December 2022 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: December 2022
SELOKA DAKWAH

SELOKA DAKWAH

Nak dakwah hati kena kental

Banyak sangat maksiat nak kena sental

Amal makruf nahi mungkar

Agama Allah terjaga dengan mekar


Jaga agama tanggungjawab semua

Bukan imam bukan menteri agama

Kita dilantik Allah khalifah di dunia

Menjaga paksi tiang agama


Orang jahil jangan dihina

Tiada manusia yang sempurna

Nabi berdakwah hingga hujung nyawa

Demi Islam demi akidah hambaNya


Berdakwah bukan setakat ceramah agama

Jubah dan kopiah bukan lambang utama

Jadi orang baik dan berakhlak mulia

Baru orang hormat tanda bagusnya dia


Banyak saluran boleh guna

Bukan setakat masjid dan media perdana

Pandai tik tok pun boleh guna

Orang muda dapat dengar sama


Gambar hiasan












Jangan tunggu orang datang

Kita kena turun padang

Kenalpasti kenapa terhalang

Dakwah tak sampai lagi berkurang


Santuni remaja yang bermasalah

Mungkin bapanya hisap dadah

Tiada duit nak pergi sekolah

Selamatkan jiwa sebelum parah


Jangan cepat jatuh hukum

Pada wanita ada halkum

Kalau jumpa ucap assalamualaikum

Asal bukan hantu kum kum


#chekak

#selokasantai

#salamJumaat

SELOKA RUMAHTANGGA

SELOKA RUMAHTANGGA

 Bina rumahtangga kunci ke syurga

Sama kumpul pahala elak dosa

Sudah azali zaman Adam dan Hawa

Ingin rasa dicintai dan hidup bahagia


Isteri solehah perhiasan dunia

Suami soleh jaga pandangan mata

Sama cari rezeki sama berkongsi rahsia

Sama jaga aib kerana tiada yang sempurna


Mas kahwin rendah perkahwinan berkat

Ada rezeki zuriat cepat melekat

Dapat anak tanggungjawab sangat berat

Sama-sama didik berjaya dunia akhirat


Isteri dan anak adalah amanah

Berat tanggungjawab bukannya mudah

Buat ihsan pada isteri insan yang lemah

Moga rezeki suami bertambah-tambah 


Wahai isteri buat pahala sangatlah mudah

Banyak sangat berkias tak sudah sudah

Suami tak faham engkau juga yang marah

Cakap terus terang kan sangat mudah


Hidup rumahtangga perlu bertoleransi

Kahwin kerana sayang bukan cari kuli

Dapat laki kaki khayal cepatlah angkat kaki

Hidup dah macam neraka walau belum mati


Ujian rumahtangga tidak sama

Ada diuji dengan  wanita dan juga harta

Ingat matlamat asal  nak berumahtangga

Sentiasalah tuntut ilmu dengan ahli Agama


Nak tambah kuota Islam tak larang

Pastikan poket tebal baru isteri sayang

Cukup makan pakai dan banglo satu sorang

Tak cukup nafkah nanti pinggan melayang


Jangan uji isteri dengan ucapan talak

Takut-takut suami yang melalak

Sekali aib rumahtangga terselak

Bukan simpati yang dapat tapi ketawa gelak













#chekak

#selokasantai

SELOKA PASAR TANI

SELOKA PASAR TANI

 Nak pergi pasar tani

Setiap hari Sabtu di pagi hari

Jangan lupa bayar parking nanti

Banyak mata mata duk perhati


Nak parking free pun ada

Di padang tak tahu milik siapa

Jalan jauh sikit pun tak apa

Asal hati senang takde penguatkuasa


Me time anak-anak untuk cuci mata

Pelbagai menu buat rambang mata

Beli kacang rebus dan buah naga

Dapat waffle stik pun dah suka



Beli selipar untuk anakanda

Lagi mahal dari pasaraya

Peniaga tak letak tanda harga

Dah beli menyesal pun tak guna


Macam ragam watak peniaga

Ada senyum ada juga masam muka

Pandai layan rezeki masuk juga

Anggaplah pembeli semuanya kaya


Jual aiskrim sambil rokok di jari

Tak pakai sarung tangan la pakcik ni

Terbayang kuman masuk mulut si bayi

Jaga kebersihan barulah berkat rezeki


Ramai betul peminta sedekah

Buat buat tak nampak aje lah

Bukan tak nak bantu bersedekah

Penat JKM buat jeyawaraya keliling daerah


Pengemis bukan warganegara

Pakai kopiah dan pegang tasbih juga

Suruh mengucap eh tak pandai baca

Sindiket pengemis sangat berleluasa


#chekak

#selokasantai

SELOKA KEDA DUA YA RM2.40

SELOKA KEDA DUA YA RM2.40

 Sopim kedai dua ya dah macam orang kaya

Beli barang tak tengok pun harga

Di sampuk hantu jembalang dan saka

Kaba kaba penuh bakul dan raga


Sopim keda dua ya me time ibu ibu

Tok laki bagi pitis lepas merayu rayu

Terus lesap dalam gua hantu

Tok laki garu kepala baca selawat seribu


Anak anak pun sangat suka

Beli mainan dan buku warna

Reward diri selepas kena tinggal ibubapa

Ibubapa kerja pun untuk anak juga


Sangat femes masa Hari Guru

Nak beli hadiah pilihan anak dan ibu

Anak orang kaya dan marhain beli pen merah dan biru

Tanda hargai guru kelas yang baik dan ayu 


Harap jangan lagi naik harga

Nak merajuk pun sekejap sahaja

Macam orang bercinta dah lagaknya

Jumpa mata aje terus cair dibuatnya


Di opismu pasti ada ratu

Pergi keda dua ya pukul satu

Rela tak makan dan minum kopi susu

Asal dapat cuci kad maybank2u


#chekak





KENANGAN BANJIR PASIR MAS TAHUN 2012

KENANGAN BANJIR PASIR MAS TAHUN 2012

 Tengah scroll memori fb,

Tersimpan kisah banjir Dun Meranti,

Aku dan Kak Ha naik sampan sakti,

Menuju PPS demi tugas hakiki,


Mangsa banjir tetap disantuni,

Semua agensi penghulu termasuk YB,

Untung Meranti dapat YB cakna sekali,

Dah la baik smart sekali,


Memori  2012 tersimpan rapi,

Tinggal sejarah aku slim dan cute sekali,

Dulu stamina masih tinggi,

Sekarang lelah rasa macam nak mati,


Pasir Mas dan Rantau Panjang sudah azali,

Banjir tiap-tiap tahun sudah pasti,

JKM Pasir Mas tetap sabar dan bersatu hati,

Jajahan lain dah horey horey mereka masih di Gual Tinggi,


Abe Nor bijak kira nisbah gula sekati dengan kopi,

Tin sardin dan beras bukan basmathi,

Dimasak gotong royong bersama si dara sunti,

Kenyang makan tidur di tikar dan selimut free,


Abe Loh otai tak terbelah bagi,

Petik je jari daftar mangsa beres sekali,

Eh staf Pasir Mas ramai lagi,

Tak muat nak cerita dalam fb,











Semoga YB YB bersatu hati,

Ikhtiar dengan kuasa yang diberi,

Semoga rakyat tidak dibebani,

Dengan bencana banjir ciptaan kita sendiri,


Allah jua yang Maha Mengetahui,

Hikmah dan nikmat yang tersembunyi,

Di balik ujian buat hambaNya di bumi,

Syukur atau kufur nikmat fikirlah sendiri


#chekak

KISAH BANJIR DI PASIR PUTEH DISEMBER 2022

KISAH BANJIR DI PASIR PUTEH DISEMBER 2022

 Rasa nak menulis,

Tapi badan rasa letih,

akhirnya tidur yang ku pilih,

Selepas balik malam lalu kebun Pah Teh, 

Cepat-cepat tekan minyak sambil bertasbih,


Hati sedih, badan letih,

Banjir besar di Pasir Puteh,

Ujian buat warga yang terpilih,

Inilah peluang buat amal soleh,


Usah ditunding jari,

Andai tidak berada di sini,

Usah berbisik dalam hati,

Akulah yang terpaling suci,

Membantu di sana sini,

Muafakat itu lebih dirai,

Hulur bantuan lebih diyakini,

Bantulah mengikut upaya sendiri.


Jangan berebut apa yang diberi,

Jangan mengadu domba di sana sini,

Bertambah rezeki andai disyukuri,

Semuanya dari Allah untuk kita renungi.


Terima kasih daun keladi,

Buat sahabat handai di pkmjpp,

Termasuk warga sukarelawan setia berbakti,

Anda tetap hero di hati,

Kerja Lillahi Taala walau dikeji,


Orang kayangan sibuk melawat di sana sini,

Selepas matahari muncul kembali,

Waktu air menggila kenapa tak tambah bot dan lori,

Lepas tu sibuk minta justifikasi🤭😝


Che kak yang tak cekak😝




BURGER KAMPUNG

BURGER KAMPUNG

Erk alhamdulillah, kenyang makan burger. Burger kampung je gais. Tapi sedap. Harga sangat mampu milik, orang kampung mampu beli.


Kalau takde untung, takkan si peniaga masih bertahan berniaga lagi. 


Sekali sekala support orang kampung niaga. Asalkan bersih, suci, halal, harga mampu milik, pandai jaga hati kastemer, Insya Allah rezeki sentiasa tertulis buat orang yang rajin berusaha.



Teringat pula masa kecil-kecil dulu. Arwah mok (nenek) belikan burger selepas cucunya merengek-merengek nak makan burger. Entah duit cukup ke tidak pada masa itu. 


Dulu bungkus dalam tisu je. Lepas makan, boleh wat lap tangan.


Teringat pula kisah anak yatim piatu. Adik beradik ramai, masih kecil lagi. Namun mereka sama-sama berusaha mencari rezeki dengan berniaga. 


Sebelah pagi jual nasi berlauk, sebelah petang si abang belajar baiki motorsikal, sebelah malam niaga burger. Niaga depan rumah je, gais.


Haaa kepada sesiapa yang ada masa tido makan tido makan tido makan tido makan, lepas tu suka pm tepi minta duit dengan orang, apa salahnya cuba ikhtiar dengan niaga.

ULANG TAHUN KE 20 MENJADI KAKITANGAN JKM

ULANG TAHUN KE 20 MENJADI KAKITANGAN JKM

Pejam celik pejam celik dah 20 tahun kerja JKM. Rasa macam baru je lapor diri di Grand Seasons Avenue tingkat 10B.


Rasa macam baru je kena 'halau' dari rumah saudara yang hanya sempat menumpang beberapa hari sahaja sementara cari bilik sewa. 


Sempat juga bermalam di masjid area Cheras. Dah jadi macam kes terdampar🤣. Nasib baik ada kak ngah di Shah Alam temankan. Masa tu bas dah takde nak gi mana-mana.


Keesokkannya kawan sepejabat terus cari bilik sewa berdekatan dengan pejabat.  Manakala ayah terus bank in duit untuk deposit sewa bilik. 


Dapat je gaji pertama, terus tulis surat ke Yayasan Terengganu minta potong gaji untuk bayar balik pinjaman masa belajar kat UPM dulu. Tak banyak, RM7,500 je,  dalam masa 4 tahun habis la bayar. 


Rasa macam baru je panjat tangga flat Pekeliling 15 tingkat naik, 15 tingkat turun gara-gara lif rosak. Masa tu pregnant anak sulung 7@8 bulan. Balik opis terus tertidur di surau. Haha. Letih bohhh.🤣🤣


Rasa macam baru je terkandas di kawasan perumahan sebab duit takde. Konon pergi siasat kes dengan teksi bermeter cukup la duit RM50.00. Rupa-rupanya laju je meter berjalan walaupun  jalan jem giler. Hahaha.  Jauh juga la berjalan cari bas masa nak balik. Nasib baik ada juga duit wat tambang bas.


Rasa macam baru je che kak lompat atas meja makan rumah klien India sebab terkejut dengan anjing yang tiba-tiba datang. Macam la dia tak leh lompat juga atas meja tu. Hahaha. Dia nak bermanja dan berkenalan je la che kak oi. 


Sekarang ni cuaca panas sikit je dah rasa malas nak keluar siasat kes. Walhal rumah atas tanah je pun. 🤣 


Rasa macam baru je ulang alik ke mahkamah di hadapan Dataran Merdeka  hadir kes Gurdian Ad Litem, penderaan dan pengabaian kanak-kanak.


Masih terbayang keenakan tosei yang di cicah dengan kuah 3 jenis di kedai mamak. Masih terbayang keenakan menu ikan keli goreng berlada dan air kelapa laut di kafe bangunan Ambank. 


Merasa juga PJJ selama beberapa tahun. Kerja beberapa bulan, terus kahwin. Memang tak sempat enjoy sebagai orang bujang 🤣. Jadi isteri orang yang jauh di mata ni sangat mencabar mental dan fizikal.


Tak tahu berapa kali isi borang mohon pertukaran, dan ada la sekali jumpa KP tapi tak dilayan😂. Takpelah semuanya ada hikmah tak ditukarkan ke Melaka.


Itu hanyalah secebis kisah suka duka masa kerja di KL. 

 


Akhirnya, rezeki dapat bertukar ke Pasir Mas. Tukar suka sama suka. Terima kasih En Hafifi. Sempat menyewa sorang-sorang rumah kampung jenis papan. Besar giler rumah. 


Pukul 8.00 malam memang berkurung dalam bilik je sampai ke Subuh. Tak keluar langsung. Bawa makanan dan air siap-siap masuk dalam bilik. Hahaha. Penakut giler. Bil letrik tak usah tanya la kalau lampu satu rumah terpasang. 🤣🤣


9 tahun kat Pasir Mas membuatkan che kak rasa tergugat sebab dengar ura-ura ada pertukaran besar besaran. 


So, awal-awal lagi isi borang tukar ke Pasir Puteh. Lagipun otak dah tepu hadap unit EB bertahun lamanya.


Alhamdulillah masih lagi setiaku di sini di Pasir Puteh. Banyak kenang kenangan suka duka. Kalau nak tulis semuanya, nanti jadi novel syok sendiri pula.


Pengalaman dan kenangan pahit manis mematangkan kita dalam meneruskan kehidupan seharian.


Bukan setakat pengalaman sendiri. Melihat kehidupan klien juga membuatkan kita rasa sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.


Memang la kalau ikutkan bab kerja, kadang-kadang ada rasa suka,  down, malas, rajin, kadang rasa nak pencen awal. 


Namun apabila terkenangkan susah payah untuk diserapkan sebagai penjawat awam, rasa sayang sangat nak berhenti.


Pekerjaan apa yang takde tekanan. Semua pekerjaan ada cabaran dan susah senang. Jual nasi lemak tepi jalan pun tetap ada tekanan dan cabaran.  Namun kena ingat nawaitu kita bekerja. 


Bersyukurlah dengan sumber rezeki yang disalurkan melalui pekerjaan ni. 


Eh bukan la bermaksud bila dah lama kerja ni dah jadi otai. Che kak akui masih banyak lagi nak kena belajar. Masih banyak lagi unit yang che kak belum buat.


Tahun ni che kak diamanahkan unit penguatkuasaan. Di samping urus unit komuniti juga. Setiap unit ada cabaran tersendiri. Tak boleh nak ukur bebanan dengan  bilangan kes semata-mata.


Namun che kak tetap  rasa seronok dan bersemangat dengan tanggungjawab unit ni. Walaupun masih takut-takut dan blur serta gelabah juga la. Namun syukur sangat sebab rakan-rakan sentiasa membantu.


JKM sentiasa ada pembaharuan dan tak boleh nak pakai ilmu turun temurun semata-mata. Sentiasa kena rujuk garis panduan dan sop yang sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. 


Baru-baru ini che kak dapat sijil SKM Tahap 3 Amalan Kebajikan Sosial. Pada pandangan che kak, ikhtiar la ambil sijil SKM ni kalau uols dah lama sangat kerja. Nanti lain hari la ye che kak sharing pasal sijil SKM ni.


Ish banyak lagi la nak citer ni. 😅 


16.12.2002 - 16.12.2022 

Selamat menyambut ulang tahun buat rakan-rakan sebatch.

CINTA ITU BUTA?

CINTA ITU BUTA?

Balik kerja petang semalam rasa demam. Lepas siap masak lauk, terus tarik selimut. Sejuk lain macam. Takde selera nak makan.


Sebelum tu kunyah vit c. Dah lama tak demam sejak kena covid tahun lepas. Dah rasa sakit baru nak cari segala vit dan ubat. Telan madu sesudu. Panadol pun nasib baik ada. 


Nak mandi pun rasa sejuk. Nak mandi ait panas macam masa kecik-kecik dulu. Rebus air lepas letak dalam baldi. Anak-anak duk tanya , nak buat apa dengan air panas tu.


Pukul 10 lebih kurang, dah rasa macam dah baik. Eh lapar la pula. Apa lagi terus ke dapur makan nasi. Lepas tu sambung makan roti paratha segera. Lepas tu makan pula  kuih gulung makcik yang jaja kat opis hari tu.


Erkkk alhamdulillah. Eh eh semua dah tidur. Nak tido terus perut tengah penuh. Demam demam pun makan tak ttala🤣.


Hmmmm layan citer tamil la dulu. Tapi kan rasa geram pula sebab angkat penganggur terhormat sebagai hero.🤣


Heroin pun sanggup lepaskan  pegawai polis sebagai calon suami. Walhal pegawai polis tu lagi hensem giler.


Hala hala hala anak-anak weiii cinta cinta juga. Bil api air sewa rumah minyak motor nak kena isi dengan duit juga. 


Nak dating honeymoon makan mee celup pun kena duit juga. 





KACANG KUDA REBUS

KACANG KUDA REBUS

 Cerita petang tadi.

Balik dari masjid, suami suruh rebus kacang kuda.


Tapi bini baru je landing lepas kemas rumah, so level malas tu mengatasi pahala isteri solehah.


Siap tanya Awaatif, betul ke umi nyapu tadi. Awaatif angguk tanda mengiyakan.


"Ummmm tak leh cayo pakatan dua beranok ni".


Hahahahaha. 


Sedar-sedar, kacang kuda dah siap direbus. 



Jap lagi layan CSI sambil makan kacang kuda. 


SAMBAL GEPREK SEDAP

SAMBAL GEPREK SEDAP

 Mana la tak cair bila dengar puji pujian dari si mulut manis, Awaatif. 


Sambil makan, sambil tanya bakpo sedap sangat nasi ni. Hahahaha. Ayam goreng dengan sambal geprek je pun.


Pagi tadi duk layan video masakan dengan anak-anak. Lepas tu kan main semangat kakak Aimi suruh masak sambal. Semangat nak masak sama-sama tu yang penting.


Nasib baik kedai runcit depan rumah ni je. Beli lada besar merah, lada burung, tomato.  Masak banyak-banyak wat stok. Menjadi juga resepinya. 


Sekarang ni, resepi dihujung jari je. Rajin dengan tak rajin je google. Dulu-dulu punya la susah nak ingat resepi. Apatah lagi nak masak macam-macam menu.


Kalau bakal pasangan dah pandai masak, itu bonus. Kalau tak pandai, boleh belajar dan tambah ilmu dari masa ke semasa. Alaaa makan nak untuk hidup je pun.


Sekiranya ada perbezaan cara masak dan resepi, raikan sahaja. Hormat sahaja bagaimana cara dan resepi. Apa yang penting, bersih dan halal.


Jangan jadi macam che kak. Nak goreng ikan rebus untuk mak mentua pun boleh jadi anxiety weii🤣🤣😝😝.


Sejujurnya, che kak mula kahwin, memang tak pandai masak. Banyak belajar dengan suami. Sekarang ni , google je. Try and error. Suka juga belajar dengan rakan-rakan. Belajar je, buatnye tidak. Hahaha.


Teringat pula masa program support group tahun bila ntah. Dah lupa. 


Masa tu jemput cikgu MARA buat demonstrasi masak pizza kampung dengan puding kek. Masak menu mudah je dengan bahan-bahan dan peralatan yang ada di rumah je. Sebab nak peserta-peserta enjoy dan tak rasa susah nak buat.


Kalau ikutkan ramai je yang tahu resepi tu hah. Tapi ada peserta asyik menyampuk nak bagitau cara-cara dia je. Macam dia je yang  masak dengan cara yang betul.


Akhirnya cikgu MARA tegur la peserta tu. Pointnya hormat je la apa yang orang nak ajar. Lagipun free je dan lebih kepada nak suka suki support group je.


Eh panjang pula melalutnya. Asalnya kembang hidung setaman kena puji dengan budak kecik ni je.🤣🤣

KISAH SEMALAM

KISAH SEMALAM

Balik kerja petang semalam rasa demam. Lepas siap masak lauk, terus tarik selimut. Sejuk lain macam. Takde selera nak makan.


Sebelum tu kunyah vit c. Dah lama tak demam sejak kena covid tahun lepas. Dah rasa sakit baru nak cari segala vit dan ubat. Telan madu sesudu. Panadol pun nasib baik ada. 


Nak mandi pun rasa sejuk. Nak mandi air panas macam masa kecik-kecik dulu. Rebus air lepas letak tu dalam baldi. Anak-anak duk tanya , nak buat apa dengan air panas tu.


Pukul 10 lebih kurang, dah rasa macam dah baik. Eh lapar la pula. Apa lagi terus ke dapur makan nasi. Lepas tu sambung makan roti paratha segera. Lepas tu makan pula  kuih gulung makcik yang jaja kat opis hari tu.


Erkkk alhamdulillah. Eh eh semua dah tidur. Nak tido terus perut tengah penuh. Demam demam pun makan tak ttala🤣.


Hmmmm layan citer tamil la dulu. Tapi kan rasa geram pula sebab angkat penganggur terhormat sebagai hero.🤣


Heroin pun sanggup lepaskan  pegawai polis sebagai calon suami. Walhal pegawai polis tu lagi hensem giler.


Hala hala hala anak-anak weiii cinta cinta juga. Bil api air sewa rumah minyak motor nak kena isi dengan duit juga. 


Nak dating honeymoon makan mee celup pun kena duit juga nak oii.

MISKIN MINDA

MISKIN MINDA

 Susah nak basmi miskin minda.

Kemiskinan adalah mustahil untuk diubah selagi mana minda masih ditahap miskin.


Bagilah bantuan sebanyak manapun namun  ianya tak mampu ubah nasib.


Miskin minda, walaupun dibantu dengan wang ringgit, barangan dan motivasi sekalipun, namun ianya sangat selesa dengan minda tertutupnya.


Usahkan nak dengar ucapan terima kasih, kalau sekali sekala tak bantu, kan main mengutuk dan mencemuh pula. 


Langsung takde tanda-tanda bersyukur atas bantuan orang lain.


Selagi minda miskin, segala serba serbi nampak susah dan menyusahkan. Malas nak berusaha mencari rezeki. Lebih suka layan malas.



Rasa jatuh standard kalau bekerja yang bukan berhawa dingin. Lebih rela disuap daripada malu bekerja.


Lebih rela minta duit dari kawan dan saudara mara daripada hampar meja untuk jual air teng beng vanilla kaw di depan rumah.


Susah nak ubah miskin minda selagi mana diri sendiri yang tak nak ubah. Suka menuding jari untuk melihat salah orang daripada muhasabah diri.


TERPUKAU DENGAR BOB YUSOF ALUNKAN LAGU SEJATI

TERPUKAU DENGAR BOB YUSOF ALUNKAN LAGU SEJATI

Entah kenapa malas dan tak teruja langsung nak layan GV musim kali ni. Walhal artis semuanya hebat-hebat belaka. 


Dari awal lagi dah dapat bayangkan mesti Jac yang menang sebab suara power giler. 


Bila duk lalu lintas kat fb, Bob Yusuf dapat naib juara, eh kenapa bukan Shila Amzah? 


So, tak nak la buat penilaian kalau tak tengok persembahan diorang, kan. 


So, sambil tunggu Abang Afnan kat sekolah, gigihlah duk google Bob Yusuf nyanyi lagu Sejati. 




Wow!  2 3 kali ulang dengar, memang best. Sebagai peminat lagu rock, memang caya la lu, Bob. Tak sangka best juga Bob nyanyi lagu Sejati.


#statuslaparbualsebabdahlamatakmenulis🤣


POLITIK NEGARA VS POLITIK SENDIRI

POLITIK NEGARA VS POLITIK SENDIRI

Kadang-kadang rasa lucu juga apabila terbaca status atau komen berkaitan isu politik.  Kita ambil tahu sekadar yang perlu sahaja sudahlah.

Baik la kita fokus untuk majukan diri sendiri dan keluarga.

Beras sape beli pakcik? Kalau bini beli dengan duit bini, baik pakcik sibukkan diri cari rezeki dulu ye.

Bil utiliti sape bayar, pakcik? Kalau bini bayar, baik pakcik sibukkan diri gi cari income.

Pakcik masih ada hutang dengan seseorang ke? Baik pakcik ikhtiar untuk selesaikan hutang sendiri dulu daripada fikir hutang negara. Biarlah PM baru kita fikirkan nak selesaikan masalah negara.

KISAH LAUK AYAM

KISAH LAUK AYAM

Tadi masak lauk ayam paped dengan sambal pauh. Perghh pedas bak hang. Berasap mulut dan telinga. Dah macam dalam citer monyet dan sang kancil pula.

Gambar hiasan


Teringat zaman kecik-kecik dulu. Dulu jarang je dapat makan lauk ayam. Tak tahu la kenapa jarang sangat dapat makan ayam. 


Samada ayam susah dapat atau sebab mahal. Tak sure la pula. Tapi kalau dapat makan ayam, perghhh ayam goreng sambal pedas berdesit berdesut sit sit sambil kipas mulut pun sanggup makan. 

Gambar hiasan


Lepas makan ayam pedas, sanggup makan gula nak cover pedas. Tak cukup gula, ambil ais sapu kat bibir pula.  Janji dapat makan ayam. 


Teringat pula masa duk kat kuarters Kem kat Sungai Petani. Masa tu che kak umur 6 tahun. Kan main la kawan sebelah rumah eksyen sebab makan ayam🤣. Siap nganga mulut suruh bau ayam goreng😝. Haha ngok ngek sungguh sebab che kak pun gi ambil bau juga.


HARGAI PEMBERIAN SESEORANG

HARGAI PEMBERIAN SESEORANG

Lebih kurang 20 tahun yang lalu, che kak ziarah seseorang. Bawa roti gardenia sebagai buah tangan. 


Katanya ni roti Israel. Pandai-pandai je. Kang nanti owner roti saman baru tau.


Lepas tu ditakdirkan makcik ni dapat menantu yang kaya. Eh eh elok pula cakap roti ni sedap bila menantunya belikan. Hahahaha.



Teringat pula ada makcik demand nak sumbangan tepung gandum keluaran bmf. 


Alahai makcik. Orang bagi sumbangan pun bersyukurlah. 


Apabila ada orang memberi buah tangan, jangan mencemuh. Suka atau tidak, ucaplah terima kasih kepada si pemberi.


Pernah juga la che kak dapat makanan yang dah expired melebihi satu tahun. Buka plastik bungkus, peeghhh spora berterbangan. 


Namun tak perlulah kita nak viralkan atau marah-marah.  Anggap bukan rezeki kita. Mungkin si pemberi tak perasan atau tertukar dengan yang baru.


Sama juga dengan pemberian masa majlis hari lahir. Kebanyakan dapat jajan.


Memang ada ibu-ibu yang tak bagi anak-anak makan jajan. Namun janganlah marah-marah. Insya Allah kalau anak faham kenapa ibu tak benarkan makan jajan,  anak tak akan makan.


LAKSA SARAWAK

LAKSA SARAWAK

Rezeki permulaan Disember dapat belajar masak laksa sarawak.  Alhamdulillah. 


Memang sedap. Che kak tolong kacau-kacau yang dah siap je🤣.


Makan-makan dengan rakan-rakan sepejabat ni seronok. Aktiviti sekali sekala selepas penat bekerja. 














Rakan sekerja ni macam adik beradik juga la. Kadang rasa sayang, kadang rasa geram, kadang rasa sunyi, kadang rasa nak bagi penampar🤣.


Maklumlah waktu kita berada di pejabat lagi lama dengan waktu kita di rumah. Susah senang kita, rakan sepejabat la yang akan membantu kita.


Suatu hari nanti, sama ada kita akan dirindui atau tidak, bergantung pada ayat, "gemuloh ni baik orangnya. Bla bla bla....."


Atau "gemuloh ni wat nayo kokre dulu. Bla bla bla......"

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com