December 2015 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: December 2015
Pengalaman kelahiran anak ke tujuh dengan menggunakan suntikan epidural

Pengalaman kelahiran anak ke tujuh dengan menggunakan suntikan epidural

Alhamdulillah, hari ni hari ke 13 kelahiran Nur Asmaa' Awaatif bt Fazdrul Arman.. Cahaya mata ke 7 ni tetap di terima dengan rasa penuh syukur dan sayang penuh kasih sayang.. Walaupun cuti tak bergaji, namun tentu ada rezeki  buat Awaatif..

Hari ni Kak Za nak cerita tentang kelahiran Awaatif.. Pada 7.12.15,  tempoh kehamilan 39 minggu 6 hari.. Due keesokannya.. Seperti biasa rutin mingguan, Kak Za ada temujanji doktor  pakar klinik kesihatan berhampiran rumah Kak Za.  Setelah melalui proses check up ibu mengandung, dan dah dapat result darah (sebelum ni Kak Za disahkan hypokalium), terus Kak Za jumpa doktor..

Seperti biasa, doktor pakar akan jalankan tugasnya.. Selesai scan baby, doktor kata air ketuban kurang.. Kena masuk ward juga pada hari tu.. Antara sebab-sebab kena masuk wad walaupun belum ada tanda-tanda sakit nak bersalin ialah air ketuban disyaki kurang, mantan pesakit jantung, injap jantung ada bocor sikit, GDM on control diet..

Selesai daftar kemasukan wad kat HRPZII jam lebih kurang 2.30 ptg. Tapi masih belum dapat masuk wad lagi. Bakal-bakal ibu bersilih ganti masuk kat ruang labor room. Pelbagai ragam ibu-ibu. Sempat juga berbual-bual dengan bakal ibu. Petugas hospital tak menang tangan wat kerja..

Kak Za tak pernah masuk spital waktu siang hari.. Ni lah first time.. Selalunya lepas tengah malam atau lepas isyak Kak Za akan ke hospital.. Itupun time dah rasa nak bersalin..

Rupa-rupanya wad penuh.. Ramai yang teramat ramai ibu-ibu dan bakal ibu kena warded.. Lebih kurang pukul 5.00 ptg baru Kak Za dapat masuk wad.. Pergh.. Memang ramai luar biasa.. Ramai pula umat Nabi Muhammad
nak keluar dalam bulan 12..

Dah masuk wad tu, kena la pakai 'uniform pink'.. Hikhik.. Jimat ruang beg tak perlu bawa baju banyak- banyak.. Eh! Baru perasan.. Macam staf JKM Tumpat.. Rupanya berjiran dengan wife dia.. Serta merta jadi 'member baik' sebab berjiran katil..

Doktor muda 'semat jetak' pun datang kat katil Kak Za.. Kena interview ler.. Kak Za tau dia dah tau story Kak Za.. Mesti dia dah baca 'novel merah' Kak Za tu.. Kak Za pun jawab setiap soalan dengan sejujur-jujurnya..

Kesimpulannya, pagi keesokannya dah due.. Kak Za akan 'dipaksa' tapi dengan cara 'lembut dan semulajadi'.. Diinduce guna sejenis tiub belon getah.. Nak kasi buka 'jalan'.. Doktor kata tak boleh guna ubat induce sbb takut jantung terbeban. So, guna 'belon'.. Bila 'jalan' dah buka, dia akan jatuh sendiri.. Oooo belon tu jatuh masa  4cm.. Gabra juga.. Maklum la tak pernah alami dengan cara ni..

Maka, bermulalah episod menanti dan menanti sakit yang tak kunjung tiba.. Misi , doktor selalu je tanya.. Tapi takde tanda- tanda lagi baby nak keluar.. Sambil 'menanti', Kak Za sibuk layan wasap terutama hal-hal kerja.. Tak sampai hati nak lepas tangan macam tu je.. Kena guard juga anak buah walaupun diorang dah tolong wat kerja Kak Za.. Setiap kali lepas solat, Kak Za baca surah mariam dengan harapan dimudahkan bersalin..

8.12.15 berlalu pergi.. Debar rasanya, takut kena operate kalu tak bersalin normal juga..

 9.12.15, pagi-pagi lagi cek jalan.. 3 cm.. Lor, ingatkan semakin buka jalan... Doktor kata, kena pecahkan air ketuba dan kena tolak ke labor room juga sebab takut penuh.. Wahhh special i... Tempah siap labor room untuk Kak Za.. Perut hanya beralaskan seketul roti inti kacang merah dan air mineral, maka Kak Za ditolak ke labor room.. Tak boleh makan dah.. Tak de selera dah..

Sekumpulan doktor datang.. Mesti doktor pelatih kan...Ada juga doktor pakar..  Kata doktor, dia syorkan suntikan epidural.. Tak nak kasi beban kat jantung.. Kesian kat jantung sebab injap jantung bocor sikit.. Kata doktor lagi, dalam satu hari, pihak hospital hanya kasi 2 suntikan free sahaja.. Kak Za orang pertama dia offer berdasarkan kritikal kes.. Takut juga sebab selalu je dengar yang negatif tentang suntikan epidural ni.. Akhirnya Kak Za bersetuju..

Lebih kurang jam 11.00 pagi, pakar bius datang.. Selesai sesi perbincangan dan penerangan, doktor terus mulakan proses suntikan epidural.. Sejuk, sakit sikit je kena 'cucuk'.. Rasa geli-geli je punggung bila ada orang sentuh belakang Kak Za.. Hihi... Dah selesai, Kak Za baring je.. Tak berani nak bergerak banyak sebab perasaan macam takut tercabut wayar kat belakang..

Lepas tu, doktor lain pulak yang datang pecahkan ketuban.. Katanya untuk mempercepatkan proses bersalin..

Ada 2 orang nurse pelatih yang guard Kak Za.. Tangannya sentiasa atas perut Kak Za. Duk tengah kira kontraksi. Sebab Kak Za dah tak ada 'rasa'. Sambil-sambil tu nurse tanya juga tentang hal ehwal JKM terutama tentang proses pengambilan anak angkat. Kami berbual-bual macam dah kenal lama.

Macam orang sakit je tengok 'TV' yang monitor jantung dan tekanan darah.. Macam dalam drama pulak.. Walhal memang setiap kali nak bersalin memang itulah yang jadi peneman setia Kak Za.

Jam lebih kurang 2.30 petang, Kak Za rasa macam ada cecair yang keluar.. Darah? air ketuban? air kencing? Jam 3.00 petang, Kak Za rasa seolah-olah baby dah nak turun.. Kak Za dapat rasa pergerakan kontraksi walaupun tak sakit. Tapi was was sebab tak rasa sakit.. Macam dah rasa nak teran..

Takde dah sakit yang rasa nak berguling guling kiri kanan.. Tak de dah rasa macam nak mati.. Selalunya hanya mati yang Kak Za ingat.. Tak de dah rasa macam nak pecah jantung..

Nurse selalu tanya rasa nak berak tak? Kak Za kata 'tak'.

Pada asalnya, doktor nak masukkan sejenis wayar melalui 'jalan' sebab nak monitor jantung baby. Sekali doktor cek dan terdengar doktor kata 'fully'..

Bermulalah proses nak keluarkan seorang hamba Allah..

Tangan doktor sentiasa atas perut. Kalau doktor kata teran, baru boleh teran.. Maka Kak Za pun teranlah berdasarkan arahan doktor. Sebab dah tak rasa sakit nak teran. Hilang sudah 'nikmat' sakit bersalin..


Tepat jam 3.20 petang, maka keluarlah seorang bayi perempuan seberat 3.4 kg. Doktor letak baby atas dada.. Nikmatnya dapat peluk baby walaupun badannya penuh dengan 'qu putih qu putih'. Hehe.. Mak ai.. Sama sebijik muka dengan Aimi..

Walaupun doktor pelatih yang cuba keluarkan uri, tapi doktor tetap pantau dan beri tunjuk ajar.. Begitu juga dengan sedikit jahitan.. Hehe.. Anak 7 pun kena jahit juga.. Eh, tak sakit la.. Relaks je rasa..

Apabila dah selesai, doktor pakar bius datang dan buang segala wayar kat belakang.. Hanya pakar bius je yang boleh cabut wayar tu..

Rehat dulu sambil menyusu baby sementara di tolak ke ward pulak..  Kena pantau dulu..

Alhamdulillah... Terima kasih yang tak terhingga terutama suami yang tercinta.. Tak lupa kepada ahli keluarga. Kepada doktor, nurse dan petugas hospital yang komited dengan tugas masing2..

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com