2020 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: 2020
INSPIRASI MOVIE EDIE

INSPIRASI MOVIE EDIE

 Tak rancang pun nak tengok tv. Tapi line internet slow, so layan astro je la. 


Duk tengah tekan remote sebab tak tau nak tengok citer apa, tertarik la pulak tengok wanita warga emas ni duk tengah berjalan macam merantau je. 


Che kak memang tak minat drama melayu projek juta2, anak orang kaya kawen orang miskin. Baik layan Rambo. πŸ™„


So, berangan juga la nak merantau keliling dunia lepas bersara. Kena simpan duit banyak2 la ye. 😜


Wanita warga emas tu, Edie namanya 83 tahun. Impian nak daki gunung kat Scotland. 


Why? Sebab impian mendiang ayahnya nak daki gunung dengan dia. 


Terinspirasi citer #Edie ni. 


Tapi takde la che kak nak daki gunung sebab nak panjat tangga lipat cuci kipas pun gayat giler tahap gabanπŸ˜…πŸ€£


Edie tak kesampaian nak daki bersama ayahnya sebab jaga suaminya sakit 30 tahun lamanya. 


Suami dan ayahnya dah meninggal. Impian tetap impian.


Secara logiknya adalah mustahil untuk seorang wanita 83 tahun nak daki gunung.


Kita yang muda tang tang ni pun sakit lutut nak naik tangga. Nasib baik sekarang ni jumpa msm gel. 


Semangat. Yes semangat. Tapi semangat saje masih belum cukup kuat untuk capai matlamat.


Semangat ni kadang2 boleh hilang. Semangat terkulai di tasik daun teratai. 


Untuk apa Edie nak daki gunung? Cari nahas je kan. Tapi itulah impian dia walaupun dia sendiri hampir putus asa dan tak yakin dengan kemampuannya. 


First, tetapkan matlamat dan impian. Big why uols nak daki gunung whatever. 


Edie jumpa seseorang yang tak tersengaja  jadi kawan baik dan mentornya. Sentiasa support Edie. Masih muda baya cucu atau cicit kot. 


Sentiasa bagi moral support dan ajar juga cara2 nak berkhemah, berdayung, tingkatkan stamina dan sediakan peralatan yang sesuai untuk mendaki. 


Macam tu la juga kita. Cari mentor yang boleh tunjuk ajar, bagi sokongan dan tegur kesilapan kita. 


Kita pula kena dengar nasihat mentor walaupun muda dari kita. Kenapa kena dengar dan follow je tunjuk ajar mentor? Sebab mentor ada ilmu dan pengalaman dalam bidangnya. 


Pasti ada orang  pandang rendah pada Edie. Tapi Edie, tetap go on. Why? Sebab itu impian dan matlamat dia. So, kita kena hati kering kalau nak berjaya. 


Macam che kak. Kalau che kak lemah semangat dan down masa orang kutuk madu forever che kak, agaknya apa akan jadi. 


Tapi orang tetap wasap nak madu forever sampai asyik OOS je. Product speak itself.


Kalau bukan che kak menjual, orang lain tetap rebut peluang menjual. So, che kak gigit jari je la. 😬


Eh terpromote pulak. 😜 Iklan jap. Astro pun banyak iklan walaupun kita bayar bil. Inikan pula medsoc free. 


Berbalik pada kisah Edie. 


Dugaan dan cabaran tetap ada. Dayungnya terjatuh. So, dia relax dan bertenang. Dia tak panik nak terjun sungai semata2 nak ambik dayung yang dah hanyut jauh darinya. 


Apa dia buat. Tido je dalam perahu. Eh sampai juga ke tebing akhirnya. 


Macam tu juga la kot kalau ada kastemer cancel order. Tak yah layan dan perli2 kat medsoc. 


Next, rehat la dulu. Pasang khemah. Pada awalnya Edie ada khemah lama. Susah juga nak pasang khemah lama. Tapi mentor dia bagi khemah baru dan mudah dipasang dan disimpan balik. 


Teringat khemah banjir JKM. Tu salah satu inovasi untuk mangsa banjir kat pusat pemindahan sementara. 


Dulu takde nya nak tido dalam khemah. Laki puang selamba je tido macam ikan goreng dalam pinggan. 


Tu diooo walaupun duk dalam khemah, Edie tetap membaca. Kita?? Suka baca gosip retis je. Artis mengandung bape bulan pun nak tau. 😜 


Semasa perjalanan diteruskan, hujan dan ribut wei. Khemah melayang ikut arus ribut. 


Memang tawakkal giler la masa tu dan tetap teruskan perjalanan cari port selamat. 


Rezeki Edie terjumpa bangsal seorang pemburu. Nampak bengis tapi rupanya baik. Tak buat jahat dan aniaya pada Edie dah satu rahmat. Eh siap bagi breakfast lagi tau. 


Kawan baiknya tetap risau sebab hujan ribut tu. So, dia keluar mencari Edie. Risau la wei wanita 83 tahun duk atas gunung sorang2 tengah ribut. 


Kita? Mak duk sorang2 kat rumah ada tak kita risau dan gi jenguk dia? Tapi zaman Covid-19 ni tak yah la berpusu2 balik kampung kalau bergejala. Tambah beban pulak. 


Berbalik pada Edie, dia lepaskan beg galas yang menjadi bebannya. Sikit je lagi nak sampai ke puncak gunung. 


Maksudnya kalau ada sesuatu yang membebankan kita untuk capai impian, lepaskan. Contohnya hutang. Jangan berhutang. Guna sahaja peluang dan sumber yang ada. 


Che kak try isi i-lestari eh dapat la RM249. Che kak gunakan untuk beli produk. Jual balik. Dapat untung runcit RM87. 


So, sabar, kuat semangat dan follow jalan yang ada. Follow je mentor yang dah tau liku2 jalan, sungai, gunung. 


Slowly daki tapi sampai juga ke puncak gunung. 


Terima kasih sebab sudi baca bebelan che kak sampai noktah terakhir.😘


#chekakforever

#Edie











HARGAI SUMBANGAN ANAK WALAUPUN KECIL

HARGAI SUMBANGAN ANAK WALAUPUN KECIL

 Pada suatu hari, che kak temubual dengan seorang warga emas.


Biasa la mesti tanya soalan berkaitan tahap ekonomi keluarga, anak2, kerjaya anak2, sumbangan anak2.


Tapi warga emas ni kutuk kaw2 anak dia. Katanya anak tak membantu langsung.


Che kak tanya, macamana boleh beli barang dapur beras gula lauk pauk bayar bil api air.


Eh pandai pula jawab anak yang tolong beli. Anak yang tolong bayar bil. 🀦‍♀️


Apalagi, che kak 'basuh' ler. Jangan la kata anak tak bantu. Jangan la menidakkan pertolongan dan sumbangan kecil anak.


Takkan la anak yang bagi duit itu baru nak dikatakan anak yang baik.


Kalau anak tak tolong beli barang dapur, adakah kita boleh gi sendiri beli barang?


Kadang kala kos beli barang dapur lagi banyak dari bagi duit cash. 


Adakah kita boleh gi sendiri hospital kalau anak tak bawa?


Kalau anak merajuk tak pedulikan kita, nanti kita juga yang cop anak derhaka.


Kasih sayang setiap anak pada ibubapa berbeza. Jangan hanya nampak anak yang bagi duit dan bermulut manis  itu yang nama 'anak'. 


Sekecil2 sumbangan anak, hargailah juga. 


#chekakforever

KENAPA FOREVER LIVING MENJADI PILIHAN

KENAPA FOREVER LIVING MENJADI PILIHAN

  KENAPA CHE KAK SUKA FOREVER 😍


Nak bisnes kena ada minat


Nak bisnes kena hepi walaupun ada kala rasa down


Jangan down lama2, follow leader dan rakan2 bisnes. Sebab tu best join Family Magika


Tak sempat nak down atau kering idea sebab banyak material dan grup support


Follow orang yang dah berjaya yang bermula dari zero dah jadi hero


Cari team yang sama2 bantu, sama2 nak berjaya. Ramai yang pm che kak minta tunjuk ajar che kak. Walhal depa team lain


Che kak suka bisnes Forever. Best. Baik produk, sistem, grup under Family Magika


Walaupun che kak fokus bisnes lepas opis hour, alhamdulillah income masyuk gak. Tak kacau keje hakiki



Sambil jual, che kak guna juga produk forever head to toe. Personal care, skincare, supplement, penjagaan harian


Produk simple berasaskan aloe vera dan madu sebab Forever ni ada ladang dan kilang sendiri. Takde pakai orang tengah






Celik mata dan sebelum pejam mata, mesti gosok gigi. Ubat gigi kandungan aloe vera dan propolis sangat membantu gigi dan gusi yang sihat



2 dalam 1, mandi dan cuci muka dengan sabun avocado. Kaya dengan khasiat avocado. Terasa licin je kulit. Gatal2 pun hilang



Rasa cam duk spa je masa duk berscrub badan dan muka dengan aloe scrub. Biji scrub tak pedihkan kulit sebab manik aloe vera yang dipaternkan sangat lembut. Kaya khasiat vit E



Syampu pun ada. Lembut je rasa rambut. Sangat membantu atasi rambut gugur dan gatal kulit kepala. Lepas syampu, suka sapu aloe vera gelly dan spray aloe first




Set skincare pencuci, serum dan pelembap pun ada. Set infinite sesuai untuk 30 an ke atas. Set Sonya sesuai untuk remaja




Lepas mandi sapu deodorant aloe vera tanpa garam aluminium. Hilangkan bau badan  dan tiak pun jadi cerah. Sapu kat tumit pecah pun sangat membantu



Sapu aloe sunscreen sebelum keluar rumah. Kulit kita kena lindung dari sinaran UVA dan UVB. Tu sebab kulit jadi kusam, jeragat, jerawat



Sapu aloe lips kat bibir yang kering merekah. Sapu kat jerawat yang naik seketul dua pun sangat membantu



Sebelum tido sapu aloe vera gelly dan propolis creme. Bangun pagi syok tau raba pipi. Lembut gitewww



Kadang2 sapu R3 dan alpha e-factor untuk retain restore renew 



Masker pun syok. Sekali sekala tepek masker



Rasa sebu perut, lengoh bahu, sakit belakang, sakit lutut boleh sapu aloe massage lotion dan msm gel



Tu bahagian luaran. Supplement pun simple je. Berasaskan aloe vera, delima, madu.


Aloe vera gel kaya dengan zat, mineral, enzim. Bukan ubat sembelit dan kurus. Tapi bagus untuk bersihkan usus, buang toksin. Angin pun berdesup keluar. Najis pun lembut je keluar. Takde la wat muka sembelit🀭


Lepas toksin dibuang, barulah senang usus nak serap segala khasiat dan zat



Madu asli forever sedap sebab manis lebah hisap beribu2 bunga kat gurun sonoran dan pergunungan Spain bebas pencemaran


Madu asli tak ditapis atau diproses. Botol pun sangat ekslusip agar khasiat tak hilang dan senang nak guna tak meleleh



Kolestrol tinggi dan bonus kulit cantik boleh makan arctic sea minyak ikan dari lautan arctic. Satu-satunya minyak ikan campur minyak zaitun. Kaya vit e



Produk lebah seperti bee pollen bee propolis dan royal jelly. Kunyah2 je. Banyak khasiat untuk bantu tingkatkan metabolisme, imun booster 



Minuman kaya antioksidan pati delima dan campuran jenis buah beri. Pinkish glowing gitteww. Senggugut pun hilang



Aloe berry nectar, aloe pitch. Nak cerita segala khasiat dia pun tak abes. Tapi sangat membantu masalah kencing kotor, senggugut. Aloe pitch sesuai untuk anak2 yang ada masalah sembelit




Absorbent-C mengandungi 60mg mengikut standard yang ditetapkan oleh RDA. Menyembuhkan luka akibat jerawat, awet muda, membantu membina kolagen dan tingkatkan imun



Protin lite dan fiber bantu sape2 nak diet secara sihat




Banyak lagi la produk best. Kite citer hari lain pulak





Produk forever ni dah lama. 42 thn kat 169 buah negara termasuk Arab Saudi dan Brunei. 


Ingat senang ke nak masuk Arab Saudi. Strict sangat bab  MLM patuh syariah. No point no pairing 



Nk citer bab sijil pun makan banyak mukasurat. Dah citer dalam blog



Sign up ahli tak wajib nak bisnes. Untuk guna sendiri je pun. Sebab nak murah diskaun 15-48%. 


Bonus pun syok sebab bayar ikut harga runcit


Sign up ahli r m 90 dpt balik rm 90. Baucer boleh tebus balik. Kiranya macam free je la



Lepas sign up member, baik la upgrade rank VIP. Banyak manfaat duk rank ni. Nak naik pun senang. Belian terkumpul rm1550 dalam masa 2 bulan. Sekali tu je kumpul. Lepas tu tak yah maintain beli dah



Tak yah renew setiap tahun. Keahlian aktif tak aktif tetap tak yah renew


Terima kasih sudi baca sampai habes🀣


Sekian citer che kak. Nak produk, nak sign up ahli, nak  bisnes, boleh wasap che kak. 😊




Www.wasap.my/+60133703161


Nak tengok blog pun buleh


https://www.hasliza.biz




CERITA TAYAR BOCOR DI TENGAH JALAN

CERITA TAYAR BOCOR DI TENGAH JALAN

 Tengah syok layan tazkirah ustaz Manis FM, tiba2 dengar bunyi gegar. Eh bunyi apa tu. 


Berhentikan kete tepi jalan. Sebelum tu bagi signal dulu. Kan marah orang belakang pulak.


Alamak tayar kete kempis daaa.



Masuk dalam kete, kunci pintu, duk diam2 dulu.


Tarik nafas dulu. Bukak tepon, bukak cimbclick. Transfer duit kutu dulu.


Lepas tu wasap kat grup opis maklum lewat masuk opis. 


Nak call pomen tayar, duit cash dalam beg langsung takde. Che kak tak sampai hati nak cakap "saya hutang dulu ye" kalau pomen datang tukar tayar. 


Nak bawa kete ke kedai yang berdekatan, tayar dah kempis sangat.


Nak tukar sendiri, memang tak laaa.


Alhamdulillah, opismate datang tolong tukar tayar spare.



Elok je siap tukar tayar, hujan pun turun dengan lebatnya.


Sampai kat opis 8.32 pagi.


Sekian cerita hari ini. Jap agi kita g kedai tayar lepas settle laporan yang hq nak semalam.



Alhamdulillah Allah permudahkan urusan.

PENGHAYATAN SYUKUR

PENGHAYATAN SYUKUR

 Mulut kata syukur tapi penghayatan syukur tak tau la sejauh mana, kan.


Marilah kita sama2 checklist syukur kita.


Orang bagi macam2 sumbangan. Tapi demand nak brand itu ini. Sepatutnya berterima kasih sahaja. Kalau tak nak, bagi kat orang lain.


Anak dah bagi duit setiap bulan. Dah lebih dari cukup untuk belanja. Tapi sanggup sembunyikan maklumat anak2 yang berjawatan dan gaji besar semata2 nak duit bantuan. 


Tak perlu ambil bantuan dengan cara menipu. Bersyukurlah ada anak yang bantu. Kalau Allah tarik nikmat anak keje besar kerana 'doa' makcik pakcik kata anak 'keje gitu2' jah, lagi haru. 


Kita ada orang lama yang lebih tahu garam itu masin. Tapi tak mau dengar. Last2 sampai sudah engkau timba air laut je boh dalam gulai korang. Orang lama ni bukan orang tua je. Maksudnya orang yang lebih berpengalaman dalam bidang masing2. 




#chekakforever


SAYANG ANAK VS SAYANG ISTERI

SAYANG ANAK VS SAYANG ISTERI

 Che kak dengar je luahan seorang bapa. Dia nak bakal suami anaknya seorang yang bertanggungjawab. Dapat jaga anaknya dengan baik. Bla bla bla bla bla


Tapi che kak konpius. Bagaimana pakcik sanggup berkata begitu sedangkan pakcik sendiri tak buat baik pun kat bekas isteri pakcik dulu.


Pakcik pukul dia. Pakcik duakan dia setelah berpuluh2 tahun bekas isteri pakcik hidup susah senang dengan pakcik.


πŸ€”πŸ€”

KUIH APAM BALIK SEDAP, LEMBUT DAN KURANG MANIS

KUIH APAM BALIK SEDAP, LEMBUT DAN KURANG MANIS

 Kuih apam balik antara feveret che kak. Biasanya abang Aiman yang tolong gi beli apam balik sebab dekat dengan sekolah dia. 


1st makan tu, sedapnya. Lembut, sedap, manis sederhana yang paling penting takde rasa macam kapur tu. Apa dah nama alaaa lupa la. Baking soda ke apa nama. 


Tak pernah lagi setakat ni che kak makan sesedap rasa apam balik che adik ni. Eh tak tau la dia ni kakak ke adik🀣🀣. 



Tadi balik keje, che kak singgah beli. Sambil tu che kak berbual dengan dia. Sambil puji apam balik dia sedap. Dia senyum je la. Eh che kak ikhlas tau puji. 


Che kak tanya nama sebab teringat ustaz kata kalau tak tanya nama kita tergolong dalam golongan orang yang zalim. πŸ˜…


Che kak tanya juga, jual kat pasar malam juga ke? Katanya dulu jual nasi. Tapi sejak PKP dia tak jual dah sebab susah dengan anak kecik. 


Mungkin tak leh bawa baby dan takde orang jaga masa dia nak keluar berniaga. 


Eh 'lapar bual' la pulak. 🀣🀣


Tapi bagusnya dia jual depan rumah. Walaupun dalam kampung je pun. 


Sedap dan murah orang beli je, kan. 


Nampak la usaha dia cari pendapatan walaupun PKP.


Che kak support la sebab sedap. 

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com