April 2019 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: April 2019
MISKIN ITU TAKDIR?

MISKIN ITU TAKDIR?

Apa itu miskin?
Kenapa kita miskin?
Apa yang menyebabkan kita miskin?
Perlukah kita miskin selamanya?
Apa tindakan kita untuk keluar dari title miskin?
Apakah kayu ukur yang menentukan kita miskin?
Adakah keturunan kita miskin, selamanya kita kena miskin?

Miskinnya kita dalam kategori mana? 
Miskin harta, miskin pemikiran, miskin adab? 

Apa penyebab kita miskin?
Tiada pekerjaan dan pendapatan tetap?
Sebab sakit dan tidak mampu bekerja?
Sebab sikap kita yang malas nak bekerja dan berusaha?
Sebab mentaliti kita yang tak nak ubah kehidupan kita sendiri?
Sebab kita dah rasa selesa dengan kehidupan seharian?
Adakah kerana TAKDIR?

Selagi ada peluang dan ruang untuk ubah nasib diri sendiri, selagi  itu bukan namanya takdir miskin.

Nak menangis untuk kali pertama, menangislah. Orang tak marah. Orang akan simpati dan akan cuba bantu ringankan beban. 

Tapi kalau asyik menangis minta simpati, lama kelamaan orang akan meluat. Orang akan menyampah. Orang dah takde perasaan nak bantu. 

Tapi orang tak sampai hati nak bagitau betapa perasaan sangat meluat tengok air mata kita.

Sebab itu che kak terpaksa bertegas, jangan lagi menangis.  Che kak nak bantu. Sebab itu kena turut apa yang che kak suruh.

Kalau nak menangis juga, menangis lah dalam bilik atas tikar sejadah. Bukan lagi menangis depan orang. 

Che kak kena sedarkan orang miskin lebih-lebih seorang wanita yang rasa terbeban dengan dugaan kemiskinan. Walaupun pedih dengan kata-kata che kak, tapi itulah yang akan menyedarkannya bahawa dia sendiri yang kena ubah nasibnya.

Supaya takde orang akan menyampah lagi tengok air matanya. 

Che kak tak pandai membina ayat mulut manis. Che kak tak pandai nak janji seribu bintang konon nak tolong. Kata-kata pujangga berhikmah tak mampu lagi menyedarkan akal fikirannya. Che kak tak pandai nak susun ayat motivasi. Kerana che kak tahu, ia hanya akan jadi "roti basi".


HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com