October 2014 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: October 2014
Trip to Penang

Trip to Penang

Pada 16.10.2014 hingga 18.10.2014, Kak Za terlibat sama dalam rombongan ke Pulau Pinang. Program Proses Sokongan Pekerjaan OKU.. Antara yang terlibat ialah penyelaras OKU jajahan, pengerusi, AJK, penyelia dan petugas PDK. Termasuk juga staf bahagian OKU JKMN..

Terima kasih yang tak terhingga pada Puan Roha (big boss bahagian OKU JKMN) kerana berjaya menganjurkan program lawatan ni.. Amat bermanfaat dan menambah pengetahuan kami.. Terima kasih juga kepada suami Arman Rider kerana mengizinkan Kak Za pergi dan mengasuh anak-anak walaupun sibuk dengan tugas persiapan MAHA 2014 di Serdang..

Kami bertolak dari perkarangan JKMN Kelantan lebih kurang jam 9.00 pagi.. Walaupun sama-sama di bawah bumbung bahagian OKU dan PDK, namun ramai lagi Kak Za tak kenal..Kalau kenal pun tak tahu nama pulak.. Sekurang-kurangnya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.. Kak Za duduk sebelah Kak Mazilah (penyelaras OKU jajahan Tumpat). Memang tak kering gusi la kalau berborak dengan Kak Lah. Kak Lah suka berselfie..Hihi..apalagi..Kak Za pun tumpang juga selfiekan diri dengan Kak Lah..

Bas JKMN singgah sekejap kat mana entah..Lupa dah nama tempat tu.. Cuma Kak Za perasan bas tu masuk jalan Mulong.. Rupanya nak cek hand break.. Mudah-mudahan tak de apa-apa masalah.. Lagipun bas tu baru je sampai semalam dari KL.. Bawa rombongan peserta inovasi..

Lebih kurang sejam kemudian, kami meneruskan perjalanan.. Singgah kat Tanah Merah ambil ahli rombongan.. Kak Za terlelap seketika.. Mengantuk juga la duk diam atas kerusi.. Lagipun Kak Za tidur jam 4.00 pagi sebab tunggu husband balik dari KL.. Sedar je dah sampai kat Jeli.. Singgah solat dan lunch.. Sedap sungguh udang besar Kak Lah..Kak Lah bawa bekal dari rumah..

Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar dan cuaca pun baik..Tiba di Penang  hampir jam 7.00 petang. Kitorang menginap kat Georgetown City Hotel.. Fullamak..Tingkat 28 beb.. Bilik terakhir pulak tu.. Kak Za sebilik dengan Kak Lah..Kak Lah dah booking Kak Za awal-awal.. Hihi.. Gayatnye..Tak sanggup Kak Za nak tengok kat luar..

Adusss.. Tandas ni takde paip air.. Air keluar dari mangkuk tandas.. Jakun betul.. Ada la alternatifnya.. Rahsia.. hihi.. Macamana la nak pergi ke oversea kan.. Kan..Selepas makan malam dan mandi, ingatkan nak pergi jalan-jalan.. Tapi driver bas dah penat.. Kesian juga kan.. So, Kak Za dan Kak Lah pusing-pusing je kat bangunan sebelah hotel sambil berselfie.. Tapi banyak kedai dah tutup dan dalam proses tutup.. Awalnya..  Baru jam 8.30 malam..

Hari kedua, selepas sarapan, kami bertolak ke ACS.. Asia Community Sevices, Balik Pulau.. Selepas bergambar kat pintu pagar, kami masuk ke dalam bangunan ACS.. Taklimat ringkas tapi padat disampaikan oleh supervisor.. Lupa dah nama dia.. Lupa nak catat..

ACS dengan kata nama lain Pusat Sokongan Stepping Stone ni merupakan pusat NGO yang bermula tahun 2006 dengan seramai 6 oku sahaja.. Terdiri daripada OKU akal@intelek yang berusia 18 tahun ke atas.. Siapa sangka oku yang dilatih ini mampu menjana pendapatan sendiri melalui kemahiran.. Sekarang ni terdapat 4 staf dan 35 pekerja OKU..

Menurut supervisor, pentingnya masyarakat  berkomunikasi dan memahami oku.. Perlunya ada hubungan dua hala supaya oku dapat berada di luar dan dalam komuniti.. Oku kini bukan oku dulu yang terpencil daripada masyarakat..

Jom kita hayati bagaimana NGO ini dapat lahirkan golongan OKU ni berdikari... Malu tau.. Kita yang normal ni pun bergantung harap pada kerajaan.. Suruh kerajaan sediakan pekerjaan la.. Suruh kasi bantuan la.. Suruh naikkan gaji la.. Opss..hihi.. Membebel pulak..

Diorang fokus pada tahap keupayaan oku tu.. Mentang-mentang la oku, kita selalu tengok pada ketidakupayaannya.. Diorang juga fokus pada bakat dan seni kraf yang terhasil.. Pada masa yang sama, diorang akan latih oku bantu antara satu sama lain.. Tak sangka betul oku mahir@terlatih yang akan ajar oku lain.. Kak Za lihat banyak alat bantuan visual digunakan.. Erm kiranya gambar-gambar amat penting dalam proses pembelajaran oku ni.. Selepas 4 bulan belajar, oku sendiri yang akan buat pemilihan bidang kerja sendiri.. Jap lagi Kak Za kasi tau kerja-kerja apa yang ada di pusat tersebut..

Penting juga ni.. Supervisor kata, please... no leteran.. Diorang tak faham pun apa yang kita leterkan.. Baik guna isyarat ibu jari bagus atau tak bagus untuk setiap perbuatan oku.. Oku akan faham..

Setiap produk yang dihasilkan, diorang akan pastikan pelanggan membelinya kerana keperluan dan berpuas hati dengan produk..  Bukan kerana belas kasihan@charity..

Menariknya, selepas training 3 bulan, oku ni akan dapat gaji, epf dan socso.. Selepas 3@4 tahun, ada kenaikan gaji juga.. Sekiranya oku ni boleh ajar / transfer skill kepada oku lain, juga ada kenaikan gaji..  Menurut supervisor, belum ada lagi tahap master.. Master ni maksudnya oku tu akan buat bisnes sendiri..

Menariknya, oku ini juga dilatih untuk menggunakan duit gaji tu.. Diorang berpegang kepada konsep free tak bagus.. Kita yag normal ni tahu nak freeee je kan...

Selesai taklimat, kitorang pun pergi  tengok setiap bahagian.. Memula tengok bahagian tenunan.. Tenunan ala jepun.. Cantik.. Tak sangka oku intelek ni boleh menenun.. Pening beb tengok benang, lepas tu nak pintal benang kat alat tenunan.. Tahu tak? Tali kaset pun diorang boleh buat tenunan.. Macamana diorang buat tu, jangan tanya Kak Za..hehe..

Batik lukis atau batik blok tak kurang hebat juga.. Diorang guna kain cotton .. Lukis ikut naluri.. Memandangkan handmade, ketidaksempurnaan juga merupakan satu keunikan..

Masyarakat Malaysia masih belum dapat menerima ketidaksempurnaan itu satu keunikan.. Pelancong asing paling suka dengan lukisan yang kita kata tak cantik tau..

Tak sangka betul la batang pisang boleh juga dijadikan kertas.. Untuk membuat kertas, diorang guna sumber asas sahaja.. Tak guna kos yang banyak.. Cara-cara nak buat tu pm je Kak Za..

Seterusnya kami tengok diorang buat sabun..Oppss..silap.. Takde orang wat sabun masa tu.. Tapi, kami tengok banyak sabun basuh pinggan, sabun mandi ketul dan sabun pelbagai guna berbentuk cecair.. 100% guna minyak masak terpakai yang halal.. Kat pusat tu sendiri guna sabun handmade tu.. Menurut tenaga pengajar kat situ, dia dah lapan tahun guna sabun handmade.. Ok je katanya.. Takde pun masalah kulit..

Kerja kebun pun ada.. Tapi ada hari tertentu yang diorang akan buat program berkebun dan membersihkan kawasan pusat tersebut..

Sebelum masuk ke dalam pusat ni, dihadapan tu ada banyak barang-barang cycle seperti kertas, plastik, tin, botol dan sebagainya.. Barang-barang tersebut diperolehi daripada penduduk sekitar dan setelah diasingkan, pekerja oku ni akan jual.. Siapa sangka, bahagian kitar semula pun boleh jadi peluang pekerjaan untuk oku..

Bahagian dapur je tak tengok.. Sebab utamakan kebersihan.. Ada juga oku ni yang suka cooking dan baking.. Ada cara-cara yang diorang tau setiap sukatan,  walaupun tak pandai baca..  Malunye rasa.. Kak Za tak pandai masak terutama masak kek.. Huhu..

Seterusnya Kak Za nak cerita tentang Kelab Advokasi Diri.. Dulu Kak Za tak faham..Projek Advokasi Diri ni akan bersidang 2 tahun sekali.. Di Malaysia ada 15 kelab.. Erk..Betul ke? Rasanya betul dah ada 15 kelab.. Harap-harap tak salah dengar..

Kelab ini akan mencari dana sendiri dan akan membuat keputusan sendiri.. Hebatkan.. Penyokong kelab ni pun mestilah orang muda, orang luar dan berbayar..  Tak sure pula berbayar tu macamana.. Penyokong tu dapat elaun kot..

Advokasi diri ni sebenarnya bertujuan mempertingkatkan keyakinan oku secara personal, berhadapan dengan kawan-kawan dan persekitaran.. Katanya, cara oku nak mempertingkatkan keyakinan diri ialah melalui latihan di hadapan cermin dan ulang cakap positif.. Rasanya orang normal lagi takut nak berhadapan dengan orang ramai kan.. Termasuk la Kak Za.. Huhu..Malunyer..

Selesai membeli cenderehati yang dipack dalam beg kertas cycle, kami bergegas naik bas.. Lebih kurang jam 12.00 tgh, bertolak ke Asrama Akhlak Paya Terubung..

Seperti biasa, mesti ada taklimat.. Taklimat oleh warden.. Asrama akhlak ni merupakan tempat penjagaan, perlindungan dan pemulihan.. Untuk kanak-kanak bawah 18 tahun dan 10 tahun ke atas.. Jenis kemasukan melalui perintah percubaan akhlak dan jenayah.. Asrama ni juga dijadikan tempat reman remaja..

Semasa lawatan sekitar asrama, sebak rasanya melihat anak-anak Malaysia. Mereka  sepatutnya bergembira dengan keluarga, dan berada di bangku sekolah..Salah siapa anak-anak jadi macam tu? Apa pendapat uolss..

Selepas perut kenyang, kami bertolak ke joblink centre.. The Society For Aid To The Handicapped.. Masya Allah.. Tekunnya mereka buat kerja.. Hmmm baru tahu rupanya kertas warna yang dibungkus dalam plastik tu adalah hasil tangan mereka.. Tak timbul pun masalah diorang tak buat kerja.. Uolss malu tak? Selalu je ponteng wat kerja..

  Sekejap je melawat ibarat touch and go.. Hihi ... Kami bertolak balik ke hotel untuk rehat.. Sebabnya malam nanti kami ada perlawanan persahabatan bowling dengan JKMN Pulau Pinang..

Oh rupa-rupanya jam 3.00 petang ada jalan-jalan cuci mata dan cuci duit.. Tak sahkan kalau tak pergi ke Kedai Jeruk Madu Pak Ali. Tapi Kak Za tak dapat beli banyak sebab tak sempat nak cucuk duit walaupun dah dapat gaji..

Selesai membeli jeruk dan kami berlari-lari anak menuju ke dalam perut bas.. Sebab hujan.. Hehe..

Singgah kedai makan untuk makan malam.. Mazidah penyelaras oku jajahan Jeli teringin nak makan nasi kandar.. Tapi tak de pula menu tu.. Asal buka mulut nak tanya apa menu tu, terus ditaruknya dalam pinggan.. Errrrr... Geramnya si mamak ni.. Perut kambing masak kari beb.. Sudahnya redha aje dan makan nasi aje.. RM14.00.. Tu dioooo..

Alhamdulillah.. Ada rezeki lagi.. 2 keping kad bank tercicir.. Camne leh tercicir?

Balik ke hotel dan bersiap-siap..

Bowling time.. Perlawanan persahabatan bowling antara JKMN Kelantan dengan JKMN Pulau Pinang.. Semasa perlawanan bowling berlangsung, kami penyelaras wanita seramai 4 orang ada projek besar dengan Puan Roha.. Rahsia... Tadaaaa...

Keesokannya, hari ketiga (last day), selepas check out hotel kami menuju ke PAWE.. Sebelum tu, Kak Lah action je ambil gambar kolam kononnya sempat mandi...

PAWE ni maksudnya Pusat Aktiviti Warga Emas.. Cantik dan unik PAWE Balik Pulau ni.. Tertarik da boomm.. Terletak di Pusat Khidmat ADUN Pulau Betong. Penubuhan PAWE Balik Pulau ni pada fasa kedua, 8 Mac 2014..

Jawatankuasa terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha,  Bendahari dan 9 orang AJK.. AJK ni terdiri daripada jabatan atau agensi yang berhampiran..

Walaupun baru ditubuhkan, tapi penyertaan ahli amat aktif.. Setiap program yang dianjurkan pasti mendapat sambutan.. Menariknya, semuanya disediakan oleh agensi berkenaan.. PAWE hanya sediakan peserta dan bawa diri je. Warga emas turut menyumbang tenaga dan idea untuk setiap aktiviti yang dijalankan.. Maklum la warga emas ni kaya dengan pengalaman..

Patut la tempatnya nampak cantik.. Ada projek madu kelulut rupanya.. Penuh dengan penanaman pokok herba.. Pokok ketum pun ada.. Pokok asal la.. Sekadar hiasan je tu..

SILA studio?? Apa tu? Rumah stail lama yang dijadikan tempat pameran barangan buatan tanah liat, tembikar, dan sebagainya.. Kak Za beli magnet peti ais.. Gambar durian dan rumah dengan tulisan Balik Pulau.. Sempat juga tengok diorang buat barangan tu.. Tanah liat tu katanya ambil kat Kedah.. Tak puas rasanya duk dalam SILA Studio..

Lokasi terakhir ialah PDK Air Puteh.. PDK tu maksudnya pemulihan dalam komuniti.. Nak tahu lebih detail silalah google.. Pakcik google sentiasa membantu anda.. PDK Air Puteh ni terlibat dengan projek inovasi.. Alaaa dah lupa nama projek tu.. Lupa nak catat..Tahniah sebab projek diorang mendapat tempat di hati juri profesional..

Lucunya, ada seorang kanak-kanak oku lena diulit 'bantal empuk' Kak Lah..

Dah habis sesi lawatan sambil belajar, maka kami berangkat pulang.. Balik ikut jambatan baru.. Bye bye Penang... Terima kasih Tok Wan dan kawan-kawan sebab memandu dengan selamat dan sampai ke destinasi... Layan aje la karenah kitorang ni..

BERCUTI SEMPENA HARI MALAYSIA  2014

BERCUTI SEMPENA HARI MALAYSIA 2014

Permohonan cuti melalui sistem hrmis dah diisi.. Borang cuti pun dah isi.. Apa lagi.. Cuti cuti Malaysia le jawabnya.. Kalau nak ikutkan kerja memang tak habis..

Sempena cuti sekolah dan cuti Hari Malaysia, che kak dan keluarga ke Kuala Lumpur.. Kesian kan anak-anak sebab cuti sekolah pun kena transit kat taska..  Sebenarnya suami che kak nak pergi KL sebab nak lawat tapak untuk persiapan MAHA 2014 nanti..

Che kak sekeluarga bertolak selepas solat maghrib pada 15.9.2014. Bertolak malam rasa aman sikit sebab anak-anak akan tidur je.. Bermalam kat rumah adik che kak kat Seri Kembangan..

Hari Malaysia, kami ke tempat rekreasi air terjun Semenyih.. Fuh... Ramainya orang... Puas kami pusing cari tempat nak 'landing'..  Hmmm macam tak best pula tengok air terjun tu.. Sungai dah jadi keruh.. Tandas kotor dan rosak..  Walau bagaimana pun, anak-anak dapat juga mandi manda selepas dapat juga tempat 'landing'..



Selepas tu, kami terus ke Sate Kajang Haji Samuri.. Last makan masa che kak masih bergelar student UPM tahun 1998..  Masih sedap seperti dulu... Alahai anakku.. Kalau tak tumpahkan air segelas memang tak sah.. Semasa che kak hamil anak sulung, pernah mengidam nak makan sate Kajang Haji Samuri.. Tapi tak berkesempatan.. Sabar je la..

Keesokkannya, suami che kak pergi kerja.. Adik dan ipar pun pergi kerja juga..Kami anak beranak duduk je dalam rumah.. Selepas suami balik, dia ajak pergi Mines.. Waduh..Nostalgia sungguh.. Maklum la.. Budak UPM memang suka dengan  Mines ni..  Anak-anak tengok ikan, swan..Besar betul ikan.. Swan di sangkanya itik.. Alahai anakku.. Suami ajak tengok wayang .. Anak-anak nak tengok kartun Plane. Suami pulak nak tengok Ninja Turtle..



Kalau tengok sorang-sorang citer plane ni, harus menangis.. Sedih juga tau citer ni.. Si Aimi dah terlena di ulit intan.. Sebelum terlena, Aimi memang dalam keadaan takut sebab screen wayang besar dan suara kuat.. Itulah wayang anak oi...

Pada 18.9.2014, selepas suami che kak selesaikan tugas di Mardi Serdang, suami ajak keluar.. Anak-anak nak pergi kat Planetarium Negara.. Puas che kak dan anak-anak bergambar dalam tu.. Baca maklumat gitu-gitu je.. Banyak maklumat oooo.. Kena berkampung dalam tu kalau nak study semua tu.. Anak ketiga che kak dilahirkan semasa angkasawan negara kita nak menjalankan misi negara pada 10.10.2007.. Orang sibuk naik bulan, Aulia' sibuk nak turun ke bumi..




Selesai lawatan ke Planetarium Negara, kami ke Muzium Negara.. Dari pameran sejarah zaman paleolitik, zaman penjajahan bangsa asing,  zaman awal kemerdekaan hingga ke zaman moden.. Banyak manfaat.. Tambah rasa cinta kat tanah air..Cewah.. Hihi.. Di sinilah lahir sebuah cinta..


Lepas tu kami ke  Muzium  Etnologi Dunia Melayu.. Tak kenal maka tak cinta..  Banyak betul pameran kat muzium ni.. che kak tak banyak ambil gambar kat sini sebab bateri telefon tak berapa nak izin dah..


Puas dah pusing kat sini, kami anak beranak layan makan aiskrim pula.. Kebetulan ada penjaja aiskrim dengan motor.. Selamba je kami makan kat situ..


Dah kenyang makan aiskrim, kami sekali lagi pergi kat luar Muzium Negara.. Tengok pameran  kenderaan.. Kereta nasional, antik dan kereta kebal pun ada.. Kalaulah nombor plat kenderaan ZA boleh digunakan kat kereta awam, rasanya che kak lah orang pertama booking dgn JPJ..


Lepas tu, kami menapak anak tangga jejantas.. Nak balik dah.. Opss.. Belum lagi la.. Anak nak tengok Muzium Polis DiRaja pulak..

Puas hati che kak dapat ambil gambar dengan telefon yang dah tahap kritikal.. che kak tertarik dengan bekas pasir yang berlabel API.. Budak sekarang tak kenal dah.. Dulu-dulu che kak konpius tau.. Mana la apinya.. Rupanya pasir tu untuk padamkan api kebakaran yang kecil.. Sekarang dah ada pemadam api yang moden..

Anak-anak memang suka sangat sebab diorang peminat Gerak Khas.. Apabila masuk ke dalam Muzium ni, ada si gadis polis yang comel.  Bertambah comel dengan senyuman manisnya.  Katanya kat dalam tak boleh ambil gambar..

Suka betul che kak tengok pakaian seragam polis.. che kak tak berapa nak beri perhatian sangat pada pameran sebab sibuk tengok anak-anak.. Takut hilang dari pandangan mata..

Dah puas pusing sekitar pelbagai jenis muzium, kami balik ke rumah adik che kak semula.. Si Aimi langsung tak minum susu.. Suka sangat kalau dapat 'bederak'..

Malam tu che kak layan buat popia nestum dengan adik.. Seronok juga .. Adik che kak goreng popia tu dengan minyak bunga matahari.. Jaga kesihatan lah katakan..

Walaupun sekejap je bercuti ke KL, sekurang-kurangnya anak-anak suka dan cuti yang bermanfaat. .Kasi anak sukakan sejarah..

Sekurang-kurangnya anak-anak ada cerita semasa cuti sekolah yang diorang nak ceritakan pada kawan-kawan..

Opss.. che kak ada wat masker dengan menggunakan vitamin e sebab muka dah kena sun burn..

-che kak-










HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com