APAKAH PERANAN JKM DAN TANGGUNGJAWAB MANGSA BENCANA BANJIR - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: APAKAH PERANAN JKM DAN TANGGUNGJAWAB MANGSA BENCANA BANJIR

Tuesday, December 24, 2019

APAKAH PERANAN JKM DAN TANGGUNGJAWAB MANGSA BENCANA BANJIR


Bulan Disember adalah bulan cuti dibekukan 😂😂.

Cuti dibekukan kerana persediaan untuk menghadapi bencana banjir. Apabila PKOB dibuka, maka sepantas kilat kami warga JKM kena bertugas bersama agensi dan pasukan penyelamat.

Jom la kita tahu serba sedikit apakah  peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam pengurusan bencana sepertimana Arahan MKN No. 20.



1. Menyedia dan menyelenggarakan pusat-pusat pemindahan mangsa bencana. 



2. Menyediakan dan mengedarkan bantuan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan asas kepada mangsa bencana.




3. Menjalankan pendaftaran mangsa bencana bagi maksud pemulihan. 



4. Memberi bimbingan, nasihat/kaunseling kepada mangsa bencana.



Selain itu, JKM juga berperanan menggerak sukarelawan bagi membantu JKM. 



Kaunselor  juga akan merancang dan melaksanakan aktiviti untuk mangsa bencana.





Walaupun JKM sentiasa bersiap siaga menghadapi bencana banjir, namun mangsa perlu juga bersiap sedia terutama mangsa yang dah biasa hadapi banjir.

Tanggungjawab mangsa bencana banjir:

1. Pastikan dokumen pengenalan diri sendiri dan ahli keluarga di bawa bersama. 



2. Tutup suis dan cabut plag peralatan elektik. Utamakan keselamatan.



3. Dengar arahan pasukan penyelamat. Kalau diarahkan berpindah, kena pindah juga. Walaupun kita dah biasa hadapi banjir, namun kita tak dapat jangkakan apa jua musibah. 



4. Daftar di pusat pemindahan sementara (PPS). Sekiranya kita tak bercadang nak bermalam di PPS dan lebih selesa berada di rumah saudara atau hotel, tak perlu nak paksa staf JKM daftar nama kita sebagai mangsa banjir di PPS.



Tujuan JKM daftar mangsa di PPS adalah untuk mendapatkan statistik bagi menyediakan makan minum dan keperluan asas seperti tikar, khemah dan lain-lain. 




Jangan sesekali mind set nak daftar sebagai mangsa berpindah di PPS sebab nak dapatkan duit ehsan. 

5. Apabila berada di PPS, jaga kebersihan dan keselamatan ahli keluarga. Jangan buang sampah seperti pampers dan tuala wanita ke dalam tandas. Sila buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. 



6. Sila makan ikut waktu dan tempat yang disediakan. Bersyukur dengan makanan yang disediakan. Berterima kasih kepada tukang masak dan petugas kerana ada di kalangan mereka membantu secara sukarela. 



7. Jangan rosakkan dan mencuri harta yang ada di PPS. 

8. Sekiranya berkeperluan untuk keluar dari PPS atas sebab nak pergi kerja, klinik atau kedai, sila maklum kepada petugas. 



9. Jangan pulang ke rumah selagi tidak dibenarkan pulang. 

10. Sekiranya ada masalah atau pertanyaan, sila maklum kepada petugas. 


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com