November 2014 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: November 2014
Beli dan simpan goldbar 1 gram 1 bulan 1 keluarga

Beli dan simpan goldbar 1 gram 1 bulan 1 keluarga

Assalamualaikum.. Kak Za nak kasitau kat reader semua. Sekarang ni Kak Za dah ada cara simpanan masa depan. Goldbar. Misi Kak Za ialah simpan 1 gram 1 bulan.

Selalunya kita simpan duit, tapi duit akan susut nilai dari semasa ke semasa. Itupun kalau simpanan duit tu tak terusik la. Kadang kala tu mesti korek balik tabungkan?

Semua orang tahu beli @ simpan barang kemas merupakan pelaburan yang amat baik. Tapi ianya tetap sukar untuk wat simpanan. Maklumlah harga barang kemas  mencecah ribuan ringgit. Cincin belah rotan pun harga RM3++.

Kak Za hanya mampu terkebil-kebil tengok orang pakai gelang emas sekerat lengan.. Kihkihkih.

Kawan Kak Za aktif membuat simpanan dan menjual emas goldbar. Ada goldbar 1 gram, 5 gram, 10 gram, dinar. Goldbar ni emas tulen 999.9. Barang kemas 916 pun ada.
goldbar 999.9 1 gram

Kak Za amat tertarik hati dengan goldbar daripada Powergold ni. Akhirnya Kak Za dah jumpa cara nak wat simpanan. Kata orang sedikit demi sedikit. Lama-lama jadi banyaklah.

Misi Kak Za ialah 1 bulan akan Kak Za beli 1 gram goldbar powergold. Harap-harap Kak Za istiqamah menyimpan emas goldbar ni. Setakat harga RM1++ Inshaa Allah boleh.

Dapat bonus shaklee pun boleh 'tukarkan' jadi goldbar.

Lain entry akan Kak Za cerita lagi ye.

*Sila hubungi Kak Za untuk sebarang pertanyaan dan pesanan.

SMS@WhatsApp : 013-3703161


Pantun Seloka Banjir Pasir Puteh

Pantun Seloka Banjir Pasir Puteh

7 hari ditatang dan dijaga,
Demi motto berkat berjasa
Mangsa banjir di SK Wakaf Raja,
Dah balik ke Kg.Gong Kala.


Bilik gerakan dah tak buka,
Dapur pantri pun dah tak nyala,
Sardin dan telur menu biasa,
Tetap licin seperiuk sebelanga.


Petugas banjir tetap setia,
Membawa bekalan dan melawat mangsa,
Aktiviti dan program dibuat bersama,
Orang besar pun melawat juga.


Susah senang tetap dirasa,
Ada suka ada juga duka,
Lumrah alam adat biasa,
Bukan semua hati dapat dijaga.


Maaf bermaafan sesama kita,
Lapang dada hati pun suka,
Think positive pakar motivasi kata,
Ambil yang jernih macam kaca.


Pantun Seloka Kasih Ibu Bapa

Pantun Seloka Kasih Ibu Bapa



Ibu bapa sibuk sekali,
Mencari rezeki sesuap nasi,
Untuk anak-anak dan isteri,
Rezeki secubit tetap dikongsi.

Sudah menjadi adat duniawi,
Termasuk ahli keluarga sendiri,
Warga miskin dipandang sepi,
Tanpa sijil kasih tak bererti.

Sungguhku tak mengerti,
Kasih ibubapa sukar difahami,
Air mata mengalir untuk  anak yang lapar nasi,
Rela kering poket untuk anak dikasihi.

Nasi segengggam rezeki dikongsi,
Anak beranak disuap ibu dan ummi,
Kasih sayang tetap dirasai,
Kini awan mendung yang kurasai.

Diploma degree dan PHD,
Itu secebis rezeki Illahi,
Gaji ribu riban pemberian Illahi,
Hormat menghormati tak perlu diajari.

Pemberian RM10.00 tak pernah bererti,
Sukar sekali nak memberi,
Ibubapa tak berdaya lagi,
Membanting tulang demi sesuap nasi.

Borang JKM18 sudah diisi,
Maklumat anak-anak berjawatan tinggi,
Warga JKM tak boleh kasi,
Harap semua dapat fahami.

@Serikandi tercipta@
HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com