May 2023 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: May 2023
KOMPLEN BENDA REMEH?

KOMPLEN BENDA REMEH?

First time jumpa terus komplen program yang dia join. Alamak! Benda remeh temeh je pun yang dikomplennya.


Alaaa program santai je pun. Bukannya program yang ada yb yb menteri yang nak kena protokal bbagai haaa. Permaisuri Agong pun tak komplen macam hangpa naaa.

Yang penting dapat ilmu yang sangat bermanfaat yang susah kita nak dapat kalau tak gi belajar kat universiti.

Lepas tu siap minta nombor telefon che kak sebab dia bilang dia kenal dengan staf-staf pejabat che kak. Memang tak laaaa che kak nak bagi. Ada ku kisah kau siapa.


gambar hiasan sahaja


Silap orang la first time jumpa terus nak membawang dengan che kak. Che kak akan membawang dengan orang yang kenal luar dalam hati che kak dan che kak kenal rapat. Siap nak buat rendang pun boleh.

😝

Teringat pula seorang makcik. Masa tu bawa Awaatif masih baby gi klinik. Kononnya nak tunjuk peramah la kot tegur che kak dan Awaatif. Tanya Awaatif anak nombor berapa. Lepas tu dia kutuk-kutuk beranak anak ramai ni tak de faedah dan menyusahkan. Kaw kaw dia mengata.

Che kak diammm je. Malas nak layan dan memberi respon. Sebab sekali che kak buka mulut, che kak takut tak kenal dah dia tu 'makcik'. Haha.

Lepas mengutuk eh siap promote kedai makan anak dia kat Kok Lanas. Memang tak kuasa che kak nak pi makan untuk support. Haha. Blacklist terus kedai anak dia walaupun dekat je. Haha.

Kesimpulannya kali pertama jumpa tu, tak yah la nak tunjuk kita je yang betul dan pandai. Hormat sahaja dan bual-bual yang baik-baik aje.
😊😊😊
TETAMU DIRAI DAHULU VS SEKARANG

TETAMU DIRAI DAHULU VS SEKARANG

Masa kecik kecik dulu, che kak selalu ikut arwah mok (nenek) gi jalan-jalan rumah worih waroh (saudara mara).

Walaupun jauh berjalan kaki, tapi arwah mok memang suka juga berkunjung. Nak short cut, lalu kat sawah padi.
Biasanya orang dulu-dulu takkan biarkan tetamu balik dengan perut kosong. Mesti depa akan hidangkan nasi walaupun sekadar lauk ikan goreng dan budu. Tambah pula ada ulam ulaman kat sekitar rumah depa.

Arwah mok memang paksa suruh makan juga. Kesian kat tuan rumah penat-penat masak untuk kita. Agaknya sebab tu che kak tak cerewet dan bedal je makan apa yang orang hidangkan.

Lepas makan, arwah mok suruh basuh pinggan walaupun tuan rumah tak bagi basuh.

Orang tua-tua dulu sangat meraikan tetamu. Layanan mereka sangat mesra. Kita sebagai tetamu tak pernah rasa macam orang tak suka kat kita kalau kita bertandang.

Walaupun hidangan tak mewah tapi kita rasa sangat dirai.

gambar hiasan sahaja


Tapi zaman sekarang, che kak akui che kak sendiri tak mampu nak rai tetamu seperti layanan orang dulu-dulu.

Walhal dalam Islam sendiri ajar adab menerima tetamu dan kita sebagai tetamu juga tak terlepas dari adab-adab bertandang ke rumah orang.

Kita semua tahu tetamu adalah pembawa rezeki. Rai lah tetamu dengan seikhlas hati. Biarlah mereka pulang dengan rasa happy dan dihargai.

Tetamu datang bukan nak makan mewah-mewah dan bukan juga nak tidur bilik aircond. Walaupun kita hanya mampu angkat air teh o kosong je, tapi takpe asalkan tetamu dihargai.

Jangan sesekali memilih tetamu. Kalau kawan-kawan kan main kita jamu macam-macam hidangan. Tapi bila saudara mara kita datang, kita layan acuh tak acuh je. Air masak pun tak dihidang.

Kadang-kadang malu juga kalau kawan anak datang ke rumah, tak mampu che kak nak beri layanan macam orang tua dulu-dulu.

Che kak duk berkurung dalam bilik. Konon penat baru balik dari kerja. Hmmm tak baiknyeee buat macam tu.

Sekurang-kurangnya tanya la khabar dan berbual bual dulu, kan. Hidang air teh o beng walaupun depa datang bukannya nak minum air pun.

Entah apa la depa duk kata kat 'makcik' ni ye.
😝
CARI ISTERI ATAU TUKANG MASAK?

CARI ISTERI ATAU TUKANG MASAK?

Apabila dapat bakal isteri/isteri yang pandai memasak itu adalah bonus. Tak perlu sindir menyindir kalau mas kahwin atau hantaran mahal-mahal tapi tak pandai masak.

Nak cari isteri bukan nak cari tukang masak atau maid, hokeyyy.
Kalau isteri pandai masak dengan cara dia, tapi nak juga masakan ikut tekak suami, haaa camne pulak tu. Nak kena masak ikut cara mak dia la. Ikut cara keturunan nenek moyang dia la.
Kalau tak pandai masak, zaman sekarang ni lagi senang nak belajar masak. Video masakan berlambak kat media sosial.
Tak payah nak demand bakal isteri atau menantu kena pandai masak. Masak dan makan sekadar untuk tak mati kebuluran je.
Che kak masa kahwin lagi la tak pandai nak masak. Bukan mak tak pernah ajar. Tapi tu lah banyak malas. Haha.
Tapi suami che kak pandai masak. Nasib baik la masa kahwin dulu takde letak syarat bakal menantu kena pandai masak. Tak kahwin la aku jawabnya. Haha.
So far, alhamdulillah. Sekarang ni setakat nak masak untuk anak-anak boleh la walaupun takde keyakinan nak masak dan jamu untuk orang lain.
Tak pandai pun, cubalah ikhtiar belajar. Masak la untuk anak-anak. Kita juga seronok dengar kalau anak-anak puji kita masak sedap.



Che kak belajar sesuatu. Kau pandai masak macamana pun, kau tak mampu nak puaskan hati semua orang. Pasti akan ada orang komen masak masin la, tawar la, tak sedap la. Bla bla bla bla. Kena potong sayur gitu la gini la, bawang kena potong serong la senget la, kena letak serai la itu la ini la.
Sebab tu kot Islam ajar kalau makan yang tak kena dengan selera kita jangan kutuk makanan.
Pepatah mengatakan ikat perut suami, memang takleh nak guna dah. Sebab isteri yang pandai masak dan jaga makan suami pun, kalau dia nak cari wanita lain, dia akan cari juga. Biasanya yang setia dengan isteri-isterinya ke akhir hayat tu sebab dia ada kesedaran untuk menjaga amanahnya.
BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG ADA

BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG ADA

Pah tak po la deh. Keno stop doh la sebab partner jeling doh tu.


Sekali sekalo buleh make hok sedap-sedap kito bersyukur.


Sekali sekalo buleh make hok simple simple pun kito bersyukur.


Sekali sekalo buleh make  walaupun menu bodo jah pun kito tetap bersyukur.


Selagi tak mati kelaparan bersyukurlah. Jange sedih sapa kito royak bilo kito nok kayo.



Bilo kayo belum tentu kito raso bahagio dengan makane yang terhidang.


Walaupun kito kayo belum tentu kito raso berselero dengan hidange mewoh.


Walaupun kito nok kayo sebab nok make ude ketam besar poho pun belum tentu hati kito gembira.


Pointnya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada.


Sentiasalah bersyukur dengan kurniaan nikmat bersama orang yang tersayang walaupun sekadar nasi dengan budu sajo.


Jange mengeluh dengan rezeki yang ado.


Make lah selagi tekok sero nok make. Dei takdok nikmat sero nok make sebab sakit ko, famili jauh ko, lauk unto golek depe mato pun sero takdok selero doh nok make.

TAKDE KAWAN

TAKDE KAWAN

 "umi, kesian dia sorang² takde kawan".


Pandai psiko umi deh nok suruh beli pulok. Nok royak suruh beli pulok takut keno maroh🤣




NASI AIR SIMPLE

NASI AIR SIMPLE

 Tak tahu nak masak apa hari ni.

Tinggg haaa masak nasi air je la.
Nasi air bodo je la. Buat dengan apa yang ada je.

Basuh beras letak air lebih sikit ketuk halia sikit.

Rebus isi ayam bersama halia yang diketuk.Angkat isi ayam. Biarkan sejuk dahulu sementara nak koyak² isi ayam tu.

Tumis bawang dan kakah kasar bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, cabe. Lepas tu masukkan dalam air rebusan ayam tadi.
Letak kiub pati ayam, garam, gula. Lepas siap tabur daun sup.




Goreng ikan bilis, goreng bawang merah. Tadi bawang merah hangus sebab jiran tiba² jenguk sebab dia pelik tengok che kak dah beberapa hari tak pi kerja. Takut che kak atau sape² yang sakit. Maklum la suami takde kat rumah.

Alhamdulillah dapat jiran baik yang bertanya khabar.

Bawang putih dicincang. Goreng dalam minyak. Dah garing angkat. Tutup api dapur sebelum hangus. Nanti dia akan masak lagi dalam minyak panas tu. Jadi la minyak bawang putih. Sedap tau.

Rebus telur masin. Untuk extra lauk, kalau ada kacang tanah goreng, lobak jeruk, lada jeruk, chilli oil. Ikut suka la nak tambah apa.

Sambal lada tu kebetulan ada lagi dalam peti ais. Kalau ada serbuk lada siam tu pun boleh juga.

Tadaaa siap.



KENAPA TAK SUKA PJJ

KENAPA TAK SUKA PJJ

 Ish ish ish apabila berjauhan bukan isu sebab takde orang tolong buat kerja rumah. 


Isu buat kerja rumah, hantar anak sekolah, urus itu ini boleh di urus dengan sebaik mungkin. Lagipun anak² dah boleh diharapkan untuk bantu kita.


Kalau che kak rajin, che kak buat. Kalau malas che kak biarkan je dulu. Cari me time. Me time che kak simple je. Menulis dan pi kedai dua hengget. 


gambar dari facebook


Cumanya rasa sunyi sebab takde teman bergaduh😝. Duk jauh² tak tergamak nak bergaduh. Bak kata suami che kak "abang relo panah peda dengan awok daripada panah tido sore".

ADA SURAT ADA TUKAR

ADA SURAT ADA TUKAR

 Throwback.


"Buke abang hok gilo, sayo hok gilo ddulu lagi".


Gitulah, suami che kak  duk diam² je. Takde nak bising² luah perasaan kat fesbuk. Walaupun che kak tahu hatinya koyak rabak.


Che kak pula,  dah peseng che kak. Nasib baik ada fesbuk sudi dengar luahan che kak😂.


Duk meluah² perasaan tu, rupanya ada mata² yang mengadu sehingga luahan di fesbuk dianggap sebagai menjatuhkan imej jabatan.


Akur dengan tuntutan, maka che kak delete je la semua luahan mengarut che kak tu. 


Gila² che kak di fesbuk pun, che kak takut nak jumpa pihak atasan lebih² lagi jabatan lain. Takut memalukan suami che kak pula. Kotnya kata gilo sangat bini En Arman😝.


Kalau berani tu, boleh ler che kak pi Putrajaya nak mohon suami che kak dikembalikan. Tapi tak berani langsung😅.


Nak minta tolong yang orang kata kabel² tu lagi la che kak takde sape². 

 Sungguh! Hanya Allah sahaja.


Tapi jiwa che kak meronta² nak sangat pihak atasan dengar suara hati che kak sebagai isteri yang bekerja sebagai penjawat awam punya anak 7 semuanya masih sekolah.


Tiba² ada keberanian membuak² sebab rindu sangat² dah. Che kak tulis surat rayuan. Tapi nak kirim kat sape.  Che kak email surat tu. Fuh lega. Harap² pihak atasan jabatan suami che kak baca. Asalkan mereka tahu isi hati che kak pun tak pe dah.



Ye la, walaupun suami che kak staf jabatan lain, namun tak boleh lupa yang dia juga adalah suami dan bapa kepada seseorang. Tanggungjawabnya bukan setakat jabatan je. 


Di sebalik itu, ada isteri yang merana perasaan. Hehe.


Lepas tu che kak duk diam² je. Takde la nak follow up ke nak hantar kali kedua ke. Sebab malu sangat. Doa sesungguh hati Ya Allah, hanya Allah sahaja yang mampu menjentik hati mereka. 


Umi dan papa pun istiqamah solat hajat.  Ramai juga yang tolong doa dan solat hajat.


Akhirnya Ya Allah, syukur padaMu. 🤲🤲🤲. Semuanya dengan izinMu. Tengok surat pun hati dah berbunga².

Surat pertama dulu melayang jiwa dan nyawa.

JERAYAWARA BANTUAN TIDAK PRODUKTIF

JERAYAWARA BANTUAN TIDAK PRODUKTIF

 Hari ni berkesempatan join jerayawara berkaitan bantuan. Walaupun dah tak jadi penyelaras bantuan tapi tetap kena ambil tahu sebab bantuan adalah hardcore jabatan.



Kalau orang tanya nak tak jadi penyelaras bantuan balik? Nehe nehe nehe. Cukuplah 15 tahun che kak jadi penyelaras bantuan walaupun dah beberapa kali tukar nama unit. Tapi konsepnya tetap sama. Semakin mencabar sekarang ni isu² bantuan dan pengurusannya. 


Tapi kalau ada sesiapa minta tolong, dengan hati yang lapang che kak sudi tolong. Seronok je buat kerja² bantuan ni. 


Che kak jarang benar bercerita tentang kerja. Hati tisu etek. Takut kalau orang komen atau buat aduan kat fb personal ni. Hehe. Jangan sesekali tanya pasal kerja kat fb personal ni. Gi tanya kat saluran yang telah disediakan.


Sekarang ni che kak masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan unit lain. Eh che kak suka je dengan unit baru ni ha. Tapi tulah otak dah berkarat nak belajar dari awal. So, memang slow la sikit nak buat kerja² penguatkuasaan dan komuniti ni. Unit baru che kak ni banyak kena main akta. Baru belek muka surat belum lagi baca dah jenero. Hehe.


Selama ni duk hadap pc je. Sekarang ni kena bergaul dengan komuniti. Dah la che kak ni pemalu orangnya. 😝. Tulis banyak kat fesbuk pun tapi kat luar che kak malu weiii.

KERJA RUMAH DULU VS SEKARANG

KERJA RUMAH DULU VS SEKARANG

 Walaupun penat kita membasuh ada juga mesin basuh automatik. Letak pakaian kotor  boh sabun pastu tekan start. Tunggu siap je. Sambil tunggu boleh layan movie.


Lepas basuh boh dalam dryer pula. Tunggu siap je tak yah jemur. Nak mudah lagi pi je dobi. 



Dulu² kena timba air telaga. Basuh baju ngan tangan. Bilas pastu jemur. Kalau hujan berkejar lompat cepat² angkat kain. Basuh lepas subuh, dah siap semua eh matahari dah tinggi.


Sekarang ni nak masak, banyak peralatan elektrik yang membantu. Periuk nasi elektrik, oven, microwave, blender, chopper, air fryer. Bil tinggi tanggung sendiri.


Dulu² nak masak kena hidupkan api,  kena kawal api baru tak hangit nasi. Ruang dapur penuh arang dan kayu api.


Dulu kena rebus air, simpan stok air masak. Sekarang picit je nak air panas, air sejuk, air biasa. Anak sekarang tak rasa sedapnya  air masak kayu api.


Dulu time nak  iron baju, pergh penat giler. Berat. Lenguh jari². 


Sekarang iron yang berwap sangat memudahkan kerja iron. Nak bayar ansurans pun boleh asal bayar bila dapat gaji.


Kalau malas lagi nak iron, beli je baju tak payah gosok jenama ikut suka hati.


Dulu jenuh nak simpan lauk pauk dan bahan basah. Sekarang macam² jenis peti ais ada. Nak freezer buleh simpan lama lagi.


Dulu nak pergi mana² kena tunggu satu jam, dua jam tunggu bas atau prebet sapu kat tepi jalan waktu dinihari.


Sekarang ada grab, maxxim dan bas yang selesa picit² sekejap je sampai destinasi.


Dulu nak makan kena gigih masak. Sekarang hello pandaaa i nak nasi lauk ikan kari.


Nak bersihkan rumah macam² ada gajet tolong bersihkan cuma tangan je tak berapa nak automatik lagi.


Dulu nak kahwin kena pandai masak, kena pandai serba serbi.  Baru menantu ya habibi.


Sekarang resepi google berlambak. Tak pandai masak belakang kira. Yang penting rajin dan berpelajaran tinggi.


Nak cari isteri dan menantu jangan demand nak pandai serba serbi. Kita bukannya nak cari orang gaji.

KISAH KENANGAN LOCENG BAS

KISAH KENANGAN LOCENG BAS

 Tersengih sorang bila tengok gambar loceng bas dulu² punya. Che kak ada kenangan berkenaan dengan loceng bas ni.


Masa tu che kak dari Panching Timur, Kuantan nak pi asrama SMUA Al Ihsan. Sempat la bersekolah kat sana selama setahun di tingkatan peralihan. Dulu² sekolah arab kebanyakan ada kelas peralihan sebelum naik tingkatan 1. Kalau bijak terlajok buleh lompat kelas ke tingkatan 2.


Berbalik cerita bas tadi. Ada seorang wanita naik bas. Lepas dia naik bas pun bergerak. Wanita tu gaya rambutnya macam artis rock². Berbaju mini kurung. Dulu kan rock menguasai alam duniawi masa tahun 80 an dan 90 an.


 Dia ada cakap sesuatu kat che kak sambil lap muka hidung mulut dengan tisu. Agaknya berpeluh sebab tunggu bas lama sangat.


Che kak pun gi tekan loceng walaupun rasa pelik eh baru naik bas takkan dah nak turun.



Mencicit pemandu bas tekan brek. Gelabah si wanita tu. Eh bukan tekan loceng la. Rupanya dia suruh buka tingkap luas². Sebab dulu bas mana ada aircond. Bas guna angin semulajadi je. 


Che kak tak ingat dah perasaan pada masa itu. Yang pasti che kak buat bodoh je. 


Pemandu bas pun meneruskan perjalanan selepas dia terjenguk² dan bertanya sapa yang nak turun ni. Takde sape pun yang turun.

HAPPY 20th ANIVERSARY

HAPPY 20th ANIVERSARY

 Hari ni aniversary ke 20 tahun. Alhamdulillah. Bukan mudah nak kemudi rumahtangga yang akan menjadi kunci ke syurga.


Banyak suka duka yang kami lalui sebagaimana pasangan lain juga. Tetap tak terlepas dengan ujian.


Che kak bukanlah nak cerita kisah cinta kami berdua. Nanti ada yang muntah hijau😝.


Tahun lepas panjang dah che kak citer. Malas nak share memories fb, kang ada yang berbunyi "supo dio sore jah ado tok laki".🙄



Cintailah isteri dengan seikhlas hati walaupun nak ganti isteri yang telah menemui Pencipta. Jangan sesekali cakap aku kahwin kerana anak². Korang bukannya nak cari maid pengasuh anak². Betulkan niat kenapa nak kahwin lagi.


Dah kenapa pi tulis cam ni che kak oi. Dah macam nak sindir artis pulak dah😆.


Okeylah. Malas dah taip panjang² ni. Semoga ada harapan dan sinar untuk kami bersatu kembali.


14.5.2003 ~ 14.5.2023

ENJOY MENULIS

ENJOY MENULIS

 Gais, che kak menulis ni tak pernah pun nak minta like atau perhatian. Cukuplah che kak enjoy dengan diri sendiri. Che kak pun bermula dengan satu like iaitu diri sendiri yang like. Che kak sedar diri bukan influencer nak tarik perhatian orang.


Nama pena 'che kak' pun bukan saje² che kak letak walaupun panggilan Along,Kak Long,Moklong, Kak Za, Kak Ja, umi Ja. Nama itu ada nostalgianya.


Kalau che kak lapar like atau perhatian, dah tentu che kak paksa suami che kak like. Tapi si dia jarang benar like. Rasanya kalau 30 entry adalah sekali dia like. 


Cukuplah suami tak personal wasap suruh delete. Kalau suruh delete tu maksudnya entry tu tak sesuai la untuk tayangan umum. 


Kawan che kak pun jarang² bagi like. Tapi che kak tak pernah nak berkecil hati. Bak kata orang up to you.


Biar la seikhlas hati nak klik like ke apa ke. Tak like hanya sekadar baca dan senyum sendiri pun tak pe dah.


Tapi kan kalau sekadar nak jadikan entry che kak sebagai modal korang membawang dengan penuh semangat jiwa raga sampai tersepak tunggul, che kak mohon sila klik mana² butang yang ada. Unfollow, unfriend or block.


Kalau tak che kak dengan segala hormatnya akan tekan butang itu bila² masa sahaja.


Kalau dah kena block, tapi masih berminat nak baca apa yang che kak tulis, kot² la tak tenang hidup tu, boleh la  baca blog che kak. Che kak tepek kat situ juga.





TELUR MATA DAN KICAP BAWANG LADA

TELUR MATA DAN KICAP BAWANG LADA

 Hari ni jamuan raya simple² je. Tapi meriah juga dengan pelbagai menu. Bajet share² dengan anak buah masing².


Banyak makanan yang che kak tak mampu nak makan sebab banyak sangat. Perut tak leh nak support. Hehe.


Malas pula nak masak malam ni sebab anak² tak nak makan. Kalau masak juga lauk nanti membazir pula. Che kak bagitau sape² nak makan, goreng telur je. Nasib baik semalam dah beli telur sepapan. Gred D. Itu je yang ada. 


Kononnya malas dah nak makan. Tapi lapar la pula. Sambil terbayang² nyesalnya tak merasa semua menu raya  tadi. 


Sudahnya goreng telur mata, letak bawang, lada, kicap. Angkat letak dalam piring. Pasni datang menyesal sebab kalori malam2 ni tak berapa nak jalan.



#Eh eleh citer telur mata pun nak masuk fesebuk juga🙄

KISAH DOBI

KISAH DOBI

 Antara kos masa, duit? 


Dryer ada je kat rumah tapi lambat la siap. Tengah malam pun belum tentu siap kering semuanya.  


Malas nak tengok kegelapan pohon buloh belakang rumah. Lagi la mood seram mai. Tu lah baca sangat citer seram sehari dua ni.


Tak pasal kena bodoh ke UAI. Sendiri tengok citer hantu sendiri takut.


So, kita gi kedai dobi bayar je la rm5 termasuk extra masa 6 minit, setengah jam nanti siap la keringnya.




ANAK DEMAM

ANAK DEMAM

 Erk alhamdulillah kenyang makan nasi gulai ikan. Dah lama tak beli, rupanya dah harga rm4 sebungkus. Sedap gulainya. 


Mata pun dah layu ni. Tido jap. Hari ni cuti sebab kakak Aimi demam. Pukul 5 pagi tersedar. Terus suap ubat demam. Penuh atas katil dengan anak². Abe Aulia' pun menyelit juga. Dah la dia tinggi. Tak larat dah nak tolak kaki dia.


7.30 pagi dah tercongok kat depan pintu klinik kesihatan. Lepas cek suhu dan dapatkan kad kuning di kaunter saringan kat luar pintu, terus ke tempat yang dikhaskan untuk pesakit demam. Semuanya urusan kat luar bangunan klinik. Semuanya baik2 belaka. Layan dengan sewajarnya. 


Lepas selesai semua urusan termasuk jumpa doktor, test covid, mc, ambil ubat tengok jam dah pukul 8.30 pagi. Cepat giler urusan. 


Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik.🤲

CERITA TANDAS

CERITA TANDAS

 Che kak tahu bila che kak share citer che kak cuci jamban, ada je yang membawang kata itupun nak cerita kat orang. 


Kenapa sibuk² nak bagitau pasal jamban? Orang lain tak cuci jamban ke?


Walaupun namanya jamban, namun ianya bukanlah tempat untuk kita ambil mudah. Bab jamban pun Islam ajar. 


Che kak memang geli kalau jamban kotor. Sebab tu geram kalau singgah kat masjid, alahai kotor giler jamban. Sedangkan masjid adalah tempat beribadah. Harap jawatankuasa masjid ambil cakna tentang kebersihan tandas. 


Teringat pula kisah che kak pergi siasat kes guardian ad litem. Rumah mat salleh. Nilai rumah pada masa 30 tahun dulu dah berjuta harganya. Sekarang ni tak tau la berapa nilainya.


Che kak meninjau kawasan dalam rumah setelah minta izin. Che kak tanya ni bilik siapa. Terkejut beruk badak cimpanzi dan babi pun tak terkejut macam che kak.


Ingatkan bilik tidur rupanya tandas. Nak tido tanpa alas toto dalam 'bilik' tu pun memang kau boleh buat tido. 


Nampak tak beza kita sebagai orang Islam dengan mat salleh. Ini bukan isu keluasan atau mahalnya rumah tu. Isunya kebersihan dan keselesaan.


Walaupun kita tak mampu nak buat tandas macam depa, tapi sekurangnya biarlah bersih dan berbau wangi. Haaa gittewww.


Teringat pula 10 tahun dulu ada gotong royong. Bayangkan ex boss che kak suruh che kak cuci toilet yang tak pernah dicuci dah bertahun². Kotor, berlumut. Che kak yes madam je. Haha.


Che kak beli clorox dan sabun siam peket biru. Campuq dua tu, lepas tu jirus seluruh tandas sambil pejam mata. Haha.


Sejam kemudian, che kak gonyoh segonyohnya. Tingggg berkilau bak hang. Bersih mengelip². Puas hati weiii.


Tapi kannn, seminggu che kak tak leh makan. Bila teringat mesti nak muntah hijau. 🤮


Banyak lagi la kalau nak cerita pasal tandas ni. Belum lagi masuk bab cerita pasal kawan che kak yang rabun teruk bila spek mata dia jatuh dalam lubang jamban.


Dah macam orang buta che kak tengok dia. Dia nak ambil sendiri tapi tak nampak. Masa tu nasib baik bangunan asrama baru dan tandas pun masih baru . Susah juga la nak ambil sebab lubang jamban dalam giler. 


Tak suka dan menyampah mohon skip dan scroll laju². Haaa gitteewww.

MICKEY MOUSE

MICKEY MOUSE

 "Aatif beli kat umi sebab Aatif tahu umi suko miki mouse".




CABARAN HIDUP PJJ

CABARAN HIDUP PJJ

 Tak lama lagi aniversary ke 20. Harap dapatlah berita gembira. Dah tua² ni malas dah nak hadap ujian pjj. Hidup nak tenang² je. 


Nak besarkan anak² bersama² je. Banyak cabaran nak besarkan anak² sekarang ni.


Kita kerja ni pun nak happy² je. Cari rezeki untuk keluarga. Tapi kalau rezeki terpaksa berkongsi dengan tauke minyak dan tol, dah banyak kena cut. 


Ni che kak duk bercerita ni ada la yang membawang nanti. 


Selama kami tak pjj pun, hampir setiap minggu suami che kak outstation juga. Dah biasa  kena tinggal juga pun. Lagi la dulu cabaran nak urus anak² yang masih kecil. 



Sekarang ni syukurlah anak² dah besar dan boleh diharapkan. Tapi tu lah, cabaran menjaga dan mendidik anak remaja ni lain pula. Tetap juga perlu perhatian dari seorang bapa. 


Eh orang lain pun pjj juga. Takde pun nak bising² macam che kak. Hahaha. 


Setiap orang ada cabaran dan ujiannya. Che kak bercerita ni bukanlah bermaksud che kak mengeluh atau tak redha. Sekadar untuk memori tahun depan nanti. Selagi fesbuk bernyawa ada memories selagi tu la akan menjadi kenangan suatu hari nanti.


Haaa gittewww.

UNTUK APA BEKERJA?

UNTUK APA BEKERJA?

 

Sempena cuti Hari Pekerja ni che kak nak tulis la untuk tatapan di muka buku ni. Kot² boleh buat modal untuk makcik membawang.

Che kak pun bukan la nak citer pasal ciri² pekerja yang baik. Che kak pun bukannya pekerja yang baik. 

Sekadar nak share pengalaman che kak je. Dah 20 tahun 4 bulan che kak bekerja sebagai penjawat awam. Lambat lagi nak bersara kalau panjang umur. Sebelum tu pernah kerja kilang 3 bulan. 2 tahun kerja guru tadika (taski abim).

Kenapa bekerja? Dah tentu kerana untuk diri sendiri. Untuk ekonomi hidup sendiri. Apabila dah berumahtangga, keutamaan dah tentu untuk keluarga.



Apabila dah lama bekerja, barulah tahu kerja itu adalah ibadah. Memenuhi tuntutan agama dan tenaga kerja untuk pembangunan negara.

Bekerja dengan izin suami. Walaupun  suami pernah membuat permintaan supaya che kak berhenti kerja, namun sebagai isteri yang tak berapa nak solehah, dah tentu che kak bantah dengan beberapa hujah.

Banyak la sebab² yang che kak nyatakan kenapa che kak tak nak berhenti tanpa kerelaan sendiri. Panjang pula nak taip nanti.

Mana² suami jangan paksa isteri berhenti kerja kalau tak mampu nak bagi jaminan isteri dan anak² akan bahagia hingga akhir hayat mereka.

Bukan sebab takut suami tak mampu.  Lagipun zaman sekarang ni sangat mencabar.  Bekerja ni cukuplah dapat memenuhi keperluan asas hidup dan sesekali dapat reward diri sendiri.

Namun tak semua isteri dapat bekerja atas beberapa kekangan. Antaranya mungkin sebab jaga anak istimewa. Surirumah sepenuh masa tetap besar pengorbanannya dan hargailah mereka.

Para isteri yang ada kemahiran, cubalah jadikan ianya sebagai sumber menjana pendapatan. Contohnya pandai masak boleh niaga makanan, menjahit, niaga online dropship dan apa sahaja lah.





HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com