2016 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: 2016
KENAPA SAYA BERBISNES

KENAPA SAYA BERBISNES

Sebenarnya che kak bukanlah berminat nak biznes. Jiwa che kak, jiwa JKM. Cuma che kak rasa seronok share kat fb apabila ada produk yang sesuai dengan jiwa che kak. Nasib baik ada fb. Boleh share kat wall. Kalau nak harapkan mulut ni, memang tak pandai la nak share cerita.

Che kak nak cari pengalaman biz. Sebab nak bantu klien2 che kak. Klien che kak ramai ibu tunggal yang masih muda. Muda seawal 20 an. Ye la kan. Paksa klien wat biz. Tapi diri sendiri tak tau dan tak de ilmu biz. 

Che kak share nasi kerabu express sebab che kak tau, ramai perantau yang rindukan nasi kerabu. Macam kastemer che kak di USA tu la. Orang cina yang suka  dan rindu nak makan nasi kerabu. 

Sama juga dengan produk penjagaan diri homemade, handmade dan organik. Walaupun homemade, tapi bahan2 yang digunakan amat berkualiti. Dapat juga beli produk yang berkualiti dengan harga mampu milik. Che kak pernah tengok dan google, kebanyakannya harga produk organik mencecah ratusan ringgit. Ramai sebenarnya yang mencari produk organik.



NASI KERABU EXPRESS DAH SAMPAI KE USA?

NASI KERABU EXPRESS DAH SAMPAI KE USA?

Alhamdulillah, che kak teruja nak story kat dalam blog ni. Apabila dapat order nasi kerabu express dari USA. Boleh bayangkan tak perasaan che kak. Dapat order dari Brunei pun dah buatkan che kak terawang awangan di awan yang biru. Inikan pula USA. 



Pada mulanya memang terkejut. Hehe. Tapi apa salahnya balas mesej kan. Dia adalah rakyat Malaysia yang rindukan masakan Malaysia. Nasi kerabu beb. Mana la tak teruja. Rakyat Malaysia bukan Melayu pun suka makan nasi kerabu tau. 

Walaupun jauh beribu batu, mudah-mudahan nasi kerabu express mampu menunaikan keinginan rakyat Malaysia yang rindukan nasi kerabu. 


Ini menambahkan semangat che kak untuk terus mempromosikan pes nasi kerabu express dalam negara dan oversea. Doakan ye. 

Pek ekonomi yang mengandungi kelapa goreng, sambal ikan, budu istimewa dan pewarna biru. Kastemer che kak request pek ekonomi yang ada tumisan dan yang ada budu istimewa. 

Setiap pek ekonomi ni berat 2 kg. Nisbah masak dengan  5 kg beras. Boleh simpan dalam peti ais dan tahan selama 6 bulan. Che kak pun turut jadikan pes ekonomi ni stok untuk anak-anak. Ala, sekejap je licin tu. 



Hehe. Che kak tak pandai english. Oh My English! Tapi alhamdulillah che kak ada suami, adik-adik dan kawan-kawan yang bantu che kak. Hehe. Kalau lambat reply tu bermakna tengah google translate la tu. Haha. Bukan tak boleh tulis bahasa melayu. Tapi alang-alang tu, boleh la belajar kan. Ilmu bahasa takkan habis sepanjang usia.

0133703161
APA YANG SEDAP TENTANG NASI KERABU

APA YANG SEDAP TENTANG NASI KERABU

Malam ni sero tak dok selero nok makan. Masak ayam sos tiram je untuk anok2. Tapi, kalu tak makan, takut perut masuk angin dan jadi gastrik. Hadoi, betul2 takde selera ni.

Buka pintu peti ais, eh sambal kelapa dan ikan ada lagi. Lebihan minggu lepas. Makan la nasi sikit. Takut gastrik je nanti. Eh berselera pulak rasa makan nasi dengan sambal kelapa dan ikan je. Walhal tak cukup lengkap pun. Budu tak de. Ulam jauh sekali nak hiris. Penyakit malas. Hehe. Lauk ayam, hanya dijeling je.

Rupanya kesedapan dan keenakan nasi kerabu terletak pada sambal kelapa dan ikan. Kalau ada budu atau sambal tumisan, lagiiiii sedap...

Ada satu kotak je lagi nasi kerabu express (biru).

#NasiKerabuExpress

0133703161
PEK EKONOMI NASI KERABU EXPRESS SESUAI UNTUK PENIAGA DAN JAMUAN

PEK EKONOMI NASI KERABU EXPRESS SESUAI UNTUK PENIAGA DAN JAMUAN

Syukur pada Allah, sejak akhir-akhir ini dapat order nasi kerabu express dari Sarawak dan Sabah. Malahan ada yang repeat order. Walaupun kos postage agak mahal, namun ianya bukan halangan untuk dapatkan nasi kerabu express. 


Kastemer dari Sabah, order 2 pek ekonomi dan 14 kotak nasi kerabu express. Katanya susah nak dapatkan nasi kerabu kat sana. Pek ekonomi ni adalah yang TERBARU! 
Lebih JIMAT! Lebih MURAH!

SESUAI UNTUK
✔ Bisnes nasi kerabu siap masak
✔ Jamuan buka puasa
✔ Majlis rumah terbuka

============
KANDUNGAN
============
1. Isi Ikan
2. Kelapa Goreng
3. Budu Istimewa
4. Pewarna Biru Bunga
*Cukup untuk dimasak bersama 5kg beras
* Berat 1 set 2kg

1 Set HANYA RM65 untuk 70 orang!



Che kak doakan bisnes nasi kerabu berjalan dengan maju jayanya.

0133703161





Kursus Pembelajaran Vokasional Untuk Community Based Rehabilitation.

Kursus Pembelajaran Vokasional Untuk Community Based Rehabilitation.

Sementara mata belum mahu terlelap ni, che kak nak abadikan kisah minggu ni dalam blog kesayangan che kak. Sekarang ni, che kak duk Kursus Pembelajaran Vokasional Untuk Community Based Rehabilitation. Bermula 6 hingga 10.9.2016 di Pusat Latihan POS Malaysia Bangi.




Nak juga upload botol air ni. Cute je nampak



Tinggalkan abang Aiman duk prekso UPSR, Aimi pulak demam. Sempat che kak bawa Aimi gi klinik dulu sebelum bertolak mai Kajang. Awaatif? Ermm tawakkal kepada Allah. Budak kecik ni memang tak boleh nak berenggang. Paling syahdu, tiket bas aloh balik, tak de. Huwaaaaaa... 

Abang Aulia' main batu seremban sambil tunggu umi naik bas.


Alhamdulillah, banyak perkongsian ilmu dan pengalaman yang che kak dapat. Dah 3 tahun lebih che kak jadi Penyelaras OKU / PDK. Banyak lagi che kak kena belajar dan cari pengalaman. Kursus ni gunapakai sukatan NOSS dari Jabatan Pembangunan Kemahiran. Apa itu NOSS?

Contoh ringkasan mengajar PDK. Milik penyelia merangkap penceramah.





TESTIMONI NASI KERABU EXPRESS DARI LIMBANG SARAWAK

TESTIMONI NASI KERABU EXPRESS DARI LIMBANG SARAWAK

Alhamdulillah. Suka tak terkata hati che kak. Berbunga-bunga dalam hati  bagaikan dalam taman. Dah la cakap sedap. Siap nak repeat order  lagi. Kastemer che kak dari Limbang Sarawak. Ada rezeki, nasi kerabu express ketereh terbang ke Limbang Sarawak lagi ye. 

Ops. Kalau jumpa screenshot ni, kastemer che kak jangan marah ye. Hihi.  Che kak nak abadikan kenangan ni dalam blog che kak. 

0133703161

#NasiKerabuExpress

Testimoni nasi kerabu express

NASI KERABU EXPRESS SEDAP

NASI KERABU EXPRESS SEDAP


Perkataan keramat "SEDAP" pun dah cukup membuatkan hati che kak berbunga-bunga.  Dah rasa nak lompat bintang. Setakat ni, alhamdulillah. Feedback yang che kak terima, semuanya baik-baik belaka.

Sambal kelapa dan ikan, memang tidak mengecewakan. Sedap sangat. Bagi peminat nasi kerabu, ada 2 jenis yang boleh dijadikan pilihan. Nasi kerabu warna biru ada budu golok. Nasi kerabu kuning ada tumisan. Keduanya tetap peminat tersendiri. Boleh cuba kedua-duanya. 

Line internet kat rumah tak berapa ok. Tak dapat che kak nak upload gambar banyak-banyak.


Sebarang order dan pertanyaan boleh wasap che kak. 0133703161.


NASI KERABU EXPRESS UNTUK TETAMU YANG BERTANDANG

NASI KERABU EXPRESS UNTUK TETAMU YANG BERTANDANG

Masih beraya lagi ke? Haha. Raya kan sebulan. So, raya sakan je la kan. Tak tau nak masak menu apa dah. Selalu je dapat kunjungan tetamu yang tak diduga? Tetamu kan membawa rezeki. So, kita kena memberi layanan yang terbaik.

Alahai, tak tahu nak masak apa? Nasi kerabu express kan ada. Cepat dimasak dan cepat pula dihidangkan kepada tetamu. 

Macam si cek mek molek ni hah. Nasib baik stok nasi kerabu express sentiasa ada kat rumah tu. Kenyang perut suka hati. 

Nak wat stok nasi kerabu express? Apa lagi. Wasap 0133703161.



NASI KERABU EXPRESS SESUAI UNTUK DIJADIKAN BUAH TANGAN DAN DIMAKAN SEMASA SAHUR DAN BERBUKA PUASA

NASI KERABU EXPRESS SESUAI UNTUK DIJADIKAN BUAH TANGAN DAN DIMAKAN SEMASA SAHUR DAN BERBUKA PUASA

[1 PERGI 4 DATANG]

Ma kata, kesian kat saya sebab bawa #NasiKerabuExpress kat dia.  Tak rugi ke? Kan NKE tu barang dagangan saya. Saya kata, selalu je post kat fb, NKE boleh dijadikan ole-ole atau buah tangan semasa balik kampung. Nah, dah buktikan.

Sedikit pun takde perasaan rugi. Pengorbanan ibu tak terhitung dengan nilai wang ringgit.   Sampai je kat rumah semasa azan asar,  dapat wasap  order 4 kotak NKE. Bukan order 4 kotak yang saya terkejut. Tapi......

Tak sangka kenalan saya akan oder NKE sebab saya tak pernah promote kat dia tu. Segan nak promote kat dia sebab dia pakar masak. Semua orang tahu dia pandai masak. Semua masakan dia sedap yang teramat. Katanya nak buat makan dalam bulan puasa. 

Macamana dia tau ye? Dia tak de fb. Saya tak pernah pm dia pun. 

Alhamdulillah. Rezeki Allah.

0133703161

#NasiKerabuExpressTiadaBerpisahDariMukaBukuKu
#BukanNokNyohor
#SukoHatiBedooh
#AkuDanNKE
#1DuniaAkuNakCeritaPasalNKE
NASI KERABU EXPRESS VS KETAM

NASI KERABU EXPRESS VS KETAM

Aloh lah. Wat terliur jah. Peminat nasi kerabu express no 1 nyo wasap gambar nke ni.



#NasiKerabuExpressKeterehTiadaBerpisahDariMukaBukuKu




TAUKE BINTANG KECIL

TAUKE BINTANG KECIL

Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Sejak lahirnya, Nur Asmaa' Awaatif, rezeki bertambah melalui bisnes. Walaupun secara kecil-kecilan, namun  rezeki tetap masuk.

Baru sahaja selesai bayar balik gaji kat kerajaan sebab cuti bersalin tanpa gaji selama 47 hari. Tapi Allah tetap ganti. Anak adalah rezeki. Dah tertulis rezeki untuk mereka. Walaupun rasa macam takde duit je nak bayar balik, tapi Allah tetap permudahkan untuk selesaikan bayaran balik gaji tu.

Tak sangka pula dah terjebak secara serius wat bisnes ni. Nasi Kerabu Express, Gum Arabic dan E-Man Coco.

Untuk tempahan dan pertanyaan boleh je hubungi 0133703161.

Boleh COD di Ketereh, Melor dan Pasir Puteh.
Penghantaran melalui pos pun boleh via Skynet dan Pos Laju.







RESTOK GUM ARABIC DAN NASI KERABU EXPRESS

RESTOK GUM ARABIC DAN NASI KERABU EXPRESS



Alhamdulillah, tadi dah selamat restok dan COD terus Gum Arabic 2 KOTAK (20 peket).  Asbab untuk rawat penyakit kencing manis.  

Tadi pun dah selamat poskan via SKYNET  #NasiKerabuExpress dan #NasiKerabuTumisExpress. Katanya nak hilangkan rasa rindu pada nasi kerabu. Maklumlah kat sana susah nak jumpa nasi kerabu.

3 peket Gum Arabic pun dah selamat diposkan via Skynet.

Saya suka pos Skynet sebab saya tak perlu beratur dan hanya 5 minot sahaja urusan pengeposan. Orang dia yang tolong bungkuskan dan tulis borang pos.

Lupa nak snap gambar tadi. Sebab kejar masa. Setiap detik dan masa amat berharga buat saya si ibu 7 A.

0133703161

#NasiKerabuExpressKeterehTiadaBerpisahDariMukaBukuKu
#GumArabic
#AlManna
#EmpayarHasliza
INSYA ALLAH NASI KERABU EXPRESS KETEREH BAKAL KE LONDON

INSYA ALLAH NASI KERABU EXPRESS KETEREH BAKAL KE LONDON

Ya Allah, tak tergambar perasaan teruja apabila seseorang wasap katanya berminat dengan nasi kerabu express. Bukan calang-calang tempat.  London! Berminat nak jual nasi kerabu express kat sana dalam bulan puasa ni.  Mudah-mudahan orang Malaysia yang bermastautin di London dapat menghilangkan kerinduan pada nasi kerabu.

Dapat customer dari negara jiran iaitu Brunei pun dah rasa macam berada di taman syurga. Inikan pula London. Namun yang menjadi halangannya, ialah postage. Huwaaaa nak menangis apabila tengok kos postage. Katànya pernah pos baràng seberat 2 kg pun dah mencecah RM200.00. Inikan pula berpuluh puluh kg. Kos pos melalui laut murah sikit. Tapi yang menjadi masalahnya, 3@4 bulan baru sampai.  Alahai kempunan nak tengok orang London makan nasi kerabu express Ketereh.

Nanti ada kelapangan yang tidak mengganggu waktu kerja, nak pergi ke pejabat pos dan lain-lain perkhidmatan pos. Nak survey dulu kata orang. Sekarang ni tanya pakcik google je dulu. 

Mudah-mudahan ada jalan dan dipermudahkan urusan pengeposan nasi kerabu express. Mudah-mudahan orang London tetap boleh makan nasi kerabu express. Hanya doa kepada Allah yang dapat ku titipkan. 

Bukan keuntungan yang berlipat ganda yang saya impikan. Hanya punya impian agar Nasi Kerabu Express Ketereh berjaya sampai ke oversea. Melintasi laut menuju ke negara yang di mana ramai rakyat Malaysia rindukan nasi kerabu. 

0133703161

#NasiKerabuExpressKetereh
#London
#AgentOversea





ORANG BRUNEI RESTOK NASI KERABU EXPRESS

ORANG BRUNEI RESTOK NASI KERABU EXPRESS

Baru jah odar 20 pek NKE. Hari ni booking pulok 30 pek NKE. Sedap le tu. Kali ni odar nasi kerabu tumis express.  Rasa macam nak tampar jah wajahku ini. Macam tak percaya nasi kerabu express nok sampai ke Brunei pulok. 

Syukur alhamdulillah. Suka rasa jiwa raga makanan kesukaanku dah menjejak ke Oversea. 

Ada yang nak selit order #NasiKerabuExpress?

0133703161

#NasiKerabuExpressTiadaBerpisahDariMukaBukuKu
#Brunei
COD GUM ARABIC UNTUK IBU

COD GUM ARABIC UNTUK IBU

Alhamdulillah. Dah selamat ber COD Gum Arabic sambil tunggu anak balik sekolah.  Ambo benar2 rasa terharu. Sanggup datang dari Machang ke Ketereh semata-mata nak beli Gum Arabic ni. Jauh wei. Tambah dengan jem lagi.

Kasih seorang anak kepada ibunya.  Dia tak sanggup tengok ibunya menderita sakit. Sampai dah bengkak kaki dan tangan.

Seorang ibu tiada galang ganti. Pengorbanan dan kasih sayang ibu tak terhitung dengan nilai wang. Moga dia dimurahkan rezeki atas rasa kasih kepada ibunya.  Anak Soleh. Moga cepat sembuh ibunya.

0133703161

#GumArabic
#AlManna
#Penawar DariSudan




TESTIMONI GUM ARABIC DARI PESAKIT KENCING MANIS

TESTIMONI GUM ARABIC DARI PESAKIT KENCING MANIS

Alhamdulillah, gembira rasa hati apabila dapat feedback yang baik tentang  gum arabic. Asalnya bagi free kat kawan sebab dapat free masa beli 10 peket.  Sebab kawan temankan pergi beli gum arabic. Ye lah kan. Kawan dah bagi sokongan moral kat kita. Kawan baik antara harta kita yang tak ternilai. Tak de rasa perasaan rugi 'sikit rabuk' pun.  Kebetulan ma kawan pun mengidap penyakit kencing manis lama juga.

Alhamdulillah, tak sangka turun juga bacaan kencing manis. Siap nak beli lagi.  Sebagai ikhtiar nak rawat penyakit. Sebenarnya, selain penyakit  kencing manis, gum arabic juga dapat merawat penyakit buah pinggang dan penyakit dalam perut.

Antara manfaat gum arabic boleh la KLIK  di sini ye.

sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi 0133703161.


MANFAAT GUM ARABIC @ AL-MANNA

MANFAAT GUM ARABIC @ AL-MANNA

 Gum Arabic ada 2 jenis, Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Gum Arabic yang terbaik berbanding Acacia Seyal. Gum Arabic juga kadangkala dipanggil Gum Acacia. Di antara kajian mengenai Gum Arabic adalah:-

1. The US Food and Drug Administration  (FDA) menyatakan Gum Arabic (GA) adalah satu sumber serat yang paling selamat.

2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) menyatakan Gum Arabic sebagai bahan tambahan makanan yang amat selamat.

3. Orang-orang Sudan telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka.

4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids), yang membawa kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik prebiotik,bakteria baik yang bertanggungjawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Mereka hidup di dalam kolon dan appendik, ia juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebarang antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, anti oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.

5. Gum Arabic juga mengurangkan beban kepada buah pinggang dan memberi kesan penyembuhan kepada pesakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996)  dalam American Journal of Clinical Nutrition,  melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada pesakit memakan hanya diet rendah protein sahaja tanpa makan gum arabic, ia menyebabkan uraemia menurun dan dapat mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF.

6. Gum Arabic juga dapat membantu merawat cirit birit ringan.

7. Kajian oleh Glover et al., (2009) mencadangkan Gum Arabic juga dapat membantu dalam merawat penyakit jantung. Sila dapatkan nasihat doktor anda.

8. Gum Arabic juga dapat merawat penyakit-penyakit berkaitan saluran gastro usus. Saluran gastro usus adalah kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur.

9.  Gum Arabic juga dapat merawat masalah buasir.

10. Kajian menunjukkan pengambilan Gum Arabic selama 30 hari sebanyak 15 gram hingga 30 gram dapat mengurang paras kolestrol dalam darah. 

11. Kajian juga menunjukkan pengambilan yang banyak dapat mengurangkan lemak bagi manusia dan haiwan. Ada pengguna yang dapat menurunkan berat badan dengan pengambilan sebanyak 30-50 gram sehari.

12. Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arab dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus.

13. Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik, berkata, penyelidikan perubatan dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain. Beliau menambah bahawa ia telah terbukti amat berkesan dalam rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain.  Keberkesanannya mungkin berbeza bagi sebahagian orang.

14. Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arab, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah, di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. 

15. Bagi pesakit kencing tidak lawas, sakit saluran kencing dan buasir, minum bancuhan 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur dan 25 gram Gum Arabic pada waktu pagi sebelum sarapan, dapat menyembuhkannya dengan izin Allah. 

16. Minum 25 gram Gum Arabic pada waktu malam sebelum tidur untuk membuang toksin dalam badan dan ia dikatakan dapat menghalang daripada kanser kolon.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 0133703161











Al-Manna (Gum Arabic)

Al-Manna (Gum Arabic)

Al-Manna (Gum Arabic) pohon ACACIA dari SUDAN Grade A. 

3 sudu teh Gum Arabic mengandungi lebih fiber mudah larut dari 10 mangkuk oatmeal, 13 lobak merah, 15 biji epal dan 44 biji prune.

Kajian klinikal telah menunjukkan AL-MANNA baik untuk kesihatan digunakan sebagai Prebiotik. Al-Manna boleh diamalkan setiap hari tanpa kesan sampingan untuk menjaga kesihatan atau tambahan kepada rawatan penyakit yang sedia ada. Boleh digunakan bersama ubat-ubatan dari klinik atau hospitàl. Bancuh Al-Manna dengan air sejuk dan diambil sebelum makan dan sebelum tidur. Insya Allah kita sama-sama ikhtiar dan berdoa.

CARA PENGGUNAAN:
Al-Manna perlu diambil sebelum makan. Isi air sejuk@air kosong (bukan air sejuk peti ais)/air mineral (bukan air suam@air panas) ke dalam cawan atau gelas. 

CARA PENGAMBILAN:
1 sudu besar (tidak kronik) @ 2 sudu besar (kronik) dimasukkan ke dalam segelas air selama 1-3 minit dan kacau perlahan-lahan dan selawat 3 kali, serbuk al-Manna akan larut, minum semasa perut kosong. Boleh juga di campur dengan 1 @ 2 sudu teh madu. Jelly Al-Manna boleh dibuat facial muka atau sapu ke tempat kulit yang bermasalah.

CARA PENGAMBILAN:
1) Bayi umur 8 bulan : setengah sudu teh (1 kali sehari pagi sebelum makan atau malam sebelum tidur).

2) Kanak-kanak 10 tahun ke atas : 1 sudu teh ( 1 kali sehari pagi sebelum makan atau malam sebelum tidur).

3) Dewasa : 1 sudu besar 2 kali sehari (pagi sebelum makan dan sebelum tidur).

4) Pesakit kronik kanser, kegagalan buah pinggang dan lain-lain : 2 sudu besar 3 kali sehari (pagi, tengah hari, malam).

KESAN SAMPINGAN:
Al-Manna tiada kesan sampingan. Selamat untuk digunakan. Walau bagaimanapun, setengah orang mungkin berasa kembung perut di peringkat awal penggunaan atau mengalami kegatalan atau kemerahan akibat alahan.

Al-Manna bukan pengganti ubat. Teruskan ubat doktor dengan menjarakkan masa lebih kurang 1 jam sebelum atau selepas makan ubat. 

Selamat untuk ibu mengandung.

Dengan mengamalkan Gum Arabic, bilangan bakteria baik di dalam usus dapat ditingkatkan dan akan merangsang perkumuhan bahan buangan nitrogen yang banyak dari hasil kegagalan buah pinggang. 

KHASIAT AL-MANNA:

1. Sakit buah pinggang (sudah menjalani dialisis atau belum)
2. Sakit bengkak buah pinggang
3. Kencing kotor
4. Buasir
5. Cirit birit
6. Kolestrol tinggi
7. Sembelit
8. Diabetes
9. Gout
10. Batu karang
11. Berdiet kerana ia tinggi kandungan fiber
12. Batu karang
13. Lumpuh
14. Masalah prostat
15. Tekanan darah tinggi
16. Menguatkan antibodi melawan penyakit 

#gumarab
#tanpabahankimia
#penawardarisudan

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 0133703161





NASI KERABU EXPRESS KETEREH BAKAL KE BRUNEI

NASI KERABU EXPRESS KETEREH BAKAL KE BRUNEI

Lepas Isyak tadi, punye la mengantuk yang teramat.  Sebelum nak tidur, tengok wasap jap. Eh! Ada wasap bukan nombor telefon Malaysia.  Jawab salam lah dulu. 

Ya Allah, rupanya dapat order nasi kerabu express dari BRUNEI. Syukur Ya Allah.  Rasa nak tampar je muka ni. Betul ke ni? Hilang rasa mengantuk. Penangan nasi kerabu express.

Mudah-mudahan Nasi Kerabu Express selamat sampai ke Brunei.  Katanya lagi, nak masak dan dijual yang dah siap masak.  

Terlampau suka, kite kasi diskaun kaw2. Sebab yang paling utama, orang Brunei dapat makan nasi kerabu express Ketereh. 

Kalau dapat sambutan, dia nak jadi agen BRUNEI. Mudah-mudahan murah rezekinya.

'Orang Ketereh ter, bilo nok try NKE Ketereh. Kito gantung bunting doh kat depe rumoh'.

0133703161

#NasiKerabuExpressTiadaBerpisahDariMukaBukuKu



GAM ARABIC PENAWAR 'SAKIT 'BURUK USUS'  DAN KENCING MANIS

GAM ARABIC PENAWAR 'SAKIT 'BURUK USUS' DAN KENCING MANIS

Syukur alhamdulillah. Rezeki di pagi Jumaat. Ada orang call, nak 1kotak besar gum arabic. 1 kotak tu ada 10 peket. Katanya untuk ikhtiar sakit kencing manis dan 'buruk usus'. Tak tahu la juga macamana penyakit 'buruk usus' tu.

Ini bermakna, gum arabic memang mendapat tempat di hati pesakit. Gum arabic dari Sudan ni memang 100% bahan semulajadi dan tanpa bahan kimia. 

Sebenarnya, apa yang lebih menggembirakan ialah pesakit dapat ikhtiar sembuh.  

0133703161


KHASIAT GUM ARABIC

KHASIAT GUM ARABIC

Tadi baru je restok gum arab untuk my mom.. Nok wat perubat ikhtiar nyakit kencing manis, darah tinggi dan kolestrol. Dah semakin baik. Belum sempat lagi nak hantar kat umah ma. Hari ni dah ada 3 costumer beli gum arab. Sebagai ikhtiar sama dengan penyakit ma.

Wasap pun bertubi2 tanya tentang gum arab.  Ada juga yang wasap menceritakan tentang anaknya yang dah bertahun2 menderita kembung dan sembelit yang teruk. Mudah2an gum arab mampu menjadi penawar mslh sembelit yang teruk. 

Kat bawah ni antara khasiat gum arabic.

1. Sakit buah pinggang (sudah menjalani dialisis atau belum)
2. Sakit bengkak buah pinggang
3. Kencing kotor
4. Buasir
5. Cirit birit
6. Kolestrol tinggi
7. Sembelit
8. Diabetes
9. Gout
10. Batu karang
11. Berdiet kerana ia tinggi kandungan fiber
12. Batu karang
13. Lumpuh
14. Masalah prostat
15. Tekanan darah tinggi
16. Menguatkan antibodi melawan penyakit

#gumarab
#tanpabahankimia

0133703161

Gum Arabic jenis serbuk



PENAWAR PENYAKIT KENCING MANIS

PENAWAR PENYAKIT KENCING MANIS

Alkisahnya, 2 bulan lepas, ma gi klinik untuk check up kesihatan. Kena minum air gula. Manisnya macam minum sekilo gula. Sape pernah minum, memang rasa macam nak muntah.

Rupanya dalam diam, tinggi juga la.. Ma risau sebab dah ada penyakit kencing manis. Walhal, punya la jaga makan minum. Sampai ma fobia nak minum air teh o dan kopi o kegemarannya.  
  
Kebetulan, sebelum ni, ada seseorang selalu pm produk kesihatan dari Sudan.  Seperti biasa la, kite google la produk kesihatan ni. Baca sampai hadam.. 

Oleh sebab tertarik dengan 100% bahan semulajadi dari pokok acacia senegal yang mempunyai khasiat tersendiri maka tanpa fikir banyak terus order 1 kotak yang mengandungi 10 peket. Dapat harga borong. Wat stok untuk ma amalkan.  

Sebab sayang kat ma punye pasal la.. Kalau ma sakit, sape nak jahit baju kitorang.. Hahaha. Ke situ pulak.. Gurau je.. 

Setiap pagi sblm sarapan, ma minum 1 sudu besar serbuk gam arab yang dilarutkan dalam segelas air masak. Bukan  air suam dan panas ye.. Sebelum tidur pun sama.

Setelah 2 bulan ma amalkan minum gam arab ni, akhirnya penyakit kencing manis dah turun dan terkawal. Suka tak terkata. 

Ramai pula kawan-kawan ma  bertanyakan produk apa ma makan.. Ma pun rasa nak tolong kawan-kawan yang ada penyakit kencing manis ni. Ma dah siap pesan, nanti tolong belikan 1 kotak gam arab tu sebab nak jual kat kawan2.. Bukan nak cari untung berlipat ganda. Tapi sekadar membantu pesakit kencing manis. 

Sebenarnya banyak khasiat gam arab ni. Kalau uolss google harganya RM45 satu peket tau.. Tapi ma tak nak jual la dengan harga tu.. Nak tahu berapa ma boleh kasi, jom pm kite..

Ma pesan, tulis la dalam fb tu.. Haaa kita dah tulis la ni.. Gambar nanti update semula la deh.. Malas plok nak ke dapur nak snap gambar.. Haha..

Tunggu apa lagi, wasap kite cepat2 0133703161.

#gamarab
#penawarpenyakitdiabetes
NASI KERABU MUDAH, CEPAT DAN SEDAP

NASI KERABU MUDAH, CEPAT DAN SEDAP

Teruja betul tengahari tadi.  Ada kawan ofis, en. S sponsor nasi kerabu tumis express. So, cik Siti dan Kak Am pun masak nasi, goreng telur dadar, keropok dan hiris ulam.  En. S ni orang Johor tulen. So, dia jadi juri rasa nasi kerabu express. Sedap katanya. Nasib baik en. S suka dan boleh terima  NKE. Nasib baik orang luar pun suka nasi kerabu ni. 



Komen kawan2 orang Kelantan ori pula, NKE memang rasanya sama macam nasi kerabu yang di masak sendiri. Takde la rasa tengik atau rasa tiruan. Pendek kata, memang sedap la. 

Masak dan makan NKE tu time rehat tau. Tak ganggu pun waktu kerja.  Makan dengan telur dadar pun sedap juga..Kihkihkih..


Sape nak cuba rasa, meh la pm Kak Za 0133703161.

Kisah Awaatif dan hydronefrosis - part 3

Kisah Awaatif dan hydronefrosis - part 3

Pagi semalam 28.2.2016, temujanji  Awaatif di Klinik Pediatrik, HRPZII.  Berdebar-debar juga la apa yang doktor nak cakap nanti..  

Alhamdulillah.. Awaatif tak perlu jalani pembedahan. Ujian masa kat bilik Fluoroscopy awal bulan hari tu menunjukkan  dari pundi kencing ke buah pinggang Awaatif normal dan tiada masalah. Seperti biasa la, bahasa medik Kak Za tak pandai nak tulis dan bercerita. 

Walaupun buah pinggang bengkak, ianya adalah semulajadi. Bukan disebabkan apa-apa penyakit.  Namun begitu, pemantauan tetap perlu. 6 bulan sekali, kena ultra sound. Nak tengok sama ada ianya masih bengkak atau kembali normal. 

Doktor kata, jangka panjang ianya boleh kembali pulih atau akan jadi sakit buah pinÄ£gang. Sebab itu ianya masih memerlukan pemantauan doktor.  3 bulan sekali kena jumpa doktor juga dan sambung makan ubat Sulpha trimethoprim . 

Satu rahmat Awaatif tidak memerlukan pembedahan. Walaupun masih bengkak, tapi sekurang-kurangnya masih ada harapan untuk sembuh.  Paling utama, pemakanan harus dijaga agar buah pinggang tidak terbeban.  

Temujanji seterusnya 29.5.2016.  

Awaatif tengah tidur kat surau sementara tunggu Abi ambil ubat.


Kak Za ada sebab tersendiri kenapa selalu je updated kesihatan Awwatif. Bukan bermakna nak canang satu dunia agar orang tahu tentang Awaatif. Nanti Kak Za cerita lain kali ye.. Nak selesaikan kerja rumah dulu. Esok nak masuk kerja dah. 
Pengalaman membuat kek pandan kukus cheese meleleh

Pengalaman membuat kek pandan kukus cheese meleleh

Assalamualaikum.. Pukul 1.00 pagi. Anak-anak dah lama tidur. Tapi mata che kak ni segar begar lagi. Guano yang susah sangat nak tidur ni. Semalam wat kek pandan kukus cheese meleleh. First time buat kek. Ikut resepi facebook je. Sambil-sambil tu menuntut ilmu kaedah buatan kek dengan adik. Nasib baik ada whatsapp. Grup wasap 'anak2 sidek' banyak memberi manfaat dan merapatkan hubungan kami adik beradik. 

Entah kenapa hati perasaan merenyam-renyam nak wat kek sendiri. Walhal tak minat masak dan malas yang menguasai diri  selama ini.. Hehehe.. Entah kena samput angin ape.. 

Bahan-bahan tu che kak beli kat kedai runcit berhampiran sekolah anak je.. Itupun terlupa beli soda bikarbonat.. Nasib baik kat kedai depan rumah ada stok.. Tadaaa... selepas solat isyak, terus ke dapur.. 

Bahan-bahan resepi kek pandan kukus cheese meleleh

Anak-anak tak sempat makan sebab dah tidur. Itupun asyik tanya bila boleh dapat makan kek.  Alahai anak.. Umi ni baru je nak belajar buat kek. Itupun umi tawakkal je. Takut jadi rezeki semut dalam tong sampah.. Tinggal Afnan seorang je yang masih bertahan biji mata.. 

Dengan berbekalkan mixer berharga RM39.90 yang suami belikan pada tahun lepas, maka bermulalah projek sulung che kak.  Nampak macam mudah je. Tapi wait and see je lah apa hasilnya. Umur dah 37 tahun, baru nak belajar wat kek. 

Maka, bahan-bahan seperti berikut tersusun dengan rapinya atas meja..

6 biji telur
1 cawan gula kastor
2 sudu ovalette 
1/2 sudu besar perisa pandan (tapi che kak ganti perisa vanilla sebab tak de)
1/2 sudu besar pewarna hijau epal


Ovalette tu terlebih pulak. Kononnya malas nak simpan baki ovalette. Selepas itu, mix je la sampai kembang. Rasanya 20 minit juga la che kak mix. 

Alamak, terlupa nak letak periuk kukusan dulu. che kak minta tolong suami letak periuk kukusan yang berisi air kat atas dapur. 

Ok.. Nampak dah kental dan kembang adunan tu, che kak ayak pula:

3 cawan tepung kek dan 
1/2 sudu besar soda bikarbonat.

Adik che kak kata, kalau guna tepung gandum, kena tambah 1/2 sudu besar baking powder. 

Che kak masukkan semua tepung yang dah diayak ke dalam adunan tadi. Alahai.. Sepatutnya kena masukkan sedikit demi sedikit. Baru rata. Penat juga kacau tepung nak kasi adunan sebati. Walhal boleh je pukul dengan mixer. Hehehe..

Kemudian masukkan pula 1/2 cawan minyak masak. che kak guna cawan putih kaca macam kat kedai kopi tu. Harap-harap sukatan betul.. Kacau lagi sampai sebati.

Tadaaaa.. Banyak pula adunan ni. Tak muat loyang.. Periuk kukusan pun kecil je.. Nak tak nak, kena kukus banyak kali. Nasib baik otai kek kata boleh.  Was was juga ni nak kena kukus berapa lama. Kalau ikutkan resepi 40 minit. Tapi logik akal kata, adunan sikit je .. Takkan kena sampai 40 minit juga. 

Tudung periuk kukusan tu, che kak balut dengan kain lampin Awaatif. Belum guna pun lagi.. Hehe.. Sori Awaatif..  Lepas tu tindih pula dengan lesung batu. 

Setengah jam kemudian, che kak cek dengan menggunakan garfu. Wahhh licin je garfu tu. Maksudnya dah masak la kan..

Kukus adunan kedua.. Si Awaatif pulak dah bangun. Menangis nak susu le.. Sambil tunggu kek kedua masak, che kak tidurkan semula Awaatif. Selepas setengah jam, kukus adunan ketiga pula.. Gara2-gara loyang kecil.. Huwaaaa...

Opss lupa nak bagitau.. Loyang kena sapu minyak dulu ye.. Senang nak wat keluar kek nanti..

Nak buat topping kek pula.. 

Kalau ikutkan resepi 500 gram cream cheese.. Tapi che kak beli satu je. 250 gram je.. hmmm tawakkal je laaaa.. Che kak beli brand tantura.. Memandangkan separuh je cream cheese, so gula kastor pun separuh juga la. 2 cawan gula kastor. Guna cawan yang sama juga. Mix kan 5 minit atau sampai sebati.. Lepas tu masukkan pula 1/2 cawan susu pekat manis.. Mix kan lagi.. Lepas tu masukkan 1/4 cawan susu cair. Kacau lagi sampai sebati. Sepatutnya kena masukkan perahan lemon.. Tapi tak de la pulak.. Biarkan je la..

Resepi asal topping kek..

500 gram cream cheese tantura
4 cawan gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar perahan lemon

(Kalau tak nak meleleh, jangan letak susu cair.. Ganti dengan wipping cream 1/2 cawan). 

Che kak satukan 2 keping kek tu..  Letak  topping kat tengah-tengah kek. Jadikan satu je.. Lembut je kek.. Perasan..hahaha.. Lepas tu che kak letak dan ratakan topping.. perghhh meleleh beb.. Risau juga takut tak cukup.. Adik pesan, kek kena betul-betul sejuk dulu.. Baru boleh letak topping.. Yesssss... Lepas tu che kak parutkan cheddar cheese.. Perghhh...

Nasib baik topping ada sikit lagi.. Kiranya cukup untuk kek yang ketiga.. Malas nak tunggu sejuk, terus letak topping tu.. 

Sukanya Afnan dapat bergambar dengan kek.. Makan sikit je sebab dia dah mengantuk sangat.. Lucu betul..  Afnan dah tertidur.. 

Afnan

Pukul 11.00 lebih juga la siap masak kek.. Kena beli loyang besar ni... Penat.. Tapi ada lagi kerja yang menanti.. Membasuhhhhh.. Layan je la segala perkakas kat dalam sink tu... Tidur jam 1.00 pagi.. Huwaaa penatnyer.. Rasa malas dah nak buat.. Tapi tengok hasil rasa berbaloi juga..

Cerita pagi tadi....

Pagi-pagi lagi anak-anak duk tanya kek dah siap ke belum.. Hahaha.. So, diorang breakfast kek vanilla hijau kukus cheese meleleh.. Habis satu loyang..

Kebetulan hari ni Aqilah tak pergi sekolah. Naik bisul.. So dapat mc 1 hari.. Sekejap-kejap makan kek. Sekejap-kejap makan kek.. Kek tinggal 3/4 je..

Cerita petang tadi.. 

Nak ambil anak-anak balik sekolah.. Buka je pintu kereta, anak-anak dah menjerit.."umiii ....nok mkn kek umiii..ado lg koooo"...

Punye la rasa nak  gelepar nok ssuko...Siap request wat pulok wei.. Sampai kat rumah, terus anak-anak makan kek.. Licin.. Alhamdulillah.. Tak membazir.. Siap pesan wat lagi esok.. 

Walhal che kak rasa malas dah nak buat.. Penat wei.. Tapi, bila tengok anak-anak suka makan dan  request, tak sampai hati pula nak hampakan permintaan anak-anak..

Ok.. Nanti umi wat ye.. Doakan agar umi berjaya buat kek lagi.. 

Bagi otai2, 'semeseh' je wat kek kan.. Tapi bagi orang seperti che kak.. Hadoi... 

Aloh..  pukul 3.00 pagi doh.. 

Ok..bye.. 


Cara membuat masker alfalfa shaklee dan khasiatnya

Cara membuat masker alfalfa shaklee dan khasiatnya

Minggu lepas Kak Za sempat menonton Phua Chu Kang. Apa yang menarik hati Kak Za ialah ipar dia (tak ingat nama) makan sandwich bersama alfalfa segar. Serta merta teringat alfalfa shaklee.  Sebelum pregnant tahun lepas, Kak Za ada beli tapi stop makan dulu sebab pregnant.

Kak Za tetiba je rasa rajin nak buat masker. Semangat molek ter... Sebenarnya sepanjang tempoh pregnant dan berpantang, Kak Za jarang2 cuci muka. Punyalah malas tahap gaban. Maka 2 biji alfalfa telah ditumbuk halus. Kak Za letak dalam plastik, pastu tumbuk je guna alu lesung. Taruk air sikit asalkan boleh ditepek kat muka. Mula2 tu rasa nyaman dingin je. Sejuk je rasanya. Bau herba semerbak. Macam bau pudina gitteww..  Damai je rasa hati ini..  

Selepas beberapa jam, hidung mula berair. Kahak pun rasa cair.  Oooo healing crisis.. Dia sedang mendetoxkan wajah Kak Za ni.. Hadoi.. Banyak mana la agaknya hama resdung duk merayap kat muka ni.. So,  ianya amat sesuai untuk pesakit resdung..  

Selepas beberapa jam, Kak Za basuh muka sambil2 scrubkan muka.. Bilas wajah dengan sebersih bersihnye..Fuhhh 'koya' semeta perasaan.. Hihihi..Rasa lembut je kulit muka. Kalau rajin amalkan, Insya Allah parut2 jerawat akan hilang.. Kulit mati dan kasar pun akan hilang.. Jom detoxkan wajah kita.. 

Alfalfa shaklee ni antara supplement yang paling Kak Za suka.  Sebab, ianya sebagai milk booster. Makan 3 biji pagi, 3 biji selepas makan tengahari dan 3 biji selepas makan malam. Maksimum sehari 10 biji.. Yang penting kena minum air banyak tau.. 1 liter untuk setiap berat badan 25 kg..  

Haaa ada lagi.. Sebagai kacip fatimah gituuu.. Hahaha.. uolss faham sendiri la deh..  Kalau ada penyakit keputihan, memang sesuai untuk membantu anda..

Oklah.. kat bawah ni Kak Za listkan kebaikan dan manfaat alfalfa shaklee..  

Alfalfa shaklee 

Manfaat alfalfa

1. Penawar keputihan

2. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan

3. Resdung

4. Allergi

5. Melegakan sakit sendi dan belakang.

6. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.

7. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)

8. Memberi kelegaan semasa haid.

9. Merawat arthitis

10. Bagus untuk elergi dan ekzema

11. Merawat asma

12. Mencuci usus bagi membuang toksik

13. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor

14. Jangkitan dalam buah pinggang

15. Meneutralkan asid dalam badan

16. Merawat masalah keputihan pada wanita

17. Menganjalkan payudara bagi wanita.

18. Bertindak sebagai kacip fatimah bagi para isteri.

19. Memulihkan urat selepas bersalin

20. Membantu merawat bahagian intim wanita.

21. Meningkat stamina bagi persediaan hubungan suami isteri

22. Melegakan sembelit


Kisah Awaatif dan hydronefrosis - part 2

Kisah Awaatif dan hydronefrosis - part 2

Awaatif sedang tidur.  Tenang je wajah Awaatif. Kadang kadang Kak Za rasa macam tak percaya je Awaatif sedang  sakit. Dia tak pernah menangis melainkan kalau Kak Za lambat dukung dia. Tak boleh nak berenggang.

Semasa orang Wilayah Persekutuan sedang bercuti, Kak Za dapat call dari Klinik Pediatrik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Nurse kata Awaatif dah dapat tarikh temujanji untuk ujian MDCT pada 4.2.2016 jam 8.30 pagi.  Apa maksud MDCT? Hehe maaf la Kak Za pun tak tahu apa maksud dia. Dah google tapi tak faham juga.

Tapi, Awaatif kena admit ward 5 (wad pediatrik) sehari sebelum.. Maksudnya 3.2.2016 dah kena 'check in'. Sebelum pukul 2.00 petang dah kena ada kat hospital, kata nurse.


Jam lebih kurang 12.00 tgh, Awaatif dah sampai kat wad 5. Wad pediatrik. Awaatif perlu diukur dan timbang berat. Berat Awaatif 4.6 kg.. Hurmmm patut la rasa lenguh dukung dia. Awaatif kena ambil sample air kencing terlebih dahulu.. Ada sejenis plastik yang ditampal kat kemaluan baby. Nak pastikan baby sihat dan tiada jangkitan kuman.

Lebih kurang jam 7.00 petang, doktor yang bertugas di wad 5, nak masukkan jarum kat tangan Awaatif. Tapi, susahnye nak masukkan jarum. Urat darah Awaatif tak berapa nak nampak. Doktor lain pula tolong, tapi masih juga tak boleh. Doktor minta izin nak cuba sekali lagi. Tapi tak boleh juga. Doktor kata, esok je la.. Kesian kat baby. Baby mana yang tak menangis sakit kena cucuk banyak kali. Tapi Kak Za tak salahkan doktor pun.

Keesokannya, jam lebih kurang  8.00 pagi, doktor masukkan wayar melalui tempat kencing.  Nampaknya, jarum memang tak boleh dimasukkan kat tangan juga. Sebab jarum tu doktor cucuk kat kaki. Doktor kata, Awaatif budak baik sebab tak meragam masa prosedur tadi. Nurse bagi ubat tidur jenis sirap. Kata nurse, ubat tidur ni tak kuat.  Nurse tak kasi menyusu dah. Awaatif menangis sebab nak tidur dan menyusu.

Awaatif ditolak dengan katil@troli ke bangunan sebelah bahagian x-ray. Seorang doktor, nurse dan 2 orang nurse pelatih lelaki. Semua pakat tengok Awaatif. Mesti diorang duk tertanya2 sakit ape la baby ni?

Awaatif ditolak masuk dalam bilik Fluoroscopy. Lambat pula Awaatif ni nak tidur. Pegawai yang bertugas, bagitau, ujian ni nak cari punca kenapa buah pinggang baby bengkak. Sejenis dye akan dimasukan ke dalam tiub@wayar melalui tempat kencing. Nak tengok aliran air kencing. (bilateral renal hydronephrosis, renal parenchyma).

gambar google.. lebih kurang sama dalam bilik fluoroscopy

Rasanya lebih kurang setengah jam juga la ujian tu. Dah selesai Awaatif yang sedang tidur ditolak semula ke dalam wad. Tiub kat tempat air kencing dah dibuang. Tinggal jarum kat kaki je sebab nak masukkan air dan glukos.

Doktor kata, nanti baby dah sedar dan menyusu, boleh balik ke rumah. Tapi lama pula Awaatif ni tidur. Kesan ubat tidur tak habis lagi.  Puas la Kak Za kejutkan dia.  Pukul 1.00 tgh baru Awaatif bangun. Itupun sebab Kak Za lapkan muka dia dengan kain lampin lembap.

Awaatif

Awaatif dibekalkan dengan ubat Sulpha trimethoprim 200mg perisa milk and vanilla. Ubat tu dimakan pada waktu malam sahaja. Kak Za wat alarm setiap hari takut lupa..

Laporan dan keputusan rasmi nanti masa temujanji klinik pediatrik pada 28.2.2016.


KISAH ORANG TABAH

KISAH ORANG TABAH

Tak tahu nak tulis tajuk apa ni...

Kak Za nak cerita kisah orang muda yang tabah...Klien Kak Za.. Nama Na (bukan nama sebenar).. Diuji tapi tetap positif.. Dia baru berusia 22 thn.. Besar ujian dia.. Dia terpaksa jaga mertua yang sakit stroke dan terlantar.. Setiap hari dia kena mandikan, salin pampers, basuh berak kencing,  suap makan minum, memasak, mengemas rumah, membasuh baju dan sebagainya..

Selesai kerja rumah mertua, terus bergegas ke rumah peninggalan ibubapanya.. Jarak rumah 7 km..Ibunya dah meninggal dunia.. Ayah kahwin lain dan tak balik-balik ke rumah.. Adik ada 5 orang yang masih bersekolah.. Tapi ayah dia selalu minta duit dengan dia pulak..

Nasib baik ada kakak sorang kerja kat KL yang tolong hulurkan duit belanja.. Itupun terpaksa catu duit belanja..

Begitulah kehidupan dia setiap hari non stop..  Ulang alik dengan motor buruk bersama anak kecilnya yang baru umur 1 tahun lebih.

Kak Za musykil suami dan anak-anak mertuanya tak jaga ke ayah dia sendiri? Jawapannya TIDAK.. Uollss geram tak?? 

Katanya usahkan nak tolong jaga dan uruskan ayah diorang sendiri.. Minta tolong sponsor sabun basuh kain sebungkus pun macam dah perang dunia ke 7.. Masing-masing tolak tamggungjawab.. 

Kalau balik ke rumah lagi la wat tambah beban dia.. Kena kemas rumah, masak dan basuh pakaian diorang.. 

Mertua ok? Mertua bekeng@garang@ pongoh.. Pulakkkkkk... Bukannya nak berterima kasih dengan menantu sebab tolong jaga.. Nak harapkan anak sendiri, hampeh.. 

Tapi dia katanya, tak pe lah.. Dah memang orang tua sakit macam tu.. Kena  banyak sabar....

Sabar dan tabahnya dia.. Tak pernah lagi Kak Za jumpa ibu muda yang berjiwa mulia  dan besar macam dia..

Moga dia dimurahkan rezeki dan mendapat rahmat Allah..

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com