August 2019 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: August 2019
PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI

PAHALA TERAKHIR SEORANG ISTERI



“Gano kalu tibo-tibo, ado ore call awok royak suami awok doh meninggal?”

Suami adalah pinjaman dari Allah untuk isteri. Jambatan buat isteri untuk kumpul pahala. Mudahnya seorang isteri masuk syurga atas asbab solehah dan mudahnya wanita masuk neraka atas asbab derhaka.

Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita (isteri) solehah.”
(HR. Muslim)

Che kak teringat kisah klien che kak. Peristiwa hampir 13 tahun yang lalu. Suami keluar dari rumah bersama bungkusan beberapa helai pakaian dan anak sulungnya selepas bergaduh besar dengan isteri. Entah apa yang dirajuknya. Kecil hati benar nampaknya.

Suami meninggal dalam kemalangan jalan raya. Perginya dalam keadaan hati yang duka lara. Tidak sempat minta maaf antara satu sama lain. Sesal separuh nyawa sekalipun tidak mampu untuk memujuk hati sendiri.

Pentingnya suami isteri tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing.  Setiap pasangan ada kekurangan dan keistimewaan tersendiri. Tiada satu pun manusia yang sempurna melainkan Nabi Allah yang maksum. Terima segala kekurangan pasangan dengan redha.

Bergaduh, bertengkar, bertikam lidah dan apa sahaja sengketa adalah lumrah alam rumahtangga. Asam garam pahit manis masam masin alam rumahtangga.

Berbincanglah dengan baik. Selesaikan masalah bersama-sama. Sentiasalah berkomunikasi. Apabila sentiasa berkomunikasi dan berdiplomasi, pasangan akan tahu apa yang kita suka dan tidak suka.

Amalkan budaya hormat menghormati pasangan masing-masing. Sentiasa bantu antara satu sama lain.  Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tiada istilah suami takut isteri, dan isteri takut suami.

Apakah tanggungjawab sebenar seorang isteri?

Seperti dalam hadith Nabi saw yang bermaksud, “Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan Ramadan dan menjaga kehormatan diri, serta taat kepada suaminya, maka dipersilakanlah masuk ke syurga dari pintu mana sahaja yang disukai.”

(HR. Ahmad dan Thabrani)
Taat yang bagaimana? Taatlah pada suami selagi mana tidak bercanggah dengan Islam. Contohnya  suami paksa isteri melacur. Maka tak wajib ikut perintah suami. Suami paksa buka aurat untuk tontonan umum, maka tidak wajib ikut arahan suami.

Sehebat mana pun seorang isteri dalam kerjaya, ajarlah diri sendiri supaya meminta izin suami terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.

Jagalah aib suami. Sekiranya kita sendiri yang membuka aib suami, bukan semua orang akan bersimpati. Sekiranya kita perlukan seseorang untuk luahkan, carilah individu yang boleh dipercayai.  


BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASI RASA MALU BERNIAGA

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASI RASA MALU BERNIAGA


Malu nak berniaga?

Mmm maluuuuu.

Che kak pun malu juga nak berniaga.

Malunya nak bersuara untuk promote produk.

Tapi che kak guna online sepenuhnya. Fb dan blog pengganti mulut che kak.

Kalau nak berniaga online kena la rajin menulis.  Jangan la promote seminggu sekali. Macam kita buka kedai seminggu sekali je. Agak-agak orang datang nak beli ke? Silap haribulan orang anggap kita dah tak berniaga.

Gittewww.

Che kak jual susu kambing MIKKAE dan lain-lain produk MIKKAE.

Che kak juga  jual KRIM SEKAPUR LIMAU.

Jom la intai blog che kak.

KENAPA PERLU BELAJAR BAHASA DAN TULISAN BANGSA LAIN

KENAPA PERLU BELAJAR BAHASA DAN TULISAN BANGSA LAIN

Sekiranya che kak dikurniakan otak yang bijak, che kak nak belajar semua bahasa dan tulisan yang wujud di atas muka bumi ni.

Tulisan rom, itali, mesir, rusia, korea, mandarin, kantonis, tamil, hindi, uzbekistan, siam, perancis, eskimo dan macam-macam lagi la bahasa termasuk bahasa arab dan #tulisanjawi.

Che kak suka tengok movie Mummy, mummy the return dan macam-macam mummy, depa buleh translate bahasa mesir kuno lagi. Tapi takde pula depa bertukar jadi orang mesir. 

Bahasa jiwa bangsa. Belajar bahasa bangsa lain memudahkan kita memahami bangsa lain  dan memudahkan komunikasi.

Tidak pernah salah kalau kita mengenali dan mengetahui jenis tulisan dan bahasa. 

Kesimpulannya, apa sangat la tulisan jawi yang semakin pupus. 


Demo tok sir belajar, tok soh belajar. Jange hale ore lain nok belajar.

#rindutulisankhat
RESEPI NASI AYAM SEDAP CHE KAK

RESEPI NASI AYAM SEDAP CHE KAK

Bahan untuk masak nasi ayam:

4 cawan beras
2 helai daun pandan 
4 ulas bawang putih diketuk
2 cm halia diketuk
Sedikit garam
2 sudu sos tiram
kiub ayam knorr
1 sudu minyak bijan 
2 sudu marjerin atau butter
Air rebusan ayam

Cara penyediaan nasi ayam:

Basuh beras terlebih dahulu. 
Masukkan air rebusan ayam secukupnya.
Masukkan bawang putih, halia, daun pandan.
Masukkan garam, kiub ayam, sos tiram, marjerin dan minyak bijan.
Kacau rata.
Jangan lupa tekan butang on masa nak masak. 

Bahan untuk ayam:

1/2 kg ayam yang telah direbus.
Air rebusan jangan dibuang. Separuh untuk masak nasi dan separuh lagi untuk dibuat sup.
Gaulkan dengan kicap cair, kicap masin, kicap manis atau sos tiram dan minyak bijan.
Sedikit serbuk rempah lima.
Ayam boleh dibakar dalam oven atau digoreng.


Bahan untuk sos cili:

Cili merah
Tomato
Garam dan gula
Jus limau atau cuka
Blend semua bahan dengan sedikit air rebusan ayam. 

Cara penyediaan sos kicap:

Perapan kicap ayam jangan dibuang. Boleh guna untuk sos kicap. Guna je la apa-apa kicap kesukaan sendiri.  
Seulas bawang putih diketuk.

Bahan untuk sup ayam:

Keropeh dan kaki ayam.
Bawang besar dihiris bulat.
Daun bawang
Daun sup
Halia diketuk
Bawang putih diketuk
Garam, gula
Kiub ayam

-che kak-





KENAPA PERLU KRIM SEKAPUR LIMAU

KENAPA PERLU KRIM SEKAPUR LIMAU

MANFAAT KRIM SEKAPUR LIMAU:

  • MELEGAKAN KEMBUNG PERUT
  • MENGURANGKAN SAKIT SENGGUGUT
  • MELEGAKAN LENGUH
  • MENGECUTKAN URAT YANG KEMBANG TERUTAMA SELEPAS BERSALIN
  • MEMBUANG ANGIN DALAM BADAN
  • KANDUNGAN VITAMIN C&E UNTUK MENCANTIKKAN KULIT
  • MENCERAHKAN KULIT DI BAHAGIAN CELAH PAHA DAN KETIAK
  • MENGURANGKAN SAKIT GOUT
  • MENGURANGKAN SAKIT KEPALA
  • MELEGAKAN HIDUNG TERSUMBAT
  • MEREDAKAN ATHMA DAN SAKIT GIGI
  • MENGHILANGKAN SELULIT
  • MENGEMPISKAN PERUT DAN BAWAH LENGAN
  • MELEGAKAN BATUK DAN SELESEMA




BAHAN-BAHAN KRIM SEKAPUR LIMAU:

  • KAPUR SIREH
  • HERBA SUSU NABI
  • VITAMIN C & E
  • HALIA
  • SERAI WANGI
  • LIMAU NIPIS
  • KAYU PUTIH
  • AIR MAWAR


KANDUNGAN                    100 ML
HARGA                               RM20 (SM) , RM25 (SS)
KENAPA PERLU DAFTAR ANAK OKU

KENAPA PERLU DAFTAR ANAK OKU


"Kak, daftar la anak tu, wat kad OKU. Kalau ada kad OKU, senang nak rancang masa depan dia".

"Eh takpe lah. Akak boleh sara dia lagi. Tak perlu bantuan JKM". Kalau akak takde pun, nanti adik beradik dia akan jaga".

Mentaliti ibubapa apabila mempunyai anak OKU, kebanyakannya tak nak daftar anak sebagai OKU. Takut dan malu antara sebab kenapa tak nak daftar.

Mak mak ayah ayah. Tujuan utama daftar anak untuk memiliki kad OKU bukanlah kerana wang bantuan semata-mata.


Satu kepuasan apabila melihat anak-anak OKU  mendapat haknya. Hak hidup sebagai OKU yang mendapat peluang seperti orang normal.

Pada suatu hari, semasa che kak sedang temubual seorang ibu yang memohon bantuan kewangan bulanan, che kak rasa cuak kerana dia marah anaknya. Si ibu sangat stress kerana teguran tak dihiraukan.

Ooooo rupanya si anak yang berusia 6 tahun, tidak dengar teguran ibu kerana dia memang 'tidak dengar'. 

Mak oo mak.. Sampai ke tua la kamu akan stress. 

So, apalagi! Che kak nasihatkan si ibu supaya dapatkan pengesahan doktor setahap mana ketidakupayaan pendengarannya.

Bantu dia dapatkan alat pendengaran untuk memudahkan proses pembelajaran dan komunikasi. 

Jangan rosakkan masa depan anak hanya kerana kesilapan kita tak nak 'bantu' dia. 

Che kak nak cerita kisah seseorang yang che kak kenal rapat yang berlaku pada tahun 80 an. 

Si ayah rasa anaknya ada masalah pendengaran.

Setiap kali anak nak masuk kelas, pasti si ayah akan minta izin dengan guru kelas supaya tempatkan anaknya kat depan sekali.

Setiap kali peperiksaan pasti akan dapat nombor 1. Sekiranya berada di meja belakang, takde la nak dapat nombor 1.

Atas rasa tanggungjawab, si ayah bawa anaknya jumpa doktor. Tanpa sebarang peralatan, doktor test pendengaran anak secara manual.

Si anak kena berdiri kat hujung dinding. Sesi soal jawab bermula. Si anak dapat menjawab dengan tepat. Maka apa lagi! Si doktor marah pada si ayah. Si ayah rasa sangat kecewa. Kecewa kerana doktor tidak percaya. Kecewa kerana anaknya eh dengar la pulak! Memalukan ayah!

Tahukah anda, disebalik soalan itu, si anak dapat menjawab kerana dia bijak. Bijak tangkap apa yang doktor soalkan. Bijak baca gerakan bibir. Soalan simple. Siapa nama, darjah berapa, sekolah kat mana, dan beberapa soalan yang sangat mudah difahami oleh si anak berusia 8 tahun.

Cuba try test doktor tanya dalam keadaan si anak membelakangkan doktor, kompem si anak tak dapat jawab soalan doktor. 

Sewajarnya, doktor wat surat refer ke hospital untuk check up yang sebenar-benarnya. Setakat  3 4 soalan yang tak sampai 3 minit, apa la sangat diagnosis. 

Tapi mungkin pada masa itu, pengetahuan mengenai tahap ketidakupayaan masih rendah.

Tahap pendengaran ni ada beberapa tahap. Iaitu: 

Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.  

Terdapat empat tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU Pendengaran, iaitu :

 Minimun:  15 - < 30 dB (Kanak-Kanak)
                      20 - < 30 dB (Dewasa)
Sederhana : 30 - < 60 dB
Teruk (severe) : 60 - < 90 dB  
Sangat teruk (profound) : > 90 dB

Apa jadi dengan kenalan che kak? Dia membesar dengan dunia "mesti kena duduk di depan".

Si ayah dah frust. Walaupun frust, dia tetap pesan pada cikgu supaya anaknya duduk kat depan sekali.

Sehinggalah si anak tamat belajar universiti. Apabila dia cuba test pendengaran di HUSM, ye benar sekali dia ada masalah pendengaran tahap sederhana.

39 tahun hidup, baru dia ada kekuatan nak daftar kad OKU. Itupun sebab kad OKU warna pink. 

Dia baru ada kekuatan nak mengaku pada diri sendiri bahawa dia adalah OKU semasa dia menghadiri meeting di Putrajaya. Betapa dia struggle nak dengar amanat dalam meeting. 

Dia tak mampu nak dengar kerana keluasan bilik mesyuarat sangat luas. Dia tak mampu nak dengar kerana dia tak duduk kat depan macam budak sekolah ngadap papan hitam.

Dia tak kisah orang kata engko ni tak dengar ke! Kerana orang tak tahu dia memang tak dengar.

Dia tak kisah dan tak kecil hati apabila orang kuatkan suara seolah-olah marah pada dia.

Tapi dia sedih kerana dia pulang dari meeting dengan pengetahuan kosong. Kosong. Kosong.

Dia dapat bantuan alat pendengaran dari JPA. Tapi hampa kerana bateri expired date. Sampai hati pembekal tu kan. 


PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN KETEREH AMAT MEMUASKAN

PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN KETEREH AMAT MEMUASKAN

Hari ni g klinik gigi. Aloh ke tuo ni gak, macam-macam la gigi ni mari nyakit. Sebab tu keno minum susu sokmo. Susu yang bebas gula tau. Kena wat amalan minum sejak mudo lagi. Cek gigi setiap 6 bulan sekali. Berus gigi dengan cara yang betul. Makan makanan yang berkhasiat. Baru la gigi terpelihara dengan jayanya.

Pada pendapat che kak, service klinik kerajaan pun terbaik juga. Sama macam klinik gigi swasta. Petugas kaunter yang peramah, doktor yang menjalankan tugasnya dengan penuh berwibawa.  Rasa gerun, gayat hilang apabila tengok warga klinik pergigian Ketereh sangat bagus.

Oleh sebab che kak tak bawa GL, maka kena bayar. Harga tak padan dengan service tau. Banyak jimat. Kos kertas dan dakwat printer untuk print GL pun rasa lebih lagi.

RM1 daftar, RM2 untuk tampalan gigi berlubang. 


Kalau isu menunggu lama, che kak rasa kat klinik swasta pun kita kena menunggu lama juga kalau ramai pesakit. 

Kita ada pilihan. Nak dapatkan rawatan di klinik kerajaan atau swasta, terpulang pada individu. Terpulang pada bajet dan masa. Kedua-duanya sangat bagus.


RESEPI DAGING MASAK LADA HITAM SEDAP

RESEPI DAGING MASAK LADA HITAM SEDAP


Nasib baik ada google. Boleh juga cari resepi sepantas dihujung jari. Tapi kalau line tenet macam siput, tak boleh nak google juga.

Resepi daging masak lada hitam ni dah banyak kali try and error. Biasanya bahan asas sama sahaja. Tapi macam-macam versi cara masakannya.

Resepi ni boleh tahan juga sedapnya. Lupa nak kredit kat tuan punya resepi. Tapi che kak ada juga ubah resepi ni.

Sementelahan dapat daging korban fresh, boleh la dicuba. Sedap. Tapi ada yang tak makan daging, boleh tukar ayam. Ayam kena goreng dahulu.



Bahan-bahan :

1/2 kg daging dipotong nipis.
2 biji kentang dipotong ikut suka.
*4 biji bawang merah.
*4 ulas bawang putih.
*1 inci halia.
4 sudu sos lada hitam.

3 sudu makan sos tiram.
Kicap lemak manis untuk hitamkan kuah.
1 sudu lada hitam ditumbuk.
Garam, gula.

Cili merah @ hijau.
1 biji bawang besar, hiris bulat.
1 biji tomato dipotong ikut suka.

Cara Membuat :

Blend bahan bertanda*.
Masukkan bahan blend dan sos lada hitam dalam daging, gaul rata dan perap setengah jam atau lebih.
Masak daging dan kentang hingga empuk.
Sebelum masukkan minyak, jangan sampai air kering sangat.
Masukkan minyak dan goreng tumis daging seketika.
Masukkan sos tiram, kicap dan lada hitam tumbuk.
Masukkan garam, perasa dan gula.
Akhir sekali, Masukkan cili besar, tomato dan bawang hiris.
Kalau nak pedas, masukkan cili padi.


RESEPI AYAM PERCIK ARMAN RIDER

RESEPI AYAM PERCIK ARMAN RIDER

Arman Rider selalu je request lauk ayam percik. Ayam percik versi Arman Rider. Masa kawen dulu, che kak tak pandai masak ayam percik. Tapi suami ajar masak ayam percik goreng kesukaannya. 


Ayam percik Arman Rider


Kalu suami dapat isteri yang pandai masak, alhamdulillah. Kalau tak pandai masak, jangan dikecam. Ajar isteri masak ikut selera kita. 

Jangan sesekali anggap ruginya bayar hantaran tinggi tapi dapat isteri yang tak pandai masak. Perkahwinan adalah proses pembelajaran dan suaikenal dengan pasangan masing-masing hingga akhir hayat.

Demi sayang kat suami, isteri akan belajar juga masak menu kesukaan suami walaupun ada penyakit malas. 

Walaupun namanya ayam percik, kadang kala ikut style masing-masing. Nak masak macamana sekalipun ikut suka hati la. Apa yang penting, perut kenyang. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

Sukatan tu, che kak tak berapa mahir sangat. Sebab che kak suka masak ikut gerak hati. Campak-campak, siap! Agak-agak je la ye. Kalau sedap, ok la kan. Kalau tak sedap, mmmm ngaku je la korang tak pandai. 😜😜😜😜😜


Ayam direbus bersama santan dan bahan tumbuk

Bahan-bahan untuk ayam:

🌸Setengah ekor ayam. Che kak order ayam dengan jiran sebelah rumah je. 

🌸2 inci halia. Baik hang beli kat pasar kalau was was sama ada hangpa tanam halia ke atau tanam temulawak kat tepi rumah.

🌸2 batang serai yang ditanam tepi rumah. Kalau takde, beli je kat pasar.

🌸5 ulas bawang putih.

🌸2 helai daun pandan tepi rumah. (Maksudnya kalau takde pun takpe. Hanya nak kasi bau wangi je).

🌸Santan segar RM2.00. Che kak suka beli santan yang dipacking kecil ikut harga RM2 @ RM3. Senang nak guna. Biasanya santan RM2.00 ni sukatannya 200 gram. Kalau nak guna santan kotak pun terpulang. Selain jual ayam, jiran che kak juga jual santan segar.

🌸Sedikit garam dan gula.

Cara-cara:
🌟Halia, serai, bawang putih diketuk-ketuk atau ditumbuk kasar.

🌟Campur dan gaulkan ayam dengan bahan ketuk atau ditumbuk kasar, daun pandan yang dikoyak. 

🌟Campurkan santan, garam dan gula. Rebus sampai empuk dengan api yang sederhana. Jangan tambah air banyak sangat. Setengah cawan je.

Sambil tunggu ayam direbus, kita sediakan bahan untuk kuah percik pula. 


Sentiasa kacau kuah percik

Bahan-bahan untuk kuah percik:

✔1 inci halia
✔3 keping lada kering @ 2 sudu cili boh
✔4 ulas bawang merah@1 labu bawang besar
✔2 ulas bawang putih
✔2 batang serai
✔2 biji buah keras (kalau takde pun takpe)
✔Santan RM4.00
✔2 helai daun pandan disimpulkan
✔Asam keping atau gelugur
✔Sedikit manisan@gula melaka
✔Garam, gula secukup rasa

Cara-cara:

🎀Blender halia, lada kering, bawang merah, bawang putih, serai, buah keras.

🎀Masukkan ke dalam periuk bersama santan, daun pandan dan asam keping.

🎀Masukkan air. Sukatan secawan air. 

🎀Sentiasa kena kacau supaya cantik kuahnya. Tak berketul-ketul dan pecah minyak. 

🎀Masukkan manisan, gula dan garam secukup rasa. 

💝Che kak lebih suka kuah pekat santan. Tapi kalau cair, boleh masukkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air terlebih dahulu.

💝Dah pekat, boleh tutup api dapur.  Jom kita tengok apa criter ayam rebus santan tu hah. Agak-agak ayam dah masak, tutup je la api dapur tu.


Selepas direbus, goreng atau bakar sekejap

💝Lepas ayam direbus, boleh le goreng sekejap untuk dapatkan warna garing. Tak perlu goreng lama sebab ayam dah masak. Kalau rajin, boleh bakar. Suami che kak lebih suka ayam digorengkan aje. 

💝Dah siap goreng ayam, boleh le masukkan ke dalam kuah percik. Yummyyy..

Tadaaa siap sudah ayam percik 



CILI PADI OH CILI PADI

CILI PADI OH CILI PADI

Alkisahnya che kak singgah pasar borong nak beli buah pauh. Nak buat sambal pauh campur ikan bakar tawar. Pergh sedap bak hang. Peniaga dah ramai yang balik. Ada la 3  orang peniaga yang sedang mengemas barang. First time singgah pasar borong yang baru beroperasi.

Takde pulak buah pauh. Alang-alang singgah, che kak beli cili padi, limau nipis, ubi kentang dan lada kering. 

Che kak memang tak pernah minta diskaun. Terima aje apa yang peniaga jualkan. Che kak faham betapa mereka struggle nak berniaga untuk mencari rezeki.  

Cuma che kak nak tegur peniaga. Jangan nampak kedekut sangat depan pembeli. Takkan la terlebih timbang cili padi, sanggup buangkan 3 tangkai cili padi semata-mata takut rugi.  Apa salahnya halalkan aje setakat 3 tangkai cili padi. 

Jangan la dibuang sebiji bawang merah dari plastik bungkus walaupun dah terlebih timbangan. Tidak adakah perasaan kita nak anggap sebagai gantian kot-kot ada cili padi atau bawang yang dibeli ada yang rosak?

Che kak beli ikan kembung masa kat Hari Peladang. Lebih "3 bunga".  Takde pula dia kira harga lebih atau buang ikan semata-mata nak genapkan 1 kg. 








JANGAN MUDAH PUTUS ASA

JANGAN MUDAH PUTUS ASA

Hari ini che kak dengar perkongsian dari 2 orang insan hebat dalam kerjaya dan keluarga masing-masing terutama selepas bersara. Cemerlang dalam kerjaya, cemerlang juga anak-anak mereka. Terdapat tanda-tanda keberkatan dalam hidup mereka.

Walaupun selepas bersara, mereka masih berbakti pada komuniti sosial mereka. Walaupun dah menginjak usia warga emas, mereka masih aktif dengan aktiviti dan hobi masing-masing.

Che kak ada lagi 20 tahun untuk bersara. Itupun kalau Allah masih bagi pinjam umur. Rasa macam lama lagi. Tapi sekarang ni che kak dah kerja hampir 17 tahun. Rasa macam baru je masuk kerja. 😅

Mengimbas kembali kenangan mula bekerja. 4 kali che kak hadir temuduga. Kali terakhir che kak gi interview, kawan baik kesayangan che kak yang hantar che kak dengan motor birunya.

Che kak tetap sabar isi borang SPA setiap tahun. Dulu kena isi borang secara manual. Takde online lagi. 

Pada suatu hari, rakan serumah che kak buang borang SPA ke dalam tong sampah. Katanya dah malas nak isi. Che kak minta izin nak borang yang telah ditongsampahkan. Nasib baik borang tu tak digumpal. Che kak isi dan poskan borang.

Tak lama kemudian, sehari sebelum dipanggil temuduga kali keempat, che kak terbelek surat khabar utusan. 1 muka surat penuh cerita tentang peranan Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat. Che kak baca dan fahamkan tugas sebenar JKM.

Alhamdulillah, che kak lancar jawab soalan-soalan penemuduga dengan penuh yakin. Tapi mereka gelak besar apabila mereka tanya sanggup ke kerja kat pusat serenti.  😂😂

Alhamdulillah, rezeki che kak dapat kerja JKM. First posting kat JKMWP Kuala Lumpur. Setelah genap 3 tahun, che kak masih belum comfirm kerja. Hebat macamana pun kita dalam kerja hakiki, kalau tak comfirm, takde hebatnya kita. Bila-bila masa akan ditamatkan perkhidmatan.

Che kak diberi tempoh perlanjutan. 4 kali hadir peperiksaan jabatan. Soalan bahagian pentadbiran sosial. Apa ke bengap sangat la wahai Hasliza. 

Atas inisiatif jabatan, kakitangan senasib che kak diberi taklimat tentang jawab soalan jabatan. 

Che kak sangat berterima kasih kepada Puan Fatimah Zuraidah. Che kak fokus 300% dan ingat setiap patah perkataan jawapan semasa perbincangan soalan dan jawapan yang betul.

Semasa jawab peperiksaan, che kak ingat seolah-olah Puan Fatimah Zuraidah ada di depan che kak. Allahu. Semoga Allah merahmati dan murahkan rezeki Puan Fatimah Zuraidah. Sekarang ni beliau jadi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM. 

Akhirnya che kak lulus dan berjaya disahkan jawatan tetap dan berpencen walaupun dah melebihi 3 tahun. Sebab tu che kak sangat sayang dan hargai kerja che kak. Che kak bukan orang yang cemerlang. Bukan orang bijak. Che kak tak pandai nak buat kerja lain. 

Hargailah pekerjaan kita. Laksanakan tugas dan amanah  yang diberikan kepada kita dengan sebaik-baiknya.

Semoga kita semua diberi keberkatan dalam hidup kita. Rezeki dari gaji bulanan kita ni, nak bagi makan kat ahli keluarga kita. 

Apa che kak nak buat selepas bersara nanti? Stay tune.
BERNIAGALAH UNTUK TAMBAH PENDAPATAN

BERNIAGALAH UNTUK TAMBAH PENDAPATAN

Che kak yakin, makanan atas muka bumi ni, memang boleh buat duit. Jual etok bodo pun buleh bersih RM50 sehari. 

Dah bagi cadangan jual nasi gulai ayam, dikatakannya tak pandai. 

Minta jual beger dikatakannya persaingan dah banyak.

Suh jual locking dikatakannya takde tempat nak jual konon kawasan rumah takde orang. Engko duk dalam hutan ke?

Adik ada berapa ringgit sekarang ni? 

Ada RM10.00 je kak.

Kalau macam tu gi beli kacang kuda dan pembalut bungkus kat kedai RM2.10.

Balik, rebus, dan jual dekat tepi pasar tu hah.

Letak nama gempak2 sikit. 

"Kacang kuda rebus tendangan padu". 

Kasi packaging lawa-lawa sikit. Ada gambar kuda terbang ala-ala pony ke..

Lepas tu upgrade perisa. Perisa pedas, cheese, ayam.

Hahh.. Nak bagi alasan apa lagi!

Silap haribulan, untung kacang kuda tu engko boleh wat bayar hutang PTPTN.

Pokok pangkal diri sendiri yang tak nak bagi ALASAN.
HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com