June 2019 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: June 2019
HARGA RUNCIT PRODUK MIKKAE JUN HINGGA OGOS 2019

HARGA RUNCIT PRODUK MIKKAE JUN HINGGA OGOS 2019

MIKKAE MILK POWDER (serbuk susu kambing asli)

1 canister 250g RM35
1 pek 500g RM69. Offer RM65

SPECIAL : 8pek 500g + FREE 1pek 500g + FREE 1 Chewable
RM552 postage flatrate RM8 (SM) RM15 (SS)

COMBO I - RM80 freepos freechewable
1 PEK 500G + 1 pek kurma mariami

COMBO II -RM110 freepos freechewable
1 PEK 500G + 1 pek kurma mariami + 1 pek kurma ajwa

COMBO III -RM150 freepos freechewable
2 PEK 500G + 1 mikkae chewable

COMBO IV -RM290 freepos freechewable
4 PEK 500G + 1 mikkae chewable

🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪
MIKKAE HEALTHY SNACKS

Kurma Mariami 1pek RM15. Beli 15pek free 1pek
Kurma ajwa 1pek RM30. Beli 5pek free 1pek

Mikkae Cookies 1pek RM6.
Offer 3 pek RM15.90

Combo Special I RM25 freepos
Mikkae Cookies 2pek + Kurma Mariami 1 pek

Combo Special II RM55 freepos
Mariami  1 + Ajwa 1 + Pistachio 1 + MikkaeCookies 1

🍫🍫🥮🍩
MIKKAE CACAO POWDER
1 canister RM25

☕️☕️☕️☕️
Sample of Mikkae Choc Drink premix
1set ( 4sachets) RM5 (normal price RM10)

MIKKAE CHEWABLE
1bottle RM49 freepos
Twin bottle RM90 free pos

Harga diatas valid untuk semenanjung Malaysia
Tambahan RM4-RM8 untuk sabah sarawak.

Ingin harga special. Daftar sebagai ahli/dealer dan nikmati potongan diskaun harga istimewa

Pesanan/Pertanyaan klik www.wasap.my/60133703161


















BUKAN TERIMA KASIH KAMI DAMBAKAN

BUKAN TERIMA KASIH KAMI DAMBAKAN

Hari ni duty kaunter. Cuba juga la praktikkan ilmu sepanjang kursus minggu lepas. Ilmu tanpa amal ibarat pokok tak berbuah. Biar berbaloi dengan pengorbanan penat lelah rakan setugas yang bawa kuda biru che kak.

Ada seorang makcik , 2 3 kali ucapkan terima kasih sebelum keluar dari ofis. Lepas tu call pula untuk ucapkan terima kasih sekali lagi. Kembang bunga dalam taman. Che kak tak tolong pun. Hanya jadi tukang dengar dan sesekali cuba nasihatkan makcik apabila nampak dia bersedia untuk mendengar khidmat nasihat che kak.

Lega betul apabila dia dah meluahkan perasaannya sebagai seorang ibu. Walaupun dia dah tua, hati seorang ibu, tetap melihat anaknya sebagai kanak-kanak yang perlu dilindungi. Lebih-lebih lagi anaknya adalah seorang OKU.

Malas nak taip kisah makcik dengan anaknya. Biar la ianya menjadi lipatan sejarah untuk che kak. Kan jadi cerpen pulak.

Makcik, bukan che kak yang baik. Tapi makcik yang baik. Baik sangat.  Sentiasa berlapang dada dengan petugas kaunter macam che kak. Che kak pun rasa lega kerana makcik keluar dengan hati yang sangat lapang.

Sebelum pergi kursus, che kak frust dengan seorang makcik yang lain. Belum apa-apa, dah tuduh jey key em tak masukkan duit bantuan ke akaunnya. Apabila semak penyata akaun, dah terang lagi suluh ada dinyatakan duit jey key em telah dikreditkan ke akaunnya. Sama dengan jumlah RM dan tarikh sebagaimana dalam sistem. Dah bercampur aduk dengan duit lain, mana la nak nampak duit bantuan.

Penat che kak terangkan pada makcik dan siap tolong kira jumlah duit masuk dan duit keluar. Che kak tahu, makcik faham sebenarnya.

Che kak syorkan, akaun bank untuk duit bantuan, lebih baik tidak dicampur aduk dengan duit lain.

Che kak nampak pada renungan matanya bahawa dia faham "duit bantuan, aku dah ambil untuk belanja rupanya". Tapi tak nak berlapang dada dan membuka ruang hati untuk terima hakikat bahawa duit dalam akaun dah habis 'dicucuk'.

Bukan ucapan terima kasih yang kami dambakan. Cukup la datang penuh berhemah dan pulang dengan rasa hati yang lapang.







WAJARKAH CERAIKAN ISTERI YANG SEDANG HAMIL DEMI WANITA LAIN?

WAJARKAH CERAIKAN ISTERI YANG SEDANG HAMIL DEMI WANITA LAIN?

Sedih molek sero baca kisah isteri diceraikan semasa hamil. Walaupun talak ditangan suami, tapi itu bukan bermakna suami sesuka hati boleh guna vetonya walaupun dicabar si isteri. Sebab tu la isteri takde kuasa talak. Hari-hari mau jatuh talak buat suami kalau isteri ada kuasa talak.

Kalau si isteri pendek akal, si suami jangan la takde akal dek kerana nafsu.

Isteri adalah amanah. Takde rasa simpati langsung kepada isteri yang hamil. Dah la baru kahwin. Tak kasihankah pada anak dalam kandungan. Takpelah. Dunia ni umpama roda. Hari ni kau duk kat atas roda. Nanti kau pula kena lenyek dengan roda juga. 

Jodoh di tangan Tuhan. Poligami halal. Tak de salah pun nak berpoligami. Tapi jangan la bina masjid baru atas keruntuhan masjid lain. Sama-samalah indahkan masjid-masjid yang ada.

Bagaimana la perasaan si isteri hamil tanpa suami. Walaupun nampak kuat, tapi hakikatnya sebagai bakal ibu, pasti nak suami di sisi. 

Hancur hati che kak bagaikan kertas A4  terpakai dibakar menjadi abu berterbangan ditiup angin.
BAGAIMANA CARA ORANG MISKIN BOLEH BERSEDEKAH

BAGAIMANA CARA ORANG MISKIN BOLEH BERSEDEKAH

Ramadhan tahun lalu, che kak berkesempatan berpuasa dan menunaikan umrah di tanah haram.  Rezeki dan nikmat Allah akan che kak kenang sampai hayat che kak. 

Kat sana, berlumba-lumba tetamu Allah buat kebaikan dan pahala. Berlumba-lumba bersedekah. Ada yang bagi duit kat kedai makan, dan pemilik kedai makan akan masak untuk diagihkan kepada jemaah.

Ada yang beli sejadah dan diagihkan kepada jemaah semasa nak solat. Ada yang beli makanan burung sebab kat sana banyak burung. 

Ada yang agihkan plastik untuk simpan selipar dan kasut. Biskut, kurma, dan pelbagai jenis makanan dan minuman.

Ada yang sedekah kat cleaner. Menurut ustaz, cleaner kat sana memang orang susah. Kalau boleh elakkan sedekah kat orang yang berkeliaran kat luar masjid dan hotel sebab ramai sindiket.

Pendek kata, memang orang berlumba-lumba membuat kebaikan bersedekah. Suasana nak menyambut raya takde langsung.

Walaupun kita tak punya harta dan wang yang banyak, kita pun boleh bersedekah. Ikut kemampuan masing-masing.

Kita ada kudrat, sedekahkan tenaga kita bersihkan masjid, surau dan kubur. Sedekahkan tenaga kita ke arah perkara yang bermanfaat.

Sedekahkan bacaaan alquran untuk ibubapa kita. Paling simple pun surah Al Fatihah.

Sebagai peniaga, kita boleh sedekahkan jualan kita. Seronok tau kalau peniaga bagi lebih walaupun hanya bagi 6 biji cili padi. Seronok tu lain macam dan kita pun akan doakan semoga peniaga ni dimurahkan rezeki.

Sampai sekarang che kak masih teringat kisah silam che kak. Masa che kak balik kampung, singgah kat bazar ramadhan Gua Musang. Masa tu che kak kerja kat Key Ell. 

Azan dah berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa. Maka che kak beli nasi kerabu. Kerak nasi je pun. Ulam dah habis. Lauknya kepala sotong. Che kak faham, makanan mestilah dah habis. Che kak beli pun sebab nak ambik syarat berbuka puasa. Harga 2 bungkus nasi kerabu tak lengkap saat azan berkumandang, Masya Allah! Menitis air mata.

Bukan che kak tak mampu bayar. Tapi sedih apabila akalnya hanya nampak duit je. Tak nampak pahala apabila bagi orang berbuka puasa. Kalau kito gak pade wi sajo jah kato ore.

Kalau nak sedekah pakaian, sedekahkan kain baju yang masih elok dan cantik. Asingkan siap--siap. Bungkus elok-elok.  Pernah che kak jumpa seluar dalam koyak dalam plastik pakaian kononnya nak disedekahkan. Asal almari dia clear je. Baik korang buang terus dalam tong sampah kalau kain buruk kat rumah che kak lagi cantik.

Sedekah paling seronok kita buat, bertukar-tukar juadah dengan jiran. Best kan. Zaman sekarang banyak tukar menu kat henpon je. Tukar dalam wasap, fb, ig. Kihkihkih. 

Juadah pun tak semestinya grand. Dapat lauk ikan singgang pun best juga. Orang macam che kak, dapat kuih beledo kosong pun rasa syukur sangat.

Sedekah ni umpama kita ada sekeping roti. Separuh kita makan sebab keperluan asas kita pun kena jaga. Separuh lagi kita bagi orang lain makan. 



ADUHAI MENANTUKU SAYANG

ADUHAI MENANTUKU SAYANG

Masih terlalu awal nak bercerita tentang menantu. Anak-anak masih dibangku sekolah. Panjang lagi masa depan mereka. Tapi masa berlalu begitu pantas. Pejam celik pejam celik, tup-tup, pasti akan tiba juga "umi, abi, nak kawen". Jangan abi korang pula yang cakap, "abang nak kawen". Hehehe.

Che kak tak nak letak syarat menantu che kak mesti begitu begini. Serah saje la pada jodoh mereka yang telah Allah aturkan.

Tak pandai masak takpe. Boleh belajar. Tak kerja takpe. Pandai la suami depa bagi makan. Tak belajar tinggi takpe. Semua tu rezeki Allah jua yang bagi. Cuma che kak mengharapkan sangat agar menantu-menantu che kak ada sikap rajin. 

Banyak dah che kak saksikan betapa ibu-ibu mertua menangis dalam hati. Menantu tak tolong basuh pinggan mangkuk puyuk belanga dalam sink. Menantu tak tolong kemas meja makan selepas makan. Menantu tak tolong sidai kain baju. Menantu tak tolong sapu sampah. Menantu tak tolong buang pampers anak dalam bilik air. 

Celik mata, makan. Siap makan, masuk dalam bilik. Uishh minta jauh la dapat menantu macam tu. 

Ada anak menantu beriya nak buat majlis hari jadi anak-anak. Tup-tup si mertua ni la yang terkontang kanting seorang diri kena kemas segalanya. Anak menantu dah say bye bye masuk dalam bilik. 

Kalau che kak dapat menantu macam tu, maka kena makan kaki che kak ler. Boleh blah dari rumah che kak.

Ringan-ringankanlah mulut tanya "umi nak makan ape. Umi, macamana nak masak ikan singgang. Umi macamana nak buat sambal belacan." Pasti mertua akan rasa seronok ada menantu macam tu. 

Kalau ada kain baju dalam mesin basuh, tolong la basuh. Bukannya berat sangat jari tu nak tekan butang on. Tolong la sidai juga. 

Kepada anak kita yang dah jadi suami, tolong la nasihatkan juga isteri. Cakap baik-baik dengan isteri. "Jom kita tolong umi masak. Jom kita tolong umi basuh. Jom kita tolong umi kemas rumah". 

Kalau penat sangat sampai tak mampu nak tolong, bagitau elok-elok, nak rehat kejap.

Kalau rasa tak boleh buat semua tu, silalah duk rumah sewa. Duduklah berdua tanpa gangguan. Dapur, rumah, bilik air, periuk belanga berkulat pun takde orang nak peduli dan sakit hati dah.






SIBUKKAH KITA?

SIBUKKAH KITA?

Kalau kita rasa sibuk, orang lain lagi sibuk.

Sekurang-kurangnya che kak boleh balik on time. Pukul 5 dah "bertentang mata" kat punch card.

Masih ada masa dengan keluarga pada waktu malam.

Masih ada masa bersama keluarga pada waktu cuti.

Masih ada masa melawat ibubapa kat kampung.

Masih ada masa cuci mata kat kedai RM2.10.

Masih ada masa tengok tv.

Cuma che kak tak minat nak tengok youtube, movie waktu kerja. Kalau minat agaknya layan juga kot.

Cuma che kak tak minat window sopim lazada dan shoppe waktu kerja. Kalau minat agaknya layan juga kot.

Che kak nak bersembang banyak2 takut orang kata che kak tak wat kerja dan membawang.

Sibuknya kita, hanya kita yang tahu, dan hanya kita yang boleh atur mengikut keutamaan.

Bersyukurlah wahai Hasliza engko ada kerja income ribu2. Kalau engko tak nak kerja, ramai lagi yang nak kerja, wahai Hasliza.

PREMIUM MIKKAE COOKIES CHOCOLATE CHIP WITH NUTS

PREMIUM MIKKAE COOKIES CHOCOLATE CHIP WITH NUTS


Apabila dapat free gift cookies (Mikkae Cookies -Chocolate Chip with Nuts) dari founder susu kambing MIKKAE, che kak makan sorang je kat opis.

Minggu lepas che kak beli cookies sepeket je. Sebab puasa, che kak bawa balik ke rumah. Lepas berbuka puasa, che kak kasi anak sorang satu. Seandainya tak puasa pun segan nak makan kat opis. Takut ada sisa cookies kat celah bibir. Kahkahkah.

Anak suh order cookies lagi. Sedap sangat katanya.

Adusss.. Tak sampai hati nak tolak permintaan anak-anak. Ada yang tak sempat merasa cookies. Jadi che kak order lagi hari ni.

Bab makan, che kak tak berkira harga sebab che kak memahami setiap titik peluh dan harga barang si peniaga.

Anak nak makan, lagi la che kak tak berkira.

Memang mahal cookies ni sebab guna bahan-bahan premium seperti La Belle andaine butter, golden brown sugar, valrhona & Callebaut Choc, no egg. Takde telur sebab takut ada yang alergik telur.

Founder buat sendiri dengan penuh kasih sayang.

Kalau rasa mahal, boleh je buat sendiri. Itupun kalau rajin la. Kalau ada penyakit malas dan tak pandai macam che kak, telan air liur je la ye.

Mommy Noah buat cookies secara kecil-kecilan.  Jadi, kena order awal-awal.

🎀Retail Normal Price 1 packet RM6.
🎀Offer Set of 3 packets= RM15.90 (NP RM18)
🎀Suitable as gift (Set of 3packs = 50g x 3)


MENJAGA IBUBAPA TANGGUNGJAWAB SIAPA?

MENJAGA IBUBAPA TANGGUNGJAWAB SIAPA?


"Wahhh makcik ada anak ramai. 9 orang. Kalau setiap anak kasi RM100.00 seorang, dah dapat RM900.00. Makcik dah mampu sara hidup sendiri tanpa bergantung pada bantuan".

"Anak-anak yang lain ada bantu tak uruskan mak yang sakit terlantar ni? Anak-anak yang lain ada tak bergilir tolong jaga, tukar pampers, mandikan, suap mak makan?"

"Kenapa makcik tak minta dengan anak-anak sikit sorang tolong belikan peti ais? Tak perlu la makcik kena gi pasar setiap hari beli lauk."

"Kenapa makcik tak suruh anak-anak bawa makcik gi hospital? Panas ni makcik duk tunggu prebet."

Kebanyakan warga emas ada anak yang ramai. Tapi kebanyakkannya kedekut dengan ibubapa. Takut jatuh miskin kalau memberi memberi memberi memberi pada ibubapa.

Anak-anak duk berdengki. Duk bbadi berharap antara satu sama lain.

"Engko la kena tolong sebab engko duk dekat. Aku duk jauh".

"Engko la kena tolong mak sebab gaji engko lagi banyak dari aku".

"Engko la kena bawa mak gi temujanji spital sebab engko tak sibuk. Aku sibuk sangat ni. Lagipun mak suka engko je".

"Eh mak minta bantuan la. Sebab kitorang bayar cukai kat kerajaan tau. Kerajaan la pulak kena tanggung mak bapak kitorang".

""Mak duk umah orang tua tau. Ada orang tolong jaga mak. Kitorang sibuk sangat tak sempat nak jenguk mak".

"Mak, kito tak balik kampung ni sebab tak suka jem. Panas! kesian kat baby panas dalam kete".

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com