September 2019 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: September 2019
TOLERANSI

TOLERANSI

Che kak pernah mengikuti kursus motivasi dan teknik belajar cemerlang untuk pelajar tingkatan 5 di bandar Sibu tahun 1997. Tak silap che kak, anjuran KEMAS Bahagian Sibu.

Walaupun pelajar bercampur daripada pelbagai sekolah sekitar bandar Sibu, che kak tak terasa disisihkan. 

Itulah kali pertama che kak join program yang ada pelajar muslim dan non muslim.

Waktu makan, kami sama-sama baca doa. Mula-mula wakil orang Islam baca doa makan. Lepas tu, wakil dari pelajar Kristian baca doa pula. Lepas tu, kami makan bersama-sama. 

Che kak seronok sangat dapat kawan baru.

Pada suatu hari, che kak berdiri sebab takde tempat duduk. Bukan takde kerusi. Ada 1 kerusi kosong, tapi sebelahnya ada pelajar lelaki Iban. Bukan che kak sombong, tapi segan yak amat.

Ada seorang pelajar perempuan Iban kristian, dia bangun dan suruh che kak duduk kat tempatnya. Tak sangka dia sangat memahami perasaan che kak.

Walaupun kita berbeza agama dan bangsa, namun kita perlu saling hormat menghormati antara satu sama lain. Hormat budaya dan agama lain, bukan bermakna kita ketepikan agama kita.
APAKAH PERBEZAAN ANTARA KERJA KEBAJIKAN DAN KERJA SOSIAL

APAKAH PERBEZAAN ANTARA KERJA KEBAJIKAN DAN KERJA SOSIAL

Hari ini che kak berkesempatan mendengar taklimat mengenai Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial.

Semoga RUU PKS berjaya diwartakan sebagaimana profesion lain yang ada akta tersendiri seperti bidang perubatan, kaunselor, farmasi, jurutera dan lain-lain. Bahkan ada beberapa negara yang dah wartakan akta kerja sosial.

Che kak bukan nak kupas mengenai RUU tersebut. Serahkan sahaja pada pakar untuk fikir dan laksanakan supaya menjadi kenyataan. Orang macam che kak tak perlu "pecah kepala" duk mikir. Banyak lagi kerja hakiki yang kena buat.

Che kak nak bagitau kerja sosial sangat berbeza dengan kerja kebajikan. 

Contoh kerja kebajikan, kita telah belikan sekampit beras, sekilo gula, teh, kopi dan minyak masak untuk  disedekahkan pada asnaf. 

Selepas sedekah, kita dah rasa lega sangat kerana dah bantu asnaf. Ops sambil selfie dan postkan dalam media sosial hashtagdonebantuorangmiskin. Lepas tu kita balik ke negeri asal kita.

Bagaimanakah yang dikatakan kerja sosial?

Kenapa tak sama dengan kerja kebajikan?



Apabila kita telah kenalpasti semua masalah dan keperluan asnaf tersebut, maka kita akan bantu dia dengan sumber-sumber yang ada. 

Kita perlu temubual asnaf sendiri, ahli keluarga, jiran dan pemimpin tempatan seperti ketua kampung bagi mendapatkan maklumat dan fakta yang sebenar. 

Jangan sesekali buat tafsiran dan pandangan berdasarkan "saya rasa" tanpa melihat sendiri.

Che kak nyatakan contoh kerja-kerja sosial yang boleh kita lakukan.

Contoh:

1. Bantu dapatkan bantuan bulanan daripada jabatan yang menawarkan bantuan bulanan seperti JKM atau jabatan agama. 

2. Sekiranya asnaf memerlukan tempat tinggal, rujuk ke agensi seperti penggawa, baitulmal, DO atau ADUN. Semak sama ada agensi ada memberi bantuan rumah, sewa rumah atau baiki rumah.

3. Contoh yang lain, che kak pernah rujuk ke Pejabat Kesihatan Daerah untuk permohonan tandas semasa melawat kes bantuan di mana rumah kediaman asnaf tiada tandas yang sempurna.

4. Selain daripada melihat keperluan diri asnaf, kita kena lihat ahli keluarga yang tinggal bersama seperti suami/isteri, anak-anak, ibubapa dan lain-lain.

5. Adakah anak-anak bersekolah dengan sempurna? Bincang dengan pihak sekolah.  Sekiranya tidak bersekolah, bantu anak-anak supaya dapat bersekolah iaitu dengan rujuk ke PPD. 

6. Sekiranya mempunyai anak OKU, bantu dapatkan haknya sebagai OKU.  Contoh daftarkan kad OKU. JKM ada menawarkan perkhidmatan pusat pemulihan dalam komuniti. Sila google apa itu PDK. JKM juga ada pusat latihan untuk OKU Fizikal yang terletak di Bangi.

7. Sekiranya asnaf ada anak remaja dan dewasa yang tidak bersekolah atau bekerja, cuba dapatkan tempat di pusat latihan kemahiran seperti Giat MARA, MAIK, Institut Latihan FAMA dan pelbagai pusat latihan kemahiran. Apabila ada kemahiran, maka anak-anak remaja ini dapat menjana pendapatan dengan ilmu kemahirannya. Ataupun melalui job matching dengan Jabatan Tenaga Kerja.

8. Sekiranya asnaf atau ahli keluarga pandai dan minat berniaga, rujuk ke agensi yang menawarkan modal perniagaan percuma seperti MAIK, FAMA, pejabat pertanian dan lain-lain lagi. 

9. Walau apa jua yang kita lakukan, tetapi asnaf masih tidak mahu dan tiada keinginan untuk berubah ke arah positif, rujuk ke Kaunselor berdaftar. Kasi semangat sikit. Kaunselor ada ilmu bagaimana nak ubah minda seseorang. Mereka belajar ilmu kaunseling dan psikologi. Elakkan dengan cara dapatkan nasihat netizen dalam media sosial.

10. Sekiranya kita dapati rumah asnaf sangat kotor, tidak terurus dan dhaif atau kita ingin membina rumah secara gotong royong, maka kita boleh dapatkan kerjasama secara NBOS. Sila tanya makcik google apa itu NBOS.

Ini adalah antara contoh-contoh kerja sosial yang boleh kita lakukan  bagi memastikan kehidupan asnaf benar-benar terbela. 

Kita perlu dapatkan maklumat agensi atau badan bukan kerajaan bagi menyalurkan bantuan dan perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan asnaf.




RAGAM DI KAUNTER

RAGAM DI KAUNTER

Memang betul petugas kaunter kena sabar, sentiasa senyum dan berbudi bahasa apabila layan pelanggan yang berurusan di kaunter.

Macam-macam ragam pelanggan. Semua kena layan secara berhemah dan profesional. Orang mental pun kita layan. 

Walaupun "costumer is always right" , tapi che kak nak tegur juga pelanggan yang bersikap tidak wajar. 

Petugas kaunter juga adalah manusia biasa. Mereka juga ada hati dan perasaan. Kasihanilah mereka nak hadap macam-macam karenah pelanggan. 

Apabila che kak berurusan di kaunter pejabat lain, che kak jaga tatasusila che kak sebagai pelanggan. Malu kokram weiii kalau wat perangai kepala batu kita kat pejabat orang. 

Sekiranya kita nak bertanyakan sesuatu untuk merungkai kemusykilan kita, cuba tanya elok-elok. Jangan tanya dengan nada sindir. Jangan tanya macam nak bergaduh. 

Jangan tanya awal-awal lagi kalau tak nak buka pintu hati terima penerangan petugas kaunter. 

Apabila petugas kaunter memberi penerangan, cuba dengar dengan berlapang dada. Jangan rasa kita je yang betul. 

Teringat satu peristiwa che kak dengan seorang pelanggan. Sampai je kat kaunter, ayat pertama yang keluar, "Bakpo duit bantuan tak masuk lagi?" 

Apabila cek sistem, duit bantuan dah dikreditkan ke akaun pelanggan pada tarikh sekian-sekian. 

Pelanggan tetap menafikan itu adalah duit bantuan. Katanya duit pinjaman AIM. 

Che kak cek penyata akaun bank pelanggan. Dalam penyata pun dah terang lagi bersuluh ditulis duit bantuan sekian-sekian. 

Tak nak faham juga. Ayyoooo 😣😣 

Che kak senaraikan duit masuk dan keluar. Che kak jelaskan satu persatu apa yang tertulis dalam penyata akaun bank. Kasi pencerahan kepada pelanggan yang masih dalam kegelapan. 

Tu dioooo... Duit 'cocoh' melebihi duit pinjaman AIM. (Pinjaman RM9K. Duit keluar melebihi RM10K) 

Apabila duit yang dikeluarkan melebihi duit pinjaman AIM, jadi duit gapo yang tubik lebih tu? 

Sebenarnya pelanggan tak dapat terima hakikat bahawa duit AIM dah habis sekelip mata. Sedap je cucuk kat mesin ATM. Sedar-sedar je duit dah habis licin. 

 #ragamkaunter
BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN KEBERKATAN DALAM PERNIAGAAN

BAGAIMANA UNTUK DAPATKAN KEBERKATAN DALAM PERNIAGAAN

Che kak selalu pesan pada klien che kak yang buat bisnes. Jangan tahu nak untung je sehingga mengabaikan keberkatan dalam bisnes.

Walaupun untung kecil tapi apabila kita jaga berkat, Insya Allah kita akan rasa senang dan cukup dengan hasil pendapatan bisnes.

Bagaimana nak dapatkan keberkatan dalam bisnes?

Jujur, amanah dan jaga kepercayaan.

Dapatkan  suntikan Typhoid untuk pengendali makanan dan minuman. 

Jaga kebersihan diri dan tempat penyediaan makanan. Pastikan kuku bersih. Jangan pakai barang kemas seperti cincin dan jam. Segala kuman ada kat barangan kemas dan jam yang kita pakai.

Che kak pernah melihat seorang pakcik sedang bungkus kuih. Jarinya penuh dengan cincin. Tangan kiri sedang memegang rokok. Ambil kuih dengan tangan dan masukkan dalam plastik untuk dibungkus.

Ya Tuhannnn. Pakcik, che kak tak kisah pakcik tak hensem. Kalau hensem pun, che kak tak sanggup nak makan kuih yang pakcik bungkus.

Kenapa tak guna penyepit kuih? Kenapa perlu merokok semasa bungkus makanan? Kenapa tak tanggalkan cincin dan aksesori?

Sehingga ke hari ini, che kak tak beli  kuih kat pakcik bukan sebab pakcik tak hensem. Bukan sebab che kak tak support dan kasihan. Tapi pakcik tak jaga etika penyediaan makanan.

Ingatlah! Walaupun pelanggan tak nampak apa yang kita buat semasa memasak, Allah nampak!

Walaupun pelanggan tak nampak jari kita tengah korek hidung, garu kepala, garu tempat gatal, tapi Allah nampak!

Walaupun pelanggan tak nampak makanan yang disediakan dalam keadaan tidak bersih, tapi Allah nampak!

Walaupun pelanggan tak nampak kita guna air paip yang tidak dimasak untuk bancuh air minuman, tapi Allah nampak!

Dalam penyediaan makanan juga selain kebersihan yang perlu diutamakan, kesucian makanan juga perlu dititiberatkan.

Bahan mentah yang digunakan mestilah bersumberkan halalan toyyiban. 

Contoh bahan mentah seperti ayam. Pastikan ayam yang disembelih dan dibasuh dengan bersih. 

Begitu juga dengan lain-lain bahan seperti rempah, kicap, sos, ajinomoto, sardin. Pastikan halal dan suci.

Allah nampak apa yang kita buat dan Allah yang akan beri keberkatan.

Apabila kita jaga keberkatan, untung sedikit tapi rasa sangat cukup. Berbanding dengan kita tak jaga berkat. Banyak untung maaaa tapi hati tarak senang maaa.




RESEPI SAMBAL TELUR REBUS YANG MUDAH DAN SEDAP

RESEPI SAMBAL TELUR REBUS YANG MUDAH DAN SEDAP

Uols masak sambal telur camne? Telur mata kerbau atau rebus?

Asal nama sambal telur, semuanya sedap kan. Tak kisah la goreng atau rebus.

Che kak nak cepat, jadi che kak rebus. Agak-agak dah masak, tutup api dapur. Sukatan masa, che kak hanya ikut gerak hati je. 

Selepas kupas kulit telur, che kak goreng sekejap untuk dapatkan garing sikit. 

Kalau tak nak goreng pun takpe. 

Untuk sambal, macam-macam versi dan resepi. Lagi lama kita tumis, lagi sedap. Kadang kala sampai berjam-jam untuk dapatkan sambal yang sedap.



Che kak masak sambal takde la lama sampai berjam-jam. Asalkan garing dan masak.

Zaman sekolah dulu, masa tinggal di asrama yang kena masak sendiri, che kak guna cili boh je nak masak sambal.

Lada kering direbus terlebih dahulu. Untuk sukatan, che kak guna gerak hati je nak rebus banyak mana lada kering.

Che kak suka guna lada kering yang besar. Tak pedas dan warna merah sambal sangat cantik.

Lagipun kita masak untuk anak-anak. Jadi tak boleh la sambal pedas.

Che kak masak sambal versi kering. Ada yang nak berkuah. Terpulang pada selera masing-masing.


Selepas rebus lada kering, toskan air dan buang biji.

Lada kering rebus, 4 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah diblender.

Panaskan minyak masak. Banyak pun takpe. Nanti sambal akan pecah minyak dan masak dengan cantik. 

Apabila dah siap masak, boleh buang lebihan minyak.

Tumiskan bahan blender tadi.

Che kak masukkan sekeping asam gelugur. 

Masukkan sedikit belacan dan gula melaka@gula merah@manisan.

Kacau sampai garing.

Masukkan bawang besar yang dihiris nipis-nipis dan bulat.

Apabila dah pecah minyak, garing dan warnanya cantik, masukkan sedikit garam dan gula. 

Kemudian masukkan telur rebus yang telah digoreng seketika.

Kacau sebati kasi sambal bersalut kat telur.

Kalau minyak banyak, buang je dengan perlahan-lahan. Takut telur tergolek jatuh.

Makan dengan nasi putih dan nasi lemak, memang sedap.

RESEPI SAMBAL IKAN SARDIN

RESEPI SAMBAL IKAN SARDIN

Sape suka makan sambal ikan sardin? Sekali sekala layan lauk ikan sardin bertemankan telur dadar, perghhh memang mengenyangkan perut. 

Ikan sardin adalah salah satu makanan yang perlu ada dalam simpanan pengkalan hadapan, siap siaga menghadapi bencana banjir. 

Suatu ketika dahulu, ikan sardin dalam tin masih murah dan mampu milik. Sekarang ni, satu tin Ayam Brand mencecah RM8.50 yang di dalamnya ada 3 ketul. 

Ikan sardin import dari China memang murah. Tapi ada yang diragui status halal.  

Nak buat stok sendiri, che kak tak berapa nak rajin lagi. 

Jom layan resepi ikan sardin style che kak.



🐟Ikan sardin digoreng terlebih dahulu. Memang sedap tau kalau digoreng terlebih dahulu. Tapi kena bersiap sedia la dengan penutup periuk. Haha. Merencik bak hang. 

🐟Tumbuk 3 ulas bawang putih, sedikit je halia, dan 2 tangkai cili padi. Kalau nak pedas, on je. Tapi che kak letak sikit je cili padi sebab anak-anak tak tahan pedas. 

🐟Tumis bahan tumbuk dengan minyak gorengan ikan sardin tadi. 

🐟Apabila bahan tumisan dah garing dan naik bau, masukkan kuah ikan sardin. 

🐟Kalau tak tahan bau hanyir, boleh perah sedikit asam limau dalan kuah sebelum masukkan kuah dalam kuali. 

🐟Masukkan bawang besar yang dihiris, dan sekeping asam gelugur.

🐟Masukkan tomato yang dibelah empat dan hirisan lada hijau (lada solok). 

🐟Masukkan sedikit garam dan gula. 

🐟Kemudian masukkan ikan yang telah digoreng tadi. 

🐟Biarkan seketika, dan selepas itu tutup le api dapur. 

🐟Kalau minyak banyak sangat, boleh buang la ye. Yummyyyy..
APA YANG PERLU ADA DALAM TEAM WORK

APA YANG PERLU ADA DALAM TEAM WORK

Che kak teringat satu permainan semasa berkursus di Melaka beberapa bulan yang lalu. 

 Setiap kumpulan kena bawa gelas yang berisi air yang diletakkan di atas kain batik. Setiap kumpulan kena bawa kain batik tersebut ke satu tempat tanpa tumpahkan gelas.


Susah tau!

Kenapa susah? 

Sebab banyak sangat suara arahan dan idea bagaimana nak handle kain batik tu. Habis satu baldi air. 

Tak bergerak-gerak juga. Akhirnya..... 

Lantik seseorang menjadi jurucakap dan memberi arahan dan semua ahli dengar satu arahan tersebut. Walhal ramai je yang bijaksana dalam ahli kumpulan. 

Tapi apa kejadahnya? Gelas asyik tumpah je. 

Apakah hasilnya selepas mendengar satu arahan sahaja dan ahli sepakat. Kami berjaya membawa kain batik bersama-sama sehingga ke satu tempat tanpa tumpahkan air. 

Faham maksud permainan itteew? 

 Che kak nak tanya.. Sape pernah lukis gambar ibu ayam dan anak-anak ayam? Cuba lukis secara spontan. 

 Ada maksud disebalik lukisan. Sekiranya ibu ayam berada di tengah-tengah antara anak-anak ayam, bermaksud anda boleh memimpin dan dipimpin. 

 Ramai yang boleh memimpin dalam pasukan, organisasi, team dan apa sahaja yang membawa maksud berkumpulan. 

 Tetapi berapa ramai yang boleh dipimpin sekiranya orang yang memimpin adalah junior? Tak kira la junior dari segi umur, tempoh perkhidmatan, pangkat dan tahap pengalaman. Manakala orang yang dipimpin kebetulannya jauh lebih hebat. 

Namun, apabila bekerja secara team work, perlu ada seorang ketua dan perlu orang yang dipimpin kena ikut arahan ketua.

 Tujuannya adalah supaya team mencapai matlamat dan objektif pasukan. Namun begitu, bukanlah bermakna orang yang dipimpin tak boleh bersuara dan memberi pendapat. 

 Sama-samalah mencari persepakatan demi mencapai matlamat. Setiap team kena tetapkan matlamat. Contohnya nak menang nombor 1 dalam pertandingan. 

 Lantik ketua yang dipersetujui oleh ahli. Ketua hendaklah jalankan peranan dan tanggungjawab. Ahli kumpulan hendaklah dengar arahan ketua. 

 Keluarkan idea yang bijaksana dan dapatkan persetujuan ahli dan ketua. Sekiranya ada ahli kumpulan yang tidak bersetuju, kena berlapang dada sekiranya idea kita tidak disetujui. 

 Ingat matlamat asal. Nak menang nombor 1. Ada masalah, bincang dan selesaikan bersama. Jangan disimpan dalam hati. Ketepikan perasaan tidak puas hati dan ego kita.
PENGALAMAN BEKERJA DI KILANG

PENGALAMAN BEKERJA DI KILANG


Sape pernah kerja kilang? Che kak pernah kerja kilang sebaik sahaja habis belajar kat UPM. 4 bulan je che kak sempat jadi minah kilang.

Kecik hati betul bila Tun bagitau orang Melayu malas kerja. Hahaha.. Kita punye la struggle cari kerja dan kerja je apa yang ada.

Kerja shif. Gaji hari RM40.00. OT dapat le RM55.00. Tinggal di asrama yang disediakan. Rumah kedai yang disewa dan dijadikan asrama. Che kak dah lupa berapa orang penghuni dalam sebuah rumah. 10 orang kot.

Housemate che kak kebanyakkannya Sabahan. Tapi che kak syak ada di kalangan mereka adalah orang Filipina.Cantik lain macam maaa. Macam bintang drama Filipine.

1st time sampai kat hostel, che kak tanya arah kiblat. Hayyaaa mereka tarak tahu. Che kak tenung matahari. Ya Allah, aku nak solat ni. Tunjukkanlah arah kiblat. Selepas yakin dengan arah kiblat, che kak solat.

Tak lama selepas tu, ada seorang makcik orang Sabah baru balik dari kilang. Dia tunjuk arah kiblat. Ooo nasib baik betul. Hahaha..
Walaupun che kak sorang diri, tapi che kak masak. Masak nasi dan goreng telur mata kobau pun jadi la. 🍳 Jarang-jarang je che kak makan kat kantin kilang.


Ada seorang housemate che kak orang Kelantan. Apabila  dapat duit gaji, dijolinya. Habis dalam masa sehari je. Hari kedua, mulalah berpuasa yang tak berbuka. Orang lain puasa, ada la juga berbuka dan bersahur. Dia pula, tak de waktu berbuka. Takde duit maaa..

Sambil membebel bagi nasihat, che kak pelawa juga makan sekali masa che kak masak. Ish che kak takut  kalau dia mati depan che kak sebab kebuluran. Tak pasal!

Che kak suka masak menu sambal. Boleh pula dia komen masinnya sambal. Walhal dia tu dah tahap kebulur. 😄😄😄

Dia buat apa dengan duit gaji? Setiap bulan tukar handset baru maaa.
Tapi kalau dia ada masalah dan ingin luahkan perasaan, che kak setia je dengar. Takde la che kak bergaduh sampai tak boleh nak bersembang. Maklum la kami berdua je orang Kelantan.

Kalau dapat cuti, che kak balik kampung. Tapi dia tak balik. Che kak tanya kenapa tak nak balik? Dia diam aje.

Che kak provok dia sebab nak tahu juga kenapa tak nak balik kampung walaupun famili masih ada.

Apabila dia tunjuk gambar ayah dia, che kak terlepas cakap. Macam orang jahat ayah awak. Ish jahatnya mulut che kak. Cepat-cepat che kak minta maaf.

Katanya, ye betul. Bla bla bla bla bla bla..(sensor).

Kita selalu nampak anak yang berperangai teruk kalau tak balik jenguk ibubapa kat kampung. Tapi kita tak tahu betapa struggle mereka nak hidup dan lupakan kisah silam.

Che kak selalu bagi kata-kata semangat kat dia. Kadang-kadang dia bagi kata-kata semangat kat che kak. Seronok berbual-bual dengan dia. Dia suka ketawa malu-malu gittew.

Pada suatu hari, sedang che kak nak solat, tiba-tiba housemate che kak muka macam Filipine bagitau "awak solat tunggang tonggek pun belum tentu awak baik. Macam saya, walaupun tak solat saya orang baik dan beriman".

Dahsyat pemikiran begitu.

Mmm malas nak layan. Lantak la dia nak cakap apa.
Klimaks yang membuatkan che kak rasa sangat nak marah. Tahap gaban yang nak bertukar kaler hijau.

Ada ke patut dia kunci pintu bilik air dan tak bagi guna bilik air. Pintu bilik air bukannya macam pintu plastik sekarang ni. Sekali tolak boleh tercabut.

Pintu bilik air rumah tu, pintu kayu yang tebal. Guna tombol. Che kak bukannya pandai nak buka pintu guna pin macam orang buat dalam filem.

Che kak minta anak kunci dengan baik , tak dilayan. Sabar je la.
Entah dari mana datang kekuatan. Che kak tendang pintu bilik air yang tebalnya entah berapa ukurannya. Tendang punye tendang, tercabut tombol. Haaa baru boleh masuk bilik air. Tapi tak leh nak kunci balik. Padam muka. Kahkahkah.

Che kak ugut, che kak nak bagitau kat bapa sedara che kak seorang polis supaya  tangkap dia. Sebenarnya che kak serkap jarang je. Tak tahu la pula dia memang betul-betul orang Filipine. 😆😆😆 Pucat muka dia. 😝😝

Kalau supervisor minta ganti rugi, che kak sanggup bayar. Nasib baik tak perlu ganti dan tak potong gaji. 😀😀

Banyak lagi kenangan sebagai minah kilang walaupun sekejap je.
Warga menteri kena kerja kilang juga baru tahu betapa strugglenya rakyat nak cari rezeki demi kelangsungan hidup. Asyik nak bergaduh dengan rakyat je.

RAIKAN ANAK

RAIKAN ANAK

Agaknya kalau bawa diorang ni kat taman permainan, diorang nak main ke? 😄😄

Hari ni bawa anak-anak makan kat luar sempena raikan abang aiman dapat result trial exam PMR. Eh silap. PT3. Sekali sekala bawa makan kat luar.


Walaupun kurang memberangsangkan, che kak tahu, abang aiman dah berusaha bersungguh-sungguh. Takpe. Masa masih ada lagi untuk kejar target. 

Abe Aulia' tengah preksa UPSR sekarang ni. Doa sahaja yang baik-baik. Nak tegur banyak kali pun, che kak sendiri tak pernah dapat straight A.

Abang Ahyad tak exam tapi nak raikan dia yang akan diberhentikan sementara  henpon sehingga selesai peperiksaan akhir tahun. 😉😉



Anak-anak order menu simple je. Uminye??. hmmmm. Hari ni che kak nak gantung kuali. Malas tahap gaban nak masuk dapur.
BAGAIMANA BERMULA UNTUK MENULIS

BAGAIMANA BERMULA UNTUK MENULIS

Orang kata che kak garang, tegas, bekeng dan apa sahaja perkataan yang membawa maksud sedemikian.

Entah le. Che kak tak pandai nak atur ayat manis bergula. 

Che kak tahu, takde orang suka dan sayang kalau kita garang. Che kak tak gila nak garang tak bersebab. 

Che kak bukan seorang giler kerja walaupun kerja giler.

Che kak ikhlas memberi teguran kerana nak sama-sama belajar dan pandai. 

Semasa che kak bekerja di pejabat lama, che kak dipertanggungjawabkan mengurus isu-isu aduan pelanggan.

Setiap laporan yang rakan sekerja tulis, che kak akan semak sebelum di hantar untuk tatapan mantan Tuan Pengarah.

Walaupun 10 kali che kak semak dan selagi che kak rasa tak puas hati, selagi itu la kena betulkan laporan. 

Agak-agak orang suka ke kalau laporan asyik kena reject je seolah-olah macam orang tak pernah pergi sekolah.  

Tahu tak kenapa che kak cerewet sangat?

Dalam keadaan che kak duk beringat,  ada juga yang hantar laporan aduan ke mantan pengarah tanpa che kak semak.

Kenapa? Agaknya dia fed up sebab che kak suka tegur tegur tegur tegur tegur untuk baiki ejaan, ayat, bahasa, perenggan dan lain lagi.

Tahu apa yang terjadi? 

Hancur hati che kak. Kecewa. Frust. Sedih. Che kak tak marah. Bukan masa che kak nak marah selepas kena marah dengan pengarah.

Che kak akan memberi teguran dan peringatan sebelum terlanggar dinding. Kalau dah terlanggar, pandai-pandai la cari ubat sendiri.

Buat pertama kali, mantan pengarah call che kak. Berdebar tahap gaban apabila rakan sekerja cakap call dari pengarah.

Tahu tak apa ayat pertama keluar?

"Laporan ni laporan sampah! Saya nak buang dalam tong sampah! Macam ni nak bagi menteri baca!".

Allah je la yang tahu perasaan che kak pada masa tu. Tak tahu nak sorok kat mana muka ni walaupun tuan pengarah tak nampak pun muka kita.

Che kak hanya diam diam diam diam. Bukan stail che kak nak back up selepas kesalahan yang nyata lagi terang bersuluh. 

Sebelum meletakkan telefon, pengarah sempat bagitau "Saya tahu bukan awak yang tulis laporan ni. Tapi awak pengurus aduan. Kena bertanggungjawab. Pastikan staf tulis laporan yang berkualiti".

Cerewetnya che kak bukan minta untuk dipuji. Tapi nak pastikan agar pihak atasan puas hati. 

Bukanlah che kak nak maksudkan laporan yang che kak tulis tu, bagus. Biasa la kan, kalau kita jadi tukang semak, memang kita akan nampak kekurangan dan kesalahan laporan orang lain hatta satu titik pun kita nampak.

Sama juga sekarang ni. Che kak juga masih diberi tanggungjawab menulis laporan. 

Che kak tetap memerlukan boss untuk semak dan betulkan kesilapan dan kesalahan yang che kak tulis.

Bezanya, che kak suka dan sangat berterima kasih kepada boss atas teguran untuk membaiki lagi mutu menulis laporan.

Walaupun dah 17 tahun kerja JKM, che kak masih lagi belajar yang kadang kala ilmu takde dalam buku. Pengalaman adalah pengajaran yang sangat berguna.

Che kak tidak pernah membenci sesiapa sahaja yang memberi ilmu walaupun dia sangat menjengkelkan.

Mantan boss che kak pernah berkata pada che kak, "ayat bodoh, ayat darjah 6!"

Kerana ayat bodoh itulah che kak bangkit belajar menulis.

Nanti che kak cerita tentang air mata che kak jatuh kerana sekeping surat rasmi.😛

#sukabacalaporanoranglamadalamfaillama




BAGAIMANA MENDAPAT KEBERKATAN PERKAHWINAN

BAGAIMANA MENDAPAT KEBERKATAN PERKAHWINAN

Masa che kak kahwin dulu, takde majlis yang gah. Kecil-kecilan aje. 

Masa tu, che kak baru 5 bulan kerja. Duit simpanan tak berapa nak ada. Dapat gaji RM1300 sebulan, che kak beli sikit-sikit barang hantaran. 

Kawan sekerja banyak tolong sediakan barang hantaran. Kak linda tolong gubah bunga hantaran.

Che kak tak buat loan personal dan che kak tak berhutang dengan sesiapa sahaja.

Barang hantaran pun yang murah dan takde brand. Ambil syarat letak atas par je.

Takde mak andam. Mak tiri che kak 'ngepek' juga sebab muka tak de seri solekan. Mak tiri che kak tenyeh foundation dan gincu dia aje.. Hahahaha..  Bibir che kak merah menyala ditenyeh gincunya.

Apabila Arman Rider tegur merahnyo lecu, terus che kak sapu bibir buang gincu. 😅

Bilik pengantin pun simple je. Takde hiasan ala-ala bilik raja. Nasib baik ayah cat baru juga bilik pengantin. 

Ada la juga sedara bising-bising sebab bilik takde hiasan. Sebenarnya che kak suka simple. Serabut butir mato tengok macam-macam hiasan bunga dan ropol.

Pelamin pun takde. Jadi takde la istilah pelamin anganku musnah. 😁

Takde tempahan cameraman dan outdoor shooting. Usahkan nak ambik gambar kat luar. Nak bergambar masa salam pun segan yak amat. Ambil gambar sekeping dua wat kenangan.

Baju pengantin hanya sepasang sahaja. Harga tak silap RM99.00. Pakai masa akad nikah sampai ke petang. Takde baju salin-salin. Baju akad nikah che kak simpan lagi sebab saiz S. 😆

Makan beradap pun takde. Pengantin lelaki makan je lauk bawah khemah. 

Che kak tak kisah dengan majlis kahwin yang simple. Che kak hanya nak kat pengantin  lelaki je. 😁

Che kak yakin dengan jodoh yang Allah tunjuk melalui solat istikharah. Mujur juga smart jetak di mata che kak. 😜

Walaupun Arman Rider tak pernah bagi hadiah bunga sebab alasan dia tak boleh buat makan, tapi dia akan belikan bunga yang berkilau lilit kat pergelangan tangan.

Walaupun dia tidak romantik, tapi dia buat semua kerja-kerja rumah dan uruskan anak-anak tanpa kekok.

Walaupun dia tidak kaya, tapi dia tidak kedekut nafkah. Tak pernah culas bagi nafkah. 

Walaupun kami selalu bergaduh  tapi ayatnya cukup win. "Abang relo panas pedal dengan awok daripada panas sore dalam bilik. 😝"
PRODUK MIKKAE HARGA RUNCIT 1 SEPTEMBER 2019 - 31 DECEMBER 2019

PRODUK MIKKAE HARGA RUNCIT 1 SEPTEMBER 2019 - 31 DECEMBER 2019

HARGA RUNCIT 1 SEPTEMBER 2019 - 31 DECEMBER 2019

🥛🥛🥛🥛🥛🥛🥛🥛🥛🥛🥛🥛
MIKKAE MILK POWDER (serbuk susu kambing asli)
1 canister 250g RM35 (not available for the moment)
1 pek 500g RM69. Offer RM66 (available)

SPECIAL : 8pek 500g + FREE 1pek 500g
RM550 postage RM15

COMBO I - RM75 freepos (LIMITED 50 set only)
1 PEK 500G + 1 botol mikkae chewable

COMBO III -RM150 freepos
2 PEK 500G + 1 mikkae chewable

COMBO IV -RM290 freepos
4 PEK 500G + 1 mikkae chewable

🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪

MIKKAE HEALTHY SNACKS

Kurma Mariami 1pek + Ajwa 1 pek RM30 freepos
urma Mariami 2 pek + Ajwa 2 pek RM50 freepos

Mikkae Cookies 1pek RM6 postage rm8
Offer RM36 -6 pack + free 1pack freepos & free 1 sachets Mikkae Choc Drink premix

🍫🍫🥮🍩
MIKKAE CACAO POWDER
1 canister RM25

☕️☕️☕️☕️
Sample of Mikkae Choc Drink premix
1set ( 4sachets) RM5 (normal price RM10)

MIKKAE CHEWABLE
1bottle RM49 freepos
Twin bottle RM80 free pos

Harga diatas valid untuk semenanjung Malaysia
Tambahan RM4-RM8 untuk sabah sarawak.

Ingin harga special. Daftar sebagai ahli/dealer dan nikmati potongan diskaun harga istimewa


HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com