April 2016 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: April 2016
NASI KERABU EXPRESS VS KETAM

NASI KERABU EXPRESS VS KETAM

Aloh lah. Wat terliur jah. Peminat nasi kerabu express no 1 nyo wasap gambar nke ni.



#NasiKerabuExpressKeterehTiadaBerpisahDariMukaBukuKu




TAUKE BINTANG KECIL

TAUKE BINTANG KECIL

Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Sejak lahirnya, Nur Asmaa' Awaatif, rezeki bertambah melalui bisnes. Walaupun secara kecil-kecilan, namun  rezeki tetap masuk.

Baru sahaja selesai bayar balik gaji kat kerajaan sebab cuti bersalin tanpa gaji selama 47 hari. Tapi Allah tetap ganti. Anak adalah rezeki. Dah tertulis rezeki untuk mereka. Walaupun rasa macam takde duit je nak bayar balik, tapi Allah tetap permudahkan untuk selesaikan bayaran balik gaji tu.

Tak sangka pula dah terjebak secara serius wat bisnes ni. Nasi Kerabu Express, Gum Arabic dan E-Man Coco.

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh je hubungi 0133703161.

Boleh COD di Ketereh, Melor dan Pasir Puteh.
Penghantaran melalui pos pun boleh via Skynet dan Pos Laju.







RESTOK GUM ARABIC DAN NASI KERABU EXPRESS

RESTOK GUM ARABIC DAN NASI KERABU EXPRESS



Alhamdulillah, tadi dah selamat restok dan COD terus Gum Arabic 2 KOTAK (20 peket).  Asbab untuk rawat penyakit kencing manis.  

Tadi pun dah selamat poskan via SKYNET  #NasiKerabuExpress dan #NasiKerabuTumisExpress. Katanya nak hilangkan rasa rindu pada nasi kerabu. Maklumlah kat sana susah nak jumpa nasi kerabu.

3 peket Gum Arabic pun dah selamat diposkan via Skynet.

Saya suka pos Skynet sebab saya tak perlu beratur dan hanya 5 minot sahaja urusan pengeposan. Orang dia yang tolong bungkuskan dan tulis borang pos.

Lupa nak snap gambar tadi. Sebab kejar masa. Setiap detik dan masa amat berharga buat saya si ibu 7 A.

0133703161

#NasiKerabuExpressKeterehTiadaBerpisahDariMukaBukuKu
#GumArabic
#AlManna
#EmpayarHasliza
INSYA ALLAH NASI KERABU EXPRESS KETEREH BAKAL KE LONDON

INSYA ALLAH NASI KERABU EXPRESS KETEREH BAKAL KE LONDON

Ya Allah, tak tergambar perasaan teruja apabila seseorang wasap katanya berminat dengan nasi kerabu express. Bukan calang-calang tempat.  London! Berminat nak jual nasi kerabu express kat sana dalam bulan puasa ni.  Mudah-mudahan orang Malaysia yang bermastautin di London dapat menghilangkan kerinduan pada nasi kerabu.

Dapat customer dari negara jiran iaitu Brunei pun dah rasa macam berada di taman syurga. Inikan pula London. Namun yang menjadi halangannya, ialah postage. Huwaaaa nak menangis apabila tengok kos postage. Katànya pernah pos baràng seberat 2 kg pun dah mencecah RM200.00. Inikan pula berpuluh puluh kg. Kos pos melalui laut murah sikit. Tapi yang menjadi masalahnya, 3@4 bulan baru sampai.  Alahai kempunan nak tengok orang London makan nasi kerabu express Ketereh.

Nanti ada kelapangan yang tidak mengganggu waktu kerja, nak pergi ke pejabat pos dan lain-lain perkhidmatan pos. Nak survey dulu kata orang. Sekarang ni tanya pakcik google je dulu. 

Mudah-mudahan ada jalan dan dipermudahkan urusan pengeposan nasi kerabu express. Mudah-mudahan orang London tetap boleh makan nasi kerabu express. Hanya doa kepada Allah yang dapat ku titipkan. 

Bukan keuntungan yang berlipat ganda yang saya impikan. Hanya punya impian agar Nasi Kerabu Express Ketereh berjaya sampai ke oversea. Melintasi laut menuju ke negara yang di mana ramai rakyat Malaysia rindukan nasi kerabu. 

0133703161

#NasiKerabuExpressKetereh
#London
#AgentOversea





ORANG BRUNEI RESTOK NASI KERABU EXPRESS

ORANG BRUNEI RESTOK NASI KERABU EXPRESS

Baru jah odar 20 pek NKE. Hari ni booking pulok 30 pek NKE. Sedap le tu. Kali ni odar nasi kerabu tumis express.  Rasa macam nak tampar jah wajahku ini. Macam tak percaya nasi kerabu express nok sampai ke Brunei pulok. 

Syukur alhamdulillah. Suka rasa jiwa raga makanan kesukaanku dah menjejak ke Oversea. 

Ada yang nak selit order #NasiKerabuExpress?

0133703161

#NasiKerabuExpressTiadaBerpisahDariMukaBukuKu
#Brunei
COD GUM ARABIC UNTUK IBU

COD GUM ARABIC UNTUK IBU

Alhamdulillah. Dah selamat ber COD Gum Arabic sambil tunggu anak balik sekolah.  Ambo benar2 rasa terharu. Sanggup datang dari Machang ke Ketereh semata-mata nak beli Gum Arabic ni. Jauh wei. Tambah dengan jem lagi.

Kasih seorang anak kepada ibunya.  Dia tak sanggup tengok ibunya menderita sakit. Sampai dah bengkak kaki dan tangan.

Seorang ibu tiada galang ganti. Pengorbanan dan kasih sayang ibu tak terhitung dengan nilai wang. Moga dia dimurahkan rezeki atas rasa kasih kepada ibunya.  Anak Soleh. Moga cepat sembuh ibunya.

0133703161

#GumArabic
#AlManna
#Penawar DariSudan




TESTIMONI GUM ARABIC DARI PESAKIT KENCING MANIS

TESTIMONI GUM ARABIC DARI PESAKIT KENCING MANIS

Alhamdulillah, gembira rasa hati apabila dapat feedback yang baik tentang  gum arabic. Asalnya bagi free kat kawan sebab dapat free masa beli 10 peket.  Sebab kawan temankan pergi beli gum arabic. Ye lah kan. Kawan dah bagi sokongan moral kat kita. Kawan baik antara harta kita yang tak ternilai. Tak de rasa perasaan rugi 'sikit rabuk' pun.  Kebetulan ma kawan pun mengidap penyakit kencing manis lama juga.

Alhamdulillah, tak sangka turun juga bacaan kencing manis. Siap nak beli lagi.  Sebagai ikhtiar nak rawat penyakit. Sebenarnya, selain penyakit  kencing manis, gum arabic juga dapat merawat penyakit buah pinggang dan penyakit dalam perut.

Antara manfaat gum arabic boleh la KLIK  di sini ye.

sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi 0133703161.


MANFAAT GUM ARABIC @ AL-MANNA

MANFAAT GUM ARABIC @ AL-MANNA

 Gum Arabic ada 2 jenis, Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Gum Arabic juga kadangkala dipanggil Gum Acacia. Di antara kajian mengenai Gum Arabic adalah:-

1. The US Food and Drug Administration  (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat.

2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.

3. Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka.

4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik prebiotik,bakteria baik yang bertanggungjawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik, ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.

5. Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996)  dalam American Journal of Clinical Nutrition,  melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakan hanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkan uraemia menurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF.

6. Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan.

7. Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic juga dapat membantu dalam merawat penyakit jantung. Sila dapatkan nasihat doktor anda.

8. Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.

9.  Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.

10. Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah. 

11. Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia dan haiwan. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan sebanyak 30-50 gram sehari.

12. Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.

13. Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata, penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain.  Keberkesanannya mungkin berbeza bagi sebahagian orang.

14. Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. 

15. Bagi pesakit kencing tidak lawas, sakit saluran kencing dan buasir, minum bancuhan 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur dan 25 gram Gum Arabic pada waktu pagi sebelum sarapan, dapat menyembuhkannya dengan izin Allah. 

16. Minum 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur untuk membuang toksin dalam badan dan ia dikatakan dapat menghalang daripada kanser kolon.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 0133703161











Al-Manna (Gum Arabic)

Al-Manna (Gum Arabic)

Al-Manna (Gum Arabic) pohon ACACIA dari SUDAN Grade A. 

3 sudu teh Gum Arabic mengandungi lebih fiber mudah larut dari 10 mangkuk oatmeal, 13 lobak merah, 15 biji epal dan 44 biji prune.

Kajian klinikal telah menunjukkan AL-MANNA baik untuk kesihatan digunakan sebagai Prebiotik. Al-Manna boleh diamalkan setiap hari tanpa kesan sampingan untuk menjaga kesihatan atau tambahan kepada rawatan penyakit yang sedia ada. Boleh digunakan bersama ubat-ubatan dari klinik atau hospitàl. Bancuh Al-Manna dengan air sejuk dan diambil sebelum makan dan sebelum tidur. Insya Allah kita sama-sama ikhtiar dan berdoa.

CARA PENGGUNAAN:
Al-Manna perlu diambil sebelum makan. Isi air sejuk@air kosong (bukan air sejuk peti ais)/air mineral (bukan air suam@air panas) ke dalam cawan atau gelas. 

CARA PENGAMBILAN:
1 sudu besar (tidak kronik) @ 2 sudu besar (kronik) dimasukkan ke dalam segelas air selama 1-3 minit dan kacau perlahan-lahan dan selawat 3 kali, serbuk al-Manna akan larut, minum semasa perut kosong. Boleh juga di campur dengan 1 @ 2 sudu teh madu. Jelly Al-Manna boleh dibuat facial muka atau sapu ke tempat kulit yang bermasalah.

CARA PENGAMBILAN:
1) Bayi umur 8 bulan : setengah sudu teh (1 kali sehari pagi sebelum makan atau malam sebelum tidur).

2) Kanak-kanak 10 tahun ke atas : 1 sudu teh ( 1 kali sehari pagi sebelum makan atau malam sebelum tidur).

3) Dewasa : 1 sudu besar 2 kali sehari (pagi sebelum makan dan sebelum tidur).

4) Pesakit kronik kanser, kegagalan buah pinggang dan lain-lain : 2 sudu besar 3 kali sehari (pagi, tengah hari, malam).

KESAN SAMPINGAN:
Al-Manna tiada kesan sampingan. Selamat untuk digunakan. Walau bagaimanapun, setengah orang mungkin berasa kembung perut di peringkat awal penggunaan atau mengalami kegatalan atau kemerahan akibat alahan.

Al-Manna bukan pengganti ubat. Teruskan ubat doktor dengan menjarakkan masa lebih kurang 1 jam sebelum atau selepas makan ubat. 

Selamat untuk ibu mengandung.

Dengan mengamalkan Gum Arabic, bilangan bakteria baik di dalam usus dapat ditingkatkan dan akan merangsang perkumuhan bahan buangan nitrogen yang banyak dari hasil kegagalan buah pinggang. 

KHASIAT AL-MANNA:

1. Sakit buah pinggang (sudah menjalani dialisis atau belum)
2. Sakit bengkak buah pinggang
3. Kencing kotor
4. Buasir
5. Cirit birit
6. Kolestrol tinggi
7. Sembelit
8. Diabetes
9. Gout
10. Batu karang
11. Berdiet kerana ia tinggi kandungan fiber
12. Batu karang
13. Lumpuh
14. Masalah prostat
15. Tekanan darah tinggi
16. Menguatkan antibodi melawan penyakit 

#gumarab
#tanpabahankimia
#penawardarisudan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 0133703161





NASI KERABU EXPRESS KETEREH BAKAL KE BRUNEI

NASI KERABU EXPRESS KETEREH BAKAL KE BRUNEI

Lepas Isyak tadi, punye la mengantuk yang teramat.  Sebelum nak tidur, tengok wasap jap. Eh! Ada wasap bukan nombor telefon Malaysia.  Jawab salam lah dulu. 

Ya Allah, rupanya dapat order nasi kerabu express dari BRUNEI. Syukur Ya Allah.  Rasa nak tampar je muka ni. Betul ke ni? Hilang rasa mengantuk. Penangan nasi kerabu express.

Mudah-mudahan Nasi Kerabu Express selamat sampai ke Brunei.  Katanya lagi, nak masak dan dijual yang dah siap masak.  

Terlampau suka, kite kasi diskaun kaw2. Sebab yang paling utama, orang Brunei dapat makan nasi kerabu express Ketereh. 

Kalau dapat sambutan, dia nak jadi agen BRUNEI. Mudah-mudahan murah rezekinya.

'Orang Ketereh ter, bilo nok try NKE Ketereh. Kito gantung bunting doh kat depe rumoh'.

0133703161

#NasiKerabuExpressTiadaBerpisahDariMukaBukuKu



GAM ARABIC PENAWAR 'SAKIT 'BURUK USUS'  DAN KENCING MANIS

GAM ARABIC PENAWAR 'SAKIT 'BURUK USUS' DAN KENCING MANIS

Syukur alhamdulillah. Rezeki di pagi Jumaat. Ada orang call, nak 1kotak besar gum arabic. 1 kotak tu ada 10 peket. Katanya untuk ikhtiar sakit kencing manis dan 'buruk usus'. Tak tahu la juga macamana penyakit 'buruk usus' tu.

Ini bermakna, gum arabic memang mendapat tempat di hati pesakit. Gum arabic dari Sudan ni memang 100% bahan semulajadi dan tanpa bahan kimia. 

Sebenarnya, apa yang lebih menggembirakan ialah pesakit dapat ikhtiar sembuh.  

0133703161


HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com