March 2019 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: March 2019
KENAPA IBU HAMIL SUKA MINUM SUSU KAMBING

KENAPA IBU HAMIL SUKA MINUM SUSU KAMBING

✅ Susu kambing tinggi Vitamin B2 bantu mengekalkan sistem imun badan yg baik utk ibu

✅ Susu kambing membekalkan kalsium utk ibu & bayi, terutamanya tumbesaran tulang bayi.

✅ Susu kambing tinggi protin. Protin bantu menguatkan rahim dan memberi nutrisi pada bayi untuk terus membesar.

✅ Susu kambing adalah sejenis antasid yang boleh mengatasi masalah pedih ulu hati dan gastrik yang sering dialami oleh ibu mengandung

✅ Sesuai di fasa awal kehamilan kerana berguna untuk tumbesaran otak bayi. Juga sesuai di akhir fasa kehamilan kerana mengalakkan penghasilan susu ibu.

Susah nak jumpa susu kambing yang benar2 asli?
Nah cuba MIKKAE  MILK. Susu kambing segar diserbukkan TANPA campuran krimer atau gula tersembunyi. Tinggi protin. Lazat. Premium kualiti.


BAGAIMANA CARA MASAK SUP AYAM SEDAP TANPA AJINOMOTO DAN BAHAN PERASA

BAGAIMANA CARA MASAK SUP AYAM SEDAP TANPA AJINOMOTO DAN BAHAN PERASA


Hari ni che kak nak share resepi sup ayam sedap tanpa bahan perasa ajinomoto. Walaupun tanpa bahan perasa, sup tetap sedap. Sedap di tekak che kak dan family che kak la. Bukan anti ajinomoto, tapi suami tak bagi guna. Oleh sebab dah 16 tahun tak masak guna ajinomoto, maka tekak dah boleh terima.



Nak masak ape pun, che kak guna periuk ni. Kalau tukar periuk lain, memang tak menjadi la masakan che kak.


Panaskan minyak masak dengan api yang sederhana.




Tumis 4 sekawan(bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga)




Tumis bawang merah, bawang putih yang dimayang dan halia yang diketuk. Che kak malas nak tumbuk. Dah, jangan tanya kenapa malas nak tumbuk. Bawang putih banyak lagi sedap.



Tumis sampai garing. Sedap betul bau bawang goreng campur dengan rempah 4 sekawan. Ni dah hampir nak hangit. Nak snap gambar punye pasal.




Masukkan ayam. Kacau sampai sebati sehingga air ayam kering.





Masukkan air.



Biarkan gelegak dan reneh. Sape suka letak senduk macam ni, kita geng.





Masukkan tomato. Che kak lupa nak masukkan ubi kentang.



Lepas tu masukkan sedikit garam dan gula. Sikit je. Jangan masukkan 1 bekas tu pulak. Kan jadi cerita lori garam dan gula ku terbalik.



Che kak suka masukkan daun sup dan daun bawang. Nanti ada la mak jemah yang tak suka makan sayur akan bising.




Perah limau nipis dalam sup nanti ye. Nak makan dengan sambal kicap pun sedap.

APA ITU BAHAGIA?

APA ITU BAHAGIA?


"Nora, awok tok pernah triok ko"?
Nora (bukan nama sebenar) ialah klien che kak. Che kak tahu dugaan hidupnya sangat perit. Tapi setiap kali jumpa atau terserempak, hanya senyuman sahaja yang che kak nampak.

Seolah--olah tiada masalah walhal sebagai ibu tunggal yang menyara 7 orang anak secara sendiri tanpa sumber pendapatan tetap. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Si anak yang berusia 12 tahun, setia mengikut Nora ke mana sahaja. Walhal kanak-kanak seusianya lebih suka bermain dengan kawan-kawan. Tiada gajet. Dari pagi ke petang tak makan sebab kehabisan beras di rumah adalah perkara biasa yang dilaluinya.

Che kak tak berhajat nak cerita apa yang JKM dah bantu. Kami telah bantu urus kes Nora mengikut SOP kami. Apa yang che kak nak cerita ialah tentang bahagia.

Bahagia? Semua individu mahu kehidupan bahagia termasuk Nora dan anak-anaknya. Pada pandangan mata kita, Nora tak bahagia. Berkahwin cerai dan bekas suami tidak pernah bagi nafkah kepada anak-anak. Sumber rezekinya bergantung pada tulang empat kerat.

Che kak nampak kebahagiaannya terletak pada kasih sayang anak-anaknya.

Dia bahagia kerana kelahiran anak--anaknya tiada sebarang masalah kesihatan dan dipermudahkan. Dia bahagia walaupun tiada duit tapi anak-anak tetap dapat makan dan tiada yang kebuluran.

Dia bahagia walaupun anak-anak masih kecil, tetapi dapat berdikari dan urus diri. Anak-anaknya sihat tanpa sebarang penyakit. Nora ada seorang anak OKU tapi mampu urus diri mcam orang normal.

Dia bahagia kerana tuan rumah sewanya amat baik dan tidak pernah mendesak agar bayar sewa. Ada duit, dia bayar dan dia tetap usaha agar dapat bayar sewa tanpa culas.

Dia bahagia keluar mencari rezeki dengan motor buruknya tetapi masih berjasa kepadanya.
Dia bahagia apabila terserempak dengan che kak dan tegur tanpa rasa segan.

Namun, apa sebenarnya maksud bahagia? Kata orang bahagia itu relatif, bergantung kepada tafsiran masing-masing.

Antara intipati untuk mendapatkan kebahagiaan ialah adanya Qanaah. Qanaah ini bermaksud menerima dengan rasa cukup. Dalam cerita Nora, dia menerima apa sahaja dengan rasa cukup.

Nora juga redha. Redha ialah menerima sesuatu dengan seikhlas hati. Dia redha dengan ujian kemiskinan.

Namun begitu, Nora tetap berusaha mencari rezeki dan menerimanya dengan tanpa merungut. Sekarang ni che kak dalam proses membantu supaya dia dapat berniaga mi celup kat kampungnya. Katanya dia pandai masak mi celup dan amat berminat dengan bisnes.

CORETAN KOLEKSI PUISI HASLIZA

CORETAN KOLEKSI PUISI HASLIZA

Masa sekolah rendah lagi che kak suka menulis puisi, seloka, cerpen dan apa sahaja la jenis penulisan. Tapi tak terlintas di fikiran nak simpan sebagai koleksi. Habis hilang macam tu je selepas menulis. Tapi nak dapatkan balik, memang mustahil la. 

Idea ni datang tak kira masa, tempat atau mood. Kalau sempat tangkap, maka terhasil la sebuah penulisan. Tengah menyapu pun idea boleh datang. Paling stress datang masa tengah meeting. Mustahil untuk che kak nak tulis idea. Nak kena jeling dengan Tuan Pengarah? Maka bye bye je la idea tu.

Che kak tulis puisi secara spontan je. Ikut suka hati je nak tulis. Takde la pula nak tulis ikut kriteria yang dinamakan puisi. Kalau minta sasterawan cek balik, memang kena makan gelak je. Tak perlu sasterawan, cikgu sekolah cek pun, tepuk dahi aje agaknya.

Biasanya che kak menulis puisi apabila jiwa kacau. Jiwa kacau tapi tak boleh nak lepaskan perasaan. Takut orang salah faham. Perasaan terlampau nak marah, gembira, sedih atau menyampah dengan seseorang. Jadi apabila kita menulis puisi, perasaan dah lega tanpa mereka tahu apa yang che kak nak gambarkan dan kepada siapa yang che kak nak maksudkan. Kiranya che kak sorang je faham apa yang che kak tulis.

Teringat masa banjir tahun bila ntah. Dah lupa. Ada komen dalam fb yang kata 'JKM GILA BABI'. Che kak rasa marah menggelegak. Mendidih je rasa. Rasa nak maki hamun je balik. Tapi, che kak tahu takkan menang dan rasa bodoh je layan orang macam tu. 

Maka terhasil la DEMI BERKAT BERJASA tanpa perlu ada pertumpahan  berbalas lawan dalam fb. Semoga yang hina JKM tu, namanya takde dalam senarai penerima bantuan.

Paling mengharukan che kak, seloka Demi Berkat Berjasa telah dideklamasikan masa program SAD. Kawan sekerja tolong puisikan dengan diiringi petikan gitar. Pergh. Rasa segan pula. Terima kasih kawan-kawan kerana sokong puisi tersebut.

Nasib baik ada fb yang boleh tolong simpankan koleksi puisi che kak. Tak banyak la koleksi sebab banyak yang entah hilang ke mana. 

Jemput la baca dan like page @Koleksi Puisi Hasliza
ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG?

ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG?

Che kak ketinggalan keretapi. Rupanya hari ni majlis APC. Tahniah kepada staf JKM yang menerima anugerah pada hari ini.

Apabila kita kenal seseorang dan kita tahu dia adalah seorang pekerja yang bagus, maka kita akan menerima  dengan hati yang lapang.

Berbalik pula dengan kita kenal cara kerjanya yang kurang memuaskan. Eh macam tu pun dapat APC? Eh! Macamana dia boleh dapat APC? Pelbagai persepsi akan timbul.

Penilaian manusia tak sama. Walaupun ada skala untuk permarkahan skt, namun pemikiran seorang penilai tetap tak sama antara satu sama lain.

Walau apa jua pandangan kita terhadap orang yang dirai, berbaliklah kepada konsep rezeki. Kita selalu terlupa konsep rezeki.

Mungkin ada kebaikan mereka yang kita tak tahu dan Allah telah ganti kebaikan mereka dengan anugerah APC. 

Mungkin mereka telah memuliakan ibubapa mereka. Mungkin mereka ikhlas membantu orang miskin. Mungkin mereka banyak bersedekah tanpa kita tahu kebaikan mereka. Mungkin mereka buat baik dengan haiwan dan telah mendoakan mereka.

Mungkin ada insan tersayang mereka telah mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki dan Allah telah kabul doa. 

Teringat peristiwa beberapa tahun lepas. Member ofis terpaksa batalkan cuti. Lupa sebab apa kena batalkan cuti. Tapi arahan dari ketua demi kepentingan jabatan.

Lalu isterinya 'marah' dan menulis dalam fb. "Semoga dapat anugerah cemerlang".  Hehehehe. Memang betul Allah telah kabulkan doa isterinya.
HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com