June 2020 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: June 2020
KENAPA SERONOK GUNA DAN JUAL PROUK  FOREVER

KENAPA SERONOK GUNA DAN JUAL PROUK FOREVER

Best sangat setiap kali gi shopping barang forever di branch, excited lain macam.


Dah berubah rutin che kak setiap hari jumaat@sabtu. Wajib g branch. Hehe. Rasa rindu sangat kalau tak gi.



Arman rider la jadi driver walaupun rumah dekat je. Luv u😘😘 sebab sentiasa support che kak.


Sambil tambah st0k dan beli untuk kegunaan sendiri. Senang kalau ada st0k, time kastem&r nak, sekurangnya barang dah ready st0k.


Awal2 PKP dulu je klik on9.


Maklum lah barang forever ni barang yang kita memang sentiasa guna.


Ubat gigi, sabun, deodorant, pencuci muka, syampu, Lips balm, krim sapu, madu, semua ada. Semua barang ni orang sentiasa guna dan cari.


Che kak jual melalui on9 je. Alang2 asyik berfesbuk, apa salahnya buat income juga.


Syok tau bulan lepas boleh wat sevis kete dengan tambah gas aircond kete walaupun tak gaji lagi.

Kalau nak mula bisnes tapi tak pandai , kita ada group support yang banyak membantu...


Join ahli tak wajib jual. Nak beli untuk kegunaan sendiri pun okey je. Join ahli ada lessss lima belas persen.


#chekakforever #teammamicery #familymagika #sambilgunasambiljual






KESIHATAN VS KEHENDAK

KESIHATAN VS KEHENDAK

Tengok handbag baru, jeling je. Cukup la 1 je. Pakai je la sampai jahanam baru beli yang baru. 

Tengok kasut pun jeling juga. Pakai je la sepasang sampai jahanam. Itu pun dah lama takde majlis rasmi dan miting.⛸️

Tengok baju baru, pakai je apa yang ada. Tu pun dah banyak dapat hadiah kain pasang. Lagipun member opis bukan jenis nak 'lawan' baju.🥋

Baju banyak2 pun, duk pakai jubah hitam tudung meroon je waktu hujung minggu. Pergi branch setiap hari jumaat pun baju sama je pakai. Malas nak mikir baju apa aku nak pakai.🎎

Selipar pun ada satu je. Pergi mekah pun pakai apa yang ada je. Alhamdulillah selamat juga wat umrah.




Tapiiiiii

Bab kesihatan memang che kak tak kedekut. Che kak tak sayang duit kalau ada produk dan supplement yang bagus.🌼

Supplement pilihan dah tentu berasaskan makanan sunnah seperti madu, susu kambing, kurma, delima.🐝

Ofkos  minyak ikan dan aloe vera gel. Basic untuk detox buang toksin.🐟

Lepas tu add on je la jus delima kaya anti oksidan, madu asli yang sangat premium.🍒

Lebih baik kita jaga kesihatan sebelum sakit yang lagi parah belanja perubatan. 💊



BAGAIMANA UNTUK MENJADI ISTERI SOLEHAH

BAGAIMANA UNTUK MENJADI ISTERI SOLEHAH

"Kak, camne nak jadi isteri yang solehah? Camne nak kasi suami sayang sokmo? "

Gulp. Hehe. Apa tips ye. Alolo adik wei. Che kak termalu sendiri sebab che kak bukan isteri solehah. 😔

Cuma rezeki che kak dapat suami yang baik, bertanggungjawab, hensem di mata che kak. Terima kasi pada ex coursemate jadi orang tengah.😜

Bbaloh la macamane pun, perang dunia ke 10 macamane sekalipun, 2 perkara yang che kak jaga. 



Pertama, jangan sesekali biarkan suami makan sorang2. Temankan dia makan walaupun kau kenyang dan panas pedal macamana sekalipun. Sebab che kak pernah dengar, membiarkan suami makan sorang2 umpama macam keldai. Wallahu a'lam. 

Kedua, jangan tido asing2 walaupun bergaduh macamana pun. Jangan tiru macam artis. Tidak tinggal sebumbung dgn alasan tidak sefahaman. Che kak takkan tido sorang2. (padahal takut tido sorang2😜😜). 
BAGAIMANA UNTUK KEKAL BERTENAGA DAN TINGKATKAN IMUNITI SISTEM

BAGAIMANA UNTUK KEKAL BERTENAGA DAN TINGKATKAN IMUNITI SISTEM

Nak kurus, sihat, kekal bertenaga dan tingkatkan imuniti sistem? 

Meh kita amalkan 3 item ni: 👇

✅ Aloevera Gel - Membantu Mengeluarkan toksin dalam badan, memberi tenaga , & membekalkan 200 nutrien untuk tubuh

✅ Arctic Sea – Membantu mengeluarkan kolestrol & lemak jahat daripada badan , meningkatkan fungsi otak, mata & kulit

✅ Bee Pollen – Diperkaya dengan 8 komponen vitamin B, mengawal berat badan, membakar lemak, meningkatkan metabolisma & melindungi sistem saraf



💞 Jom kekal sihat dan bertenaga dengan PRODUK FOREVER LIVING!

Www.wasap.my/+60133703161

#teammamicery
#familymagika
#chekakforever
#foreverpasirputeh
#foreverketereh
#cod #selfpickup #pos
KENAPA DEODORANT FOREVER SANGAT BEST

KENAPA DEODORANT FOREVER SANGAT BEST

❤️ Kenapa che kak suka  deodorant aloe vera forever❤️


🔎 Deodorant Forever Living ini mengandungi Aloe Vera, Vitamin C yang mampu mencerah, melembut dan sekaligus membasmi bakteria yang menjadi punca bau badan. 

🔎 Tidak mengandungi garam aluminium yang biasanya terdapat pada deodorant biasa.

🔎  Formulanya sangat lembut, walaupun sapu selepas bercukur, tidak akan rasa pedih.

🔎 Bau wangi dan segar. 

🔎 Boleh sapu deodorant ni pada kawasan kulit yang kematu atau kasar untuk melembutkannya.

🔎 1 botol bertahan  6 bulan hingga setahun. 
Jimat sgt😍

🔎 Ketiak gelap dan bau badan adalah masalah simple bagi Aloe Ever Shield Deodorant. 

🔎 Tidak melekit dan tidak mengotorkan baju seperti deodorant biasa yang meninggalkan kesan kuning terutamnya baju putih

🔎 Tidak menutup liang kulit. 

Www.wasap.my/+60133703161

#teammamicery
#familymagika
#chekakforever
#foreverpasirputeh
#foreverketereh
#cod #selfpickup #pos
#aloeevershielddeodorant

KENAPA SELLER KENA SUPPORT DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU

KENAPA SELLER KENA SUPPORT DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU

Pada suatu hari che kak saje je singgah kedai jual kain tudung.

Masya Allah punye la ramah si seller ni. Layan je che kak ni dengan baik dan sabar sebab che kak cerewet sikit kalau nak beli kain tudung. 

Daripada tak nak beli, dah terbeli 3 helai kain tudung. 😂😂 Itupun sebab takde saiz. Kalau tak, mau borong satu kedai dia. 🤣🤣

Cerita lain pula. Singgah nak beli zip baju yang ma kirim. Che kak bagitau nak zip saiz sekian2. Eh eh seller tu tunjuk gitu je. Bila kita tanya yang mana satu saiz sebab takde tagging, eh eh dia tinggikan suara pulak. "Kat situ la!" 

Sudahnya che kak angkat kaki, g kedai Kay May. Haaa bagus 'mek' layan, abes juga la dekat RM100 beli barang. 😂

Cerita lain pula. Nak servis kete. 15 minit che kak duk cacang kat kedai dia. Takde la nak ditanya nye kita ni. Wat kering jah mekanik tu. Eksyen je wat2 sibuk. 

Sudahnya pergi kedai "mek". Baru je nak masuk kedai, terus je tanya dengan baik walhal masa tu ramai juga kastemer. Tak tanya banyak, pakat suruh dia servis selalu. 

Moralnya jangan salahkan orang tak support kalau kita sebagai seller tak support diri sendiri dulu. 

DUIT BANTUAN KERAJAAN BUAT MODAL BISNES

DUIT BANTUAN KERAJAAN BUAT MODAL BISNES

"Kak, camner nak bisnes? Saya tak pandai, segan pulak tu. Modal pun takde"

Meh che kak nak habaq. Che kak pun tak pandai juga. Malu wei nak bisnes offline. Segan tahap gaban. Che kak pun takde modal besar juga. 🙈

Tapiiii... Che kak cuba juga runtuhkan tembok halangan untuk bisnes. How? 🧱

Bermula dengan jatuh  ❤️ pada produk forever seperti ubat gigi, sabun avocado, aloe lips dan deodorant. Ye bermula dengan jatuh hati lahirnya sebuah cinta.😍 Sebabnya selalu je dapat free gift dari #mamicery masa beli susu kambing mikkae.🥛🐐. 


Che kak daftar ahli RM90 pada Mac 2020. Rugi pulak la lambat join sebab forever duk lalu lalang kat fb che kak sejak Oktober 2019. 

Dulu daftar dapat free AVG sebotol. Tapi bermula Jun 2020, daftar RM90 akan dapat balik duit dalam bentuk e-vaucer RM90. 00. (RM50, RM20, RM20). 💴 Beli barang dan boleh tebus dengan e- vaucer tu la. 



Lepas tu, che kak join grup #familymagika. Team besar mami cery. Asyik terbakor je dengan mami anak cucu cicit mami 👩‍👩‍👧‍👦. Pakat duk share betapa bestnye mereka guna dan jual produk. Semangat lain macam. 

Masing2 halalkan gambar2, testimoni dan pakat sama2 kopipaste. Engkau kopi aku, aku paste engkau. 😂😂

Sebab tu penting kena pilih team yang benar2 jaga team. ⚽

Pelik betul, time #PKP, diorang punye sale mencanak2 naik. Eh camner diorang boleh jual juga. 🤔


Forever ni kan produk head to toe. Personal care, supplement, kecantikan. Produk berasaskan aloe vera, madu, delima . Sebab tu permintaan tetap tinggi walaupun berkurung dalam rumah. 🏠. 

Berbalik kepada che kak. Che kak  suka share kat fesbuk, page, blog, IG. Tak sangka pula dapat order. Product speak itself. Kumpul2 order. Che kak klik order kat web dan HQ yang akan poskan. 


Sedar tak sedar, dalam masa 2 bulan, che kak punyer sale / pembelian dah berjumlah RM15XX. Eh eh naik rank VIP laaaa. 🤭 Sejarah wei merasa naik rank. Mudahnya la hai naik rank. Che kak tak terfikir pulak semudah itu. 

Syukur sangat2 walaupun sale hanya RM15XX lebih je. 

Kiranya sale bulan pertama tak burn macam tu je. Kalau kita punye pembelian RM1547 dalam masa satu hari pun kita dah boleh naik rank. 

Untungnya naik rank, untung runcit lagi besar. Woww💃💃

Apabila asyik dapat order, che kak beli produk wat stok. Senang kalau kastemer nak, dah boleh cod dan selfpickup selalu. 

Masa dapat duit yang Abah PM bagi kat  penjawat awam RM500, che beli barang2 wat stok. Wow sekejap je boleh rolling modal. Barang tak sempat berabuk pun. 

Dulu che kak order melalui pos. Sekarang beli kat branch je sebab nak dapat feeling.😜 Nasib baik hari Jumaat branch buka. So, dapat la che kak g setiap minggu. 

Che kak keje opis hour dan terikat dengan tugas2 hakiki. Alhamdulillah, sangat mudah che kak nak bisnes forever tanpa ganggu keje hakiki. 

Modal yang paling utama dan penting ialah 'kosongkan gelas kita' . Biar la ianya tercorak dan terisi air yang korang sendiri suka. Pandai la korang nak bancuh air apa berdasarkan resepi2 #familymagika. 🥛☕🍼



BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN BISNES FOREVER

BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN BISNES FOREVER

Bln 5, che kak dapat 'anak forever' sorang. Bulan 6 dapat 4 orang anak. 

Anak2 forever che kak ni join hanya untuk beli kegunaan sendiri je, bukan untuk bisnes.

Tapi che kak akan pastikan mereka dapat kasih sayang che kak. Che kak takkan paksa mereka berbisnes kalau mereka tidak minat.

Asalkan mereka suka guna produk forever pun dah cukup hepi.

Pointnya kena jatuh cinta dan sayang pada produk. 

Kita kena rasa sendiri kebaikan manfaat dan keberkesanan produk. Baru kita ada idea dan dapat tulis betapa bestnya produk dari hati. 

Tapi, che kak faham. Kalau yang serius nak bisnes tu, pasti tak tentu arah macamana nak mula sharing kan. 

Sebab tu untungnya join familymagika. Semua pemurah demi familymagika. Penuh dengan kasih sayang baik moyang nenek datuk cucu cicit anak. Terlampau penuh kasih sayang, kami tak dan nak godek dan skodeng team lain dah. 


#familymagika


BEST KE KERJA DALAM AIRCOND

BEST KE KERJA DALAM AIRCOND

Hai korang dah brekfes ke? Che kak makan roti dan nescafe susu tepung gula perang. Bukan diet tapi takde selera makan nasi.

Eh kering pulak rasa bibir. Sapu #aloelips. Duk dalam aircond best tapi kering bibir. Teringat la wei klien che kak kata, untung kak keje duk dalam  air cond.



Adik wei, kena ambik kira juga che kak keje masuk kampung berpanas panas, kena kejar dengan samseng kampung lagi.



Kena gigit manja dengan anjing lagi, lompat atas meja rumah klien bila anjing duk menyalak. Oiiii takut weii walaupun kita tak wat dosa dengan tuan rumah dia.

Tu belum ambil kira lagi panjat tangga rumah flat DBKL 15 tingkat sebab lif rosak dengan perut memboyot 8 bulan.

Dah2 melalut pulak. Haha. Jom wat keje.
AKTIVITI KERJA HARIAN

AKTIVITI KERJA HARIAN

Selamat pagi rakan2 muka buku che kak. Dah makan ke belum? Tadi che kak duty kaunter 1 jam. Tak sempat brekfast tadi. Nasib baik dah makan 1 sudu madu bunga gurun sonoran tadi.

Ni baru makan roti semalam. Tak expired lagi wei. Sapu aloelips untuk ceriakan diri. R3 tu best friend che kak juga. Lecu tu kiter pakai untuk arman rider je la. 🤭

Dah, jom wat keje. Pasni nak g sengeh kat meja sorang2 sape yang belum hantar fail lagi. 😜


KEAHLIAN FOREVER MULAI 1 JUN 2020

KEAHLIAN FOREVER MULAI 1 JUN 2020

BERMULA 1 JUN 2020

KEAHLIAN FOREVER LIVING
Yuran ahli RM90.00 untuk keahlian seumur hidup
+ dapat E-starter kit
+ dapat bahan E-marketing (link akan diberi selepas pendaftaran berjaya)
+ dapat E-gift coupon untuk redeem 1 tiub Smoothing Exfoliator & Tote bag Percuma di Centre Forever Living
+ kelayakan diskaun 15% untuk pembelian produk

Dapat juga...
E-voucher (RM50.00 + RM20.00 + RM20.00)


💵 RM50.00 pada hari pertama pendaftaran - sah untuk tempoh 30 hari - boleh ditebus untuk pembelian produk Forever minimum RM100.00
💷 RM20.00 selepas sebulan mendaftar ahli - sah untuk tempoh 60 hari - boleh ditebus untuk pembelian produk Forever minimum RM50.00
💱 RM20.00 selepas 2 bulan mendaftar ahli - sah untuk tempoh 90 hari - boleh ditebus untuk pembelian produk Forever minimum RM50.00

👉 E-voucher TIDAK boleh ditukar kepada tunai
👉 Download apps Forever2U untuk dapatkan E-voucher
👉 Pemberian Starter Kit Bag adalah tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis
SENTIASA POSITIF

SENTIASA POSITIF

Orang lain dapat juai 50 ketui sabun sehari, che kak juai 2 ketui je  namun che kak tetap happy. Tetap syok sendiri.. Yeayyy rezeki...

Orang lain cepat naik rank, che kak pula ambil masa, namun che kak tetap hepi dan syok sendiri. Yeayyy rezeki sebab che kak tahu track che kak. 



Che kak bersyukur sangat sebab che kak tahu apa yang che kak impikan. Tetap rasa hepi dan syok sendiri. 

Che kak tahu lorong che kak yang mana satu sambil jeling2 lorong orang, ooo macam tu. Ok i follow. 

Tiada yang mustahil dalam setiap impian kita. 

#25ccjune2020💪💪💪



BAGAIMANA CARA UNTUK MAJU DALAM BISNES

BAGAIMANA CARA UNTUK MAJU DALAM BISNES

Ada 2 orang peniaga A dan B.

Peniaga A jual rumah mahal. Tapi dia fokus pada jualan rumahnya. Walaupun mahal, dia beri penerangan tentang kebaikan dan spesifikasi kenapa rumah itu mahal.

Akhirnya ramai yang membeli kerana yakin dan berpuas hati dengan kebaikan rumah.

Manakala peniaga B jual rumah yang murah. Maka dia yakin dia dapat jual rumah atas tiket 'murah'. Dia asyik fokus untuk jatuhkan peniaga A dan memburukkan kata rumah itu mahal.

Jadi takde orang beli rumah B kerana walaupun murah tapi orang tak tahu apa istimewanya rumah dia.

Kesimpulannya fokus saja pada jualan masing2. Rugi masa dan otak je kalau kita asyik nak jatuhkan pesaing.

KENAPA TAK DIGALAKKAN BELI MURAH DI SHOPPE

KENAPA TAK DIGALAKKAN BELI MURAH DI SHOPPE

Biasanya kalau ada yang tanya kenapa kat shoppe murah atau ada kastemer yang minta diskaun, che kak syorkan daftar ahli. 

Daftar ahli tak semestinya untuk jual. Beli untuk kegunaan sendiri je pun. Dapat less 15%.

Beli produk dengan harga jauh lebih murah daripada harga ahli banyak risikonya. Rosak, expired, tiruan. Forever takkan ganti. 

Berbalik kepada jadi ahli, tak perlu nak maintain setiap bulan. Beli seketul lipbalm selepas setahun jadi ahli pun tetap dapat less 15%.

Kalau minat buat biz, boleh promote kat medsoc pun ok. Dapat untung runcit.

Tak perlu simpan stok. Ala2 dropship gittew. Apabila ada orang nak beli, boleh klik order dengan Hq. Hq akan poskan. 

Kalau rasa nak buat stok seketul dua madu, sabun, ubat gigi pun boleh juga.  

Produk forever  ni tak sempat nak simpan bawah katil pun. Orang pasti akan beli. Kejap2 kita akan restok. 

Sebab apa? Sebab produk high demand. Produk penjagaan diri dan kesihatan. Head to toe tummy.

Kalau belian sebanyak RM15XX terkumpul dalam masa 2 bulan, dah boleh naik rank. Untung runcit lagi banyak.

Sebab tu che kak suka forever. Sebab belian bulan pertama tak burn. 

Nanti kita sembang hari lain pula. 

Www.wasap.my/+60133703161

#teammamicery
#familymagika
#chekakforever
#foreverpasirputeh
#foreverketereh

NAK UNFRIEND?

NAK UNFRIEND?

Ada ni haaa. Duk like gambar raya friend fb. Tak pernah lalu lalang kat wall che kak. Sekali pakat post gambar raya dan menu masing2, tu diooo. 😄😄

Sebab tu che kak tak berapa gemar kalu ada status nak unfriend yang tak aktif.😏😏 

Tak aktif menulis bukan bermaksud tak aktif tengok kita punya status, kannn.. 🤭🤭

SALAHKAH AYAH TAK BELI MAINAN BARU

SALAHKAH AYAH TAK BELI MAINAN BARU

Anakku sayang, ayah beli mainan baru yang lain, nak tak?

Tak nak. Nak mainan lama juga.

Ish kesian anak ayah. Mainan dah buruk tu.

Tak nak. Nak mainan ni jugak.

Tiba2 ada tetamu belikan mainan baru.

Maka si anak seronok sangat dan terus buang mainan lama.

Si ayah turut tumpang suka sebab anaknya dapat mainan baru.

Eh eh tiba2 ada orang kutuk si ayah tak cakna kat anaknya yang duk main mainan lama.

Duk puji je tetamu yang bagus sebab bagi mainan baru. 



MIMPI YANG INDAH

MIMPI YANG INDAH

Pejam mata, kita mimpikan yang indah2 kerana takde rugi pun mimpi.




Walau hakikat realiti kita pahit untuk ditelan.

Mana tau suatu hari nanti, mimpi akan jadi nyata kerana mimpi bagaikan doa dan harapan.

Che kak mimpi nak gi jalan2 keliling dunia macam #matdankakijalan


NAK KULIT GEBU?

NAK KULIT GEBU?

'Banyok halo dari rima' kalu wat keje kat rumah. Bukak laptop duk meloading pah ceroh. 😂😂


Tepek muka dengan gabungan 2 krim yang sangat bagus untuk kulit. Krim serbaguna. Krim bahan utama aloe vera dan propolis lebah. 

Aloe propolis creme dan aloe vera gelly. Pakai sebelum tido, hasilnya pagi esok, kulit pasti lembut.



Tapi duk kat rumah tak tau siang malam dah. Pakai je la kan.🧕

Cukup la wajah kita bersih tak perlu berkilat berleming. 

Banyak kegunaan 2 krim ni. Nanti che kak free sikit, che kak share manfaat krim ni. 

Ada budak ni suh ambik gambar dia nak pegang vitamin c. Pssstt vitamin last stok dah tu. Dah dibooking orang. 



RUTIN KERJA CHE KAK

RUTIN KERJA CHE KAK

Semalam punye cerita. Ada rakan opis rujuk kes, katanya nak mohon bantuan tapi tak dapat gi opis sebab sakit.

Che kak janji akan pergi melawat kes. Jadi che kak tunaikan janji lawat kes walaupun duk jeling dalam sistem ebantuan banyaknya kajisemula nak kena settle.



Sakit dah lama tapi tak pernah memohon bantuan. Hanya mengharapkan ihsan ibunya dan adik beradik. Lepas tu, gi melawat pula kes viral.


Tengahari, temankan sahabat kesayangan che kak g klinik. Che kak tak reti nak zahirkan bahawa ch e kak sayang kat dia. Sekadar teman je la.

Sambil tunggu, che kak taip laporan  sosial kes viral. Stress juga taip dengan tepon kecik. Dah biasa taip dalam tab. Jadi slow sikit taip. Idea tengah mencurah2 pun akan cepat je tinggalkan che kak sebab lambat sangat taip guna satu jari je. 😜😂

Singgah beli hadiah untuk 2 orang staf yang akan bertukar. Sedih juga sebab mereka adalah staf dan kawan yang sangat baik dan komited. Namun pertukaran tempat kerja, pasti ada hikmah yang Allah dah atur untuk kita. 


Sabar dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. 

Semalam jeling web FBO. Che kak target 2cc untuk Mei 2020. Sebab masa bln Mac dan April che kak ambil masa 2 bulan untuk dapatkan 2 cc. 

Alhamdulillah lebih 2.6cc dalam bulan Mei 2020. Kejayaan peribadi untuk che kak. So, che kak target 5cc untuk Jun 2020. 😘😘

Sejarah dalam hidup che kak apabila buat bisnes, che kak dapat untung runcit mencecah ratusan RM. 🤭 Walaupun orang lain dapat sale juta2, tapi che kak sangat bersyukur kerana kenal forever. Sangat mudah dan santai untuk dapatkan untung runcit dan bonus. Apaguna sale juta2 tapi untung kecil, kampeni juga yang kaya. 

Forever tak macam tu, tau. Sale kecil tapi untung runcit dan bonus besar maaa... 



MAKANAN SUNNAH?

MAKANAN SUNNAH?

Kita selalu je set dalam minda kita, makanan sunnah mesti ada cop nama ala2 islamik. Asal nampak je tulisan makanan sunnah terus beli tanpa baca kandungan produk.

Entah2 kandungan produk banyak chemical yang membahayakan kesihatan dan sunnah je ala sikit je.

Entah2 banyak makan kandungan campuran gula je dalam produk yang berlabel makanan sunnah.

Macam ada kes dulu, kan main label botol produk sunnah. Sekali pecah rahsia, packing sendiri belakang rumah yang  tak dijamin kebersihan dan kandungan sangat membahayakan kesihatan. 

Sebab tu che kak pilih forever kerana produknya berasaskan sunnah seperti madu, delima, minyak zaitun dan daun sabir. Walaupun forever tak tepek perkataan sunnah, namun kami tahu, kandungan bahan produk forever adalah makanan sunnah.



42 tahun dah forever kat pasaran 169 negara, berjuta2 masyarakat dunia telah dapatkan khasiat makanan sunnah. 

Www.wasap.my/+60133703161

#teammamicery
#familymagika
#chekakforever
#foreverpasirputeh
#foreverketereh
#cod #selfpickup #pos
HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com