August 2014 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: August 2014
Apa itu tonsil dan cara rawatannya dengan set tonsil shaklee

Apa itu tonsil dan cara rawatannya dengan set tonsil shaklee



Anak kedua Kak Za pernah mengidap penyakit tonsil.  Semasa dia berusia 3 bulan, dia kerap demam. Kak Za bawa dia ke hospital dan doktor kata, dia ada tonsil.  Tonsil ni merupakan organ yg berada di sebelah kiri dan kanan yang berfungsi sebagai alat pertahanan diri dari jangkitan kuman atau virus.


Doktor kata, walaupun berfungsi sebagai alat pertahanan diri, tetapi dia boleh dijangkiti kuman. 
Boleh menyebabkan bengkak dan merah atau berselaput putih.

Menurut doktor lagi, ianya akan mengganggu perkembangan kanak-kanak kerana sering demam dan tidak dapat makan dengan betul. Terdapat juga komplikasi lain seperti sukar bernafas waktu malam kerana tonsil membengkak.  Anak Kak Za tidur mendengkur dan bernafas melalui mulut. 

Memang kerap lah ke hospital untuk rawatan.

Doktor mencadangkan pembedahan. Namun kena tunggu sehingga berusia 5 tahun.  Sebab takde alat yang sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. 

Sepanjang mendapatkan rawatan, anak Kak Za kerap makan antibiotik. Ubat demam atau ubat tahan sakit.  Kadang kala, antibiotik tak dapat dihasbiskan kerana dia dah jemu nak telan ubat.


Alternatif lain, Kak Za kasi makan aiskrim. Orang kata, ianya boleh menyejukkan bengkak tu. Ubat homopati pun Kak Za kasi.
Sepanjang lima tahun mengidap penyakit tonsil, Kak Za kesian tengok dia. Anak sekecil itu yang dilahirkan seberat 4.1 kg. Tapi, menjadi anak paling kecil dan kurus.  

Alhamdulillah, selepas pembedahan, dia dah tak demam lagi. Sakit tonsil pun dah hilang.  Sekarang ni dah berusia 9 tahun. 


HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com