July 2023 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: July 2023
MISKIN KERANA TAKDIR?

MISKIN KERANA TAKDIR?

Tengok gambar ni rasa lucu je. Tapi pedih makan dalam. Realiti dari zaman ke zaman. 


Nak tak nak kita kena hadap dan terima hakikat harga barang keperluan asas yang semakin meningkat.



Kita yang lebih tahu dengan duit kita. Kita yang lebih tahu antara keperluan dan kehendak dalam perbelanjaan kita.


Walaupun setiap anak ada rezekinya, namun sebagai ibubapa kita tetap kena berusaha memenuhi keperluan asas keluarga.


Jangan abaikan hak anak yang sepatutnya cukup dengan keperluan asas seperti makan minum yang cukup, tempat tinggal yang selesa.







Jangan serah pada takdir sahaja. Kalau rasa tak mampu dan takde usaha nak perbaiki ekonomi sendiri, jarakkan kehamilan. 


Rancang dan jarakkan kehamilan bukan sebab takut miskin tapi takut buat aniaya kat anak-anak.


Sedih sangat bila tengok anak-anak yang berderet, usahkan nak pakai baju yang elok sikit. Nak makan pun belum tentu cukup. Nak bawa duit belanja atau bekal ke sekolah jauh sekali.


Kalau dapat suami kaki dadah, kaki pukul mohon la undur diri sebelum lebih parah dan  menderita.


Pendapatan tak cukup, ikhtiarlah tambah dan perbaiki kemahiran yang ada. Dengan adanya kemahiran boleh la  buat side income.


Kemiskinan sebab suami kaki dadah atau malas bekerja ni memang rasa tak kesian. Sendiri cari penyakit.


Melainkan sebab faktor sakit atau ketua keluarga meninggal dunia itu lain cerita.

JUMPA LEMBU PUN JANGOK?

JUMPA LEMBU PUN JANGOK?

 Suami ajak gi kat lembu plok pete ni.  Nok cocok gonamo tau.





Che kak pun bersiap-siap la. Sapu sunscreen dan siap tepek bedak jenama alia.


"Nok g kat lembu jah nyo. Jangok pun."


🀣🀣🀣

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAMBAAN KAKITANGAN PENJAWAT AWAM?

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAMBAAN KAKITANGAN PENJAWAT AWAM?

Apabila CC minta maklumat APC untuk dikemaskini dalam hrmis, terus cari sijil dalam fail. 



Eh takde tarikh la pulak. Hmmm. Hari ni godek-godek dalam facebook. Kot-kot ada simpan dalam album photo.




Alhamdulillah ada juga. Mana mungkin che kak abaikan peristiwa penting ini dalam medsoc. Walaupun sekadar set only me.


Gambar selipar jepun pun che kak post dalam fb. Inikan pula Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). 😝


Alhamdulillah 2 kali che kak dapat APC. Tapi che kak tak mengharapkan pun sebarang anugerah sebab sedar diri yang tak berapa nak rajinπŸ˜†. 


Dapat sekali dalam perkhidmatan pun dah rezeki sebagai kenangan bersara nanti.


Kali pertama dapat masa bertugas di PKMJ Pasir Mas tahun 2010. Majlis diadakan pada 19.7.2011. Masa tu tengah mengandung abang Afnan. Rezeki anak.




Che kak pakai baju yang suami beli masa pergi Laos tak silap. 


Masa tu dah 8 tahun berkhidmat. Itu pun atas ehsan ex boss che kak iaitu En Azman Mat Zain. 


Kali kedua dapat pada Mei 2017. PKMJ masa tu Puan Azizan Aziz. Che kak dan Wan Azniha semangat nak pakai baju yang sama. Pening gak masa nak pilih kain pasang. Rambang mata.



Sweet memories bila tengok gambar-gambar dengan rakan-rakan yang lain. 



Walaupun dah tak nak APC namun itu bukanlah alasan untuk kita tidak memberi komitmen terhadap tugas hakiki kita.


Hargailah rezeki yang Allah bagi kat kita melalui kerja makan gaji ni. Tanggungjawab dan amanah sangat besar.


Bekerjalah seikhlas hati tanpa mengharapkan sebarang anugerah. Insya Allah ganjaran dari Allah tetap ada.


Walaupun bukan APC, Allah akan bagi kecukupan rezeki, sihat, anak-anak soleh dan banyak lagi la nikmat atas dunia ni.


Macam Bell Ngasri. Terus sahaja bagi komitmen seikhlas hati akhirnya dapat juga rezeki anugerah, kan.






BAGAIMANAKAH CARA UNTUK SEMBUHKAN HATI YANG TERSAKITI

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK SEMBUHKAN HATI YANG TERSAKITI

 

"Awok tok sir masuk wad ko kot-kot nok healing."

"Eh tok sir eh. Takut."

(Kebetulan tengah baca cerita horror kat hospital).

"Tak dok bendo hok tok takut. Derhako ko tok laki tok takut pulok."

πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜ŒπŸ˜ŒπŸ˜…πŸ˜…


Malas nak layan eh kang tak pasal keluar ilmu usuluddin dia.







Penat jiwa mental fizikal setiap orang tak sama. Setiap orang ada cara tersendiri nak tenangkan jiwa.


Isteri yang bekerja atau surirumah tetap ada penatnya. Tetap memerlukan me time.




Carilah cara yang boleh membahagiakan diri sendiri. Kita sendiri yang lebih tahu apa yang boleh membuatkan kita gembira.


Jaga hati sendiri lebih penting untuk kesejahteraan emosi kita.


Cara che kak nak healing. Banyak sangat.


Namun che kak sangat berterima kasih kerana suami che kak sentiasa support healing che kak.





Che kak suka duk celah ketiak suami che kak. 😝 Che kak malas nak luahkan perasaan kalau geram dengan seseorang. Tak reti nak bercerita.


So, itulah ubat dia. Paling mujarab. Sebab tu che kak stress tahap gaban bila suami kena tukar ke Gambang pada Januari yang lalu.😀


Selain tu, che kak suka menulis. Satu kepuasan bila dapat menulis dalam blog. Walaupun hanya syok sendiri je pun. Blog ni ibarat harta che kak.


Tulis je la apa yang rasa bermanfaat. Sharing is caring.


Che kak juga suka pergi cuci mata di kedai eco dan watson. Pergi sorang-sorang pun jadi weiii.


Syukur sangat sebab suami che kak sentiasa memberi keizinan kalau che kak nak pergi mana-mana program jabatan.


Asalkan pandai jaga diri dan maruah sebagai seorang isteri.



Paling penting sentiasalah beristighfar dan selawat ke atas nabi junjungan kita.  Semoga kita sentiasa diberi kesejahteraan dan rahmat Allah hendakNya.

CLOTH DIAPERS

CLOTH DIAPERS

Awaatif si bongsu che kak dah berusia 8 tahun. Maknanya dah 6 tahun che kak tak beli susu baby dan pampers.


Dulu mencecah RM400 sebulan juga untuk kos pampers dan susu baby.


Masa abang Afnan masih baby lagi dan Kak Aqilah sempat pakai cloth diapers (CD).


Kalau ikutkan jimat je sebenarnya sebab beli 10 keping boleh pakai sampai anak dah boleh berdikari ke tandas.

10 keping x RM20 =RM200 sekali modal je.

Berbanding dengan  Disposable Diapers (DD).  kos RM25x4x24=RM2,400.


Cara pakai pun mudah je sebenarnya dan boleh dipakai walau kita travel.


Dari newborn hingga umur 3, 4 tahun pun boleh pakai lagi sebab one size. CD ni ada butang boleh diselaraskan ikut saiz.



Selepas beli dan sebelum guna tu kena basuh dulu tanpa sabun untuk kadar serapan yang lebih baik. Sebaiknya 3 kali. Basuh dan jemur 3 kali.


Masa ke taska che kak bekalkan 5 keping CD. Pengasuh taska tak perlu basuh. Hanya masukkan dalam wet bag. Wet bag ni kalis bau dan tak bocor.


Masa nak pakaikan baby tu, masukkan dulu 2 keping insert microfleece dalam CD tu.


Cara nak basuh pun senang. Che kak sambil mandi balik kerja tu che kak jirus dulu buang najis. Lepas tu basuh dengan sabun yang lembut.


Tak perlu sental dengan berus atau rendam. Hanya gonyoh-gonyoh gitu je. Guna clorox pun jangan. Nanti rosak.


Cepat kering pula tu kalau jemur. Kalau terperap dalam baldi beberapa hari memang tak kering la.


Setiap CD tahan 3 atau 4 jam bergantung kepada kekerapan kencing dan berak.


Tapi tu lah, dalam nak berjimat cermat akhirnya terjebak beli buat koleksi sebab comel-comel sangat.





Sekarang ni che kak tak tahu dah berapa harganya bergantung kepada brand juga.


Che kak beli brand QQ Baby, Babyland, Groovy Bunz.




SEJUK PERUT IBU MENGANDUNG

SEJUK PERUT IBU MENGANDUNG

 "Umi, Nang lipat deh baju umi."



Allah, mujur banyok la kalu anok nok tolong lipat kain baju gak. 



Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal lembut gebu gebas cap Leiyna gittew.


Petang tadi beli jiwa dia dengan kuih cakoi. Tu yang happy sangat tu kot. 


Dah beberapa hari Nang nok makan kuih cakoi tapi tak berkesempatan nak buat.


So, petang tadi singgah beli cakoi panas-panas. 


Pening dah beberapa hari tak hilang-hilang lagi. Tak tau la sebab apa.

E-BOOK DAY TRIP PULAU PERHENTIAN

E-BOOK DAY TRIP PULAU PERHENTIAN

First time try buat e-book.

Jemput tengok la deh e-book che kak.

Try buat tajuk Day Trip Pulau Perhentian


https://anyflip.com/vuixy/abhx/




TAHNIAH BELL NGASRI

TAHNIAH BELL NGASRI

 Hala hala hala hala hala

Kot mung la nok mati sebab mogok lapar gak.



Kitorang tengah best best makan key ep chi ni😝.


Keno pehe namo lagi popular berdasarkan undian. Keno rajin ngundi la kalu nok suruh mene gak.🀦


Tak leh la nok suruh ore minat supo hok set demo minat.


Dah tiba masanya Bell menang bagi meraikan beliau yang dah lama di arena seni. 


Susah nak cari artis komedi yang semula jadi lawaknya. Kebanyakannya dibuat-buat. Ada yang terjerit-jerit semata-mata nak nampak lawak. Tapi nampak bodoh je.


Dah memang beliau popular sekarang ni walaupun takde fan club.


Che kak yang tak pernah peduli kisah undian artis pun sanggup undi Bell kali ni sebab rasa beliau layak.


Dah la dik. Gi makan nasi nung kang nanti gastrik pula.




Tahniah Bell Ngasri,

Berjaya julang trofi,

Tak sia-sia kami mengundi,

Bintang Paling Popular menjadi realiti.

KISAH BAJU

KISAH BAJU

Baju ni dah lama tapi tak pernah pakai sebab dulu besar gedabak.


Baju ni tok laki yang tolong tempah dulu. 


Hari ni bawa juga sebab tok laki hok suruh. Takut sejuk dalam bas.


Mujur jugok bawa sebab dalam kelas pun sejuk.


Buleh la wat teman tido hile raso rindu.



Selesai kelas untuk hari ini. Sambung esok pulok.


Dalam sakit palo mabuk pening pun alhamdulillah masih dapat dengar kursus dengan baik.




#olohbajupunnokcrito

MABUK DALAM BAS?

MABUK DALAM BAS?

Dah lama tak pi kursus naik bas. Pening juga la tak leh nok celik mato. 


Masa berhenti kat rnr, terus pi beli panadol dan minyak cap kapak. Last beli minyak ni rasanya 20 tahun dulu🀣.



Nasib baik kursus start petang, so boleh la rehat dulu. 


#kursusasaspegawaidiberikuasapusatjagaan

MENGUNDI KAT MANA?

MENGUNDI KAT MANA?

Bab mengundi ni, che kak lebih suka mengundi kat tempat tinggal terkini. 


Alang-alang takde kampung nak balikπŸ˜‚.



Dilahirkan di Kuala Besut. Sejak kecil berpindah randah ikut ayah kerja askar.


Sejak arwah nenek meninggal, langsung dah tak balik Besut. 


Pertama kali daftar mengundi kat Kajang. Sebab masa tu kerja kat Bandar Baru Bangi. Eh ke sebab belajar kat UPM?πŸ€”


Kali pertama mengundi masa tengah pantang anak sulung 40 hari di Kuala Krai rumah mentua.



Nasib baik dah tukar tempat mengundi.


Kenapa tak ikut alamat rumah mak ayah? Panjang cerita. Malas nak citer dalam ni.


Lepas tu pindah rumah kat Ketereh.  Tukar alamat rumah. Sampai sekarang mengundi di Ketereh je. 


Walaupun bukan kampung asal tapi che kak dah 12 tahun tinggal kat sini.


Anak-anak pun membesar dan bersekolah di sini.


Che kak memang malas nak berenyah hadap jem berjam-jam semata-mata nak balik mengundi. 


Tapi demi kelangsungan hidup kita sebagai rakyat, kita wajib kena tunaikan walau apa jua alasan.


Tak kisah la nak mengundi kat mana asalkan tunaikan hak sebagai rakyat.


Alaaa 5 tahun sekali je pun. 


Sebagai penjawat awam che kak tak nak cerita bab politik demi menghormati  semua pihak.


Hak kita sebagai rakyat, mengundilah demi pembangunan yang seimbang jasmani dan rohani.


TINGGAL DI ASRAMA BAIK ATAU BURUK?

TINGGAL DI ASRAMA BAIK ATAU BURUK?

 Che kak juga pernah tinggal di asrama. Tingkatan peralihan. Setahun lepas tu pindah sekolah tinggal di pondok yang berdekatan dengan sekolah. 


Lepas tu duk rumah sewa selepas kecil hati dengan nenek sebab perli bil letrik mahal. Haha. Sanggup che kak basuh baju tak perah jemur cam tu je sebab tak mau kedut. Tak tahan pakai baju sekolah kedut bagitau kat ayah terus cari rumah sewa.


 Lepas tu pindah sekolah tinggal di asrama lagi sebab sekolah jauh dari rumah.



Masa belajar kat UPM pun duk asrama sampai grad. 


Alhamdulillah sepanjang duk asrama dan rumah sewa takde kejadian buli. Rezeki dapat kawan² asrama, senior, junior baik² belaka. 


Ada juga la stress tu sebab time nak mandi air takde. Terpaksa bangun 4 pagi untuk mandi semata². Lepas tu sambung tidur. Haha. Rimas juga mandi awal sangat sebelum pergi kelas.


Tapi entah kenapa bila giliran anak², che kak rasa seriau nak bagi anak² tinggal di asrama. Sanggup lepaskan peluang abang Aiman ke sekolah sains lepas upsr dulu sampai kecil hati budak tu.


Paling utama takut kejadian buli. Sama ada dibuli atau jadi pembuli. Itu belum lagi trauma dengan kes² liwat dan sebagainya. Eh bukan kena liwat tapi bila pernah berhadapan dengan kes² macam ni, Ya Allah rasa macam semua orang berpotensi 'jahat'.


Baik buruk tinggal di asrama ni terpulang kepada keyakinan kita sebagai ibubapa. 


Kalau nak anak tinggal di asrama, sentiasa bertanya pada anak². Kalau dah nampak tanda² dibuli atau kemurungan, cepat² la selamatkan anak.


Pesan kat anak² jangan jadi pembuli sebab dunia ni umpama roda. 


Kadang kadang kita tak dapat nak ubah buli seolah² dah berakar umbi dan sukar untuk dihapuskan.


Apa yang perlu kita buat, sentiasa pantau dan dengar luahan anak. Cepat² bertindak kalau anak dah tak tak mampu hadapi sebelum ianya lebih parah. 


Jangan kerana nak nyohor duk asrama, sanggup ketepikan perasaan anak.

KERJA DAPAT PAHALA?

KERJA DAPAT PAHALA?

Letih+kenyang+mengantuk+roomate takde+sunyi= jenero.

Lepas solat zohor terlelap sekejap tepi bucu meja. Haha.
Gitulah ada hari rasa malas yak amat.
Ada hari kerja bertimpa-timpa datang sampaikan rasa nak sangat tangan macam sotong.
Ada hari rasa happy je time jaga kaunter tu jumpa klien yang positif.
Ada hari rasa geram tapi kena sabar sabar sabar sebab pelanggan is always right.
Ada hari rasa kecil hati tanpa sebab.
Gitulah lumrah alam sejagat.
Pergi kerja buat kerja balik kerja demi kelangsungan hidup.
Itu belum lagi nak cerita bab berkat.





Semua pekerjaan ada cabaran dan kesukarannya.
Kerja kebajikan ni lagi la satu kaki dah pijak penjara satu kaki lagi pijak neraka. Pandai balance selamat la dunia akhirat.
Minta dengan Allah agar hidup kita sentiasa dalam rahmatNya dan dipermudahkan semua urusan kita.
KENANGAN MENJALANI PEMBEDAHAN JANTUNG DI HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHUMAH KLANG TAHUN 1990

KENANGAN MENJALANI PEMBEDAHAN JANTUNG DI HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHUMAH KLANG TAHUN 1990

Setiap kali temujanji hospital, maka che kak akan pulang awal dari sekolah. Balik rumah.

Bersiap-siap dan pakai baju yang lawa, tunggu ayah balik, maka kami akan ke Hospital Kuantan. Sekali sekala pergi temujanji Hospital Kuala Lumpur.

Sehinggalah tiba untuk pembedahan. Che kak, ayoh dan arwah mok (nenek) bertolak ke Hopital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Naik bas.

Seingat che kak 3 minggu che kak berada di sana. Masa tu che kak darjah 5.

Nurse dan doktor sangat baik. Rasa sangat mesra dan pandai layan budak-budak senasib che kak.

Che kak suka tengok nurse cina pakai uniform skirt dan ada topi kat atas kepala.

Che kak selalu juga lepak bilik pesakit lelaki cina. Selalu berbual-bual dengan dia. Dia ditemani ayahnya. Che kak panggil dia pakcik.

Selepas beberapa hari, dia bagitau sepatutnya kena panggil 'abang' sebab umur dia 16 tahun.

Masa tu che kak tak tahu dan tak boleh nak bezakan umur remaja tu apa.

Che kak juga sangat terpegun apabila mendengar seorang budak 4@6 tahun menyanyi lagu Isabella.

Ada seorang makcik tegur dan puji dia pandai menyanyi. Tapi kan, sangat terkejut bila budak tu kata "sape nak bercakap dengan awak." Sambil buat muka kerek tak suka.

Nampak la air muka makcik tu berubah sebab kecil hati. Tapi makcik tu tak marah.

Tak ingat mak budak tu ada ke tak masa tu. Tapi seingat che kak mak dia sangat baik dan peramah.
Sehinggalah tiba waktu untuk masuk bilih bedah. Tanggal 15.10.1990.

Masa bius disuntik terasa sangat sejuk bila masuk dalam urat tangan. Lepas tu che kak tak tahu apa dah jadi.

Arwah mok bagitau lama juga che kak duk dalam bilik operation.

Lepas sedar, che kak nampak ada botol yang berisi darah. Botol tu bersambung dengan wayar yang ditebuk ke bahagian tepi dada kiri.

Bila tiba masa, nurse nak keluarkan wayar tu, terasa sangat sakit.

Jalan pun bahu senget ke kiri. Memang tak leh nak tegak sebab terasa sakitnya.

Arwah mok hanya lapkan badan che kak je. Tak berani nak mandi macam biasa.

Arwah mok juga minta tolong seorang atendan lelaki buatkan air tawar. Atendan tu pun pujuk che kak, belajar rajin-rajin nanti dah besar boleh jadi doktor juga. Bedah orang.

Hehe. Nak bedah katak pun che kak geli dan tak sanggup.

Setiap pagi nurse akan buat senaman. Seronok buat ramai-ramai.

Bila selalu buat senaman, akhirnya bahu dah tak senget sebelah.

Kalau rajin bersambung.....
PELANGGAN BODOH?

PELANGGAN BODOH?

Sebagai peminat coffee, dah tentu che kak teringin nak merasa kopi mahal. Setakat nak order secawan kopi bukannya tak mampu nak bayar.

Tapi sedar diri tak reti. Kalau orang tak bawa memang che kak tak masuk la.

Bila terbaca berita macam ni, fuhhh nasib baik che kak tak masuk beli kopi.



Biarlah kita bodoh tak masuk daripada dibodohkan oleh jurujual macam tu.

Order nescafe panas pagi-pagi kat kedai roti canai pohon ceri pun dah buatkan kita happy.
REZEKI ABANG AHYAD DAPAT BELAJAR DI UITM MACHANG

REZEKI ABANG AHYAD DAPAT BELAJAR DI UITM MACHANG

Pertama sekali alhamdulillah syukur kepada Allah jua. Bakal melangkah menjadi mahasiswa di salah satu IPTA yang ada di Malaysia ni.



Bertuah anakanda sebab course yang dapat tu, ibu dan bapa saudara anakanda dah tempuhi dan lalui suatu ketika dulu.

Sekarang ni masing-masing dah berjaya menjawat jawatan yang bukan calang-calang juga.

Namun sebagai ibu, che kak tak nak paksa anak sambung belajar apa yang dia tidak minat.

Lagipun kita dah tahu anak kita ni belajarnya macamana. Hero tak ggaduh tu tak boleh nak diamalkan di universiti.

Semoga Allah melapangkan dan memudahkan urusan anak-anak kita semua.
REZEKI ABANG AHYAD?

REZEKI ABANG AHYAD?

Bukan ucapan tahniah yang kita dambakan. Kita bagitau berita gembira sebab kita rasa syukur dengan rezeki Allah.

Kalau nak bagi cadangan nak kena belajar kat mana, masa nak isi upu tu lagi. Kalau dah keluar result, hanya setuju atau tak sahaja.
Rezeki sungguh sebab che kak sedar anak che kak tak cemerlang. Dapat belajar di uitm pun satu rahmat dah. Dapat pula di Machang pun laaaaagiiii syukur tak terhingga.





Abang Ahyad pun dah semangat nak berulang alik dari rumah.🀣

Bukan semua impian yang kita nak, Allah akan makbulkan. Ada hikmah la tu kalau Allah tak bagi apa yang kita nak.

Macam che kak juga la. Nak sambung belajar yang lain dapat yang lain. Che kak hanya ikut jalan yang Allah dah aturkan.

Semalam memang la dilema. Tapi che kak yakin anak aku bukan tak pandai. Cuma dia mewarisi malas che kak. Haha.

Kalau dia tak pandai takkan la dengan study 4 minggu je dia dapat 4A tanpa sebarang G.

Bila kita bagitau dapat sambung course apa dan kat mana, eh eh kan main lagi duk quiry. Berdesing juga la lubang telinga ni.

Mentang-mentang la anak che kak tak cemerlang sebagaimana cucu kesayangannya. Suka hati je nak merendah-rendahkan seolah² anak che kak tak layak belajar di universiti.

Kalau anak che kak tak dapat belajar di ipta sekalipun, bukan hak kamu nak merendah-rendahkan keupayaan anak che kak.

Seolah-olah kamu lupa semuanya kehendak Allah. Bukan kamu yang menentukan masa depan anak che kak.

Prinsip che kak jalan terus. Ada batu ke, jalan tar ke, jalan merah ke, jalan sungai ke, jalan terus. Sebab kita tak tahu di penghujung jalan ada mahligai indah.
KESETIAAN KAWAN?

KESETIAAN KAWAN?

 Suatu hari Aatif bagitau dia sedih sebab kawan baik dia tak nak kawan dengan dia secara tiba-tiba.




Hmmmm camne nak selesai masalah ni ye
πŸ€”
"Aatif ada wat salah kat kawan ko?"
"Takde pun."

"Macam ni la Aatif. Kalau Aatif rasa ada wat salah, Aatif minta maaf. Kalau Aatif rasa kawan Aatif yang tak nak kawan, biar je la. Ramai lagi boleh buat kawan."

Seboleh-bolehnya kita memang nak berkawan yang ngam dengan kita. Masa kecil ni memang rasa nak kawan yang ramai. Bestfriend forever ever.

Tapi bila dah menuju alam remaja purba ni, che kak tak rasa pun kita perlu kawan yang ramai.
Berkawan ni tak semestinya kena ngam sekepala. Cukuplah amalkan raikan persamaan dan hormati perbezaan.

Jaga maruah kawan. Jangan kita pula yang pi jaja aib kawan. Kalau nak nasihat janganlah malukan dia depan orang. Tegur elok-elok.

Kalau kawan berbeza pendapat, hormati sahaja pendapatnya. Tak yah la nak debat kecuali masuk pertandingan debat.

Kalau kawan nak me time tapi tak ajak, janganlah kecil hati. Berkawan ni tak semestinya kena berkepit sokmo. Ada masa kawan pun ada urusan peribadinya sendiri.

Jangan cemburu kalau kawan berkawan dengan orang lain. Bukan kita sorang je dia nak kawan.

Kalau kawan tak like atau tak love jangan kecil hati. Medsoc hanya dunia tipu-tipu yang bukan kayu ukur kesetiaan kawan.

Kalau kawan susah, cubalah bantu walaupun hanya mendengar luahannya sahaja.

Kalau berhutang, segeralah bayar supaya kepercayaan tak hilang.

Banyak pulak duk membebel ni.
HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com