August 2022 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: August 2022
KUIH KETAYAP

KUIH KETAYAP

 Semalam buat kuih ketayap.

Che kak bukanlah seorang yang rajin buat kuih.



Lebih suka beli je sambil niat nak support peniaga kecil-kecilan yang mencari rezeki.


Namun sekali sekala buat sendiri dan menjadi rasa berbaloi juga.

Apatah lagi anak-anak turut sama buat dan rasa seronok tolong buat kuih juga.


Kuih muih adalah salah satu punca yang boleh menjana pendapatan juga.


Kalau tak pandai, belajar. Jual la kuih jenis apa pun, pasti akan ada yang membeli.


Tapi dengan syarat biarlah kuih itu sedap dan berbaloi dengan harga.


Modal pun tak perlu banyak. Mulakan dengan kecil-kecilan.


Zaman sekarang ni takde dah alasan tak tahu nak kerja apa, tak tahu nak jual apa.


Daripada pm orang nak pinjam duit, lebih baik pm orang promote kuih yang kita jual.

LAMBAIAN RINDU SEORANG ISTERI

LAMBAIAN RINDU SEORANG ISTERI

Melihat lambaian seorang isteri kepada suaminya yang akan meneruskan menjalani hukuman penjara, rasa sayu juga hati ini.



Suami outstation sehari dua pun rasa rindu sekok sebok dale dado. Inikan pula terpisah oleh sebuah penjara.


Bagaikan mimpi  je apabila mantan pemimpin negara dijatuhkan hukuman.


Sebagai rakyat marhain, che kak tetap mempercayai dan menghormati badan kehakiman negara dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.


Namun, che kak rasa sedih juga apabila terbaca  komen-komen yang tidak melambangkan keperibadian kita sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi orang politik yang sepatutnya ambil ikhtibar.


Begitulah adat dunia. Apabila kita berada di puncak, kita akan disanjung. Apabila kita jatuh tergolek , pada masa itulah kita akan tahu yang mana lawan dan kawan.


Semoga DS tabah dalam menghadapi ujian hidup ini dan terus berjuang dan pastinya ada hikmah setiap kejadian yang berlaku.

DAYTRIP PULAU PERHENTIAN

DAYTRIP PULAU PERHENTIAN

 Apabila tiba di point yang terakhir, rasa dah tak bersemangat nak terjun dalam laut sebab lapar. Haha. 




Kitorang berhenti makan kat restoran sebelah masjid Ar Rahman. Che kak tengok harga, okey je harga makanan kat situ. Masih harga mampu milik. 


Lepas makan, che kak gi toilet kat masjid. Wow bersih sangat. Selesa. Che kak solat zohor terus kat masjid tu sementara menanti bot tiba pula. 



Nasib baik ada telekong solat kat masjid tu sebab beg kena tinggal kat camp. Takut berat bot katanya. Sebenarnya kalau nak salin pakaian dan solat, sangat sesuai kat masjid ni. 


Sebelum balik, kononnya nak tukar pakaian. Tapi tandas kat camp tu tak selesa. Sorry la che kak memang geli. Nasib baik dah solat kat masjid tadi.


Masa balik tu, che kak duk kat depan bot. Best oooo kena angin laut. Walaupun sakit pinggang sebab macam dah naik kuda, tapi pengalaman nak ko suasana tu yang penting๐Ÿ˜†. (nipu benor sebab tak pernah naik kuda pun๐Ÿคช imaginasi je deh)




Nasib baik tak mabuk laut. So far sangat enjoy. Terima kasih kat urusetia yang bersusah payah uruskan daytrip kitorang.


Terima kasih yang tak terhingga juga kat kawan kat JKM Besut sebab tolong bayar saman parking kereta che kak๐Ÿ˜†.

DAYTRIP PULAU PERHENTIAN

DAYTRIP PULAU PERHENTIAN

 Okey sambung balik cerita.


Memang tenang sungguh pergi ke Pulau Perhentian. 


Banyak pakej sebenarnya yang korang boleh pilih. Che kak tak tau sebab geng lelaki yang urus semua tu. Kitorang turut je ke mana depa nak bawa. 


Nanti korang boleh google daytrip Pulau Perhentian by Awatif Packages.


Aktivitinya ofkos la main air.  Snorkeling timeeeee. Enjoy enjoy juga. Dalam seronok berendam dalam air laut pun tetap rasa takut lemas. Lawan juga la rasa takut tu sebab nak sangat rasa enjoy dengan laut.


Malas la nak cerita tempat kitorang pergi antaranya fish point, turtle point, shark point.






Kalau hilang mugo spek mato tu keno ganti RM100 la wei.  Kalau terjatuh sila bagitau kat pekerja diorang. Nanti diorang berenang tolong ambilkan. 


Tapi kan, korang tak rasa geli ke dah berapa ribu orang  duk gigit 'kakah' tu,๐Ÿ˜†. 


Masing-masing memang enjoy. Nama lgi nak release tension, kan. So, manfaatkan la daytrip anda.


Depa ni, daripada tak pandai berenang, eh sekejap je pandai berenang. Che kak? ๐Ÿ™„๐Ÿ™„๐Ÿ™„ Asyik nak pegang member je. Kalau terlepas tangan dengan member, rasa cam tenggelam dalam air laut dah. 





Tangan kaki tu rasa terkuis-kuis cari tanah. Walhal elok je terapung sebab pakai jaket๐Ÿ˜†. Point nye memang kena bertenang. Tapi tu la tak tenang tenang juga.๐Ÿ˜Œ




Boss che kak memang pandai berenang sebab beliau pun merangkap guru renang. Seronok je tengok dia berenang sambil menghayati alam dalam laut.



Weiii dah lupa la nama tempat yang ada kolam air mata air tu. Airnya sangat sejuk tapi best dan segar. Ada juga orang jual makanan goreng-goreng. Kalau mahal pun harap maklum la tempatnya. Tak tau la duit sape yang belanja keropok goreng. Macam piranha masing-masing makan keropok. 




Weiii nak bagitau ni. Seksi se seksi si wanita omputeh yang pakai bikini, seksi lagi gadis melayu yang pakai baju dan seluar panjang ketat. Terjojol biji mata bila tengok budak pompuan sorang tu hah. Hadoiii dah la siap lompat-lompat sebab sejuk bila jirus mata air tu๐Ÿคฆ


Walaupun tak pakai bikini, rupanya gadis melayu itu lagi seksi. Tak sure la pula melayu ke kaum apa ke. Tapi wajah tu macam orang melayu je.


Che kak pun tak tahu la sedang menghayati alam semulajadi yang hijau ke atau keindahan makhluk yang bernama perempuan๐Ÿคช.


Okey sambung pula pasni.

DAYTRIP PULAU PERHENTIAN

DAYTRIP PULAU PERHENTIAN

 Aderr lengoh belakang baru siap lipat kain. Ada lagi seround duk musing dalam dryer. Jap agi lipat pula. Itupun tengok pada tahap skala kerajinan.


Sementara menanti waktu Isyak, rasa nak tulis kisah gi Pulau Perhentian la. Tarikh dah lupa. Jap nak tengok kalendar. 11.8.2022 kot. Lupa la tarikh bila. 


Kali pertama che kak pergi ke Pulau Perhentian tahun 2013. Masa tu program anjuran Bahagian OKU. Che kak masa tu tengah pregnant 7 bulan anak no 6.


Kali ni berkesempatan pergi bersama rakan-rakan sepejabat. Pergi pagi balik petang. Tak bermalam.



Ada juga rakan-rakan tak pergi atas kekangan masing-masing.


Program team building rasanya. Hahaha tak sure la pula nama program tu. Takpe lah pointnya asal boleh pergi ke PP. 


Lepas solat subuh terus ke opis. Dari opis terus ke jeti. Sementara menanti, sempat makan nasi bungkus. Takut benar kat LAPAR.๐Ÿ˜† Ofkos bawa bekal air nescafe dari rumah.



Balik hari pun berat juga beg.๐Ÿ™„. Telekung solat, baju sepersalinan, towel, kain tudung. Entah la lupa dah apa yang dibawa lagi.


Paling mahal pakai selipar jepun eco 2.40 je๐Ÿ˜†. Haha lupa nak pakai kasut. 





Naik bot memang syok ooo. Terbuai rasa layan dentum dentam bot duk lawan ombak. 


Tapi sebenarnya rasa berdebar juga sebab masa tu viral kes nelayan Pasir Puteh yang maut. 


Rasa terbuai dengan angin laut. Memang indah sungguh alam semulajadi ciptaan Allah. 



Nasib baik pakai seluar panjang sebab jaket keselamatan kena pakai dengan sebaik-baiknya. Ingat deh jaket keselamatan sangat penting sebagai satu ikhtiar perlindungan.  Pandai tak pandai berenang tu nombor dua dah. 


Dah sampai kat pulau. Fuyyooo memang cuci mata sungguh. ๐Ÿคช



Okey sambung balik , nak solat dulu.



RESEPI TUMIS NASI KERABU DAN TUMIS BUDU

RESEPI TUMIS NASI KERABU DAN TUMIS BUDU


Sebelum che kak terlupa, che kak nak tulis resepi tumis nasi kerabu dan tumis budu versi che kak belajar.


Kalau lain daripada korang, rai kan aje la ye. Nama lagi resepi, terpulang pada citarasa masing-masing.


Che kak blend lada kering, bawang merah, bawang putih, halia.


Lada kering tu, che kak guna lada kering yang besar dan tak pedas. Tujuannya untuk dapatkan warna yang cantik. Rebus dulu dan buang biji.


Kuantiti tu, che kak agak-agak letak je. Tak silap segenggam lada kering, 10 ulas bawang merah, 6 ulas bawang putih, sedikit halia lebih kurang 2inci.


Lepas blend, tumis dulu. Dah pecah minyak masukkan santan dan kacau. Masukkan serai yang diketuk dan daun pandan.


Masukkan asam keping, manisan dan garam.


Masak sampai pecah minyak.


Rasa tu kena ada rasa masam, manis sikit dan masin.


Tadaaa siap...




Untuk tumis budu, che kak tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, cili padi/lada burung.


Tumis sampai garing. 


Lepas tu masukkan budu, daun limau purut, serai, manisan, air asam jawa atau air limau nipis.


Garam tak perlu masuk dah sebab budu dah masin.


Apa jenis budu pun takpe.


Masak sampai pecah minyak.


Rasa masin, masam dan bau wangi.


Siap. 


Yum yum yum yum.



Budu tumis tu makan dengan nasi panas-panas pun sedap.



JANGAN JADI ORANG MUNAFIK

JANGAN JADI ORANG MUNAFIK

 

Fuh lega rasa dapat bayar balik duit yang pinjam semalam.

Semalam che kak takde cash. Urgent nak guna cash.

Hari ni cepat-cepat gi bank cocok duit dan terus bayar.




Sebagaimana kita janji nak bayar dengan kadar segera, maka segeralah tunaikan. Kalau tak, nanti jadi orang MUNAFIK.

Orang bagi duit kat kita sebab percaya dengan kata-kata dan janji-janji manis kita.

Orang bagi pinjam sebab kesian kat kita. Bukan bermaksud depa ada duit.

Kita tak tahu mungkin sekeping rm50 tu la duit belanja seminggu sementara nak dapat gaji.

Kalau orang tolong maka ucapkanlah terima kasih.

Kalau orang tak nak tolong sebab sikap MUNAFIK kita, janganlah buat status menampakkan bodoh sombong kita.

Eh panjang pulak membebel ni.Haha.

TERUJA MASAK NASI KERABU

TERUJA MASAK NASI KERABU

 Hari ni (21.8.2022) teruja betul apabila dapat berkumpul bersama sukarelawan JKM wanita. 


Perjumpaan kali ni untuk memperkasakan jawatankuasa sukarelawan wanita.






Santai-santai kat rumah ketua sukarelawan, cikgu Yuganu. Masak, makan, bertemu mata mengeratkan silaturrahim untuk sekadar happy dan santai-santai je. Ada rezeki kita makan bersama.



Staf pakat-pakat tolong buat. Ada hiris ulam, masak nasi, buat sambal lada, air teh o dan macam-macam lagi la.


Che kak yang tak pernah masak nasi kerabu, rasa cam nak pengsan sebab nak kena siapkan tumis budu dan tumis nasi kerabu. 


Walaupun pada awalnya, tersalah teknik dah jadi macam kuah percik, tapi berkat tunjuk ajar masterchef merangkap adik ipar che kak secara whatsapp akhirnya jadi juga.


Teruja betul che kak sebab dapat juga buat tumis nasi kerabu sebab 43 tahun bernyawa di bumi Allah ni, tak pernah che kak masak.




Ek eleh itu pun nak kecoh๐Ÿ™„. Orang lain masak sambil pejam mata je pun takde nak kecoh-kecoh macam che kak๐Ÿ˜ฌ.


Alaaa awakkk. Layan je laaa. Haha. Bukan che kak la kalau tak tulis kat wall efbi che kak ni๐Ÿ˜†.


Nyaris-nyaris juga makan nasi kerabu tanpa sambal kelapa dan ikan. Pergh hampir gelap mata juga la weiii. Nasi kerabu apa takde kelapa goreng dan sambal ikan๐Ÿ˜†.


Apalagi start kereta, terus ke pasar beli ready made je sambal ikan dan kelapa goreng.


Pastu depa gaul-gaul satukan pastu campur serai, lada hitam tumbuk, bawang besar dihiris nipis-nipis.


Ayam goreng, solok lada sedap bak hang.





Ulam pun macam-macam ada. Baru betul nasi kerabu mewah dengan ulam. Kalau kat kedai, ulam kacang panjang dan kobis je depa taruk.

PENGAT DURIAN

PENGAT DURIAN

 Duk bukok tutup bukok tutup freezer, bilo tau nok abes duyan ni. 


Alang-alang craving , haaa jadi la pengat duyan wat cicoh dengan roti. 



Guno nise kabung yang dibeli kat Melaka masa kursus hari tu. 


Duyan tu adik ipar beli.


Daun pandan tu, mitok ngan poknik mareng.


Santan, beli ngan jiran sebelah rumah.


Paling mahal sekali ialah kerajinan. Punyalah lama baru datang rajinnya๐Ÿ˜† walhal mudah sangat๐Ÿ˜‹.

BAGAIMANA MENANGANI ANAK-ANAK YANG BERGADUH

BAGAIMANA MENANGANI ANAK-ANAK YANG BERGADUH

 Kalau anak-anak bergaduh, malas che kak nak layan.


Kenapa?


Sebab,


Bergaduh lah macamana pun, akhirnya diorang tetap berbaik dan bermain bersama-sama semula.


Boleh bergurau senda semula.


Macam takde apa-apa krisis pun masa diorang dah berbaik.


Cuba kalau che kak awal-awal masuk campur, pasti akan berpanjangan sengketa.


Sebab pasti akan ada yang kecik ati dan tak puas hati sebab anggap che kak pilih kasih dalam meleraikan pergaduhan diorang. 


Kadang-kadang terfikir juga. Kenapa budak bergaduh pandai je diorang selesaikan krisis.


Kadang-kadang diorang bergaduh siap ejek mengejek nama tu, pergh boleh tahan mulut diorang. 


Tapi lepas tu elok je panggil abang kakak dengan penuh kasih sayang.


-che kak forever-

RESEPI KEROPEH AYAM MASAK TAUCU

RESEPI KEROPEH AYAM MASAK TAUCU

 Keropeh ayam masak taucu

Feveret famili che kak


Kot takde selera dan blur tak tau nak masak apa, apa salahnya cuba resepi ni.

๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹



Sukatan agak-agak je ni.

6 ulas Bawang merah

4 ulas Bawang putih

2@3 inci Halia

2@3 inci Lengkuas

3 batang Serai 

Segenggam cili padi/lada burung (ikut tahap kepedasan masing-masing)



Blend dan tumis.



Masukkan keropeh ayam yang dipotong kecik-kecik. 


Biasanya kalau beli 2 ekor ayam memang terus asingkan bahagian keropeh untuk masak menu ni. 

(Hati, pedal, kaki ayam, tekok, sayap)

Kalau guna bahagian isi, rasa macam tak best je. 



Masukkan sedikit air.


Dah empuk, masukkan taucu 3@4 sudu.

Nak masukkan lebih pun takpe.




Masukkan lada hijau solok dan kacang panjang yang dihiris halus. (Tak letak pun takpe, sekadar hiasan.)



Rasa dulu. Kalau dah masin tak yah letak garam.


Garam, gula, serbuk perasa terpulang la nak letak ke tak sebab taucu tu dah masin.





KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH UGAMA 2021 ABANG AHYAD

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH UGAMA 2021 ABANG AHYAD

 Alhamdulillah tahniah Abang Ahyad dengan kejayaan SMU 2021.


Walau apa jua result abang Ahyad, umi tetap terima dengan penuh syukur dan redha.๐Ÿคฒ


Walaupun keputusan SMU tidak sama dengan abang Aiman , namun itulah hasil kejayaan abang Ahyad.


Bagi umi, abang Ahyad tetap cemerlang kerana result abang Ahyad lagi power dari SMU umi tahun 1996๐Ÿ˜.


3 subjek mumtaz Alquran, bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pergh bijak juga anak umi ni. 


Takde subjek yang gagal pun satu rahmat. Kalau nak dibandingkan dengan umi dulu, haderrr malunya umi.๐Ÿ˜†



Semoga abang Ahyad terus tabah untuk  cipta kecemerlangan dalam SPM 2022.


Sudah tentu abang Ahyad akan dibayangi dengan kejayaan abang Aiman. Namun jangan lemah semangat. Terus fokus untuk cipta kejayaan sendiri.


Umi sangat hargai waktu kita berdua berjalan berpimpin tangan kat Terengganu baru-baru ini masa nak tengok Mat Kilau.๐Ÿ˜

ABANG AIMAN MASUK UNISZA

ABANG AIMAN MASUK UNISZA

 Alhamdulillah hari ni anakanda abang Aiman akan menjadi pelajar unisza.



Ada soalan kenapa pilih unisza?

Kenapa tak mohon asasi UIA?


Che kak takde jawapan.

Jawapannya hanya ada pada Allah kerana Dia lah yang menggerakkan jari-jari untuk key in unisza sebagai pilihan pertama.


Che kak suka dengan pilihan unisza sebab dulu pun che kak nak juga sambung belajar di kusza (nama asal). Tapi tak kesampaian sebab tak isi borang๐Ÿ˜. 


Dulu kalau nak sambung kusza kena isi borang bukan upu.


Syukur sangat sebab Gong Badak Terengganu dekat je dengan rumah lebih kurang 2 jam dari rumah.


Sempat juga ambil cuti rehat 2 hari jalan-jalan cuci mata bak kata orang nok ko suasano jah.๐Ÿ˜



Bertolak hari sabtu seawal jam 5 pagi, singgah solat kat Masjid Kayu di Jerteh. 


Selama 3 hari di sini tentulah banyak "nok ko suasana jah".


Nanti ada kesempatan dan kerajinan che kak tulis. Maklum la nak tulis ni selain ada idea, kena ada skala kerajinan yang tak terbelah bagi.๐Ÿ˜

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com