January 2016 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: January 2016
KISAH ORANG TABAH

KISAH ORANG TABAH

Tak tahu nak tulis tajuk apa ni...

Kak Za nak cerita kisah orang muda yang tabah...Klien Kak Za.. Nama Na (bukan nama sebenar).. Diuji tapi tetap positif.. Dia baru berusia 22 thn.. Besar ujian dia.. Dia terpaksa jaga mertua yang sakit stroke dan terlantar.. Setiap hari dia kena mandikan, salin pampers, basuh berak kencing,  suap makan minum, memasak, mengemas rumah, membasuh baju dan sebagainya..

Selesai kerja rumah mertua, terus bergegas ke rumah peninggalan ibubapanya.. Jarak rumah 7 km..Ibunya dah meninggal dunia.. Ayah kahwin lain dan tak balik-balik ke rumah.. Adik ada 5 orang yang masih bersekolah.. Tapi ayah dia selalu minta duit dengan dia pulak..

Nasib baik ada kakak sorang kerja kat KL yang tolong hulurkan duit belanja.. Itupun terpaksa catu duit belanja..

Begitulah kehidupan dia setiap hari non stop..  Ulang alik dengan motor buruk bersama anak kecilnya yang baru umur 1 tahun lebih.

Kak Za musykil suami dan anak-anak mertuanya tak jaga ke ayah dia sendiri? Jawapannya TIDAK.. Uollss geram tak?? 

Katanya usahkan nak tolong jaga dan uruskan ayah diorang sendiri.. Minta tolong sponsor sabun basuh kain sebungkus pun macam dah perang dunia ke 7.. Masing-masing tolak tamggungjawab.. 

Kalau balik ke rumah lagi la wat tambah beban dia.. Kena kemas rumah, masak dan basuh pakaian diorang.. 

Mertua ok? Mertua bekeng@garang@ pongoh.. Pulakkkkkk... Bukannya nak berterima kasih dengan menantu sebab tolong jaga.. Nak harapkan anak sendiri, hampeh.. 

Tapi dia katanya, tak pe lah.. Dah memang orang tua sakit macam tu.. Kena  banyak sabar....

Sabar dan tabahnya dia.. Tak pernah lagi Kak Za jumpa ibu muda yang berjiwa mulia  dan besar macam dia..

Moga dia dimurahkan rezeki dan mendapat rahmat Allah..

KAUNTER

KAUNTER

Sekarang ni macam-macam isu petugas kaunter yang diviralkan oleh individu kat laman sosial.  Motif??

Tapi Kak Za tak nak komen sebab tak tau cerita hujung pangkal.. Tersalah komen kan jadi fitnah.. Bahaya ooo fitnah ni.. Kalau betul pun jadi mengumpat.. Dua-dua tetap dosa.. 

Bukan tak boleh komen dan buat aduan.. Setiap jabatan atau agensi ada unit pengurusan aduan.. Contoh, Talian Nur 15999.. Semua aduan diuruskan dengan adil dan saksama, cepat dan pantas.. Tanpa mengaibkan sesiapa sahaja..

Kak Za nak cerita satu kisah tentang Kak Za.. Seperti biasa kitorang bergilir-gilir kena tugas jaga kaunter.. Kebetulan pada suatu hari, dengan sukarela ganti staf yang kena pergi bengkel a.k.a kursus.. Takde staf kat opis sebab ada yang terlibat dengan bengkel selama 3 hari, ada yang kena hantar barang  projek 1 AZAM, ada yang pergi ke ibupejabat, mahkamah, siasat kes urgent dan macam-macam la tugas staf.. Lagi penat oooo... Pendek kata Kak Za sorang je pada hari tu..

Biasanya hari Ahad memang ramai klien yang datang.. Klien yang datang pulak pelbagai ragam.. Bunyi telefon pulak tak henti-henti.. Kat kaunter ofis ada 2 buah telefon pulak tu... Mana nak layan telefon lagi, mana nak layan orang yang datang lagi..

Dari rumah lagi Kak Za berdoa agar hari ni tak de klien yg 'meto'.. Semua klien yang 'juruh-juruh' aje..Mujur la takde..hehe.. Agaknya diorang kesian kat Kak Za kot.. Ibu mengandung yang tak menang tangan.. Sebab Kak Za ada terdengar..."sabar abe. Siye ko kak kito tu"..

Kak Za  beringat dah dalam tutur kata.. Lain orang lain hatinya.. Lain kita bagitau lain dia faham..  Bukan la bermaksud Kak Za nak tunjuk baik.. Tapi tak nak menambah beban boss dan big boss dengan aduan tentang staf..

Sebenarnya Kak Za nak bagitau, kita sebagai klien@pelanggan kalau  berurusan dengan baik, tanya dengan baik, dengar molek khidmat nasihat petugas kaunter, kan senang.. Petugas kaunter pun senang hati dan rela berkhidmat dengan sepenuh jiwa raga.. Walaupun masa tu ramai orang, petugas kaunter tetap tak rasa terbeban.. 

Kak Za pun selalu juga berurusan dengan kaunter pejabat lain.. Tak kira la... bank, pejabat pos, klinik.. Sekecil-kecil pekhidmatan yang diberikan, tetap ucap terima kasih.. Ucapan terima kasih tu pengikat jiwa..  Kalau Kak Za lah, cukup segan kalau ke pejabat @ kaunter lain,  tunjuk perangai tak elok seperti marah kat petugas kaunter ke atau apa-apa la.. Kalau ada rasa tak puas hati sikit tu, Kak Za maafkan aje.. 

Sebab Kak Za bukan bawa status diri  sendiri.. Ad status lain juga. Status sebagai anak, isteri, ibu.. Nanti orang kata "mak ayah tak ajar ko?" 

Kisah Awaatif dan hydronefrosis - part 1

Kisah Awaatif dan hydronefrosis - part 1

Semasa kandungan berusia 25 minggu, Awaatif disyaki buah pinggang 'besar' sikit... Punyalah lama doktor pakar scan, tiba2 dia sebut "what do u think" kat doktor lain.. Berdebar hati Kak Za apabila dengar doktor cakap macam tu.. Semasa dengar penerangan doktor, hati Kak Za sebak, pilu.. Rasa macam nak jatuh air mata je.. Tapi segan, sebab depan doktor.. Tahan je sebak.. Duk sorang2 mulalah air mata laju selajunya..

Doktor pakar  klinik wat surat rujukan ke HRPZII untuk ultra sound.. 2 kali Kak Za pergi ke HRPZII untuk temujanji ultra sound.. Doktor kata, lepas bersalin nanti kena follow up balik...

Semasa usia Awaatif 18 hari (27.12.2015), Awaatif kena pergi HRPZII pula, sebab long jaundis.. Kena ambil sample darah dan air kencing.. Punyalah lama tunggu si Awaatif ni nak kencing dalam plastik yang disediakan.. Kak Za makan juga supplement makanan sunnah sebagai ikhtiar.. Tapi, kita dah ikhtiarkan.. Nak kena jaundis juga.. Ada la sebab tu... Kena tengok keputusan ujian nanti..

Semasa duk berbual2 dengan doktor, Kak Za ada bagitau tentang buah pinggang Awaatif.. So, doktor terus dapatkan tarikh temujanji untuk ultra sound Awaatif.. Alhamdulillah, nasib baik tarikh temujanji cepat..(14.1.2016)

Pada 14.1.2016, Awaatif disahkan bengkak kedua-dua belah buah pinggang.. Alik kiri bengkak sikit..
Bahasa 'medik' ialah hydronefrosis. Air lebih dalam ginjal. Punca mungkin kerana anatomi ureter tak normal.. Kedudukan terbalik. Urin jadi backflow.. Dari ginjal turun ke bladder, patah balik ke ginjal.. Initial diagnosisnya lebih kurang begitulah..

Pastinya, treatment akan di buat dari semasa ke semasa.. Doktor kata operation mungkin perlu bagi membetulkan ureter..

Doktor pesan, kalau baby demam, muntah dan cirit birit, kena cepat-cepat bawa baby ke hospital..

Keputusan sample darah dan air kencing untuk jaundis, syukur alhamdulillah, normal..

Melihatkan wajah Awaatif yang tenang, asyik tidur dan jarang menangis, membuatkan hati Kak Za pilu.. Tak tahu la sama ada dia rasa sakit atau tidak.. Seolah2 dia kuat dan terima dugaan Allah..

Ok, cukup dulu untuk kali ini.. Nanti Kak Za akan bagitau pula treatment seterusnya..


Nur Asmaa' Awaatif 


Kenapa nasi kerabu ekspress jadi pilihan

Kenapa nasi kerabu ekspress jadi pilihan

[NKE -alternatif yang diinovasikan]

NKE merupakan satu pilihan alternatif kepada sesiapa sahaja.. Terutama penggemar nasi kerabu.. 

Kadang kala kita tak berkesempatan nak beli nasi kerabu kat kedai dan pasar malam..

Kadang kala kita menerima kunjungan tetamu yang tak terduga.. 

Kadang kala kita tak sempat menyediakan juadah untuk ahli keluarga..

Kadang kala ada orang yang melancong suka bawa bekalan makanan dan masak sendiri kat hotel..

Nasi kerabu express


NKE cepat dan mudah disediakan.. 
 Sedap sengoti..

Testimoni 


#nasikerabuexpress
#CODketerehpasirputeh
#pospunboleh
#wasap0133703161
#isimasacutidanlapang
Belum cuba belum tahu, dah cuba baru ku tahu

Belum cuba belum tahu, dah cuba baru ku tahu


Alkisahnya, pada suatu hari, kawan Kak Za 'tunjuk' dalam wasap grup yang dia makan nasi kerabu segera..  Dalam hati  Kak Za berkata, wah.. nasi kerabu pun ada yang segera.. Camno eh pengusaha bikin nasi kerabu segera tu.. Tapi Kak Za kata juga kat dia, kat Kelantan ni 'belana koknar' (banyak) nasi kerabu fresh.. Tapi kat tempat dia susah juga nak jumpa nasi kerabu..

Pastu Kak Za ternampak la kat fb promosi pasal nasi kerabu express.. So, Kak Za pun oder la.. Makan dgn keluarga.. Ermmm sedap jugok wei.. Ho la weiii nok harap ko Kak Za buat sendiri gak, pah ceroh laaaa...

Doh sedap tu gak, Kak Za berasa nak share kat fb sebab yakin dengan produk ni.. Mana la tahu, kot-kot ramai lagi yang terliur nak makan nasi kerabu. Antara sebabnya  susah nak beli kat kedai, tak de peniaga yang jual nasi kerabu, tak berkesempatan nak masak sendiri, ada yang nak simpan stok utk banjir, tetamu dan pelbagai lagi la..

Wat permulaan ni ada juga oder sebab nak cuba dulu..  Kak Za pun bermula daripada cuba juga..

#nasikerabuexpress
#CODketerehpasirputeh
#pospunboleh
#wasap0133703161
#isicutidanmasalapang



Nasi kerabu express sungguh mudah dan cepat disediakan

Nasi kerabu express sungguh mudah dan cepat disediakan

Alkisahnya petang semalam... Suami dan anak2 lambat balik sebab anak ada aktiviti petang kat sekolah.. Sampai kat rumah dah hampir pukul 7.00 ptg..

Pukul 6.00 lebih, Kak Za dah rasa resah gelisah.. Kesian pula kat suami nanti nak masak lagi, nak uruskan anak-anak lagi dan pendek kata semua kerja rumah lah.. Sepanjang tempoh berpantang ni, memang suami yang uruskan kerja2 rumah dan anak2..

Kak Za nak tolong masak.. Tapi, alahai... Malasnya nak masak.. Sebabnya si baby Awaatif ni asyik merengek manja je.. Apa lagi nak menyusu dan beriba la tu..

Nasi kerabu express dan nasi kerabu tumis express

Kak Za pula kalau nak memasak mesti lambat siap sebab kononnya wat kerja secara sistematik... Kena selesai satu persatu.. Hehehe.. 

Apalagi, Kak Za buka sekotak nasi kerabu tumis express.. Basuh beras siam dan sukatan air kena lebih sikit.. Sebab kebiasaannya memang kena lebihkan air.. Lepas tu masukkan serbuk kunyit nak kasi warna kuning nasi tu.. Lepas tu masukkan serai yang dah diketuk.. Alamak! Daun limau purut tak de la pulak.. Tapi tak pe.. Tak wajib pun.. Sekadar nak bagi nasi  bau wangi je ..

Cara masak nasi kerabu


Lepas tu isi ikan dan kelapa goreng digaul sekali.. Siap.. Sambal tumisan pun dah siap.. 

Cara buat smbal nasi kerabu


Untuk ulam, Kak Za hiris kobis je.. Sebab anak2 memang tak makan sayur dan ulam.. 

Kak Za goreng ayam dan goreng keropok.. Siap..  20 minit je dah siap semua.. Tunggu makan je..

Nampak tak... Sekurang-kurangnya nasi kerabu express membantu Kak Za yang pening duk mikir nak masak ape dengan cepat, pantas dan sedap..

Kak Za pun tak rasa stress dan penat memasak... Terima kasih nasi kerabu express..

Kalau sesiapa yang nak, Kak Za ada stok.. Boleh COD di Ketereh dan pasir puteh, Kelantan.. Hubungi je melalui no. tel 0133703161..

Nasi kerabu express

Nasi kerabu express

Bila tengok otai masak nasi kerabu, nampak macam mudah.. Bila try masak sendiri, hadoiii...  Tak sanggup dah nak masak..

Nak beli nasi kerabu kat pasar malam, takut tak sedap.. Ayyoyo... Rupa-rupanya dah berbelas tahun Kak Za tak g pasar malam.. 

Kat kawasan rumah ni memang banyak peniaga jual nasi kerabu.. Tapi Kak Za tak berkesempatan sokmo nak beli.. Sebabnya belum matahari terbit, dah keluar dari rumah pergi kerja.. Sampai kat rumah dah lewat petang.. 

Kalau ada tetamu, segan betul tau sebab jarang benar dapat hidangkan menu kat tetamu.. Selalunya air teh kosong je.. Sebabnya Kak Za segan nak masak kalau ada orang..

Dulu, ada juga la terfikir, takde ke orang jual nasi kerabu yang bila-bila masa je blh masak?

Wow.. Sekarang dah ada nasi kerabu ekspress..  Mudah disediakan dan boleh disimpan buat stok kat rumah..

Hehe..

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0133703161

Nasi kerabu ekspress









PERBELANJAAN KEPERLUAN  PERSEKOLAHAN

PERBELANJAAN KEPERLUAN PERSEKOLAHAN

Masih belum terlewat Kak Za nak cerita perihal persekolahan.. Bulan lepas, dalam ada takde duit pun, alhamdulillah dapat juga beli semua keperluan persekolahan termasuk bayar yuran anak-anak..

4 orang anak bersekolah rendah dan seorang tadika. Terasa juga bebanannya.. Tapi demi anak-anak, kita sebagai ibubapa tentulah akan buat yang terbaik untuk mereka.. Yuran tadika pun tak kalah juga dengan yuran sekolah..

Dari dulu lagi suami yang uruskan segala keperluan sekolah anak-anak..


Tahun ni kami tak dapat dah bantuan persekolahan RM100.. Bukan rezeki kami.. Redha.. Tapi sedih juga la.. Sedih bukan sebab peribadi.. Tapi sebabnya syarat pendapatan seisi rumah RM3000 ke bawah.. Untung bagi yang mempunyai anak seorang je..  Bagaimana pula dengan pendapatan RM3010 tapi mempunyai tanggungan yang ramai? Penting juga la perkapita di ambil kira..

Apa khabar klien2 Kak Za? Klien Kak Za ni terdiri daripada ibu tunggal, balu, anak-anak yatim dan piatu, suami atau ketua keluarga yang sakit dan tidak mampu untuk bekerja dan orang miskin.. Golongan ni yang masih mempunyai tanggungan terutama anak yang masih bersekolah dan kecil..

Kak Za dapat rasakan betapa peritnya mereka nak sediakan semua keperluan persekolahan anak mereka.. Sedikit sebanyak bantuan bulanan bagi skim BKK dengan kadar RM100 hingga maksimum RM450 dapat meringankan bebanan mereka..

Besar impian Kak Za nak tengok anak-anak klien Kak Za ni berjaya menjadi seorang insan walaupun miskin dan dhaif..

Gunakan sebaik-baik duit bantuan sama ada bantuan bulanan JKM, persekolahan atau BRIM untuk keperluan anak-anak..

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com