai hilang malu seorang wanita. Contohnya sampai berpeluk2 dan menjerit2 histeria apabila tengok artis kesukaan kita. Jangan la sampai terlompat2 bagaikan kera kena sambal belacan. Cukup je setakat kita minat lagu2 dan keperibadian artis yang boleh dijadikan contoh dan tauladan. 

Apabila mak dan ayah panggil kita, kenalah menyahut panggilan mak dan ayah dengan sopan. Janganlah tak dilayan atau marah sebab kononnya ganggu kita tengah feeling layan K-Pop.

Apabila kita nak pergi tengok artis kita menyanyi, jangan la berdua-duaan dengan lelaki yang akan menyebabkan nafsu tercas. 

Apabila kita takde duit nak beli tiket konsert atau CD, jangan la dipaksa mak ayah bagi duit walhal kita tahu mak ayah bukan orang kaya.  Jangan sesekali ye dik menganiayai mak dan ayah.

Siang malam duk jamming. Jiran2 kita yang ada anak kecil, orang tua, orang sakit, orang penat baru balik kerja, sakit hati dengar kita melalak bagaikan nak pecah rumah. Kalau dah berbakat, pergi la kat mana2 studio. Kau jamming la sepuas-puasnya.




ABANG AIMAN DAN PT3 2019

ABANG AIMAN DAN PT3 2019

Alhamdulillah, Abang Aiman telah buktikan bahawa tetap boleh cemerlang dalam peperiksaaan PT3 walaupun hanya bersekolah agama arab biasa sahaja. 

Semoga kejayaan ini menjadi contoh kepada adik2. Teringat masa Abang Aiman frust giler sebab umi dan abi tak bagi abang Aiman belajar sekolah sains Pengkalan Chepa. Dia punya frust dan kecil hati sampai cakap menyesal dapat 5A UPSR. (Itupun abe Aulia' yang report kat umi😂😂). Pujuk juga suh belajar sekolah arab kat rumah je.

Walaupun frust, namun akhirnya Abang Aiman berjaya mencipta keseronokkan dan kejayaan demi kejayaan kat sekolah arab kampung je. Peluang tetap ada untukmu. 

Terima kasih abang Aiman kerana laksanakan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar. Terima kasih kepada guru2 Sek Men Agama Taqaddumil Ilmi atas sokongan, dorongan dan ilmu yang dicurahkan. 

Umi dan abi nak tengok abang Aiman dan anak2 yang lain membesar depan mata, kerana masa kita bersama hanya sekejap sahaja. Cukuplah selama 4 tahun umi terlepas menyaksikan saat2 Abang Aiman dan Abang Ahyad membesar depan mata umi. 

 #PT32019


              
SALAHKAH BERBAHASA INGGERIS?

SALAHKAH BERBAHASA INGGERIS?


Kenapa perlu sindir dan marah pada Maya Karin mengenai isu Bahasa Inggeris. Che kak tak nak komen siapa  yang betul atau siapa yang salah. Terpulang pada pandangan masing-masing.

Che kak cuba bawa kisah diri che kak sebagai seorang budak sekolah. Budak sekolah yang tidak pandai berbahasa inggeris akibat kesilapan yang entah siapa yang patut disalahkan selain diri sendiri.

Zaman che kak sekolah rendah dulu, che kak masih ingat lagi  setiap hari Rabu adalah hari berbahasa inggeris. Wajib speaking walau apa jua situasi.

Pada suatu hari, che kak nak beli pensel di koperasi sekolah. Haderrr berdebar wakkk nak speaking. Malu, segan, takut kena marah. Risau kena ejek.

“I want to buy a pencil’.

Maka che kak dapat la beli sebatang pencil selepas kena paksa dengan guru koperasi. Haha. Lawak betul. Bangga tahap gaban wakkk. Hilang rasa gemuruh nak speaking. Balik dari sekolah, excited cerita kat ma dan ayah. Gayanya macam anak dia pandai speaking dan masuk pertandingan syarahan bahasa inggeris.

Nak speaking ‘london’ ni memang jiwa kena kuat. Kena kental. Kena usaha berlatih bercakap walaupun kita sekadar nak minta nasi dengan mak kita. Kena latih dari anak masih kecil lagi. Kalau dah jadi kanak-kanak purba macam che kak ni, hanya keajaiban je la mampu ubah mulut kita untuk pandai berbahasa.

Semasa berada di Tingkatan Peralihan, che kak duduk di belakang sekali. Che kak tak leh fokus kalau duk kat belakang. Style che kak belajar ialah fokus dalam kelas 300%. Kalau duk belakang, che kak akan hilang tumpuan.

Che kak tak boleh nak belajar dengan cara baca buku tanpa ada guru. Kalau baca buku, ibarat che kak tengok buku zaman kuno dalam tulisan Mesir kuno. Tengok saja je tak faham apa kebenda isi dalam buku.  Che kak kena dengar dan lihat sesuatu ilmu melalui guru.

Dari tingkatan 1 hingga 4, che kak bersekolah di sekolah bawah kelolaan YIK. Guru bahasa inggeris memang jarang kekal mengajar dalam tempoh yang lama. Kadang kala tiada pengganti dalam tempoh yang lama juga.

Ayah che kak beli buku latihan bahasa inggeris keluaran Maktab Adabi Gaya Pos. Ayah che kak juga beli kaset komunikasi bahasa inggeris yang berharga ratusan ringgit. Tapi,  che kak malas nak belajar dengan cara macam tu.

Cara che kak nak belajar mesti ada juga guru yang mengajar, rakan yang sporting dan persekitaran yang mengutamakan berkomunikasi dalam bahasa inggeris.

Che kak pernah cabar diri dengan masuk pertandingan bercerita dalam bahasa inggeris. Tahu tak che kak dapat nombor berapa? Nombor 4 daripada 4 peserta. Hahahaha. Okey la kan daripada tak cuba langsung.

Apabila kita tak pernah berkomunikasi bahasa inggeris, maka tiada lagi keyakinan untuk speaking. Maka che kak meneruskan hidup dengan tiada keyakinan dan kepandaian dalam berbahasa inggeris.

Terasa sangat rugi apabila che kak tidak pandai berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Apabila berada di alam pekerjaan, che kak terasa sangat betapa pentingnya kena pandai berbahasa inggeris.

Semasa che kak bekerja di JKMWPKL, che kak selalu kena jumpa dengan mat salleh warga Mexico la, Amerika la, Australia la. Selalu je kena bawa member jadi tukang translate.  Ruginyaaaa…

Tak jatuh maruah bangsa dan agama apabila kita pandai speaking. Malahan orang asing akan tabik spring kat kita kalau kita mampu berkomunikasi selain dari bahasa ibunda kita.

Semasa che kak aktif jual nasi kerabu express, che kak selalu je dapat order dari luar negara. Apabila dapat pm wasap dan fb dalam bahasa inggeris, che kak usaha juga balas dalam bahasa inggeris. Hasilnya, nasi kerabu express che kak sampai ke USA.

#Teringat cerita mendiang Sri Devi dalam filem English Vinglish.

#pelikbinajaibapabilabergaduhautomatikspeakinglondon

REVIEW KRIM SEKAPUR LIMAU

REVIEW KRIM SEKAPUR LIMAU

Selain daripada minyak gamat, krim berasaskan halia wajib ada dalam simpanan ubatan.

Che kak suka krim@losyen halia yang kurang panas, sejuk berangin dan tidak melekit. 

Che kak dah jatuh hati pada krim mesra bajet, iaitu....... 

Krim sekapur limau 100 ml amat berpatutan. RM20.00 sahaja. 




Letak dalam handbag pun senang. Botol krim sekapur limau kecil molek dan senang di bawa ke mana-mana sahaja.

Apabila sakit perut seperti senggugut, sebu, kembung dan rasa berangin je dalam perut, cepat-cepat che kak sapu krim sekapur limau.

Kalau sapu sebelum tidur, keesokkannya angin keluar bagaikan bom atom. Haha. Lega wakkk.

Apabila che kak rasa lenguh betis, tumit dan kaki, che kak sapu krim ni juga. Maklum la. Krim serbaguna. Lega je rasa lepas sapu. 

Kerja che kak ni, selalu je membuatkan rasa sakit kepala. Mana la tak sakit kepala. Duk mengadap komputer dari pagi sampai ke petang. Hadap fail yang bertimbun.

Apa lagi. Sapu krim sekapur limau la cepat-cepat. Sapu kat bahu dan leher sambil urut-urut sikit. Sapu kat kepala. Kalau che abang tolong urutkan, lagi la rasa lega.

Selain untuk hilangkan angin dalam badan, ada juga kawan che kak sapu kat jerawat yang sempat menyinggah masa period.


Eh cepat kecut tau. Tak sangka berguna juga krim ni. Setakat ni che kak tak sapu lagi sebab asyik lupa je nak sapu.

Kastemer che kak ada juga try sapu kat bisul. Katanya cepat juga  kecut bisul. Mungkin la kot sebab krim ni kan ada kapur sireh. Petua orang tua-tua kan suruh sapu kapur kat bisul. Ye tak?

Che kak tahu ada juga ibu-ibu yang baru lepas bersalin, takde masa nak sapu kapur campur limau kat perut. Petua untuk kempiskan perut. Termasuk la che kak yang sangat malas nak buat semua tu. 

Boleh jadikan krim sekapur limau ni sebagai alternatif untuk sapu kat perut sebelum bengkung. Kalau rajin amalkan, boleh kempis perut.

Tapi, kalau makan tak ingat dunia, sapu la 100 botol pun memang tak de hasilnya nak kempis perut tu hah.

Krim sekapur limau mengandungi KAYU PUTIH, HALIA, HERBA SUSU NABI, AIR MAWAR, VITAMIN A & C dan SERAI WANGI yang menjadikan ia adalah KRIM SERBAGUNA yang begitu UNIK.

PERCAYALAH!! KRIM SEKAPUR LIMAU mengandungi beribu manfaat kepada si pemakainya.

Cukup la dulu setakat ni review krim sekapur limau. 

TOLERANSI

TOLERANSI

Che kak pernah mengikuti kursus motivasi dan teknik belajar cemerlang untuk pelajar tingkatan 5 di bandar Sibu tahun 1997. Tak silap che kak, anjuran KEMAS Bahagian Sibu.

Walaupun pelajar bercampur daripada pelbagai sekolah sekitar bandar Sibu, che kak tak terasa disisihkan. 

Itulah kali pertama che kak join program yang ada pelajar muslim dan non muslim.

Waktu makan, kami sama-sama baca doa. Mula-mula wakil orang Islam baca doa makan. Lepas tu, wakil dari pelajar Kristian baca doa pula. Lepas tu, kami makan bersama-sama. 

Che kak seronok sangat dapat kawan baru.

Pada suatu hari, che kak berdiri sebab takde tempat duduk. Bukan takde kerusi. Ada 1 kerusi kosong, tapi sebelahnya ada pelajar lelaki Iban. Bukan che kak sombong, tapi segan yak amat.

Ada seorang pelajar perempuan Iban kristian, dia bangun dan suruh che kak duduk kat tempatnya. Tak sangka dia sangat memahami perasaan che kak.

Walaupun kita berbeza agama dan bangsa, namun kita perlu saling hormat menghormati antara satu sama lain. Hormat budaya dan agama lain, bukan bermakna kita ketepikan agama kita.
APAKAH PERBEZAAN ANTARA KERJA KEBAJIKAN DAN KERJA SOSIAL

APAKAH PERBEZAAN ANTARA KERJA KEBAJIKAN DAN KERJA SOSIAL

Hari ini che kak berkesempatan mendengar taklimat mengenai Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial.

Semoga RUU PKS berjaya diwartakan sebagaimana profesion lain yang ada akta tersendiri seperti bidang perubatan, kaunselor, farmasi, jurutera dan lain-lain. Bahkan ada beberapa negara yang dah wartakan akta kerja sosial.

Che kak bukan nak kupas mengenai RUU tersebut. Serahkan sahaja pada pakar untuk fikir dan laksanakan supaya menjadi kenyataan. Orang macam che kak tak perlu "pecah kepala" duk mikir. Banyak lagi kerja hakiki yang kena buat.

Che kak nak bagitau kerja sosial sangat berbeza dengan kerja kebajikan. 

Contoh kerja kebajikan, kita telah belikan sekampit beras, sekilo gula, teh, kopi dan minyak masak untuk  disedekahkan pada asnaf. 

Selepas sedekah, kita dah rasa lega sangat kerana dah bantu asnaf. Ops sambil selfie dan postkan dalam media sosial hashtagdonebantuorangmiskin. Lepas tu kita balik ke negeri asal kita.

Bagaimanakah yang dikatakan kerja sosial?

Kenapa tak sama dengan kerja kebajikan?



Apabila kita telah kenalpasti semua masalah dan keperluan asnaf tersebut, maka kita akan bantu dia dengan sumber-sumber yang ada. 

Kita perlu temubual asnaf sendiri, ahli keluarga, jiran dan pemimpin tempatan seperti ketua kampung bagi mendapatkan maklumat dan fakta yang sebenar. 

Jangan sesekali buat tafsiran dan pandangan berdasarkan "saya rasa" tanpa melihat sendiri.

Che kak nyatakan contoh kerja-kerja sosial yang boleh kita lakukan.

Contoh:

1. Bantu dapatkan bantuan bulanan daripada jabatan yang menawarkan bantuan bulanan seperti JKM atau jabatan agama. 

2. Sekiranya asnaf memerlukan tempat tinggal, rujuk ke agensi seperti penggawa, baitulmal, DO atau ADUN. Semak sama ada agensi ada memberi bantuan rumah, sewa rumah atau baiki rumah.

3. Contoh yang lain, che kak pernah rujuk ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk permohonan tandas semasa melawat kes bantuan di mana rumah kediaman asnaf tiada tandas yang sempurna.

4. Selain daripada melihat keperluan diri asnaf, kita kena lihat ahli keluarga yang tinggal bersama seperti suami/isteri, anak-anak, ibubapa dan lain-lain.

5. Adakah anak-anak bersekolah dengan sempurna? Bincang dengan pihak sekolah.  Sekiranya tidak bersekolah, bantu anak-anak supaya dapat bersekolah iaitu dengan rujuk ke PPD. 

6. Sekiranya mempunyai anak OKU, bantu dapatkan haknya sebagai OKU.  Contoh daftarkan kad OKU. JKM ada menawarkan perkhidmatan pusat pemulihan dalam komuniti. Sila google apa itu PDK. JKM juga ada pusat latihan untuk OKU Fizikal yang terletak di Bangi.

7. Sekiranya asnaf ada anak remaja dan dewasa yang tidak bersekolah atau bekerja, cuba dapatkan tempat di pusat latihan kemahiran seperti Giat MARA, MAIK, Institut Latihan FAMA dan pelbagai pusat latihan kemahiran. Apabila ada kemahiran, maka anak-anak remaja ini dapat menjana pendapatan dengan ilmu kemahirannya. Ataupun melalui job matching dengan Jabatan Tenaga Kerja.

8. Sekiranya asnaf atau ahli keluarga pandai dan minat berniaga, rujuk ke agensi yang menawarkan modal perniagaan percuma seperti MAIK, FAMA, pejabat pertanian dan lain-lain lagi. 

9. Walau apa jua yang kita lakukan, tetapi asnaf masih tidak mahu dan tiada keinginan untuk berubah ke arah positif, rujuk ke Kaunselor berdaftar. Kasi semangat sikit. Kaunselor ada ilmu bagaimana nak ubah minda seseorang. Mereka belajar ilmu kaunseling dan psikologi. Elakkan dengan cara dapatkan nasihat netizen dalam media sosial.

10. Sekiranya kita dapati rumah asnaf sangat kotor, tidak terurus dan dhaif atau kita ingin membina rumah secara gotong royong, maka kita boleh dapatkan kerjasama secara NBOS. Sila tanya makcik google apa itu NBOS.

Ini adalah antara contoh-contoh kerja sosial yang boleh kita lakukan  bagi memastikan kehidupan asnaf benar-benar terbela. 

Kita perlu dapatkan maklumat agensi atau badan bukan kerajaan bagi menyalurkan bantuan dan perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan asnaf.




RAGAM DI KAUNTER

RAGAM DI KAUNTER

Memang betul petugas kaunter kena sabar, sentiasa senyum dan berbudi bahasa apabila layan pelanggan yang berurusan di kaunter.

Macam-macam ragam pelanggan. Semua kena layan secara berhemah dan profesional. Orang mental pun kita layan. 

Walaupun "costumer is always right" , tapi che kak nak tegur juga pelanggan yang bersikap tidak wajar. 

Petugas kaunter juga adalah manusia biasa. Mereka juga ada hati dan perasaan. Kasihanilah mereka nak hadap macam-macam karenah pelanggan. 

Apabila che kak berurusan di kaunter pejabat lain, che kak jaga tatasusila che kak sebagai pelanggan. Malu kokram weiii kalau wat perangai kepala batu kita kat pejabat orang. 

Sekiranya kita nak bertanyakan sesuatu untuk merungkai kemusykilan kita, cuba tanya elok-elok. Jangan tanya dengan nada sindir. Jangan tanya macam nak bergaduh. 

Jangan tanya awal-awal lagi kalau tak nak buka pintu hati terima penerangan petugas kaunter. 

Apabila petugas kaunter memberi penerangan, cuba dengar dengan berlapang dada. Jangan rasa kita je yang betul. 

Teringat satu peristiwa che kak dengan seorang pelanggan. Sampai je kat kaunter, ayat pertama yang keluar, "Bakpo duit bantuan tak masuk lagi?" 

Apabila cek sistem, duit bantuan dah dikreditkan ke akaun pelanggan pada tarikh sekian-sekian. 

Pelanggan tetap menafikan itu adalah duit bantuan. Katanya duit pinjaman AIM. 

Che kak cek penyata akaun bank pelanggan. Dalam penyata pun dah terang lagi bersuluh ditulis duit bantuan sekian-sekian. 

Tak nak faham juga. Ayyoooo 😣😣 

Che kak senaraikan duit masuk dan keluar. Che kak jelaskan satu persatu apa yang tertulis dalam penyata akaun bank. Kasi pencerahan kepada pelanggan yang masih dalam kegelapan. 

Tu dioooo... Duit 'cocoh' melebihi duit pinjaman AIM. (Pinjaman RM9K. Duit keluar melebihi RM10K) 

Apabila duit yang dikeluarkan melebihi duit pinjaman AIM, jadi duit gapo yang tubik lebih tu? 

Sebenarnya pelanggan tak dapat terima hakikat bahawa duit AIM dah habis sekelip mata. Sedap je cucuk kat mesin ATM. Sedar-sedar je duit dah habis licin. 

 #ragamkaunter
BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN KEBERKATAN DALAM PERNIAGAAN

BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN KEBERKATAN DALAM PERNIAGAAN

Che kak selalu pesan pada klien che kak yang buat bisnes. Jangan tahu nak untung je sehingga mengabaikan keberkatan dalam bisnes.

Walaupun untung kecil tapi apabila kita jaga berkat, Insya Allah kita akan rasa senang dan cukup dengan hasil pendapatan bisnes.

Bagaimana nak dapatkan keberkatan dalam bisnes?

Jujur, amanah dan jaga kepercayaan.

Dapatkan  suntikan Typhoid untuk pengendali makanan dan minuman. 

Jaga kebersihan diri dan tempat penyediaan makanan. Pastikan kuku bersih. Jangan pakai barang kemas seperti cincin dan jam. Segala kuman ada kat barangan kemas dan jam yang kita pakai.

Che kak pernah melihat seorang pakcik sedang bungkus kuih. Jarinya penuh dengan cincin. Tangan kiri sedang memegang rokok. Ambil kuih dengan tangan dan masukkan dalam plastik untuk dibungkus.

Ya Tuhannnn. Pakcik, che kak tak kisah pakcik tak hensem. Kalau hensem pun, che kak tak sanggup nak makan kuih yang pakcik bungkus.

Kenapa tak guna penyepit kuih? Kenapa perlu merokok semasa bungkus makanan? Kenapa tak tanggalkan cincin dan aksesori?

Sehingga ke hari ini, che kak tak beli  kuih kat pakcik bukan sebab pakcik tak hensem. Bukan sebab che kak tak support dan kasihan. Tapi pakcik tak jaga etika penyediaan makanan.

Ingatlah! Walaupun pelanggan tak nampak apa yang kita buat semasa memasak, Allah nampak!

Walaupun pelanggan tak nampak jari kita tengah korek hidung, garu kepala, garu tempat gatal, tapi Allah nampak!

Walaupun pelanggan tak nampak makanan yang disediakan dalam keadaan tidak bersih, tapi Allah nampak!

Walaupun pelanggan tak nampak kita guna air paip yang tidak dimasak untuk bancuh air minuman, tapi Allah nampak!

Dalam penyediaan makanan juga selain kebersihan yang perlu diutamakan, kesucian makanan juga perlu dititiberatkan.

Bahan mentah yang digunakan mestilah bersumberkan halalan toyyiban. 

Contoh bahan mentah seperti ayam. Pastikan ayam yang disembelih dan dibasuh dengan bersih. 

Begitu juga dengan lain-lain bahan seperti rempah, kicap, sos, ajinomoto, sardin. Pastikan halal dan suci.

Allah nampak apa yang kita buat dan Allah yang akan beri keberkatan.

Apabila kita jaga keberkatan, untung sedikit tapi rasa sangat cukup. Berbanding dengan kita tak jaga berkat. Banyak untung maaaa tapi hati tarak senang maaa.




RESEPI SAMBAL TELUR REBUS YANG MUDAH DAN SEDAP

RESEPI SAMBAL TELUR REBUS YANG MUDAH DAN SEDAP

Uols masak sambal telur camne? Telur mata kerbau atau rebus?

Asal nama sambal telur, semuanya sedap kan. Tak kisah la goreng atau rebus.

Che kak nak cepat, jadi che kak rebus. Agak-agak dah masak, tutup api dapur. Sukatan masa, che kak hanya ikut gerak hati je. 

Selepas kupas kulit telur, che kak goreng sekejap untuk dapatkan garing sikit. 

Kalau tak nak goreng pun takpe. 

Untuk sambal, macam-macam versi dan resepi. Lagi lama kita tumis, lagi sedap. Kadang kala sampai berjam-jam untuk dapatkan sambal yang sedap.



Che kak masak sambal takde la lama sampai berjam-jam. Asalkan garing dan masak.

Zaman sekolah dulu, masa tinggal di asrama yang kena masak sendiri, che kak guna cili boh je nak masak sambal.

Lada kering direbus terlebih dahulu. Untuk sukatan, che kak guna gerak hati je nak rebus banyak mana lada kering.

Che kak suka guna lada kering yang besar. Tak pedas dan warna merah sambal sangat cantik.

Lagipun kita masak untuk anak-anak. Jadi tak boleh la sambal pedas.

Che kak masak sambal versi kering. Ada yang nak berkuah. Terpulang pada selera masing-masing.


Selepas rebus lada kering, toskan air dan buang biji.

Lada kering rebus, 4 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah diblender.

Panaskan minyak masak. Banyak pun takpe. Nanti sambal akan pecah minyak dan masak dengan cantik. 

Apabila dah siap masak, boleh buang lebihan minyak.

Tumiskan bahan blender tadi.

Che kak masukkan sekeping asam gelugur. 

Masukkan sedikit belacan dan gula melaka@gula merah@manisan.

Kacau sampai garing.

Masukkan bawang besar yang dihiris nipis-nipis dan bulat.

Apabila dah pecah minyak, garing dan warnanya cantik, masukkan sedikit garam dan gula. 

Kemudian masukkan telur rebus yang telah digoreng seketika.

Kacau sebati kasi sambal bersalut kat telur.

Kalau minyak banyak, buang je dengan perlahan-lahan. Takut telur tergolek jatuh.

Makan dengan nasi putih dan nasi lemak, memang sedap.

RESEPI SAMBAL IKAN SARDIN

RESEPI SAMBAL IKAN SARDIN

Sape suka makan sambal ikan sardin? Sekali sekala layan lauk ikan sardin bertemankan telur dadar, perghhh memang mengenyangkan perut. 

Ikan sardin adalah salah satu makanan yang perlu ada dalam simpanan pengkalan hadapan, siap siaga menghadapi bencana banjir. 

Suatu ketika dahulu, ikan sardin dalam tin masih murah dan mampu milik. Sekarang ni, satu tin Ayam Brand mencecah RM8.50 yang di dalamnya ada 3 ketul. 

Ikan sardin import dari China memang murah. Tapi ada yang diragui status halal.  

Nak buat stok sendiri, che kak tak berapa nak rajin lagi. 

Jom layan resepi ikan sardin style che kak.



🐟Ikan sardin digoreng terlebih dahulu. Memang sedap tau kalau digoreng terlebih dahulu. Tapi kena bersiap sedia la dengan penutup periuk. Haha. Merencik bak hang. 

🐟Tumbuk 3 ulas bawang putih, sedikit je halia, dan 2 tangkai cili padi. Kalau nak pedas, on je. Tapi che kak letak sikit je cili padi sebab anak-anak tak tahan pedas. 

🐟Tumis bahan tumbuk dengan minyak gorengan ikan sardin tadi. 

🐟Apabila bahan tumisan dah garing dan naik bau, masukkan kuah ikan sardin. 

🐟Kalau tak tahan bau hanyir, boleh perah sedikit asam limau dalan kuah sebelum masukkan kuah dalam kuali. 

🐟Masukkan bawang besar yang dihiris, dan sekeping asam gelugur.

🐟Masukkan tomato yang dibelah empat dan hirisan lada hijau (lada solok). 

🐟Masukkan sedikit garam dan gula. 

🐟Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng tadi. 

🐟Biarkan seketika, dan selepas itu tutup le api dapur. 

🐟Kalau minyak banyak sangat, boleh buang la ye. Yummyyyy..
APA YANG PERLU ADA DALAM TEAM WORK

APA YANG PERLU ADA DALAM TEAM WORK

Che kak teringat satu permainan semasa berkursus di Melaka beberapa bulan yang lalu. 

 Setiap kumpulan kena bawa gelas yang berisi air yang diletakkan di atas kain batik. Setiap kumpulan kena bawa kain batik tersebut ke satu tempat tanpa tumpahkan gelas.


Susah tau!

Kenapa susah? 

Sebab banyak sangat suara arahan dan idea bagaimana nak handle kain batik tu. Habis satu baldi air. 

Tak bergerak-gerak juga. Akhirnya..... 

Lantik seseorang menjadi jurucakap dan memberi arahan dan semua ahli dengar satu arahan tersebut. Walhal ramai je yang bijaksana dalam ahli kumpulan. 

Tapi apa kejadahnya? Gelas asyik tumpah je. 

Apakah hasilnya selepas mendengar satu arahan sahaja dan ahli sepakat. Kami berjaya membawa kain batik bersama-sama sehingga ke satu tempat tanpa tumpahkan air. 

Faham maksud permainan itteew? 

 Che kak nak tanya.. Sape pernah lukis gambar ibu ayam dan anak-anak ayam? Cuba lukis secara spontan. 

 Ada maksud disebalik lukisan. Sekiranya ibu ayam berada di tengah-tengah antara anak-anak ayam, bermaksud anda boleh memimpin dan dipimpin. 

 Ramai yang boleh memimpin dalam pasukan, organisasi, team dan apa sahaja yang membawa maksud berkumpulan. 

 Tetapi berapa ramai yang boleh dipimpin sekiranya orang yang memimpin adalah junior? Tak kira la junior dari segi umur, tempoh perkhidmatan, pangkat dan tahap pengalaman. Manakala orang yang dipimpin kebetulannya jauh lebih hebat. 

Namun, apabila bekerja secara team work, perlu ada seorang ketua dan perlu orang yang dipimpin kena ikut arahan ketua.

 Tujuannya adalah supaya team mencapai matlamat dan objektif pasukan. Namun begitu, bukanlah bermakna orang yang dipimpin tak boleh bersuara dan memberi pendapat. 

 Sama-samalah mencari persepakatan demi mencapai matlamat. Setiap team kena tetapkan matlamat. Contohnya nak menang nombor 1 dalam pertandingan. 

 Lantik ketua yang dipersetujui oleh ahli. Ketua hendaklah jalankan peranan dan tanggungjawab. Ahli kumpulan hendaklah dengar arahan ketua. 

 Keluarkan idea yang bijaksana dan dapatkan persetujuan ahli dan ketua. Sekiranya ada ahli kumpulan yang tidak bersetuju, kena berlapang dada sekiranya idea kita tidak disetujui. 

 Ingat matlamat asal. Nak menang nombor 1. Ada masalah, bincang dan selesaikan bersama. Jangan disimpan dalam hati. Ketepikan perasaan tidak puas hati dan ego kita.
HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com