January 2019 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: January 2019
ANTARA CITA-CITA DAN CINTA

ANTARA CITA-CITA DAN CINTA

KEJAR CITA-CITA JANGAN SAMPAI ADA YANG TERKORBAN JIWA

Cita-cita che kak nak jadi ustazah tentera atau KAGAT. Suka betul tengok uniform KAGAT. Dapat A1 dalam subjek Pendidikan Quran Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyyah dan Bahasa Arab Tinggi masa SPM 1997 membuatkan hati che kak berbunga-bunga nak sambung belajar kat Nilam Puri atau Jordan.


Tapi rezeki che kak dapat sambung belajar Diploma Pembangunan Manusia UPM selama 2 tahun setengah.  Budak sekolah arab belajar subjek ala-ala sains dan kemanusiaan. Semester pertama memang jatuh teruk. Pointer 1.7 aje. Nasib baik tak kena tendang keluar dari UPM. Hikmahnya dapat jodoh student UPM juga. 😄

Habis je belajar diploma, che kak malas dah nak sambung degree. Isi borang SPA jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat. 4 kali temuduga. Kali keempat baru dapat jawatan tu. Tu pun asbab musabab sehari sebelum temuduga, keluar 1 mukasurat kat Utusan Malaysia tentang peranan dan tanggungjawab Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat. Kiranya rezeki juga la dapat baca dan faham tugas sebenar JKM.

Menyesal pula tak simpan keratan akhbar tu. Dulu mana  pandai nak google apa sahaja maklumat. Sekarang ni senang je. Semuanya di hujung jari. Tinggal malas atau rajin je.

16 tahun kerja JKM, hati dah sayang dan redha dengan kerja ni. Nak berhenti? Setakat ni tak de niat lagi nak berhenti kerja JKM. Melalui kerja ni, che kak dapat jumpa pelbagai aspek kehidupan manusia.

Mudah untuk che kak ambil ikhtibar dan dapat dijadikan teladan dan sempadan dalam meniti hari-hari che kak. Sementara menunggu ke dunia kekal abadi.

Bagaimana dengan cita-cita KAGAT? Kadang kala cita-cita terpaksa kita korbankan apabila melihat wajah anak-anak. Kalau berhenti kerja, belum tentu kita dapat kejar cita-cita kita. Takut yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran pula. Umur dah hampir mencecah 40 tahun, hanya keajaiban sahaja kalau ada mana-mana agensi nak ambil bekerja.

Apabila nak berhenti kerja, pastikan income kita kukuh. Tak kira la sebab nak sambung belajar ke, nak bisnes ke, nak goyang kaki kat rumah je ke. Pokoknya, mesti ada income masuk supaya takde ahli keluarga kita yang teraniaya akibat tindakan kita berhenti kerja.

Nak berhenti kerja kerana nak buat bisnes pun, pastikan hasil bisnes kita stabil dulu.


Kita tak mampu ubah ekonomi dunia, tapi hanya kita yang mampu ubah ekonomi kita sendiri.
PERLUKAH BUAT KEBAIKAN DIIRINGI DENGAN DOSA

PERLUKAH BUAT KEBAIKAN DIIRINGI DENGAN DOSA

BUAT 1000 KEBAIKAN TANPA PERLU TAMBAH BAHAN PERENCAH DOSA

Umumnya, kita semua suka buat kebaikan. Dapat banyak ganjaran pahala atas setiap kebaikan yang kita buat.

Tapi sayang seribu kali sayang, kebaikan yang kita buat diiringi dengan kata-kata kecam.

Tak pasal-pasal tambah dosa. Dosa yang akan jadi kategori fitnah, mengumpat, mengadu domba. 

Antara contoh kebaikan yang kita buat turut diiringi dengan kata-kata kecam:

1.  Kita dah berhentikan kereta di bahu jalan sebab nak bagi laluan kenderaan lain. Dapat pahala kerana mempermudahkan urusan. Tapi dia tak angkat tangan sebagai tanda ucapan terima kasih. Kita apa lagi, menyumpah seranah la jawabnya. Betul tak?

Walhal mungkin masa tu fikiran dia tak fokus. Terlupa pada kita yang duk sengih tengok dia lalu. Mungkin duk tengah fikir masalah yang berat. Duk tengah fikir mana nak cari duit bayar yuran anak. 

Duk tengah fikir mana nak cari duit untuk isi minyak dan servis kereta sebab nak balik kampung tengok mak ayah sakit.

Duk tengah fikir cari alasan nak bagitau kat isteri sebab nak kahwin dengan janda anak dua kat kampung sebelah.

2. Kita nampak orang miskin. Kita bagi sedekah. Tolong permudahkan urusan orang miskin. Beli baju sekolah, buku, makanan. Alhamdulillah dapat pahala sedekah. 

Tapi pada masa yang sama, kita kutuk pihak berwajib sebab tak tolong orang miskin. Kononnya tak wat kerja. Apa salahnya buat kebaikan lagi, tolong rujuk ke pihak berwajib untuk diambil tindakan selanjutnya mengikut prosedur bidang masing-masing. 2 pahala kita dapat tau.

3. Kita nampak sampah merata tempat. Kita tolong kutip dan buang dalam tong sampah. Alhamdulillah, ganjaran pahala terlalu mudah untuk dikumpul.

Tapi sayang, kita kutuk majlis daerah tak wat kerja. Walhal mungkin pada masa itu, driver lori sampah sakit demam kepialu. Kena admit ward.

4. Kita juga offer diri nak tolong kawan kononnya. Dapat pahala. Tapi lama-lama kita rasa terbeban pula. Apabila dah rasa terbeban, kita mengadu domba pula kononnya dianiayai.

5. Kita nampak pengemis. Kita bagi sedekah. Kononnya kesian. Sambil kutuk-kutuk masyarakat dan kerajaan tak tolong pengemis.

Walhal, tahukah anda, pihak berwajib dah macam-macan usaha nak banteras  dan bantu selamatkan pengemis. Takut ada sindiket. Yang tetap kaya, adalah ketua sindiket. 

Kesimpulannya, buatlah apa sahaja kebaikan tanpa prejudis. Kumpul ganjaran pahala yang kita tak nampak sekarang ni.
KENAPA SUKA MENULIS DAN MANFAATNYA

KENAPA SUKA MENULIS DAN MANFAATNYA

Che kak suka menulis. Berbekalkan aplikasi colornote atau memo dalam samsung tab, che kak akan tulis apa sahaja yang terlintas dalam minda dan hati. Sebagai pengganti lidah untuk berbicara. 




PENGGANTI LIDAH UNTUK BERBICARA.

Kenapa? Sebab che kak tak pandai berkata-kata. Tiada bakat untuk berbicara. Salah bicara tak dapat tarik balik. Salah bicara, boleh menyebabkan orang akan salah faham. Lebih baik diam aje kalau rasa ragu-ragu untuk berbicara.

Che kak kagum dengan sesiapa sahaja yang ada bakat berbicara secara spontan. Ahli politik sudah tentu punyai bakat berbicara tanpa teks.

Dalam hati sanubari che kak berlegar-legar nak sampaikan apa yang ada dalam minda. Tak pandai nak susun bicara secara spontan. Kadang kala idea datang terlalu cepat, tak seiring dengan lidah untuk bertutur. Akhirnya, idea akan berkata "bye bye , saya pergi dulu "dan jadi blur secara tiba-tiba.

Jadi, che kak akan menulis. Selepas menulis, baca dulu dan semak isi kandungan. Sesuai atau tidak dipamerkan isi penulisan dalam laman sosial. 


MENYAMPAIKAN MAKLUMAT 

Menulis dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih tersusun. 

Kalau sesuai, bolehlah dipamerkan. Kalau tak sesuai, simpan sahaja entry  dalam "only me". 

Kadang kala ego seseorang menyebabkan tidak mahu langsung mendengar apa yang kita nak sampaikan secara komunikasi dua hala. 

Jadi, apabila kita menulis, dia tetap akan baca walaupun hanya sekadar jelingan dan cepat-cepat scroll. 


BERKONGSI PENGALAMAN DAN CERITA


Che kak suka berkongsi cerita dan pengalaman serta apa jua kisah. Nak berborak-borak pasal cerita dan pengalaman dengan sesiapa sahaja, bimbang orang akan meluat.

Jadi, che kak akan menulis. Puas hati rasanya. Syok sendiri pun tak kisah lah. Hahaha. Ada ku kisah?


MENGHIBURKAN HATI

Menulis juga dapat menghiburkan hati che kak yang gundah gulana. Sedih, tapi tak mampu nak luahkan. Terlalu mengasyikkan apabila menulis. Setenang air dalam baldi yang tak berusik.


HOBI DAN IMPIAN

Che kak tahu, che kak bukan penulis handalan. Bukan penulis blog yang hebat. Tapi menulis adalah hobi dan kesukaan che kak. Walau bagaimanapun, jangan sesekali paksa che kak menulis jurnal atau apa sahaja penulisan bersifat ilmiah. Che kak hanya menulis berdasarkan pengalaman kehidupan seharian sahaja.

Cita-cita che kak nak kumpul kisah-kisah klien che kak yang positif. Nak bukukan. Bahawasanya ujian hidup seperti kemiskinan tidak menghalang seseorang itu untuk berjaya. Tapi masa belum mengizinkan untuk che kak berbuat demikian. Banyak komitmen lain yang perlu diutamakan dahulu. Kerja, anak-anak, rumahtangga dan bisnes kecil-kecilan.


DAPAT MENJANA PENDAPATAN

Selain itu, menulis juga dapat menjana pendapatan. Che kak tak pandai berniaga. Malu nak promosikan produk. Malu sangat. Jangan harap nak tengok che kak pegang produk dan bla bla bla bla bla bla bla bla. Tapi, seronok berniaga dalam alam maya. Maka, ambillah peluang menggunakan medium ini sebagai kedai maya kita. 




Jadi, inilah sedikit sebanyak kenapa che kak suka menulis. Menulis terutama pada waktu malam sebelum tidur membuatkan che kak lupa pada tekanan perasaan.

Salam sayang dari che kak suka menulis dan menaip.
KENAPA PANDANGAN MATA SELALU MENIPU

KENAPA PANDANGAN MATA SELALU MENIPU


Benarkah tafsiran melalui pandangan mata?

Kita nampak rumah besar.
Tafsiran kita , orang dalam rumah besar adalah kaya.

Hakikatnya ada anak-anak yatim yang kelaparan.
Takkan dia nak gigit batu bata rumah tu wat alas perut.

Kita nampak rumah kecil buruk.
Tafsiran kita, orang dalam rumah tu miskin, dhaif.
Hakikatnya, duit dalam bank berkepuk-kepuk boleh wat g mekah balik hari.





Kita nampak takde makanan dalam rumah.
Tafsiran kita, kesiannya dia takde makanan.

Hakikatnya, dia suka makan kat kedai aje. Sebab serba salah nak masak.

Kita nampak orang tua jaja.
Tafsiran kita, kesiannya sebab terpaksa mencari rezeki walaupun dalam usia senja.

Hakikatnya, dia kebosanan duk kat rumah.

Kita nampak pasangan sweet-sweet pijak semut tak mati.
Tafsiran kita, wow bahagia nye dia.

Hakikatnya, disebalik itu, dalam hati masing-masing tak bahagia kerana memendam rasa kecil hati.

Kita nampak pasangan selalu bergaduh.
Tafsiran kita, mereka tak bahagia.

Hakikatnya, merekalah pasangan sehidup semati.




BEZA ANTARA  SIMPATI DAN EMPATI

BEZA ANTARA SIMPATI DAN EMPATI

SIMPATI VS EMPATI

Hari ini berpeluang menyantuni anak mukim Kg Gong Kemuning, Pasir Puteh bersama sukarelawan The 3rd Force.

Selepas mendapat wasap dari rakan sejawat semalam, hari ni che kak pergi ke rumah untuk meninjau, memerhati dan melihat dahulu permasalahan dan keperluan klien.

Kalau nak selfie dengan klien, berapa banyak che kak boleh selfie dan post dalam fb untuk cari glemer. Tapi prinsip kerahsiaan kena jaga. Bukan semua klien suka kalau semua tahu cerita mereka.

Satu kepuasan kalau dapat bantu mengikut keperluan mereka sebenarnya. Bukan semua orang memerlukan duit walaupun duit adalah raja dunia.

Seronok kan jadi orang awam. Nampak orang susah, bagi beras dan duit, lepas tu selfie, post dalam media sosial. Acah-acah bangga dah dapat tolong orang miskin. 







KEMISKINAN DAN RUMAH BURUK BUKAN PENGHALANG MENJAGA KEBERSIHAN

KEMISKINAN DAN RUMAH BURUK BUKAN PENGHALANG MENJAGA KEBERSIHAN

#Throwback2007





Gambar ehsan google
KISAH 1

Dari jauh che kak nampak seorang warga emas duk terbongkok  'gaha' tangga simen kaler kuning. Tangan kanannya duk pegang berus sabut.

Che kak tegur makcik sekadar berbasa basi tunjuk kita ni ada adab kesopanan dan kesusilaan. Walhal sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.

"Ni haaa duk gonyoh tanggo. Serabut mato ngelih kulat ijaaa". Katanya.

Apabila masuk bahagian ruang tamu, seketul tahi cicak pun takde.

Kagum! Dengan hujung jari che kak sapu lantai. Apaaaaaa habukkk pun tarakkkk..

Dok eh! Mokcik paka kederat gapo? Umur 70 doh padahal mokcik.


KISAH 2

Rumah kayu, buruk, usang, uzur. Mata che kak terpaku kat bawah rumah. Ya rabbbiiii mano sampah nyeeeee...  Sehelai daun kering pun takde. Nak tido bawah rumah pun boleh. 

Tuan rumah tak lawa pun. Tapi sedap mata memandang. Baju buruk tapi bersih. Ada secalit gincu di bibir. 

Che kak naik atas rumah selepas minta izin. Hanya ada 2 rak tingkat baju.  Tak terkedip mata che kak tengok baju. Lipatan baju saiz sama. Pasaraya pun lipat baju tak cantik macam dia.

Ya rabbiii bersih dan kemas. Walhal rumah buruk. Tak puas hati lagi, che kak tengok kat ruang dapur. Masya Allah!


KISAH 3

Ada seorang warga emas. Hanya mampu mengesot sebab dah tua sangat. 

"Mokcik, sapo mari nyipe umoh mokcik ni". 
ANDAIAN che kak mestilah ada orang tolong kemas rumah makcik ni. 

"Mokcik sendiri la nyipe. Walaupun tak leh jalan, mokcik buleh ngesot lagi".


RESEPI SCRUB BADAN BUATAN SENDIRI DAN KEPENTINGAN SCRUB

RESEPI SCRUB BADAN BUATAN SENDIRI DAN KEPENTINGAN SCRUB


Salah satu terapi jiwa che kak ialah berlulur, berscrub. Tapi nak pergi ke spa memang tak mampu. Kalau mampu pun tak sempat juga nak ke spa. Banyak komitmen kerja dan rumahtangga.

Hari cuti hujung minggu, che kak akan berspa sendiri je kat rumah. Ambil sedikit masa untuk diri sendiri. Me time dalam bilik air. 

Bahan-bahan pun mudah aje. Apa yang ada kat dapur je. Blend beras atau beras pulut. Pergh bau wangi beras memang menenangkan minda. Guna blender kering. Nak blend banyak-banyak untuk wat stok pun boleh. Tapi che kak tak suka wat stok. Nak guna, baru blend. Seminggu sekali pun ok dah. 

Blend halus tau. Tekstur dia walaupun nampak halus, tapi ada butiran scrub. Mudah untuk menyental daki. Kalau kasar sangat, nanti rasa sakit pula.

Kalau che kak rajin, che kak akan sangai dulu beras atau beras pulut. Laaaagiiii aroma wangii. 

Lepas tu campur la dengan apa-apa bahan pun. Ikut suka. Macam-macam yang uols boleh campur. Kali ni che kak titik arganne face oil. 3 4 titik cukup. Bau dia memang syok. Macam aromaterapi gitteeww.

Ramuan utama dalam arganne face oil d'freshpicks adalah 100% Organik Argan oil. Tambah pure jojoba oil, Apricot Kernel oil, Rosehip seed oil dan high gred Essential oil . 



Lepas tu, tambah air sikit demi sikit. Jangan cair sangat dan jangan pekat sangat. Agak-agak boleh sapu kat badan. Lepas tu sental le sambil layan perasaan. Kadang-kadang masa tengah sental, macam-macam idea datang.

Dah kering, boleh le dibilas dengan air. Tak perlu dah nak bersabun. Licin giler rasa kulit. Syok ooo.

Kadang-kadang che kak campur dengan serbuk cacao, serbuk susu. Pergh macam mandi dan berendam dalam susu coklat.



HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com