January 2020 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: January 2020
KENAPA TAK KAYA DENGAN BIZ?

KENAPA TAK KAYA DENGAN BIZ?


Che kak mula terjebak dengan biz online pada tahun 2013. Jual produk vitamin. First time dapat bonus RM90.00. Sekali tu je la merasa bonus.  

Sesuai dengan che kak yang pemalu tahap gaban nak jual secara offline. 100% mengharapkan online iaitu blog, page fb, fb personal dan status whatsapp.

Kononnya biz sebab nak support bayar balik gaji 2 bulan. Dah habis kuota  cuti bersalin. Jadi, terpaksa la cuti tanpa gaji.

Sudahnya bukan duit biz yang support, tapi Arman Rider juga yang langsaikan hutang gaji. 

Suka sangat jual produk ni sebab tak perlu pegang stok. Order melalui online dan HQ akan poskan ke kastemer tanpa kita bersusah payah nak poskan.

Sesuai untuk peniaga yang baru nak up dan tiada modal banyak.

Tapi risikonya, kastemer tak suka bayar harga pos. Lebih suka COD tanpa dikenakan cas. Che kak pula takde modal nak buat stok banyak. Tak nak la buat hutang semata-mata nak berniaga. Produk entah ke mana, hutang pula bertimbun. 



Che kak tak mampu nak teruskan jual produk  sebab keahlian dah terbatal. Kecil hati juga la, kata daftar ahli seumur hidup. Setahun tak beli, terus terbatal. Malas dah nak renew. Kalau nak beli, che kak lebih rela beli je dengan ahli lain.

Paling che kak tak suka, ramai ahli jual dengan harga jauh lebih rendah daripada harga ahli yang ditetapkan walaupun bukan ahli. 

Beralih pada biz nasi kerabu express. Seronok sangat jual nke sebab ramai kastemer che kak daripada oversea. Setakat Brunei dan USA tu, biasa je. 

Masalah utama pos makanan ke oversea ni, tak lepas 'imigresen'. Hehehe. 

Masih ramai kastemer yang persoalkan harga yang tak masuk logik akal. Harga jauh lebih rendah daripada harga modal. Entah siapa yang jual harga rendah daripada modal ejen. 

Che kak paling malas nak layan kastemer banyak songeh terutama bab harga yang tak masuk akal. Kalau che kak jadi kastemer pun che kak tak de kerenah yang menyusahkan penjual.

Sampai sekarang masih ada yang PM nak beli terutama kastemer yang nak melancong ke oversea untuk wat bekal.

Terjebak dengan produk MLM lain. Setahun sekali kena renew ahli. Tapi tak jalan juga sebab ramai ahli yang main harga. Jual produk harga yang lebih murah daripada harga ahli. Rasanya sebab mereka dapat bonus besar dan nak clear stok yang banyak di tangan. Kami yang tak berapa nak merasa bonus, terpaksa la say bye bye. 

Tertarik dengan produk susu kambing 100% kandungan susu tanpa gula dan krimer. Che kak terus jadi ejen. Sambil minum untuk kesihatan diri sendiri, che kak promote juga. 

Banyak sangat orang jual susu kambing atas nama makanan sunnah tapi campuran gula dan krimer jauh lebih tinggi kandungannya. Pandai-pandai la baca label sebelum membeli makanan sunnah bagai.

Walaupun sampai sekarang che kak tak kaya-kaya juga dengan hasil biz, tapi che kak masih setia dengan susu kambing ni.  Stok sentiasa kena ada juga walaupun tak banyak.

Che kak memang tak berkesempatan nak COD jauh dari rumah. Setakat COD area kawasan rumah che kak boleh lah. Kastemer pula ramai yang tak nak cas COD.

Margin untung kecil je. Tak dapat nak cover kos COD. Kalau untung berlipat ganda, boleh la che kak pejam mata bagi free pos dan free COD. 

Che kak lebih suka yang mana jauh tu, sila guna pos je la. Lagi jimat kos sebenarnya. Kita permudahkan urusan peniaga. Jimat masa dan tenaga mereka. Kita bayar COD pun masih tak berbaloi sebenarnya. Inikan pula minta free COD.

Modal rendah dan tak perlu pegang produk banyak antara faktor yang menyebabkan che kak suka berniaga. Contoh Krim Sekapur Limau. Best sangat guna KSL. 

Tapi macam biasa la. Time che kak bizi sangat dengan kerja, terpaksa che kak lupakan seketika. Entah apa la bizi sangat dengan kerja. Walhal kerja office hour juga. Banyak sangat buat alasan ni.

Walaupun masih ada ejen yang jual harga lebih rendah daripada harga ejen, tapi founder KSL ambil tindakan tegas pada stokis dan ejen yang tidak amanah dengan harga.

Kalau nak buat aniaya kepada ejen lain, lebih baik sedekah free je kan.

Kalau sape kenal che kak ni, che kak memang biz 'kebajikan'. Hahaha.. Kadang-kadang bagi free je produk time che kak baik hati sangat. Anggap sebagai free gift.

Che kak tak terasa sangat sebab berniaga sekadar isi masa lapang dan suka-suki je. Che kak tak serius sangat mungkin sebab che kak ada duit gaji yang kerajaan dah bayar dan nafkah suami bagi.

Namun begitu, bukan alasan untuk che kak buat aniaya kepada ejen lain yang memang 100%  mengharapkan pendapatan biz.

Jangan sesekali main harga tau. Jual harga lebih rendah daripada harga modal ejen lain memang satu perbuatan yang sangat zalim dan tidak beretika.


KENAPA KENA BELAJAR ILMU AGAMA

KENAPA KENA BELAJAR ILMU AGAMA

Kenapa kita kena belajar ilmu agama?

Matlamat belajar ilmu agama bukan kerana nak jadi ustaz, ustazah, Da'i , PU, johan qari qariah peringkat dunia atau apa-apa jawatan keagamaan.

Nak belajar agama, tak perlu tunggu jodoh yang "boleh jadi imam dan bimbing saya".   

Belajar agama kerana kewajipan kita sebagai hamba Allah. Belajar kerana kita nak kenal siapa Pencipta dan tujuan kita dicipta.

Apabila kita belajar ilmu agama, kita akan tahu larangan dan suruhan Allah, dosa dan pahala. Kita akan tahu hikmah-hikmah larangan Allah. Kita akan tahu indahnya suruhan Allah.

Allah suruh kita solat 5 waktu. Penat dan tiada masa nak solat. Tapi pasti ada hikmah yang Allah telah wajibkan solat.

Allah larang kaum lelaki pakai emas. Pasti ada sebab yang mudharat.

Allah larang makan makanan haram seperti daging buaya dan arak walaupun orang kata sedap. Pasti ada sebab larangan tersebut.

Apabila kita tahu falsafah kita dicipta, maka kita tidak akan sombong dengan Allah dan kita akan menerima nasihat manusia yang membawa qalam Allah. 

Kita melayari kehidupan seharian ini dari sekecil perkara sehinggalah sebesar perkara, memerlukan bimbingan dan garis panduan.  Nak makan, kencing, tidur pun agama ajar. 

Kita belajar agama adalah mengelakkan daripada kita tersesat. Beribadah tanpa ilmu memang akan membuka peluang kesesatan yang nyata. Belajarlah ilmu fardhu ain dan kifayah.

Apabila kita ada ilmu agama, kita tidak akan judge orang yang membuat dosa. Bahkan kita akan bantu memperbetulkan kesalahan dengan penuh berhemah. 

Selain itu, belajar agama juga adalah untuk benteng pertahanan kita daripada membuat dosa yang nyata. Seperti makan rasuah, pecah amanah, khianat, mencuri, makan harta anak yatim dan sebagainya.

"Eh eh tu ada tok imam yang kaki maksiat juga tu, ape cer?"

"Eh eh tu ada ustazah kan main tudung labuh sapu lantai tapi kaki membawang tahap mulut puaka, ape cer?"

"Saya tak tutup aurat, tapi hati saya sangat baik, ape cer?"

Haaaa mesti akan ada kenyataan macam ni kan? Pendek kata, tepuk dada tanya iman.






SOLEKAN PERLU DICUCI SEBELUM BERWUDUK

SOLEKAN PERLU DICUCI SEBELUM BERWUDUK

Pada pendapat che kak, elakkan penggunaan ayat "produk mesra wuduk" pada semua produk kosmetik sama ada keluaran Malaysia atau antarabangsa.

Penggunaan ayat ini hanya akan menimbulkan salah faham bagi wanita muslimah kerana ada muslimah yang beranggapan bahawa boleh berwuduk terus tanpa cuci solekan terlebih dahulu.

Mereka beranggapan wuduk tetap sah seolah-olah 2 dalam 1. Berwuduk sambil mencuci wajah.

Sebelum berwuduk, wajah perlu dicuci terlebih dahulu. Pastikan tiada sisa-sisa bedak, foundation, maskara, eye shadow, gincu, pelembab dan apa sahaja yang dinamakan solekan. 

Cucilah dengan apa sahaja sama ada dengan menggunakan air, tisu basah, atau apa sahaja bahan cuci selagi tak rosakkan wajah. 

Sekiranya berwuduk tanpa dihilangkan solekan terlebih dahulu dengan anggapan "mesra wuduk" adalah satu kesilapan yang nyata.

Selepas berwuduk, cuba sapu wajah dan bibir dengan tisu untuk pastikan solekan sebenar-benarnya dah hilang.

#chekakbukanustazah
#sekadarsharing
#memperingatiantarasatusamalain

WAJARKAH SEORANG MENANTU MENJADI PESAKIT MENTAL KERANA MERTUA?

WAJARKAH SEORANG MENANTU MENJADI PESAKIT MENTAL KERANA MERTUA?

Throwback kisah seorang isteri yang berusia awal 30 an yang disahkan mengalami masalah mental.

Sayang seribu kali sayang, umur muda dah menderita penyakit mental.

Che kak dah lupa kategori mental yang mana satu.

Di antara jenis-jenis penyakit mental  ialah Organic Mental Disorder yang serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression, bipolar) dan Psychotic Disorder seperti Schizoaffective Disorder dan Persistent Delusional Disorders.   

Kena tanya Pakar Psikiatri apa maksud jenis-jenis mental. Kita ni setakat ilmu google je la ada.

Berbalik kepada kisah isteri tadi, menurut suaminya sebab selalu bergaduh dengan ibu mertua dan kakak ipar.

Kita sebagai menantu dan ipar dalam keluarga suami, kita berhak untuk hidup bahagia dengan cara kita sendiri. Tak perlu nak  jadi seperti mereka semata-mata untuk mengambil hati mereka. Jadilah diri sendiri, okey.

Walaupun kita cintakan suami dan suami cintakan kita, namun kita tak mampu nak paksa keluarga suami sayangkan kita.  Cinta tak boleh dipaksa.

Namun, perasaan negatif kita boleh ditukarkan kepada positif. Eh eh dah kita sakit hati dengan mentua sebab dera perasaan kita, takkan kita nak biarkan?

Antara contoh-contoh perkara kecil tetapi boleh jadi besar dan makan hati kita sedikit demi sedikit. Lama-lama jadi mental. Kita juga yang rugikan.

Contoh, mertua tak nak makan apa yang kita masak. Kita dah kecil hati. Konon tak sudi makan apa yang kita masak.

Pada pendapat che kak, biar la dia tak nak makan. Anggap bukan rezeki dia. Rugi dia tak makan kita masak. Rezeki ni, kalau dah masuk dalam mulut kita. Kalau tak masuk mulut, tu bukan rezeki dia la.

Kalau makanan banyak, sedekah aje kat jiran-jiran. Jiran seronok tau dapat makanan.

Ada juga kes, apabila balik rumah mertua, menantu kelaparan kerana mertua dan ipar  tidak simpan makanan. Kecik ati awak kan?

Ala awak.. Sebelum sampai rumah mertua, singgah je la kat kedai. Makan kenyang-kenyang. Tak pun bawa bekal, singgah kat mana-mana masjid, berkelah la korang sefamili.

Kadang-kadang menantu tak selesa nak memasak kat rumah mertua kerana 'takut'.

Kalau mertua tegur cara potong bawang tak betul, cakap je elok-elok, arwah nenek kita  ajar macam ni.

Sebelum nak masuk tidur siang hari, bagitau awal-awal, "mak, saya nak tido jap, penat sangat sebab semalam anak mak meragam".

Bagitau awal-awal supaya mertua tak fikir negatif kat kita asyik nak "membuta" je, kan.

Banyak lagi perkara kecil je tapi mampu membuatkan menantu jadi mental.

Tapi kesimpulannya, jaga diri kita sendiri dan ciptalah bahagia cara kita.

Walaupun mertua bukan untuk disayangi, tapi hormat dia sebagai ibu suami kita.

Suami, sekiranya isteri meluahkan perasaan ketidakpuasan hati pada mak dan adik beradik kita, dengar saja je la. Tak perlu nak ambil port sampai bergaduh. Kadang kala isteri nak lepas perasaan je.

Wahai mertua, menantu kita dibesarkan dari keluarga yang berbeza. Jangan aniaya mereka seperti mereka tiada ibubapa.

Tak nak sayang menantu pun takpe mentang-mentang menantu bukan pilihan kita. Tapi ingat jodoh anak kita, Allah yang tentukan.

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kalau tak mampu dan tak nak bantu, jangan kecam.

Dia struggle nak hidup, kenapa nak 'matikan' dia dengan kata-kata kecaman.

Masalah dan ujian mereka tak sama dengan masalah kita. Penyelesaian masalah setiap individu juga berbeza.

Apabila ada saudara se Islam kita yang hadapi ujian hidup, tak perlu persoalkan why why why why.

Sepatutnya kita how how how how how nak bantu.

Sekiranya tak sekolah, bantu dia sekolah.
Sakit, bantu dia dapatkan rawatan yang terbaik supaya dia cepat sembuh.
Dia lapar, tolong beli barang dapur dan makanan.

Tak mampu bantu dengan wang ringgit, bantu dengan kata-kata semangat.
Dia tiada kerja dan sumber pendapatan, bantu dapatkan kerja yang menjamin sara hidup.
KENAPA KITA TAK BOLEH HINA DAN BUAT ZALIM PADA MAKHLUK ALLAH

KENAPA KITA TAK BOLEH HINA DAN BUAT ZALIM PADA MAKHLUK ALLAH

Pada awal kemunculannya di belakang dapur che kak, memang che kak rasa eeeeeee kenapa awak ada kat sini. Bukan che kak benci tapi tak selesa laaa awak ada. 

Namun setiap kali buka tingkap dapur, dia tercongok depan tingkap. Che kak bertentangan mata tengok dia. Pada masa itu, tiba-tiba tersentap. Kenapa aku bersikap jijik pada dia? Dia juga ciptaan Allah. 


Allah, hinanya aku sebab pandang serong pada makhluk ciptaanMu.

Seandainya takdir kita mati tanpa jasad dan kubur, dialah yang akan menghidu cari jasad kita.

Asal buka je tingkap, dia cepat-cepat datang.  Sehinggalah che kak rasa jatuh sayang kat dia. Che kak selalu bagi nasi dan lauk kat dia. Bersembang dengan dia. Suka betul dia makan. 

Sehinggalah che kak perasan dah lama tak nampak dia.  Ke mana dia pergi? Khabarnya, dah dapat tuan baru. 

BAGAIMANA NAK MOTIVASIKAN DIRI APABILA KITA RASA DOWN DENGAN KERJA

BAGAIMANA NAK MOTIVASIKAN DIRI APABILA KITA RASA DOWN DENGAN KERJA

Walaupun tahun 2020 tiada motor dan kereta terbang seperti dalam filem Judge Dredd lakonan 'Rambo', tapi kita sebagai sumber tenaga manusia dalam sektor pekerjaan, dah macam robot. 

gambar hiasan sahaja

Tak tahu la apa yang nak dikejar dengan pekerjaan sekarang ni. Tak tahu la apa yang nak dicapai sebenarnya. Kita kerja untuk siapa sebenarnya? Hamba kerja bagaikan tiada noktah. 

Stress kan hadap kerja yang kita anggap sangat membebankan.

Walaupun kita mengeluh dengan tugas-tugas yang tak masuk akal, namun kita boleh mengatasi dengan memotivasikan diri sendiri.

gambar hiasan sahaja

Bagaimana nak motivasikan diri sendiri? Macam-macam dah kita hadir kursus motivasi, tapi kesudahannya jadi 'roti basi' juga.

Ingat! Sape yang minta kerja sebenarnya? Kita sendiri kan yang terhegeh-hegeh isi borang jawatan kosong la, online la, SPA 8 la. Kita sendiri kan yang hadir temuduga dengan harapan agar dapat kerja.

Takde pun mana-mana majikan yang terhegeh-hegeh merayu-rayu suruh kita kerja dengan company swasta atau kerajaan. 

Apabila dapat kerja, bersyukurlah. Ramai lagi orang nak kerja. Tapi rezeki telah berpihak pada kita. 

Apabila dapat kerja, kita banyak songeh la pulak. Macam-macam kita kutuk majikan dan tempat kerja kita. Nak kutuk pun kutuk la. Kerja dan tanggungjawab kita tu kena hadap juga.

Kalau tak suka dengan kerja dan tugas kita, mohon resign. Takde sape yang nak halang kita berhenti kerja. Takde sape pun yang akan menangis apabila kita berhenti kerja.

Ingat senang ke nak cari kerja dan buat company sendiri. Ingat senang ke nak wujudkan jabatan kerajaan sendiri?

Oleh sebab kita nak duit gaji untuk tampung perbelanjaan kita, maka kita kena juga jalankan tugas dan amanah kerja kita dengan penuh dedikasi bukan daddykasi.

Tapi sebelum nak berhenti kerja, pastikan kita ada duit yang mencukupi untuk tujuh keturunan. Maklum la zaman sekarang susah nak dapat kerja.


gambar hiasan sahaja

Adakah sumber gaji kita ni berkat?

Pekerjaan kita memang dah halal, tapi adakah berkat? Adakah berkat untuk dibelanjakan kepada ahli keluarga kita? Adakah selamat darah daging anak-anak dan isteri atau suami kita daripada dibakar api neraka? Tatap lah wajah anak-anak kita. 

Apabila kita diberi gaji atas asbab amanah dan tanggungjawab, maka kaki kanan dalam neraka, kaki kiri dalam penjara. Takde maknanya erti pahala apabila kita culas dengan tugas yang diamanahkan. Pahala adalah apabila kita buat kerja melebihi gaji yang diberikan.

Macamana kita nak gaji yang berkat apabila asyik culas buat kerja yang diamanahkan. Macamana nak berkat kalau kita asyik mengamalkan budaya 'bangau oh bangau'. 

Habis tu, kita kena hadap je la segala kerja-kerja yang semakin mengarut? Mmm ye kena hadap juga la. Lagipun siapa kita nak buat jabatan kerajaan sendiri. Nak buka syarikat sendiri, mampu ke kita? 

Jangan lupa Allah tempat kita mengharapkan agar semua urusan kita dipermudahkan. Jaga Allah. Apabila kita jaga Allah, Insya Allah semua urusan kita akan dipermudahkan. Percayalah!

gambar hiasan sahaja

BELAJAR DI SEKOLAH ALIRAN ARAB BIASA TIADA MASA DEPAN?

BELAJAR DI SEKOLAH ALIRAN ARAB BIASA TIADA MASA DEPAN?

Adakah belajar di sekolah arab biasa tiada masa depan dan tiada peluang untuk mencipta kecemerlangan akademik dan kurikulum? 


Adakah masa depan pelajar cemerlang akan ternoktah apabila tidak memilih aliran sains di sekolah terpilih?

Adakah masa depan akan gelap gelita sekiranya tidak mendengar pendapat pelbagai pihak tentang masa depan anak kita?

Kenapa aliran sains sahaja dipandang tinggi dan seolah-olah hanya itu sahaja peluang untuk berjaya dalam hidup dan kerjaya?

Kenapa kita selalu dimomokkan bahawa cemerlang peperiksaan, mesti kena sambung belajar aliran sains?

Apakah fakta dan statistik semua pelajar aliran sains yang telah berjaya dan cemerlang masa depannya?


Fasa belajar di sekolah adalah fasa untuk mendidik sahsiah dan akhlak serta mencari ilmu untuk menjadi seorang insan yang berakhlak dan bertaqwa.

Che kak lebih suka anak-anak belajar tanpa tekanan. Bebas belajar mengikut kehendak dan keupayaannya tanpa tekanan pihak sekolah nak kekalkan raking kecemerlangan sekolahnya. 

Sebagai ibubapa, kita menghormati pilihan anak-anak. Abang Aiman pilih nak kekal belajar di sekolah lamanya. Cukup! Jangan dimomokkan seolah-olah masa depan dia punah kerana tidak memilih belajar di sekolah yang lebih hebat.

Che kak juga lepasan sekolah agama biasa juga. Syukur alhamdulillah rezeki Allah tak ternilai nikmatnya che kak kecapi sehingga kini.


Cita-cita che kak nak jadi ustazah tentera atau KAGAT. Suka betul tengok uniform KAGAT. Dapat A1 dalam subjek Pendidikan Quran Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyyah dan Bahasa Arab Tinggi masa SPM 1997 membuatkan hati che kak berbunga-bunga nak sambung belajar kat Nilam Puri atau Jordan.

Hati dah berbunga-bunga seolah-olah cita-cita bakal tercapai.

Tapi rezeki che kak dapat sambung belajar Diploma Pembangunan Manusia UPM selama 2 tahun setengah.

Budak sekolah arab 'tersesat' dalam subjek ala-ala sains dan kemanusiaan. Semester pertama memang jatuh teruk. Pointer 1.7 aje. Nasib baik tak kena tendang keluar dari UPM. Hikmahnya dapat jodoh student UPM juga. 😄


Rupanya rezeki che kak sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Insya Allah ada rezeki dapat wang pencen untuk masa tua nanti. 

#SEKMENAGAMAAL-IHSAN,KUANTAN 1992
#SEKMENAGAMAARABAZHARIAH, MELOR,KOTABHARU  1993-1996
#SEKMENKERAJAANAGAMASIBU,SARAWAK 1997
#UNIVERSITIPUTRAMALAYSIASERDANG 1998-2000

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com