October 2022 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: October 2022
QADA' DAN QADAR TENTANG JODOH

QADA' DAN QADAR TENTANG JODOH

 Beberapa minggu yang lalu, che kak berkesempatan dengar tazkirah Manis FM  tentang qada' dan qadar berkenaan jodoh.


Sebagai ibubapa terutamanya, boleh berbincang dengan anak berkaitan dengan bakal pasangan jodoh.


Sekiranya tak berkenan , boleh bagitau kat anak sebab-sebab kenapa tak berkenan.


Namun begitu, sekiranya anak dah nekad dengan pilihan hatinya, maka di sinilah kena terima qada' dan qadar Allah berkenaan jodoh.


Jangan la wat keras hati sehingga melawan takdir Allah. Terimalah dengan hati yang lapang.


Walaupun pandangan mata kita jodoh anak tidak sesuai, namun Allah yang lebih Mengetahui.


Che kak pun tak faham, kenapa perlu kita nak takwil pilihan jodoh orang. Tiada yang sempurna. Pandai-pandai la depa nak teruskan hidup berumahtangga nanti. 



Teringat pula kisah lama apabila che kak terdengar luahan hati seorang ibu.


Katanya, anaknya layak dapat isteri yang lebih baik dan cantik. Mentang-mentang la anaknya gaji besar.


Walhal isteri pilihan anaknya tak kurang hebat juga. Manis, anak orang kaya juga,  berjawatan tinggi juga. Cuma berkulit gelap sikit.


Masa anaknya di uji, isterinya tetap setia di sisinya.


Allahu, tak berani nak komen lebih-lebih sebab kita tak tahu depan hari kita macamana kan.

OH AIR KELANTAN KOPI O KAW TANPA GULA

OH AIR KELANTAN KOPI O KAW TANPA GULA

 Malam ni punya la semangat nak buat kerja-kerja rumah. Salah satunya basuh baju.


Che kak jarang basuh baju sebab anak-anak tolong basuh.


 Tapi anak-anak pergi program berkhemah 3 hari 2 malam. So, che kak merajinkan diri.


Tadi baju baru 2 pasang pun baru sampai. Biasanya tak pernah basuh🤪 sebab basuh lepas pakai. Tapi hari ni rasa rajin nak basuh dulu.


Bila buka pintu mesin basuh, Ya Allah. Termenung jap depan mesin basuh.


Ujian untuk sabar. Sabar. Tak terluah masa tengok tadi.


Baju sekolah anak-anak memang dah tak mampu nak diselamatkan. 



Awaatif menangis terisak-isak bila tengok tudung sekolah dia.



Che kak pujuk esok kita beli. Baru lah senyum. Pastu bil beli baju sekolah anak nak claim dengan YB mana🤪.


Entah ler malas nak komen agensi yang bertanggungjawab.



Sudahnya, letak dalam bakul dulu, pastu  masuk bilik kita tidur dulu. Esok je la kita gi tenang-tenang melawat kawasan eco rm2.40.


Che kak tepek gambar baju yang baru beli tadi untuk kenangan. Sebab esok nak serah kat Majlis Daerah Ketereh untuk pelupusan. Nak kena isi borang pelupusan juga kot sebab nak claim yang baru dengan YB🤪




DARJAH SATU DULU-DULU

DARJAH SATU DULU-DULU

 Dulu-dulu, masuk darjah satu baru kenal huruf, nombor, belajar asas tambah, tolak, bahagi, darab.


Itupun kena guna bahan-bahan terpakai macam batang aiskrim, batu dan lain-lain sebagai alat bantu mengajar.


Apabila dah faham asas, seronok je belajar.



Eh elok je kita semua ni boleh jadi pekerja dalam pelbagai pekerjaan sekarang ni.


Tapi sekarang ni, ya rabbiiii memang boleh tercabut kepala apabila nak tolong anak faham konsep matematik terutamanya.


Macam la anak-anak kita boleh grad PhD masa darjah satu.🙄 Entah apa yang nak dikejar pun tak tahu la.


#pinjamgambar

PEROKOK PASIF

PEROKOK PASIF

Entah ler dari mana datangnya kekuatan che kak tegur seorang pakcik yang hisap rokok di kedai makan.

Geram campur kesian.
Che kak kesian sangat kat 2 orang anak kecil yang makan semeja dengannya.
Apa la nasib budak kecil itu apabila sentiasa bersama di rumah dan dalam kereta.
Asap rokok itu juga telah menghala ke arah seorang ibu mengandung.

Che kak dah bagi signal dengan gaya tutup hidung, tepis asap tapi hampa dia 'buta'.
Nasib baik tak pekak apabila che kak tegur, dia akhirnya padamkan api rokok di tangannya.

Che kak bukanlah anti perokok.
Tapi che kak anti orang yang tak hormat 'perokok pasif' seperti kanak-kanak kecil, ibu mengandung, orang tua, pesakit dan orang awam yang sedang menikmati hidangan di kedai makan.
BERDAKWAH DAN DI DAKWAH

BERDAKWAH DAN DI DAKWAH

 Apabila kita berdakwah, elakkan sama sekali mention nama seolah-olah dialah terpaling dosa.


Memberi nama contoh yang melanggar hukum Allah tidak akan membuatkan orang tertarik kepada ajaran agama Islam.


Contohnya berdakwah dalam bab menutup aurat.


Dalam memberi teguran, biarlah secara berhikmah. Sakitnya dimalukan lebih teruk dari sakit buat silap.


Teringat satu kisah pada suatu hari, ada seorang warga emas mengherdik kanak-kanak berusia 6 tahun sebab tak pakai tudung. Makcik lebih nampak dosa anak kecil tapi makcik lupa dosa makcik pada anak kecil itu. 


Kesian anak kecil itu. Terkebil-kebil dia menahan malu kena marah di khalayak sepupu-sepupunya.


Namun begitu, apabila kita kena tegur, janganlah kita mudah melenting. Walaupun belum sampai seru untuk menutup aurat dengan sempurna, terima sahaja teguran dengan hati yang lapang.


Pendakwah menjalankan tugas dan amanahnya sebagai orang yang mempunyai ilmu agama. 


Janganlah kita beranggapan 'nak jadi diri sendiri' maka kita abaikan perintah Allah. 


Bayangkan kalau kita berada di dalam majlis formal yang dihadiri orang kenamaan, maka kita pun kentut sesuka hati sebab 'nak jadi diri sendiri'.




HAPPY BIRTHDAY ABANG AULIA' KE 15

HAPPY BIRTHDAY ABANG AULIA' KE 15

 Hari ni besday abe Aulia' yang ke 15.

Kebetulan Abe Aulia' hari ni mc sebab tak sihat.

Semalam muntah-muntah.

Awaatif pun tak sihat juga.


Pandai betul Aulia' atau panggilan manja Abe pilih timing nak keluar.

Masa angkasawan nak naik bulan, dia sibuk nak turun ke bumi😆.



Masa pregnant Abe, memang suka tengok citer CSI.  Peminat tegar tengok bola. Tapi bila suruh main bola kat padang betul tak mau pula.🤔


Semoga Abe membesar dengan sihat, berjaya dengan cemerlang dunia akhirat, menjadi anak yang soleh.


PERCUTIAN SINGKAT

PERCUTIAN SINGKAT

 Hari ni (8.10.2022) bercuti dengan anak-anak.

Dalam daerah Ketereh juga.

Tak jauh dari rumah.

Tak leh gi jauh sebab abang Ahyad ada aktiviti di sekolah.

Suami che kak pula sibuk bantu baiki pintu bilik air kat rumah neneknya.


Pagi tadi ke pasar tani.

Wajib ler anak-anak beli waffle stick, kacang rebus, air coconut shake.

Che kak beli makanan untuk sarapan dan buah naga.


Masa tanya si penjual buoh ni purple ko? Dio royak meroh. Haha. Blur jap. Warna apa sebenarnya buah naga ni.


Lepas tu balik rumah, masak untuk lunch. Ayam paped.


Lepas tu tengok tv jap. 

Masa tengah layan tv, anak ajak gi kedai rm2. Hadoiii.


Lepas tu gi kedai setia rm2.40.

Penuh troli.🤔


Lepas tu singgah kedai sebelah beli seluar track.


Gitu lah kisah percutian hujung minggu dengan anak-anak. 

Tak perlu gi jauh pun makan modal juga.😁


Alaa lupa hari ni ada majlis kesyukuran😔


PERMULAAN BERNIAGA

PERMULAAN BERNIAGA

 Pada suatu hari, che kak beli baju  sambil niat nak support  bisnes kawan.


Sambil pilih baju, dia cerita sebelum ni dia niaga air jamu. Masih banyak lagi tak terjual.


Antara sebab kenapa masih belum terjual ialah fonder suka sangat tukar packaging. Pelanggan tak mau dah packaging lama walaupun belum tamat tempoh.


Selain itu, MOQ sangat tinggi. Modal besar untuk memulakan bisnes walaupun hanya sebagai ejen jualan sahaja. 


Tahu tak apa itu MOQ? Order paling minimum untuk memulakan niaga.


Produk pula tak glemer. Ambil masa nak yakinkan pelanggan untuk mempercayai produk jualannya. Sangat penat!


Kita berniaga sebab nak tambah income dan meminimakan risiko. 


Adat berniaga pasti ada jatuh bangun dan risiko yang perlu kita hadapi.


Namun , kita boleh mulakan bisnes dengan secara kecil kecilan dan modal yang kecil. Jangan berhutang kalau tahu takkan dapat bayar balik. Kena makan sumpah la jawabnya.


Salah satunya pilih bisnes yang menawarkan dropship. Pilih juga bisnes yang tidak menetapkan syarat MOQ yang terlalu membebankan.


Jangan sampai berhutang yang banyak semata-mata kerana nak top up stok.


Pilih juga produk atau perkhidmatan yang pelanggan dah kenal. Maksudnya tak perlu dah susah payah ejen-ejen nak kena promote produk. Ejen-ejen boleh fokus untuk personal branding.


Paling penting jangan sesekali berhenti kerja tanpa ada perancangan, ilmu, kerajinan dan hutang yang masih banyak.

HATI SENIPIS TISU

HATI SENIPIS TISU

 Menulis di medsoc sebab kita ada minat.

Tulis dari hati dan idea sendiri.

Jangan copy paste tanpa kredit pada penulis asal. Sebaiknya tekan button share.


Lepas 'tepek' di medsoc, hati kena kental. Jangan hati selembut tisu.

Takde orang like mulalah nak kecil hati😆. Mulalah rasa aku bukan siapa-siapa🙄.


Tujuan kita menulis adalah untuk kepuasan sendiri.

Sekiranya memberi manfaat, alhamdulillah.

Sekiranya ada peminat, alhamdulillah juga.

Like diri sendiri je la😆 kalau takde friendlist yang like.


Tapi kita sedar diri, kita bukannya influencer sosial media. Apatah lagi artis nak orang tekan like-like ni.


Che kak rasa enjoy je menulis ni. 

Syok sendiri. Ada ku kisah.

Suami che kak pun tak like tau apa yang che kak tulis. 

Tapi ada ku kisah🤪. 

Yang penting nafkah bulan-bulan masyuk🤪.

Haaa tapi awas kalau tulis mengarut pasti ada wasap masuk suruh delete post yang tak sesuai dimatanya😁.

Pemerhati nombor 1.

So, tulis yang baik-baik aje.


Dik,

Jangan mudah terpedaya dengan kisah bahagia di medsoc.

Realiti tak sama seindah fantasi alam maya ini.


Sama juga dengan grup wasap.

Kalau hati tisu, duk diam-diam je sebagai penghuni😆.

Kotnya orang tak respon apa yang kita tulis. 

Mulalah terguris hati.


Kalau rasa tak kuat mental, ada pilihan lain juga iaitu left grup atau unfriend, unfollow.


Kenapa pula che kak tulis ni.

Sebab terbaca status apabila kita yang tak glemer ni menulis takde orang respon.

Tapi bila ada orang popular, eh cepat je pakat-pakat respon😆🤪.


So far, ingat balik niat kita bergrup, berfesbuk, bermedia sosial, okey.


Pengalaman che kak sendiri la.

Kawan-kawan terutama kawan opis. Mana ada depa nak like ke apa ke. 

Tapi kalau che kak ada kesusahan, depa la yang banyak membantu che kak.


Contohnya tayar kereta pancit atau bateri kong.

Depa la yang cepat-cepat datang tolong.


Kalau che kak takde duit, depa la hulurkan cash tanpa soal bila nak bayar🤪.


Che kak susah hati nak bawa kes, depa la tolong tanpa banyak soal.


Ni antara contoh-contoh la. 


Sebab tu jangan mudah kecil hati ye.

Kawan fantasi tak sama dengan kawan realiti, okey.

KISAH TELUR

KISAH TELUR

 Tadi dapatlah beli telur harga rm13.50. Susah nau nak beli telur asyik takde stok. 


Sebelum tu singgah kat kedai borong telur, nampak lori baru landing. Stok baru sampai. 


Berbunga-bunga hati ingatkan dapat beli telur. Rupanya tauke tak mau jual lagi sebab belum kira stok. Adusss kenapa tak bagitau awal-awal. Penat duk berdiri lama🙄.



Balik kerja, suami tengah masak tomyam. Boleh kawankan dengan telur dadar dan sambal belacan.😋 Rezeki dapat suami yang rajin masak. 


Alhamdulillah 19 tahun dah berumahtangga. Rumahtangga mana yang tak diuji  dan dilanda badai. Sayang dan cintailah kerana Allah. 


Isteri adalah amanah yang perlu dibentuk, dibimbing, dan disayangi. Suami perlu ditaati selagi tak bercanggah syariah.

SELEPAS PERCERAIAN

SELEPAS PERCERAIAN

 Jodoh pertemuan ajal maut semuanya Allah dah aturkan.


Walaupun dah menjadi suami isteri berpuluh tahun, sekiranya jodoh sudah ternoktah, apa boleh kita buat, kan.

Percaya pada qada dan qadar.


Namun kita boleh kawal beberapa perkara selepas bercerai.


Nafkah anak perlu diutamakan. Jangan abaikan nafkah dan usaha sedaya upaya tunaikan nafkah anak. Jangan kedekut dan berkira-kira dengan rezeki anak.


Jaga hubungan dengan anak. Jangan bagi anak rasa jauh. Masa anak masih kecil, kita abaikan. 


Seandainya anak dah dewasa  dan kita semakin tua dan lemah masa tu la terhegeh-hegeh nak cari anak!


Nak kahwin lain, kahwin la. Takde sape pun boleh lawan takdir. Dah sampai seru jodoh baru, silakan. Simpan sahaja puji pujian buat isteri baru. Tak perlu nak cerita kat orang. 


Hormat keputusan masing-masing, move on. Cari bahagia masing-masing. Stop sindir menyindir dan mencari salah antara satu sama lain. Heboh di medsoc hanya membuka ruang tambah dosa kering.


Kepada isteri baru, stop bangga diri dan mengganggap perceraian isteri lama sebagai dosa silam bekas isteri. Baru kahwin, kentut pun wangi🤪.


Ingat ye, comelnya suami kamu sebab ada bekas isteri yang jaga dulu.






KANGKUNG GORENG BELACAN

KANGKUNG GORENG BELACAN

 Jual kangkung tambah pendapatan

Dari pasu masuk dalam kuali

Jangan lupa tambah belacan

Berapi mulut pedasnya cili api



KUANTAN DALAM KENANGAN

KUANTAN DALAM KENANGAN

 Alhamdulillah hari Ahad lepas selesai hantar kes ke RE di Dungun. Memang koyak jiwa mental che kak uruskan kes sebegini. Namun syukur sangat sebab kawan-kawan sangat membantu dan memudahkan urusan. 



Che kak juga dapat pengalaman dan kenangan yang pastinya indah di kenang suatu hari nanti.


Sebaik sahaja selesai uruskan kes, terus ke Kuantan pula untuk berbengkel keesokan harinya.


Pada mulanya blur juga nak discussion pasal apa. Lepas dengar taklimat baru faham. Berbengkel tu perkara no 2 dah. Follow je la depa nak tambahbaik apa-apa sistem. 



Yang penting dapat jumpa kawan-kawan lama yang tak seberapa ramai pun. Hehe. Seronok bila kawan lama dari JKMWPKL masih kenal che kak. Hehe. Maklum la dulu saiz berat 44kg, sekarang berat mata memandang🤪.


Bermalam di hotel. Che kak duk sebilik dengan bekas rakan seopis dulu. Pernah jadi anak buah che kak. Baiknya dia. Terasa sangat malu apabila mengenangkan 'garang' nya che kak suatu ketika dulu. 


Namun hidup ini perlu diteruskan. Dah tua-tua ni malas nak cari bbaloh doh.😆. Dunia kecik je. Kita saling memerlukan antara satu sama lain selagi duk sebumbung jabatan.


Sempat le makan petang merangkap dinner kat kafe Hotel Seri Malaysia. Macam orang kayangan duk bincang projek juta-juta.🤪 . Harga pun okey je. Masih mampu milik. Bukannya sokmo-sokmo pun makan kat hotel.


Che kak tak berkesempatan nak jalan-jalan ke Kuantan. Nak layan GV punya pasal. Tapi macam tak best pula. Tutup tv terus tido je. Lepas kursus terus balik ke Kelantan.


Che kak pernah melalui zaman kanak-kanak di Kuantan. Dari darjah satu sampai la ke kelas peralihan sekolah menengah agama arab. 7 tahun menyulam suka duka di Kuantan sebelum berpindah ke Kelantan. Dari tahun 1986 hingga 1992. 


Ulang alik ke hospital Kuantan sebab rawatan sakit jantung. Alhamdulillah sekarang dah sihat walafiat selepas operate tahun 1990 di Hopital Tengku Ampuan Rahimah Kelang.


Masa dulu che kak tak berkesempatan nak main sukan sebab cikgu tak bagi main takut pengsan. 


Walhal setiap petang nak pi mengaji quran mesti che kak akan berlumba lari. Tak pernah pula pengsan. 


Haaa teringat juga kisah che kak masa tu darjah 1. Masa balik dari sekolah, che kak terdengar bunyi anak kucing. Cari punya cari rupanya kat celah rimbunan pokok buluh.


Che kak bawa balik bela kat rumah. Tulah kali pertama dan terakhir che kak bela. Dia tak nak ikut masa nak pindah rumah. Entah la apa jadi padanya lepas kitorang pindah.


Masa darjah 2, moyang lelaki che kak meninggal di Kuantan juga. Rindunya pada arwah moyang. Che kak takde gambar kenangan bersama nenek moyang kesayangan che kak😔. 


Banyak lagi nak cerita sebenarnya kisah che kak semasa menjadi warga Kuantan. Insya Allah kalau berkesempatan che kak tulis pula.

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com