April 2024 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: April 2024
GAMBAR PRA RAYA PKMJ PASIR PUTEH

GAMBAR PRA RAYA PKMJ PASIR PUTEH

 Tok laki tanyo guano jangok hari ni

Walhal paka baju rayo maso pkp

Semalam gosok baju melayu tok laki

"Ore pun nok ambik gambar rayo jugok hari ni"


Pelbagai kalar napok warna warni aidilfitri

Hok jangok supo pengantin pun ado hari ini

Berseri semuanya guna kamera oppo cik wati

FT Fahmi edit untuk tatapan tiktok dan fb


Nampak gemuk pun takpelah asal hati happy

Nak rai kenangan bersama rakan pkmjpp

Walaupun hari ini nampak biasa biasa lagi

Percayalah ianya memori indah suatu hari nanti


Sebelum cuti jangan lupa siapkan kerja hakiki

Barulah terasa aman nak beraya tanpa wasap berbunyi

Hutang biskut raya dan kerepek settle bayar sebelum cuti

Malam ni dapat sms dari cimb duit raya PM bagi
























BERGADUH BALIK KAMPUNG?

BERGADUH BALIK KAMPUNG?

 21 tahun dah che kak beraya di rumah umi papa suami terlebih dahulu. Permintaan suami sejak awal kahwin dulu.

Takpelah sekurangnya boleh buat modal air mata kalau suami nak tambah cawangan tanpa persetujuanku.


Carilah isteri yang boleh beraya macam saya tanpa gilir, kalau tak saya akan gi beraya kat New Zealand beraya kat ladang lembu.


Lagipun selepas solat raya masih boleh beraya dengan ma dan adik adik yang balik kampung termasuk si bongsu.

Tunggu pengumuman dulu malam ni, baru kita chow balik ke kampung di hulu.




Hari ni dapat cuti peristiwa (9.4.2024), bolehlah ambik peluang kemas rumah dulu.

Nak masak rendang malas la pula sebab daun kunyit dah layu macam warna kayu. Nyesal tak beli masa gi mydin hari tu.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2024

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2024

1 Syawal telah menjelma

Terus lupa pada buah kurma

Rendang ketupat hidangan utama

Selamat hari raya buat kalian semua

Selamat hari raya dari kami

Maaf zahir batin

Arman
Hasliza
Aiman
Ahyad
Aulia'
Aqilah
Afnan
Aimi
Awaatif






CORETAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024

CORETAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024

Nak kata rumah terbuka tu takde la terbuka sangat. Terbuka tu sebab setahun sekali je buka sliding door rumah.

Alang-alang adik beradik, ipar duai balik cuti raya, master chef pior chef king chef queen chef ada, maka jadilah jamuan hari raya.



Menu mi kari tulang dan nasi minyak kerutub daging dan ayam masak merah memang sedap. Master chef hanya tido 2 jam je sebab nak siapkan semua menu.

Air pula spesel boh. Modal besar juga tu. Terima kasih yang sponsor air sedap.
😅



Tak mampu nak balas jasa ipar duai sebab masing masing bagi sokongan untuk siapkan hidangan dan duit pun tak berkira langsung. Kalau che kak minta resit depa ni, boleh pengsan dibuatnya. Memang pemurah sungguh.

Sama juga dengan adik che kak. Baru je sampai dinihari kat rumah ma, terus masak rendang sebab che kak request. Saja nak manja-manja.

Tok kiro doh ore letih ngatuk hadap jem lagi😂😝




Che kak memang fail bab masak. Setakat kupas bawang tu boleh ler. Tapi nak membawang memang segan sebab ada ustazah Jakim
Ala gurau je. 😂




Rezeki dapat adik beradik dan adik beradik suami yang sangat baik. Balik je kampung terus depa tinggalkan pangkat dan jawatan kat negeri masing-masing.

Tapi sedih juga la sorang adik che kak tak dapat balik walaupun dah sekerat jalan nak balik kampung.

Pagi tadi hajatnya nak kemas dan basuh segala periuk belanga, tapi semua dah dibersihkan. Allahu. Semalam che kak tido awal. Haderr macam kiter pula yang terpaling penat
😝
Hari ni pun rasa sayu je sebab semua dah balik ke negeri masing-masing.

Walaupun seketika, ianya sangat bermakna sebab dapat berkumpul dengan adik beradik, adik beradik suami yang dah macam adik sendiri. Terhibur dengan keletah anak-anak saudara entah berapa orang semuanya.

Terima kasih juga kepada sahabat handai yang tersayang, jiran-jiran, ahli keluarga sudi hadir untuk sama-sama berhari raya.




Suami che kak la paling bersemangat nak buat majlis hari raya ni. Balik je kerja dan terawih, usaha juga siapkan dapur kecil di belakang rumah. Semuanya suami che kak buat sendiri.

Pasang dinding, buat sink, dapur masak, gaul simen, tampal tile, pasang lampu. Kalau upah orang ni dah berapa kos. Buat sendiri tu, selain daripada nak jimat, nak cepat cepat siap juga sebenarnya.




-Coretan hari raya Aidilfitri 2024-
HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com