February 2020 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: February 2020
WAJARKAH PERLU BERPANDANGAN NEGATIF KEPADA HOSPITAL KERAJAAN

WAJARKAH PERLU BERPANDANGAN NEGATIF KEPADA HOSPITAL KERAJAAN

Sejak akhir2 ini, banyak sangat isu panas. Tak sempat nak join netizen2 bagi komen. Banyak kerja la wei nak kena settle. 

Walaupun kerajaan tiada buat masa ini, kita sebagai rakyat dan pekerja kena teruskan hidup dan laksanakan tanggungjawab masing2.

Hari ni sempat dengar taklimat tentang keselamatan tempat kerja dan dokumen rasmi kerajaan.

Petang pula ada temujanji ECHO kat HRPZII. Temujanji biasa sahaja. Sekali sekala cek la jantung walaupun kita tak sakit. Alhamdulillah, tiada masalah jantung dan normal. 

Sebagai mantan pesakit jantung semasa kanak-kanak, che kak bagaikan diberi nyawa kedua. Suatu ketika dulu, hospital bagaikan rumah kedua che kak.

Sebab tu che kak menyampah sangat orang layan kakitangan hospital kerajaan dengan kurang ajar.

Kalau tak puas hati, buatlah aduan mengikut landasan yang benar. Setiap jabatan kerajaan ada unit khas berkaitan pengurusan aduan.

Petang tadi, ok je layanan staf HRPZII. Cepat je servis diorang. 

Kalau isu menunggu lama, che kak rasa klinik atau hospital swasta pun kita terpaksa tunggu lama sekiranya pesakit ramai.

Kalau ada duit, takde salahnya dapatkan rawatan di hospital swasta. Tapi tak payahlah nak kondem hospital kerajaan dengan perasaan buruk sangka kita tu.

Mentaliti kita kena ubah. Kalau nak pergi ke hospital kerajaan, cuba fikir positif dan jangan buruk sangka. Insya Allah urusan kita akan dipermudahkan.

Ok bye. 




KENAPA PENTINGNYA KEJUJURAN DALAM ISU HAKMILIK CIPTA

KENAPA PENTINGNYA KEJUJURAN DALAM ISU HAKMILIK CIPTA

Timbul isu tuntutan hakmilik ciptaan lagu. Sejujurnya che kak memang tak tahu lagu-lagu baru. Halwa telinga tetap suka lagu lama. Rock oooo..

Che kak cuba dengar, best sangat ke lagu ni sampai menuntut hakmilik cipta bersama? Masing-masing tak nak kalah dan mengalah.

Sejujurnya che kak dengar biasa aje. Tak de la wow sangat. Entah le. Agaknya kalau Naqiu menyanyi baru che kak rasa WOW!

Walaupun kita tak jujur dengan dunia, namun hakikatnya diri sendiri yang lebih tahu dengan tahap kejujuran kita.

Kepuasan menulis dengan ilham dan idea diri sendiri lebih mendatangkan kepuasan yang sangat bermakna. 

Sekiranya hasil penulisan kita ada sedikit idea orang lain, adalah wajar untuk kita 'kreditkan' kepada mereka yang sama-sama menyumbang hasil idea.

Pada pendapat peribadi che kak, mengalah bukan bermakna kalah. Elakkan persengketaan semata-mata kerana lagu yang tak akan bawa kita ke dalam syurga.

#Hanyaduniayanglara.
BAGAIMANA MERANCANG PERBELANJAAN SECARA BERHEMAH

BAGAIMANA MERANCANG PERBELANJAAN SECARA BERHEMAH

Kebiasaannya yang memohon bantuan adalah dikalangan mereka yang berpendapatan rendah dan tidak tetap.

Namun apa yang membuatkan che kak nak share satu kisah yang mungkin boleh dijadikan panduan terutama dalam pengurusan kewangan kita sendiri.

Untungnya kita yang ada pendapatan tetap walaupun kecil, kita masih boleh urus bajet kita dan kita tertunggu-tunggu tarikh tersebut yang pasti akan tiba.


Seorang wanita yang baru sahaja bercerai tanpa membuat sebarang tuntutan nafkah. Sebab-sebab tidak tuntut kerana bekas suami tidak bekerja dan terlibat dengan penyalahgunaan pil kuda. Kalau mohon juga umpama tunggu duit jatuh dari langit katanya.

Apabila tengok slip gaji, tinggi lagi gaji dia dari che kak. Anak ada dua orang. Terang lagi bersuluh, permohonan bantuan bulanan pasti tidak akan diluluskan.

Namun che kak tahu, pasti ada masalah dalam mengurus perbelanjaan wang gajinya. Che kak minta izin untuk bertanya perihal perbelanjaannya.

Wanita tersebut ada membeli rumah dengan bayaran RM1200 sebulan. Pada masa yang sama, menyewa rumah lain yang lebih berdekatan dengan tempat kerja. Sewa rumah RM500 sebulan. Kos untuk rumah sahaja RM1700 sebulan. Rumah sendiri ditinggalkan kosong tanpa disewa.

Cadangan che kak, duduk rumah sendiri. Lagipun tak la jauh sangat kalau nak berulang ke tempat kerja.

Anak sulung bersekolah swasta. Che kak dah lupa berapa bayaran bulanan. Pada pendapat che kak, tak de buruknya kalau anak bersekolah di sekolah kerajaan. Anak tetap boleh belajar dengan cemerlang.

Apabila kita hantar anak ke sekolah swasta yang berbayar, maka mentaliti masyarakat mengatakan kita adalah orang banyak duit. Jadi, apabila kita ada masalah kewangan, orang susah nak tolong kita.

Che kak tak paksa hantar anak ke sekolah biasa. Terpulang pada kehendaknya. Pasti ada sebab yang munasabah.

Bil astro tinggi. Che kak cadangkan ambil yang basic je sebab menurutnya, jarang tengok tv. Rugi je bayar kat astro.

Anak bongsu pakai pampers yang berjenama mahal. Pada pendapat che kak, sekiranya anak tiada masalah ruam, boleh je pakai pampers yang murah contoh fitty basic. Dari yang sulung sampai anak ke anak tujuh, anak che kak pakai fitty basic je. Sekali sekala ada la juga beli yang mahal.

Kesimpulannya, rancang la perbelanjaan secara berhemah. Kalau kita asyik nak berhutang dengan orang, bukan semua orang ada duit juga.
KITA ADALAH PELAKON ATAS PENTAS DUNIA

KITA ADALAH PELAKON ATAS PENTAS DUNIA

Kontroversi persembahan Drama Band?? Biasa la, masyarakat tak jaga sensitiviti dan kita sendiri tak boleh nak terima kritikan.

Che kak tak tengok persembahan mereka. Che kak pun dah lama tak layan AJL. Layan AJL masa zaman rockers. Rock ooo.

Hakikatnya kita sendiri pelakon atas pentas dunia ni. Kita sendiri yang bikin drama.

Kita kata kita sayang Allah, Rasul dan Islam, Tapi kita tetap hipokrit. Lawan hukum Tuhan. Banyak guna logik akal daripada rujuk agama.

Kita kata sayang mak ayah. Hakikatnya kita biarkan hari tua mereka berlalu tanpa kasih sayang kita.

Kita kata sayang anak. Hakikatnya kita dera masa depan mereka dengan segala gajet yang merosakkan.

Kita kata sayang pada rakyat. Sebelum mengundi, penuh janji manismu tapi hakikatnya madah berhelah je.

Kita kata sayang pada keluarga. Hakikatnya, kita berebut harta pusaka hak milik anak yatim.

Kita kata sayang pada kawan-kawan. Hakikatnya, apabila kawan susah terus kita jauhkan diri.

Banyak lagi la episod drama yang kita sendiri lakonkan tanpa wayang.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN SUMBANGAN KEPADA IBUBAPA

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN SUMBANGAN KEPADA IBUBAPA

Kita selalu mendengar rungutan ibubapa bahawa anak-anak tidak membantu memberi sumbangan wang saku.

Pelbagai persoalan yang timbul adakah anak-anak wajib memberi wang saku kepada ibubapa?

Sekiranya wajib, berapakah nilai sebenar sumbangan yang harus diberikan?

Selain daripada wang saku, adakah yang lain-lain dinamakan sumbangan seperti membeli barang keperluan dapur?

17 tahun di arena kerja kebajikan, che kak masih belum dapat memahami kehendak sebenar ibubapa.

Masih sukar untuk memahami erti sebuah sumbangan anak-anak kepada ibubapa.

Masih ada ibubapa yang hanya mendewakan anak yang memberi sejumlah wang berbanding dengan anak-anak yang tidak memberi wang secara langsung.

Masih ada ibubapa yang mengagungkan anak-anak yang mempunyai kerjaya dan bekerja di Kuala Lumpur berbanding dengan anak yang berada di depan mata.

Masih ada ibubapa yang membeza-bezakan layanan terhadap anak-anak berdasarkan sumbangan wang.

Kos sara hidup masa kini yang membuatkan anak-anak dilema untuk memberi sejumlah wang yang banyak kepada ibubapa.

Ada kalangan anak-anak yang akan membantu ibubapa seperti memberi penjagaan dan membawa ke hospital, jaga semasa sakit, makan minum dan sebagainya.

Ada anak-anak yang membeli barangan dapur dan lauk pauk bagi memudahkan ibubapa tidak lagi bersusah payah ke kedai.

Ada anak-anak yang akan memberi makanan siap masak. 

Ada anak-anak akan membeli barang keperluan rumah seperti barangan elektrik dan lain-lain untuk kegunaan ibubapa.

Kadang kala kos membeli lagi tinggi daripada memberi wang saku setiap bulan.

Namun, masih ada ibubapa sengaja buat-buat tidak faham. Masih anggap anak yang memberi wang itu adalah anak yang soleh dan anak yang mengenang jasa ibubapa.





HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com