April 2020 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: April 2020
RESEPI CORNFLAKES MADU FOREVER

RESEPI CORNFLAKES MADU FOREVER

Amboi sakan depa share resepi kat grup eksklesip forever #teammommycery. Grup telegram yang tak tahu masa mana depa tido. 😆😆

Belum raya dah buat kuih raya. Che kak share copi paste sini dulu. Kot2 mai kerajinan tahap gaban, boleh che kak buat juga.

Maklum la tauke sekut raya terkandas kat kampung, tak leh nak order sekut raya.😂😂

Bahan-Bahan
✅Butter 250g
✅3 sudu brown sugar
✅3 sudu susu pekat
✅7 sudu madu
(Saya guna Forever Bee Honey, sebab madu tulen & berkhasiat)
✅Cornflakes 500g

Cara2 dia :-
✅Masukkan butter, brown sugar, susu pekat, madu. Gaulkan sebati. Dah sebati semua tutup api. Tunggu dalam 5 minit baru gaulkan cornflakes tu. Dah siap!

Jangan lupa tau sebelum makan ambil gambar dulu😁
Kalau tak habis semua🤣😂

kreditflpteammummisyahmi


HARGA SERUNDING KAMPUNG LAUT, KELANTAN

HARGA SERUNDING KAMPUNG LAUT, KELANTAN

Harga

Serunding ayam rm65/kg
500gram rm33
250gram rm17

Serunding daging import rm65/kg
500gram rm33
250gram rm17

Serunding ikan rm58/kg
500gram rm30
250gram rm15

Serunding daging tempatan rm75/kg
500gram rm38
250gram rm19




SANTAI KAT RUMAH TETAP BOLEH BISNES

SANTAI KAT RUMAH TETAP BOLEH BISNES

Hari ni che kak tak g opis. Duk santai-santai je kat rumah sambil layan Rocky,  masak pulut kuning.


gambar ehsan google


Duk tergolek kat rumah pun masuk order susu kambing mikkae, serunding kg Laut, produk forever.

Tapi susu kambing dah habis stok. Nanti stok ada, che kak maklum balik. Ramai duk mencari wat bekal puasa.

Sama la dengan sambal serunding, nak wat makan bekal puasa nanti. Serunding ni, che kak tolong promote.

Produk forever pun ramai juga yang mencari sebab produk head to toe dan suplement pun ada.

Krim sekapur limau pun ada kot la lenguh2 badan dan sakit kepala asyik duk layan movie je.😂😂



PELUANG BISNES TERLALU LUAS

PELUANG BISNES TERLALU LUAS

Tadi che kak singgah pejabat pos. Nak beli setem. Lama la juga tunggu giliran. Bukan kerana kakitangan pos wat keje slow. Mereka dah sangat cekap dan pantas.

gambar ehsan google

Rupanya ramai yang pos barang niaga. Sorang2 tu punya la banyak pos barang. Walaupun duk kat rumah, masih boleh berniaga. Masih boleh pos barang. Asal jaga jarak, kebersihan dan lain-lain sepertimana saranan KKM.

Sebab tu che kak kata, ambil la peluang buat biz yang santai-santai, tidak makan modal besar, barang-barang keperluan dan makanan yang boleh dipos. Jangan asyik merungut je. Jangan asyik dengki dengan rezeki orang.
ALAHAI DATUK SERI

ALAHAI DATUK SERI

Datuk Seri telah menyalahgunakan hak kebebasan bersuara dan telah memberi persepsi yang sangat buruk tentang JKM.

Apakah bukti Datuk Seri mengatakan berlakunya penyelewengan dalam memberi bekalan makanan dan mengambil bekalan tersebut untuk kegunaan sendiri?

Apakah sumber rujukan Datuk Seri dalam membuat pertuduhan yang sangat berat itu.

Membuat pertuduhan secara pukul rata itu sangat tidak profesional dan tidak sesuai dengan status 'Datuk Seri'. 

Sejujurnya Datuk Seri perlu telus dengan mengemukakan fakta dan bukti.

Sekiranya ada, mohon Datuk Seri listkan individu yang Datuk Seri maksudkan dan serahkan kepada pihak Jabatan untuk menentukan penyelewengan tersebut.

Adakah Datuk Seri ikhlas memberi pandangan tanpa sebarang motif dan matlamat peribadi?

Adakah Datuk Seri telah turun padang bersama warga JKM bagi melihat dan menilai dengan setulus hati tentang gerak kerja JKM?

Walaupun hati kami terluka dengan tuduhan Datuk Seri, namun kerana Motto "Berkat Berjasa" ini membuatkan kami tetap melaksanakan tanggungjawab kepada kumpulan sasar kami.

Ini hanya pandangan dan luahan hati secara peribadi che kak dan tidak mewakili jabatan.



WABAK APA YANG LAGI BAHAYA DARI COVID-19

WABAK APA YANG LAGI BAHAYA DARI COVID-19

Kalau anda rasa anda seorang sahaja yang bekerja memikirkan masalah rakyat..

Kalau anda rasa anda sahaja yang buat pahala bantu orang susah dengan bagi sekampit beras...

Kalau anda rasa anda sahaja yang ada jiwa rakyat...

Kalau anda rasa anda sahaja yang penat ke hulu ke hilir siang dan malam mencari orang susah...

Kalau anda rasa poket anda dah rabak sebab beli beras bagi pada orang susah..

Terpulang pada anda yang  anda rasa sangat berhati suci..

Tapi...

Jangan lah sesekali dalam hati anda ada sekelumit pun perasaan riak...

Jangan sesekali ada perasaan seolah2 anda sorang sahaja yang membuat amal jariah..

Jangan sesekali anda berfikiran buruk pada orang lain..

Jangan sesekali anda menyebar wabak yang lagi bahaya daripada wabak COVID19.



Jangan sesekali menyebar fitnah tanpa bukti..

Wabak fitnah sukar dibendung sehingga Hari Perhitungan..

Selain berperang dengan musuh yang tak nampak...

Sangat penat berperang dengan perasaan jahat pembawa fitnah..
SIAPAKAH PENGHUNI RUMAH BESAR

SIAPAKAH PENGHUNI RUMAH BESAR

Eh betul ke ni rumah Muhammad (bukan nama sebenar). Besar gedabak rumah. Kenapa mohon bantuan?

Dengan lafaz bismillah, ucapan salam diberikan. Maka seorang warga emas keluar menyahut salam.

Maka panjang lebar lah kami berbual2. Berbual sebagai satu cara untuk mendapatkan maklumat bagi mengenalpasti permasalahan klien.

Rumah besar dibina semasa dia masih muda sihat walafiat. Bekerja, simpan duit, bina rumah sedikit demi sedikit. Buat rumah besar dengan niat nak ajak kawan2 senasib tinggal bersama.

Muhammad merupakan warga emas yang tidak pernah berkahwin, tiada zuriat. Duit simpanan dah habis. Sakit yang memerlukan rawatan. Nak kerja, dah tak mampu.

Tinggal bersama 3 orang rakan yang dah tua dan tak berdaya untuk bekerja lagi. Tapi terpaksa juga kutip tin minuman untuk dijual bagi menampung makan minum seharian.

Pada masa tu, mana ada Br1M, BSH nak wat tampung belanja.

Sempat juga tunjuk gulai ayam 'bodo' , dah 3 hari lauk ayam dipanaskan sebab nak jimat cermat. Makan bercatu.

Persoalannya, perlukah pakcik Muhammad robohkan rumah tersebut dan makan batu bata simen rumah untuk wat alas perut?

Kena jual?? Apa kejadah kena jualkan? Nak suruh mereka duduk orang rumah tua?

Sama juga dengan ibu tunggal kematian suami. Masih mempunyai tanggungan. Selama ini suami tempat pergantungan. Wajarkah anak yatim dibiarkan kelaparan hanya kerana rumah dan kereta tersergam indah di bawah garaj.

Kalau ye pun arwah suami berharta, sudah tentu mengambil masa untuk selesaikan faraid.

Jangan terus menghukum. Perlunya bertanya khabar pada tuan badan dan pemberi sumbangan.

Che kak yakin setiap ketua kampung, ahli dun, ahli parlimen mempunyai data yang lengkap mengenai anak mukimnya.

Yang mana layak, yang mana tidak layak, biar la mereka yang tentukan siapa yang patut dapat beras. Beras je kot. Jangan la kerana sekampit beras, kita telah membuka ruang fitnah.

Nak bagi beras pun tak yah la nak bergambar bagai untuk tontonan.
NASIB BAIK ADA ARTIS VETERAN

NASIB BAIK ADA ARTIS VETERAN

Taip padam taip padam. Bukan apa takut kena saman je. Tapi che kak rasa nak tulis juga.

Untungkan artis. Depa tulis wat orang panas pedal takpe pulak. Kalau netizen komen, aikkk boleh pula nak saman orang.

Artis merupakan satu pekerjaan yang mampu menjana pendapatan. Macam orang bisnes juga la, contohnya bisnes produk dan perkhidmatan. Manakala artis ni pula bisnes yang menawarkan perkhidmatan bakat.


Itupun kalau berbakat la. Zaman sekarang ni banyak artis yang femes hanya bersandarkan cerita tunang, putus tunang, kawen cerai, curang, pakai tudung, buka tudung. Jarang benar yang femes bersandarkan bakat.

Nasib baik ada artis otai, rasa terhibur juga layan lagu2 lama dan filem2 lama.

Nak kata terhibur dengan nyanyian, bukan semua ada bakat penghibur seperti Naqiu.

Nak kata lakonan best, ramai yang berlakon kayu. Nasib baik filem Polis Evo best juga.

Drama pula asyik cerita projek juta2 dan anak orang kaya ngorat anak orang miskin.

Nak kata lawak best. Banyak lawak yang dibuat2. Tak berapa nak lawak.

Tapi kita layan je apa yang artis buat. Nanti kata tak sokong artis Malaysia pula.

Memandangkan jatuh bangunnya artis ni kerana rakyat, jadi jangan la ego. Nanti tak laku pula jual bakat.
Dunia ni ibarat roda berputar. Sementara masih laku dalam industri seni, lebih baik buat duit dan simpan duit banyak untuk hari kecemasan dan hari tua nanti.


layan Rambo lagi best. gambar ihsan google

WAJARKAH BAYAR YURAN TASKA KETIKA CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

WAJARKAH BAYAR YURAN TASKA KETIKA CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Dapat je duit gaji, terus transfer duit taska dan transit. RM500 untuk seorang anak tadika dan 3 transit.

Murah sangat kan? Tak sanggup nak minta kurang walaupun hanya 2 minggu sahaja anak gi sekolah.

Kerajaan tak potong gaji che kak. Kenapa perlu che kak berkira. Dalam rezeki che kak, ada rezeki orang lain juga.

Che kak tak nak kira kos taska. Malas la nak pening2 kepala sendiri.  Jom kita cek kos kita jaga anak sendiri masa #PKP ni. 

Kos makan minum, bil elektrik dan air, penat mengasuh walaupun anak sendiri. Berapa agaknya.

Semasa keluar bekerja, che kak bersyukur sangat ada orang tolong jaga anak kita. Penat tau jaga anak orang ni.



Che kak pernah dengar luahan hati seorang pengusaha taska. Ambil upah RM5 sehari untuk anak2 yang tumpang secara harian. 

Itupun masih ada ibu yang komplen minta kurang lagi. KOS MAKAN UNTUK ANAKNYA SEORANG PUN DAH RM10 SEHARI.  (Kuih sarapan pagi RM2, nasi pagi RM2, nasi tengahari RM3, biskut minun petang RM3. Sebab anaknya kuat makan).

Ibu tak bekalkan makanan dengan anggapan rugi pula bayar kalau kasi bekal.

Che kak bagaitau, lepas ni tak payah jaga anak dia. Biar dia sendiri yang jaga walaupun dia tengah kerja.

Kesimpulannya, jangan la berkira dengan taska mengenai yuran bulanan. 

Sekiranya ibubapa bergaji hari dan tiada sumber pendapatan semasa PKP ni, boleh bincang secara personal dengan pengusaha taska untuk minta kurangkan yuran.

Benda boleh dibawa berbincang. 






HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com