June 2014 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: June 2014
KAK ZA DAN JKM - part 1

KAK ZA DAN JKM - part 1



Sekadar mengimbas kenangan masa memula bergelar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 16 Dis 2002, Kak Za ‘pijak’ Grand Season Avenue kat Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Berhadapan dengan Hospital Kuala Lumpur. Masa tengok hotel tu, Kak Za ‘konpius’. Betul ke pejabat JKMWPKL kat sini? Masa tu Kak Za pergi lapor diri dengan ditemani ayah, cik (mak tiri) dan menantu cik. Menantu cik tu kata betul la kat sini. Sebelum tu, singgah makan tosei kat kedai berdekatan. Tak ingat dah nama kedai tu. Cik banyak betul makan tosei. Rasanya dekat 10 keping. Orang Kelantan duk lama kat Penang. Tentu la suka makan tosei. First time makan tosei. Memang sedap. Capati tu biasa juga makan sebab cik selalu buat.



Pada awalnya, Kak Za ingatkan lapor diri dulu kat sini, kemudian akan ditempatkan kat mana-mana daerah.  Rupa-rupanya memang dah kena bertugas kat ‘hotel’ ni.  Orang pertama yang Kak Za jumpa ialah Pak Cik Kamal sebab dia duduk kat pintu depan.. Ada tiga orang masa lapor diri tu. Kak Marina dan Burn. Mengadap Tuan pengarah.. Masa tu En. Pillay.. Lembut budi bicara nya.. Kak Za ditugaskan di bahagian Perkhidmatan Bantuan (PB).. Bos bahagian ialah En. Zuhami yang kini dah jadi Tuan Pengarah Negeri Terengganu..

Kak Za berulang dari Cheras Baru naik bas. Tak sampai 2 hari Kak Za tumpang rumah anak menantu cik.  Kadang-kadang pukul 8  malam baru sampai rumah.  Masa Kak Za balik, pintu  rumah berkunci. Puas Kak Za panggil tapi tak de respon. Alahai.. Apa boleh buat.. Rumah orang.. Takkan nak ganggu pulak.. Kak Za tunggu juga sampai pukul 9.00 malam kat luar rumah.

Akhirnya Kak Za pergi cari pondok telefon awam. Nasib baik ada dan boleh digunakan lagi. Kak Za call adik Kak Za yang masa tu sedang study kat UiTM Shah Alam. Kak Za memang tak kenal sesiapapun kat KL ni.  Akhirnya, kami ‘terperangkap’ kat Kg. Cheras Baru.  Nak contact rakan sepejabat, tak de nombor telefon. Ye lah. Baru 2 hari Kak Za kerja kat situ.  Mana nak kenal semua orang lagi.



Kami 2 beradik pun pergi cari masjid. Akhirnya kami bermalam kat masjid kampung tu.  Kak Za call ayah, tapi tak de sesiapa yang berjawab.  Alahai, sedihnya rasa. Cuba buka pintu masjid tapi berkunci. Menapak je la kat tepi masjid tu. Nak tidur memang tak boleh sebab banyak nyamuk. Lagipun takut. Ada lori trailer lebih daripada 2 buah.  Takut beb.. Diam tak terkata..  lambatnya tunggu Subuh. Nasib baik esok cuti.



Selesai solat Subuh, Kak Za terus ke rumah anak cik. Nasib baik jumpa rumah. Tak ingat mana dah jalannya. Sebab semalam kan berjalan dalam gelap.  Nasib baik pintu tak terkunci. Kak Za terus ambil beg pakaian.  Kebetulan pula, janji dengan Hidayah nak pergi kenduri kahwin anak Kak Uteh.  Sambil makan, Kak Za tanya Kak Linda tentang bilik sewa.  Selesai makan, kami terus bertolak ke pejabat. Kiranya nak cari bilik sewa yang berdekatan dengan pejabat. Alhamdulillah jumpa juga. Sebelah Vistana Apartment. 5 minit je jarak dengan pejabat. 



Call ayah untuk maklum bahawa Kak Za dah dapat bilik sewa. Terkejut juga ayah bila Kak Za ceritakan masalah Kak Za. Dang dang tu juga la ayah ‘masukkan’ duit deposit bilik sewa.  Settle masalah penginapan..

Keesokkannya, Kak Linda jumpa PT (W).  Kak Linda kata kesian Liza... kak Linda suruh kasi cepat proses gaji.. tak mau la sampai 3 bulan baru nak settle.. Tak sampai  3 minggu kerja dah dapat gaji.. hehe.. banyak juga la pengorbanan dan bantuan Kak Linda untuk Kak za.

Cukup dulu untuk hari ini.. sekadar coretan kenangan..
KAK ZA, DAN SPECIAL OLYMPICS MALAYSIA (SOM)  2014

KAK ZA, DAN SPECIAL OLYMPICS MALAYSIA (SOM) 2014



Apa khabar? Lamanya kita tak jumpa.  Hari ni Kak Za nak ambil kesempatan nak cerita pengalaman Kak Za masa Kejohanan Special Olympics kali Ke 3 kat Kuala Terengganu selama 5 hari bermula 24hb hingga 28hb Mei 2014.  Sepanjang 12 tahun keje dengan JKM ni, Kak Za tak pernah terlibat dengan mana-mana sukan sama ada sukan Jabatan atau Special Olympics. Sukaneka pun tidak..Dulu, Kak Za banyak wat kerja dalam bilik mengadap ‘statistik’ dan kira mengira bajet je.. Huh.. Memang tertutup terus dunia Kak Za. Saja Kak Za nak abadikan kenangan kak Za kat sini.






Sebenarnya kejohanan ni sebagai menggantikan sukan yang sama pada tahun 2013 di Kuantan, Pahang tetapi terpaksa ditunda akibat jerebu yang melanda Kuantan dan hampir seluruh Malaysia pada ketika itu. Kiranya rezeki Kak Za juga dapat join. Kak Za ditugaskan sebagai L/O bagi Kontinjen Negeri Kelantan. Ada 4 orang Penyelaras OKU yang terlibat. Liza Pasir Mas, Mazidah Jeli, En. Man Tanah Merah dan Kak Za. Yang lain-lain tu terdiri daripada jurulatih, petugas dan penyelia PDK, warga JKM Negeri, guru sekolah Pendidikan Khas dan atlet. Tak silap Kak Za semuanya 82 orang kontijen Negeri Kelantan.

 
antara kontinjen Negeri Kelantan (Pasir Puteh)

Macam-macam karenah atlet ni. Tapi, semuanya happy dan bersemangat nak bersukan. Zaman Kak Za bersekolah rendah dulu, memang Kak Za minat dengan sukan. Tapi, dah terpadam seiring dengan masa dan usia. Kiranya semangat kesukanan terserlah kembali. Hihi.. 2 hari sebelum tu, Kak Za dan petugas PDK, pergi ‘memborong’ keperluan  untuk atlet dan diri sendiri.  Banyak juga la lari bajet bulanan. Nasib baik ada bonus shaklee.. Hehe..



Special Olympic menawarkan penyertaan daripada peserta OKU kategori masalah pembelajaran. Special Olympic ini berbeza dengan sukan Paralimpik yang mana ia membabitkan acara sukan biasa seperti olahraga, balapan, bocci (seakan boling padang) bola sepak, renang dan bowling. Uniknya Special Olympic ini memperlihatkan peserta atau atlet dilatih dan diaturkan mengikut divisyen dan atlet dikumpulkan mengikut keupayaan sama dalam satu-satu acara. Misalnya, dalam acara 100 meter, atlet itu kita akan dikumpulkan di kalangan mereka yang berupaya lari dalam lingkungan masa 15 saat, justeru, mereka akan bertanding hanya dalam kumpulan atlet yang boleh lari dalam lingkungan masa 15 saat saja.



Kejohanan ni anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM).  Manakala Special Olympics Malaysia (SOM) akan memberikan kerjasama dari segi teknikal, terutamanya yang melibatkan peraturan-peraturan sukan dan permainan yang ditetapkan oleh Special Olympics.

Jumlah sukan yang telah dipertandingkan adalah 6 iaitu Bocce, Bolasepak 11 Sebelah Unified Team, Bowling, Equestrian, Olahraga dan Renang.


Tak silap Kak Za seramai 1,200 orang atlet Special Olympics dari 15 kontingen negeri yang  menyertai sukan tersebut. 400 pegawai dan jurulatih, 400 pegawai teknikal sukan, 200 urusetia dan 300 sukarelawan juga turut membantu melicinkan sukan tersebut.



Semua kontinjen menginap di asrama Universiti Teknologi Mara Kampus Kuala Terengganu, Chendering. Kadang-kadang rasa macam student pulak. Duk ramai-ramai kat asrama.   Bilik air dan bilik tidur memang bersih dan selesa.  Oppss. Luper. ESP wajib minum dulu sebab kena aktif kat padang walaupun tak main. Hehe.. kasi tenaga berkekalan beb. Maklumlah Kak Za ni dah menuju ke alam ‘tak larat bawa badan’.



Hari pertama tu belum lagi acara dipertandingkan tapi diadakan divisioning dulu la. Walaupun sekadar divisioning, tapi penting juga tau. Katanya markah dah diambilkira.  Kak Za pergi kat divisioning renang. Tu dioooo.. Kak Za tak pernah tengok acara renang secara live. Tapi kebanyakkannya, pakaian menutup aurat . Tak de la yang pakai bikini dan seluar dalam sahaja. Hehe.. Kak Za segan nak ambil gambar atlet renang ni. Ambil gambar kolam renang je la.. Hehe..


Atlet Kelantan yang masuk acara renang ni ada 4 orang.  

Renang pula menawarkan 4 acara sahaja iaitu:


  • 50 meter gaya bebas
  • 100 meter gaya bebas
  • 4 X 50 meter gaya bebas dan
  • 4 X 100 meter gaya bebas. 

Hari kedua Kak Za pergi tengok kat tempat sukan Equestrian. Sukan ni  pula menawarkan dua acara iaitu Dressage dan Gymkhanna. Maaf la Ka Za tak tahu nak terangkan apa maksudnya. Hehe.. Tapi, atlet dan jurulatih Kelantan memang rasa frust sangat. Sebab rupa-rupanya apa yang diorang berlatih selama ni, memang salah dan tak ikut peraturan dia. Salah satunya pakaian memang kena ikut standard dia. Tapi takpe. Ini kali pertama join dengan acara ni.




Bila dah malam dan masa nak ‘landing’ tidur tu, memang rasa sakit satu badan. Huhu... Tapi Kak Za telan Ostematrix dulu sebelum tidur tu. Kasi lena dan Insya Allah bangun tidur dengan rasa segar dan sihat. 


Kessokkannya, Kak Za join dengan atlet olahraga pula bagi acara balapan.  Olahraga ni ada 2 jenis iaitu balapan dan padang. Balapan ni acara lumba lari.



Olahraga pula menawarkan 7 acara iaitu:

  • 100 meter pecut
  • 200 meter pecut
  • 400 meter larian
  • 4 X 100 meter berganti-ganti
  • 4 X 200 meter berganri-ganti
  • Lompat Jauh
  • Lontar Peluru dan 
  • Lompat Jauh Berdiri (khas untuk atlet 'lower ability')

Fuh! Meremang bulu roma Kak Za tengok diorang berlari. Mengalahkan orang normal. Serta merta teringat zaman sekolah dulu. Kak Za diam-diam masuk acara lumba lari. Balik rumah terus kena marah kat ayah walaupun dah wat balik hadiah. Sedih tau. Kenapa Kak Za kena marah? Hehe.. 



Banyak juga la atlet Kelantan kutip pingat emas, perak dan gangsa. Berbaloi duduk berpanas. Tapi kan Kak Za heran betul. Dah la cuaca panas. Tambah dengan bahang panas trek. Tapi atlet tetap sabar dan bersemangat nak habiskan acara tu.  Ada la sorang atlet dari negeri mana ntah yang merajuk tak nak lari. Jenuh juga la pengiring dia memujuk dia. Dah berbatal penyertaan dia. Ada lagi yang menarik perhatian Kak Za.  Terkejut betul tengok ada atlet berbadan besar boleh menang. Jauh ketinggalan atlet yang slim tu.  Macamana atlet ni boleh mempunyai stamina dan kalahkan atlet lain. Siapa sangka kan.. Kak Za tanya la atlet ni.. macamana boleh lari laju.. Katanya minum 100 Plus jer.. Hahaha lawak tul... 


Kak Za tumpang sedih dan bersimpati dengan atlet Kelantan ni. Dia memang lari dengan laju. Kiranya beberapa cm lagi nak sampai kat garisan penamat. Tiba-tiba pula dia jatuh tersungkur. Elok je nak dapat juara, terus jadi nombor terakhir. Kesian tau tengok dia. Dah la sakit. Sedih pulak dia. Memang muram dan nampak kesedihan dia tu.  Kak Za terus insaf dan belajar sesuatu. Walaupun kita dah hampir atau berjaya, tak mustahil kita boleh jatuh tersungkur dalam kehidupan sebenar. Walaupun kita jauh ketinggalan, tak mustahil kita akan mencapai kejayaan dalam kehidupan realiti. 



Dah selesai acara olahraga, baru perasan muka Kak Za jadi merah macam udang kena bakar. Alamak! Sun burn.. Huwaaa.. Huhuhuhu.. Dah la tak sapu sun block. Keesokkanya memang muka Kak Za hangus. Sedih beb.. Sebelum tidur, wajib Kak Za sapu muka dengan vitamin E. Nak kasi hilang hangus terbakar kat wajah ni.. Alhamdulillah sehingga hari ini, dah semakin beransur hilang sun burn itu.



Acara bowling Kak Za tak pergi tengok. Tapi sempat singgah semasa divisoning hari kedua tu. Best la duduk kat tempat sejuk ber air cond.  



Sementara itu dalam sukan Bowling pula, juga 7 kategori dipertandingkan. Sama dengan acara Bocce:

  • Individu Lelaki
  • Individu Perempuan
  • Berpasangan Lelaki
  • Berpasangan Perempuan
  • Berpasangan Campuran
  • Berpasukan Lelaki dan
  • Berpasukan Perempuan



Hebat betul atlet tunggal dari Jajahan Tumpat. Semua dia sapu emas. 3 emas beb. Acara individu, berpasangan dan berkumpulan lelaki. Tak sia-sia la jurulatih abe Isey (kami kami abe Isey Pos) dari PKMJ Pasir Mas. Sebab masa tu, Kak Za nampak jurulatih tegur dia. Dia selalu kasi lempar bola bowling masuk longkang. Banyak juga diorang wat balik pingat. Walaupun OKU Masalah pembelajaran, tapi dia boleh berdikari. Tak de pun cikgu pengiring. Sekadar kami je yang tolong ‘tengokkan’ dia.



Hari keempat, Kak Za tak pergi kat acara olahraga  (padang). Kasi tukar dengan Puan Mazidah Penyelaras Jeli pulak. Dia pulak ‘bertugas’ kat sana. Hehe.. Sebab Kak Za nak tengok bola sepakkk.. Soccer time..  Best tau tengok bola sepak SOM ni. Lain daripada yang lain. Apa yang best tu. Ni haa. Kak Za copy paste je ayat  Pegawai SOM. Jangan marah ye..





“Bolasepak 11 Sebelah Unified Team pula diadakan bagi menggantikan Bolasepak 5 Sebelah sebelum ini kerana pertandingan ini akan menjadi medan pemilihan pemain-pemain yang akan mewakili Malaysia pada 1st Special Olympics World Cup 11 A Side Unified Team yang akan dianjurkan oleh Malaysia. Malaysia telah memenangi pemilihan sebagai tuan rumah yang menggantikan Rio de Jeneiro yang menarik diri dari tuan rumah tahun lalu.


Yang menariknya, Bolasepak 11 Sebelah Unified Team ini, pasukan akan dianggotai oleh seramai 9 orang atlet Special Olympics (atlet kurang upaya intelek/intellectually disabled athletes) dan 7 orang pemain biasa yang dipanggil 'partners'. Semasa permainan seramai 6 orang atlet Special Olympics dan 5 orang partners akan bermain manakala penjaga gawang mestilah dikalangan atlet Sepcial Olympics. Mereka akan bermain selama 60 minit iaitu 30 minit setiap separuh masa.


Peraturan permainan adalah mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh AFC dan FIFA.”





Faham tak?  Penjaga gol dan penyepak bola masuk gol mesti OKU tau. Atlet normal yang ada dalam  team tu sekadar jadi ‘pilot’ je. Tapi kan, fullamak! Macam tengok bola pemain normal.  Penjaga gol Kelantan meh meh Apek dah.. Cekap betul dia tangkap bola.. Memang best.  Separuh akhir menyaksikan perlawanan antara Kelantan vs Melaka. Lokasi kat Padang Sekolah Menengah Agama Tok Jiring.   
 
ayat 'sapa habih reng' tu ayat sape yer..hehe

Duduk bertenggek kat tepi padang bawah pokok. Panas pun panas la. Janji semangat bola beb... Final antara Kelantan vs WP Kuala Lumpur.  Tak sampai sejam tamat, terus berkejar kat SMK Teknik. Duduk lagi bawah pokok. Tambah ‘aksesori’ tepi longkang. Layan je beb..  nampak penat je atlet tapi semangat mengatasi penat tu.  





Walaupun atlet Kelantan nampak hebat, tapi hebat lagi pemain WPKL. Nampak macam pemain profesional dah. Tapikan, kalau final di buat kat stadium lagi best kan.. Baru nampak macam kejohanan. Tak lah nampak macam sukan jaguh kampung je..





Alamak! Asyik cerita pasal acara, lupa nak cerita tentang perasmian pembukaan SOM. 25hb Mei 2014 jam 8.00 malam ada perasmian. Perasmian tak lain tak bukan mesti lah oleh Dato’ Menteri Pembangunan Wanita keluarga dan Masyarakat. Waduh waduh! Asyik sekali tengok maskot-maskot. Pakaian kontinjen tak kalah beb. Ceria dengan warna warni. Bukan senang tau nak handle atlet OKU ni. Tabik sama pengiring kontinjen masing-masing.  Macam-macam maskot ada. Ada seladang, nuri, gajah, dan banyak lagi la. 



Maskot Kelantan pula Wira...  Lambang semangat kesukanan katakannn.. Kami kontinjen Kelantan pakai baju TRW sumbangan daripada Tan Sri Annuar Musa. Ada beg galas TWR lagi.. haha.. Mahal tu kalau nak beli sendiri.  Sesi terakhir dapat bergambar dengan menteri. Sungguh meriah.





Apabila ada pembukaan perasmian, ada pula perasmian penutup. Kali ni Perasmi oleh Menteri Besar Terengganu yang baru. Tak lain tak bukan, acara makan la jawabnya.  Semasa makan tu, turut diumumkan maskot terbaik. Kak Za lupa dah negeri mana. Perak kot. Yang  maskot seladang..  Sebenarnya, SOM tak akan umumkan negeri terbaik sebab matlamat asal SOM ni pun nak kasi happy warga OKU je dengan penyertaan sukan.





Alaaa tak kasi umum pun kitorang tahu jugak.. Hehe.

 
antara Penyelaras OKU Jajahan Kelantan. (Mazidah, Hasliza Pasir Mas, Hasliza Pasir Puteh)



Hari terakhir, 28hb Mei 2014.. Tibalah masa untuk pulang. Yang mana wat balik pingat senyum memanjang.. Yang tak berjaya, jangan putus asa..  Terima kasih JKMN Terengganu.. Terima kasih SOM... Terima kasih dan tahniah Puan Roshayati Omar selaku Ketua Kontinjen Kelantan dan teamnya. Kak Rohana, Kamarina, Jaswani... Terima kasih atas komitmen yang diberikan.. Bersusah payah melatih atlet dari Pasir Puteh.. 

Frust juga la tak jumpa dengan Puan Hajar. Orang kuat JKMM yang handle SOM ni. Ingatkan dapat jumpa kawan lama (JKMWPKL) dulu. Tapi apa boleh buat. Kesihatan tak mengizin beliau berada di sini.



SOM ke 4.. Jumpa lagi...



Coretan rasa:



Kak Za

Serikandi Tercipta


HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com