Pengalaman membuat kek pandan kukus cheese meleleh - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: Pengalaman membuat kek pandan kukus cheese meleleh

Tuesday, February 16, 2016

Pengalaman membuat kek pandan kukus cheese meleleh

Assalamualaikum.. Pukul 1.00 pagi. Anak-anak dah lama tidur. Tapi mata che kak ni segar begar lagi. Guano yang susah sangat nak tidur ni. Semalam wat kek pandan kukus cheese meleleh. First time buat kek. Ikut resepi facebook je. Sambil-sambil tu menuntut ilmu kaedah buatan kek dengan adik. Nasib baik ada whatsapp. Grup wasap 'anak2 sidek' banyak memberi manfaat dan merapatkan hubungan kami adik beradik. 

Entah kenapa hati perasaan merenyam-renyam nak wat kek sendiri. Walhal tak minat masak dan malas yang menguasai diri  selama ini.. Hehehe.. Entah kena samput angin ape.. 

Bahan-bahan tu che kak beli kat kedai runcit berhampiran sekolah anak je.. Itupun terlupa beli soda bikarbonat.. Nasib baik kat kedai depan rumah ada stok.. Tadaaa... selepas solat isyak, terus ke dapur.. 

Bahan-bahan resepi kek pandan kukus cheese meleleh

Anak-anak tak sempat makan sebab dah tidur. Itupun asyik tanya bila boleh dapat makan kek.  Alahai anak.. Umi ni baru je nak belajar buat kek. Itupun umi tawakkal je. Takut jadi rezeki semut dalam tong sampah.. Tinggal Afnan seorang je yang masih bertahan biji mata.. 

Dengan berbekalkan mixer berharga RM39.90 yang suami belikan pada tahun lepas, maka bermulalah projek sulung che kak.  Nampak macam mudah je. Tapi wait and see je lah apa hasilnya. Umur dah 37 tahun, baru nak belajar wat kek. 

Maka, bahan-bahan seperti berikut tersusun dengan rapinya atas meja..

6 biji telur
1 cawan gula kastor
2 sudu ovalette 
1/2 sudu besar perisa pandan (tapi che kak ganti perisa vanilla sebab tak de)
1/2 sudu besar pewarna hijau epal


Ovalette tu terlebih pulak. Kononnya malas nak simpan baki ovalette. Selepas itu, mix je la sampai kembang. Rasanya 20 minit juga la che kak mix. 

Alamak, terlupa nak letak periuk kukusan dulu. che kak minta tolong suami letak periuk kukusan yang berisi air kat atas dapur. 

Ok.. Nampak dah kental dan kembang adunan tu, che kak ayak pula:

3 cawan tepung kek dan 
1/2 sudu besar soda bikarbonat.

Adik che kak kata, kalau guna tepung gandum, kena tambah 1/2 sudu besar baking powder. 

Che kak masukkan semua tepung yang dah diayak ke dalam adunan tadi. Alahai.. Sepatutnya kena masukkan sedikit demi sedikit. Baru rata. Penat juga kacau tepung nak kasi adunan sebati. Walhal boleh je pukul dengan mixer. Hehehe..

Kemudian masukkan pula 1/2 cawan minyak masak. che kak guna cawan putih kaca macam kat kedai kopi tu. Harap-harap sukatan betul.. Kacau lagi sampai sebati.

Tadaaaa.. Banyak pula adunan ni. Tak muat loyang.. Periuk kukusan pun kecil je.. Nak tak nak, kena kukus banyak kali. Nasib baik otai kek kata boleh.  Was was juga ni nak kena kukus berapa lama. Kalau ikutkan resepi 40 minit. Tapi logik akal kata, adunan sikit je .. Takkan kena sampai 40 minit juga. 

Tudung periuk kukusan tu, che kak balut dengan kain lampin Awaatif. Belum guna pun lagi.. Hehe.. Sori Awaatif..  Lepas tu tindih pula dengan lesung batu. 

Setengah jam kemudian, che kak cek dengan menggunakan garfu. Wahhh licin je garfu tu. Maksudnya dah masak la kan..

Kukus adunan kedua.. Si Awaatif pulak dah bangun. Menangis nak susu le.. Sambil tunggu kek kedua masak, che kak tidurkan semula Awaatif. Selepas setengah jam, kukus adunan ketiga pula.. Gara2-gara loyang kecil.. Huwaaaa...

Opss lupa nak bagitau.. Loyang kena sapu minyak dulu ye.. Senang nak wat keluar kek nanti..

Nak buat topping kek pula.. 

Kalau ikutkan resepi 500 gram cream cheese.. Tapi che kak beli satu je. 250 gram je.. hmmm tawakkal je laaaa.. Che kak beli brand tantura.. Memandangkan separuh je cream cheese, so gula kastor pun separuh juga la. 2 cawan gula kastor. Guna cawan yang sama juga. Mix kan 5 minit atau sampai sebati.. Lepas tu masukkan pula 1/2 cawan susu pekat manis.. Mix kan lagi.. Lepas tu masukkan 1/4 cawan susu cair. Kacau lagi sampai sebati. Sepatutnya kena masukkan perahan lemon.. Tapi tak de la pulak.. Biarkan je la..

Resepi asal topping kek..

500 gram cream cheese tantura
4 cawan gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar perahan lemon

(Kalau tak nak meleleh, jangan letak susu cair.. Ganti dengan wipping cream 1/2 cawan). 

Che kak satukan 2 keping kek tu..  Letak  topping kat tengah-tengah kek. Jadikan satu je.. Lembut je kek.. Perasan..hahaha.. Lepas tu che kak letak dan ratakan topping.. perghhh meleleh beb.. Risau juga takut tak cukup.. Adik pesan, kek kena betul-betul sejuk dulu.. Baru boleh letak topping.. Yesssss... Lepas tu che kak parutkan cheddar cheese.. Perghhh...

Nasib baik topping ada sikit lagi.. Kiranya cukup untuk kek yang ketiga.. Malas nak tunggu sejuk, terus letak topping tu.. 

Sukanya Afnan dapat bergambar dengan kek.. Makan sikit je sebab dia dah mengantuk sangat.. Lucu betul..  Afnan dah tertidur.. 

Afnan

Pukul 11.00 lebih juga la siap masak kek.. Kena beli loyang besar ni... Penat.. Tapi ada lagi kerja yang menanti.. Membasuhhhhh.. Layan je la segala perkakas kat dalam sink tu... Tidur jam 1.00 pagi.. Huwaaa penatnyer.. Rasa malas dah nak buat.. Tapi tengok hasil rasa berbaloi juga..

Cerita pagi tadi....

Pagi-pagi lagi anak-anak duk tanya kek dah siap ke belum.. Hahaha.. So, diorang breakfast kek vanilla hijau kukus cheese meleleh.. Habis satu loyang..

Kebetulan hari ni Aqilah tak pergi sekolah. Naik bisul.. So dapat mc 1 hari.. Sekejap-kejap makan kek. Sekejap-kejap makan kek.. Kek tinggal 3/4 je..

Cerita petang tadi.. 

Nak ambil anak-anak balik sekolah.. Buka je pintu kereta, anak-anak dah menjerit.."umiii ....nok mkn kek umiii..ado lg koooo"...

Punye la rasa nak  gelepar nok ssuko...Siap request wat pulok wei.. Sampai kat rumah, terus anak-anak makan kek.. Licin.. Alhamdulillah.. Tak membazir.. Siap pesan wat lagi esok.. 

Walhal che kak rasa malas dah nak buat.. Penat wei.. Tapi, bila tengok anak-anak suka makan dan  request, tak sampai hati pula nak hampakan permintaan anak-anak..

Ok.. Nanti umi wat ye.. Doakan agar umi berjaya buat kek lagi.. 

Bagi otai2, 'semeseh' je wat kek kan.. Tapi bagi orang seperti che kak.. Hadoi... 

Aloh..  pukul 3.00 pagi doh.. 

Ok..bye.. 


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com