April 2021 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: April 2021
BUDAYAKAN UCAPAN TERIMA KASIH

BUDAYAKAN UCAPAN TERIMA KASIH

 Orang sekarang ni susah nak ucap perkataan terima kasih?


Throwback.


Pada suatu hari, che kak berada di sebuah pejabat lebih kurang jam 4 petang.


Ada seorang staf baru masuk opis. Katanya baru balik dari miting di hq. Diikuti dengan pasangan suami  isteri. 


Beberapa minit kemudian, staf tersebut hulur surat kat si suami.


Terkejut beruk apabila dengar lelaki tu duk membebel sebab lambat dapat surat. Kalau ikutkan dia nak pagi lagi. 


Dah 'kawan' tu baru masuk opis sebab hadir miting. Itupun masuk  opis juga walaupun dah lewat petang. 


Takde nak ucap terima kasih pun. 


Si isteri nampak  sangat malu dengan kelakuan suaminya yang 'pongoh'. Si isteri sempat ucap terima kasih sebelum keluar dari opis.


Dah la minta tolong orang, eh lagi nak marah kat orang. 🀦‍♀️


Jangan macam tu gais. Kita budayakan ucapan terima kasih walaupun kecik je pertolongan orang pada kita.


Contoh orang tolong pegang pintu untuk kita, ucaplah terima kasih. Penat tau pegang pintu. Kang terlepas pintu, terkena dahi hidung muka kita pulak.


Sekarang ni ramai yang dapat sumbangan macam2 kan. Beras la, gula, biskut, tepung, macam2 lagi la. 


Ucaplah terima kasih walaupun tak berkenan dengan jenama tepung gandum atas alasan bukan tepung produk BMF. 


Banyak lagi la kalau nak citer pasal terima kasih ni. Perkataan mudah tapi susah rupanya nak lafaz.



#chekakforever 

APAKAH HIKMAH COVID-19?

APAKAH HIKMAH COVID-19?

 Bila kes Covid-19 meningkat, kita suka menyalahkan mana-mana pihak. Takde pun tunding diri sendiriπŸ˜…


Berperang dengan musuh tak nampak ni memang sukar. Selagi tak kena kat diri sendiri memang kita leka. πŸ˜…


Marilah kita ambil peluang untuk muhasabah diri kita. 


Kalau sebelum ni kita kurang bersyukur dengan nikmat Allah, hari ini kita panjatkan syukur Ya Allah walau apa jua situasi kita sedang hadapi. 🀲


Kalau sebelum ini kita selalu mengeluh, hari ini kita ambil peluang muhasabah. Sebab hanya Allah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. 


Kalau sebelum ini kita tak hargai anak menantu cucu balik sehinggakan depa rasa tak balik pun takpe, hari ini masing-masing ambil lah peluang untuk muhasabah diri apa itu keluarga. 


Sebelum ini kita tak jaga barokah bulan puasa, berniaga hanya memikirkan untung semata-mata, hari ini kita renung kembali nawaitu kita berniaga. 


Teringat masa che kak bermusafir dulu. Tengah azan maghrib, che kak sempat beli kerak nasi sebab nasi dah abes dan  kepala sotong je yang tinggal. Ya Tuhannn dia punye harga nak gi Mekah balik hari. 🀣


Sebelum ini kita tak jaga kebersihan, hari ini kita kena sentiasa amalkan kebersihan.


Allah dah bagi peluang untuk kita berjimat cermat tak yah wat kenduri, tapi nak juga pacak khemah sehingga hilang SOP.


Sebelum jadi orang berjawatan, lantang bersuara. Hari ini diam membisu bahkan tanpa segan silu langgar SOP. 


KENAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN

KENAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN

 "Doa tak makbul" 


Rasa tertarik nak share kenapa doa kita tak dimakbulkan. 


Walaupun dah tahu, kita refresh. 


Bukan orang Islam sahaja yang berdoa. Bahkan semua bangsa dan agama berdoa dengan cara dan fahaman masing-masing. 


Apatah lagi kita sebagai orang Islam. Sesungguhnya doa adalah senjata orang mukmin.


Macam biasa, sambil drive gi keje, sempat le layan tazkirah bersama Ustaz Syed Manis FM. 


Walaupun dengar sekejap je tapi amat bermakna. 


Berbalik kepada topik doa tak makbul. Kenapa ye? 


Dah doa macam-macam kat Allah.  Tapi kenapa Allah tak makbulkan? 


Sebab kita gopoh dalam doa. 


Kita persoal kenapa Allah tak makbulkan permintaan kita. 


Sepatutnya, kita terus berdoa tanpa merungut kepada Allah. 


Umpama macam ni la. Korang minta cuti 2 hari dengan boss tapi boss tak bagi. Lepas tu kau merungut-rungut boss tak bagi cuti. πŸ˜‚


Macam mentor che kak bagitau juga. Terus berdoa. Jangan ambil keje Tuhan. 


Sebab lain juga, makan minum dari sumber haram. 


Sumber haram ni ada 2. 


Secara fizikalnya haram seperti makan babi, bangkai. Makanan yang diproses dan dibungkus pun kita tengok balik bahan kandungan dia. 


Selain itu makanan dah halal tapi kita beli dengan sumber haram seperti rasuah, mencuri, tipu claim. 


Buat maksiat juga menghalang doa dimakbulkan. Contohnya berpakaian tidak menutup aurat. 


Kita lupa bahawa Allah yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersangka baiklah dengan Allah.


Ustaz ada gak wat perumpamaan. Contohnya ada ular masuk dalam rumah. Anak kecil nampak. Dah tentu dia nak main dengan ular tu.


Kita sebagai mak, dah tentu ikhtiar jauhkan anak dari ular sebab tahu mudharat.


Si anak ni duk nangis nak main juga dengan ular.


Begitulah juga dengan kita. Kita nak projek juta-juta. Allah tak bagi sebab dengan projek juta-juta tu membuatkan kita lalai dengan Allah.


Kesimpulannya, terus berdoa dan bersangka baiklah dengan Allah. Sampai masanya Allah akan bagi juga apa yang kita doakan. 


#chekakforever

PAKCIK MEROYAN

PAKCIK MEROYAN

 Terkejut betul bila dengar tuan kedai menjerit kat kastemer "nawokkk".


Dah la tuduh. Membebel macam mak nenek. Ish kalau che kak, angkat kaki dah, tak hingin nak berurusan dengan pakcik meroyan. Dengan che kak sekali hampir termeroyan sebab terkejut. 🀣


Sabor je la. Kastemer tu pun baik je. Sabar je. Siap ucap terima kasih lagi. Kastemer tu tanya dengan elok je. 


Kes nye kastemer tanya sebelum ni dia beli barang kat kedai tu jugak harga rm6. Hari ni harga rm10.


Kalau ye pun, tak perlu la nak menjerit dan tuduh macam tu. 🀦‍♀️


Che kak pun tobat dah tak pi kedai tu buat kali pertama dan terakhir. πŸ˜‚


Beza benar la dengan layanan tauke cina yang juai barang yang sama. 


Jangan bangga bawa slogan tolong bisnes orang Melayu kalau diri sendiri tak betul 'stereng'. 


#chekakforever 


SENTIASA BERSYUKUR

SENTIASA BERSYUKUR

 Hari ni ambil peluang kemas rumah. Jadi surirumah sambil buka kedai online.


Penat?? Apa la sangat penatnya kalau nak dibandingkan dengan ma che kak dulu.


Che kak bersyukur dengan nikmat rezeki yang Allah bagi. Malu rasa kalau nak mengeluh atau fikir negatif.


Zaman ma dulu basuh baju dengan tangan. Guna air telaga. 


Sambil jaga anak, juai kuih, nasi lemak, ambil upah jahit baju, urus rumah. 


Ayah balik, layan ayah pula, tanggalkan stokin ayah, hidang air. 


Lepas tu kena sediakan uniform ayah. Ayah keje askar. Renyah weiii nak kasi baju lendik, kasut berkilat sampai nampak bulu hidung. πŸ˜…


Tapi jodoh mereka ternoktah jua. 


Che kak pula, kalau nak mengeluh penat, Ya Tuhannn malunye. 


Suami che kak dah sediakan mesin basuh automatik. Senang je keje membasuh ni. Lepas tu letak je dalam dryer. 


Itupun suami yang banyak wat keje dobi ni. Tempat letak sabun basuh pun tinggi. Che kak tak sampai nak ambil.🀣


Kadang2 suruh anak2 sebab nak ajar dan latih biar depa tahu tanggungjawab keje rumah.


Che kak walaupun keje, tapi masih lagi boleh balik on time. Anak2 ada orang tolong jaga. Alhamdulillah cikgu taska semuanya baik2.


Kadang2 balik keje, suami dah siap masak.  Mana la tak gemuk. Tak nak makan, takut suami kecik ati😝. 


Sekarang ni, che kak lebih suka ajar anak2 masak yang ringkas2, kemas dapur, kemas rumah. 


Kalau rasa down nak bisnes, terasa malunyeee. Bukannya kena ketuk pintu rumah orang. Bukannya kena bangun 2 pagi bersengkang mata masak untuk jualan. 


Semuanya di hujung jari. Bisnes paling mudah abad ini. Tak keluar rumah pun, bisnes tetap boleh jalan juga. 


Buktinya masa PKP 1.0 dulu, tak leh keluar rumah, tapi sale perghhh pecah panggung. 


Moralnya, kalau kita rasa susah, ingat la orang lain lagi susah. Bersyukur la dengan apa yang kita ada pada masa ni. 


Sentiasa bersyukur, Allah akan tambah nilai syukur kita. 



#chekakforever 





MAHAL ATAU MURAH?

MAHAL ATAU MURAH?

 Mahal atau murah sesuatu barang dan perkhidmatan, bergantung pada nilai duit yang kita ada.


Nak menilai sesuatu adalah sangat subjektif.


Ada duit, kopi secawan rm10 pun kita boleh bayar tanpa rasa prejudis. 


Takde duit, mak kiah jual kopi secawan rm1 je pun kita kata mahal. 


Membazir atau tidak, bergantung pada kita manfaatkan atau tidak.


Contoh kita beli rumah. Rumah harga juta2, kita kata mahal dan membazir. 


Ada duit dan mampu beli rumah juta2, biar je la untuk kepuasan dan keselesaan diri sendiri. 


Membazir kalau beli rumah kos rendah pun tapi tak duduk. Duk biarkan kosong  tanpa penghuni. Tu baru dikatakan membazir. 


Beli baju mahal tapi sentiasa pakai. Okey la sebab dia guna. Beli baju bundle harga murah tapi simpan jadi koleksi je. Tu baru dikatakan membazir. 


Barang yang berlainan kualiti tak boleh nak banding mahal atau murah. 


Contoh biskut raya. Ada mahal ada murah. Kita kata mahal. Walhal guna bahan mentah yang berkualiti. Contoh butter. 


Contoh beli bantal. Bantal ala2 hotel yang selesa berharga rm40 tak leh la nak banding kualiti dengan bantal rm10 yang keras kejung baling kat dinding pun boleh pecahπŸ˜‚


Macam che kak pernah beli ayam kat pasaraya xxxxx, memang murah tapi isi ayam tetap merah walaupun dah masak. Pakej dapat sakit perut lagi. 


Kadang2 mahal tak semestinya berkualiti. Mungkin mahal sebab nak cover kos marketing atau bayar artis jadi model. 


Murah bukan bermakna tak berkualiti. 


Kesimpulannya, seluk poket sendiri. 


#chekakforever 

KESILAPAN DALAM BULAN RAMADHAN

KESILAPAN DALAM BULAN RAMADHAN

 Ada beberapa hari lagi nak sambut ketibaan bulan Ramadhan. 


Allah, rindunya kenangan berpuasa pada 10 ramadhan terakhir di Mekah dan Madinah.πŸ’–πŸ’–πŸ’–


Sempat juga merasa tinggal pose selama sebulan sebab bersalin anak no 6.πŸ˜‚

 

Pagi tadi sempat layan tazkirah santai bersama Ustaz Syed, Manis FM.


Ada kesilapan yang kita buat masa bulan Ramadhan.


Kita berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan ni ibarat tanam benih.


Tanam benih, jaga, siram, bubuh baja sehinggalah berbuah dan dapat makan hasilnya.


Kalau tak jaga, faham-faham je la apa akan jadi pada benih tu. 


Ni pun ingat tak ingat je la sebab dengar sambil drive. Tak catat ilmu, ibarat angin berlalu. 


Antara kesilapan yang kita selalu buat masa Ramadhan ialahπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… jeng jeng jengggg. 


Kita sebagai ibubapa selalu paksa anak kecil berpuasa dengan sebab nak latih. 


Ye, bagus sebenarnya latih anak kecil berpuasa. Tapi silapnya kita tak latih untuk solat. 


Kalau anak kecil tak mampu nak puasa, jangan paksa. 


Kita suruh anak bangun untuk sahur, lepas tu tidur. Lepas tu, tak kejutkan untuk solat subuh kononnya kesian mengantuk bangun sahur. 


Sedangkan Rasulullah lebih menekankan solat.  


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Perintahkanlah anak-anak kalian untuk melaksanakan shalat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun, dan apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya, dan pisahkanlah mereka dalam tempat tidurnya.”


( HR Abu Daud )


*Pukul tu bukanlah bermaksud engkau pukul dia sampai tahap kes dera. Tu kau yang jadi syaiton. 


Hikmahnya, kalau jaga solat, automatik akan jaga juga amal ibadah yang lain seperti puasa. 


Seterusnya, kesilapan kita dalam bulan puasa ialahπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… jeng jeng jengggg. 


Kita rajin bersedekah. Macam-macam sedekah kita bagi. Kurma la, duit untuk majlis buka puasa la. 


Habis tu, salah ke bagi sedekah😏. 


Bukannn, sedekah tak salah. Salahnya, hutang orang tak bayar. Bayar hutang tu wajib.πŸ˜‚ Sedekah tu sunat je. 


Contoh kau kontraktor. Kan main kau sponsor majlis buka puasa anak-anak yatim. Sekali hutang sub con engkau tak bayar. Haaa kan dah jadi aniaya kat orang. 


Ok la. Ada lagi. Cukup la 2 ni dulu untuk kita sama-sama hadam. 


#chekakforever 



5 JENIS BERSYUKUR

5 JENIS BERSYUKUR

Minum madu tulen tadi, dah rasa power biji mata ni.


Ambil peluang buka kedai online che kak. Touch up kedai online kasi comel2. Untuk uols selesa nak sopim2. 😘


Remote tv pula jadi mangsa. 🀣Dari satu channel ke satu channel. Tak tau nak tengok citer apa.


Eh tiber ada ulang tayang Naqiu Gegar Vaganza 6. Pe lagi layan ler. Haha. My feveret artis lepas Amy Search😁


Che kak suka tengok movie yang diadaptasi kisah benar,  tengok citer perang, kungfu, Jackie Chan, Rambo, hantu siam, citer english berlatarkan zaman dulu2. 


Tak kisah la perang zaman apa. Zaman dinasti, jepun, amerika, korea, vietnam apa2 la je la. Layan je semua.


Kalau boring sangat, layan channel masak2. Chef masak bbq binatang haram dimakan pun che kak tengok. 🀣


Walaupun haram dimakan, jangan dihina sebab kita tak tahu masa bila dia akan menjadi manfaat kita.


Sesunguhnya setiap ciptaan Allah pasti ada sebab dan hikmah. 


Berbalik pada citer perang, che kak perasan tau satu persamaan dalam citer perang ni. 


Ketua beri arahan, semua dengar je tanpa bantahan. Ikut je arahan walaupun secara gerakan tangan je. 


Takde la sape2 yang bantah. Ketua kata gi kiri, maka kiri la mereka.


Takde la sape2 tanya, kenapa tak ke kanan🀣


Berbeza benar la kita yang bukan sektor pertahanan negara ni. 


Cita2 che kak nak jadi KAGAT pun dah terkubur. Walaupun cita2 tak kesampaian, namun tetap bersyukur dengan segala rezeki yang Allah bagi. 


Bab bersyukur ni, che kak sempat dengar juga kat Manis FM masa slot Inspirasi quran. 


Jenis2 bersyukur ada 5. Ingat2 lupa je ni. 


1. Bersyukur dengan ilmu yang kita ada. 

2. Bersyukur dengan situasi yang kita ada. 

3. Bersyukur dengan amalan dan akhlak kita. 

4. Bersyukur dengan banyak memuji Allah dan berterima kasih kepada orang yang bantu kita. 

5. Bersyukur dengan kasih sayang. 


Ok gudnite uols😊


#chekakforever 



JACKIE CHAN BUKAN DUDUK KAT HONG KONG

JACKIE CHAN BUKAN DUDUK KAT HONG KONG

 Tengah syok layan citer Jackie Chan duk berkungfu dengan penjahat,


Awaatif: umi, kat mano, tu?


Umi: kat negara Hong Kong. 


Awaatif: kat taman mainan ko tu? Aatif bukan tanya negara mano. 


Umi:🀣🀣🀣 Hadoiiii setepek keno. 



KEDAI ECO BANYAK SAKA

KEDAI ECO BANYAK SAKA

 Hari ni bizi sikit. Ek eleh cam la engko sorang je bizi, che kak🀣.


Che kak nak citer betapa saka eco sangat mengganggu fokus che kak.


Mana nak semak baucer, mana nak key in log bantuan, mana nak cari semak tbs tahun lama sudah yang hq nak cepat, mana nak semak data dalam sistem lagi. 


Tapiiii bayang saka tu duk lalu lalang depan mata che kak.


Lepas tu kan kebetulan nak ambik barang dalam hand bag ternampak pulak list anak dara che kak kirim beli kat kedai saka. Katanya kot2 umi nak gi nanti boleh tolong belikan.


Lepas tu, tiba2 lapar la pulak. Nak gi beli roti kat 7E. Dang2 juga ada niat dah macam orang mengidam nak g jumpa saka eco. 


Tapi kannn tiba2 kete buat hal. Bocor minyak power stereng kata nya kawan opis che kak. πŸ˜…


Apa lagi, jadi kastemer kedai bekki kete la jawabnya.


Takpe esok masih ada. Kalau ada jodoh pertemuan dengan saka ecoooo. 

PUNCA PENDAPATAN ADALAH REZEKI

PUNCA PENDAPATAN ADALAH REZEKI

 Che kak buka email nak kira berapa orang yang dah hantar resume. Tu diooo. Beribu2 lemon.


Macam2 pesen gambar resume. Ada yang membuatkan che kak tepuk dahi 🀦‍♀️. 


Masya Allah. Awat hangpa letak gambar selfie senget benget tubuh. Ni bukan pertandingan selfie ig. πŸ˜…


Orang kata kita dapat keje makan gaji kena bersyukur. 


Apakah yang dikatakan bersyukur. Adakah sekadar lafaz atau tulis di fesbuk. 'alhamdulillah, aku ada keje'. 


Maksud bersyukur secara tersirat, kita kena beramanah. Walaupun kita tak suka organisasi asyik suruh kita buat keje, kita kena buat juga la. Dah kita yang terhegeh2 isi borang keje dulu kan? 


Bukan keje gomen je kena bersyukur. Orang keje yang takde' slip gaji' pun kena bersyukur juga. 


Biasanya kalau tanya klien tentang maklumat pekerjaan, mesti jawab "tak dok kijo kerajae sore habuk". 🀦‍♀️


Adakah jual kuih tu bukan keje? Adakah jual nasi kerabu tu bukan keje? Adakah jadi buruh binaan bukan keje? 


Kadang kala orang keje takde slip gaji ni lagi banyak income diorang. Tapi tulis kat  borang  gaji rm500 je sebulan. 🀦‍♀️ Walhal rm500 sehari beb. 


Selagi mana pekerjaan yang mendatangkan sumber pendapatan halal tu tetap namanya kerja. 


Walaupun takde slip gaji, kita tetap kena bersyukur dan jujur. 


Contoh nak jual kuih, biarlah sedap. Kalau sedap, orang tak kisah dah dengan harga. 


Kalau che kak nak beli, che kak tak beli sebab kesian. Che kak beli sebab memang puas hati. 


Tahun ni che kak tak sempat pesan kat klien 2Yep sebab tak leh wat kursusπŸ˜‚. Tolong masak sama macam nak bagi kat anak tekak kita. 


Kalau sale sehari dapat tiga ratus lebih, sepatutnya bersyukur la ada pendapatan. Bukannya call orang atasan, "saya nak cuba juga la kot2 dapat bantuan". 


Jangan sampai Allah tarik nikmat sale kita. 


Beramanah lah dalam berjualan. Kalau tak laku, kata tak support. 


Che kak nak bagi contoh pengalaman che kak beli buah mangga/pauh/mempelam/mango. 


Che kak beri sepenuh kepercayaan pada makcik untuk pilih buah yang elok. Tapi frust sangat sebab semua buah dah lebam, tak boleh makan langsung. Apatah lagi nak buat pulut mangga. 


Sama juga la peristiwa che kak nak beli sotong kat pasar Chow Kit. Balik rumah, letak sotong dalam sink. Masa nak basuh, hancur! Macam kena asid. Tipu punye abang jual sotong! πŸ™„ Dah la masa tu mengidam nak makan sotong rebus serai. 


Sampai sekarang che kak tak gi dah pasar Chow Kit. Trauma tengok sotong ditelan arus air paip. πŸ™„


Keje memberi servis pun kena beramanah dan jujur juga. 


Contoh, kenapa orang takut nak pi baiki  kete dan muto kat mekanik yang kita tak kenal? Sebab takut kena tipu. 


Kenapa takut kena tipu? Sebab ramai dah ada pengalaman kena tipu. Tukar barang yang tak rosak la, cas melampau la. Mentang2 la perempuan yang gi kedai korang. 


Kesian kat mekanik yang jujur terpaksa kena tempiasnya. 


Setakat ni nasib baik che kak kenal mekanik yang sangat jujur orangnya. 


Sama juga tukang rumah. Serius la, che kak tak paham dengan sorang pak cik ni. Datang dah la jarang2. 


Tampal mozek 2 keping je lepas tu balik.


Lepas tu 3, 4 hari pula baru datang. Tampal pula 2,3 keping mozek. Jamban sekangkang kera pun ambil masa macam nak buat projek perumahan. 🀦‍♀️


Lepas tu kalau takde job, mengeluh. Dah orang bagi peluang buat keje. Buat je la dengan sebaik mungkin. 


Kot2 nanti ada orang cari tukang rumah, boleh le kita rekomenkan. Macam ni punya servis, hmmm paham2 je la. 


Sekian bebelan che kak sebab ada orang suruh che kak tulis kat fesbuk versi che kak🀣. 





SELF CONFIDENCE

SELF CONFIDENCE

 Che kak perati je Awaatif time dia duk depan cermin.


Dia suka bercakap, buat lakonan, bercerita, seolah2 ada orang depan dia.


Konfidennya dia bila dia bercakap dan beraksi depan cermin.


Macam2 watak dia buat. Jadi cikgu la jadi mama la jadi anak la, berlakon macam budak2 dalam tv tu la. 


Kita dah cermin diri ke hari ni😊😘




ANXIETY BAWA KERETA ORANG LAIN

ANXIETY BAWA KERETA ORANG LAIN

 Sape macam che kak kalau bawa kete orang lain, dia punya tahap gabra tu kalah gaban.🀣


Tadi che kak bawa kete wife pomen. Sebab kete kena tinggal dan che kak nak gi opis.


Ya Tuhannn dia punye perasaan dup dap macam nak pecah jantung.


Sepanjang perjalanan tu che kak istighfar tak putus-putus. Betul-betul serah jiwa raga kat Allah. 


Takde dah feeling nak dengar lagu ke nak layan jiwa karat ke nak pikir hal-hal dunia ke. 


Nampak kete banyak kat belakang, che kak berhenti kat tepi dulu bagi laluan. 


Dah line clear, baru che kak gerak. 🀣


Macamana la 'kenderaan' kita nanti ye masa nak rentas jalan menuju syurga atau nerakaπŸ˜…







MALU BISNES?

MALU BISNES?

 Kalau nak citer bab malu bisnes, memang che kak malu tahap gaban.


Tapi bila ku renung bulan bintang (stiker kat dinding yang keluar cahaya bila tutup lampu) , 

muhasabah diri, 

ingat balik sejarah hidup, 

kenapa tidak buat bisnes ikut kemampuan diri sendiri.


Apabila overthinking, tu yang tak tercapai apa-apa dan tak tergapai cita-cita dan impian. 


Kenapa kita tak rebut peluang yang ada? 


Zaman sekarang tak perlu ketuk pintu rumah ke rumah apabila nak bisnes. 


Semua dihujung jari. Sambil golek-golek pun boleh sharing dan pomote jualan kita. 


Malu takut kena reject? 


Lagi malu kalau takde duit dan meminta-minta duit dengan orang. 


Takut tak dapat sale? 


Allah dah janji, 

siapa usaha dia dapat. 

Rezeki di tangan Allah. 

Tugas kita usaha dan tawakkal. 





MATEMATIK ALLAH VS MATEMATIK MANUSIA

MATEMATIK ALLAH VS MATEMATIK MANUSIA

 Semalam ada terbaca tentang kastemer yang tak puas hati tentang cas c.o.d. Rm5 sangat mahal baginya. Siap wat kira2 dalam excell lagi.


Kalau che kak memang tak cas sebab awal2 lagi che kak dah malas nak gi c.o.d🀣. Melainkan laluan balik keje. 


Sebenarnya tiada siapa yang salah. Masing2 ada pendirian dan terpulang pada pemahaman masing2. 


Sape setuju dengan cas yang ditetapkan, boleh teruskan jual beli.


Kalau tak setuju boleh move on.


Tak perlu kita nak pertikaikan antara satu sama lain.


Jual beli perlu ada persetujuan antara satu sama lain.


Kita kena ingat, matematik Allah tak sama dengan matematik manusia.


Kita sebagai manusia selalu nampak angka sebagai konkrit. 


Contoh:


Sebagai penjual kita nak abeskan stok walaupun tahu stok lama, busuk, masam dan sebagainya.  Tapi tetap nak jual juga. 


Sebab matematik kita dah kira kerugian kalau tak jual juga. 


Tapi kita lupa matematik Allah. Korang jual juga stok yang tak sesuai untuk dijual lagi, maka Allah tarik keberkatan sebab dah jatuh aniaya kepada kastemer. 


Kita akan hilang kastemer. Bukan setakat sorang, bahkan pasti kastemer akan melarang orang lain beli dah dengan korang. 


Sama juga dengan postage. Pernah la sekali masa tahun bila ntah. Dah lupa. Biasanya che kak pos dengan berat dan saiz kotak yang sama, rm18 je. Tapi masa tu skynet dah tak ambil sebab nak raya. 


Jadi, che kak gi pos kat pos laju. Sekali cas mak aiii. Rm23. Rm5 melayang. 


Tapi che kak takde la minta dengan kastemer sebab dah bagitau awal2 rm18. Redha dengan rezeki kita. Tapi Allah ganti dengan rezeki lain. 


Kalau ada lebihan duit pos, che kak pulangkan balik walaupun rm1. 


Kadang2 ada kastemer tak ambil baki. Kadang2 kita bagi lebih barang jualan kita. 


Teringat juga la masa nak beli kuih. Anak suruh beli kuih 3 biji. 

Che kak kata tak jual 3 biji. Sebab rm1, 4 biji. 


Anak kata bayar la 75 sen untuk 3 biji. 🀣

#chekakforever




KENAPA KITA KENA BELAJAR

KENAPA KITA KENA BELAJAR

 Tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad.


Ilmu Allah sangat luas. Guna air laut wat jadi dakwat pun tak abes lagi nok belajar ilmu.


Tak belajar ilmu medic, macamana nak bantu ummah tingkatkan kesihatan.


Tak belajar ilmu matematik, macamana nak tau pengiraan. Nak kira berapa cupak beras untuk fidyah pun kena ada ilmu kira-kira.


Nak bina rumah untuk berlindung hujan panas pun kena ada ilmu. 


Nak cipta spek mata pun kena ada ilmu. Syukur la ada orang bijak pandai cipta spek mata boleh baca.


Nak buat kain untuk dijadikan pakaian pun kena ada ilmu. Macamana nak tutup aurat kalau  takde ilmu buat kain. Macamana nak buat kopiah atas kepala tuan hamba kalau takde ilmu buat kain. 


Nak cipta fesbuk pun kena ada ilmu. Kebanyakkannya orang guna fesbuk tak kira orang alim ke tak. 


Che kak tepuk dahi apabila dengar makcik kata belajar medic ni ilmu yahudi. 🀦‍♀️


Pokcik kenal ko sapo tu Ibnu Sina? 


Kita kena belajar. Formal atau tidak, memang kena belajar melalui guru. Guru bergaji atau tidak, memang kena belajar. 



BIG WHY BUAT BISNES DAN BELAJAR KERETA

BIG WHY BUAT BISNES DAN BELAJAR KERETA

 Nak bisnes ni macam  mula-mula nak belajar bawa kete. 


Tak terpaksa gak, takde la nak bawa kete. Kan kan kanπŸ˜‚


Dulu masa keje kat JKMWPKL, bilik sewa sebelah opis. 5 minit je dah sampai opis. 


Nak balik rumah suami kat Melaka masa hujung minggu pun naik LRT dan bas. 


So, takde keperluan terdesak nak bawa kete. Apatah lagi nak belajar dan buat lesen. 


Nak pi sopim2 pun lagi mudah naik lrt, monorail, komuter atau teksi. 


Che kak pindah ke Pasir Mas pun sewa rumah 5 minit je dari opis. 


Sehinggalah big why che kak nak juga belajar kete, ada lesen dan ada kete sendiri. 


Che kak mengandung anak ketiga baru buat semua tu. 


Sebab che kak tak sanggup berjauhan dengan anak-anak. Che kak nak besarkan anak-anak dengan dua tangan che kak sendiri. 


Mula2 bawa kete tu punya la takut tahap gaban. 


1st time nak balik dari Pasir Mas ke Kuala Krai pada tengah malam lepas ot banjir dan dalam keadaan hujan lebat. 


Mula-mula che kak tak target nak sampai ke Kuala Cry terus tau. Che kak target 10 km setiap kali bawa kete. 


Alhamdulillah sampai juga ke Kuala Cry jumpa dengan anak-anak. 


Anak-anak pun tinggal bersama dengan che kak. 


Ada masa kita akan takut bawa kete laju-laju. Bawa laju ke slow ke pun tetap sampai juga ke destinasi. 


Tengok orang bawa laju kat lane kanan, rasa teringin juga. Tapi sedar diri ada anxietyπŸ˜‚πŸ˜‚


Dah boleh bawa kete gi keje, masuk kampung, gi hq time ada kursus atau miting pun dah satu rahmat. 


Kalau rasa takut sangat, berhenti dulu tarik nafas, bertenang, zikir nama Allah. 


Begitu juga nak bisnes. Sebab takde duit la kita bisnes. Nak cari income. Bukan tunggu ada duit dulu baru nak bisnes. 


Sebab tak de modal la kena mula apa yang ada je. Dropship  dulu. Jual satu satu. Lepas tu up stok. 


Tengok kemampuan diri. Sekali sekala boleh le jeling lane orang yang laju. 


Tapi jangan lama-lama tengok lane orang. Gerak ikut lane sendiri. Yang penting kita dah gerak. Jangan stop terus. 


Follow apa yang mentor bagitau. 


Ingat big why kita apa. 


#chekakforever




RAMBO LAST BLOOD

RAMBO LAST BLOOD

 Tak tahu yang ke berapa kali layan citer Rambo: Last Blood. 


Memang merentap jantung tengok citer ni.



Silap besar la puak jahat ni duk cari bala dengan veteran perang, John Rambo.


Tua bukan sebarang tua, hokey. 


Dunia luar sangat jahat. Ramai orang jahat. Sindiket pelacuran, dadah dan macam-macam la.

Realiti, begitulah. Bukan setakat boleh buat filem je.


Kita tak mampu nak ubah dunia.  Dunia akan tetap ada orang jahat. 


Bagaimana kita nak lindung anak-anak kita dari orang jahat? 


Betapa orang tua dah jaga dengan penuh kasih sayang. Dah larang jangan pergi Mexico. Tak nak dengar orang tua larang.


Orang larang tu ada sebab ler.


Itulah budak-budak. Bukan nak dengar nasihat orang. Sebab kita dulu pun budak juga. Tak dengar cakap orang tua juga.


Lagi satu, nenek dia dah bagitau kawan dia tu bukan orang baik.


Tergadai maruah kerana perbuatan khianat kawan dia.



HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com