August 2023 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: August 2023
ANTARA URUSKAN BANTUAN DAN TUGAS PELINDUNG, YANG MANA LEBIH MENCABAR?

ANTARA URUSKAN BANTUAN DAN TUGAS PELINDUNG, YANG MANA LEBIH MENCABAR?

 Sambungan.....


Beban tugas pegawai kes  bantuan diukur dengan bilangan kes permohonan dan kajisemula bantuan. Bertambah beban kerana dibuat secara manual dan sistem serta ISO yang semakin mencabar.


Ianya rutin berulang dari awal hingga akhir bulan. Siasat kes, kajisemula, sedia penyata bayaran. Lepas tu sambung pula. Permohonan memang tak pernah habis. 


Kebiasaannya, che kak settle je bayaran, terus "abes gas". 2 hari juga la che kak lemau tak leh nak wat kerja apa melainkan urgent benar.


Ex-boss che kak dah paham dan che kak memang takkan berpura-pura wat kerja depan beliau. 🤣 Hipokrit rasa kalau buat kerja juga walhal kita ni dah tepu tahap gaban.


Opss .. Tujuan che kak cerita ni bukan bermaksud che kak nak tunjuk pandai. No no no. Kerja JKM ni takde istilah otai atau baru sebab dasar  sentiasa berubah. Perlu sentiasa belajar dan alert dengan pekeliling seiring dengan transformasi jabatan. Haaa gittewww.


Oh ye, kalau kat JKMN ada otai yang memang che kak tabik spring. Che kak nak buat kira-kira bajet, kan main la ada kalkulator besar, kertas conteng , excelll lagi. Sape ganggu time kira bajet tu, memang boleh 'pekdoh' la. 


Berbalik kepada otai JKMN, che kak tengok relax je beliau handle bajet 10 jajahan guna excell je. 


Habis citer kisah di unit bantuan. 


Tahun kedua di JKMWPKL che kak ditempatkan di bahagian Kanak-Kanak dan Keluarga. Buat tugas-tugas Pelindung yang diwartakan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Pegawai Yang Diberi Kuasa di Bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. 


Che kak tidaklah bermaksud nak cerita tentang pengurusan kes. Nak tulis yang tu, 3 bulan tak siap lagi nak cerita.


Kerja dia glemer sikit sebab ke mahkamah. Rasa macam lawyer pun ye. Majistret pun ye. Inspektor polis pun ye. Jadi baby sitter pun ye. Hehe.


Cuma che kak tak pernah tender kes akhlak. Tugas Pelindung lebih kepada menyelamatkan kanak-kanak yang didera sama ada fizikal, seksual, pengabaian dan apa sahaja la yang berkaitan.


Che kak bersyukur sangat sebab dapat belajar dengan otai Pelindung JKMWPKL seperti Puan Jaliha, Puan Jamaeyah, En Zulkamal, Puan Rosmaini dan ramai lagi la. 


Che kak berkesempatan juga belajar tentang pelaporan kes yang melibatkan kanak-kanak oversea dengan Puan Siti Darmawan. Eh betul ke nama beliau. Che kak pun ingat-ingat lupa je.


Kes kanak-kanak ni, tidak la sebanyak permohonan bantuan kewangan. Tapi dia punya kes tu, Ya Rabbiiii. 'Complicated' bak hang. 1 kes nak settle pun huru hara rasa hidup. 


Dulu Talian Teledera sebelum diganti dengan Talian Nur dan kini dikenali dengan Talian Kasih. Ianya sangat membantu untuk selamatkan kanak-kanak yang didera atau pengabaian. 



Apa yang best che kak pernah lalui semasa siasatan untuk kes-kes Guardian Ad-Litem, dapat berjumpa dengan omputeh seperti kedutaan luar negara, orang bisnes hartawan, dapat tengok rumah depa yang besar dan cantik. Dapat merasa empuknya kerusi mahal mereka. Dapat tengok bilik air depa yang cantik. 


Banyak lagi la kenangan suka duka yang che kak lalui sepanjang setahun bergelar Pelindung JKMWPKL.


Namun begitu, cukuplah che kak setahun berada di unit ni. Tak mau dah. Hehe. Itu belum lagi nak cerita stress dengan sikap 'kerek' staf mahkamah setiap kali che kak bawa kes keganasan rumahtangga mohon IPO. Agaknya perasaan che kak je kot. 



Pernah juga la trauma. Pernah dipanggil untuk mengadap PUU atas sebab kes yang che kak handle. Tapi masa tu che kak cuti bersalin. Puan dari JKM turun ke Kelantan jumpa che kak. Sampai sekarang che kak takut nak tanya dengan Pelindung yang gantikan che kak apakah kesudahan kes itu.


Selain itu ada sebab lain yang membuatkan che kak tak mau dah jadi Pelindung. Boss che kak faham kenapa che kak tak mampu untuk jadi Pelindung. 😅 Kad kuasa Pelindung dan Pegawai Akhlak hanya menjadi hiasan dalam beg sahaja. 


Baru perasan takde gambar kenangan semasa berada di Unit Kanak-Kanak ni.😌


Nanti nak sambung  citer unit lain pula.

APAKAH CABARAN UNIT BANTUAN

APAKAH CABARAN UNIT BANTUAN

Baru-baru ini ada kawan che kak hubungi untuk tanya pendapat. Beliau diberi pilihan oleh bossnya sama ada nak kekal dengan unit sedia ada atau tukar unit lain.

Che kak tak boleh nak buat pilihan untuk  beliau. Hanya empunya diri yang lebih tahu.

Namun che kak nak share pengalaman che kak. Apa yang che kak tulis ni hanya perkongsian peribadi dan tak berkaitan dengan dasar-dasar jabatan.

Sepanjang 21 tahun berkhidmat, 15 tahun daripadanya adalah penyelaras unit bantuan. Unit paling hard core juga la kiranya. Tak tau lah kot che kak yang syok sendiri fikir macam tu.

Tahun pertama bekerja di JKMWPKL, che kak ditempatkan di bahagian Perkhidmatan Bantuan. 

Tukar di JKM Pasir Mas pun 8 tahun pegang unit Sosio Ekonomi dan Bantuan (EB). Lekat nama Kak Za EB sebab ada kawan sama nama.

Gambar kenangan semasa di JKM Pasir Mas


Berpindah ke JKM Pasir Puteh sempat juga teraju unit ni yang dikenali dengan Unit Kebajikan Produktif (PW). Sempat 4 tahun sebelum tukar dua portfolio lain iaitu Penguatkuasaan dan  Komuniti.

Walaupun berlainan nama, konsepnya tetap sama.  Menguruskan permohonan bantuan dan bayaran bantuan bulanan.

Semua permohonan perlu disiasat sama ada layak atau tidak.

Setiap tahun perlu dikajisemula sama ada layak diteruskan atau ditamatkan bantuan.  Dulu kajisemula dikenali dengan istilah ulangkaji.

Awal bulan kena sedia dan urus penyata untuk jana bayaran. 

Begitulah rutin setiap bulan yang perlu dilalui oleh pegawai kes bantuan dan pembantu tadbir kewangan.

Sejak tahun 2018 dah lega banyak sebab bayaran 100% dikreditkan ke akaun klien. Staf dah tak pegang tunai sebab risiko sangat tinggi. Arahan SPRM.

Dulu, setiap kali bayaran, kitorang kena menapak dari pusat ke pusat bayaran. Bawa duit cash banyak-banyak. 

Ayoooo seriau rasanya bila teringat dulu-dulu. Syukur sangat Allah jaga keselamatan diri dan hati supaya tidak gelap mata tengok cash banyak-banyak.

Penyelaras bantuan kena alert dengan peruntukan. Setiap bulan dan sebelum akaun ditutup hujung  tahun kena cakna. Takut terkurang atau terlebih peruntukan. 

Mau kena menjawab STS. Kalau menjawab dengan tok laki tak takut pulak.

Bergaduh dengan boss tu adalah biasa. Lepas bergaduh dan settle bab bajet, lepas tu "jom pi makan". 

Bab bajet ni memang kena bersama dengan boss dan PT (W). Tak boleh buat keje sorang dan syok sendiri.

Unit bantuan ni memang kerja dia kena memanjang je hadap pc dan duk kat kerusi meja. 

Kalau penyelaras boleh handle staf tanpa tunjuk bekeng, memang che kak tabik spring la. 

Memang kagum sangat kalau staf boleh siapkan siasatan kes dan kajisemula serta penyata bayaran tanpa penyelaras nak kena ketuk sokmo. 

Walaupun dah tak pegang unit ni, tapi kalau sesiapa minta tolong, che kak seronok je tolong. Keserasian tu masih ada. Tapi tak mau dah pegang unit ni. Sebab pelik-pelik je dia punya iso/sop. 

Tu belum lagi nak cerita bab ABT. Aduhhh tak sanggup gue nak hadap dah. 

Selain daripada uruskan bantuan, kena pantau juga 2YEP. Malas lah che kak nak cerita dah.

Harapan kami semua, agar tiada lagi fail putih. Biarlah semuanya di dalam sistem je. Fail hanya untuk simpan dokumen penting je. Penat tau nak print, nak minit fail lagi. Ke hulu ke hilir angkut fail. Walhal semuanya dah ada dalam sistem. 

Gambar hiasan


Oh ye. Lepas tukar unit lain, barulah che kak sedar. Ya Allah, rupanya che kak silap percaturan. Kesiannya kat kawan-kawan penyelaras unit lain. 

Mentang-mentang la depa baik je tak berbunyi, che kak beranggapan unit depa tak sibuk. 

Ya ampunnn maafkan che kak ye.

Okey next...

Tahun kedua di JKMWPKL che kak ditempatkan di bahagian Kanak-Kanak dan Keluarga. Buat tugas-tugas Pelindung yang diwartakan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Pegawai Yang Diberi Kuasa di Bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. 

Che kak cerita lain hari la ye. Nak tido dulu. 

Coretan 23.8.2023

Bersambung....
APAKAH KELEBIHAN BLOG BERBAYAR

APAKAH KELEBIHAN BLOG BERBAYAR

Tadi baca email personal mengatakan domain dah naik harga. Tapi tak banyak la. So, masih boleh lagi renew domain yang sama. Masih bawah rm100 setahun.



Boleh je guna yang free contohnya blogspot.com. Tapi bila dah bertahun-tahun menulis blog free, rasa nak upgrade la juga yang berbayar.


Bila guna domain dot com ni kepuasan untuk berblog sukar digambarkan dengan kata-kata.


Bestnya macam korang duk rumah sendiri walaupun kecil je. 


Walhal menulis pun hanya syok sendiri je. Haha.


Cuma che kak tak paham juga la kenapa domain hasliza.com mencecah ribuan dollar. Hairan bin ajaib. Awat mahal gi lak nama hasliza. 


Frust juga la impian nak domain hasliza dot com tak kesampaian. Kena jadi jutawan dulu la kot.








Okeylah. So, kenapa domain haslizasayang.com menjadi pilihan. 


Sebab dalam hati che kak penuh kasih sayang bagaikan dalam taman walaupun muka kerek, muka garang, suka membebel dan bla bla bla bla.

https://www.haslizasayang.com/?m=1

Untuk bisnes che kak pilih domain hasliza.biz. Walaupun kurang aktif post di fesbuk, tapi che kak ada kedai alam maya kat situ la. Itupun kerap juga la orang pm che kak minta izin nak copypaste. 

https://www.hasliza.biz/?m=1




Kalau nak berbisnes, sebaik-baiknya tulis la dari hati apa yang kita suka dengan bisnes kita.


Beli, guna dan sharing sendiri lagi best. Lagi best nak sharing kat kastemer tau daripada kita copypaste. 


Contohnya kita suka sabun avocado. Kita beli, guna dan alamilah apa kebaikan sabun itu.


Bila orang tanya apa bestnya sabun itu, haaa kan senang je kita nak sharing.


Lagi satu, carilah upline yang boleh support kita. Caranya nak tau upline yang bagus, tengok sharing diorang la kat media sosial.


Okey berbalik kepada blog ni. Che kak sangat sayang kat harta che kak ni. Che kak takde harta duniawi. Sekadar menumpang rezeki suami.


Che kak pun ada pesan kat suami, seandainya che kak pergi dulu menemui Allah Tuhan Sekalian Alam, janganlah nyahaktifkan fesbuk dan blog che kak.


Cuma kalau tak sesuai, delete sahaja posting yang ada. Che kak  mengharapkan sangat apa yang che kak tulis tu menjadi kenangan kepada keluarga dan kawan-kawan. Semoga apa yang che kak tulis tu dapat memberi manfaat kepada pembaca.


Dah kenapa nak feeling feeling sedih ni pulak. Haha.

WAJARKAH AIR MATA ISTERI YANG TERSAKITI DIJADIKAN CONTENT MEDIA SOSIAL?

WAJARKAH AIR MATA ISTERI YANG TERSAKITI DIJADIKAN CONTENT MEDIA SOSIAL?

Nak kahwin 2 3 4 terpulanglah. Ada rezeki dan jodoh berpoligami, silakan. Ku tak kisah sebab bukan lakiku yang berpoligami. 


Tapi buat content dengan air mata bini ni yang buat orang marah. Tak power lagi tu bang buat content macam tu untuk dikenali.




Cer buat video bini tengah mengamuk cam singa, lepas tu  beri sokongan untuk berpoligami on the spot. Haaa barulah buleh jadi ikutan suami mithali.


Alahai, sanggup pula bagitau lepas bini bagi berpoligami rasa sayang sangat-sangat kat bini. So whattt??? Kalau tak bagi, tak sayang ke? Sayang bersyarat yang perlu diikuti?🤔🤔🤔🤔


Tulis lebih-lebih kang nanti kata kita menentang poligami. Bukan isu menentang poligami. Tapi menyampah dengan suami-suami poligami yang tak reti nak jaga hati para isteri.


Kadang-kadang tak paham juga. Isteri cantik dan nampak baik tapi tetap dicarikan juga pengganti. 


Kadang-kadang kagum campur hairan juga kenapa ada isteri yang sakit terlantar dah macam kain buruk tapi masih ada suami yang setia di sisi. 




Kadang-kadang keliru juga. Berstatus duda, tapi punyalah lama nak sunting suri hati. Punyalah payah nak cari isteri. Kadang-kadang ada yang menduda sampai mati.

KENAPA SUKA DENGAN PERLANTIKAN MENTERI BESAR KELANTAN

KENAPA SUKA DENGAN PERLANTIKAN MENTERI BESAR KELANTAN

 Selepas menyulam suka duka di JKM WP Kuala Lumpur selama 2 tahun, che kak berpindah ke JKM Pasir Mas pada tahun 2005. Selama 8 tahun che kak bekerja di sana sebelum bertukar ke JKM Pasir Puteh hingga kini.


Selain menggalas tanggungjawab sebagai ketua unit Sosioekonomi dan Bantuan (EB), che kak juga 'menjaga' Dun Meranti. 


Che kak ada juga anak buah yang sama-sama jaga Dun Meranti. Walaupun mulut laser tetapi anak buah che kak tu sangat bagus dalam bab kerja.


Mana tak lasernya. Ada ke patut dia cakap che kak pakai kain batik macam nak pergi menoreh getah. Punyalah che kak 'koya' comel sebab berbaju mini kurung berkain batik paling comel.


Che kak selalu turun ke kampung-kampung sekitar Dun Meranti untuk siasatan kes baru dan kajisemula bantuan. 


Berpandukan peta Dun Meranti yang dilukis oleh Abe Nor suatu ketika dulu. Peta tu lah che kak guna. Dulu mana ada waze. Google maps pun tak kenal.


Selalu juga la melintas depan rumah YB Adun Meranti. Suka tengok rumah beliau. Rumah kampung sederhana sahaja. 


Setahun sekali kami akan terlibat dengan bayaran bantuan Armalah bersama YB Adun Meranti.


Pada masa tu belum lagi dapat gelaran Dato'. Lebih selesa dipanggil YB atau Ustaz. 


Che kak suka dengan YB sebab beliau sangat baik dan tidak sombong. Sentiasa senyum. Setia menanti sehingga selesai pembayaran bantuan. 


Kadang kala kita tak tegur bukan sebab sombong tapi lebih kepada perasaan segan. Tapi apabila YB yang bertegur sapa dulu, kita akan rasa dihargai.


Tak jatuh standard pun seorang Yang Berhormat kalau memulakan dulu perbualan. Bahkan kita akan rasa lebih menghormati wakil rakyat.


Pengalaman che kak masa bayar bantuan Armalah dun lain. Ada seorang YB tu, hadir sekadar gimik je lepas tu blah gitu je tinggalkan kitorang terkontang kanting selesaikan bayaran bantuan tersebut. Ingat kita ni kuli depa ke. Malas la nak cakap dun mana.


Itu belum lagi nak cerita bab banjir. Kawasan Meranti dah sinonim dengan banjir. YB memang sentiasa ada bersama rakyatnya.


Apabila dapat berita YB Adun Meranti telah dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, che kak sangat menyokong. 



Sekalong tahniah diucapkan. Semoga negeri Kelantan terus makmur di bawah kepimpinan beliau. 


Eh che kak cerita ni sekadar pengalaman che kak sahaja. Takde kena mengena dengan parti atau taksub dengan beliau.


#doneclaim


TERIMBAU MEMORI HUJAN LEBAT

TERIMBAU MEMORI HUJAN LEBAT

 Masa tengah tunggu lampu hijau menyala kat depan Sekolah Arab Azhariah, tiba-tiba teringat masa tahun 1996.



Hujan lebat juga masa tu. Redah juga nak balik ke rumah sewa. Habis basah kuyup. Entah la kenapa masa tu tak berteduh dulu. Sanggup pula jalan dalam hujan lebat.


Mandi hujan memang best. Pantang hujan mesti mandi dan berlari-lari dalam hujan. Seronok memori dulu-dulu.


Sekarang ni, Ya Allah asal hujan lebat je dah terbayang-bayang beg yang nak kena isi kain baju kot-kot mood standby duty banjir.😆

APAKAH KESAN DAN AKIBAT APABILA BEKERJA SEHINGGA ABAIKAN KESIHATAN

APAKAH KESAN DAN AKIBAT APABILA BEKERJA SEHINGGA ABAIKAN KESIHATAN

 Setuju sangat. Kita bekerja kerana nak mencari rezeki untuk sendiri dan keluarga.


Kalau dah sakit hingga hilang mata pencarian, ada ke orang nak bantu kita nanti.



Teringat masa awal kerja dulu. Masa tu dah waktu rehat tapi che kak masih lagi buat kerja. Maklumlah tengah rajin, bersemangat dan berdarah muda lagi.


Ex boss che kak tanya kenapa tak lunch? Che kak kata nak siapkan kerja sikit.


Beliau terus cakap "Liza, kau mati pun ada orang akan buat kerja kau. Dah! Pergi makan."


Berbekas dan berbirat dalam minda sampai la sekarang asal waktu tengahari je memang keluar makan. Kalau tak makan pun akan keluar juga cuci mata.😂


Gitulah, nak. Apabila diberikan tugasan cubalah sedaya upaya membuat yang terbaik dan termampu mengikut kemampuan kita. 


Tapi kena pandai atur masa dengan sebaik-baiknya. Paling utama jaga kesihatan dan keluarga.


Sibuk dan penat macamana pun kena rehat. Kerja tak akan habis dan memang takkan habis. 


Lagi satu, tak guna sen sen pun kalau kita bergaduh dengan seseorang kerana hal kerja. 


Bak kata Bro Din, "doh mung pilih nok bbaloh. Molek-molek ado jah ore buleh siap kajisemula dan penyata bayaran walaupun tak maroh." 😑

SELOKA PILIHANRAYA NEGERI 2023

SELOKA PILIHANRAYA NEGERI 2023

 Hilang sudah debaran di dada

Parti bulan dipilih rakyat jelata

Tok gogek walaupun banyak isunya

Tak tahulah rakyat nak apa sebenarnya





Antara sutra dan bulan

Eh itu lagu rock berkumpulan

Menang kalah adat pertandingan

Turunlah mengundi untuk kekal atau perubahan


Dipilih rakyat untuk jaga agama

Seiring dengan hidup sejahtera

Kebajikan rakyat perlu diutama

Kemajuan ekonomi seimbang sama


Hidup harmoni bersama-sama

Walau berlainan kaum dan agama

Jangan lupa hidup hanya sementara

Akhirat di sana panjang perjalanannya


Wakil rakyat menjadi mata telinga

Besar tanggungjawab perlu dilaksana

Kurangkan alasan banyakkan kerja

Turun padang sokmo baru rakyat suka


5 tahun sekali kita mengundi

Jangan bermasam muka dengan kawan dan famili

Pucuk pimpinan elok bersama minum kopi

Cerita politik tak habis sampai mati


#chekakhasliza

KISAH SEHARI SEBELUM PILIHANRAYA NEGERI

KISAH SEHARI SEBELUM PILIHANRAYA NEGERI

Semalam lena tido sebab penat dengan aktiviti team building. 



Hari ni lepas solat subuh terus ke kedai dobi. Banyak giler baju sebab dah beberapa hari takde air kat rumah. Siap mendobi, pergi kedai cari nasi bungkus. Lama juga la beratur sebab sorang-sorang beli banyak bungkus. Tapi sedap so, kita sanggup tunggu.


Lepas kenyang, sambung tido. Wakaka. Lepas tu angkut anak-anak yang tak solat Jumaat ke rumah ma. Mandi dan basuh pinggan mangkuk periuk belanga kuali yang semalam punya.


Adik che kak siap sound kuali lejen che kak katanya kuali tu dia buat jual besi buruk je. Eh eh rasa nak hempuk atas tulang belikat dengan kuali lejen tu.


Dah kenyang makan pulut panggang, terus balik kemas rumah pula. 



Lepas tu ada lori air datang penuhkan tangki air kat luar rumah. 


Maka dapat la masak nasi dan lauk simple. 



Kejap lagi nak tunggu anakanda abang Aiman sampai. Walau apa jua rintangan, pulanglah untuk laksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.



HARI TUA TANPA CINTA SEBENAR

HARI TUA TANPA CINTA SEBENAR

Rumah tangga mana yang tak dilanda badai. Pasti ada pasang surutnya.


Detik-detik manis semasa diijabkabul perlulah sentiasa di kenang bagi menghangatkan kembali tujuan berumahtangga.


Kebiasaannya pada fasa awal perkahwinan pasti bermula dari zero. Sabar menempuhi susah senang bersama. 


Namun jodoh di tangan Tuhan. Tiada siapa yang mampu memikirkan kenapa rumahtangga yang dibina berpuluh-puluh tahun akhirnya menemui noktah.


Dalam redha tetap ada peritnya. Isteri mana yang tak sedih selepas berpuluh tahun mengabdikan diri kepada suami akhirnya dilafazkan talak. Apatah lagi dilafazkan melalui whatsapp. 

Contoh sahaja


Kenapa masa nak masuk meminang, pandai pula datang penuh beradab. 


Banyak dah yang che kak tengok pada klien che kak, apabila dah tua yang dah tak berdaya, baru tersedar.


Kebanyakannya apabila dah bercerai, hubungan dengan anak-anak juga pun dah renggang.


Pada masa itu baru terasa rindu pada anak-anak. Baru terasa bekas isterilah yang tercantik sekali. Baru sedar sepatutnya hari tua hidup senang lenang dengan cucu-cucu je.


Belum lagi diuji dengan ujian sakit. Pada masa itu, baru sedar siapa yang sanggup jaga waktu sakit.


Apabila dah tak berdaya nak mencari rezeki baru sedar, alangkah bahagianya anak-anak hulurkan duit belanja. 


Sudahnya, minta bantuan dengan agensi kerajaan bagi keperluan sara hidup hari tua. 


Ye lah, nak minta dengan anak dah terasa malu sebab abaikan zaman kanak-kanak mereka. Di saat mereka memerlukan bapa, tapi bapanya lebih utamakan keluarga baru.


Pasangan yang bercerai selalu terlupa dengan perasaan si anak. Rindunya mereka pada bahagianya sebuah keluarga yang lengkap.  Tapi apakan daya. Hanya redha dan sabar sahaja yang termampu.


Apabila kasih dan rindu pada ibubapa dah hilang seiring dengan masa, tiada guna lagi untuk membuat tuduhan 'anak derhaka'.

AIR OH AIR

AIR OH AIR

Che kak nak share semula apa yang che  kak pernah tulis pada tahun 2019. Sekadar nak menghangatkan lagi suasana sekarang ni berikutan tular perkongsian Syahmi Sazli dan isteri beliau.

Pasal isu air yang duk berlegar-legar di medsoc sekarang. Isu lama yang tak berkesudahan.

Tahun lepas baju sekolah anak che kak rosak teruk tak dapat diselamatkan lagi. Terpaksa beli yang baru.




Memang stress giler kalau air yang keluar kat paip kaler hitam tahap kopi o pekat. Kadang kala kaler teh o beng.




Kadang-kadang air slow, takde air langsung pun ye. Eh bukan kadang-kadang. Selalu je macam tu.

Baju sekolah, kain sembahyang yang putih suci akhirnya jadi kuning. Nampak buruk walaupun baju masih baru.

Berbekalkan duit gaji, terpaksa la beli penapis air yang dipasang kat luar rumah. Ingatkan dah selesai masalah. Tapi masih keluar air kaler teh o.

Maka beli lagi penapis air harga RM2K lebih yang dipasang kat sinki dapur. Bayar bulan-bulan dah lari bajet. Settle masalah air jernih untuk wat minum. Ni pun ejen dah call suh tukar filter. Bukan murah juga benda alah tu.

Adakah tanggungjawab rakyat yang patut kena beli penapis air?

Che kak buka laman web AKSB. Tu diooo.. Bukan calang-calang orang yang menjadi ahli lembaga pengarah. Masalah air karat, takde air dah bertahun-tahun. Apakah inisiatif dan usaha-usaha mereka terhadap isu-isu ini?

Che kak baca visi. Eee bertambah sakit hati baca. Kan main ayat 'Terunggul taraf dunia'. Taraf negeri pun belum tentu.

Air adalah keperluan utama rakyat. Pastikan terjaga dengan baik. Tak perlu bangunan pencakar langit kalau air pun masih 'karak ghamak'.

Tapi kan, kalau bising-bising kat efbi pun tak de pekdah juga. Buka laman web dia dan buat aduan je kat web dia.



Dah ada kat ruangan aduan tu. Korang adu je apa-apa masalah air rumah korang.

Pakat-pakat wat aduan secara rasmi, baru ada data statistik betapa air kelantan ni banyak masalah. Kalu dop gak, ore atasan duk syok sendiri lagi.

BANGGA BUKA AURAT?

BANGGA BUKA AURAT?

 Che kak teringat masa che kak kerja kilang lepas grad. Puah duk sajo kat rumah, so kita kerja dulu sambil cari duit poket sendiri.


Tengah duk bersembang-sembang, ada seseorang cabar seseorang untuk buka tudung.


Esoknya, memang betul-betul buka tudung sebab nak sahut cabaran.


So, ada seorang gadis India tegur. Eh katanya bukan ke berdosa buka tudung. Nak sahut cabaran pun tengok juga la keadaan.


Tukang cabar pun siap marah juga kat dia.  Aderr. Dah hangpa pi cabar dia, kenapa. 


Bila tengok sekarang ni trend artis terutama artis sendu buka tudung dan siap bangga tayang.



Apabila ada orang alim tegur, kan main lagi melawan. Ye betul kubur masing-masing. Tapi nak masuk kubur kena ada orang tolong uruskan juga.


Marilah kita sama-sama berhemah dalam memberi teguran kepada para wanita yang diwajibkan menutup aurat dengan sempurna. Jangan sampai menghina.


Pernah juga che kak mendengar dari seorang yang berjawatan tinggi. Katanya walaupun beliau tidak bertudung, beliau tidak menjadi mangsa rogol.🤦 


Kita menutup aurat ni bukan sebab kita nak tunjuk kita baik. Ramai je yang berhijab tapi tidak sempurna akhlaknya.


Ramai je yang menutup aurat melakukan dosa dan melanggar juga perintah Allah.


Namun, perintah menutup aurat itu datangnya dari Allah. Kita berusaha untuk menurut apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang.


Sesungguhnya pasti ada hikmah apa yang Allah suruh buat dan tinggalkan larangan.



Sayang tau suami penat-penat memberi hantaran dan mas kahwin yang tinggi untuk menghalalkan kita, tapi kita free je tunjuk kecantikan tubuh badan kat lelaki lain.

BILA HATI DAH TAK SAYANG

BILA HATI DAH TAK SAYANG

Alahai sampai nak buat sidang media la pula kisah rumahtangga. 




Walaupun dah tak suka, apa salahnya hargailah seorang wanita yang jadi ibu kepada zuriatnya sendiri.


Hargailah seorang wanita yang telah mengabdikan hidupnya selama berpuluh tahun untuk suami.


Jodoh di tangan Tuhan. Walaupun jodoh sudah ternoktah, tapi Allah tak pernah menyuruh hamba-hambaNya buat aniaya kat keluarga sendiri. 


Dah tak suka kan, nak buat macamana lagi. Tapi tak perlu la kot nak  bersidang bagai haaa.


Hebat sangat ke beliau sehingga nak buat sidang media. Kalau tak kerana krisis rumahtangga ni duk lalu lalang, maaf la memang tak kenal termasuk bini muda beliau.


HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com