May 2019 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: May 2019
SELAMAT HARI PEKERJA

SELAMAT HARI PEKERJA

Selamat Hari Pekerja. Bekerja adalah ibadah. Ibadah bukan bermakna solat dan puasa saje. Bekerjalah kerana Allah. Semoga kita diberi ganjaran pahala. Niat kerana nak cari rezeki halal. Sesungguhnya rezeki yang kita dapat akan menjadi darah daging kita dan ahli keluarga kita. Selain kerja halal, kita nak berkat dalam pekerjaan kita ni juga.

Apabila kita berniat nak dapatkan sumber rezeki yang halal dan berkat, serta ingat pada dosa pahala, Insya Allah kita takde pun perasaan nak buat khianat pada pekerjaan kita. Walaupun kita tak suka dengan pekerjaan kita, namun kita akan tetap laksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.

Kadang kala kita ada juga rasa lemau, rasa malas, stress, takde mood. Sentiasa buat salah dan silap. Lumrah kita sebagai manusia adanya perasaan macam tu. 

Ingatlah! Takde sape pun yang pelawa kita untuk bekerja. Takde sape pun yang paksa kita bekerja. Kita sendiri yang minta kerja. Isi borang mohon kerja dan pergi interview. Sebelum dapat kerja, macam-macam yang kita janji dengan diri sendiri. Sebelum dapat kerja, macam-macam kita sanggup buat semata-mata nak kerja. Apabila dah dapat kerja, kita pula tak buat kerja dengan sebaik-baiknya.

Semua kerja di atas muka bumi ni adalah pekerjaan yang memberi manfaat kepada alam sejagat. Sekecil-kecil pekerjaan dan jawatan, ianya tetap memberi manfaat.

Bekerja memerlukan kerjasama organisasi. Tak kira la sama ada kerja kerajaan, swasta, kerja sendiri, berniaga termasuklah surirumah. Ianya tetap memerlukan pengurusan organisasi.

Oleh yang demikian, kita tak boleh bekerja ikut kepala otak kita sendiri. Suka hati kita nak datang kerja pukul berapa, ikut suka kita nak cuti tanpa bagitau, ikut suka hati kita je nak buat kerja yang diamanahkan ke tak. Tak pandai buat kerja takpe. Kita boleh belajar.

Apabila dah dapat gaji, pandai-pandai la urus duit. Urus duit dengan sebaik-baiknya. Jelaskan hutang-hutang bank, personal, bil-bil utiliti terlebih dahulu. Uruskan duit ikut keutamaan.

Jangan ingat time hujung bulan, asyik nak pm orang je nak minta duit wat isi minyak kereta atau susu anak. Bukan semua orang mampu nak bagi duit kat kita. Sebagaimana kita takde duit hujung bulan, begitulah juga orang lain. Kalau orang bagi juga duit untuk hutang, itu bukan bermakna dia ada duit. Tapi dia ada rasa belas kasihan. Entah-entah dia pergi kerja terpaksa ikat perut sebab korbankan duit dia untuk kita berhutang.

Kepada pekerja kerajaan, nak berniaga, jangan sampai ganggu kerja hakiki kita. Urus masa dengan sebaiknya. Tulislah surat makluman kepada jabatan bahawa kita nak berniaga online. Jangan la kerana nak berniaga sebab kejar untung, sampai mengabaikan tugas dan amanah kerja hakiki yang sebenar. Atau sebelah malam sibuk berniaga mi udang galah sampai jam 2.00 pagi, keesokkannya mengantuk  giler tersengguk sengguk atas kerusi. Tak berkat wakkk..

Jangan guna harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Contohnya kita ambil kertas A4 satu rim, wat balik untuk anak kat rumah. Masya Allah, tak baik wakkk.
HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com