December 2018 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: December 2018
MISTERI YANG TINGGAL MISTERI

MISTERI YANG TINGGAL MISTERI

Apabila che kak sebut misteri, ianya tidak bermakna seram dan menakutkan. Cerita misteri yang che kak nak cerita ni, yang membuatkan che kak tertanya-tanya dan sampai sekarang che kak tak dapat jawapan.

Akibat misteri ni membuatkan kami ke bilik air secara berjemaah. Tapi bukan kisah seram. Walaupun tak seram, tapi mampu menggoyahkan kepala lutut che kak.

Malam sebelum bertolak ke Kuantan, che kak terlelap dan dalam lelap tu sempat bermimpi. Che kak berada dalam dorm yang mempunyai katil 2 tingkat. Che kak nampak banyak baju dan beg serta kasut.

Che kak kata nak duduk katil bawah. Susah nak duduk katil atas. Malas nak panjat. Ada seseorang depan che kak berada katil bawah juga. Che kak tak kenal. Tapi dia kata, "duduk lah kat bawah tu" dengan nada tegas dan beramaran. Macam nada menyindir pun ada. Lepas tu kannnn dia ketawaaaaaaaa...

Che kak??? Apa yang berlaku pada che kak?? Suami che kak tampar muka che kak sebab che kak mengigau sebut Allahu Akhbar berulang kali. Weiii rasa letih weiii macam baru lepas berlari.

Walhal bukan kali pertama nak berkursus. Perasaan biasa-biasa je. Tak de pun duk fikir. Tapi kenapa mimpi katil 2 tingkat dan individu yang che kak tak kenal.

Peristiwa kedua....

Che kak dan kawan sebilik nak mandi. Kami sama-sama masuk ke bilik mandi. Lepas siap mandi, che kak keluar dan jemur kain kat ampaian. Dalam bilik air tu, ada ampaian.

Masa sedang jemur kain, che kak nampak kawan che kak keluar. Che kak tengok dengan hujung mata je. Walaupun dengan ekor hujung mata, tapi che kak cam kawan che kak.

Che kak masuk dalam bilik sebab ingatkan kawan dah masuk dulu. Eh! Mana Na? Bilik che kak mengadap bilik air. Takkan la che kak terlepas pandang.

Beberapa saat kemudian, kawan che kak masuk dalam bilik. Che kak tanya. "Na baru masuk ke? Na baru keluar dari bilik air ke?"

Habisssss tuuuuu sape yang keluar dari bilik mandi tuuu???

Che kak cuba positifkan dengan mengatakan peserta kursus yang lain...Tapi.... hati che kak tetap dengan yakin bahawa memang che kak nampak kawan che kak.

Peristiwa ketiga....

Masa dalam kelas, che kak nak ke tandas. Maka, kami ke tandas dalam asrama. Suasana dalam tandas memang sunyi. Apabila sunyi sangat, che kak tertanya-tanya, Na dah siap ke?

Sebab tak de dengar air paip, pintu terbuka atau tapak kasut Na. Bayang pun takde nampak sebab mata che kak memang sentiasa tengok kat bawah pintu. Padahal sebelah menyebelah je.

Che kak keluar dan tengok semua pintu tandas terbuka. Na memang takde.

Che kak masuk dalam kelas semula. Na kata, dia dah panggil tapi che kak tak menyahut. Apa kau rasa???

Peristiwa keempat..

Malam terakhir, che kak tak dapat tidur sebab tengah feeling sedih. Nak balik rumah keesokkannya, en suami dan anak2 takde kat rumah. Diorang gi Kedah.

Che kak bermimpi berada dalam kapal lama ala-ala kapal lanun zaman dahulu kala.

Tetiba ada seorang perempuan berkulit gelap macam negro, bibir besar giler dan merah macam pakai gincu merah menyala. Rambut kerinting macam zaman retro.

Tetiba dia cium che kak. Yerkkkk.. Ingat che kak ni lesbian ke.. Susah payah che kak tolak dia.

Peristiwa kelima..

Selesai kelas terakhir dan tibalah masa nak balik. Che kak duk sorang2 dalam bilik. Kawan2 che kak pergi ke tandas. Pintu bilik terbuka.

Sekian lama pintu terbuka, tiba2 dia tertutup. Che kak tengok je pintu tu. Tengok macam nak tembus pintu tu. Kenapa masa ada orang engko tak pernah tertutup sendiri hah? Tiba2 hari ni kau rajin nak tertutup sendiri.

Che kak dah dapat jawapan. Masa ada orang dalam bilik, pintu tak pernah buka. Kalau pintu dalam keadaan tutup dan tiba2 terbuka, memang che kak lari.

#misteri
HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com