May 2021 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: May 2021
APA YANG BEST MOVIE KUNG FU PANDA 3

APA YANG BEST MOVIE KUNG FU PANDA 3

 Tengah syok layan kung fu panda 3.


Tiba2 terlelap. Lama juga la terlelapnya.


Anak pun tukar channel. Dah maknya tido.


Eh tiber mata otometik terbuka dan cakap "umi nak tengok citer ni."


Maka anak pun pandang la dengan muka kehairanan.


Sape selalu cam tu?


Walaupun katun je, tapi best dan banyak pengajaran. 



Apa yang menarik perhatian che kak, kita bukan nak ubah orang jadi macam kita, dan


kita bukan nak ubah kita jadi macam orang .


Kita cari potensi diri kita.


#chekakforever

KITA TAK PERLU JADI GILA APABILA LAYAN ORANG MENTAL

KITA TAK PERLU JADI GILA APABILA LAYAN ORANG MENTAL

 Tadi ada klien duk marah2 katanya tahun ni tak dapat lagi  duit raya 300 ringgit dalam cimb. 


Masa bila pulak jei kei em ada bagi duit raya. Tak pernah pun bagi duit raya aidilfitri. 


Che kak cuba tenangkan dia dan cuba bagitau memang tak pernah bagi duit raya. Duit bulan2 cam biasa la ada dalam akaun tengah bulan nanti. 


Bila che kak cek sistem, dia OKU mental disahkan pakar psikiatri.


Eh eh tuduh che kak tipu pulak. Rasa macam nak saman fitnah je  nanti. 


Memang che kak berdebar tahap gaban. Kot la dia lupa makan ubat. Che kak bukan nak marah kat dia. Cuma takut dia bertindak agresif. 


Hakikatnya che kak tak mampu nak redakan marahnya, Ya Robbi. 


Sebab tu kes2 pesakit mental hanya di pantau oleh pakar psikiatri. Tak mampu orang marhain macam che kak nak tangani. 


Kalau che kak teruskan juga bagi penerangan konon2 nak suruh dia faham, sampai ambulan datang la jawabnya nanti. 


Dah dia mental. Takkan kita juga nak mental duk bergaduh dengan dia. So, biarkan dia tenang dengan sendiri. 


Che kak nak citer ni, sebab nak bagitau kehidupan kita kat alam realiti. 


Kita tak perlu fokus pada orang yang boleh membuatkan kita jadi sakit 'mental' tahap nak mati. 


Tinggalkan dan abaikan sahaja orang yang selalu membuatkan kita rasa down, frust, kecewa, menyampah dan sakit hati. 


Tak perlu ambil port. Tak perlu layan. Hidup bahagia cara kita udah. Kita jaga diri kita sendiri. 


Lebih baik kita follow orang positif, yang boleh buatkan kita rasa happy.


Cedok ilmu untuk tambah baik taraf hidup kita sefamily. 


#chekakforever 




MAKAN NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL

MAKAN NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL

 Hadoi mata dah nak melalikan diri sebab baru je lepas makan nasi dagang ikan tongkol bukan ikan tenggiri.


Singgah beli sebelum masuk opis tadi.


Tapi silap bayar harga gulai ayam sebab bungkus siap dan ambil dalam bekas siap tagging.



Halalan toyyiban je la sebab mungkin silap sendiri. 


Walaupun hari ni jadual bekerja dari rumah, tapi banyak keje kena hadap pc dan line kat kat rumah macam siput merayap kat tepi sawah padi.


Bukan sebab nak tunjuk rajin 😝 tapi masa dah semput ke hujung bulan banyak la keje hakiki menanti.


Sambil tu jenguk kat grup sebelah, eh terbakar rentung dan terus klik oder kat forever 2u dan cek akaun duit dalam cimb dan nasib ada lagi baki. 



Penangan selalu oos, terus sambar sonya refining gel mask, kita tepek kat muka sebelum tido terus glowing nanti.




#chekakforever

ALLAH DAH HANTAR KAPAL

ALLAH DAH HANTAR KAPAL

 Baru2 ini che kak terbaca status seseorang, katanya dah mohon doa dengan Allah tapi Allah belum makbulkan doa dan impiannya.


Che kak teringat satu kisah tentang seseorang yang terdampar kat laut. Nasib baik ada tempat berpaut. Dia doa supaya Allah hadir untuk bantu dia keluar dari laut. 


Ada kapal yang lalu dan menawarkan untuk tolong dia. Tapi dia jawab tunggu Allah datang. 


Kapal lain pulak datang. Sama juga jawapannya. 


Akhirnya mati. Apabila mati, pandai pula dia tanya Allah kenapa tak datang tolong dia. 


Allah kata, dah kapal2 duk lalu nak tolong hang la tu. Allah dah gerakkan kapal2 tu. 



Begitulah tuan puan. Tanpa kita sedar, Allah dah bagi macam2 pertolongan kat kita. 


Tanpa sedar, Allah dah makbulkan doa kita. 


Tapi kita yang tutup pintu hati kita untuk melihat secebis nikmat yang Allah dah hantar kat kita.


Kita yang tak nak buka mata luas2 dan tak nak buka otak kita luas2. 


Nak juga duduk dalam gelap sambil merintih "kenapa Allah tak makbul lagi doa aku?" 


Tak guna pun copypaste ayat quran segala bagai hadis kalau diri sendiri masih ada syak wasangka pada Allah. 


Che kak bagi satu contoh. 

Klien ni dah diluluskan bantuan sebanyak RM450 sebulan sebab pendapatannya rendah sebanyak RM400 sebulan. 


So, sepatutnya dah ringan la bebannya campur dua tu jadi RM850. 


Tapi apa yang mendukacitakan, tak gi keje dah sebab selesa dengan RM450. 


🤦‍♀️🤦‍♀️


Sama la juga, dah bagi bantuan modal untuk bisnes. Tapi tak jujur guna duit bisnes tu. 🤦‍♀️🤦‍♀️


Dah lah tolong macam2, susah betul nak ucap TERIMA KASIH dan TAK HARGAI apa yang orang dah tolong. 


Ahli keluarga sahabat handai ngo jabatan kerajaan dah pecah kepala pikir nak bantu supaya keluar dari kepompong kemiskinan. 


Tapi susah la kalau DIRI SENDIRI yang selesa dengan kepompong miskin. MISKIN JIWA ni susah nak bendung. 


#chekakforever

TANGGUNGJAWAB SIAPA JAGA BAPA MERTUA LUMPUH?

TANGGUNGJAWAB SIAPA JAGA BAPA MERTUA LUMPUH?

 Che kak nak share satu kisah benar.


Che kak tak tau la dio ni hati suci murni ke atau ? 


Zu (bukan nama sebenar) tinggal bersama mertua. Mertua lelaki strok  lumpuh. Semua urusan jaga mertua Zu yang uruskan dari A hingga Z.


Suami Zu yang merangkap anak kandung mertuanya tak bantu langsung dengan alasan penat keje.


Zu ada anak sorang masih kecil. Sekarang ni tak tau la berapa orang sebab dah lama tak jumpa. 


Mertua Zu walaupun lumpuh tapi mulutnya tak lumpuh. 'Bekeng lebih pado rimau'.


Tapi Zu sabar  urus mertuanya. 


Lepas urus mertua, Zu akan ke rumah keluarganya pula untuk urus adik2nya. Kampung sebelah. 


Ibu kandung dah meninggal. Ayah kawen lain dan duduk kampung lain.


Ayah tak bagi nafkah dan jaga adik2. Sebab ayah pun tak keje. Sakit jantung katanya. 


Adik beradik tetap bantu ringankan beban Zu. Kakak sulung yang keje di KL bantu bagi belanja untuk adik2 Zu. 


Paling syahdu apabila anak2 mertuanya balik konon nak tengok ayah yang sakit, tapi.................. 


Tetap sibuk dengan henpon, duk berkurung dalam bilik, keluar dari bilik sebab nak makan yang siap dihidang je. 


Keluar jalan2 gi sopim sana sopim sini. 


Takdenya nak ambil alih tolong jaga bapanya, tukar pampers, mandikan ke, masak makanan kegemaran ke. 


Takdenya depa nak berterima kasih dan biarkan Zu rehat sementara depa dah balik kampung.


Takdenya depa nak tolong masak dan kemas rumah sama2.


Takdenya depa nak tolong beli barang dapur. 


Kalau sabun basuh abes, Zu juga yang kena start muto dan bonceng anak kecilnya pi kedai beli sabun.


Kalau depa dah balik ke destinasi masing2, Zu juga ken a kemas tempat tido depa.


Si bapa mertua yang sakit lumpuh itu, terus memuji anak2nya yang balik kampung dan Zu tetap kena sumpah seranah kalau lambat tukar pampers.


#kisahmasyarakat


IMAN TAK DAPAT DIWARISI DARI SEORANG AYAH YANG BERTAQWA

IMAN TAK DAPAT DIWARISI DARI SEORANG AYAH YANG BERTAQWA

 Baru-baru ini ada seseorang yang bertanya.


Soalannya kenapa ada anak yang menjadi 'setan' walaupun ibubapanya seorang alim atau berpelajaran?


Astaghfirullah al azim.


Jangan sesekali berkata demikian.


Bagaimana perasaan kita kalau orang kata macam tu kat anak kita?


Masih ingat dengan lagu nasyid kumpulan Raihan?


"Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa". 


Sape tak seronok dapat anak yang soleh dan solehah?


Sape yang tak gembira dapat anak yang berjaya dan berpendidikan tinggi? 


Namun tak semua yang dapat rezeki sebegitu. 


Dapat anak adalah ujian. 

Ujian yang menentukan kita ke syurga Allah atau tidak. 


Namun sebagai ibubapa, kita perlu sama-sama didik dan bimbing anak. 


Jadikan agama sebagai panduan. Sentiasalah solat jemaah dengan anak. 


Tanggungjawab perlu di ambil bersama. Bukan tanggungjawab ibu sahaja dan bukan tanggungjawab bapa sahaja.  


Ibubapa perlu jaga sumber rezeki yang nak suap kat anak-anak. Pastikan rezeki dari sumber halal lagi berkat. 


Jangan tipu semata-mata  nak dapatkan bantuan-bantuan yang ada. 


Contoh bantuan KWAMP. Walhal bapa tauke besar tapi sanggup tulis pendapatan RM500 je. 


Lepas dapat duit, wat caption pula #syukuralhamdulillahrezeki. 


Kita tak mampu nak ubah dunia. Dunia dari dulu hingga kiamat pasti akan ada jahat tanpa sempadan. 


Apa yang kita boleh buat, bekalkan ilmu dan pendinding jati diri. 


Didik anak supaya dapat jaga kehormatan diri. 


Contoh. Kita tahu dunia internet tiada sempadan. Kita tak mampu nak halang anak dari menjadi pengguna internet. Sebab dunia sekarang memerlukan internet. 


Di sinilah peranan kita kena pantau dan ajar anak-anak tahu batasnya. 


Jangan sesekali percaya sepenuh hati anak kita ni bagaikan malaikat. Sentiasa tanya guru tentang anak-anak kita kat sekolah. 


Kenal dan tahu sape kawan anak kita. Ambil tahu ke mana anak kita pergi dan jumpa dengan siapa. 


Di samping mengejar pelajaran straight A dalam peperiksaan, ajarlah juga anak dengan kemahiran diri seperti kebersihan, kesucian dan keselamatan diri. 


Contoh, jangan biarkan spender anak bersepah. Jangan biarkan pad merata-rata. Pastikan dibuang di tempat yang betul.


Anak lelaki pun kita kena ajar juga tentang kemahiran dan kebersihan.


Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. 🤲🤲🤲


#chekakforever

RAIKAN AIDILFITRI DENGAN CARA KITA

RAIKAN AIDILFITRI DENGAN CARA KITA

 Walaupun raya kali ni suram, tapi kita tetap nak raikan dengan cara tersendiri.

Baju raya che kak


Tetap beli@tempah baju raya walaupun sekadar untuk ootd je.


Tetap nak sediakan biskut raya, kek raya, ketupat, lemang, tapai, rendang.


Mana yang pandai dan sempat buat, akan buat sendiri.


Mana yang suka oder, senang oder je.


Kita ada pilihan. Kalau rasa mahal, jangan beli. Kalau rasa tak berbaloi jangan tempah oder.


Takde sape paksa kita beli, kan?


Kita tak tahu penat lelah orang nak masak tempahan.


Kalau che kak, ya robbiii punya la tak pandai nak masak. Dah la tak pandai, malas pulak tu. 😝


Anak bertuah sungguh la tak tolong ma masak ketupat. 😝


Ya Tuhannn memang tak leh nak tolong. Rasa nak jeluok tengok betapa renyahnya masak ketupat. 


Kalau che kak rasa berbaloi tempah, che kak tempah je tanpa banyak komen.


Kalau rasa tak berbaloi, duk diam2 je tak yah komen apa.


Dah tau mahal ke murah ke sedap ke tak sedap ke, tak de sape pun paksa kita beli.


Buat peniaga, buat la yang terbaik untuk kastemer. Orang juai, kita pun nak juai juga. 


Buat untuk niaga tu, buat macam kita nak bagi kat tekak kita. 


Macam citer Barkoba. Haha. Punya la win duk sindir peniaga. 


Pah lagu mano kiro ni. Oder kek lapis, abes dah di makan. Biskut raya pun dah abes dimakan. Karipap mini pun dah abes di makan. Ketupat pun otw dah masuk perut.


Raya nanti nak hidang apa ni😝


#chekakforever 

KENANGAN RAMADHAN TERAKHIR DI RAUDHAH

KENANGAN RAMADHAN TERAKHIR DI RAUDHAH

 Antara kenangan terakhir puasa di bulan Ramadhan ialah dapat juga solat di Raudhah.


Masa tu dah nak berangkat pulang ke Malaysia tapi che kak masih belum berpeluang ke Raudhah.


Che kak solat Taubat dan hajat di dalam bilik hotel. Mohon sesungguh hati dengan Allah agar di beri peluang juga nak solat di Raudhah.


Alhamdulillah, saat2 terakhir dah nak tutup pintu, che kak sempat juga menyelit masuk.


Duk tengah tunggu giliran nak masuk dalam tu, tiba2 ada beberapa kumpulan wanita yang berebut masuk.  Depa tak sabar tunggu. Main langkah dan pijak2 je jemaah lain. 


Hanya laungan Allahu Akhbar je yang che kak mampu sebut. 


Sakit giler depa duk pijak2 dan langkah badan kita ni. Dah la depa besar dan ganas. 


Masya Allah, mak guard Arab sempat hulurkan tangan dan che kak dapat bangun.


Tak tunggu dah, che kak terus masuk sambil air mata berjurai laju.


Sakit lagi, sebak lagi, sedih lagi, terharu lagi.


Tiba2 ada seorang gadis yang sangat cantik peluk dan cium pipi che kak. Masya Allah. 


Nampak je 'karpet hijau' che kak terus angkat takbir. Pada awalnya macam takde ruang je nak solat. Tapi Masya Allah, automatik ada sedikit ruang untuk kita sujud.


Sempat solat 4 rakaat 2 salam.


Alhamdulillah. Manisnya terasa. 


Che kak balik hotel, tengok depa duk bersiap2 masukkan beg dalam bas.


Sampai kat rumah, orang dah nak gi sembahyang raya. Che kak?? Tido sebab demam. Baju raya pun tak pakai masa ambik gambar famili😂.


Semoga ada rezeki lagi ke sana.


HARI RAYA AIDILFITRI PKP 3.0 2021

HARI RAYA AIDILFITRI PKP 3.0 2021

 Hari ni che kak cuti (12.5.2021)

Bantu kerajaan berjimat cermat.

Ye laaa, duk membazir je bayar elektrik bilik che kak😂.

Memang tak buat keje dah pun🤣. 

Mood keje duk dalam lautan pasifik. 


Memang macam tu la. 

Akan ada hari2 lemau tahap gaban. 


Lepas pulun settle bayaran bantuan bulanan, otomatik tak leh nak hipokrit tunjuk rajin dah. 😂😂


So, hari ni che kak pi beli daging sebab nak masak rendang esok. 


Tadi che kak pi beli sekilo daging dengan harga rm35. 


Singgah umah ma, nasib baik dekat je. Hantar duit raya dan duit orang tempah baju dan ketupat. 


Kata Nabi, kena bayar hasil titik peluh orang sebelum kering peluhnya. Lebih kurang la kot terjemahannya. Nanti che kak google balik. 


Kesian juga kat ma. Walaupun rumah che kak dekat je, takleh nak gi ziarah raya juga esok. 


Alhamdulillah, sambil2 gi hantar ketupat kat kawan che kak, dapat rezeki kek. 


Che kak memang teringin sangat nak makan kek buah dan kek puding karamel. Alhamdulillah. 


Semoga kawan che kak dapat sale biskut dan kek banyak2. 🤲🤲


Tahun ni, tahun pertama che kak pening kepala sebab kena pikir menu masak pagi raya. 😂


Sejak raya tahun 2003, che kak akan bermalam di rumah mertua. Selepas solat raya, baru pergi umah ma. 


So, memang che kak tak pernah fikir menu raya. Makan apa yang disediakan je. 


Che kak tak kisah pun dengan permintaan suami che kak nak beraya dengan mak ayahnya dulu. 


Sebab Allah dah ganti dengan suami kiriman Tuhan. 


Alhamdulillah, kita raikan sahaja hari esok dengan penuh kesyukuran. 


Sekurang2nya kita masih lagi beraya dengan aman. 


Takde perang, peluru, bom dan tentera yang rakus bunuh rakyat Islam di Gaza. 


Kita cuma lawan musuh dengan #stay@home dan jaga SOP je. 


#chekakforever 



SAMBUTAN HARI RAYA PKP 3.0 13.5.2021

SAMBUTAN HARI RAYA PKP 3.0 13.5.2021

 


Agenda pagi raya 13.5.2021


Mandi sunat aidilfitri✔️

Makan ✔️

Takbir raya✔️

Solat sunat aidilfitri✔️

Kutbah aidilfitri✔️

Salam raya✔️

Snap gambar raya✔️

Video call ✔️

Edit fesbuk😁😁😁


Menu

Nasi putih

Pulut kuning

Ketupat

Gulai ayam

Rendang 

Kek buah

Kek pisang

Puding karamel

Biskut raya

Karipap mini

Air teh o

Air kopi


Arman

Hasliza

Aiman

Ahyad

Aulia'

Aqilah

Afnan

Aimi

Awaatif

































ANIVERSARY KE 18

ANIVERSARY KE 18

 Hari ni aniversary che kak yang ke 18.


Alhamdulillah rezeki che kak dapat suami yang sangat baik.


"Walau pun sentiasa perang dunia, tapi manisnya sebuah pendamaian".


14.5.2003 - 14.5.2021


Abang long vs kak long




HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com