May 2022 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: May 2022
HAPPY ANIVERSARY 19

HAPPY ANIVERSARY 19

Hari ini genap 19 tahun melayari rumahtangga dengan suami tercinta Fazdrul Arman.

 Hakikatnya kami macam pasangan suami isteri yang lain juga.

Tetap diuji, ada pasang surut, ombak badai, hujan taufan, panas kemarau. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan jodoh kami. Walaupun dah 19 tahun, tapi rasa macam masih baru je diakad nikahkan. 

Syukur Ya Allah kerana kurniakan suami kiriman Tuhan. 

Semalam dah dapat hadiah😍😍. Terima kasih daun keladi.😘😘

Orang kata jangan pilih rupa. Tapi bila tengok dia buat kali pertama, Ya Allah, jadikanlah dia jodohku😆.

Mengimbas kembali kenangan dulu-dulu. Coursemate che kak yang jadi orang tengah.  Terima kasih cikgu Hasmadi Nordin. Tapi masa tu che kak tak kenal sape Arman. 

Che kak solat hajat dan istikharah. Masa mimpi tu nampak seorang lelaki pakai sweater KMR dan naik motor honda cup lampu bulat. 

Keesokkannya, che kak tunggu kawan kat depan bank BSN. Pukul 7 pagi tak silap la. Eh eh eh eh Ya Allah, terkejut che kak. Sama macam mimpi la. 😲

Tak puas hati lagi ni sebab tak nampak muka. Masa kelas apa ntah dah lupa. Tiba-tiba ada seorang  lelaki pakai seluar jeans hitam, t-shirt hitam, jam hitam, rambut panjang, muka ala chinese. Fuyyoo hensem gak dia😬.

Teringat la pula, masa doa nak jodoh yang tinggi, muka cina, jaga solat, tak merokok. Tapi segan minta macam-macam, Ya Allah rock pun tak pe la. Wakakka. Kan Allah dah makbul tu😊.

Tapi kecik hati juga la sebab ada orang kata che kak nak ke abe long sebab dia ada harta. Hadoiii. Che kak bercinta masa tu, abe long belum kerja. Masih bergelar student. Tak tahu masa depan macamana lagi🤦. Tapi sebab yakin dengan petunjuk istikharah, che kak tetap yakin pada si dia.

Abe Long vs Kak Long








AMY SEARCH DI MATAKU

AMY SEARCH DI MATAKU

 Pergeseran antara anggota kumpulan rock ikonik nampaknya belum menampakkan tanda bakal berakhir.


Sebagai peminat lagu-lagu rock, rasa nak bagi komen juga la.😬


Che kak nak habaq dari sudut mata che kak sebagai peminat suara legend rock Amy Search.  Suara vokalis tu yang mahal. 


Kalau tanya che kak sape pemain drum, gitar dan lain-lain pemain muzik, memang che kak fail. Buta terus bab ahli kumpulan lain. Sama je bunyi che kak dengar kalau sape-sape yang main gitar, drum, rebana ke apa ke. 


Andai kata Amy tukar nama kumpulan lain pun, aura Amy tetap terserlah. Suara dia tetap padu. Aweera nyanyi lagu Amy pun tetap rasa macam tak sama😬.


Sayang betul kalau nama Search tu di ambil oleh penyanyi lain. Ibarat macam rumah kita la. Penat kita kumpul duit, cari duit, beli paku, kayu, simen, atap, akhirnya dah jadi rumah. Last-last rumah tu 'bini baru yang duduk'🥴.

RENDANG DAGING

RENDANG DAGING

 Pagi tadi masak rendang daging. Perabis daging dalam peti ais , rasanya setengah kilo je ada tu.


Abang Nan la suruh masak, tak sabar-sabar katanya nak makan. Nasib baik cukup bahan.


Daun kunyit je konpius. Kotnya tertukar dengan daun temu yang bertemu lawak, maka jadi la temulawak.




Ngantuk, so tido dulu. Bila bangun, tengok dah licin. 


Goreng ikan kering je la. Wakaka. Sekadar nak senyapkan perut berkeroncong je dulu.


Biskut raya pun dah habis. Nampaknya kena pi mydin ni beli biskut raya. Nak tempah tapi tauke biskut raya balik Mekasar dulu. Rasa macam tak puas raya lagi🤣.


Jamuan raya semalam pun banyak yang tak sempat nak makan sebab banyak sangat menu. 🤤


Kena ejah 1 hari raya 1 menu sampai abes raya sebulan😬.

WAJARKAH SEORANG IBU MEMBURUKKAN ANAKNYA

WAJARKAH SEORANG IBU MEMBURUKKAN ANAKNYA

Pada suatu hari, (kisah ni dah 19 tahun yang lalu) che kak  berbual dengan seorang ibu. Kan main wei dia duk ngutuk mengata anaknya.🤦


Dalam hati che kak, jahat sangat ke anaknya?


Mana anak makcik? 

Gi kerja.


Kerja apa? 

Kerja kilang.


Che kak tanya, sape bayar bil elektrik dan air? 

Dia jawab anaknya.


Che kak tanya lagi, sape beli barang dapur? 

Dia jawab anaknya.


Che kak tanya, sape angkat tong gas ni kalau gas dah habis?

Dia jawab anaknya.


Che kak tanya lagi, sape bawa makcik ke klinik kalau sakit? 

Dia jawab anaknya.


Che kak tanya sape bayar sewa rumah ni? 

Dia jawab anaknya.


🤔🤔🤔🤔🤔🤔🤔


Makcik, kalaulah si anak dengar makcik duk ngata dia, tentu hatinya sangat hancur berkecai.


Makcik, walaupun jasa makcik sebagai ibu kandung tak mampu di balas dengan harta segunung seluas lautan sekalipun, namun sebagai anak, dia dah berusaha menjaga makcik sebaiknya-baiknya.


Mungkin makcik ada kecil hati dengan anak makcik yang menyebabkan makcik  mengutuk dia depan che kak. 


Atau makcik takut bantuan tak lulus sebab anak dah membantu sara makcik.


Makcik, bersyukurlah anak makcik dah sangat baik terhadap makcik.


Cuba makcik tengok dunia luar dengan mata hati.


Berapa ramai orang tua ditempatkan di rumah orang tua sebab anak tak nak jaga.


Berapa ramai orang tua yang rindukan suara anak cucu sebab anak menantu tak balik kampung langsung.


Berapa ramai orang tua tiada anak di dunia ini.


Berapa ramai orang tua habiskan sisa-sisa hidup dengan anak yang sakit terlantar.


Berapa ramai orang tua hidup dalam kesedihan kerana anak terlibat dengan dadah, jenayah.


Berapa ramai orang tua yang di dera mental dan fizikal oleh anaknya.


Makcik, walau apa jua makcik nampak salah silap anak, ingatlah takde anak pun nak jadi anak makcik yang memburukkan anak sendiri.


Kalau anak diberi pilihan , nak ke dia jadi anak makcik? Baik dia mimpi jadi anak raja.

SABAR DALAM BERIBADAH, TINGGALKAN MAKSIAT DAN MUSIBAH

SABAR DALAM BERIBADAH, TINGGALKAN MAKSIAT DAN MUSIBAH

 Uols dah kerja ke? Lepas bercuti lama ni, dah start masuk gear 5 ke?🤭

Hari ni che kak dah kerja. Tadi singgah nak isi minyak kereta, tapi banyak kon je tanda minyak habis.

Baru berangan nak keluar masuk kampung pagi ni nak gi lawatan ke rumah untuk kajisemula bantuan.Tapi terpaksa la batalkan niat. Tak pasal la 'kete mapuh' tengah jalan sebab abes minyak😅🤪. Baik duk diam-diam je dulu kat opis.

Takpe lah, kita call dulu la sekadar ambil maklumat awal. Tapi jenuh redial tapi tak berangkat juga🤦. Depa raya lagi kaaa atau tido rayaa.

Pagi tadi sempat la dengar tazkirah dalam radio manis fm. Sabar. Ye apabila kita sebut sabar, mesti kita bayangkan sabar dalam ujian je.

Rupanya sabar dalam membuat ibadah, sabar tinggalkan maksiat dan sabar dalam ujian.

Nak buat ibadah pun kena sabar. Berat juga nak beribadah. Contoh, lepas solat wajib, sabar buat solat sunat, sabar dengar kuliah dalam masjid, bukannya lepas solat terus angkat kaki, cepat-cepat keluar dari masjid. 

Sabar dalam meninggalkan maksiat. Nak buat jahat senang je kot. Sebab tu kena sabar banyak-banyak kalau ada terfikir nak buat maksiat. Contoh kalau nak mencuri ke apa ke, sabarrrr.

Sabar dalam musibah ni ramai yang tahu dan faham. Contoh masa kita hadapi pkp akibat covid-19. Betapa ramai yang kehilangan pekerjaan, ahli keluarga, struggle nak teruskan kelangsungan hidup.

Semoga kita jadi orang yang sentiasa bersyukur dan sabar. Ibarat pokok yang berbuah. Walaupun orang lempar batu, tapi kita bagi buah.

SUKA TENGOK RANCANGAN MASAK-MASAK

SUKA TENGOK RANCANGAN MASAK-MASAK

Malas pula nak buat kerja. Kerja banyak tapi che kak pilih layan kemalasan dulu. 🤭. Perut lapar terpaksa la masak. Sambal ikan sardin je bohhh. Untuk wat hilang gastrik 'bertempik' je boh.



Duk layan Star vs food ni haaa. Haha lucu gak. 1st time tengok rancangan ni. Anil Kapoor masak sambil dipantau oleh chef. 

Semua rancangan masakan che kak layan. Time che kak seorang diri kat rumah, che kak boleh layan channel AFN dari pagi ke malam. Kalau nak layan movie seram kena ada peneman dulu. 

Apasal haa kalau tengok rancangan masakan tak kiralah apa rancangan sekalipun, depa steady je cantik jelita comel walaupun tengah masak. 

Kalau che kak masak, mau satu badan bau segala bawang, rempah, sambal bla bla bla. Pakaian tak usah cakap la. Lepas masak kena tukar baju sebab habis lencun😂😂. Muka lagi la, tertukar dengan minyak masak cap buruh🤪.

Kadang-kadang che kak tak paham juga camne depa boleh masak dengan rambut panjang mengurai tanpa diikat terlebih dahulu.🤔 Lagi satu yang che kak tak faham time buat menu salad, kenapa perlu digaul dengan kedua-dua belah tangan. Tak leh guna sudu ke kalau nak buat salad?🤔

Eh kenapa kita masak, takde pun cakap-cakap. Fokus je masak. Tapi chef boleh je masak sambil mulut pung pang. Konpius pula, air liur tak masuk dalam masakan ke 🤔?

Eh che kak tanya ikhlas ni. Takde niat nak sindir sape-sape.

Moralnya, kita kena hargai dan rai sangat-sangat orang yang masak. Penat wei masak ni. Kalau sedap kita puji. Kalau tak kena dengan selera, jangan keji. 

"Habis tu, kalau ada orang tak nak makan kita masak, camne? Penat masak tapi takde orang nak makan."

Contohnya mak mentua tak nak makan yang menantu masak😁. 

Alaaaa, anggap je la tu bukan rezeki dia. Jangan sedih-sedih la kalau mentua tak nak makan yang kita masak. 

Kalau masak banyak, bagi kat jiran. Kompem depa suka naaa. 

Panjang pula membebel hari ni🤪. Esok dah bizi kerja, tak sempat dah nak membebel panjang macam ni.

ABANG AIMAN FISIOTERAPI

ABANG AIMAN FISIOTERAPI

 Hari ni bawa abang Aiman fisioterapi. Abi depa pula bawa Awaatif gi cocok vaksin. 


Rancangan asal lepas habis exam SPM, abang Aiman nak kerja. Tapi jauh di sudut hati che kak nak dia ada depan mata dulu sementara result keluar. Bantu adik-adik dalam pelajaran dulu. 


Nanti dapat sambung belajar kat mana-mana IPTA, pergilah terbang mencari ilmu dan pengalaman. Cuma buat masa ini, nak pastikan dia kuat jati diri. Dunia luar banyak cabaran dan pancaroba. 


Tapi hari ini, siapa sangka abang Aiman berada di sini. Semoga abang Aiman cepat pulih seperti biasa. 



Sempena Hari Ibu, sejujurnya che kak tak pernah mengharapkan balasan material atau penghormatan dari anak-anak. Cukuplah anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah, pandai jaga diri dan maruah serta dapat doa masa che kak dan suami di alam kubur nanti. 


Tanggungjawab kita sebagai ibubapa memastikan keperluan asas, pendidikan, kesihatan anak-anak dipenuhi. Jangan sesekali letak syarat anak wajib balas jasa kita. Jangan guna veto kita sebagai ibu sehinggakan anak berjauh hati dengan kita.


Insya Allah, kalau kita didik anak-anak dengan baik beracuankan ajaran agama,  anak-anak automatik akan menyayangi dan menghormati kita.


Sebelum kita menuntut hak kita sebagai ibubapa, marilah kita cek diri kita dulu.


Coretan  7 Syawal 1443H/ 8.5.2022


HOME SWEET HOME

HOME SWEET HOME

Alhamdulillah, home sweet home.

Fuyyoo ada kotak ajaib kat beranda rumah che kak ni. Untuk sape ni ye 🤔. Walau apa pun, ucapan terima kasih kepada si pemberi kotak ajaib ni. 🥰






Sebelum sampai kat rumah tadi, singgah beli nasi bungkus Kak Chik. Kalau ada orang tanya yang mana satu sedap antara nasi Kak Chik dengan nasi Air Dingin? Che kak lebih suka nasi Kak Chik. Sempat juga tukar syiling sebab penjual nampak beg syiling che kak😂. 

Nasi Kak Chik tu, asalnya tak berani nak makan, takut tak sedap. Tapi ada staf JKM bagitau nasi Kak Chik ni lagi sedap. Bila makan, eh betul la sedap. Sampai sekarang che kak akan pilih nasi Kak Chik.

Pagi tadi lepas makan bihun goreng , che kak layan mata je la. Zzzzzzzzzzzzzz. 

Petang tadi pun sempat ler makan maggi hasil air tangan Dr phd walhal dia sedang berpuasa. Tapi masih sudi masak untuk anak-anak buah. 😋😋 Eh lupa hari ni belum makan nasi😂😂. Tu yang singgah beli nasi bungkus. 

Hari ni masih jem lagi jalan menghala ke  KL. Berhati-hati di jalan raya. Semoga uols selamat sampai ke destinasi masing-masing. 




Coretan 6 Syawal 1443H/ 7.5.2022


CUBAAN BUNUH DIRI PERLU DIBANTU ATAU DIHUKUM?

CUBAAN BUNUH DIRI PERLU DIBANTU ATAU DIHUKUM?

Beberapa bulan yang lalu, ada la tengok citer kat astro kisah remaja jadi hantu sebab bunuh diri. Walaupun citer je tapi banyak lak soalan-soalan Awaatif. Jenuh otak nak perah jawapan. 

Walaupun hanya budak yang tanya, che kak sedaya upaya bagi jawapan yang betul bukan kelentong punye jawapan. 

Kenapa bunuh diri? Tak dosa ke bunuh diri? Boleh ke bunuh diri? Takde kawan ke tolong dia jangan bunuh diri? Bunuh diri boleh jadi hantu ke?  Kalau nak bunuh diri kena terjun bangunan ke? Banyak lagi la soalannya. 

Dalam kisah ni, remaja yang bunuh diri tu tak tahan sebab kena buli dan didera secara mental dan fizikal dengan budak asrama. Ada kawan baik tapi takut nak tolong. Keluarga broken lagi la menambah derita si budak bunuh diri ni.

Jadi hantu sebab nak balas dendam standard la citer seram. Kalau tak buat macam tu, tak jadi filem pula kan.

Setahu che kak cubaan bunuh diri ini adalah satu jenayah di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Tak sure pula sekarang ni dah di mansuhkan ke tak seksyen tersebut.

Sejujurnya che kak tak setuju cubaan bunuh diri ni dianggap sebagai jenayah.  Jangan kata orang yang cuba bunuh diri ini tiada iman, tidak beragama.

Teringat seorang kenalan che kak. Warak orangnya. Menutup aurat dengan sempurna. Rajin beramal ibadah, solat tak tinggal kecuali waktu 'uzur'.

Tekanan perasaan yang dialaminya menyebabkan dia telan ubat overdose. Nasib baik cepat diselamatkan. Syukur masih panjang umur dan dia dah bertaubat. 

Dia tertekan kerana di dera secara mental oleh mentuanya. Dia tak mampu nak cerita pada orang sebab perwatakan mentuanya yang baik dan warak. Pastilah orang takkan percaya pada kata-katanya.

Nasib baik suaminya sangat memahami dan memberi sokongan untuk pemulihan emosinya. Kini che kak tengok dia bahagia dengan kehidupannya bersama anak-anak dan suami seolah-olah tiada derita lagi.

Tapi bukan mudah untuk dia pulih dari tekanan emosinya.  Berbelas tahun untuk pulih dan memerlukan kekuatan yang bukan sedikit. 

Apa yang che kak nak maksudkan, individu yang cuba bunuh diri perlu dipulihkan bukan dihukum. Wallahu a'lam.




RAI TETAMU

RAI TETAMU

 Sementara menanti mata jenero, che kak tulis la dulu kisah hari ini.  Rasa rugi pula kalau tak tulis. Tapi pelik kan, kalau arman rider nak baca masa tengah menulis (menulis ke menaip?🤔) ni, rasa malu yak amat. 

Kalau nak baca, nanti baca je kat wall che kak😂. Nak komen ke, tegur ke atau suruh delete ke, baca je kat situ. Jangan kacau che kak masa menulis ni🤭.

Pagi tadi pergi pasar tani di Laloh. Awal sangat kot pergi sebab ramai lagi peniaga belum memulakan jualan🤭.

Tak ada apa yang nak dibeli sekadar cuci mata je. Lagipun boleh hancurkan lemak menu raya kalau jalan-jalan pusing pasar tani🤪.

Masa nak balik, ternampak orang jual radio klasik. Radio baru tapi corak retro/ vintage. Berkenan la pula dengan radio patern lama tu. Ada kastemer terus beli sebuah radio. Harga seratus lebih. Katanya dia minat barang lama. Nak pergi pasar karat, tak tahu bila. So, dia beli dulu wat sedap mata memandang letak atas almari.😍. Bila tengok kereta dia pun dah tahu dia ni suka antik dan orang banyak duit.🤭




Balik dari pasar tani, makan nasi dagang. Haa sape tau penyanyi yang nyanyi lagu nasi dagang🙋.

Lepas solat Jumaat, pergi beraya ke rumah kawan sape sebenarnya pun che kak tak tau la. Nak kata kawan abi tok, muda sangat orangnya. Tapi semua ahli keluarga suami baik dengannya.

Keluarga ni golongan asnaf, isteri sakit dan suami tetap setia jaga isteri sakit buah pinggang yang perlu rawatan hemodialisis. Ada seorang anak OKU. Masa kat pasar tani tadi pun che kak nampak dia jual sayur dan ulaman kampung wat tampung sara hidup. 

Che kak terkejut sebab banyak nau lauk pauk yang terhidang. Semua menu masakan kampung che kak suka😋😋.  Rasa macam susahkan tuan rumah pula. Tapi orang dah hidang, kita kena hargai penat lelah tuan rumah. Jemput makan😋😋. 

Rasa malu pula kat diri sendiri. Depa mai rumah che kak, hanya mampu hidang air teh o je.😅 Walhal tetamu mai bawa rahmat. 

Coretan 5 Syawal 1443H / 6.5.2022








RAIKAN AIDILFITRI

RAIKAN AIDILFITRI

 Sedap betul tidur kat beranda semalam. Angin bukit sangat sejuk. Aircond semulajadi.


Semalam mak mentua masak nasi dagang di bantu oleh anak dan menantu. Che kak tolong tengok je la😁😅.

Walaupun bertitle anak sulung, menantu sulung tapi che kak fail bab masak. 😅 Dah 19 tahun jadi menantu pun tetap segan nak tolong kupas bawang🤦.

Che kak sangat kagum dengan biras che kak walaupun ada anak kecil tapi sangat lincah di dapur mentua. 😍😍

Sebenarnya che kak rindu dengan kak long dan kak ngah (adik suami) sebab tak berkesempatan beraya bersama. Kak long diuji suaminya sakit. Semoga bak cepat sembuh dan pulih seperti biasa. Kak long merangkap masterchef.  Kak ngah pula gilirannya beraya di Johor. 

Adik beradik che kak pun dah kembali ke destinisi masing-masing. Teruskan kehidupan mencari rezeki. Hanya whatsapp penyambung silaturrahim dan kisah-kisah seharian. 

Petang semalam che kak gi stesen keretapi Kuala Krai sebab jemput adik ipar no 2. 

Menggamit memori di stesen ni. Dulu masa che kak mula-mula pindah ke Pasir Mas, che kak ulang alik setiap minggu. Tambang RM7 masa tu tahun 2005. Lepas tu naik prebet gi pejabat JKM Pasir Mas. Kadang-kadang jalan kaki je kalau prebet takde. Steady jalan kaki dengan perut memboyot. Loni, kedai depan rumah pun malas nak jalan🤪.

Pernah la sekali masa tu tambang RM9 sebab naik koc sewa khas. Masa nak turun tu, che kak ternampak warga askar. Oooo tren khas untuk askar rupanya. 

Oh ye. Sementara tunggu tu, che kak ajak suami pergi kedai eco. Beli mainan untuk anak-anak saudara😁. Ye ke nanti bulan 6 ni naik rega pula🙄. 

Sambungan coretan Syawal 4 Syawal 1443H ( 5.5.2022)




MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MASJID MUKIM LATA REK

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MASJID MUKIM LATA REK

 Ralit nau raya, lupa  hari ni orang dah mula bekerja. Che kak masih bercuti. Sebab utama bercuti, malas nak hadap jem gi kerja.

Encik suami ajak gi beraya kat rumah Pok Mudo Ghoni. Bff Abi Tok ni dah macam family sendiri.  

Pok Mudo bagitau ada majlis hari raya kat Masjid Lata Rek. Apa lagi jommm.

Sampai kat masjid, wah meriahnya. Macam-macam menu ada. Che kak sempat berseloroh dengan  tok imam macam pengantin sebab lengkap berbaju melayu pink dan bersampin.🤭

Che kak ambil sikit je nasi dan gulai kawah. Takut gulai tu rasa manis. Standard masakan Kelantan mesti manis-manis. Kalau ambil banyak takut  tak habis pula.  Nanti jadi saudara syaitan pula.

Tapi kan sedap la pulakkk gulai kawah. Nyesal ambik sikit🤪😍😂.  Memang kena dengan selera che kak. Tapi segan la pula nak pi tambah🤪.

Kalau ada hidangan ala bufet macam ni,, jangan tamak. Ambil ikut kemampuan boleh habiskan ke tak. Ambil banyak-banyak lepas tu jadi saudara syaitonnirojim🙄.

Lepas tu bila ada orang lain yang tak sempat menjamu selera, dah jadi fitnah kat tuan rumah kononnya tuan rumah masak sikit je. Sedangkan saudara syaitan tu ramai.

Balik rumah nampak adik ipar bongsu comot. Ni mesti tangkap @ ngail ikan kat sungai tepi rumah mentua. Suka benar dia dengan aktiviti ngail ikan ni. Che kak juga yang untung nanti tumpang rezeki makan ikan haruan🤭. 

Malam-malam sikit che kak sambung pula ye. (Koya la nulis pun supo la kito ni  ado peminat🤪🤭). Tulis untuk kepuasan sendiri dan sebagai kenangan suatu hari nanti je gais🥰.

Coretan 4 Syawal 1443H. (5.5.2022)





LALUAN ALTERNATIF DABONG

LALUAN ALTERNATIF DABONG

Hari ni sambung coretan raya ke 3. Semalam nak tulis tapi banyak sangat serangan kelkatu. Pantang ada cahaya termasuk cahaya henpon.

Alang-alang lalu jalan Dabong, singgah kat Gunung Stong dan Gua Ikan. Ada hikmah juga nak elak jem punya pasal. Walaupun jauh dapat la singgah cuci mata. Kalau tak, entah bila akan sampai kat sini.

So far, jalan sangat ok. Tak jem langsung. Boleh ler lalu sebagai jalan alternatif nak balik ke Lata Rek.

Jarak dari Batu Gajah, Tanah Merah ke Lata Rek, Kuala Krai lebih kurang 90 km juga la. Agak-agak je ni. Ambil masa 3 jam setengah juga la sebab jalan bengkang bengkok termasuk ziarah tempat menarik. Kalau che kak yang bawa, esok baru sampai🤪🤭.

Ada budak-budak duk merempit bawa motor secara berbahaya. Geram la wei.

Dah sampai ke rumah mak mentua, sambung makan kuih raya lagi😂 berlaukkan kelkatu.

Coretan 3 syawal 1443H (4.5.2022)

































CUTI PERISTIWA HARI RAYA AIDILFITRI 1443H

CUTI PERISTIWA HARI RAYA AIDILFITRI 1443H

Hari ni masih mood bercuti. Dapat cuti free dari kerajaan negeri. Nak gi jalan mana eh hari ni🤭

Lepas breakfast nasi berlaukkan ikan kerisi goreng sambal dan ayam goreng celup tepung,  suami ajak gi rumah mentua Abe Teh di Tanah Merah.

Walaupun dah terbayang jem yak amat, tapi suami kata boleh lalu jalan kampung.

Sebelum keluar rumah, pastikan semua plug di cabut kecuali peti ais, tutup tingkap, kemas rumah sikit, buang sampah, pintu di kunci.

Sebelum tu singgah rumah kawan abang Ahyad.  Walaupun tak kenal ibubapa kawan anak, tapi best juga bersembang. Banyak modal nak berborak. Che kak macam biasa la, hanya suka menjadi pendengar.

Dah kenyang makan ketupat, kek, biskut raya, anak dapat duit raya lagi, terus ke rumah ma pula. Jumpa adik jap sebab depa dah nak balik KL malam ni dan pagi esok. Gomol anak sedara dulu🤪. Bergambar untuk kenang kenangan walaupun tak cukup korum.

Begitulah gais. Ada rezeki boleh kumpul semua, alhamdulillah. Kalau tak dapat, redha je la sebab masing-masing ada kekangan yang tak dapat dielakkan. Raya tetap on. Raikan saja dengan cara kita. Terima kasih juga buat ipar sebab sudi bawa adik dan anak saudara  balik kampung.







Dari rumah ma terus ke Tanah Merah. Tu diooo jem juga ooo. Hadap je la. Dah nak raya kan. Kalau tak nak hadap jem, duk diam-diam kat rumah tengok neflix.🤪.

Ternampak label Pangkal Meleret. Eh kampung cc opis che kak la. Tapi tak tahu mana satu rumah cc. Ingat nak call kot boleh beraya dan makan-makan. (Asyik pikir makan je🙄). Tapi dah agak mesti cc takde kat rumah.

2 jam setengah duk hadap jem walaupun dah ikut jalan kampung, akhirnya sampai juga kat Batu Gajah, Tanah Merah.

Sebelum tu singgah solat kat balaisah kecil kat kampung nama apa ntah. Lupa pulak. Ada orang muda tolong buka pintu. Katanya kena sentiasa berkunci sebab ada orang curi barang-barang surau. Kalau ada orang nak tumpang solat baru dia akan buka kunci.

Kita pula sentiasa sangka buruk kalau nampak surau atau masjid berkunci🤦.

Sampai je kat rumah mak biras, tu dioo dah terhidang nasi dan lauk. Alhamdulillah. Sambal petai ikan bilis sangat mebeles. Adik ipar che kak masak memang sedap. Semua adik beradik suami termasuk suami che kak masak sedap 😋.  Biskut raya mamasab pun sedap.

Dah puas bersembang dan perut pun dah kenyang, anak-anak dapat duit raya lagi, jom balik. 🤪

Sambung balik rumah mentua di Lata Rek pula. Try ikut jalan Dabong ni. Harap tak jem walaupun jauh sikit. Tapi pelik juga apasal jem juga. Ooo rupanya ada acccident berhampiran MRSM Jeli.

Hati-hati gais di jalan raya.

Okey nanti che kak sambung balik ye. Terima kasih en suami yang sabar dan tabah jadi driver🥰. Betul-betul raya kali ni🤪.

Coretan 3 syawal 1443H (4.5.2022)





HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com