January 2023 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: January 2023
SIASATAN KES SEGERA

SIASATAN KES SEGERA

 Tengah bersiap-siap nak balik tadi (26.1.2023), terima panggilan daripada puan TP. Ada rujukan kes yang perlukan siasatan segera.


Ish takkan la nak cakap puan, saya nak balik ambil anak ni. Haha. Tak sanggup beb. Hanya mampu jawab , okey puan.


Tapi dalam kepala ni duk fikir nak minta tolong sape ambil anak-anak ni.


Tiba-tiba rasa nak call Pengarah JPV kat Putrajaya nun suruh hantar balik suami che kak. Sape suruh hantar 'outstation' jauh-jauh. 


Tapi itu hanyalah khayalan semata-mata kerana che kak bukan orang begitu yang suka suki nak call pihak atasan. Haha. 


Berbalik kepada kes tadi, apa lagi ajak penyelaras unit PW la turut serta turun padang. Kalau pi sorang sorang mau menangis dalam kereta sambil layan lagu aku hanya serangga.


Lepas tu, balik opis nak kena taip laporan maklumbalas pula. Buat laporan dalam keadaan hati dah kat rumah ni, memang kena triple empat kuasa empat check la.  Tak leh nak buat sorang sorang. 



Nasib baik la dapat rakan sekerja yang mudah baso sene kiro. So, takde la adegan menangis ku di bucu meja sebab rasa kesik tegak bulu tengkuk duk sorang sorang kat blok A 2 tingkat. Haha.


Sampai kat rumah, Awaatif suruh jawab teka Aatif balik dengan sape? Bangga dia dapat balik ngan cikgu Long dia. Hehe.


HATI KENA KENTAL APABILA DIKRITIK

HATI KENA KENTAL APABILA DIKRITIK

 Dik,kalau nak berjaya dalam bidang yang ingin diceburi, hati kena kental, dik.


Lumrah sebagai manusia, kita akan rasa malu dan kecewa apabila dimalukan dihadapan ramai orang.


Namun jangan sedih lama-lama. Jadikan teguran itu untuk lebih berjaya lagi. Sentiasa belajar dan perbaiki diri dari masa kesemasa. Sentiasa cari ilmu.



Teringat pula kisah che kak dulu-dulu. Boss che kak pernah sound che kak. "Ayat bodoh, ayat darjah 6". Siap suruh semua staf baca laporan che kak masa dalam mesyuarat.


Namun takde la pula staf nak komen sebab nak jaga hati dan air muka che kak.


Punya la che kak merajuk, berkurung dalam blok sebelah nangis sorang-sorang. Boss ketuk pintu pun che kak tak layan. Hahaha. Layan je la perangai che kak masa muda dulu. Sero tolol la hoh kalau dikenangkan balik.🤦🤭😂


Namun che kak tak marah lama. Che kak tak benci pun. Sikit-sikit che kak belajar. Jadikan teguran pedih itu sebagai penguat semangat.


Setelah berbelas tahun berlalu, hati berbunga bunga apabila Tuan Pengarah pernah memuji laporan che kak. Kembang setaman. Hahaha. 


Walhal disebalik itu, ada boss yang tolong baiki juga ayat che kak. Nak habaqnya, kalau ada sape2 tegur kekurangan kita, jangan sedih lama-lama. Jangan down lama-lama.

BERCUTI DI HARI CUTI TAHUN BARU CINA 2023

BERCUTI DI HARI CUTI TAHUN BARU CINA 2023

 Balik kerja tadi tengok dalam peti ada tau fu fa. Mmm sedapnya. Mesti Kak Long atau Aiteh yang beli.


Tau fu fa ni memang feveret che kak. Jarang benar dapat makan sejak pindah ke Kelantan. Masa kerja KL dulu selalu beli kat pasar malam. Duk kat Kelantan ni jadi malas nak jalan-jalan ke pasar malam.


Rezeki dapat berkumpul dengan adik-adik ipar dan biras masa cuti raya cina walaupun tak kesemua yang dapat balik.


Rezeki dapat adik beradik suami yang semuanya sangat baik.  Sebagai isteri tuan rumah, che kak malu juga tak dapat melayani mereka dengan baik.


Segan juga tak dapat menyediakan menu yang best untuk depa semua. Apatah lagi nak belanja makan besar buat mereka. 



Apa boleh buat, kakak ipar depa ni jadi mati kutu dan takde bakat langsung nak masak. 


Bahkan banyak juga mereka yang berhabis duit belanja anak-anak makan dan masak menu yang best best.


Siap dapat dapur baru, beb. 🤲🤲


Hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua kebaikan depa. Walaupun jauh di mata, percayalah abang Long korang sayang sangat kat korang semua.


Seronok tengok anak-anak saudara bermain sesama mereka. Mainlah sepuas hati kalian. Pasti suatu hari nanti kalian akan merindui saat-saat sebegini.


Terasa sunyi sangat malam ni.😔

PERKAHWINAN JARAK JAUH SANGAT MEMERITKAN

PERKAHWINAN JARAK JAUH SANGAT MEMERITKAN

 Jari  tuan punya kuasa menandatangani

Namun tiadakah sekelumit simpati dalam hati


Selajunya tuan turunkan tandatangan 

Selaju itu la doa mereka buat tuan


Mereka hanya orang bawahan

Hanya mampu menurut arahan


Bukan tak redha apa Tuhan aturkan

Namun mereka tak mengerti percaturan













Semoga tuan bukan niat menganiaya

Kerana power doa teraniaya sangat mulia


Belanja bertambah dapur minyak tol dan rumah

Penat isteri didik anak juga bertambah


Semoga tuan mengerti derita mereka

Kerana tuan manusia yang punya kuasa


Selajunya duit mereka mengalir

Laju juga la duit tuan akan teralir


#selokabuatpasanganpjj

#chekak

MAKAN NASI TELUR MATA CICAH BUDU LEMON

MAKAN NASI TELUR MATA CICAH BUDU LEMON

 Hari ni ada perjumpaan ibubapa. (12 JANUARI 2023) Tak pergi kan, rasa malu kat mudir dengan cikgu sekolah. Masa abang Aiman kan main la boleh pergi program sekolah. Takkan masa abang Ahyad tak pi pula naaaa.


So, ambil cuti rehat. Tak sayang kat cuti rehat sebab banyak lagi. Kebetulan pula takde kerja urgent. Malas pula nak berkejar pi opis.

Bila semua dah pergi sekolah, ishh rasa kesik la pula sorang sorang kat rumah sementara nak tunggu pukul 9.30 pagi.
So, sibukkan diri dengan kemas rumah.

Semoga anak-anak SMUTIK yang bakal hadapi exam SMU dan SPM tak lama lagi akan diberi kejayaan yang cemerlang dan dipermudahkan semua urusan.

Pukul 12 lebih habis program. Balik rumah, masak nasi. Lapar wei. Paling mudah dan cepat goreng telur mata dan cicah budu. Limau nipis takdok, guna je la apa yang ada. Jadilah budu kayangan bila guna lemon.

Ambil anak-anak balik sekolah. Awaatif tanya kenapa cuti? Lepas tu dia bagi cadangan suruh berhenti kerja dan duduk kat rumah je.



SELOKA LEMPENG KAMPUNG

SELOKA LEMPENG KAMPUNG

Bancuh tepung air dan garam

Sapu sedikit minyak di kuali hitam

Masak masa anak meragam

Jimat dan mudah disediakan

Pagi pagi basuh baju di perigi

Petang petang tengok tv

Malam malam lepas mengaji

Makan lempeng zaman dulu punya resepi

Ajar anak petua dan resepi

Kot mak sibuk boleh buat sendiri

Maklumlah mak dah patah kaki

Bapa kerja jauh dari negeri

WAJARKAH BERAT SEBELAH DALAM MENASIHATI PASANGAN YANG MENGHADAPI KRISIS RUMAHTANGGA?

WAJARKAH BERAT SEBELAH DALAM MENASIHATI PASANGAN YANG MENGHADAPI KRISIS RUMAHTANGGA?

 Ustaz gak eh.

Asal ada krisis rumahtangga, mesti khidmat nasihat nak dituju ke isteri aje.
Jangan la bagi nasihat berat sebelah.




Sepatutnya nasihat la kaum sejenis ustaz yang tak tahu tanggungjawab dan tak reti nak hargai pengorbanan isteri.

Berjayanya bahtera rumahtangga sebab ada nakhoda yang bijak dan bertanggungjawab. Di samping ahli kapal yang sabar dan saling bantu membantu.

Bila kapal dah lama terumbang ambing tanpa kemudi yang betul, eh eh tiba nak salahkan ahli kapal.
Kita tak berada dalam kasut mereka, sekurang kurangnya biar la ada rasa simpati.

Tak berlaku pada anak perempuan kamu, tak berlaku pada adik beradik perempuan kamu, tak berlaku pada ibu kamu, tak berlaku pada isteri kamu.

Agaknya kalau kena kat batang hidung sendiri, nak tak bagi nasihat berat sebelah macam tu lagi?
SELOKA SERAM

SELOKA SERAM

 Tengok citer hantu

Pada hari Sabtu

Tido pukul satu

Seram bulu romaku


Hantu siam seram gila

Balas dendam angkara manusia

Roh melayang mencari mangsa

Sebab tu jangan buat aniaya


Cerita seram semua sama

Omputeh siam melayu cina

Banglo buruk pilihan utama

Hospital pun bangunan lama

Gambar dari remaja.my







Pukul satu balik duty

Tiba tiba bau wangi

Eh seram pula dinihari

Rupanya pewangi baru beli


Tido lupa basuh kaki

Puh kanan puh kiri

Rasa macam orang di sisi

Eh bantal golek si baby


Duk sorang sorang

Suami belum pulang

Mata tengok palang

Janganlah jembalang


Pergi kursus sorang diri

Roomate belum datang lagi

Tandas di hujung sekali

Mandi kerbau cepat sekali


Masuk lift salah tekan

Berpeluh peluh sakan

Menyesal tak ajak rakan

Takut ada jelmaan syaitan


Duk sorang rasa sunyi

Masa tu la nak bunyi guli

Sensitif dengar walhal tuli

Hari biasa gegaran pun tak peduli


Jangan takut pada hantu

Takut lagi manusia berbulu

Ayat kursi pendinding ilmu

Manusia jahat kita tak tahu


#chekak

#selokasantai

SELOKA WARNA WARNI POLITIK

SELOKA WARNA WARNI POLITIK

 Tengah minum di kedai kopi

Pakcik veteran suaranya tinggi

Berdebat isu politik lagi sensasi

Nasib baik tak tersembur air nescafe


Pilihanraya 5 tahun sekali

Kisah politik hari hari

Itulah kehidupan warna warni

Realiti yang perlu dihadapi







Dipilih rakyat untuk bekerja

Dilantik Agung penuh saksama

Jalankan tugas penuh wibawa

Agar dikenang sepanjang usia








Kisah politik tak mampu nak hadam

Waibi waibi dan termasuk khadam

Sentiasa buat rakyat jadi geram

Berjuang seorang diri nanti kena benam


Contohilah PM yang sangat hebat

Pembangunan negara sangat pesat

Namun Tun M harus berehat

Kerana usianya sangat dekat


Menjadi tajuk dalam peperiksaan

Kisah tokoh seorang negarawan

Boleh menulis penuh perasaan

Kerana membantu rakyat dengan aman


Jomlah kita mencari rezeki

Lebih lebih lagi nak dekat aidilfitri

Berdebat sekali sekala okey lagi

Janganlah bermusuh di bawa ke mati


#chekak

#selokasantai


SELOKA POLIGAMI

SELOKA POLIGAMI

 Bukan poligami yang disanggah

Aturan Islam pasti indah

Isteri solehah lagi tabah

Redha ujian penuh rahmah


Sunnah poligami sangat indah

Andai disirami dengan mawaddah

Namun jangan ambil mudah

Takut takut tersilap langkah


Bukan tolak takdir jodoh

Walaupun langkah sangat bodoh

Mata kata cantik orang kata hodoh

Demi cinta kahwin di siam takpe doh


Sedih melihat ibubapa

Anak dijaga bagaikan puteri raja

Diserah pada lelaki bila tiba masa

Dengan harapan dijaga bagaikan permata


Andai tiada rasa hati

Pulangkan dengan berhati hati

Dia masih ada yang sudi

Ibu bapanya sentiasa menanti


Kerasnya hati seorang suami

Egonya berkata kau masih isteri

Biarkan isteri gantung tak bertali

Hilang berkah seorang suami


Jatuh hukum pada isteri

Bila kapal hilang kemudi

Suami yang baik takkan sesekali

Guna poligami tutup silap sendiri


Ingin bina masjid yang baru

Imarahkan masjid lama dulu

Sinarkan dengan cahaya lampu

Cahaya itu dari lampu ilmu


Ramai selebriti amal poligami

Walaupun diuji namun boleh dipuji

Contohilah mereka berjaya merentasi

Hati isteri isteri diikat dengan kata sakti


Ashraff Muslim Salleh Yaakob eh sape lagi

Ustaz Azhar Idrus ulama' yang disegani

Rahim Sepahtu pun sama juga ada dua bini

Terbukti suamilah kena pandai kemudi


#chekak

#selokasantai







SELOKA ROTI PURI

SELOKA ROTI PURI

 

Pagi pagi tengok resepi
Dah lama simpan resepi ni
Lepas ni tak tahu buat lagi ke tak ni
Entah entah simpan dalam arkib fb

Tepung gula garam air diuli
Siram minyak panas kena hati hati
Cicah sambal sardin tak sempat buat kari
Asalkan kenyang perut dah suka hati

Sambal sardin dan kuah kari
Buat lebih buleh makan dengan nasi
Tak pandai boleh tengok video resepi
Sekarang semuanya di hujung jari

Jangan berharap umi buat lagi
Penyakit malas dah berakar umbi
Tapi kalau suka boleh je buat pasni
Demi anakanda boleh je cuba lagi

Hujung kampung ada  jual roti puri
Ramai pelanggan datang membeli
Untung lebih boleh simpan tabung haji
Asal rajin semuanya menjadi

#chekak
#selokasantai



SELOKA ARTIS KAHWIN DUA

SELOKA ARTIS KAHWIN DUA

 Kisah artis lagi sensasi,

Diam diam ubi berisi,

Kahwin dua tanpa restu isteri,

Selesai masalah duniawi,


Isteri yang disakiti dan tersakiti,

Lalu bawa diri sambil mencari rezeki,

Rumahtangga berantak gara cinta misteri,

Suami tempat berpayung membisu diri,


Aku sungguh tak mengerti,

Kenapa sekarang baru ajak isteri,

Berbincang dari hati ke hati,

Kenapa tidak dari dulu lagi,


Sabarlah duhai para isteri,

Jangan bergaduh dengan suami sendiri,

Yang kahwin itu suami Puteri,

Kacak kaya dan muda lagi,


Semoga ternoktah kisah ini,

Dimuka buku termasuk IG,

Jatuh bangun pandailah sendiri,

Netizen hanya penonton kisah bersiri.













#chekak

#selokasantai


SELOKA MENTUA VS MENANTU

SELOKA MENTUA VS MENANTU

 Entah mengapa dari dulu

Kisah mentua dan menantu

Bagaikan seteru dan tidak sebulu

Potong bawang pun jadi isu


Kalau tak suka dari dulu

Mengapa meminang serba satu

Habis duit kenduri sambut menantu

Claim semula dengan orang baru


Panjang senarai ciri-ciri menantu

Bagaikan pilih ikan di pasar Sabtu

Takpelah anak sendiri macam hantu

Dah lupa jodoh tetapan Tuhan Yang Satu


Dua keluarga menjadi satu

Berlainan asuhan setiap individu

Saling kenal dan hormat itu perlu

Rai perbezaan walaupun sakit hatimu


Lepas kahwin silalah duduk suku

Takde orang marah walaupun bangun pukul satu

Pandai pandailah suami jaga isteri dan ibu

Agar hidup sentiasa dalam restu


Adat bertandang ke rumah menantu

Jadilah pekak buta dan bisu

Rumah macam kapal pecah seribu

Cabaran rumahtangga berbeza dari dulu


Mentua datang sambut di pintu

Layanlah bagaikan rai tetamu

Walaupun sakit hati dan berbulu matamu

Namun ianya tetap syurga suamimu


#chekak

#selokasantai


SELOKA PEMBULI JALAN RAYA

SELOKA PEMBULI JALAN RAYA

 

Pembuli jalan raya
Otak di lutut bukan kepala
Keluar simpang suka hati dia
Tekan minyak perlahan gila

Pembuli jalan raya
Tak kira tua atau muda
Lelaki perempuan pun sama
Sudah hilang timbang rasa













Pembuli jalan raya
Kena test balik nampak gaya
Kalau tak sayang nyawa
Orang lain jangan jadi mangsa

Pembuli jalan raya
Ciluk sini ciluk sana
Jangan rapat nanti kena
Kena saman duit tak ada













Pembuli jalan raya
Jangan baran tak kena masa
Jadi orang baik tak rugi apa
Ingat sejarah duduk sebelah penguatkuasa












#chekak
#selokasantai

SELOKA DUIT

SELOKA DUIT

 Bab duit jangan ambil mudah

Duit sendiri banyakkan sedekah

Duit orang kena amanah

Duit projek jangan mentekedarah


Rasuah jangan sesekali

Menjadi darah daging anak isteri

Hidup tak tenang hingga ke mati

Terlepas di dunia akhirat menanti


Bayar zakat suci harta

Bayar cukai tanda kaya

Hulur sedekah tambah pahala

Jangan bakhil Allah tak suka












Jangan suka meminta minta

Rajin bekerja dan berniaga

Malu pada tubuh yang sasa

Semua orang bukannya mampu juga


#chekak

#selokasantai








SELOKA KISAH PESAKIT TERLANTAR

SELOKA KISAH PESAKIT TERLANTAR

 Tak mampu nak berkata sabar

Kerana hatimu dah lama mekar


Tak mampu nak kata nasihat

Kerana redha dah lama terpahat


Tak mampu nak pujuk

Kerana dah lama hati sejuk


Tak mampu mengalir air mata

Kerana  16 tahun menderita


Berat mata memandang

Berat lagi dia menyandang


Tiada daya hadapi ujian

Hanya Allah tempat sandaran


Zahirnya rasa syukur

Walaupun hampir tersungkur





Usah ditanya apa ikhtiar

Berubat tradisional dan pakar


Bagus  keluarganya

Menjaga dengan sempurna


Kagum dengan kakaknya

100 peratus mengurusnya


Persis bayi baru lahir

Kasihnya laju mengalir


Walau malu aurat tersingkat

Namun pasrah kakak melihat


#chekak

#selokasantai

SELOKA KISAH BULI

SELOKA KISAH BULI

 Bagaikan tradisi kisah buli

Generasi demi generasi

Sekolah elit mahupun hari-hari

Tiada noktah untuk terhenti


Gang gengster mahupun IQ tinggi

Hilang sudah jati diri

Rasa hebat jadi pembuli

Tak takut jadi ahli jeriji besi?















Hentikan budaya buli

Bermula keluarga sendiri

Bimbing anak jadi empati

Bijak seiring sahsiah diri


Andai kata kena buli

Jangan berdiam diri

Pertahan diri sendiri

Maklum pada guru sendiri


Hati rasa pilu

Membaca kisah di muka buku

Hilang nyawa yang satu

Akibat buli yang tidak sebulu


Andai kata kita tahu

Jangan diam seribu

Bantu lapor dahulu

Agar tidak kesal "kenapa aku tak bantu dulu"


#chekak

#selokasantai

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com