February 2016 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: February 2016
Kisah Awaatif dan hydronefrosis - part 3

Kisah Awaatif dan hydronefrosis - part 3

Pagi semalam 28.2.2016, temujanji  Awaatif di Klinik Pediatrik, HRPZII.  Berdebar-debar juga la apa yang doktor nak cakap nanti..  

Alhamdulillah.. Awaatif tak perlu jalani pembedahan. Ujian masa kat bilik Fluoroscopy awal bulan hari tu menunjukkan  dari pundi kencing ke buah pinggang Awaatif normal dan tiada masalah. Seperti biasa la, bahasa medik Kak Za tak pandai nak tulis dan bercerita. 

Walaupun buah pinggang bengkak, ianya adalah semulajadi. Bukan disebabkan apa-apa penyakit.  Namun begitu, pemantauan tetap perlu. 6 bulan sekali, kena ultra sound. Nak tengok sama ada ianya masih bengkak atau kembali normal. 

Doktor kata, jangka panjang ianya boleh kembali pulih atau akan jadi sakit buah pinÄ£gang. Sebab itu ianya masih memerlukan pemantauan doktor.  3 bulan sekali kena jumpa doktor juga dan sambung makan ubat Sulpha trimethoprim . 

Satu rahmat Awaatif tidak memerlukan pembedahan. Walaupun masih bengkak, tapi sekurang-kurangnya masih ada harapan untuk sembuh.  Paling utama, pemakanan harus dijaga agar buah pinggang tidak terbeban.  

Temujanji seterusnya 29.5.2016.  

Awaatif tengah tidur kat surau sementara tunggu Abi ambil ubat.


Kak Za ada sebab tersendiri kenapa selalu je updated kesihatan Awwatif. Bukan bermakna nak canang satu dunia agar orang tahu tentang Awaatif. Nanti Kak Za cerita lain kali ye.. Nak selesaikan kerja rumah dulu. Esok nak masuk kerja dah. 
Pengalaman membuat kek pandan kukus cheese meleleh

Pengalaman membuat kek pandan kukus cheese meleleh

Assalamualaikum.. Pukul 1.00 pagi. Anak-anak dah lama tidur. Tapi mata che kak ni segar begar lagi. Guano yang susah sangat nak tidur ni. Semalam wat kek pandan kukus cheese meleleh. First time buat kek. Ikut resepi facebook je. Sambil-sambil tu menuntut ilmu kaedah buatan kek dengan adik. Nasib baik ada whatsapp. Grup wasap 'anak2 sidek' banyak memberi manfaat dan merapatkan hubungan kami adik beradik. 

Entah kenapa hati perasaan merenyam-renyam nak wat kek sendiri. Walhal tak minat masak dan malas yang menguasai diri  selama ini.. Hehehe.. Entah kena samput angin ape.. 

Bahan-bahan tu che kak beli kat kedai runcit berhampiran sekolah anak je.. Itupun terlupa beli soda bikarbonat.. Nasib baik kat kedai depan rumah ada stok.. Tadaaa... selepas solat isyak, terus ke dapur.. 

Bahan-bahan resepi kek pandan kukus cheese meleleh

Anak-anak tak sempat makan sebab dah tidur. Itupun asyik tanya bila boleh dapat makan kek.  Alahai anak.. Umi ni baru je nak belajar buat kek. Itupun umi tawakkal je. Takut jadi rezeki semut dalam tong sampah.. Tinggal Afnan seorang je yang masih bertahan biji mata.. 

Dengan berbekalkan mixer berharga RM39.90 yang suami belikan pada tahun lepas, maka bermulalah projek sulung che kak.  Nampak macam mudah je. Tapi wait and see je lah apa hasilnya. Umur dah 37 tahun, baru nak belajar wat kek. 

Maka, bahan-bahan seperti berikut tersusun dengan rapinya atas meja..

6 biji telur
1 cawan gula kastor
2 sudu ovalette 
1/2 sudu besar perisa pandan (tapi che kak ganti perisa vanilla sebab tak de)
1/2 sudu besar pewarna hijau epal


Ovalette tu terlebih pulak. Kononnya malas nak simpan baki ovalette. Selepas itu, mix je la sampai kembang. Rasanya 20 minit juga la che kak mix. 

Alamak, terlupa nak letak periuk kukusan dulu. che kak minta tolong suami letak periuk kukusan yang berisi air kat atas dapur. 

Ok.. Nampak dah kental dan kembang adunan tu, che kak ayak pula:

3 cawan tepung kek dan 
1/2 sudu besar soda bikarbonat.

Adik che kak kata, kalau guna tepung gandum, kena tambah 1/2 sudu besar baking powder. 

Che kak masukkan semua tepung yang dah diayak ke dalam adunan tadi. Alahai.. Sepatutnya kena masukkan sedikit demi sedikit. Baru rata. Penat juga kacau tepung nak kasi adunan sebati. Walhal boleh je pukul dengan mixer. Hehehe..

Kemudian masukkan pula 1/2 cawan minyak masak. che kak guna cawan putih kaca macam kat kedai kopi tu. Harap-harap sukatan betul.. Kacau lagi sampai sebati.

Tadaaaa.. Banyak pula adunan ni. Tak muat loyang.. Periuk kukusan pun kecil je.. Nak tak nak, kena kukus banyak kali. Nasib baik otai kek kata boleh.  Was was juga ni nak kena kukus berapa lama. Kalau ikutkan resepi 40 minit. Tapi logik akal kata, adunan sikit je .. Takkan kena sampai 40 minit juga. 

Tudung periuk kukusan tu, che kak balut dengan kain lampin Awaatif. Belum guna pun lagi.. Hehe.. Sori Awaatif..  Lepas tu tindih pula dengan lesung batu. 

Setengah jam kemudian, che kak cek dengan menggunakan garfu. Wahhh licin je garfu tu. Maksudnya dah masak la kan..

Kukus adunan kedua.. Si Awaatif pulak dah bangun. Menangis nak susu le.. Sambil tunggu kek kedua masak, che kak tidurkan semula Awaatif. Selepas setengah jam, kukus adunan ketiga pula.. Gara2-gara loyang kecil.. Huwaaaa...

Opss lupa nak bagitau.. Loyang kena sapu minyak dulu ye.. Senang nak wat keluar kek nanti..

Nak buat topping kek pula.. 

Kalau ikutkan resepi 500 gram cream cheese.. Tapi che kak beli satu je. 250 gram je.. hmmm tawakkal je laaaa.. Che kak beli brand tantura.. Memandangkan separuh je cream cheese, so gula kastor pun separuh juga la. 2 cawan gula kastor. Guna cawan yang sama juga. Mix kan 5 minit atau sampai sebati.. Lepas tu masukkan pula 1/2 cawan susu pekat manis.. Mix kan lagi.. Lepas tu masukkan 1/4 cawan susu cair. Kacau lagi sampai sebati. Sepatutnya kena masukkan perahan lemon.. Tapi tak de la pulak.. Biarkan je la..

Resepi asal topping kek..

500 gram cream cheese tantura
4 cawan gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar perahan lemon

(Kalau tak nak meleleh, jangan letak susu cair.. Ganti dengan wipping cream 1/2 cawan). 

Che kak satukan 2 keping kek tu..  Letak  topping kat tengah-tengah kek. Jadikan satu je.. Lembut je kek.. Perasan..hahaha.. Lepas tu che kak letak dan ratakan topping.. perghhh meleleh beb.. Risau juga takut tak cukup.. Adik pesan, kek kena betul-betul sejuk dulu.. Baru boleh letak topping.. Yesssss... Lepas tu che kak parutkan cheddar cheese.. Perghhh...

Nasib baik topping ada sikit lagi.. Kiranya cukup untuk kek yang ketiga.. Malas nak tunggu sejuk, terus letak topping tu.. 

Sukanya Afnan dapat bergambar dengan kek.. Makan sikit je sebab dia dah mengantuk sangat.. Lucu betul..  Afnan dah tertidur.. 

Afnan

Pukul 11.00 lebih juga la siap masak kek.. Kena beli loyang besar ni... Penat.. Tapi ada lagi kerja yang menanti.. Membasuhhhhh.. Layan je la segala perkakas kat dalam sink tu... Tidur jam 1.00 pagi.. Huwaaa penatnyer.. Rasa malas dah nak buat.. Tapi tengok hasil rasa berbaloi juga..

Cerita pagi tadi....

Pagi-pagi lagi anak-anak duk tanya kek dah siap ke belum.. Hahaha.. So, diorang breakfast kek vanilla hijau kukus cheese meleleh.. Habis satu loyang..

Kebetulan hari ni Aqilah tak pergi sekolah. Naik bisul.. So dapat mc 1 hari.. Sekejap-kejap makan kek. Sekejap-kejap makan kek.. Kek tinggal 3/4 je..

Cerita petang tadi.. 

Nak ambil anak-anak balik sekolah.. Buka je pintu kereta, anak-anak dah menjerit.."umiii ....nok mkn kek umiii..ado lg koooo"...

Punye la rasa nak  gelepar nok ssuko...Siap request wat pulok wei.. Sampai kat rumah, terus anak-anak makan kek.. Licin.. Alhamdulillah.. Tak membazir.. Siap pesan wat lagi esok.. 

Walhal che kak rasa malas dah nak buat.. Penat wei.. Tapi, bila tengok anak-anak suka makan dan  request, tak sampai hati pula nak hampakan permintaan anak-anak..

Ok.. Nanti umi wat ye.. Doakan agar umi berjaya buat kek lagi.. 

Bagi otai2, 'semeseh' je wat kek kan.. Tapi bagi orang seperti che kak.. Hadoi... 

Aloh..  pukul 3.00 pagi doh.. 

Ok..bye.. 


Cara membuat masker alfalfa shaklee dan khasiatnya

Cara membuat masker alfalfa shaklee dan khasiatnya

Minggu lepas Kak Za sempat menonton Phua Chu Kang. Apa yang menarik hati Kak Za ialah ipar dia (tak ingat nama) makan sandwich bersama alfalfa segar. Serta merta teringat alfalfa shaklee.  Sebelum pregnant tahun lepas, Kak Za ada beli tapi stop makan dulu sebab pregnant.

Kak Za tetiba je rasa rajin nak buat masker. Semangat molek ter... Sebenarnya sepanjang tempoh pregnant dan berpantang, Kak Za jarang2 cuci muka. Punyalah malas tahap gaban. Maka 2 biji alfalfa telah ditumbuk halus. Kak Za letak dalam plastik, pastu tumbuk je guna alu lesung. Taruk air sikit asalkan boleh ditepek kat muka. Mula2 tu rasa nyaman dingin je. Sejuk je rasanya. Bau herba semerbak. Macam bau pudina gitteww..  Damai je rasa hati ini..  

Selepas beberapa jam, hidung mula berair. Kahak pun rasa cair.  Oooo healing crisis.. Dia sedang mendetoxkan wajah Kak Za ni.. Hadoi.. Banyak mana la agaknya hama resdung duk merayap kat muka ni.. So,  ianya amat sesuai untuk pesakit resdung..  

Selepas beberapa jam, Kak Za basuh muka sambil2 scrubkan muka.. Bilas wajah dengan sebersih bersihnye..Fuhhh 'koya' semeta perasaan.. Hihihi..Rasa lembut je kulit muka. Kalau rajin amalkan, Insya Allah parut2 jerawat akan hilang.. Kulit mati dan kasar pun akan hilang.. Jom detoxkan wajah kita.. 

Alfalfa shaklee ni antara supplement yang paling Kak Za suka.  Sebab, ianya sebagai milk booster. Makan 3 biji pagi, 3 biji selepas makan tengahari dan 3 biji selepas makan malam. Maksimum sehari 10 biji.. Yang penting kena minum air banyak tau.. 1 liter untuk setiap berat badan 25 kg..  

Haaa ada lagi.. Sebagai kacip fatimah gituuu.. Hahaha.. uolss faham sendiri la deh..  Kalau ada penyakit keputihan, memang sesuai untuk membantu anda..

Oklah.. kat bawah ni Kak Za listkan kebaikan dan manfaat alfalfa shaklee..  

Alfalfa shaklee 

Manfaat alfalfa

1. Penawar keputihan

2. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan

3. Resdung

4. Allergi

5. Melegakan sakit sendi dan belakang.

6. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.

7. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)

8. Memberi kelegaan semasa haid.

9. Merawat arthitis

10. Bagus untuk elergi dan ekzema

11. Merawat asma

12. Mencuci usus bagi membuang toksik

13. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor

14. Jangkitan dalam buah pinggang

15. Meneutralkan asid dalam badan

16. Merawat masalah keputihan pada wanita

17. Menganjalkan payudara bagi wanita.

18. Bertindak sebagai kacip fatimah bagi para isteri.

19. Memulihkan urat selepas bersalin

20. Membantu merawat bahagian intim wanita.

21. Meningkat stamina bagi persediaan hubungan suami isteri

22. Melegakan sembelit


Kisah Awaatif dan hydronefrosis - part 2

Kisah Awaatif dan hydronefrosis - part 2

Awaatif sedang tidur.  Tenang je wajah Awaatif. Kadang kadang Kak Za rasa macam tak percaya je Awaatif sedang  sakit. Dia tak pernah menangis melainkan kalau Kak Za lambat dukung dia. Tak boleh nak berenggang.

Semasa orang Wilayah Persekutuan sedang bercuti, Kak Za dapat call dari Klinik Pediatrik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Nurse kata Awaatif dah dapat tarikh temujanji untuk ujian MDCT pada 4.2.2016 jam 8.30 pagi.  Apa maksud MDCT? Hehe maaf la Kak Za pun tak tahu apa maksud dia. Dah google tapi tak faham juga.

Tapi, Awaatif kena admit ward 5 (wad pediatrik) sehari sebelum.. Maksudnya 3.2.2016 dah kena 'check in'. Sebelum pukul 2.00 petang dah kena ada kat hospital, kata nurse.


Jam lebih kurang 12.00 tgh, Awaatif dah sampai kat wad 5. Wad pediatrik. Awaatif perlu diukur dan timbang berat. Berat Awaatif 4.6 kg.. Hurmmm patut la rasa lenguh dukung dia. Awaatif kena ambil sample air kencing terlebih dahulu.. Ada sejenis plastik yang ditampal kat kemaluan baby. Nak pastikan baby sihat dan tiada jangkitan kuman.

Lebih kurang jam 7.00 petang, doktor yang bertugas di wad 5, nak masukkan jarum kat tangan Awaatif. Tapi, susahnye nak masukkan jarum. Urat darah Awaatif tak berapa nak nampak. Doktor lain pula tolong, tapi masih juga tak boleh. Doktor minta izin nak cuba sekali lagi. Tapi tak boleh juga. Doktor kata, esok je la.. Kesian kat baby. Baby mana yang tak menangis sakit kena cucuk banyak kali. Tapi Kak Za tak salahkan doktor pun.

Keesokannya, jam lebih kurang  8.00 pagi, doktor masukkan wayar melalui tempat kencing.  Nampaknya, jarum memang tak boleh dimasukkan kat tangan juga. Sebab jarum tu doktor cucuk kat kaki. Doktor kata, Awaatif budak baik sebab tak meragam masa prosedur tadi. Nurse bagi ubat tidur jenis sirap. Kata nurse, ubat tidur ni tak kuat.  Nurse tak kasi menyusu dah. Awaatif menangis sebab nak tidur dan menyusu.

Awaatif ditolak dengan katil@troli ke bangunan sebelah bahagian x-ray. Seorang doktor, nurse dan 2 orang nurse pelatih lelaki. Semua pakat tengok Awaatif. Mesti diorang duk tertanya2 sakit ape la baby ni?

Awaatif ditolak masuk dalam bilik Fluoroscopy. Lambat pula Awaatif ni nak tidur. Pegawai yang bertugas, bagitau, ujian ni nak cari punca kenapa buah pinggang baby bengkak. Sejenis dye akan dimasukan ke dalam tiub@wayar melalui tempat kencing. Nak tengok aliran air kencing. (bilateral renal hydronephrosis, renal parenchyma).

gambar google.. lebih kurang sama dalam bilik fluoroscopy

Rasanya lebih kurang setengah jam juga la ujian tu. Dah selesai Awaatif yang sedang tidur ditolak semula ke dalam wad. Tiub kat tempat air kencing dah dibuang. Tinggal jarum kat kaki je sebab nak masukkan air dan glukos.

Doktor kata, nanti baby dah sedar dan menyusu, boleh balik ke rumah. Tapi lama pula Awaatif ni tidur. Kesan ubat tidur tak habis lagi.  Puas la Kak Za kejutkan dia.  Pukul 1.00 tgh baru Awaatif bangun. Itupun sebab Kak Za lapkan muka dia dengan kain lampin lembap.

Awaatif

Awaatif dibekalkan dengan ubat Sulpha trimethoprim 200mg perisa milk and vanilla. Ubat tu dimakan pada waktu malam sahaja. Kak Za wat alarm setiap hari takut lupa..

Laporan dan keputusan rasmi nanti masa temujanji klinik pediatrik pada 28.2.2016.


HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com