2015 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: 2015
Pengalaman kelahiran anak ke tujuh dengan menggunakan suntikan epidural

Pengalaman kelahiran anak ke tujuh dengan menggunakan suntikan epidural

Alhamdulillah, hari ni hari ke 13 kelahiran Nur Asmaa' Awaatif bt Fazdrul Arman.. Cahaya mata ke 7 ni tetap di terima dengan rasa penuh syukur dan sayang penuh kasih sayang.. Walaupun cuti tak bergaji, namun tentu ada rezeki  buat Awaatif..

Hari ni Kak Za nak cerita tentang kelahiran Awaatif.. Pada 7.12.15,  tempoh kehamilan 39 minggu 6 hari.. Due keesokannya.. Seperti biasa rutin mingguan, Kak Za ada temujanji doktor  pakar klinik kesihatan berhampiran rumah Kak Za.  Setelah melalui proses check up ibu mengandung, dan dah dapat result darah (sebelum ni Kak Za disahkan hypokalium), terus Kak Za jumpa doktor..

Seperti biasa, doktor pakar akan jalankan tugasnya.. Selesai scan baby, doktor kata air ketuban kurang.. Kena masuk ward juga pada hari tu.. Antara sebab-sebab kena masuk wad walaupun belum ada tanda-tanda sakit nak bersalin ialah air ketuban disyaki kurang, mantan pesakit jantung, injap jantung ada bocor sikit, GDM on control diet..

Selesai daftar kemasukan wad kat HRPZII jam lebih kurang 2.30 ptg. Tapi masih belum dapat masuk wad lagi. Bakal-bakal ibu bersilih ganti masuk kat ruang labor room. Pelbagai ragam ibu-ibu. Sempat juga berbual-bual dengan bakal ibu. Petugas hospital tak menang tangan wat kerja..

Kak Za tak pernah masuk spital waktu siang hari.. Ni lah first time.. Selalunya lepas tengah malam atau lepas isyak Kak Za akan ke hospital.. Itupun time dah rasa nak bersalin..

Rupa-rupanya wad penuh.. Ramai yang teramat ramai ibu-ibu dan bakal ibu kena warded.. Lebih kurang pukul 5.00 ptg baru Kak Za dapat masuk wad.. Pergh.. Memang ramai luar biasa.. Ramai pula umat Nabi Muhammad
nak keluar dalam bulan 12..

Dah masuk wad tu, kena la pakai 'uniform pink'.. Hikhik.. Jimat ruang beg tak perlu bawa baju banyak- banyak.. Eh! Baru perasan.. Macam staf JKM Tumpat.. Rupanya berjiran dengan wife dia.. Serta merta jadi 'member baik' sebab berjiran katil..

Doktor muda 'semat jetak' pun datang kat katil Kak Za.. Kena interview ler.. Kak Za tau dia dah tau story Kak Za.. Mesti dia dah baca 'novel merah' Kak Za tu.. Kak Za pun jawab setiap soalan dengan sejujur-jujurnya..

Kesimpulannya, pagi keesokannya dah due.. Kak Za akan 'dipaksa' tapi dengan cara 'lembut dan semulajadi'.. Diinduce guna sejenis tiub belon getah.. Nak kasi buka 'jalan'.. Doktor kata tak boleh guna ubat induce sbb takut jantung terbeban. So, guna 'belon'.. Bila 'jalan' dah buka, dia akan jatuh sendiri.. Oooo belon tu jatuh masa  4cm.. Gabra juga.. Maklum la tak pernah alami dengan cara ni..

Maka, bermulalah episod menanti dan menanti sakit yang tak kunjung tiba.. Misi , doktor selalu je tanya.. Tapi takde tanda- tanda lagi baby nak keluar.. Sambil 'menanti', Kak Za sibuk layan wasap terutama hal-hal kerja.. Tak sampai hati nak lepas tangan macam tu je.. Kena guard juga anak buah walaupun diorang dah tolong wat kerja Kak Za.. Setiap kali lepas solat, Kak Za baca surah mariam dengan harapan dimudahkan bersalin..

8.12.15 berlalu pergi.. Debar rasanya, takut kena operate kalu tak bersalin normal juga..

 9.12.15, pagi-pagi lagi cek jalan.. 3 cm.. Lor, ingatkan semakin buka jalan... Doktor kata, kena pecahkan air ketuba dan kena tolak ke labor room juga sebab takut penuh.. Wahhh special i... Tempah siap labor room untuk Kak Za.. Perut hanya beralaskan seketul roti inti kacang merah dan air mineral, maka Kak Za ditolak ke labor room.. Tak boleh makan dah.. Tak de selera dah..

Sekumpulan doktor datang.. Mesti doktor pelatih kan...Ada juga doktor pakar..  Kata doktor, dia syorkan suntikan epidural.. Tak nak kasi beban kat jantung.. Kesian kat jantung sebab injap jantung bocor sikit.. Kata doktor lagi, dalam satu hari, pihak hospital hanya kasi 2 suntikan free sahaja.. Kak Za orang pertama dia offer berdasarkan kritikal kes.. Takut juga sebab selalu je dengar yang negatif tentang suntikan epidural ni.. Akhirnya Kak Za bersetuju..

Lebih kurang jam 11.00 pagi, pakar bius datang.. Selesai sesi perbincangan dan penerangan, doktor terus mulakan proses suntikan epidural.. Sejuk, sakit sikit je kena 'cucuk'.. Rasa geli-geli je punggung bila ada orang sentuh belakang Kak Za.. Hihi... Dah selesai, Kak Za baring je.. Tak berani nak bergerak banyak sebab perasaan macam takut tercabut wayar kat belakang..

Lepas tu, doktor lain pulak yang datang pecahkan ketuban.. Katanya untuk mempercepatkan proses bersalin..

Ada 2 orang nurse pelatih yang guard Kak Za.. Tangannya sentiasa atas perut Kak Za. Duk tengah kira kontraksi. Sebab Kak Za dah tak ada 'rasa'. Sambil-sambil tu nurse tanya juga tentang hal ehwal JKM terutama tentang proses pengambilan anak angkat. Kami berbual-bual macam dah kenal lama.

Macam orang sakit je tengok 'TV' yang monitor jantung dan tekanan darah.. Macam dalam drama pulak.. Walhal memang setiap kali nak bersalin memang itulah yang jadi peneman setia Kak Za.

Jam lebih kurang 2.30 petang, Kak Za rasa macam ada cecair yang keluar.. Darah? air ketuban? air kencing? Jam 3.00 petang, Kak Za rasa seolah-olah baby dah nak turun.. Kak Za dapat rasa pergerakan kontraksi walaupun tak sakit. Tapi was was sebab tak rasa sakit.. Macam dah rasa nak teran..

Takde dah sakit yang rasa nak berguling guling kiri kanan.. Tak de dah rasa macam nak mati.. Selalunya hanya mati yang Kak Za ingat.. Tak de dah rasa macam nak pecah jantung..

Nurse selalu tanya rasa nak berak tak? Kak Za kata 'tak'.

Pada asalnya, doktor nak masukkan sejenis wayar melalui 'jalan' sebab nak monitor jantung baby. Sekali doktor cek dan terdengar doktor kata 'fully'..

Bermulalah proses nak keluarkan seorang hamba Allah..

Tangan doktor sentiasa atas perut. Kalau doktor kata teran, baru boleh teran.. Maka Kak Za pun teranlah berdasarkan arahan doktor. Sebab dah tak rasa sakit nak teran. Hilang sudah 'nikmat' sakit bersalin..


Tepat jam 3.20 petang, maka keluarlah seorang bayi perempuan seberat 3.4 kg. Doktor letak baby atas dada.. Nikmatnya dapat peluk baby walaupun badannya penuh dengan 'qu putih qu putih'. Hehe.. Mak ai.. Sama sebijik muka dengan Aimi..

Walaupun doktor pelatih yang cuba keluarkan uri, tapi doktor tetap pantau dan beri tunjuk ajar.. Begitu juga dengan sedikit jahitan.. Hehe.. Anak 7 pun kena jahit juga.. Eh, tak sakit la.. Relaks je rasa..

Apabila dah selesai, doktor pakar bius datang dan buang segala wayar kat belakang.. Hanya pakar bius je yang boleh cabut wayar tu..

Rehat dulu sambil menyusu baby sementara di tolak ke ward pulak..  Kena pantau dulu..

Alhamdulillah... Terima kasih yang tak terhingga terutama suami yang tercinta.. Tak lupa kepada ahli keluarga. Kepada doktor, nurse dan petugas hospital yang komited dengan tugas masing2..

BLOG KAK ZA DAH MENJELMA

BLOG KAK ZA DAH MENJELMA

Assalamualaikum.. Ya Allah, punya la lama Kak Za tak dapat menulis dalam blog ni..

Alhamdulillah.. Tak terucap rasanya.. Rasa mau melompat sampai ke bumbung..

Berbulan-bulan Kak Za rasa kehilangan dengan www.izarman.com.. Rindu serindu rindu yang teramat..

Gara-gara tak ingat password email.. Blog berbayar ni kena renew setiap tahun.. Tak sampai RM40.00 pun..  Sudahnya berstatus 'deleted'.. Siap kena bayar RM500 lebih.. Huwaaaa menangis tak berlagu..

Tapi ada blog asal sebelum ni iaitu hasliza79.blogspot.com.. Camno nak dapat balik eh.. Puas la Kak Za tanya pakcik google.. Bahasa IT.. Mana la Kak Za faham..

Akhirnya, Kak Za teringat kat sifu .. Kak Za ada sifu la... Anak muda berjiwa besar.. Alhamdulillah.. Tunjuk ajarku sifu, akhirnya blog kesayangan Kak Za kembali ke alam maya..

Terima kasih tak terhingga wahai anak manja Puan Hawa...

Tadaaa.. Tapi Kak Za tukar nama sikit..  www.haslizasayang.blogspot.com

Ala..walaupun blog Kak Za tak segah blog-blog yang ada di alam maya ni, tapi  Kak Za tetap sayang..  

#sayasayangblogsaya
Puisi: Wajah senja itu

Puisi: Wajah senja itu

Wajah senja itu
Menanti cahaya malam
Namun di hatinya
Masih terselit kerisauan
Menyaksikan detik-detik
Malaysia kini

22 tahun mentadbir negara
Bukan mudah wajah senja itu
Mencipta Malaysia
Demi rakyat hidup sejahtera

Putrajaya gah dibina
Mercu pentadbiran negara
Dunia kenal Malaysia
Pemimpin berjiwa wawasan

Wajah senja itu
Tinggalkan kerusi pemimpin
Dengan seribu harapan
Anak didik teruskan perjuangan
Demi rakyat Malaysia

Suatu ketika dahulu
Suaramu bergema di atas pentas
Dengan bernas bicaramu

Hari ini
Wajah senja itu
Di usir penuh hemah
Terguris hati
Rakyat yang sayang padanya
Melihat wajah senja itu
Diperlakukan sebegitu

*serikandi tercipta*

ASIA PACIFIC SUPPORTED EMPLOYMENT AND JOB COACH SEMINAR 2015  5 – 6 MEI 2015  THE ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR

ASIA PACIFIC SUPPORTED EMPLOYMENT AND JOB COACH SEMINAR 2015 5 – 6 MEI 2015 THE ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR

Assalamualaikum dunia....

Apa khabar? Hari ni Kak Za rasa bersemangat nak cerita tentang seminar tajuk seperti di atas. First time seminar dengan delegasi asia pasifik. Rasa macam Kak Za pulak yang duk kat luar negara.. Hihi.. 100% english spoken.  Delegasi dari Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos PDR, Mnyanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Malaysia, East Timor, Fiji, Bangladesh, India, Jepun, China dan ILO Beijing.



Hari pertama, ceramah oleh Professor Hiroshi Ogawa tentang Job Coach. Prof ni ada buku tajuk ‘Introduction to Job Coach Promoting Sustainable Employment of Persons with Disabilities’.   Prof dari Otsuma Women’s University, Japan ni la pelopor Job Coach ni. Ramai dah OKU serata asia pasifik berjaya bekerja dan dapat jana ekonomi sendiri. Bukan senang tau nak latih OKU bekerja dan mendapat kepercayaan majikan untuk ambil OKU bekerja ni.


Lepas tu dengar pula ceramah dari Mr. Katsura Oikawa (Chief Advisor) tajuk ‘Progress and Outcome of DSW – JICA Project to Support Participation of Persons with Disabilities’.  Kak Za malas la nak tulis intipati 2 orang penceramah ni. Hihi..

Sebelum lunch, Menteri Dato’ Sri Rohani Abdul Karim merasmikan seminar ni. Kak Za sayang menteri ni tau. Sentiasa senyum, mesra, prihatin mendengar setiap luahan rakyat. Paling menarik, sporting tau. Tak de la nak protokol bagai kalau jumpa menteri.  Tahu tak YB ni menteri kementerian mana?








Sebelah petang pula, Pengarah Jabatan Pembangunan OKU pula membentangkan tentang sejarah, pelaksanaan, pencapaian dan cabaran dalam melaksanakan program sokongan pekerjaan dan Job Coach kat Malaysia. Terbaikkkk...

Seterusnya, slot ‘Country Sharing’. Timbalan Setiausaha Agung (Strategik) sebagai moderator. Hebat-hebat belaka perkongsian maklumat oleh China, ILO Beijing, Filipina dan Singapura tentang dasar dan pelaksanaan program sokongan pekerjaan kepada OKU. Tak jauh beza dengan pelaksanaan di Malaysia.

Sebelah malam pula, ada dinner dengan Menteri. Best tau. Eat non stop. Menu chinese gittew..  Ada 3 orang doktor pakar psikiatri duk meja yang sama dengan Kak Za. Suka tengok diorang. Walaupun rasa kekok, tapi diorang mesra dan sporting.  Ada juga la persembahan kebudayaan Malaysia. Maklum la, nak memperkenalkan keindahan budaya dan seni kepada delegasi.  Paling best, Caliph Baskers juga wat persembahan. Baru berkesempatan tengok secara live. Doktor  sebelah Kak Za pun minat juga dengan Caliph Buskers.  

Timba ilmu dah, kenyang dah, masuk tidur la pula. Esok sambung lagi.

Hari kedua juga best. Tak rasa boring dan mengantuk langsung.  Ceramah oleh Ms. Aiko Akiyama (Senior Social Officer UNESCEP) tentang ‘Incheon Strategy’.  Fokus tentang matlamat no. 1. Tahu tak apa tu UNESCAP?



Slot seterusnya, perkongsian pengalaman oleh Job Coach dan majikan di Malaysia. Antara Majikan yang banyak membantu golongan OKU dengan mengambil OKU sebagai pekerja ialah Mohamed Mydin Holding Berhad.  Harap-harap majikan lain dapat mencontohi Mydin. Ms. Yeo Swee Lan adalah konsultan JKM – JICA Project.

Slot ‘Country Sharing’ amat menarik perhatian Kak Za. Perkongsian pengalaman antara Job Coach dan OKU. Ms. Yuri Shibuya merupakan OKU yang bekerja di Shiseido Co. Ltd, Japan. Bekerja sebagai pembantu dobi. Tertarik dengan kata-katanya: I WORK, I CAN WORK, I WILL KEEP A WORKING.

Doktor Pakar Psikiatri juga menceritakan tentang pengalaman dalam melatih OKU Mental.  Peserta ni merupakan OKU Mental (schizophrenia). Mendengar ceritanya juga membuatkan Kak Za terfikir.  Dahulu, dia seorang yang berjaya, tapi disahkan pesakit mental. Bukan senang nak memulihkan kembali keyakinan diri dan membina semula hidupnya.

Sesi ‘Reflection And Response’ mendapat sambutan yang baik oleh peserta. Rata-rata ramai yang bersemangat untuk melaksanakan supported employment di negara masing-masing.  Tak kurang juga memuji Malaysia sebab berjaya juga melaksanakan program ni.






Majlis penutup di akhiri dengan ucapan oleh KSU Kementerian PWKM, Dato’ Sabariah Hassan.

Selepas makan tengahari, delegasi di bawa melawat ke tempat di sekitar KL. Tak tahu la pula ke mana diorang pergi. Kami peserta tempatan tak boleh pergi. Huwaaaa.. Tak aciiiii....

*nota: gambar ni kebanyakkannya ambil daripada fb YB Menteri. Mohon maaf sebab copy gambar. Segan la nak pusing-pusing dalam dewan seminar sebab nak ambil gambar.


*serikandi tercipta*

Puisi: MAWAR

Puisi: MAWAR

[MAWAR]

Cantik mawar itu
Indah dipandang
Warnanya menarik
Terukir senyuman
Sejuk mata yang melihat
Harum wangi semerbak
Setaman indah mengasyikkan

Embun menitis
Atas kelopak mawar itu
Terpancar sang suria
Terliuk-liuk
Dihembus sang bayu

Mawar itu bertuan
Disemai dengan berhemah
Agar tumbuh dengan indah
Datang sang kumbang
Melihat bunga mawar itu

Duri-duri tajam
Bisa terluka
Pabila rakus memetik
Sekuntum mawar cantik


*serikandi tercipta*
AKIBAT TIDAK BERPANTANG DENGAN BAIK

AKIBAT TIDAK BERPANTANG DENGAN BAIK

Ada seorang suami menyerahkan borang pendaftaran OKU isterinya. Didapati isterinya mengalami kemurungan dan disahkan sakit MENTAL oleh pakar perubatan psikiatri..

Pegawai pendaftar OKU menanyakan kenapa isterinya kemurungan dan sejak bila?

Si suami dengan sedih bercerita.. Isterinya mengalami kemurungan selepas melahirkan anak 4 tahun yang lalu.. Tetapi suami tidak menyedari perubahan isterinya.

Semasa berpantang, suami hanya menyerahkan tanggungjawab menjaga isterinya kepada ibunya.. Si suami tidak tahu bahawa isterinya berpantang dengan cara yang salah..

Isteri hanya diberi makan nasi dan ikan kering bakar sepanjang tempoh 40 hari..
Si isteri tidak mendapat khasiat dan keperluan nutrien yang diperlukan oleh ibu dalam pantang.. Akibatnya si isteri mengalami sembelit yang teruk..Tubuhnya juga menjadi lemah, pucat dan tidak berseri..

Pihak hospital ada membekalkan vitamin kepada ibu bersalin.. Namun, ibu mertua tidak membenarkan telan vitamin tersebut kerana beranggapan 'ubat' hospital tidak sesuai untuk ibu bersalin..

Si isteri juga tidak dapat makan jamu atau ubatan tradisional kerana anak mengalami jaundis..

Si isteri juga menderita luka jahitan lambat sembuh dan dijangkiti kuman.. Si isteri mengadu kepada suami, tetapi dimarahi ibu mertua kerana katanya tidak pandai menjaga kesihatan dan mengada-ngada dengan suami kerana suka mengadu..

Si isteri selalu berjaga malam kerana baby nya kerap berjaga dan menyusu.. Akibatnya, si isteri kurang tidur dan keletihan serta sakit-sakit badan..  Tetapi si isteri hanya memendam rasa.. Akhirnya si isteri  stress!!

Wahai kaum isteri dan suami.. Cegah lebih baik sebelum mudharat..


Puisi: Demi Berkat Berjasa

Puisi: Demi Berkat Berjasa

Sempena Majlis Sayembara Apresiasi Disember 2014  JKMN Kelantan ..

Tiada siapa yang suka ujian Tuhan
Tidakku suka bencana melanda
Namun apa daya sudah suratan
Harus diterima dengan hati redha

Musibah ini harus direnungi
Penuh rasa hamba dalam sanubari
Mencari cinta kasih Illahi
Agar kita menjadi insan sejati

Kita JKM warga pelaksana
Terpikul amanah dibahumu
Tekadkan dalam hatimu
Demi berkat berjasa

**
Demi BERKAT BERJASA tinggalkan anak isteri,
Demi BERKAT BERJASA tinggalkan kekasih hati,
Demi BERKAT BERJASA tinggalkan tugas hakiki,
Demi BERKAT BERJASA mangsa kau dilindungi.

**

Susah senang tetap dirasa,
Ada suka ada duka,
Lumrah alam adat biasa,
Bukan semua hati dapat dijaga.

Maaf bermaafan sesama kita,
Lapang dada hati pun suka,
Pakar motivasi kata,
Ambil yang jernih macam kaca.


Wahai insan yang diuji
Marilah kita kembali
Kepada Pencipta Abadi
Agar hidup kita diberkati

Bersatu padu bercerai roboh
Jurang kita harus diroboh
Muafakat membawa berkat
Kata hikmah harus diingat

**

Demi BERKAT BERJASA kecil hati dilupakan,
Demi BERKAT BERJASA negatif hanya ditelan,
Demi BERKAT BERJASA kata nista diabaikan,
Demi BERKAT BERJASA utama redha Tuhan.

*serikandi tercipta*
puisi: Lilin Putih

puisi: Lilin Putih

Lilin putih itu
Membakar diri
Kerna seseorang yang membakarnya

Setia membakar diri
Lalu angin yang datang
Terpadamlah ia

Cairan lilin menitis
Panas dihujung jari
Tapi cepat sejuk
Lalu membeku

Cahayanya suram
Tidak sehebat cahaya neon
Cukup jadi pedoman suluhan
Agar tidak teraba-raba mencari arah

Dia diperlukan seketika
Bukan setiap masa

Sekecil api lilin itu
Masih menjadi kawan
Dia jatuh
Apinya mampu membaham
apa sahaja disekelilingnya
Akhirnya api lilin itu tidak terlawan
Apinya meranapkan apa sahaja hartamu

Lilin putih itu
Perlu ditatang sayang

Lilin putih itu
Murah harga
Tapi bisa bernilai
Pabila menjadi rebutan
Akibat pupusnya lilin

*serikandi tercipta*
PUISI:Sekeping Hati Yang Cekal

PUISI:Sekeping Hati Yang Cekal

Dedikasi untuk petugas dan penyelia PDK terutama PDK Selising, PDK Gaal-Jeram, PDK Semerak dan PDK Limbongan..


Dengan sekeping hati yang cekal
Kau ikhlas dalam kerjamu
Dengan sekeping hati yang cekal
Kau sabar dengan insan istimewa

Dengan sekeping hati yang cekal
Kau redha imbuhan tidak setimpal
Dengan sekeping hati yang cekal
Impianmu murni untuk anak syurga

Sijil berframe bukan ukuran
Untuk kau tabur bakti
Kau 'guru' tidak diiktiraf
Tapi itu kerjaya murni

Anak didikmu tidak sempurna
Air liurnya menjijikkan
Muntahnya memualkan
Najisnya tidak sanggup dilihat

Amukan dia menakutkan
Dia terlantar dibaringan
Jalannya tidak sempurna
Akalnya tiada kewarasan

Tapi itu bukan nanah bagimu
Kerana dijiwamu tersemat
Sekeping hati yang cekal
Untuk insan istimewa

Disaat manusia tidak pandang
Disaat manusia berpura-pura
Dengan nama insan istimewa
Kau insan terpilih untuk mereka

Dengan sekeping hati yang cekal
Setitis ilmu yang dibekalkan
Kau ajar dengan kasih sayang
Insan yang tiada kurniaan akal

Dengan sekeping hati yang cekal
Kau jadikan insan istimewa itu
Tiada yang mustahil untuk mereka
Memberi khidmat untuk bangsa

Dengan sekeping hati yang cekal
Kaulah yang dipanggil 'cikgu' PDK


*serikandi tercipta*






PUISI: DIA HANYA BUDAK

PUISI: DIA HANYA BUDAK



Hancur luluh
Remuk redam
Sendu pilu
Mencengkam jiwa

Menahan air jernih
Jernih berkaca
Bertakung di kelopak mata
Menanti gugur
Bersama keluhan
Nafas sesak di dada

Hayunan jari jemari
Tatapan demi tatapan
Mata terpaku
Pada skrin gajet itu
Laman sosial pantas berbicara

Dia hanya insan tanpa dosa
Sejernih permata
Sewangi kasih tanpa noda
Tanpa dia sunyi dunia dewasa
Dia amanah
Dia ahli syurga

Dunia dia
Hanya kasih sayang
Tidak mengerti
Dunia fatamorgana

Kau bukan manusia
Kau juga bukan binatang
Kerana  tiada kasih
Dalam hatimu
Tiada naluri cinta
Tiada belas ihsan

Kau syaitan topeng manusia
Hatimu disaluti titik hitam
Tiada iman bertatah nama Tuhan

Tubuh kerdil itu
Jiwa kecil itu
Tak tertanggung
Luka-luka yang berbirat
Darah merah suci mengalir
Biru lebam tak terbilang


Tiada tangisan
Kerana air jernih sudah kering
Hatinya sudah hilang
Rasa percaya pada duniamu

Dia hanya budak
Terkandung sebutir permata
Pewaris  dunia dan akhirat

Dia hanya budak
Anugerah Tuhan
Tiada dosa
Tapi kau amat jahat
Telah mendera dia..


Ahli akademik, para doktor
Barisan menteri
golongan cerdik pandai
ahli cendekiawan
pengamal undang-undang
pentadbir sosial
bersatu hati
memerah keringat dan buah fikiran
Demi banteras
Penganiayaan dan penderaan

Talian Nur 15999
Masyarakat mampu dail
Maklum
Sebelum parah


*serikandi tercipta*
HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com