2023 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: 2023
SIAPAKAH RAKAN SEKERJA?

SIAPAKAH RAKAN SEKERJA?

Apabila che kak wish diri sendiri  21 tahun dah bersama JKM,  takde niat pun nak anggap otai. Takde rasa macam orang lama pun. Rasa macam baru je lapor diri di JKMWPKL.  


Banyak lagi nak kena belajar dan JKM ni sentiasa ada perubahan. Tak boleh nak guna ayat ‘zaman saya dulu…..’.  Kita ingat kita ni lahir zaman Hang Tuah ke nak cakap ‘zaman saya dulu…’


Bab kerja ni, orang baru ke orang lama ke, kena sentiasa rujuk garis panduan, SOP, ISO, akta dan pelbagai rujukan yang ada. Tak boleh buat kerja guna ilmu turun temurun. 


Che kak tak mau cerita bab kerja. Kerja ni memang takkan habis selagi tak kiamat. Kalau mampu buat, buatlah. Kalau tak mampu, bincang dengan bos supaya kerja dapat diselesaikan dengan cara yang baik.  


Setakat ni, Alhamdulillah boss dan ex boss che kak semuanya baik dan memahami kelebihan dan kekurangan che kak. Takde lagi la bagi markah SKT yang rendah kat che kak. Bab markah ni memang tak boleh buat main-main sebab melibatkan masa depan kerjaya kita. Bermasalah sangat ke kita ni kalau bagi markah yang rendah? 


Masa kita berada di pejabat  standard masa 9-10 jam.  Balik kerja hanya beberapa jam je kita dengan keluarga. Selebihnya tidur..zzzzzzzzzz.


Masing-masing pelbagai karenah. Memang tak terlayan.  Termasuk kita sendiri  pun macam-macam perangai ada. Tipulah kalau kita ni takde terasa hati, kecil hati, geram, menyampah, terlebih sayang dan bla bla bla bla. 


Namun, cubalah ambil masa muhasabah diri sendiri. Kita tak mampu ubah perangai orang. Hanya kita je yang dapat ubah mindset kita. Positifkan diri kita sendiri.  Kadang-kadang kita terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada rakan sekerja, sebab tu kita mudah rasa frust.  


Namun, hormatilah antara satu sama lain walaupun berbeza pendapat, fahaman, jawatan dan sebagainya. Kalau nak bergaduh dengan rakan sekerja hanya kerana bab kerja, memang tak berbaloi. 

Gambar hiasan sahaja


Kalau di pejabat che kak, rakan sekerjalah yang terlebih dahulu turun membantu contohnya tayar kereta pancit. Nasib baik ada rakan sekerja yang tolong  tukarkan tayar. Ni antara contoh lah. Banyak lagilah kenapa kita tak boleh bergaduh dengan rakan sekerja, sebab kita tak mampu hidup sendiri tanpa support orang lain. 


Bab berkawan dengan rakan pejabat ni, terpulanglah pada keselesaan masing-masing. Tak rapat bukan bermakna tak nak kawan. Cuma kita lebih selesa dengan orang yang ngam dan memahami kita.


Elakkan sama sekali menyalahgunakan kuasa yang kita ada untuk menganiaya  rakan sepejabat.  Kalau kita dah bersara, berpindah atau meninggal, takde makna pun kuasa kita.


Sekian, ucapan sempena 21 tahun bersama JKM. 


CERITA SEBELUM PENUTUP AKAUN AKHIR TAHUN

CERITA SEBELUM PENUTUP AKAUN AKHIR TAHUN

Lega rasanya dah selesai bayaran bantuan sebelum tutup akaun akhir tahun. 


Lebih-lebih lagi penyelaras bantuan dah kembali masuk kerja selepas mc beberapa bulan. Dah boleh pass buton dan tarik handbrake jap. 


Walaupun beliau bercuti sakit, tapi tetap juga  uruskan hal ehwal unit beliau sendiri. Che kak hanya bantu dan sekadar pemudahcara sahaja. 


 Syukur sangat-sangat  bos, penyelaras bantuan sendiri dan anak-anak buah unit bantuan, PT kewangan dan rakan-rakan sekerja lain sama-sama bantu dan beri kepercayaan kepada che kak.

Gambar hiasan sahaja


Kerja dalam organisasi memang kena support antara satu sama lain. Tak boleh buat kerja sorang-sorang. Tak boleh syok sendiri seolah-olah kita sorang je buat kerja.


Biasanya lepas selesai proses bayaran bantuan bulanan, che kak akan lemau dan jadi malas yak amat. 


Dah 2 hari level lemau dan malas belum turun lagi.😂  Hari ni langsung takde mood rajin. 


Minggu depan la kot rajin tu mai balik. Pi main jauh-jauh, healing healing dulu. Nanti mai balik tau. Jangan lama-lama nanti orang cakap makan gaji buta, sendiri juga marah😝.


Hari ni hujan tak berhenti langsung. Mood stand by duty banjir. Kena tunjuk rajin jaga banjir la pulak kali ni. Nanti Bro Din royak meta ko sibuk buat pw, tak caro doh ko banjir😝.

LAKSA PENANG

LAKSA PENANG

Tok laki wasak nok make lakso

Mujur tok huje terus pulah keto

Singgoh pata timur beli bawe lado

Bungo kante mahal pun kito peje mato


Bini nok make nasi lauk telor mato

Cicoh budu peroh ase lima kenyek lado

Kenye nasi kito make pulok lakso

Kenye nyandar pah nok kuruh lagu mano






APAKAH PERANAN SUKARELAWAN DALAM MEMBANTU MASYARAKAT

APAKAH PERANAN SUKARELAWAN DALAM MEMBANTU MASYARAKAT

Tahniah kepada sesiapa sahaja yang menginfakkan dirinya untuk membuat kerja-kerja sukarela. 


Tak kira la infak diri, harta, duit, tenaga, masa, idea dan apa sahaja tanpa ada niat untuk mendapat imbuhan melainkan hanya ganjaran pahala  Allah semata-mata.


Dalam kita menjadi mata telinga masyarakat, jangan la kita merasakan hanya kita je yang buat baik dan kerja sukarela.


Buatlah apa sahaja kerja sukarela mengikut kemampuan masing-masing tanpa mengaitkan mana-mana pihak seolah-olah orang lain tak cakna dan buat kerja.


Keupayaan kita ni sangat terhad. Bila kita saling sokong menyokong, Insya Allah kumpulan sasar akan terbela nasibnya.


Asal ada orang susah, terus kita jatuh hukum ketua kampung, wakil rakyat, jabatan kerajaan buta tak buat kerja.


Inilah peranan kita sebagai sukarelawan atau rakyat yang cakna supaya menjadi mata telinga dan orang tengah.



Sesungguhnya nak hapuskan kemiskinan bukan mudah. 


Inilah ujian dan peluang untuk kita sama-sama mencari ganjaran pahala Allah tanpa mencemarkan hati dan mulut kita. 


Sayang seribu kali sayang kebaikan dan pahala yang telah kita kumpul melalui kerja sukarela akhirnya hilang begitu sahaja kerana hati kita selalu merasakan kita je yang terbaik dan menuduh orang lain tak buat kerja.

MAKIN BERUSIA MAKIN ADA NILAI

MAKIN BERUSIA MAKIN ADA NILAI

Artis hollywood makin tua makin rare

Artis Malaysia makin tuo keno bue kokre

Bayar muroh supo takdok nilai di mato diore

Banyok pengalame biarlah berpatute



Artis ramai followers buke kayu ukure

Artis loni harap muko jah come

Doh la berlakon supo takdok malu ko haiwe

Baik tengok crito tamil dengan nuste
BAGAIMANA CARA NAK TENANG PADA USIA 40 AN

BAGAIMANA CARA NAK TENANG PADA USIA 40 AN

Pejam celik pejam celik hari ni dah 12.12. Masa tahun 2015 berangan la juga nak anak keluar tarikh comel ni.


Tak lama dah nak masuk tahun baru maka umur pun semakin bertambah. Semakin bertambah umur semakin hampir pada mati.

Nak hidup tenang-tenang je walaupun hakikatnya banyak ujian yang terpaksa kita lalui. Bukan mudah nak dapat syurga.

Walau siapa pun kita, ingatlah kita ni dari mana asal usulnya. Ingatlah pengakhiran hayat kita ni nanti nak ke mana.

Sementara nyawa masih ada ni, rebutlah peluang untuk mencari keredhaan Allah. Allah tak pandang kita ni bangsa apa kaum apa pangkat apa. Allah pandang seorang hamba Allah yang bertakwa.

Jaga agama walaupun kita bukan pendakwah.

Jaga hubungan kita dengan manusia. Jangan sesekali buat zalim dan aniaya orang. Doa orang teraniaya ni semua orang tahu betapa Allah kabulkan.

Kalau ada hutang, sedaya upayalah bayar hutang. Kalau tak mampu halalkan jangan sesekali bagi hutang.

Kalau ada pasangan, janganlah letakkan syarat pasangan kita ni kena sempurna serba serbi. Hakikatnya takde sesiapa pun yang sempurna. Buruk baik pun itulah jodoh kita. Jangan sesekali melihat pasangan orang lain lebih sempurna. Itu hanyalah wayang.

Anak-anak adalah amanah yang perlu kita jaga. Pandai atau tidak, comel atau tidak, berjaya atau tidak, berakhlak atau tidak, ianya tetap amanah kita. Suatu hari nanti, kita hanya nak doa anak-anak untuk kesejahteraan kita di alam barzakh nanti.

Panjanglah pula duk "ngepek".
MASA ITU EMAS?

MASA ITU EMAS?

Nak citer pasal jam la. Dah lama tak tulis kat muka buku ni. Entah apa yang bizi pun tak tau la. Malas benor nak nulis walaupun banyak citer nak tulis ni.


Dari zaman sekolah lagi tak tau la kenapa jam elegik benor nak duduk kat pergelangan tangan che kak.


Kalau tak hilang, ada orang pinjam tak hantar. Pernah juga beli kat expo masa konvo usm, beli pagi belum masuk petang dah rosak.


Memang dah biasa tak pakai jam tangan. Tapi walaupun tak pakai jam, che kak seorang yang menepati masa tau. Kalau janji masa pasti ditepati. 


Che kak kurang gemar kalau seseorang janji dengan che kak tapi tak tepati seperti yang dijanjikan. 


Teringat la masa gi Mekah tahun 2018. Terpaksa juga beli jam sebab henpon tak sempat nak cas.  Teraba-raba tak tau pukul berapa.


Tanya si arab berapa harga jam ni? Dia jawab mahal. Che kak tanya mahal tu berapa?


Sudahnya che kak tanya jam harga 50 riyal ada? Maka beli la juga walaupun duit tak berapa nak ada.


Masa kat Mekah kena jaga tutur kata dan hati. Walaupun hanya lintasan dalam hati, tapi tu lah akan termakbul juga.


Masa pakai jam tu, kan main la duk niat dalam hati harap-harap la elok sampai kat Malaysia. 


Elok je selamat tiba kat KLIA, terus terhenti jarum jam. Wakakaka. Tukar bateri pun tak mau jalan juga. Adan ukerrr che kak. Lepas tu tak tau hilang ghaib kat mana dah. Nak buat kenangan pun tak leh. 


Kalau suami che kak bawa gi kedai jam suruh pilih sendiri, memang tàk tau nak pilih yang mana. Sudahnya tak terbeli sampai sekarang. Rasa sayang pula nak beli jam mahal walaupun berkenan. Jam je kot. Hehe.


Bertahun-tahun tak pakai jam, semalam pok nik offer jam ni hah. Maka selamat lah setakat ni lagi kat tangan che kak. Hehe.





MANJA ANAK SULUNG VS ANAK BONGSU

MANJA ANAK SULUNG VS ANAK BONGSU

Takde rezeki nak peluk cium sokmo abang Aiman masa kecil. 


Apabila dapat tinggal bersama, tak berkesempatan pula nak bermanja sebab adik ramai. 


Maknye asik beranak je. Anak-anak terpaksa la berdikari bila maknya sibuk dengan urusan baby.


Rezeki Awaatif sebab dia berjaya mempertahankan gelaran bongsu yang paling lama. 


Oleh sebab bongsu lama, maka dia la yang jadi baby walaupun dah umur 8 tahun. 



Alhamdulillah, semoga Abang Aiman tetap menyayangi adik-adik kerana adik-adik juga penghuni rahim umi.


#chekakjugaanaksulung

#suamikuanaksulung

#aimansulungkami

#permatahatikami

#aiman#ahyad#aulia'#aqilah#afnan#aimi#awaatif

KEBERKATAN DALAM PEKERJAAN

KEBERKATAN DALAM PEKERJAAN

Tahun lepas che kak ada mendengar tazkirah seorang ustaz tentang keberkatan dalam pekerjaan. Amboi ustaz, kan main bagi contoh penjawat awam buat kerja tak berkat. 


Awaitt, kerja kontraktor, peniaga, kakitangan bank, pekerja swasta, artis, pendakwah dan lain-lain takde kaitan dengan keberkatan juga ke?


Nak bagi contoh pekerjaan pun janganlah bias. Kesian kat penjawat awam yang buat kerja dengan baik dan jujur. Kecik ati kitteeww tauuu.


Nak cerita bab berkat dalam pekerjaan ni pun terasa malu juga. Malu rasanya umpama kepala burung unta menyorok dalam tanah sebab malu dengan khilaf sendiri.


Kita yang lebih tahu dengan diri sendiri berkat tak kerja kita. Kita sendiri la yang kena menilai keberkatan kerja kita.


Bekerja ikut waktu yang ditetapkan. Jangan ponteng. Datang punch card/thumbprint lepas tu ghaib di telan bumi. 


Kalau ada urusan luar dari premis kerja, kena maklum ke majikan/ketua/penyelia.


Kalau penjawat awam kena isi borang kebenaran keluar 4 jam, time slip atau isi sahaja permohonan cuti sekiranya melebihi 4 jam. 


Sama juga kalau kita kerja di sektor pekerjaan lain. 


Bukan apa, takut-takut terjadi sesuatu musibah di luar, haaa sape yang susah. Kita juga kan.


Kalau duk di opis dari 8 hingga 6 petang pun tapi  takde hasil kerja, sama juga takde keberkatan. 


Kedua, jangan guna harta pejabat sesuka hati. Print kerja sekolah anak guna printer opis pun tak berkat dah. 


Bawa balik kertas A4 yang belum guna dan alat tulis opis pun tak berkat juga. 


Kita guna air cond, lampu dan peralatan elektrik tanpa ada langkah-langkah penjimatan pun tak berkat juga. 


Membazir kertas dan dakwat mesin fotostat, printer pun tak berkat juga. Kena minima kan kesalahan dan kesilapan menaip sebelum print kertas.


Bab claím pun sendiri kena tahu dan jujur dengan tuntutan yang kita buat. 


Jangan sesekali minta duit kopi atau duit minyak kalau kerja itu dah memang menjadi tanggungjawab kita. Jangan buat khianat. 


Bukan setakat tak berkat, tapi dah jatuh haram pula. Kat dunia kena penjara , hilang pekerjaan, kat akhirat paham-paham la sendiri.

LAFAZ NIKAH SAH?

LAFAZ NIKAH SAH?

 Belum terlambat nak ucapkan tahniah kepada pelakon  pi mai pi mai tang tu. Dulu memang tengok sokmo rancangan tv ni. 


Tak sangka pula ada pertikaian berkaitan 'sah'.


Che kak tak berniat nak ulas mengenai akad nikah berkenaan sebab dah diulas oleh pakar agama.


Walaupun kita ni kurang bab agama, tapi tidak la sejahil itu sehingga  membuat tuduhan dan fitnah yang sangat berat itu.


Sebenarnya che kak teringat majlis perkahwinan che kak je ni.


Semasa pengantin lelaki lafaz akad nikah di masjid, che kak berada di rumah.


Sampai sekarang che kak tak tahu macamana suasana akad nikah sebab video pun takde nak tengok. 


Dah la che kak ni orang jenis visual. Kena tengok dengan mata sendiri baru percaya. Haha.


Lepas akad nikah, suami pun datang rumah. Terus dia tegur "merohnyo lecu". Che kak pun cepat-cepat sapu sebab malu. Haha. Dah la tu makan sorang-sorang je kat bawah khemah tak ajak kiter. Haha.


Percaya tak percaya pun, kena yakin la dah sah jadi isteri dan bukan lagi berada di alam mimpi. 



Kadang-kadang wat gurau bewok juga dengan suami, "abang sebut nama saya ko masa akad nikoh". 


Oleh sebab che kak dah sain borang yang dihulurkan oleh tok kadi dan ada buku/ surat perakuan nikah Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam 1985 (Seksyen 24) ada nama kami berdua, wali, saksi dan jurunikah maka che kak pun kena yakin la. 


Alhamdulillah, semoga Allah panjangkan jodoh kami dan menjadi kunci ke syurga.

SABUN HOMEMADE DARI MINYAK MASAK TERPAKAI MENYELAMATKAN ALAM SEKITAR

SABUN HOMEMADE DARI MINYAK MASAK TERPAKAI MENYELAMATKAN ALAM SEKITAR

 Geram pulak tengok minyak masak. Timbang dapat 1kg. Apalagi, kita proses dia jadi sabun. 



Selamat alam sekitar longkang rumah che kak.😆


Macam-macam buleh buat dengan sabun ni. 



Setakat ni dapat maklumbalas yang positif dari kawan ofis. Alhamdulillah.


Tapi belum ada lagi keinginan untuk jual sebab tak tahu mood kerajinan tu level mana lagi😂.


Maaf la kalau che kak tak dapat bagi resepi sebab jaga amanah founder kelas online sabun homemade. 


ANAK SULUNG KUAT SEMANGAT

ANAK SULUNG KUAT SEMANGAT

 Ini anak sulung che kak. Dah besar dah. Kalau jodoh cepat bakal jadi suami orang. Kalau jodoh lambat lagi, sempat merasa lagi kita nak membebel rambut penyapu dia tu.


Walaupun dari dalam kandungan lagi terpaksa melalui cabaran, namun ianya hanyalah proses hidup yang perlu dilalui.


Dalam kandungan lagi anak sulung che kak kuat. Kami duk sorang-sorang kat KL tanpa keluarga.



Merasa juga la sebulan duk dalam wad HUSM sebab anemia sebelum bersalin. Terima kasih kepada penderma darah. Banyak pula tu. 2 beg darah saper tau duk mengalir dalam tubuh kami.


Dah bersalin, kami terpaksa melalui episod pjj. Tak merasa nak jaga baby dengan air tangan kita sendiri.


Alhamdulillah, Allah bagi juga melihat anak sulung depan mata sepanjang zaman kanak-kanak dan remaja. Sentiasa cemerlang dalam peperiksaan.  Tumpang bangga juga la dengan kejayaannya walaupun che kak takde pun tolong ajar.


Saat-saat menghadapi exam SPM, dah kena lalui ujian patah tangan. Che kak panggil tangan lima ribu.


Namun berkat sabar dan doa semua berjaya juga dapat 9A walaupun jawab paper exam dengan tangan kiri. Rezeki dari Allah jua.


Che kak bagitau, itulah kenangan manis yang perlu kita kenangkan dalam hidup kita. 


Banyak lagi la kalau nak cerita ujian-ujian hidup yang dia dah lalui.


Dah tiba masa lepaskan dia pilih jalan hidupnya sendiri. Kita hanya guide dia sahaja supaya jalan yang dia pilih itu tidak terbabas dari landasan agama.


Biarlah dia kejar cita-cita dan impian dia dahulu.


Insya Allah, che kak takkan membebankan dia selagi kami sebagai ibubapa ni hidup.


Walaupun anak sulung, wajarkah kita bebankan mereka dengan tanggungjawab untuk menyediakan semua keperluan keluarga sebagaimana kisah yang berlaku kepada artis yang viral pada masa ini?


Kita pun pernah berkecil hati dengan anak. Tapi wajarkah kita mendoakan dan tidak redha kepada anak yang telah bersusah payah dengan kita juga?


Mereka tak minta pun dilahirkan jadi anak kita. Baik dia minta dengan Allah nak jadi anak sultan terkaya di dunia.


Wajarkah  jadikan veto kita sebagai ibu,  terus jatuh hukum anak sebagai anak derhaka? Sedangkan hati mereka dah sarat dengan beban ujian.


Insya Allah berkat doa kita sebagai ibu, anak-anak kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah dan sentiasa akan kirim doa kepada kita semasa hidup dan mati.

BAGAIMANA CARA UNTUK ISTIQAMAH MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

BAGAIMANA CARA UNTUK ISTIQAMAH MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA

Throwback. Masa che kak masih belajar di UPM dulu, che kak terdengar perbualan antara ibu dan anak.


Si anak bertanya kenapa semalam takpe tak pakai tudung, hari ni kena pakai tudung pulak?


Si ibu pun menjawab. Semalam kita tengok konsert hari ni kita tengok nasyid.


Terkedu bila dengar jawapan si ibu. 


Walaupun si anak belum lagi menanggung dosa pahala menutup aurat,namun jawapan si ibu akan menyebabkan si anak keliru.


Habis tu, macamana nak istiqamah menutup aurat dengan sempurna?



Che kak tak bermaksud nak mengajar atau berceramah sebab che kak bukan ustazah. Sekadar berkongsi apa yang kita tahu.


Pertama sekali, letak Allah di depan kita. Maksudnya, kita kena turut apa yang Allah perintahkan dan patuhi larangan Allah.


Tanamkan rasa takut pada azab Allah dan semaikan rasa cinta dan inginkan syurga  Allah. Cari keredhaan Allah.


Apa yang Allah suruh dan larang ni, pasti ada hikmah. 


Walaupun suami izinkan buka aurat, namun itu bukanlah alasan boleh menyelamatkan diri dari patuh hukum Allah.


Kita tutup aurat bukan sebab kita baik. Tapi kita cuba menjadi hamba Allah yang baik.


Kedua, belajar dan sentiasalah belajar untuk meningkatkan lagi rasa taqwa dan tawadduk kita pada Allah. Tak sempat nak pergi kelas-kelas agama, follow aje media sosial ustaz. Sekarang ni mudah sangat nak dengar ceramah hanya di hujung jari.


Penceramah pun, kalau nak ceramah atau membuat teguran, elakkan la mention nama artis yang buka tudung. Janganlah aibkan mereka walaupun terang-terangan depa buka tudung.


Sampaikan sahaja ilmu agama berkaitan hukum hakam agama secara umum. 


Kita pun tak payah la share gambar dan kutuk mereka. 


Buat suami, sokonglah isteri agar istiqamah berhijab. Sayang tau kecantikan isteri kita ditayang kepada lelaki lain. Biarlah kecantikan isteri, suami yang nikmati. 


Hidup di dunia ni hanya sementara sahaja. Atas dunia ni hanyalah jambatan untuk kita kutip bekalan  akhirat yang kekal abadi.


Kenapa bila ada yang meninggal dunia, baru sibuk ahli keluarga, sahabat handai melarang kita share gambar yang tidak menutup aurat?

RINDU YANG TIADA PENGHUJUNGNYA

RINDU YANG TIADA PENGHUJUNGNYA

Alhamdulillah selamat sampai kat loqstaq. Hantar biras dan anak saudara sambil melawat Abang Ahyad. 


Ya Allah, sebaknya rasa sebaik sahaja tengok rumah.  Rasa pilu sungguh. Sunyi sungguh rasa. Hari ni genap seminggu arwah meninggalkan kami semua. Orang kata rindu yang tiada penghujungnya. 


Tadi singgah beli pisang goreng dan keropok kat mana ntah. Lupa dah nama tempat tu.


Orang Kedah memang peramah sangat la. Segan pula rasanya sebab che kak ni introvert. Tapi cuba juga la sama-sama jadi peramah. 


Sempat juga la beli sebotol sos cili hasil produk keluaran kilang di  Pokok Sena. Kebetulan ada van yang bawa produk sos tu. Katanya takde lagi kat Kelantan. 



Pada awalnya depa nak bagi free je tapi che kak bayar juga sebab tu depa punya  usaha cari pendapatan. Harga 2 ringgit 2 kupang. Jap agi kita try.

KEMATIAN HUSNUL KHATIMAH

KEMATIAN HUSNUL KHATIMAH

Che kak baru je install akaun tik tok. Belum tengok lagi apa yang ada dalam tik tok. Sekadar jenguk-jenguk tik tok shop je dulu. Jenguk-jenguk pun sempat juga sambar buku 114 surah, maggi korea dan jubah sehelai.


Hari ni baru berkelapangan nak jenguk tik tok arwah abe ngoh@walid. Allahu rabbi. Semoga pahala berpanjangan buatmu atas perkongsian ilmu yang bermanfaat.



Sejujurnya kami tak pernah lagi merasa kehilangan ahli keluarga terdekat secara tiba-tiba. Arwah sebaya che kak. 


Sebab itu masa dapat khabar berita, che kak tak dapat nak teruskan kerja-kerja che kak pada masa itu. Syukur sangat ada kawan-kawan yang tolong take over .


Che kak hanya kakak ipar pun terasa sangat kehilangan arwah. Apatah lagi umi, papa, adik beradik, isteri dan anak-anak arwah. Lagi la depa terasa dan bagaikan tak percaya arwah pergi tanpa tanda-tanda sakit.


Kita selalu je dengar tentang kematian husnul khatimah. Kami sangat cemburu dengan cara kematian arwah. 


Mati itu pasti. Tapi bagaimana cara kita mati, itu bergantung kepada amalan kita di dunia.


Tiada apa yang kita bawa melainkan hanya kain kapan dan amalan-amalan yang kita kumpul semasa hidup.


Arwah abe ngoh sangat baik dengan umi dan papanya. Bahkan che kak tak pernah dengar arwah meninggikan suara walaupun dalam keadaan bergurau sekalipun.


Berbakti kepada ibubapa dengan caranya sendiri. Walaupun tanpa harta, namun uminya sangat menyayangi arwah. Tak silap che kak, setiap hari tanpa gagal, arwah pasti bertanya khabar umi dan papanya.


Saat kematiannya juga, arwah sedang membantu umi dan papanya membersihkan rumah. Setiap kali arwah balik kampung, itulah yang dilakukan.


Che kak tak pernah lihat arwah meninggikan suara kepada isterinya. Tutur katanya sangat lembut. Sementelah pula isteri arwah juga seorang yang lembut tutur bicara.


5 hari kami berada di rumah arwah di Kedah pada minggu lepas sangat manis dan indah untuk dikenang. Syukur sangat-sangat Allah bagi peluang kami menghabiskan masa bersama-sama.


Rezeki ahli keluarga dapat melihat jenazah buat kali terakhir walaupun kami tak berniat nak tangguh urusan pengkebumian jenazah. Ya Allah, putih sungguh. Jenazah juga dikebumikan pada malam Jumaat. 


Petang semalam che kak tersasul juga, "umi toksir sipe ko wat kenange". Umi terus menangis. "Kenange abe ngoh ado dale hati umi". Che kak tak tahu nak cakap apa dah. Tak reti nak pujuk. 


Banyak lagi nak cerita kebaikan arwah abe ngoh. Tapi tulah rasa macam kena tampar. Masa arwah ada, che kak tak berapa peduli pun tentang arwah. Bila takde, sibuk nak terasa kehilangannya. 


Damailah abe ngoh@walid di sana. Kami juga akan ke sana suatu hari nanti.

DAMAILAH KAMU DI SANA WAHAI WALID

DAMAILAH KAMU DI SANA WAHAI WALID

 Apabila terpandang wajah anak-anak yatim dan balu si arwah, Ya Allah rasa bersalah sangat. Banyaknya dosa che kak pada arwah walid mereka.


Baru terasa manisnya kenangan pergi ke Kedah minggu lepas. 5 hari berada bersama arwah meninggalkan seribu kenangan yang tak mungkin che kak lupakan sepanjang hayat.


Syukur sangat Allah bagi peluang untuk kami habiskan masa bersama-sama semasa di Kedah.


Ya Allah, kurniakanlah taman-taman syurga kepada arwah walid. 


Masih sukar lagi untuk terima kenyataan secepat ini walid dipanggil Allah. Semoga anak-anak, isteri, umi papa tabah terima ujian ini.




MINGGU YANG SIBUK DENGAN BERKURSUS

MINGGU YANG SIBUK DENGAN BERKURSUS

 

Hari ini (20.9.2023) berkesempatan hadir kursus berkaitan keselamatan jabatan. Hari ni juga clash dengan kursus lain yang sepatutnya kena hadir juga.

Tapi jauh nun sorang-sorang nak pergi memang idok ler. Setakat Putrajaya che kak boleh pergi lagi dengan bas. Bila kursus di negeri yang che kak tak biasa, mana la che kak tak reti nak pi sorang-sorang.

Silap haribulan che kak pula yang jadi kes terdampar dan gelandangan di negeri itu.

Bukanlah bermaksud nak demand. Tapi tulah, selagi kita boleh usaha pergi sendiri kita ikhtiar juga. Tapi bila diluar kemampuan kita, memang terpaksa tolak.

Petang tadi ada juga taklimat berkaitan dengan program hari Sabtu dan Ahad ni. Tak dapat juga nak join dengar.

Habis je kursus terus call member tanya berkaitan taklimat tadi.

Berbalik kepada kursus hari ini, belek punya belek gallery album, eh mana gambar-gambar yang che kak snap tadi.

Ada yang ni je. Haha.




KENAPA PILIH BELAJAR DI ALBUKHARY INTERNATIONAL UNIVERSITY

KENAPA PILIH BELAJAR DI ALBUKHARY INTERNATIONAL UNIVERSITY

Hari ni selamat dah Abang Ahyad jadi student Albukhary International University. 



Walaupun kita sebagai mak ni lebih suka abang Ahyad belajar di UiTM Machang, namun kita hormati pilihannya  sendiri.


Perancangan Allah sebaik-baiknya. Kita hanya mampu merancang. 


Seronok juga bila masuk kat AIU ni. Tenang je. Pandai-pandai la abang Ahyad jaga diri. 








Nanti abang Ahyad balik cuti semester, jenuh la umi dengar abang ahyad kecek Afghanistan, Afrika, dan macam-macam bahasa la.


Ambil la peluang belajar pelbagai bahasa. Tak rugi belajar.















Nanti free la che kak citer panjang lagi. Nak gi Tanjung Dawai jap.




SERONOK JUGA BUAT SABUN HOMEMADE

SERONOK JUGA BUAT SABUN HOMEMADE

 "Guano che kak terjebak dengan sabun homemade? Tak dok pitis doh ko nok beli sabun kkeda?"



Hehehehe (gelak dulu). Bila datang minat baru, biasanya sekejap je. Tak tahulah lama mana ianya bertahan.


Duk lalu lalang iklan kelas buat sabun, maka rasa nak join juga. Kebetulan ada promosi separuh harga.


Termenung juga la bila baca resepi dalam grup  exclusive. Boleh ke aku buat ni? Rajin ke aku nak buat ni? 


Inikan pula nak buat sabun-sabun macam-macam peseng ada. 


Ambil masa beberapa minggu juga untuk che kak mulakan. 


Bila try buat sekali, eh excited giler bila menjadi. 



Pantang ada minyak goreng, terus simpan. Kalau dulu, memang mengundang pencemaran longkang. 🥴



Lepas tu try nak buat sabun muka dan badan dengan menggunakan serbuk sireh. Tapi tak menjadi. Hehe. Tak baca betul-betul resepinya. Hehe.


Tak tahu nak buat apa dengan sabun sireh tak menjadi. Nampak gaya boleh buat sental bilik ayaq je kot. Nak buang sayang sebab guna minyak kelapa dara. Mahal bohhh.



Kalau nak buat sabun muka dan badan, sebaiknya gunalah minyak yang elok dan masih baru.


Teringin juga nak buat sabun yang comel-comel tu. Kena tunggu kerajinan auto kuasa dua.

WAJARKAH SETIA DENGAN LELAKI YANG MELAKUKAN KEGANASAN RUMAHTANGGA?

WAJARKAH SETIA DENGAN LELAKI YANG MELAKUKAN KEGANASAN RUMAHTANGGA?

Sebagaimana kita tak suka orang pukul, tampar, hina dan berkata-kata kesat, cemburu buta, kenapa pula suami harus melakukan kekejaman itu kepada isteri.


Hairannya, kenapa seorang isteri sanggup pula bertahan hidup dengan suami kaki pukul yang panas baran.



Kasihan seorang bapa yang telah bersusah payah menjaga dan menyayangi anak perempuan sejak lahir dengan penuh kasih sayang. Berkorban jiwa raga demi membesarkan anak perempuannya.


Apabila tiba masa nak serahkan anak gadisnya kepada seorang lelaki melalui ijab kabul, tapi kena pukul pula.


Tanyalah mana-mana bapa, depa suka ke anak perempuannya kena pukul dengan suami?

Kalau inilah bapa mentua, berani tak agaknya nak buat aniaya kat isteri?


Suami yang sepatutnya melindungi isteri, tapi pecah amanah pula dengan tanggungjawab yang diberikan.


Tapi lagi geram  bila seorang isteri sanggup bertahan kena pukul sehingga berbelas tahun bahkan berpuluh tahun pun ada.



Sampai dah jadi masalah psikiatri pula. Rosak mental fizikal isteri di tangan suami yang panas baran.


Jangan sesekali rasa simpati dan kononnya nak beri peluang kepada suami kaki pukul dan panas baran untuk berubah. 


Percayalah menunggu suami berubah umpama tunggu artis hollywood singgah  rumah kita.



Oh ye suami yang panas baran dan kaki pukul ni jangan dinilai melalui perwatakan sahaja. Muka gengster tak bermakna kaki pukul isteri. Rupanya suami hensem, alim, kaya juga terselit sisi tepi yang membuatkan isteri menderita kena pukul.


Isteri jahat? Kalau isteri jahat, bimbinglah dia dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang dah digariskan oleh agama. 


Dah 19 tahun tak handle kes mohon IPO. Sudah tentu banyak perubahan terutama borang-borang mahkamah. 


Nasib baik ada kak Nor dan Salihah tolong che kak. Kalau che kak sorang-sorang memang nangis tepi bucu meja jawabnya.


Nak daftar kes permohonan melalui sistem e-kehakiman pun rasa macam nak meletup kepala. Satu hari juga la tak dapat nak upload dokumen. 


Jarang-jarang buka akta dan garis panduan, maka seharian juga duk study takut tersalah borang dan prosedur.


Itu belum lagi asyik kacau penyelaras PU dari jajahan lain. Hehe. Tq uolsss  CL dan che Dah comel sebab sabar je layan soalan bodoh che kak. Hehe.


Nasib baik Kak Lah cuti sakit. Tak mau kacau kak lah sangat. Kalau tak, berasap wasap Kak Lah. Kak Lah kena rehat banyak-banyak.


Mantan penyelaras pun takdok sebab bizi dengan pertandingan inovasi. Kalau tak "awokkkk, nok mitok tolongggg".


Uruskan kes keganasan rumah tangga memang kita kena bertenang. Sebab klien memang tak tenang. Kalau sama-sama tak tenang, minta tolong saja dengan kawan yang cool dan tenang😁.


Baru cerita satu sisi unit PU. Banyak lagi nak cerita unit baru che kak ni. Baru tak baru pun dah masuk tahun ke dua. 😘


Nanti ada kerajinan, che kak sambung lagi. Maklumlah ada hobi baru buat sabun homemade. Tapi tak tau la lama mana hobi baru mampu bertahan.🤣

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com